Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan pasar malam sebagai kelompok gerai yang menjual barang-barang makanan keperluan atau tempat orang berjual beli pada waktu malam. Pasar malam kebiasaannya beroperasi seawal jam 5.00 petang dan berakhir hingga 12.00 malam. Pasar malam merupakan tempat menjalankan perniagaan runcit yang dikategorikan sebagai pasar/gerai yang bergerak, susunan gerai yang memanjang menyusuri jalan dan menggunakan tapak awam atau persendirian (Muhammad Fisal Ibrahim: Soh Kok Leng, 2003). Perniagaan pasar malam juga ditakrifkan sebagai aktiviti penjajaan walaupun ianya semi-statik atau bermusim. Pasar ini menjalankan perniagaan komoditi pengguna yang luas dari makanan dan juga barang-barang bukan makanan yang beroperasi sekali atau dua kali seminggu di tempat yang berlainan. Kewujudan pasar malam adalah disebabkan terdapatnya penawaran dan permintaan daripada pihak peniaga pasar malam yang memberi peluang kepada mereka untuk menambah pendapatan dan bagi pembeli pula pasar malam dapat membantu mereka memperolehi kepelbagaian keperluan harian dengan harga yang murah. Antara kepelbagaian keperluan harian yang terdapat di pasar malam yang menjadikan pasar malam diminati oleh semua lapisan masyarakat ialah barang-barang keperluan dapur (barang kering dan basah), pakaian, buah-buahan, makanan, minuman dan beberapa barangan lain. (www.hbp.usm.my)

Perniagaan pasar malam di daerah Parit Buntar semakin mendapat sambutan orang ramai dari masa ke masa.Pihak berkepentingan seperti Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) memainkan peranan yang penting dalam memantau dan menyelaras perniagaan pasar malam agar peluang dan kemudahan dapat disediakan kepada peniaga dan pembeli.Justeru,dalam kajian ini,saya ingin melihat peranan pihak berkepentingan dalam menggiatkan perniagaan pasar malam di daerah Parit Buntar Perniagaan pasar malam akan memberikan impak kepada ekonomi,alam sekitar dan sosial masyarakat tempatan.Indusri ini memainkan peranan yang penting dalam ekonomi penduduk tempatan,dimana ianya membuka peluang pekerjaan kepada penduduk.Hal ini menimbulkan persaingan antara peniaga pasar malam dan menimbulkan persoalan sama ada ianya akan meningkatkan taraf hidup rakyat atau sebaliknya. Adakah perniagaan pasar malam akan memberikan impak yang tinggi terhadap alam sekitar jika sering beroperasi.Timbul persoalan berkaitan isu ini kerana penggunaan bahan pembungkusan barangan makanan dan minuman di pasar malam kebanyakannya menggunakan plastik yang tidak mudah untuk dilupuskan.Selain itu,pembuangan sampah sarap secara berleluasa turut menjadi persoalan dimana ianya akan memberikan pencemaran udara kepada persekitaran.Oleh itu,adakah impak kepada alam sekitar ini akan mengganggu kehidupan masyarakat setempat. Sosial masyarakat tempatan akan berubah dengan adanya perniagaan pasar malam sama ada ianya memberikan impak yang positif mahupun negatif.Kedudukan lokasi pasar malam di daerah Parit Buntar yang berhampiran dengan Sungai Kerian mendorong masyarakat tempatan beriadah sambil berbelanja di pasar malam.Oleh yang demikian,impak sosial ini perlu dilihat sewajarnya agar tidak merosakkan nama masyarakat setempat.