Anda di halaman 1dari 12

Hegemoni Barat dan Globalisasi: Realiti dan Cabaran

PENDAHULUAN Abad ke-20 membawa kepada bermulanya perkembangan pesat sains dan teknologi maklumat yang luar biasa. Kepesatan yang begitu cepat dan canggih ini berjaya menciptakan peradaban moden yang menjanjikan pelbagai kemajuan dan kemudahan, sekaligus memenuhi segala tuntutan arus kemodenan. Pelbagai alat sains dan teknologi maklumat berjaya dihasilkan dan kehidupan manusia bertambah mudah dengan segala kecanggihan ini. Namun, dalam manusia leka dengan limpahan kemewahan dan kemajuan ini, penghujung abad ke-20 juga telah diwarnai oleh pelbagai bencana dan kemelut yang hampir semua bidang kehidupan sosial, politik, ekonomi dan sebagainya yang juga sedikit sebanyak berpunca dari kecanggihan teknologi maklumat serta sains teknologi ciptaan manusia . Abad 21 telah pun berada di hadapan kita, seiring dengan kelajuan proses globalisasi dan dukungan kuat teknologi maklumat dan revolusi komunikasi yang menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan kompleks. Namun, di sebalik kehidupan manusia yang pantas dan serba canggih ini, kita menyaksikan kemelut kemanusiaan pada saat kritikal dan tragis, wabak penyakit yang menular, terrorisrne global, perang saudara yang berterusan dan pelanggaran hak asasi manusia. Sana-sini dipaparkan di dalam media cetak dan elektronik kehidupan manusia semakin tragis dengan semakin hebatnya arus kemodenan dunia . Apabila diimbas kembali akan kehebatan Islam dalam menguasai dunia semenjak zaman Nabi Muhammad SAW hinggalah kepada kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol, kita melihat bahawa dunia hidup dalam era yang aman kerana tiadanya dasar penguasaan globalisasi Barat. Namun, kebangkitan tamadun Barat mula menampakkan taringnya selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol sekaligus telah membuka era baru kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain terutamanya negara Islam melalui dasar globalisasi ala-Barat yang diwar-warkan ke seluruh dunia. Inilah yang membawa kepada permulaannya dominasi barat atau disebut sebagai hegemoni Barat.Fenomena yang disebut sebagai hegemoni Barat ini ialah apabila Barat menggunakan kuasanya sebagai kuasa terbesar dunia untuk menguasai politik, ekonomi, budaya, pemikiran, teknologi dan lain-lain. Dan yang paling dahsyat apabila Barat menggunakan kuasa tenteranya untuk menguasai negara yang tidak sehaluan dengannya. Sebagai kesannya, tindakan membalas dendam secara keras juga tidak dapat dibendung lagi dan di sinilah timbul isu keganasan dan terrorism yang selalunya ditujukan kepada pejuang Islam.

BAB 1 : PENGENALAN HEGEMONI BARAT 1.2 DEFINISI HEGEMONI Istilah hegemoni berasal daripada istilah yunani,hegeisthai (to lead). Konsep hegemoni banyak digunakan oleh ahli sosiologi untuk menjelaskan fenomena terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan oleh pihak pengusasa. Perkataan hegemoni dalam perkataan Inggeris hegemony membawa maksud pengaruh atau pengusaan. Perkataan hegemoni dalam kamus bermaksud pengaruh atau dominasi ini merangkumi pelbagai sudut seperti politik,ekonomi, sosial,budaya,ketenteraan, pendidikan, pendidikan,perundangan dan sebagainya. Secara jelas hegemoni sebenarnya bermaksud dominasi oleh satu kelompok terhadap kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga idea-idea yang diketengahkan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang didominasi diterima sebagai sesuatu yang wajar (common sense). Dalam hegemoni, kelompok yang mendominasi berhasil mempengaruhi kelompok yang didomnasi untuk menerima nilai-nilai moral, politik dan budaya dari kelompok dominan (kelompok yang berkuasa). Hegemoni juga boleh diterima sebagai sesuatu yang wajar, sehingga ideologi kelompok dominan dapat disebarkan dan dipraktikkan. Nilai-nilai dan ideologi hegemoni ini diperjuangkan dan dipertahankan oleh pihak dominan sehingga pihak yang didominasi taat terhadap kepimpinan kelompok penguasa. Istilah hegemoni berasal dari istilah yunani, hegeisthai (to lead) iaitu bermaksud untuk menguasai. Konsep hegemoni banyak digunakan oleh ahli sosiologi untuk menjelaskan fenomena terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan oleh pihak penguasa. Penguasa disini memiliki erti yang luas, tidak hanya terbatas pada penguasa negara (pemerintah). Hegemoni boleh didefinisikan sebagai dominasi oleh satu kelompok terhadap kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga idea-idea yang ditekankan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang didominasi diterima sebagai sesuatu yang wajar (common sense). Hegemoni diterima sebagai sesuatu yang wajar, sehingga ideologi kelompok dominan dapat menyebar dan dipraktikkan . Nilai-nilai dan ideologi hegemoni ini diperjuangkan dan dipertahankan oleh pihak dominan sedemikian sehingga pihak yang didominasi tetap diam dan taat terhadap kepemimpinan kelompok penguasa. Dalam hegemoni, kelompok yang mendominasi berhasil mempengaruhi kelompok yang didominasi untuk menerima nilai-nilai moral, politik, dan budaya dari kelompok dominan (the ruling party, kelompok yang berkuasa).

Hegemoni boleh dilihat sebagai strategi untuk mempertahankan kekuasaan : the practices of a capitalist class or its representatives to gain state power and maintain it later. (Simon, 1982: 23) Kesimpulannya, jika dilihat sebagai strategi, maka konsep hegemoni bukanlah strategi eksklusif milik penguasa. Maksudnya, kelompok manapun boleh menerapkan konsep hegemoni dan menjadi penguasa. Sebagai contoh hegemoni, adalah kekuasaan dolar amerika terhadap ekonomi global kerana kebanyakan pemindahan antarabangsa dilakukan menggunakan nilai dolar Amerika. Istilah hegemoni berasal dari istilah Yunani, iaitu hegeisthai. Konsep hegemoni ini banyak digunakan oleh sosiologi untuk menjelaskan tentang fenomena terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan oleh pihak penguasa. Menurut teori Gramsci (1891-1937), hegemoni dikaitkan dengan konsep hubungan antara kelaskelas masyarakat tertentu ,iaitu kelas-kelas yang lebih dominan akan memonopoli kelas-kelas yang lain dari segi ekonomi, budaya dan moral. Ia menggambarkan suatu hubungan yang bersifat monopoli dan dominasi antara kelas masyarakat atasan dan bawahan dalam sesebuah negara bangsa. Hegemoni boleh didefinisikan sebagai dominasi oleh satu kelompok terhadap kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga idea-idea yang ditekan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang didominasi yang wajar (common sense). Lihat juga definisi dibawah ini: Hegemony is the dominance of one group over other groups, with or without the threat of force, to the extent that, for instance, the dominant party can dictate the terms of trade to its advantage; more broadly, cultural perspectives become skewed to favor the dominant group. Hegemony controls the ways that ideas become naturalized in a process that informs notions of common sense (http://en.wikipedia.org/wiki/Hegemony) Dominant groups in society, including fundamentally but not exclusively the ruling class, maintain their dominance by securing the spontaneous consent of subordinate groups, including the working class, through the negotiated construction of a political and ideological consensus which incorporates both dominant and dominated groups. (Strinati, 1995: 165) Dalam hegemoni, kelompok yang mendominasi berhasil mempengaruhi kelompok yang didominasi untuk menerima nilai-nilai moral, politik, dan budaya dari kelompok dominan (the ruling party, kelompok yang berkuasa). Hegemoni diterima sebagai sesuatu yang wajar, sehingga ideologi kelompok dominan dapat disebarkan dan dipraktikkan.Nilai-nilai dan ideologi hegemoni ini diperjuangkan dan dipertahankan oleh pihak dominan sedemikian sehingga pihak yang didominasi tetap taat terhadap kepemimpinan kelompok penguasa.

1.2 SEJARAH RINGKAS TAMADUN BARAT Tamadun eropah atau dikenali sebagai tamadun Barat telah dibahagikan oleh sejarawan kepada tiga zaman utama ,iaitu Zaman Purba yang merujuk kepada tamadun Yunani dan Romawi ,Zaman Pertengahan yang bermula pada sekitar 400M hingga 1600M dan Zaman Moden selepas tahun 1600M ,yang kemudiannya menyaksikan kebangkitan Revolusi Sains di barat .Manakala di Zaman Pertengahan telah di bahagikan kepada tiga peringkat iaitu Zaman Pertengahan Awal yang disebut juga sebagai Zaman Gelap eropah dan Zaman Pertengahan Tengah atau disebut juga Zaman Kemajuan Eropah dan Zaman Renaissance .Terdapat juga ahli sejarah mengatakan Zaman Gelap diakhiri pada 800M. Selepas Zaman Gelap muncul pula Zaman Pertengahan Tengah yang disebut juga sebagai Zaman Kemajuan, kerana pada waktu itu Eropah telah mula mengalami pembangunan intelektual yang pesat hasil kemasukan pengaruh ilmu-ilmu dari tamadun Islam di Timur. Zaman pembangunan intelektual ini telah menjadi tapak asas kepada tercetusnya Zaman Renaissance pada sekitar 1450M. Zaman Renaissance ini benar-benar telah mengubah corak penghidupan masyarakat Eropah kepada kemajuan intelek yang begitu tinggi, secara agak drastik hinggalah ke hari ini. 1.3 ZAMAN KEBANGKITAN TAMADUN BARAT 1.3.1 PENGENALAN ZAMAN RENAISSANCE Latar belakang Eropah zaman gelap iaitu zaman tertutup dari sudut ekonomi ,politik dan sosial serta pemikiran yang dikuasai oleh pihak gereja .Rakyat pula pada ketika itu terpaksa bergantung kepada golongan bangsawan . Latar belakang Eropah selepas zaman gelap iaitu zaman belaku perubahan sikap dan membuka minda serta membawa fahamn baru . 1.3.2 PENGERTIAN RENAISSANCE Renaissance berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud pemulihan atau menghidupkan semula aspek kebudayaan dengan memberi penekanan terhadap pemulihan budaya meliputi aspek ilmu pengetahuan seperti sains , sastera dan seni klasik yang pernah menjulang Eropah sebagai pusat peradaban dunia pada ketika itu. Zaman Renaissance berlangsung selama dua abad dari pertengahan abad ke 14 sehingga pertengahan abad ke 16. Ianya bermula di Itali kemudian telah merebak ke seluruh Eropah melalui perkembangan intelektual dan pemikiran manusia.

1.3.3 PROSES PENYALURAN ILMU DARI TAMADUN ISLAM KE TAMADUN BARAT DI ZAMAN PERTENGAHAN Sebelum bermulanya proses kemasukan ilmu dari tamadun Islam ke tamadun Barat di Eropah, masyarakat barat masih berada di zaman kegelapan, mundur dalam dalam segala aspek kehidupan dan berada pada tahap paling rendah martabat inteleknya. Pada zaman itu, di Eropah terdapat hanya cebisan-cebisan daripada pemikiran Romawi,,dilonggokan semuanya dalam susunan tulisan-tulisan Martinus Capella, Bede, Isodoe dan juga teknik tertentu, yang terselamat daripada pupus kerana luas edarannya. Pengajian pada masa itu hanya berkisar di ilmu gereja;gospel yang termaktub dalam Bible, wajib diterima bulat-bulat tanpa sebarang persoalan dan pertikaian. Manakala tokoh intelek pada zaman tersebut tidak kreatif dan tidak menyumbang idea asli. Mereka ini kebanyakannya menjadi penyusun idea-idea yang telah sedia ada daripada tamadun Yunani. Mereka ini kebanyakkannya terdiri daripada kalangan kelompak gereja dan penganut pagan yang belum menerima ajaran Kristian. Antara tokoh-tokoh yang terkenal seperti St. Augustin (351-430), seorang pendeta Kristian yang agak terbuka dan terkenal dengan sumbangannya dalam ilmu kemanusiaan secara am dan Boethius (480-524), seorang tokoh intelek pagan yang masyhur.

BAB 2 : PENGENALAN GLOBALISASI 2.1 Definisi globalisasi Globalisasi yang dipelopori oleh Barat sebenarnya membawa kepada pelbagai definisi dan penafsiran dari berbagai sudut pandangan. Definisi umum yang dipegang oleh sebahagian daripada kita menafsirkannya sebagai proses pengecilan dunia atau menjadikan dunia sebuah perkampungan yang kecil. Sebahagian kita yang lain menafsirkannya sebagai usaha menyatukan masyarakat dunia dari segi gaya hidup dan budaya. Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet,media elektronik,dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan diantara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat. Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia didunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.

Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal. Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadan-sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini kita telah dapat merasakan apakah dia itu globalisasi. Ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini. Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalissasi menjangkau sempadan ekonomi,teknologi ,bahasa, budaya, ideologi, politik dan dari segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat. Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada globalisasi ekonomi. Disamping itu, ia memberi perhatian besar kepada globalisasi maklumat dan ilmu dan globalisasi saintifik serta teknologi Kesungguhan Kerajaan dalam menangani tiga jenis globalisasi ini jelas kelihatan pada berbagaibagai bentuk wacana di peringkat nasional dan peringkat antarabangsa seperti dialog, seminar, persidangan dan forum dan juga pada penubuhan berbagai-bagai jenis institusi dan projek. Koridor Raya Multimedia (MSC) adalah simbol harapan serta kemegahan Malaysia dalam menyahut panggilan globalisasi. Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia. Globalisasi pula dapat didefinisikan sebagai peruntuhan pagar-pagar yang memisahkan antara negara sehingga dengan itu mudah berlakunya pertukaran, pemindahan dan perkongsian dalam pelbagai lapangan seperti ilmu, pemikiran, ekonomi, kebudayaan dan agama. Walaupun globalisasi pada asalnya bermaksud pertukaran, pemindahan dan perkongsian antara negara, realitinya menunjukkan bahawa ia tidak wujud dalam bentuk dua hala yang adil. Sebaliknya, terdapat negara yang bersifat mengglobalisasi dan terdapat juga negara yang bersifat diglobalisasi. Mengglobalisasi itu adalah negara yang menyebarkan ilmu, pemikiran, ekonomi, kebudayaan dan agama mereka kepada negara lain. Ada pun diglobalisasi, ia adalah negara yang bersifat hanya menerima ilmu, pemikiran, ekonomi, kebudayaan dan agama dari negara yang mengglobalisasi tanpa menilai sama ada ia membawa manfaat atau mudarat. Jamiyah al-Islah al-Ijtimai Kuwait menegaskan globalisasi sebagai suatu perencanaan hebat dan berbahaya yang dilakarkan oleh Barat untuk meniadakan batasan (geografi) antara bangsa dan negara-negara di dunia ini. Ia adalah sinonim dengan seruan gerakan Freemason masa dulu dan kini yang dipanggil sebagai New World Order; sebagai percubaan untuk membenamkan identiti seluruh agama-agama di dunia, pemikiran bangsabangsa serta keyakinan mereka, agar digantikan dengan segala piagam PBB seperti yang dilakarkan oleh Barat dalam bidang ekonomi dan sosial sebagai agama baru yang dipaksakan kepada penduduk dunia seluruhnya

Menurut Fathi Yakan, globalisasi ialah suatu proses menerima pakai sesuatu yang bersifat antarabangsa: baik dari sudut budaya, sosial, ekonomi mahupun dari sudut politik. Kadangkadang ia bermaksud pensejagatan segala perkara, meskipun melalui kekerasan dan tidak melalui proses bertahap. Selain itu, globalisasi dalam definisi yang lain ialah suatu gerakan bebas, aktif dan pantas oleh korporat multi-nasional; baik dalam bidang kewangan, perdagangan mahupun dalam bidang maklumat. Dari perspektif ekonomi, ia bermakna pengurusan kapital atau modal yang bersifat sejagat di bawah hegemoni sistem dunia unipolar, iaitu kuasa yang menyeluruh menguasai terhadap isi dunia seluruhnya, baik individu, pemikiran, maklumat, kewangan, institusi, pola kelakuan, perkhidmatan ataupun pengeluaran. Dari sudut maklumat, globalisasi bermakna kebanjiran sistem teknologi canggih, dan pengaliran maklumat tanpa memperdulikan kerajaan dan perlembagaan negara bahkan perundangan juga. Ia gejala birokrasi tidak bernasionaliti, jati diri dan tidak memerlukan visa. Secara keseluruhannya, globalisasi dianggap sebagai suatu perencanaan menggunakan keunggulan teknologi, undang-undang antarabangsa, pengaruh modal atau kewangan yang raksasa untuk memenangkan kepentingan negara besar dan kuat serta memperbudak bangsabangsa yang lemah, mengikis sumber kekayaan mereka, melemahkan daya tahan, menghalang pembangunan mereka, menukar jati diri serta menumpaskan gerakan kebangkitan dan reformasi di kalangan mereka. 2.2 Sejarah globalisasi Banyak sejarawan yang menyebut globalisasi sebagai fenomena di abad ke-20 ini yang dihubungkan dengan bangkitnya ekonomi internasional. Padahal interaksi dan globalisasi dalam hubungan antarbangsa di dunia telah ada sejak berabad-abad yang lalu. Bila ditelusuri, benihbenih globalisasi telah tumbuh ketika manusia mulai mengenal perdagangan antarnegeri sekitar tahun 1000 dan 1500 M. Saat itu, para pedagang dari Tiongkok dan India mulai menelusuri negeri lain baik melalui jalan darat (seperti misalnya jalur sutera) maupun jalan laut untuk berdagang Fasa selanjutnya ditandai dengan dominasi perdagangan orang islam di Asia dan Afrika. Orang islam membentuk jaringan perdagangan yang antara lain meliputi Jepang, Tiongkok, Vietnam, Indonesia, India, Persia, pantai Afrika Timur, Laut Tengah, Venesia, dan Genoa. Di samping membentuk jaringan dagang, kaum pedagang islam juga menyebarkan nilai-nilai agamanya, nama-nama, abjad, arsitek, nilai sosial dan budaya Arab ke warga dunia. Fasa selanjutnya ditandai dengan eksplorasi dunia secara besar-besaran oleh bangsa Eropah. Sepanyol, Portugis, Inggeris, dan Belanda adalah pelopor-pelopor eksplorasi ini. Hal ini didukung pula dengan terjadinya revolusi industri yang meningkatkan keterkaitan antarbangsa dunia. berbagai teknologi mulai ditemukan dan menjadi dasar perkembangan teknologi saat ini, seperti komputer dan internet. Pada saat itu, berkembang pula kolonialisasi di dunia yang membawa pengaruh besar terhadap kebudayaan di dunia.

Semakin berkembangnya industri dan kebutuhan akan bahan baku serta pasar juga memunculkan berbagai perusahaan multinasional di dunia. Di Indonesia misalnya, sejak politik pintu terbuka, perusahaan-perusahaan Eropah membuka berbagai cabangnya di Indonesia. Freeport dan Exxon dari Amerika Syarikat, Unilever dari Belanda, British Petroleum dari Inggeris adalah beberapa contohnya. Perusahaan multinasional seperti ini tetap menjadi ikon globalisasi hingga saat ini. Fasa selanjutnya terus berjalan dan mendapat momentumnya ketika perang dingin berakhir dan komunisme di dunia runtuh. Runtuhnya komunisme seakan memberi pembenaran bahawa kapitalisme adalah jalan terbaik dalam mewujudkan kesejahteraan dunia. Implikasinya, negaranegara di dunia mulai menyediakan diri sebagai pasar yang bebas. Hal ini didukung pula dengan perkembangan teknologi komunikasi dan transportasi. Hasilnya, sekatan-sekatan antara negara pun mulai kabur. FAKTOR-FAKTOR HEGEMONI DAN GLOBALISASI Pada abad ke-21 ini, sedar atau tidak sedar sebenarnya dunia masa kini telah dipengaruhi oleh hegemoni Barat dan globalisasi dalam kehidupan kita. Mengapakah pengaruh hegemoni barat ini telah menular dengan meluas sekali di dunia? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan ia berlaku? Imperialisme baru merupakan suatu fenomena kebangkitan semula perasaan ingin menguasai dan meluaskan semula pengaruh Barat kepada masyarakat dunia. Dengan fenomena inilah yang menjadi salah satu punca pengaruh hegemoni Barat makin meluas. Mereka berhasrat untuk menjadi kuasa nombor satu di dunia yang menjadikan semua negara lain tunduk dan berada dibawah pengaruh mereka. Kuasa Barat ini telah bertindak seperti polis dunia yang kononnya memelihara keamanan dan keselamatan dunia. Mereka merasakan bahawa telah menjadi tanggungjawab mereka untuk memusnahkan senjata pemusnah besarbesaran yang ada pada negara-negara yang menjadi musuh kuasa Barat yang boleh mengancam keselamatan dunia. Tetapi sebenarnya mereka mempunyai matlamat untuk memperluaskan pengaruh hegemoni mereka. Kuasa Barat mempunyai semangat dan dasar yang sentiasa merancang untuk menjajah mana-mana negara islam yang mempunyai potensi untuk bangkit menjadi sebuah kuasa besar dan boleh mencabar hegemoni mereka. Kuasa Barat mempunyai dasar untuk mewujudkan negara sekutu atau hubungan satelit dan meluaskan jaringan dan pengaruhnya melalui media, ekonomi, sosial, dan juga hak asasi manusia. Proses globalisasi pada hari ini menjadi peluang keemasan bagi kuasa-kuasa Barat untuk mengekalkan hegemoni mereka. Dengan kepantasan perpindahan maklumat kini, Barat dapat menguasai media dan komunikasi Barat dan memberi implikasi terhadap dunia seperti Cable News Network (CNN), dan British Broad-Casting Corporation (BBC). Wartawan-wartawan tempatan juga menunggu dan menggunakan berita daripada media Barat. Berita-berita yang

disebarkan oleh media Barat merupakan persepsi dari Barat sendiri. Secara tidak langsung pengaruh mereka terhadap dunia juga makin meluas. Aplikasi dan perancangan Zionis juga menjadi faktor wujudnya pengaruh hegemoni Barat dalam era globalisasi ini. Zionis mempunyai matlamat utama untuk mengukuhkan kedudukan mereka di serata dunia. Pemimpin Yahudi merancang untuk menguasai mata wang dan ekonomi dunia supaya kuasa Barat ini dapat mencampuri urusan secara tidak langsung terhadap pasaran saham antarabangsa. Gerakan Zionis Yahudi turut mempunyai ideologi untuk merosakkan masyarakat dunia dengan menyebarkan fahaman mulhid atau ateis dan falsafah sekular. Kerana itulah pengaruh mereka makin berleluasa dan wujud golongan yang tidak mempercayai Tuhan (fahaman ateis). Sedangkan sejak berabad-abad lamanya telah wujud kepercayaan dan agama dalam masyarakat dunia sebagai pegangan hidup. Masyarakat masa kini telah wujud 2 golongan yang telah merosakkan dan mencalarkan imej islam seperti golongan ultra moden yang memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Barat dengan menerima nilai Barat sepenuhnya dan golongan konservatif yang menjaga status mereka dalam masyarakat. Golongan seperti inilah yang merosakkan reputasi dan perkembangan orang-orang islam. Mereka menjadikan fahaman Barat sebagai idola dan ikutan dalam kehidupan mereka. Faktor inilah juga yang menyebabkan hegemoni Barat makin kukuh di dunia. Kebanyakan negara yang majoritinya adalah umat islam kini pentadbirannya lebih mengikut peredaran zaman yang jelas sekali telah dimonopoli dan dipengaruhi oleh hegemoni Barat. Pentadbiran negara tersebut tidak lagi berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Selain itu, keadaan ekonomi yang lemah menyebabkan kuasa Barat mempunyai peluang untuk menguasai ekonomi dunia dengan pengaruh hegemoni mereka. Contohnya Amerika Syarikat lebih banyak memasarkan produk-produk mereka ke pasaran global. Bahkan, kebanyakan produk yang dijual di pasaraya tempatan juga terdiri daripada pelbagai jenis produk-produk dari negara Barat. Hegemoni Barat ini berlaku juga disebabkan oleh kesan penjajahan mereka terhadap negara-negara yang lemah ketika berabad-abad lamanya dahulu. Negara Barat telah membawa perubahan dan kemajuan suatu ketika dahulu terhadap negara-negara yang dijajah. Maka akibat daripada penjajahan tersebut, ia telah meninggalkan kesan dan implikasinya terhadap masyarakat setempat yang masih mempunyai pengaruh daripada Barat. Dengan itu hegemoni Barat adalah lebih mudah lagi dikekalkan. Masyarakat dunia islam kini tidak lagi selalu melakukan pentarbiyahan dalam hati dan jiwa untuk memelihara hati dan diri daripada mudah terpengaruh dengan budaya dan kuasa Barat dalam kehidupan. Masyarakat tidak menjadikan pengalaman lepas sebagai pengajaran di masa hadapan dan kurang berhati-hati bagi mengelakkan hegemoni Barat dalam globalisasi dunia masa kini. Menurut Amir Shakib Arsalan, seorang pemikir islam Druzl, masyarakat islam

kini mempunyai semangat yang lemah untuk berkorban demi islam atau kata lain ialah berjihad mempertahankan kehidupan yang berlandaskan islam.

BAB 3- REALITI HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI KINI 3.1 Media Globalisasi yang diperkenalkan oleh Barat menjadikan media komunikasi sebagai alat utama yang mampu menyebarluaskan segala maklumat. Oleh kerana Barat menguasai media komunikasi dunia, segala berita dan maklumat yang disiarkan di seluruh dunia adalah lebih berpihak kepada mereka dan menindas mana-mana negara yang tidak bersekongkol dengan mereka khususnya negara-negara Islam. Yang jelas, media massa kapitalis di Barat dan sosialis di Timur telah mempengaruhi sepenuhnya media-massa media-massa yang ada di dalam masyarakat Islam dan Arab. Merekalah yang menerbitkan program-program di negara Islam sama ada yang dapat ditonton, didengar dan mencetaknya untuk dibaca. Program-program yang menyebarkan kejahatan, memberi galakan untuk melakukan jenayah, menimbulkan keraguan terhadap akidah dan menghancurkan akhlak dan nilai-nilai yang murni. Kerana media di bawah kawalan mereka, segala berita dan maklumat tentunya menyebelahi mereka dan sebaliknya menindas musuh-musuh mereka. Misalnya, agensi berita antarabangsa terutamanya dari Amerika Syarikat menentukan dengan meluasnya bagaimana maklumat tentang peristiwa antarabangsa diolah dan dipersembahkan kepada masyarakat dunia. Manakala Hollywood pula merupakan pengeksport komoditi hiburan terbesar dunia. Amerika Syarikat memperoleh pendapatan melalui perkembangan ini sebanyak 20 bilion ( US dolar ) dan 70% adalah langganan luar Amerika Syarikat iaitu dari negara-negara dunia ketiga. 3.2 Ekonomi Globalisasi ekonomi ialah satu kod undang-undang ekonomi seragam yang diamalkan dan digunapakai oleh seluruh masyarakat dunia. Ia membawa kepada penghapusan halangan ekonomi antara sebuah negara dengan negara lain pada kadar yang amat pantas terutamanya dalam tiga aspek utama ekonomi iaitu perdagangan, kewangan dan pelaburan. Globalisasi berlaku dalam ketiga-tiga aspek ini apabila dasar-dasar kerajaan yang mengawal ekonomi asing daripada mempengaruhi ekonomi tempatan semakin longgar dan ekonomi tempatan terpaksa mengikut rentak ekonomi asing yang akhirnya meminggirkan ekonomi tempatan. Ia berlaku dengan mudah akibat perubahan teknologi di mana wang boleh dipindahkan, mata wang diniagakan dan saham boleh dibeli dengan mudah. Dalam globalisasi ekonomi, kadar mata wang yang tidak tetap dan pasaran modal terbuka, spekulasi mula muncul dan membawa kepada manipulasi mata wang dan saham. Ia kemudiannya membawa kepada peranan tiga buah institusi yang benar-benar menyebarkan

globalisasi dan menguasai ekonomi dunia iaitu Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO). 3.3 Politik Globalisasi politik juga telah tersebar luas ke seluruh dunia dengan kehebatan penawaran ilmu dan teknologi komunikasi yang mampu menyebarluaskan segala maklumat. Hari ini, politik antarabangsa didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah negara kuasa besar (super power) yang secara tidak langsung menggambarkan dominasi dunia Barat. Kita lihat sahaja contohnya di Iraq pada hari ini. Amerika Syarikat yang mendominasi Majlis Keselamatan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonya bersama-sama dengan negara Rusia, United Kingdom telah campur tangan dalam politik dalaman Iraq. Boleh dikatakan dalam hampir semua persengketaan wilayah dan antarabangsa sarna ada di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Palestin, Kashmir, Iraq dan lain-lain, Amerika Syarikat telah terlibat secara langsung dengan menggambarkan diri mereka sebagai 'polis dunia'. Kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa besar dunia yang tidak boleh ditandingi adalah disebabkan kekuatan ketenteraan dan militarinya. Setelah berakhirnya Perang Dingin dan dengan kejatuhan Soviet Union, Arnerika Syarikat telah muncul satu-satunya kuasa besar dunia yang tidak boleh ditandingi. 3.4 Sosial Pada hari ini, dunia Barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri dunia dengan pengeksportan budayanya. Berlaku pertukaran dan pernyataan simbol yang mencerminkan kehidupan manusia dari segi gaya hidup, kepercayaan, citarasa, dan lain-lain dari Barat ke dunia luar. Antara cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya. Ia adalah satu persoalan yang sangat kritikal kerana sesudah terlerainya benteng sosiobudaya sesuatu kelompok masyarakat dapat disempurnakan maka segala usaha bagi mengatasi masalah lain adalah lebih mudah. Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi sosio-budaya. Golongan belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan transnasional. Dalam keghairahan untuk mengejar gaya hidup ala Barat, anak-anak muda ini secara umumnya kini sudah tidak merasa bersalah dengan gaya peniruan secara bulat budaya hidup barat. Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena ini adalah menerusi kesan-kesan globalisasi budaya di bawah : (1) Budaya Makan : Pelbagai jenis makanan Barat telah dapat dinikmati dan semakin popular di seluruh dunia. Spaghetti, pasta, minuman bergas seperti Coca Cola, Pepsi tidak hanya boleh didapati di Barat malahan di seluruh dunia.

(2) Budaya Fesyen : Anak-anak muda semakin ghairah mengikuti segala perubahan fesyen yang berlaku di Barat. Jenama-jenama alat solek seperti Maybeline, Christian Dior dan jenama pakaian seperti Versace, Bonia, Padini, Levis menjadi pilihan generasi muda walaupun mahal harganya. (4) Budaya Hidup : Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat serta dunia lakonan dan pembikinan filem cara barat. Masyarakat dunia hari ini juga lebih terdedah kepada budaya yang menggunakan produk rokok yang menajakan budaya hidup barat. (5) Budaya Muzik dan Hiburan : Muzik jazz, rock, disco dan yang terkini muzik 'black metal' telah mula menguasai dunia. Tempat hiburan Disneyland juga diadakan di luar Amerika. 3.5 Agama Barat, telah melaungkan slogan sekular yang telah membataskan agama dan menafikan sebarang peranan yang boleh dilakukan oleh agama dalam usaha memperbaiki, merubah, membawa kemajuan atau tamadun. Konsep-konsep akidah dan pemikiran telah berubah di kalangan umat Islam sehingga kemulhidan telah berkembang di tengah-tengah kesesatan dan kekufuran mereka. Islam Liberal sudah pun difatwakan sesat dan bercanggah dengan syariat Islam. Akhir-akhir ini pelbagai salah faham terhadap syariat Islam sengaja digembar-gemburkan oleh golongan Islam Liberal yang kuat berpegang kepada ideologi sekular-liberal dan humanisme anjuran Barat. Golongan Islam Liberal ini mengakui berpegang kepada ajaran Islam tetapi Islam yang dibawa oleh mereka adalah Islam yang beracuan pemikiran semata-mata berteraskan ideologi Barat. Sister In Islam (SIS) dikaitkan dengan fahaman Islam Liberal seawal bulan Disember 2002 setelah SIS terlibat secara langsung dalam usaha menubuhkan badan antara agama yang mempunyai kuasa undang-undang menyeru kepada kebebasan beragama. SIS juga dikaitkan dengan fahaman Liberal ini apabila sekumpulan aktivis hak asasi manusia yang diketuai oleh SIS sendiri telah melancarkan kempen Anti Kawalan Moral terhadap pihak berkuasa agama dan kerajaan tempatan ekoran tindakan para penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menahan lebih 100 orang pengunjung kelab malam Zouk di Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai