Anda di halaman 1dari 10

HBPE2103 Pergerakan Artistik dan Kreatif

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


SEMESTER SEPTEMBER/ TAHUN 2012

KOD KURSUS : HBPE2103

TAJUK KURSUS : PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF


(AMALI)

Tutor : Abg. Ismail bin Abg. Hj. Julhi


NAMA KUMPULAN : PENJAGA ZOO AHLI KUMPULAN :
1. James Madi anak Budol 2. Abg. Abdul Ghani Bin Abg. Zainal 3. Bolhi Bin Bujang 4. Chong Yung Foo

PUSAT PEMBELAJARAN

SARAWAK LEARNING CENTRE Open university Malaysia

HBPE2103 Pergerakan Artistik dan Kreatif

1.0 Pengenalan

Berdasarkan pandangan atau pendapat tokoh-tokoh dalam bidang pendidikan jasmani seperti LeBlanc, B. Dan Lowy, S. (1994) serta Burton (1977), pergerakan asas merupakan proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknikteknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar dan ia melibatkan gabungan psikomotor, kognitif dan afektif iaitu hubungkait motor penglihatan, motor-pendengaran, motor kinestatik dan motor-taktile.

Namun, pergerakan asas dibahagikan kepada dua kategori, iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik. Kedua-duanya memberi penekanan kepada aspek-aspek ritma asas, ritma kreatif, lagu pergerakan permainan dan kemahiran gimnastik. Pergerakan asas juga meliputi pergerakan lokomotor, iaitu kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kasar seperti melompat, berjalan, berlari dan sebagainya. Pergerakkan lokomotor memerlukan pergerakan yang beralih tempat. Sebaliknya pergerakan bukan lokomotor pula merujuk kepada kebolehan menggunakan otot-otot kasar atau juga otot-otot kecil seperti melompat setempat, mengangkat tangan, menghayun tangan dan sebagainya. Namun pergerakan bukan lokomotor adalah pergerakan statik atau setempat dan tidak berubah kedudukan.

Manipulasi alatan pula dikaitkan dengan koordinasi tubuh badan dengan alatan. Kesemua jenis pergerakan ini boleh dilakukan secara individu atau dalam kumpulan. Namun, pergerakan yang dihasilkan oleh pelaku adalah untuk menguji keupayaan mereka bagi mengawal pergerakan badan selari dengan kuasa graviti dalam suasana yang dipilih atau berdasarkan tema yang diberikan. Dalam amali kali ini tema yang diberikan ialah flora dan fauna. Kumpulan kami telah memilih tajuk Zoo memandangan watak-watak haiwan yang dipilih adalah pelbagai dari semua pelusuk dunia seperti kangroo, panguin, monyet, itik dan ulat beluncas dan tidak terdapat pada satu tempat sahaja kecuali ZOO.
Open university Malaysia

HBPE2103 Pergerakan Artistik dan Kreatif

2.0 Kebaikan aktiviti amali.


i.

Pelatih berpeluang untuk mencurahkan idea dan perasaan. Mendapat pengetahuan dan mempelajari cara untuk menyusun atur pergerakan mengikut ruang dan aliran secara terkawal.

ii.

iii.

Pelatih dapat menjana idea dan pemikiran yang kreatif, mencipta pergerakan tubuh badan berdasarkan pergerakan-pergerakan flora dan fauna.

iv.

Meningkatkan kefahaman tentang pergerakan jika bergabung dengan alatan dan kesukran yang mungkin dialami.

v.

Menerapkan nilai-nilai murni seperti berusaha, bekerjasama, meneroka dan banyak lagi.

3.0 Pergerakan Lokomotor.


Pergerakan lokomotor ialah keupayaan melakukan pergerakan, atau menggerakan tubuh badan dari satu kedudukan kepada kedudukan yang lain atau juga disebut gerakan aliran. Pergerakan lokomotor boleh dilakukan kehadapan, belakang, kanan, kiri atau ditetapkan haluannya. Pergerakan lokomotor juga mementingkan keseimbangan, koordinasi, kepantasan dan ketepatan. Pergerakan ini mudah untuk mengalami kecederaan jika pelakunya tidak memahami prosedur pergerakan yang betul contohnya pergerakan gulingan depan, melompat, berlari dan banyak lagi.

4.0 Pergerakan Bukan Lokomotor.

Pergerakan bukan lokomotor adalah keupayaan untuk melakukan pergerakan atau mengerakakan tubuh badan tanpa beralih tempat. Kemahiran yang dilakukan tanpa menggerakkan dasar sokongan atau tidak melibatkan perubahan penyokong atau titik pusat pelaku. Ini bermaksud kanak-kanak berada dalam kedudukan yang sama dan tidak berubah
Open university Malaysia

HBPE2103 Pergerakan Artistik dan Kreatif

ke tempat lain contohnya aktiviti regangan badan, membaling bola ke arah rakan dan sebagainya. Pergerakan dalam keadaan statik dan memberi penekanan kepada keseimbangan dan membantu kita menjaga serta menjadikan bentuk badan yang menarik dan badan seharusnya berada dalam keadaan yang fleksibel serta seimbang. Gerakan dibuat dalam keadaan yang tenang dan kurang tekanan. Ini kerana dalam konsep pergerakan bukan lokomotor, tenaga tidak diperlukan dengan banyak dan lebih kepada pergerakan halus-ringan. Pergerakan bukan lokomotor adalah penting dalam pendidikan jasmani seperti permainan, seni tari dan gimnastik. Sebagai contoh dalam sukan gimnastik kanak-kanak terlebih dahulu akan melakukan regangan otot sebelum beraksi. Contoh-contoh pergerakan bukan lokomotor ialah melompat setempat, mendekam, menghayun tangan, duduk, berdiri, tekan tubi, bangkit tubi, duduk dan jangkau, lompat bintang, imbangan bangau, imbangan bedua, dan banyak lagi.

5.0 Kemahiran Manipulasi Alatan

Manipulasi alatan ialah penggunaan alatan secara kreatif, jadi kemahiran manipulasi alatan ialah pergerakan menggunalan alatan secara kreatif dengan cekap serta dengan cara yang betul. Kemahiran manipulasi alatan haruslah didedahkan pada peringkat awal persekolahan namun mengikut peringkat umur dan kesesuaian perkembangan motor dan kognitif murid. Kemahiran manipulasi alatan boleh membantu perkembangan murid sama ada dari aspek fizikal, kognitif, emosi mahupun sosial. Selain itu kemahiran manipulasi alatan dapat meningkatkan koordinasi anggota badan, contohnya koordinasi tangan-mata, kaki-mata, kepala-mata dan banyak lagi. Contoh kemahiran manipulasi alatan ialah seperti memukul, melambung, menyambut, membaling, menggolek, menyepak, mengelecek dan sebagainya.

Open university Malaysia

HBPE2103 Pergerakan Artistik dan Kreatif

6.0 Alatan Stesen


Stesen 1 Stesen 2 Stesen 3 Stesen 4 Stesen 5 Stesen 6 Stesen 7 Stesen 8 Stesen 9 Stesen 10 Tali Rafia Tiada Gelong Rotan Tiada Bola dan Gelung Rotan Bola Tali Rafia dan Bola Bola Tali Skiping Gelung Rotan

Alatan

7.0 Muzik
Stesen 1: Gundam UC Original Soundtrack (1 minit)

Stesen 2 dan 3 : Gundam AGE OST 2 ( 1 minit 30 saat) Stesen 4-6 : HardStyle Hahahaha (1 minit 30 saat) Stesen 7 : Europe-Carrie (24 saat) Stesen 8-10 : I Like To Move It ( 1 minit 21 saat)

Open university Malaysia

HBPE2103 Pergerakan Artistik dan Kreatif

8.0 SINOPSIS. Stasen 1.


Pergerakan bukan lokomotor (flora) Pada stesen 1, kumpulan kami akan menggayakan perubahan pada kelopak bunga seperti bunga mengembang dan bunga mengucup, serta bunga ditiup angin. Antara pergerakan yang dibuat semasa di stesen 1 ialah membongkok ke hadapan, melentik ke belakang, dan pergerakan kiri kanan (twist) yang banyak melibatkan otot pinggang, otot bahagian hadapan badan (abdomen), otot bahu, otot kaki dan otot bahagian rusuk. Manakala peralatan yang akan digunakan ialah tali rafia yang telah dibentuk seakan alat pom-pom atau alat sorak . .Stesen 2 Pergerakan Lokomotor (fauna) Seterusnya pada stesen 2, kumpulan kami akan meniru pergerakan burung yang sedang terbang. Pergerakan ini akan dibuat dengan bergerak melalui beberapa skitel yang disusun secara melengkung kiri dan kanan serta berjarak 1 meter setiap satu. Antara pergerakan yang dilakukan pada stesen ini ialah berlari perlahan, mendepakan tangan dengan menggerakannya ke kiri dan kanan (melayang) serta ke atas dan ke bawah (mengepak). Pergerakan ini adalah tanpa mengaplikasikan apa-apa alatan.

Stesen 3
Pergerakan Bukan Lokomotor.(fauna) Di stesen ini, kumpulan kami akan melakukan atau meniru aksi bangau yang berdiri dengan satu kaki (dirian bangau) atau imbangan satu kaki. Perlakuan ini boleh dibuat sama ada pada garisan atau kerusi panjang. Semasa membuat imbangan ini, kedua-dua belah tangan akan memusingkan gelung rotan. Perlakuan ini adalah menguji keseimbangan dan koordinasi badan dengan alatan. Seperti mana yang kita telah nyatakan, alatan yang dimanipulasikan ialah gelung rotan, dan alat bantuan ialah kerusi panjang.

Open university Malaysia

HBPE2103 Pergerakan Artistik dan Kreatif

Stesen 4
Pergerakan lokomotor ( fauna) Seterusnya pada stesen 4, kumpulan kami akan meniru aksi ulat beluncas yang sedang bergerak. Aksi ini akan dibuat secara gabungan, di mana semua ahli akan bergabung membentuk ulat beluncas dan bergerak seperti ulat tersebut. Pergerakan adalah mengelilingi atau melalui skitel yang berjarak lebih dari satu meter. Antara pergerakan yang dilakukan ialah turun naik badan (mendekam) dan bergerak kiri kanan mengikut susunan skitel. Pergerakkan ini tidak memanipulasikan mana-mana alatan tetapi ada menggunakan skitel sebagai alat bantuan.

Stesen 5
Pergerakan bukan lokomotor (fauna) Pada stesen ini, semua ahli kumpulan akan melakukan atau meniru aksi monyet iaitu lontar dan sambut secara berpasangan.. Pergerakan yang dimaksudkan ialah melambung dan

menyambut bola secara berpasangan dan menghadap satu sama lain dengan aksi monyet. Pergerakan ini memerlukan koordinasi mata dan tangan yang tepat dan jika kurang tepat maka bola mungkin boleh bertembung antara satu sama lain, atau hantaran tidak sampai dan banyak lagi. Alatan yang di manipulasikan ialah bola dan gelung rotan sebagai alat bantuan untuk penanda kedudukan.

Stesen 6
Pergerakan Lokomotor (fauna). Pergerakan yang dilakukan pada stesen 6 adalah agak mencabar kerana memerlukan koordinasi mata dan tangan sambil berlari seakan-akan perlakuan seorang pemain bola keranjang. Namun kami menamakan pergerakan ini sebagai monyet bermain dengan buah kelapa. Antara pergerakan yang dilakukan di sini ialah berlari perlahan atau berjalan, melambung bola, melantun bola dan sambut. Semua ahli kumpulan akan meniru aksi monyet bergerak sambil melambung, menyambut dan melantun bola. Pergerakan ini adalah dibuat mengikut laluan lurus atau garisan. Manakala peralatan yang digunakan ialah bola.

Open university Malaysia

HBPE2103 Pergerakan Artistik dan Kreatif

Stesen 7
Pergerakan bukan lokomotor (flora) Seterusnya pada stesen 7, kumpulan kami akan meniru gaya pokok kelapa ditiup angin. Antara pergerakan yang dilakukan ialah pergerakan ke kiri dan ke kanan selama beberapa kali di samping mengimbang bola yang dikepit oleh tangan dan dagu. Selepas beberapa kali hayunan pergerakan, bola akan dijatuhkan seakan-akan buah kelapa jatuh ke tanah. Peralatan yang dimanipulasikan di sini ialah tali rafia yang dijadikan sebagai daun dan bola sebagai buah kelapa.

Stesen 8
Pergerakan Lokomotor (fauna) Pada stesen ini, ahli kumpulan akan meniru gaya penguin membawa telur, cuma telur dibawa dicelah kangkang. Ini mungkin gaya baru penguin membawa telur namun tiada yang mustahil jika itu kehendak Tuhan. Semua ahli akan membawa atau mengepit bola di celah kangkang dan berjalan ke hadapan secara lurus dalam jarak kira-kira 5 hingga 8 meter. Bagi segelintir orang pergerakan ini adalah susah, namun sebenarnya kejayaan pergerakan ini adalah bergantung dengan kesungguhan dan bentuk kaki yang dimiliki.

Stesen 9
Pergerakan bukan lokomotor (fauna) Pergerakan kali ini adalah meniru aksi ikan lumba-lumba melompat tali. Biasalah dalam zoo kan ada pertunjukkan ikan lumba-lumba melompat tali. Jadi kami semua ingin menunjukkan bakat ahli kumpulan kami yang tak kurang hebatnya berbanding dengan ikan lumba-lumba itu. Pergerakan yang kami lakukan ialah melompat menggunakan tali sebanyak beberapa kali mengikut kesesuaian dan ini dikenali sebagai melompat halangan.Peralatan yang digunakan ialah tali skiping.

Open university Malaysia

HBPE2103 Pergerakan Artistik dan Kreatif

Stesen 10
Pergerakan Lokomotor (fauna) Pergerakan pada stesen ini adalah meniru gaya ketam berjalan sambil membawa atau memusingkan gelung rotang pada tangan atau pergelangan tangan. Jarak yang dilalui ialah antara 8 hingga 10 meter mengikut kesesuaian. Ahli kumpulan akan berjalan kearah kanan secara menyendeng diketuai oleh ketua kumpulan. Pergerakan ini dinamakan ketam mengajar anaknya berjalan. Sebab itulah ketam tak boleh mengajar haiwan lain berjalan kerana ia sendiri pun tak betul berjalan. Peralatan yang digunakan ialah gelung rotan dan alat untuk bantuan
ialah skitel.

Open university Malaysia

HBPE2103 Pergerakan Artistik dan Kreatif

9.0 Pelan Lantai


Petunjuk :
Stesen 9 Bukan Lokomotor Lumba-lumba melompat tali (skiping)
3 meter

Stesen 10 Lokomotor
ketam mengajar anak berjalan Berjalan seperti ketam

Skitel Gelung Rotan Arah pergerakan


3 meter

Bangku panjang
Stesen 5 Bukan Lokomotor
Gaya monyet Melontar dan sambut (berpasangan)

Stesen 8 Lokomotor
penguin bawa telur

Stesen 7 Bukan Lokomotor Pokok kelapa ditiup angin (twist)

Stesen 6 Lokomotor
monyet & buah kelapa berjalan, lambung, sambut dan lantun 5 - 8 meter

5 - 8 meter

Stesen 1. Bukan lokomotor Bunga mengembang dan mengucup.

Stesen 2 Lokomotor Burung Terbang

Stesen 3 Bukan Lokomotor Dirian Bangau (imbangan)


Bangku panjang

Stesen 4 Lokomotor Ulat Beluncas

Open university Malaysia

Anda mungkin juga menyukai