Anda di halaman 1dari 20

GURU SEBAGAI PEMBIMBING

Guru bukan sahaja memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat dan kemahiran mata pelajaran kepada murid. Malah untuk melaksanakan tugasnya dengan Sekiranya pelajar tidak tahu cara akan menjejaskan berkesan, guru perlu memastikan bahawa pelajarnya membina kemahiran untuk menangani masalah yang mungkin dihadapi dalam hidupnya. menangani masalah emosi dan masalah peribadinya, maka hal ini

pembelajarannya. Justeru dia tidak dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, guru tidak boleh mengelakkan peranan sebagai pembimbing kepada pelajar, bukan sahaja dalam mata pelajaran yang diajarnya, malah juga dalam menangani cabaran dan masalah harian yang dihadapinya. Di bawah topik ini kita akan membincangkan maksud, matlamat dan prinsip-prinsip bimbingan, kemahiran yang digunakan dalam bimbingan, dan peranan guru dalam membimbing pelajar yang menghadapi masalah dalam hidupnya. Kita juga akan melihat jenis-jenis bimbingan yang diberi oleh sekolah kepada pelajar secara ringkas, serta cara guru dan murid dapat menggunakannya.

Sebelum kita teruskan, berhenti sebentar dan buat refleksi mengenai soalan berikut.

Bagaimanakah anda telah membimbing pelajar anda untuk menangani masalah hariannya? Apakah isu-isu kehidupan dan masalah emosi yang sering dihadapi oleh pelajar anda?

4.1

Matlamat dan Prinsip-prinsip Bimbingan

Sebelum kita melihat matlamat dan prinsip-prinsip bimbingan, mari kita teliti maksudnya dahulu. Umumnya, bimbingan merujuk kepada proses membantu seseorang membina kefahaman dan kemahiran untuk menangani isu dan cabaran hidup dengan berkesan. Dalam proses ini, seseorang itu belajar untuk berubah dan membina sikap, nilai dan kemahiran baru supaya dapat menangani situasi yang sukar dengan lebih baik. Kita perlu faham bahawa bukan mudah untuk berubah; ia merupakan proses yang berterusan dan sebagai guru kita perlu faham bahawa seseorang pelajar itu memerlukan masa untuk berubah.

Oleh itu, walaupun bimbingan ialah satu cara untuk membantu pelajar, namun ini tidak bermaksud bahawa guru atau kaunselor harus menyelesaikan masalah pelajar. Sebaliknya, ini bermaksud guru haruslah mempunyai sikap mengambil berat dan mendengar supaya pelajar dapat menerokai dan memahami situasi dan dirinya dengan lebih baik, lalu membina kemahirannya sendiri untuk menangani masalahnya. Matlamat utama bimbingan adalah untuk membantu pelajar: Membina potensinya supaya ia boleh menjadi seorang yang sihat dan seimbang, dengan kebolehan dan sikap yang akan membantunya menangani cabaran dan kesukaran hidup dengan berkesan. Membina kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan. Membina kemahiran menguruskan diri seperti menguruskan masa, menguruskan tekanan, dan menentukan matlamat dan keutamaan untuk dirinya. Memperbaik hubungan interpersonalnya dan membina kemahiran komunikasi yang baik. Membina nilai dan sikap yang sihat dan positif terhadap dirinya dan orang lain, untuk meningkatkan kesedran dirinya serta kefahaman peranan dan tanggung jawabnya dalam hidaup, dan Membina kemahiran dan sikap bagi kejayaan akademik dan kerjayanya Guru dan kaunselor harus memastikan bahawa bimbingan yang diberi kepada pelajar haruslah sejajar dengan prinsip dan etika tertentu seperti yang berikut: Bimbingan adalah bagi semua pelajar, kerana perkembangan diri, dijalankan secara sistematik dan terancang dan tidak harus ditujukan kepada pelajar bermasalah sahaja. Fokus utamanya ialah pencegahan iaitu, untuk mencegah masalah yang serius dalam kalangan pelajar dengan memberi mereka kemahiran untuk menangani masalah sementara masalah itu masih boleh dikawal; Ia harus dijalankan secara kolaborasi dengan kakitangan sekolah yang lain, seperti guru besar, guru-guru lain, kaunselor, serta dengan kerjasama ibu bapa dan masyarakat; Pelajar haruslah menyertai proses bimbingan ini sepenuhnya dan penuh rela, serta membina matlamat sendiri untuk membantu dirinya iaitu, faham bahawa ia bertanggungjawab terhadap perkembangan dirinya serta keputusan yang dibuat dalam hidupnya pada akhirnya. Guru atau kaunselor tidak membuat keputusan bagi pelajar;

Ia harus mengikut garis panduan etika bagi bimbingan dan kaunseling, seperti (i) semua keputusan yang dibuat semasa sesi bimbingan dan kaunseling adalah sulit iaitu, maklumat mengenai pelajar dan hal yang dibincangkan semasa sesi tersebut tidak harus didedahkan kepada orang lain tanpa kebenaran pelajar tersebut; (ii) guru/kaunselor haruslah senantiasa bertingkah laku secara profesional terhadap pelajar, dan mengelakkan diri daripada menjalin hubungan yang tidak sihat serta tidak beretika dengan pelajar tersebut; dan

Guru/kaunselor perlu menggunakakan kemahiran interpersonal seperti mendengar dengan aktif dan empati, dan mempunyai perasaan prihatin dan bersikap positif terhadap murid, supaya dapat menjalin hubungan baik dengan pelajar.

Berhenti sejenak dan buat refleksi terhadap soalan yang berikut.

Sebagai guru, apakah aspek yang paling sukar bagi anda semasa membimbing pelajar? Apakah halangan yang anda hadapi dalam situasi sekolah anda untuk memberi bimbingan yang berkesan kepada pelajar apabila diperlukan oleh mereka?

Saya pasti anda sedar bahawa kebanyakan sekolah mempunyai guru bimbingan atau kaunselor yang terlatih untuk memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Guru perlu berganding bahu dengan guru bimbingan/kaunselor untuk memastikan bahawa pelajarnya mendapat bimbingan yang diperlukan. Antara perkhidmatan bimbingan yang diberi di sekolah termasuklah: Bimbingan pendidikan motivasi pelajar, pilihan mata pelajaran, kemahiran belajar, persediaan untuk peperiksaan, penempatan untuk pengajian tinggi, dan lain-lain; Sesi bimbingan kumpulan dan individu; Bimbingan kerjaya kecerdasan dan tinjauan minat, bahan rujukan, memilih kerjaya yang betul, dan lain-lain; dan Bimbingan perkembangan diri komunikasi dan kemahiran memimpin, menangani masalah hubungan dan masalah emosi, kebajikan pelajar, perbincangan dengan ibu bapa. Apakah caranya anda rasa seorang guru dapat bekerja secara kolaboratif dengan guru bimbingan dan kaunselor untuk memberi bimbingan yang sesuai kepada pelajar apabila diperlukan? Antara tugas guru bekerjasama dengan perkhidmatan bimbingan sekolah untuk pelajar dapat diterangkan seperti yang berikut:

Memberi

maklumat

serta

maklum

balas

mengenai

keperluan

pelajar

dan

keberkesanan program bimbingan; Memberi bimbingan awal kepada pelajar dan berbincang tentang keperluannya, sebelum merujukkannya kepada guru bimbingan atau pegawai lain sekiranya diperlukan bantuan/bimbingan yang seterusnya. Guru haruslah mengenal perkhidmatan bimbingan yang diberi oleh pihak sekolah supaya dapat memberi maklumat yang berkaitan kepada pelajar dan menggalakkan mereka menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Memberi sokongan dan bantuan kepada program bimbingan yang ada di sekolah, dengan berperanan sebagai fasilitator dalam kem motivasi, sebagai mentor bagi program mentor-menti, dan lain-lain; Menyimpan rekod terkini mengenai pelajar dalam kelasnya, seperti maklumat latar belakang pelajar dan laporan kemajuan kedatangan dan prestasi akademiknya;

Membina hubungan baik dengan pelajarnya, dan mempunyai sikap prihatin dan positif terhadap mereka, supaya guru lebih peka dan memahami keperluan pelajar; dan

Membantu pelajar membina nilai dan sikap positif, dan mereka boleh menyesuaikan diri dan berkomunikasi dengan lebih berkesan dalam menjalankan aktiviti dalam kelas.

4.2

Kemahiran Asas dalam Bimbingan Sekarang kita akan mempelajari beberapa kemahiran asas dalam bimbingan.

Apakah kemahiran yang diperlukan oleh seorang guru untuk membimbing pelajar dengan berkesan, untuk membantu mereka menangani masalah isu-isu dalam hidup mereka? Kita perlu ingat bahawa tugas guru bukanlah untuk menyelesaikan masalah pelajar, tetapi membimbing bermaksud guru perlu membantu pelajar membina sikap serta kemahiran yang baik untuk mengatasi masalahnya. Oleh itu, peranan guru sebagai pembimbing adalah secara tidak langsung, dan guru perlu membina satu hubungan yang baik dengan pelajarnya supaya ia bertanggungjawab mengatasi masalahnya, dan mempercayai bahawa gurunya akan membantunya. Kemahiran asas bimbingan akan dibincangkan di bawah. 4.2.1 Menunjukkan hormat dan layanan yang positif

Apakah maksudnya?

Ringkasnya, hal ini bermaksud bahawa guru menunjukkan

sikap positif dan prihatin terhadap pelajarnya, mesra dan tidak berat sebelah, serta menghargai pelajar sebagai individu yang unik dan berguna. Anda boleh melakukan ini dengan mendengar pendapat pelajar itu dan menghormatinya, walaupun anda tidak bersetuju dengannya, serta menunjukkan minat dan keikhlasan untuk memahami situasi dan pandangannya. 4.2.2 Kemahiran mendengar secara aktif Mendengar ialah satu tindakan kasih sayang, tindakan prihatin, komitmen kita kepada orang lain kita perlu mendengar sepenuh perasaan, iaitu peka, sekiranya kita mahu menyertai rahsia insan lain dengan mendengar kita memperoleh kuasa untuk meningkatkan atau menghapuskan kehidupan orang lain yang berkaitan dengan kita - daripada puisi On Listening oleh Reul L. Howe Mendengar secara aktif bukan sekadar mendengar kata-kata lisan klien kita, tetapi juga cuba memahami maksud klien kita dengan menjadi peka kepada petanda nonverbalnya, seperti intonasi serta nada suara, isyarat badan dan memek muka, serta juga mengambil kira latar belakang peribadi dan sosialnya [Nelson-Jones, R., 1997]. Untuk menjadi pendengar yang baik kita perlulah mendengar dengan telinga, mata dan hati! Amalan mendengar secara aktif, dapat membina hubungan baik dan kepercayaan pelajar, yang seterusnya dapat membina hubungan mesra dengan pelajar. Ini akan membantu pelajar kita supaya menjadi lebih terbuka dan berterus terang dalam mengeluarkan perasaannya apabila bercakap mengenai isu peribadi dan masalahnya. Beberapa kemahiran mendengar yang penting disenaraikan di bawah:

Kemahiran Mendengar Yang Asas Mendengar penuh perhatian :Menghantar mesej verbal dan non-verbal kepada klien; Mendengar kandungan verbal mesejnya, dan memerhatikan tingkah laku nonverbalnya. Imbas kembali : Mengulangi hal yang dikatakan oleh klien. Memparafrasa : Menyatakan kata-kata klien semula dengan menggunakan perkataan/ayat lain Minta penjelasan: :Meminta klien menerangkan maksudnya dengan lebih terperinci,

Sekarang marilah kita melihat kemahiran mendengar yang disenaraikan di bawah: (i) Kemahiran mendengar dengan penuh perhatian Mendengar dengan penuh perhatian bermaksud memberi perhatian sepenuhnya terhadap klien, dan memberi respons yang boleh menggalakkan klien meluahkan idea dan perasaannya dengan selesa. Tingkah laku mendengar penuh perhatian membantu klien menerokai dan mengembangkan pendapatnya dan mengurangkan pendengar membuat respons dan saranan yang tidak berguna. Baca dan cuba fahamkan garis panduan kemahiran mendengar dengan penuh perhatian yang berkesan di bawah:

Garis panduan untuk kemahiran mendengar dengan penuh perhatian

Duduklah dalam kedudukan yang membolehkan anda melihat klien secara bersemuka, tetapi janganlah merenung klien. Air muka anda haruslah tenang, menunjukkan minat, dan konsisten dengan angin klien. Suara anda haruslah tenang, jelas, tidak terlalu kuat atau berdominasi, dan menggunakan intonsi perbualan. Memerhati dan memahami mesej non-verbal yang ditunjukkan oleh klien - seperti gugup, tertekan, sedih atau marah melalui pergerakan badan, air muka dan suaranya. Galakkan klien memberi pendapatnya atau menerangkan pengalamannya dengan menggunakan kenyataan atau soalan terbuka, tanpa mengkritik atau menolak pendapatnya. Gunakan respon galakan yang minimum, seperti anggukan kepala, dan bisikan verbal untuk menggalakkan klien supaya terus bercakap.

Contoh soalan terbuka yang menggalakkan klien supaya mula bercakap mengenai pengalamannya:
Bolehkah kamu beritahu apa yang berlaku dalam kelas Matematik semalam? Kamu kelihatan tegang, tak perlu terburu-buru, kamu boleh beritahu saya jika kamu mahu.

Contoh bisikan verbal yang menunjukkan minat (respons galakan minimum):


Uh-hmm ; Lepas itu? ; Sila teruskan ; Dan? Oh? Lepas itu apa yang berlaku..?

(ii) Kemahiran imbas kembali yang mudah Kemahiran ini membantu anda memberi fokus terhadap hal yang dikatakan oleh klien, serta memberitahu klien bahawa anda mendengar hal yang diperkatakan olehnya. Dalam imbas kembali, anda mengulangi sebahagian atau sepenuhnya hal yang diluahkan klien. Penting supaya intonasi suara anda menunjukkan minat, bukannya kritikan atau Hal ini tidak bermaksud bahawa anda mengulangi sindiran atau merendah-rendahkan.

segala yang dikatakan oleh klien, seperti burung kakatua. Contoh kemahiran mengimbas kembali;

Pelajar: Saya bimbang saya tidak mendapat gred yang baik dalam Matematik. Saya perlukan bimbingan Guru: situasi) ATAU Guru: pelajar) Awak bimbang mengenai Matematik? (fokus anda adalah terhadap perasaan Awak perlu bimbingan dalam Matematik? (fokus anda adalah terhadap

(iii) Memparafrasa Dalam memparafrasa, anda menukar perkataan atau menukar ayat yang disebutkan oleh klien, supaya ia berpeluang mendengar semula hal yang disebutnya serta mengembangkan maksudnya dengan anda. Contoh memparafrasa ialah;

Pelajar:

Saya tak tahu mengapa kawan-kawan saya senantiasa mengganggu saya. Saya tidak boleh membuat kerja saya. Apabila saya cuba menjawab soalan dalam kelas, mere ketawakan saya. Kamu rasa kamu tidak boleh membuat kerja dan menjawab soalan dalam kelas kerana tingkah laku kawan-kawan kamu? Kamu tidak faham mengapa mereka ketawakan dan mengganggu kamu?

Guru:

Anda mungkin fikir bahawa respons pendengar seperti di atas adalah lewah, dan membuang masa. Tetapi memparafrasa memainkan peranan penting dalam mendengar secara aktif ia membantu anda memberi fokus terhadap hal yang dikatakan oleh klien, lalu

memastikan sama ada kita telah mendengar dengan tepat atau tidak. Ia juga memberitahu klien bahawa kita telah mendengar dengan tepat hal yang dikatakannya, ia dapat memberi peneguhan kepada klien dan menggalakkannya untuk meneruskan perbualan. (iv) Mendapatkan Penjelasan Dalam kemahiran ini, anda meminta klien menjelas dan mengembangkan hal yang dikatakannya, supaya maksudnya menjadi lebih jelas, dan anda membuat kepastian dengan klien sama ada anda telah faham mesejnya dengan tepat. meminta penjelasan daripada klien:
Pelajar: Saya tak tahu mengapa kawan-kawan saya senantiasa mengganggu saya. Saya tidak boleh membuat kerja saya. Apabila saya cuba menjawab soalan dalam kelas, kawan-kawan saya ketawakan saya. Bila kamu kata kawan-kawan kamu mengganggu, apa yang dilakukan oleh mereka? Apa yang saya faham ialah apabila kawan-kawan awak ketawakan dan mempermainkan awak, awak rasa tidak selesa dan tidak boleh menumpukan perhatian terhadap kerja, maksud awak begitu?

Kemahiran ini memastikan Contoh respons yang

bahawa kedua-dua pihak memahami mesej klien dengan jelas.

Guru: ATAU Guru:

Cuba fikirkan soalan yang berikut buat beberapa ketika.

Mengapa anda rasa mendengar murid anda adalah penting? Adakah anda pendengar yang baik? Apakah kesulitan yang anda alami apabila mendengar murid anda?

4.2.3

Berempati (atau menunjukkan kefahaman) Apabila anda berempati dengan seseorang, anda sebenarnya menyelami pandangan

atau perasaan orang itu, untuk memahami pengalaman dan situasi hidupnya mengikut sudut pandangannya. orang lain. Carl Rogers menerangkan empati sebagai kebolehan menyelami dunia dalaman seseorang yang sulit dan peribadi dan untuk menyampaikan kefahaman ini kepada Rogers lebih suka menganggap empati sebagai sikap atau cara hemah seseorang, dan bukan sebagai satu kemahiran [Nelson-Jones, R., 1997].

Kefahaman empati melibatkan dua langkah utama: 1. Penanggapan tepat mengenai dunia dalaman seseorang; kebolehan melihat sesuatu dengan cara yang sama seperti orang lain; dan 2. Berkongsi kefahamannya dengan orang lain secara lisan

Empati bukan bermakna kita bersetuju dengan orang lain (ia bukan simpati). Ia hanya bermakna bahawa kita memperlihatkan cara orang lain berasa atau berfikir mengenai situasinya. Garis panduan menunjukkan empati: Respons anda haruslah selari dengan perasaan atau angin orang itu; Memberi respons dengan menyatakan hal yang anda fikirkan mengenai perasaannya, dan cuba menyemak semula dengannya untuk melihat sama ada fahaman anda adalah tepat; Gunakan Selalu pandangan semak semula orang tersebut sama dan ada bercakap anda telah dari sudut perspektif/pandangannya; dengannya memahami pandangan/perasaannya dengat tepat, jangan buat andaian; Jangan memberi respons dengan menyatakan saya faham bagaimana anda rasa ini tidak menggambarkan sama ada anda telah benar-benar memahami pandangan atau perasaannya. Kenyataan seperti saya rasa sama seperti kamu juga tidak membantu, ia merupakan simpati dan bukan empati! Contoh respons empati dalam sesi bimbingan

Contoh 1
Pelajar: Saya gunakan wang saya untuk belanja kawan, Saya tak sukalah menyatakan saya tak mahu bayar minuman mereka. Mereka mengharapkan saya boleh bayar kerana saya menang perlawanan itu. Awak rasa jika awak tidak bayar, mereka akan menganggap awak kedekut?

Guru:

Contoh 2

Pelajar:

Apabila saya cuba jawab dalam kelas, pelajar lain mula ketawa dan mempermainkan saya. Jadi saya tidak lagi mengangkat tangan untuk menjawab. Awak rasa tidak selesa apabila mereka berbuat demikian. Awak rasa lebih baik berdiam diri dan tidak menarik perhatian mereka terhadap awak.

Guru:

Perhatikan bahawa dalam contoh di atas guru menunjukkan empati dengan menyatakan hal yang dirasakan oleh pelajarnya, tetapi tidak perlu menyatakan sama ada ia bersetuju dengan pelajarnya atau mempunyai perasaan yang sama seperti pelajarnya. 4.2.4 Kemahiran Memudah Cara (facilitative) Dalam bimbingan, kita menggunakan soalan untuk membantu seseorang itu memfokus dan berfikir, serta membantunya menganalisis situasinya lalu mengeluarkan maklumat relevan yang akan membantunya memahami situasinya dengan lebih jelas. Penyoalan tidak harusnya dijalankan sebagai temu duga, atau sebagai soal siasat, atau bertujuan untuk mendapatkan jawapan yang betul. Jangan menggunakan soalan untuk memaksa seseorang memberi maklumat terperinci yang tidak rela diberi. Ketika memudahcarakan, soalan dikemukakan dengan nada lembut, dan relaks, sebagai permintaan bukan paksaan. Soalan terbuka lebih baik daripada soalan tertutup (lihat contoh di bawah), kerana soalan terbuka membantu seseorang berasa lebih relaks dan bebas untuk memberi maklumat secara tak langsung, yang akan membantu untuk memulakan perbincangan.

Contoh soalan terbuka.

Aspek apakah yang awak suka bincang atau fokus dalam perbincangan kita? Biasanya bagaimana awak belajar di rumah? Bagaimana perasaan awak apabila tahu yang awak tidak dijemput?

Soalan mengapa selalunya tidak membantu contohnya mengapa awak tidak menyiapkan kerja rumah? kerana ia boleh menjadikan pelajar tersebut lebih defensif, dan

mendorongnya mencari alasan, dan tidak membantunya memberi penumpuan kepada situasi sebenar. Soalan yang lebih baik harus berbunyi Apa masalah anda dalam membuat kerja rumah? Contoh soalan tertutup (yang tidak membantu, kerana ia menutup perbincangan, tidak menggalakkan untuk membuka perbincangan).

Bila awak balik ke rumah? Apa pekerjaan bapa awak? Apa markah yang awak perolehi dalam Matematik? Adakah awak lebih suka sukan atau muzik?

Soalan berbentuk tertutup membuatkan orang itu berasa tertekan untuk memberi jawapan, dan selalunya berasa dunianya dicerobohi. Ini akan menutup kerelaannya untuk memberi respons. 4.2.5 Kemahiran membuat rumusan Merumus melibatkan hal menyatakan kesemua aspek dan isu utama yang dibincangkan dan dijelaskan semula. Ia juga membantu klien membuat tumpuan terhadap matlamat dan keperluannya semula, serta mengelakkan kedua-dua pihak menyeleweng daripada isu-isu penting. Semasa sesi bimbingan, anda boleh membuat rumusan ringkas setelah klien bercakap beberapa minit, atau anda boleh menunggu sehingga akhir sesi untuk membuat rumusan yang lebih panjang. Anda juga boleh membuat rumusan ringkas pada permulaan atau pada akhir sesi untuk membantu klien membuat tumpuan mengenai hal yang perlu dibincangkannya. Selepas membuat rumusan, pastikan anda menyemak semula dengan klien sama ada anda telah mendapat isu yang betul. Berikut ialah contoh rumusan dalam sesi bimbingan. Contoh rumusan ringkas pada pertengahan sesi:

Tadi kamu menyatakan bahawa kamu masih teringatkan kawan-kawan di sekolah lama, dan kamu berasa susah untuk berkawan dengan pelajar dalam kelas sekolah ini. Kamu juga kata guru-guru sekolah ini tidak memberi layanan seperti guru di sekolah lama. Jadi kamu berasa agak kecewa dan tidak berminat untuk datang ke sekolah. Begitu?

Contoh rumusan yang lebih panjang apabila hampir tamat sesi:

Liza, ketika kamu bercakap, saya berasa bahawa kamu sering menekankan hal betapa pentingnya kamu disukai oleh kawan-kawan sedarjah dan guru-guru kamu. Ia sangat penting kepada kamu, sehingga kamu berasa sangat sedih dan tidak boleh membuat kerja kamu apabila kamu rasa mereka tidak suka kamu dan tidak menerima kamu. Kamu cuba bersungguh-sungguh untuk menyukai kawan kamu, walaupun kamu rasa perkara yang mereka mahu kamu buat adalah tidak betul. Meskipun begitu, kamu rasa betapa bersungguh-sunguh anda cuba, namun tiada orang yang berpuas hati. Keadaan ini membuatkan kamu berasa tertekan dan tidak seronok dengan diri dan hidup kamu. Dalam perbincangan seterusnya nanti, kita akan memberi fokus kepada sebab-sebab pentingnya bagi kamu untuk memuaskan hati kawan-kawan kamu, dan kita cuba cari jalan, cara lain untuk mendekati mereka. Boleh tak begitu?

Setakat ini kita telah membincangkan lima kemahiran asas yang anda boleh gunakan semasa sesi bimbingan dengan klien anda, ia adalah (i) menunjukkan layanan positif dan hormat, (ii) kemahiran mendengar secara aktif seperti mendengar penuh perhatian, kemahiran komunikasi non-verbal, imbas kembali, memparafrasa dan kemahiran menerangkan atau menjelaskan; (iii) empati; (iv) menyoal bertujuan untuk memudah cara (facilitative), dan (v) kemahiran membuat rumusan. Kemahiran ini memerlukan banyak latihan sebelum anda boleh menggunakannya secara alamiah. Walau bagaimanapun, kemahiran asas inilah yang akan membantu anda membimbing pelajar anda dengan lebih berkesan pada setiap peringkat dalam proses bimbingan. Berikutnya adalah beberapa latihan kemahiran yang boleh anda lakukan dengan rakan-rakan. Latihan untuk dipraktikkan; 1. Dalam pasangan, main peranankan satu sesi bimbingan, seorang memainkan peranan pembimbing dan seorang lagi sebagai pelajar. mencatat nota untuk memaklumkan balik. 2. Minta rakan atau pelajar anda berbincang dengan anda masalah yang sedang dialaminya. Minta kebenarannya untuk merakam sesi perbincangan tersebut. Apa kekuatan anda? Apa Kemudian, dengar semula dan cuba buat penilaian mengenai bagaimana anda menggunakan kemahiran asas dalam membimbing. kelemahan atau kekurangan anda? Cuba gunakan setiap kemahiran secara bergilir-gilir, dapatkan seorang rakan lain untuk memerhati dan

4.3

Masalah pelajar Dalam bahagian ini, kita akan bincang beberapa masalah pelajar dan bagaimana

mengenalpastinya, dan bagaimana untuk melaksanakan proses bimbingan untuk menangani masalah tersebut. 4.3.1 Mengenalpasti masalah pelajar Masalah pelajar boleh dikategorikan seperti berikut:

MASALAH PELAJAR

Isu-isu personal

Masalah akademik

Penyesuaian sosial

Rajah 4.1 : Masalah Pelajar

Isi-isu peribadi yang menyebabkan masalah kepada pelajar termasuklah : Masalah perhubungan dengan ahli keluarga, kawan-kawan, kawan wanita/lelaki, kawan sedarjah; Masalah keluarga ibu bapa yang bercerai, kematian ibu bapa/ahli keluarga, persekitaran rumah yang tidak selesa, dan lain-lain; Masalah emosi konsep kendiri negatif, rendah harga diri, tekanan, perasaan takut dan tidak selamat, kemarahan yang amat sangat, tidak upaya mengawal emosi, mood yang tidak stabil, kesukaran menyuarakan emosi yang sebenar, tingkah laku menyendiri, dan lain-lain; Masalah kesihatan - penyakit fizikal dan mental, kecacatan fizikal, kekurangan pemakanan, masalah makan, berlebihan/kekurangan berat badan Masalah kewangan pendapatan keluarga rendah - lemah dalam pengurusan kewangan, dan Isu pengurusan kendiri lemah dalam mengurus masa, lemah kemahiran komunikasi, tidak mempunyai kemahiran untuk menangani situasi yang tegang. Masalah akademik termasuklah:

masalah pembelajar dalam mata pelajaran tertentu; pencapaian akademik yang rendah; masalah berkomunikasi dengan guru; motivasi rendah dan kurang berminat untuk belajar; tidak menyertai aktiviti kelas; dan kemahiran belajar yang kurang baik Masalah penyesuaian sosial merujuk kepada masalah tingkah laku yang disebabkan

oleh kurang kebolehan pelajar tersebut untuk mengadaptasikan diri dengan situasi sosial serta ekspektasi norma dalam masyarakat. Ia termasuklah: tidak mematuhi peraturan sekolah; ponteng, melepak; salah guna bahan-bahan; perhubungan sex secara rambang; perosak; bergaduh; dan aktiviti jenayah mencuri, peras ugut, gangster, rusuhan, mengedar dadah kepada kawan sekolah, dan lain-lain. Guru dan kakitangan sekolah harus mengenal pasti masalah pelajar dengan segera, supaya boleh memberi bantuan kepada pelajar sebelum masalahnya menjadi lebih besar atau lebih serious. Sekiranya guru itu tiada masa atau tidak terlatih untuk membimbing masalah tersebut, ia haruslah mempastikan bahawa pelajar tersebut dirujukkan kepada orang lain yang lebih bertauliah supaya pelajar tersebut mendapat bantuan yang diperlukannya. Beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk mengenal pasti masalah pelajar ialah: perhatikan tingkah laku pelajar anda di dalam dan di luar kelas, bagaimana ia berinteraksi antara satu sama lain, bagaimana ia berkomunikasi dan menyuarakan perasaannya; galakkan pelajar anda membincangkan masalah dan pengalamannya secara terbuka dengan anda . Ini akan membolehkan anda mengesan masalah yang serious lebih awal;

rujuk kepada rekod dan laporan prestasi pelajar. Ini membolehkan anda mengesan sejarah masalah tersebut; bincangkan pemerhatian anda terhadap pelajar tersebut dengan guru lain yang berkenaan, untuk melihat sama ada terdapat satu corak tingkah laku yang konsisten yang menyebabkan masalahnya;

berbincang dengan ibu bapa untuk meninjau sama ada mereka mempunyai maklumat terhadap anaknya, rekod kesihatannya, tingkah laku di rumah, dan sebagainya; dan

ada sesi bimbingan secara peribadi dengan pelajar tersebut untuk membicangkan masalahnya yang telah anda perhatikan, supaya mereka boleh mengenal pastinya dengan lebih awas dan langkah-langkah pencegahan boleh diambil.

Berhenti sebentar dan buat refleksi mengenai soalan di bawah.

Apakah masalah yang dialami oleh kebanyakan pelajar? Apakah cara yang anda gunakan untuk mengenal pasti masalah tersebut? Apa tindakan yang biasa anda ambil?

Seterusnya, kita akan pertimbangkan, bagaimana melaksanakan proses bimbingan dalam menangani masalah pelajar. 4.3.2 Melaksanakan proses bimbingan Membimbing pelajar untuk menangani masalahnya dengan berkesan adalah satu proses yang memakan masa dan melibatkan beberapa peringkat. Jadual berikut menunjukkan garis panduan mengenai lima peringkat utama dalam proses bimbingan [Nelson-Jones, R., 1997], dengan tugas-tugas yang sejajar dengannya untuk kedua-dua guru dan pelajar. Jadual 4.1 : Peringkat Dalam Proses Bimbingan Peringkat dalam proses bimbingan
I. Bina perhubungan dan kenal pasti masalah bina rapo

Peranan guru sebagai pembimbing


Menunjukkan layanan yang positif dan rasa hormat Tingkah laku yang tidak menilai

Peranan pelajar.
Mahu berbincang mengenai masalah atau situasinya

bina saling mempercayaai & saling hormat iltizam untuk bekerja bersama untuk matlamat yang sama jelaskan masalah dan bentuk matlamat awal

Membentuk persekitaran yang mesra dan selesa Menggunakan kemahiran mendengar secara aktif untuk mendengar dan memahami masalah pelajar. Menunjukkan empati Realistik dalam membantu pelajar menentukan matlamat awal untuk sesi tersebut. Tidak memberi nasihat; tidak cuba menyelesaikan masalah untuk pelajar. Menggalakkan pelajar mengambil tanggung jawab membina kemahirannya sendiri untuk mengatasi masalahnya Memikirkan tentang masalah tersebut dan membuat penilaian pertama mengenai situasi pelajar Menggunakan empati dan kemahiran membuat penjelasan untuk membantu pelajar menyedari perasaannya Menggunakan kemahiran menyoal dan membuat rumusan untuk membantu pelajar mengenal pasti punca kepada masalahnya Bantu pelajar menyatakan semula masalahnya dengan menyatakan apa kemahiran dan perubahan sikap yang diperlukan Bantu pelajar melihat pertalian antara tindakan dan akibatnya

Beriltizam untuk mencari cara menangani masalahnya Bekerjasama dengan gurunya dengan menepati temu janji untuk sesi bimbingan Jujur serta ikhlas Mengambil tanggung jawab untuk mencari penyelesaian Berusaha membentuk matlamat awal untuk menangani situasinya

II. Teroka dan fahami masalah, dan nyatakan semula masalah dalam istilah yang lebih praktikal Mengenal pasti sumber atau sebab masalah Meneliti & mengenal pasti komponenkomponen atau bahagian masalah. Menterjemahkan masalah menggunakan istilahistilah yang lebih praktikal, supaya mudah untuk kerja membimbing III. Bina matlamat, terokai alternatif, buat keputusan dan rancang tindakan Bina matlamat yang realistik untuk membina kemahiran menangani masalah dan mengubah situasi yang bermasalah itu. Mencari penyelesaian masalah yang kreatif dan praktikal Membuat keputusan Merancang tindakan yang perlu diambil

Menerokai pemikiran dan perasaan sendiri Menganalisa masalah dan mengenal pasti sebab-sebabnya Meningkatkan kesedaran kendiri dengan sentiasa menyedar perasaannya Memahami pertalian antara pemikiran, perasaan dan tindakan, dan akibatnya Membentuk persepsi yang tepat mengenai masalahnya Bertanggung jawab membuat pilihan untuk hidupnya Membina keyakinan diri dan motivasi dengan menentukan matlamat dan membuat keputusan hidupnya sendiri Menggunakan kreativiti dan kemahiran berfikir untuk menyarankan penyelesaian yang kreatif yang sesuai dengan situasinya. Merancang tindakan yang boleh diambil dan beriltizam untuk menjalankan dan menyelesaikannya

Bimbing pelajar dalam proses menentukan matlamat untuk dirinya Bantu pelajar menentukan matlamat yang realistik untuk menangani situasinya Menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif untuk mencari penyelesaiannya sendiri dan cadangan untuk tindakan Bimbing pelajar berfikir secara kritikal dan menilai beberapa alternatif untuk tindakan Bimbing pelajar dengan proses membuat keputusan Menunjukkan sikap yang positif dan optimistik, untuk memotivasi pelajar, dan memberinya keyakinan untuk membuat keputusannya sendiri

IV. Mengambil tindakan untuk membina kemahiran hidup, mengubah sikap dan corak tingkah laku supaya dapat berhadapan dengan situasi bermasalah dengan lebih berkesan Belajar kemahiran baru, mengubah sikap dan corak tingkah laku Mengambil langkah yang sesuai untuk menangani situasi bermasalah

Memberi masa dan perhatian untuk membimbing pelajar berlatih kemahiran yang diperlukan untuk mengambil tindakan seterusnya Mengurangkan rasa bimbang pelajar dengan berlatih di tempat yang selamat terlebih dahulu, sebelum melaksanakan tindakan yang telah dipersetujui Membimbing dan mendemonstrasikan kemahiran langkah demi langkah, tidak mengharapkannya memperoleh kemahiran dengan serta merta Memberi peneguhan kepada pelajar dengan memberi maklum balas kepada pelajar mengenai kemajuannya Main peranan dengan pelajar untuk membantunya berlatih kemahiran-kemahiran tersebut Menggalakkannya untuk mencuba tingkah laku baru, yang lebih sihat dalam berhadapan dengan situasi harian dalam hidupnya. Memberi maklum balas positif dan negative mengenai usaha pelajar untuk membaiki dirinya Menggalakkan pelajar untuk menilai dirinya serta kemajuannya Berbincang dengan pelajar mengenai keberkesanan tindakan yang diambil, dan samada rancangan tindakan yang baru perlu dibuat Semak dengan pelajar untuk melihat sejauh mana matlamatnya telah dicapai Berbincang dengan pelajar mengenai menamatkan sesi bimbingan, serta kerisauan pelajar mengenainya. Menamatkan sesi bimbingan dengan kedua-dua guru dan pelajar merasakan matlamatnya telah dicapai, atau kemajuan seterusnya tidak boleh dibuat melalui sesi ini Jadualkan perjumpaan susulan untuk memantau kemajuan pelajar.

Berbincang mengenai kebimbangan dan sangsi mengenai tindakan yang telah diputuskan Berlatih kemahiran menangani masalah untuk menghadapi situasi bermasalah Mengambil risiko untuk mencuba tingkah laku baru untuk mengubah amalan berfikir dan beraksi yang tidak membantu Mengambil tindakan untuk menangani masalah atau situasinya

V. Maklum balas, penilaian mengenai keberkesanan tindakan, memantau kemajuan, serta mengakhiri sesi bimbingan Laporan-kendiri oleh pelajar mengenai kemajuannya Pemerhatian guru atau kaunselor Maklum balas dari guru dan orang lain mengenai keberkesanan tindakan Penilaian semula matlamat, jika perlu Pemantauan kemajuan pelajar dalam mengubah tingkah laku Menamatkan sesi bimbingan

Berbincang secara jujur dengan gurunya mengenai kemajuannya dalam menggunakan kemahiran barunya atau dalam mengubah tingkah lakunya Berbincang dengan gurunya mengenai kerisauan terhadap kemajuannya Meminta maklumbalas daripada guru, rakan atau keluarganya Sentiasa memantau kemajuannya, dan memotivasikan dirinya untuk terus memperbaiki kemahiran dan tingkah lakunya dalam menangani masalah Menilai keberkesanan tindakannya dan pencapaian matlamat Membuat keputusan untuk menamatkan sesi bimbingan, setelah berbincang dengan gurunya.

Cuba buat refleksi mengenai soalan berikut

Fikirkan pengalaman yang anda telah ada mengenai membantu pelajar yang mempunyai masalah. Aspek mana yang berkesan? Apa yang tidak berkesan? Manggunakan kemahiran membimbing dan peringkat-peringkat bimbingan, apakah kelainan yang akan anda lakukan?

Rumusan Topik ini membincangkan guru sebagai pembimbing. Isi-isi utamanya ialah: Matlamat utama bimbingan ialah untuk membantu pelajar membina potensi dan kemahiran hidup supaya ia boleh menjadi individu yang sihat dan seimbang, dengan kebolehan dan sikap yang membantunya menangani cabaran dan kesukaran hidup dengan berkesan; Prinsip melaksanakan proses bimbingan adalah berdasarkan kepada garis panduan etika seperti kerahsiaan dan hormat kepada hak pelajar untuk menerima bimbingan; Kemahiran asas bimbingan termasuk menunjukkan layanan positif dan hormat, kemahiran mendengar dengan aktif, berempati, kemahiran menyoal, dan kemahiran membuat rumusan; Masalah pelajar yang sering berlaku termasuk peribadi, akademik dan masalah perkembangan sosial; dan Lima peringkat utama proses bimbingan telah diterangkan, dengan tugas-tugas guru dan murid.

Berikut adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan

Teks bacaan asas Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa (1994). Falsafah dan Konsep Pendidikan. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Gutek, G.L. (1997). Philosophical and Ideological Perspectives on Education. Second Edition. Needham Heights: Allyn and Bacon.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rujukan Ead, H.A. (1998). Averroes As A Physician. http://www.frcu.eun.eg/www/universities/html/hamed2.htm Egan, G. (1990), The Skilled Helper, (4th Ed.), Pacific Grove: Brooks/Cole Publishing Co. Armstrong, D.G., Henson, K.T. & Savage, T.V. (1995). Education: An Introduction. New York: Macmillan Publishing Company. Barrow,R. (1984). Giving Teaching Back to Teachers. A Critical Introduction to Curriculum Theory. Brighton: Wheatsheaf Books. Bondi, W. (1989). Curriculum Development: A Guide to Practice. (3rd ed.).Ohio: Merrill Publishing Co. Duke, D.L. (1990). Teaching: An Introduction. New York: McGraw-Hill Publishing Co. Eisner,E.W. (1994). The Educational Imagination. New York: Macmillan College Pub. Frazee, B. & Rudnitski, R.A. (1995). Integrated Teaching Methods. Albany, New York: Delmar Publishers. Glatthorn, A.A. (1987). Curriculum Leadership. Glenview: Scott, Foreman. Jenkins, D. (1976). Curriculum Evaluation (Unit 19 till Unit 21). Walton Hall, Milton Keynes: Open University Press. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (1992), Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah, Kuala Lumpur: DBP Nelson-Jones, R. (1997), Practical Counselling and Helping Skills, (4th Ed.), London: Cassell Publications Ozmon, H.A. & Craver, S.M. (1995). Philosophical Foundations of Education. Englewood Cliffs: Prentice Hall. Stenhouse. (1975). An Introduction to curriculum Research and Development. London: Heinemann. Taba, H. (1962). Curriculum Development: Theory and Practice. New York: Harcourt Brace and World. Tyler, R.W. ( 1969). Basic Principles of Curriculum and Instruction. Chicago: The University of the Chicago Press Teacher Education Division (2002). Education Resource Book for Lecturers. Kuala Lumpur: Ministry of Education. Teacher Education Division (1982). The Philosophy of Education (Report of the National Workshop and Survey). Kuala Lumpur: Ministry of Education. Titus, H. A. (1970). Living Issues in Philosophy. Fifth Edition. New York: Van Nostrand Reinhold Company. Raslan, Y.F. (1997). Ibn Rushd, Philosopher and Theologian. Al-Jadid, 3 (20). http://www.aljadid.com/index.html http://www.susancanthony.com/Workshops/philosophy_hand.html http://www.moe.gov.my http://cw.prenhall.com/bookbind/pubbooks/armstrong3/chapter3/chapter12/deluxe.html

http://www.siu.edueyctr/cdromsup.html http://www.soe.purdue.edu/fac/georgeoff/phil am ed/essentialism.html http://www.morehead-st.edu/people/w.willis/fourtheories.html http://www.wikipedia.org/wiki/Philosophy http://www.infed.org/biblio/b-curric.htm. http://pages.nyu.edu/~asr209/curriculum.doc http://www.cast.org/udl/EnvisioningFutureCurriculum189.cfm