Anda di halaman 1dari 25

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Definisi perusahaan awam adalah kegiatan perindustrian, pertanian, kewangan dan komersial yang dimiliki dan dikuasai sepenuhnya atau separa oleh Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan agensi-agensi di bawahnya. Kegiatan-kegiatan yang dijalankan adalah termasuk menjual barangan atau pun menyediakan perkhidmatan (Fester, J. W, 1980). Sektor awam bukan sahaja terlibat dalam menyediakan dasar utama dan menentukan arah dan penyediaan perkhidmatan tetapi telah juga terlibat secara aktif dalam aktiviti ekonomi dan berkembang dengan begitu pesat sekali dalam 10 tahun lalu. Perbelanjaan sektor awam telah meningkat dengan begitu besar sekali dari 28 peratus pada tahun 1975 kepada 36 peratus pada tahun 1982 dan ini merupakan satu beban kewangan yang besar untuk ditanggung oleh kerajaan. Keadaan ekonomi yang meleset juga menjadi faktor utama yang membawa kepada Dasar Penswastaan ini diperkenalkan.

2.2

Faktor-faktor Perusahaan Awam di Malaysia.

Langkah-langkah penubuhan perusahaan awam di Malaysia telah bermula pada tahun-tahun 60 an dan 70 an bilamana Malaysia baru sahaja merdeka dan sedang berusaha untuk berdikari untuk memajukan negara. Faktor-faktor penubuhannya adalah :

i.

Ketidakseimbangan sosio-ekonomi Pada tahun 60-an dan 70-an, mengikut kepada peratus populasi, golongan Bumiputera adalah majoriti dengan perangkaan merangkumi 56.9 peratus daripada jumlah populasi. Tetapi pemilikan Bumiputera dalam ekonomi hanya 2.0 peratus sahaja, jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain. Ini mewujudkan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum pada ketika itu.

ii.

Ketidakseimbangan ekonomi mengikut kawasan. Wujudnya ketidakseimbangan ekonomi mengikut kawasan iaitu negeri di Utara dan Pantai Timur. Semenanjung serta Sabah dan Sarawak agak ketinggalan dalam pembangunan jika dibandingkan dengan negeri di Pantai Barat Semenanjung.

iii.

Pengurusan yang lebih fleksibel. Rakyat memerlukan beberapa kemudahan asas seperti pengangkutan, telekomunikasi, bekalan elektrik dan lain-lain. Pihak swasta, tidak sesuai menjalankan aktiviti-aktiviti tesebut dan demi menjaga kebaikan dan kebajikan sosial masyarakat, kemudahan-kemudahan ini disediakan oleh kerajaan melalui perusahaan-perusahaan awam dan syarikat-syarikat milik kerajaan bagi

7 mengelakkan prosedur-prosedur yang ketat dan mendapatkan sistem pengurusan yang lebih fleksibel.

2.3

Jenis-jenis Perusahaan Awam

Di Malaysia terdapat beberapa jenis perusahaan awam yang menjalankan aktiviti dalam pelbagai kegiatan ekonomi. Jenis-jenis perusahaan awam yang dikenalpasti adalah: i. Perusahaan Jabatan. Jenis perusahaan ini ditadbir secara langsung oleh jabatan kerajaan yang berada di atasnya. Segala urusan yang berkaitan seperti urusan-urusan kewangan, pentadbiran dan peraturan adalah sama seperti diamalkan oleh jabatan-jabatan kerajaan yang lain. Para pekerja perusahaan awam ini disifatkan sebagai kakitangan kerajaan. Pendapatan dan perbelanjaan perusahaan ini ditentukan oleh kerajaan melalui belanjawan tahunan kerajaan. ii. Perbadanan Awam Perusahaan ini ditubuhkan dan tertakluk di bawah akta yang digubal khusus bagi penubuhannya. Perbadanan awam mempunyai lembaga pengarah yang dilantik oleh kerajaan. Peruntukan kewangan diterima daripada kerajaan atau pihak-pihak lain dalam bentuk pinjaman atau grant. Perbadanan awam mempunyai kuasa autonomi untuk membuat keputusan sendiri termasuk melakukan pengurusan dan pentadbiran perbandaran. Sifat perusahaan ini adalah gabungan antara fungsi mereka yang dinyatakan di dalam akta dan fungsi komersil.

iii.

Syarikat milik kerajaan Syarikat-syarikat milik kerajaan ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan fungsinya adalah sama seperti syarikat swasta yang lain dengan matlamat untuk meraih keuntungan. Pengurusan kerajaan dalam syarikat-syarikat ini kebiasaannya adalah dalam bentuk pemilikan saham yang melebihi 50 peratus daripada jumlah ekuiti. Jumlah pelaburan kerajaan dalam syarikat-syarikat kerajaan ini sehingga tahun 1992 sudah bernilai RM 23.0 billion ataupun 68.9 peratus daripada jumlah keseluruhan modal syarikat.

2.4

Prestasi Perusahaan Awam

Pengwujudan perusahaan awam telah bermula sejak di zaman penjajahan British dengan adanya KTM, LLN dan lain-lain. Tetapi selepas DEB dilancarkan pada awal tahun 70-an, lebih banyak lagi perusahaan awam telah ditubuhkan. Matlamat utama penubuhannya adalah bagi mendekatkan jurang perbezaan taraf ekonomi antara kaum yang begitu ketara. Pada ketika itu pegangan ekonomi Bumiputera hanya sekitar 2.0 peratus sahaja. Dengan lahirnya DEB selepas didesak oleh Kongres Ekonomi Bumiputera (1965), pelbagai strategi telah dirancang oleh kerajaan bagi meningkatkan penguasaan Bumiputera dalam ekonomi. Untuk mencapai matlamat tersebut kerajaan mengambil keputusan untuk mengambil bahagian secara langsung dalam penubuhan dan operasi dalam pelbagai perusahaan yang produktif. Oleh itu, lahirlah berbagai perusahaan awam dengan bilangannya yang banyak. Ini menyebabkan kawalan kerajaan ke atas setiap satunya semakin lemah. Perusahaan

9 awam yang banyak ini telah menjadi tanggungan besar kepada kerajaan termasuklah perbelanjaan sektor awam, hutang kerajaan dan perbelanjaan untuk rakyat. Perkara ini berlarutan hingga ditahun 80-an dimana ekonomi negara terjejas akibat krisis ekonomi disuluruh dunia. Pendapatan dan perbelanjaan kerajaan menjadi tidak seimbang. Pada akhir tahun 1986, hutang tertangguh Malaysia adalah berjumlah RM50.99 juta billion dan satu pertiganya adalah berpunca daripada perusahaan awam. Perusahaan-perusahaan awam ini juga tidak memberikan keuntungan hasil dari kegiatannya. Walaubagaimanapun, dari segi pencapaian matlamat DEB, perusahaan awam telah berjaya sedikit dalam mendekatkan jurang perbezaan taraf ekonomi bumiputera dengan kaum lain. Tetapi kesan sebaliknya, telah menyebabkan kerajaan terbeban dengan masalah untuk menanggung perbelanjaan perusahaan awam tersebut. Punca-punca berlakunya masalah tersebut adalah : i. ii. Perancangan dan pengurusan perusahaan awam yang tidak efektif. Penumpuan kerajaan kepada perusahaan awam yang menguntungkan sahaja seperti MAS, MISC dan lain-lain. iii. iv. Tekanan masalah-masalah kejatuhan ekonomi dunia. Kejatuhan hanya barangan komoditi.

10 Jadual 2.1 menunjukkan perangkaan yang mengalami keuntungan atau kerugian.

Jadual 2.1 : Keuntungan/kerugian Perusahaan awam ,1986 Keuntungan/kerugian (% pulangan modal) Lebih 100 50 - 99 25 - 49 0 - 24 Negatif Jumlah 68 41 43 307 277 736 9.30 5.60 5.80 41.70 37.60 100.00 Bilangan Peratus (%)

Sumber: RAMANADHAN, V.V. , Privatisation in Developing Countries, London, Routledge, 1989.

2.5

Penswastaan : Alternatif Kepada Perusahaan Awam

2.5.1

Definisi Penswastaan

Penswastaan (privatization) bermakna pemindahan pekhidmatan pelaburan atau kepentingan kerajaan samada yang sedia ada atau yang baru untuk dikendalikan oleh sektor swasta. Konsep ini adalah berlainan dengan konsep pemilik negaraan (nationalization) yang bertujuan untuk menambahkan hakmilik dan penguasaan kerajaan dalam kegiatan ekonomi (Yusof Ismail, 1993). Penswastaan juga bermaksud pemindahan 3 komponen iaitu tugas pengurusan kerajaan, aset ( dengan atau tanpa liabiliti ) atau menggunakan aset dan kakitangan kepada sektor swasta. Kelebihan utama penswastaan ialah memupuk etika kerja yang

11 cekap dan produktif di kalangan pekerja memandangkan sektor swasta sememangnya diketahui lebih cekap dan lebih bermotivasi ( Okposin, 2003). Tumpuan kepada penswastaan di Malaysia bertambah hebat apabila Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Dr. Mahathir Mohamad, memulakan tugasnya pada pertengahan tahun 1981. Di Malaysia, dua dasar utama yang berkait langsung dengan penswastaan entiti awam ialah Dasar Penswastaan dan Dasar Persyarikatan Malaysia. Kedua-duanya diperkenalkan pada tahun 1983.

Dasar Penswastaan diperkenalkan untuk membawa perubahan positif ke dalam organisasi, pengurusan dan prestasi perusahaan awam yang sebelum ini menjadi tanggungjawab kerajaan. Dasar ini menggambarkan iltizam kerajaan untuk mengurangkan penglibatan langsung kerajaan dalam kegiatan ekonomi, mengurangkan tahap dan skop perbelanjaan awam serta membenarkan kuasa pasaran mengawal ekonomi. Sementara itu, tujuan Dasar Persyarikatan Malaysia adalah untuk menjalin dan mengukuhkan kerjasama antara sektor swasta dengan sektor awam yang akan membawa kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh dan mantap (Okposin, 2003).

2.5.2

Objektif Penswastaan

Kerajaan mempunyai beberapa alasan dan objektif semasa merangka Dasar Penswastaan. Alasan-alasan ini perlu diketahui, difahami dan dipertimbangkan oleh semua pihak, terutamanya oleh agensi-agensi kerajaan yang berkenaan apabila mengkaji cadangan-cadangan untuk menswastakan perkhidmatan, pelaburan atau kepentingan mereka. Di antara objektif-objektif penswastaan (Okposin, 2003) ialah seperti berikut: i. Meringankan Beban Kewangan Kerajaan.

12 Pemindahan perkhidmatan awam kepada sektor swasta dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan, seterusnya mengelakkan defisit belanjawan dan mengurangkan hutang kerajaan. Dana yang disimpan ini boleh digunakan untuk membiayai projek pembangunan ekonomi yang lain, menumpukan kepada fungsi tradisional, iaitu mengekalkan undang-undang dan ketenteraman serta menyediakan sokongan ntuk mencapai pertumbuhan dan kestabilan ekonomi. ii. Meningkatkan Kecekapan Kerja dan Produktiviti Penswastaan akan menambahkan bilangan syarikat dalam industri. Ekoran itu, syarikat ini terpaksa bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan tempat dalam pasaran perniagaan. Untuk bersaing, syarikat yang diswastakan terpaksa meningkatkan kecekapan dan produktiviti pekerja mereka yang membawa kepada pengeluaran barangan berkualiti tinggi, persaingan penetapan harga dan prestasi kewangan yang lebih baik. iii. Menggalakkan Pertumbuhan Ekonomi Syarikat swasta berorientasi keuntungan dan akan menggunakan kos pengeluaran minimum untuk menghasilkan keluaran maksimum. Penswastaan syarikat awam bertujuan memupuk amalan ini yang akan mendatangkan kesan positif terhadap output dan pendapatan negara. Hasil kerajaan daripada cukai langsung dan cukai tidak langsung akan bertambah apabila syarikat yang diswastakan menghasilkan lebih output dan memperoleh lebih keuntungan. Oleh yang demikian, peningkatan output negara dan cukai kerajaan akan merangsangkan KDNK negara.

iv.

Mengurangkan Saiz dan Penglibatan Sektor Awam dalam Ekonomi. Penswastaan entiti awam akan mengurangkan saiz sektor awam dalam ekonomi. Lama-kelamaan, ekonomi semakin dikuasai oleh sektor swasta yang cekap dalam peruntukan faktor pengeluaran.

13

v.

Memenuhi Dasar Ekonomi Baru (DEB) Salah satu objektif DEB adalah menyediakan peluang untuk menambahkan penyertaan bumiputera dalam sektor pembuatan dari segi kesaksamaan, guna tenaga, pemasaran dan khidmat professional. Penswastaan akan mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan untuk disertai oleh bumiputera.

2.5.3

Bentuk-bentuk Penswastaan

Terdapat dua pendekatan dalam melaksanakan program penswastaan iaitu samada pendekatan dikenalpasti kerajaan atau pendekatan daya usaha sektor swasta. Di bawah pendekatan pertama, Unit Perancangan Ekonomi (UPE) akan mengenal pasti jabatan yang akan diswastakan, melaksanakan program penswastaan, mengawasi dan mengkaji semula kemajuan syarikat swasta. Walaubagaimanapun, pendekatan daya usaha sektor swasta mengalu-alukan saranan sektor swasta yang inovatif dalam mengenalpasti projek untuk penswastaan. Seperti diterangkan sebelum ini, proses penswastaan melibatkan pemindahan tugas pengurusan, aset dan kakitangan kepada sektor swasta. Pelan Induk Penswastaan (PIP) yang dikeluarkan oleh UPE pada 1991, mengutarakan beberapa kaedah untuk memindahkan komponen ini. Penswastaan harus melibatkan pemindahan sekurangkurangnya salah satu daripada tiga komponen ini untuk layak sebagai projek penswastaan. Penswastaan yang dilaksanakan sebelum 1993 kebanyakannya melalui pemindahan aset atau kakitangan. Disamping itu, penamatan kontrak perkhidmatan oleh organisasi kerajaan juga biasa diamalkan (Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-200).

14 Penswastaan di Malaysia dilaksanakan dalam beberapa bentuk. Pemilihan bentuk penswastaan ini bergantung kepada ciri-ciri aktiviti yang akan diswastakan (Yusof Ismail, 1993). Antaranya ialah: i. Penswastaan secara menyeluruh. Ini bermakna seratus peratus kepentingan kerajaan dipindahmilikkan kepada sektor swasta. Keseluruhan hak milik, pengawalan dan pengurusan perusahaan atau perkhidmatan yang berkenaan akan dikendalikan oleh swasta, sementara kerajaan dianggap terpisah langsung dari sebarang kepentingan dalam perusahaan tersebut. ii. Penswastaan secara sebahagian. Dalam hal ini, hanya sebahagian sahaja hak milik kerajaan dalam sesebuah agensi perkhidmatan dipindahkan atau dijualkan kepada sektor swasta, sementara sebahagian lagi masih kepunyaan atau dikuasai oleh kerajaan, seperti Syarikat Airod Sdn. Bhd (yang terlibat dalam aktiviti baikpulih kapal terbang). iii. Penswastaan secara terpilih. Sesuatu agensi menjual bahagian tertentu sahaja daripada perkhidmatannya, tetapi terus memliki bahagian-bahagian yang lain. Sesuatu perkhidmatan yang dipilih untuk diswastakan mungkin boleh menyebabkan penswastaan secara sepenuh atau sebahagian. Contohnya, Dermaga Kontena Pelabuhan Kelang. iv. Penswastaan berbentuk pengurusan, bercorak perniagaan swasta. Konsep ini kerap diamalkan oleh kerajaan, di mana prinsip perniagaan akan digunakan untuk mengurus syarikat yang terbentuk. Contohnya ialah Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB), Perwaja Steel Mill di Terengganu, Lembaga Letrik Negara (kini Tenaga Nasional), dan agensi lain seperti Keretapi Tanah Melayu, Jabatan Pos, Lembaga Padi dan Beras Negara dan Radio Televisyen Malaysia.

15 v. Penswastaan secara kontrak. Ini terlaksana dengan pemberian kontrak perkhidmatan kerajaan kepada sektor swasta tanpa merombak struktur organisasi agensi kerajaan tersebut, seperti perkhidmatan memungut sampah. vi. Penswastaan secara pajakan. Pendekatan ini membolehkan penyewaan kemudahan dan harta kerajaan yang tertentu bagi mendapatkan hasil tanpa mengubah hakmilik harta berkenaan. Contohnya ialah tempat meletak kereta. Dalam hal ini Kerajaan Tempatan menyewakan lapangan meletak kereta yang dimilikinya kepada syarikat-syarikat swasta. Melalui penswastaan, tugas pengutipan bayaran meletak kereta itu dibuat oleh pihak swasta. vii. Penswastaan berbentuk pengurusan swasta. Ini bermakna hanya kepakaran sektor swasta dari segi pengurusan dan pengetahuan sahaja digunakan oleh kerajaan tanpa sebarang pertukaran hakmilik modal. Contohnya ialah, pentadbiran hotel-hotel milik Kerajaan Negeri. viii. Cara penswastaan lain, termasuk Pembelian Syarikat oleh Pengurusan (MBO), Bina-Kendali-Pindah (BOT), Bina-Kendali (BO), Bina-Pindah (BT) dan Menukar Aset untuk membantu penswastaan pembangunan tanah. Pembelian Syarikat oleh Pengurusan (MBO) melibatkan pengambilalihan syarikat oleh kakitangan tertinggi pengurusan yang bekerja di syarikat tersebut. Kumpulan pengurusan juga boleh bekerjasama dengan pekerja lain dalam langkah yang dikenali sebagai Pembelian Syarikat oleh Pengurusan. Kaedah BOT memerlukan pembinaan kemudahan oleh sektor swasta menggunakan dananya sendiri, menguruskannya bagi tempoh tertentu yang dikenali sebagai tempoh konsesi dan memindahkannya kepada kerajaan setelah tamat tempoh

16 tersebut. Semasa tempoh konsesi, sektor swasta dibenarkan mengutip hasil daripada pengguna kemudahan tersebut.

Kaedah BO sama dengan kaedah BOT . Walaubagaimanapun, BO tidak melibatkan pemindahan kemudahan kepada kerajaan. Kedua-dua kaedah BO dan BOT biasanya disertai pemberian lesen atau konsesi.

Cara penukaran BT dan aset swasta diwujudkan untuk menampung cadangan inovatif dan keperluan yang dinyatakan oleh pihak swasta. Peringkat awal pelaksanaan program penswastaan sebelum PIP (Pelan Induk Penswastaan) dikeluarkan pada 1991 yang lebih ke arah penggubalan dasar dan peningkatan jentera pentadbiran adalah sesuatu yang baik (Okposin, 2003). Penekanan untuk mempercepatkan proses penswastaan mula dilihat pada 1990-an.

PIP dikeluarkan untuk membolehkan pelaksanaan strategi penswastaan yang lebih sistematik dan teratur. Pelan Tindakan Penswastaan dirancang di bawah PIP dan setiap satunya mengandungi pelan pusingan dua tahun. Pelan tindakan dikaji semula pada akhir setiap tahun dengan menyenaraikan entiti awam yang akan diswastakan dan entiti yang bersedia untuk diswastakan. Kajian semula tahunan pelan tindakan akan memperlihatkan kemajuan terkini proses penswastaan dan menetapkan entiti yang akan diswastakan bagi dua tahun akan datang. Pelan tindakan penswastaan pusingan dalam Rajah 2.1.

17
Menyediakan pelan tindakan bagi 1991 dan 1992 Mengkaji semula pelaksanaan dalam 11 dan menyediakan pelan bagi 1992-1993 Mengkaji semula pelaksanaan pada 1992 dan menyediakan pelan bagi 1993-1994 Mengkaji semula pelaksanaan pada 1993 dan menyediakan pelan bagi 1994-1995 Mengkaji semula pelaksanaan pada 1994 dan menyediakan pelan bagi 1995-1996

Rajah 2.1 : Pelan Penswastaan Pusingan


Sumber : Pelan Induk Penswastaan, Unit Perancangan Ekonomi

2.5.4

Pencapaian Dasar Penswastaan Sehingga Kini

Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2, sektor utama yang diswastakan antara 1991 hingga 1995 ialah sektor pembinaan, merangkumi 22.55 peratus daripada sejumlah 204 projek yang diswastakan. Kedua ialah sektor pembuatan, diikuti sektor perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran, masing-masing 15.2 peratus dan 11.27 peratus. Sesetengah projek utama yang diswastakan ialah projek LRT, Kompleks Sukan Negara, Proton, TNB dan Laluan Kedua ke Singapura (Rancangan Malaysia Ketujuh, 19962000). Pecahan projek yang diswastakan mengikut sektor yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2.

18
Khidmat Lain, 8.82% Pertanian % Perhutanan, 7.84%

Khidmat Kerajaan, 5.39% Kewangan, Hartanah & Khidmat Perniagaan, 6.37% Perdagangan Borong & Runcit, Hotel & Restoran, 11.27% Pengangkutan, Penyimpanan & Komunikasi

Pelombongan & Perlombongan & Kuari Kuari, 4.9%

Pembuatan, 15.27%

Pembinaan 22.55 % Elektrik, Gas & Air

Rajah 2.2: Projek Yang Diswastakan Mengikut Sektor, Malaysia, 1991-1995

Antara 1991 hingga 1995, kebanyakan projek penswastaan dilaksanakan melalui penjualan ekuiti dan aset. Bilangan projek yang diswatakan mengikut sektor dan cara penswastaan ditunjukkan dalam Jadual 2.1. Definisi, objektif, garis panduan, dasar dan cara penswastaan, dirancang serta dikaji semula secara berterusan untuk menggalak dan mempercepatkan proses penswastaan di Malaysia. Prestasi dan pencapaian penswastaan boleh diukur berdasarkan objektif yang dinyatakan dalam Dasar Penswastaan. Objektif pertama Dasar Penswastaan ialah meringankan beban kewangan kerajaan. Bagi tempoh 1991 hingga 1995, kerajaan berjaya menjimatkan RM 51.59 bilion bagi perbelanjaan modal. Objektif kerajaan bukanlah mengaut keuntungan daripada projek penswastaan, tetapi dua cara yang lazim digunakan ketika Rancangan Malaysia Keenam berjaya membawa hasil berjumlah RM14.12 bilion, iaitu RM 11.81 bilion daripada penjualan ekuiti dan RM2.31 bilion daripada penjualan aset. Disamping itu, kerajaan turut menambahkan pendapatan berulang seperti sewaan, pajakan dan pengurusan yang mengurangkan beban

19

20 pentadbiran dari segi pengambilan pekerja, kenaikan pangkat dan latihan kepada kakitangan (Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000). Kedua, program penswastaan turut menyumbang kepada peningkatan kecekapan dan produktiviti entiti yang diswastakan. Ini dapat dilihat dalam penunjuk kecekapan dan produktiviti tiga entiti terpilih yang diswastakan seperti dalam Jadual 2.3.

Jadual 2.2.: Simpanan, Hasil dan Pemindahan Pekerja Ke Sektor Swasta, Malaysia, 1991-1995 Simpanan (RM billion) Perbelanjaan 51.59 Modal Hasil (RM billion) 1. Penjualan 11.81 Ekuiti 2. Penjualan Aset Sumber: Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000 2.31 Bilangan Pekerja Sektor Awam yang Dipindahkan Bilangan pekerja 43,038 sektor awam yang dipindahkan ke sektor swasta orang

Jadual 2.3: Penunjuk Kecekapan dan Produktiviti Tiga Entiti Terpilih yang Diswastakan, Malaysia

21

Sebelum Petunjuk Telekom Malaysia Bhd. (STMB)1 Pulangan atas Aset (ROE) setiap sen Hasil Setiap Pelanggan (RM) Pengeluaran Setiap Pekerja (RM) Rangkaian Pertukaran Langsung Setiap Pekerja Kelajuan Capaian ke Khidmat Asas (setiap sen) Jawapan Kepada Aduan/Kesilapan (setiap sen) Lebuh Raya Utara Selatan2 Hasil Setiap Pekerja (RM)3 Tempoh Masa Perjalanan (Jam) Purata Jumlah Lalu lintas harian (Bilangan kenderaan) Kelang Container Terminal Bhd.4 Purata daya Pemprosesan Kontena (TEU) Kadar Pengendalian Purata Setiap Jam Kapal (TEU) Kadar Pengendalian Kren Setiap Jam (TEU) Purata Bilangan TEU Setiap Kapal 244,120 19.94 19.40 219 77.69 15.4 112,119 Pengkorporatan/ Penswastaan 4.0 1,227 34,372 36 35 80

Selepas Pengkorporatan/ Penswastaan 9.3 1,519 71,594 56 60 95

217.57 7.5 586,125

804,455 35.78 31.56 415

Catatan:
1 2 3 4

Diswastakan pada 1990 Perbandingan antara tempoh awal penswastaan pada 1989 dengan 1994 Dari Bukit Kayu Hitam ke Johor Bahru Diswastakan pada 1986

Sumber: Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000

22 Secara keseluruhannya, prestasi entiti yang diswastakan meningkat berikutan peluasan keupayaan dan rangkaian khidmat serta penerapan teknologi baru. Pekerja digesa memupuk tabiat kerja yang sihat dan diberi ganjaran mengikut prestasi melalui bonus pada akhir tahun. Insentif lain yang mendorong pekerja supaya lebih produktif ialah menawarkan Skim Opsyen Saham Pekerja (ESOS), Skim Opsyen Saham Ketaatan Pekerja dan ganjaran tunai. Ketiga, program penswastaan mempunyai kesan pengganda kepada pertumbuhan ekonomi. Syarikat Malaysia yang bekerjasama dengan pemegang ekuiti asing atau kontrak pengurusan asing berpeluang menerima pendedahan teknologi baru, kepakaran dan kemahiran yang akan meningkatkan pengeluaran. Penerapan teknologi yang jitu, latihan yang sesuai kepada pekerja dan tabiat kerja yang sihat merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kecekapan dan produktiviti syarikat yang pengeluarannya akan menentukan pertumbuhan dalam keluaran negara iaitu KDNK. Contohnya, penswastaan Lebuh Raya Utara-Selatan yang membimbing rakyat Malaysia agar mengambil serta menguruskan teknologi baru dalam pembinaan pengangkutan. Lebuh raya yang siap dibina membantu menjimatkan masa dan kos pengangkutan, sekaligus menambahkan kegiatan pembuatan. Sumber yang dijimatkan oleh kerajaan melalui penswastaan boleh disalurkan untuk menggalakkan pembangunan projek lain.

Objektif keempat Dasar Penswastaan ialah mengurangkan saiz dan penglibatan sektor awam dalam ekonomi. Pengunduran kerajaan secara beransur-ansur daripada kegiatan ekonomi melalui penswastaan berjaya mengurangkan saiz sektor awam. Menurut Rancangan Malaysia Ketujuh, terdapat 204 entiti awam yang diswastakan bagi tempoh antara 1991 hingga1995, justeru itu membenarkan ekonomi dikuasai oleh sektor swasta. Akhir sekali, objektif terakhir dasar penswastaan ialah menggalakkan penyertaan bumiputera dalam ekonomi, sejajar dengan DEB. Di bawah dasar penswastaan, salah satu keperluan adalah untuk memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus penyertaan

23 bumiputera dalam semua ekuiti yang diswastakan. Untuk mencapai matlamat ini, antara strategi yang dilaksanakan ialah: i. Melaksanakan program pembangunan-vendor untuk membangunkan industri kecil dan sederhana (IKS). Sesetengah entiti besar yang diswastakan diminta membentuk program pembangunan vendor untuk mendapatkan bahan pembuatan daripada vendor IKS Bumiputera. Contohnya, Proton yang dikenali sebagai syarikat peneraju menubuhkan Program Skim Komponen untuk memperoleh bahagian kereta daripada 64 vendor IKS. ii. Mengenakan syarat bahawa sekurang-kurangnya 30 peratus kerja kontrak bagi projek yang diswastakan, dirizabkan untuk bumiputera. Kerja kontrak yang diagihkan dengan jayanya kepada bumiputera di bawah peruntukan ini termasuk sektor pembinaan, kumbahan, telekomunikasi dan kemudahan awam. iii. Meningkatkan pemilikan Bumiputera dalam entiti swasta menerusi MBO. Kebanyakan usahawan Bumiputera yang terlibat dalam projek penswastaan dibantu di bawah program Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. iv. Menawarkan saham kepada institusi awam seperti Amanah Saham Negeri, Koperasi Polis Diraja Malaysia, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Lembaga Tabung Haji (LTH) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB). Di samping itu, program penswastaan juga berjaya mendapatkan dana melalui penggemblengan dana daripada pasaran ekuiti. Contohnya, Petronas Dagangan Bhd. dan Petronas Gas Bhd. memperoleh dana daripada Sekuriti Hutang Islam. Selanjutnya, 12 syarikat yang diswastakan turut disenaraikan di papan utama BSKL dalam tempoh 1991 hingga 1995. Daripada penghasilan saham, 901 juta saham diperuntukkan kepada pelabur bumiputera dan institusi bumiputera dan institusi bumiputera yang diluluskan,

24 207 juta kepada pekerja syarikat yang diswastakan dan baki 834 juta kepada orang ramai.

2.6

Keperluan Dasar Pensyarikatan Malaysia

Dasar Persyarikatan Malaysia atau Malaysia Incorporated, dilancarkan pada 25 Februari 1983, Dua tahun selepas Dr. Mahathir Mohamad mula bertugas. Objektif utama dasar ini adalah untuk menjalin dan mengukuhkan kerjasama yang akan menguntungkan kedua-dua sektor swasta dan awam. Untuk mencapai matlamat ini beberapa langkah diambil dalam melaksanakan dasar tersebut. i. ii. iii. iv. Mengurangkan salah faham antara sektor swasta dengan sektor awam. Kedua-dua sektor harus mempunyai satu matlamat utama iaitu mencapai objektif negara. Kedua-dua industri bertanggungjawab mempromosi dan mengekalkan imej baik negara. Mengubah peraturan dan prosedur kerja yang tidak sesuai dalam sektor awam. Sektor swasta harus mengambil inisiatif mengesyorkan prosedur kerja yang sesuai dalam sektor awam. v. Mempererat hubungan antara kementerian dalam jabatan kerajaan dengan jabatan dan badan berkanun. Kerajaan menyedari potensi bagi pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Untuk mencapai tahap pembangunan yang diingini, kedua-dua sektor swasta dan sektor awam perlulah menggunakan sumber yang ada dengan cekap. Oleh itu, dasar ini menyokong dasar kerajaan yang lain seperti Dasar Perindustrian Negara dan Dasar Penswastaan.

25

2.7 Penswastaan Di Dalam Industri Pembinaan Pada tahun-tahun 1970 an, dengan penemuan petroleum dan pengeluarannya serta harga komoditinya yang baik, kerajaan telah berjaya dalam rancangan ekonominya. Dengan itu ia telah menggerakkan kadar pertumbuhan purata di antara 7.0 kepada 8.0 peratus setahun (Profesor Madya Dr. Ismail bin Salleh, 1987). Dalam tempoh tiga tahun pertama Rancangan Malaysia Ketiga, nilai ditambah dagi sektor pembinaan sahaja bertambah dengan kadar purata tahunan sebanyak lebih kurang 10.8 peratus (Rancangan Malaysia Ketiga 1975-1980,m.s 60). Ketika itu sektor pembinaan berkembang dengan pesatnya. Faktor utama yang membawa kepada pertambahan tersebut ialah wujudnya kenaikan permintaan terhadap rumah-rumah. Menjelang penghujung tahun-tahun 1970 an, pengenalan aktiviti pembangunan termasuklah aktiviti pembinaan di dalam sektor awam meningkat. Perbelanjaannya mengatasi kemampuan hasil pendapatan negara. Pada tahun 1980, perbelanjaan untuk kegiatan pembinaan sahaja di sektor awam meningkat kepada RM7463 juta (Laporan Ekonomi 1979-1980, m.s 51). Bermula dari awal tahun 80an, perbelanjaan terhadap pelaburan negara mulai bertambah pada 36.0 peratus (Profesor Madya Dr. Ismail bin Salleh, 1987). Pasaran barangan eksport utama pula menjadi lembap. Akibatnya, berlaku penurunan di dalam pertumbuhan ekonomi dan perdagangan. Sektor pembinaan turut sama terjejas pertumbuhannya. Simpanan hasil negara yang bekurang menyebabkan kerajaan berhutang jumlah wang besar. Kadar bunga yang diknakan terhadap pinjaman tersebut adalah tinggi. Sehingga ke tahun 1982, perbelanjaan awam untuk pembangunan tidak berubah. Hutang

26 negara kian meningkat sebanyak tiga kali ganda iaitu USD 20.7 billion (Profesor Madya Dr. Ismail bin Salleh, 1987). Keadaan ekonomi dunia yang semakin teruk telah menyebabkan penurunan ketara di dalam pertumbuhan ekonomi. Hutang luar negara juga meningkat. Ketidakstabilan ekonomi dan kewangan negara menyebabkan kerajaan terpaksa mengawal pelaburan dan perbelanjaannya. Selain daripada Dasar Jimat Cermat yang diperkenalkan kerajaan telah memperkenalkan konsep penswastaan pada pertengahan tahun 1983. Selepas pengenalan kepada penswastaan banyak projek ataupun aktiviti pembangunan diswastakan. Sistem Penerbangan Malaysia merupakan salah satu contoh perkhidmatan pengangkutan yang telah lama diswastakan. Terdapat beberapa peranan ataupun tugas kerajaan telah diserahkan kepada pihak swasta untuk mengendalikan serta menguruskannya. Kerajaan menyedari bahawa pembangunan negara perlu terus bergerak walaupun di saat-saat keadaan ekonomi yang meleset. Sektor pembinan yang merupakan salah satu sektor ekonomi yang utama telah mengalami perlaksanaan konsep penswastaan. Sektor perumahan merupakan cabang industri pembinaan yang paling popular diswastakan. Pada tahun 1984, telah terdapat lebih kurang 50 buah projek perumahan yang diswastakan. Projek-projek tersebut terletak di Gua Musang, Kelantan dan Melaka. Kesemuanya bernilai sebanyak RM650 juta. Bilangan projek yang diswastakan itu menunjukkan sambutan yang baik terhadap perlaksanaan penswastaan. Pada tahun yang sama juga, pembinaan jalanraya lencongan Kelang Utara telah diswastakan. Jalanraya yang menghubungkan Pelabuhan Kelang dengan Utara ini telah menelan belanja sebanyak RM20 juta. Kemudian tahun demi tahun terdapat banyak projek-projek pembinaan yang diswastakan.

27 2.7.1 Penswastaan Projek-projek Di dalam Industri Binaan. Sektor pembinaan merangkumi pelbagai kegiatan ataupun aktiviti seperti pembinaan tempat kediaman, bukan kediaman dan kerja-kerja kejuruteraan awam. Antara kerja-kerja pembinaan yang biasa dijalankan oleh kerajaan termasuklah membina, mengubahsuai dan membaiki lebuhraya, jambatan, perumahan, pembentungan, sistem bekalan air, gas, elektrik, parit dan taliair. Begitu juga dengan projek-projek untuk tapak-tapak perniagaan dan pembangunan bandar di mana kesemua ini boleh diswastakan. Sepertimana dengan sektor-sektor yang lain, sektor pembinaan juga boleh diswastakan dan rasional di sebalik penswastaan tersebut adalah sama. Kerajaan menyedari tugas dan tanggungjawab sektor swasta perlu dalam membentuk pembangunan negara, membantu kerajaan dalam mencapai dan memenuhi permintaan rakyat. Secara tidak langsung, ini memberi peluang kepada sektor swasta memegang peranan sebagai rakan kerajaan untuk mengembeling tenaga dan sumber negara ke arah kemajuan negara. Kebanyakan projek-projek dalam industri binaan yang diswastakan mengambil konsep penswastaan secara sepenuhnya dan konsep membina, mengendali dan memindahkan (B.O.T). Konsep atau bentuk penswastaan secara penuh bermakna kesemua pemilikan harta dan pegangan saham di dalam kegiatan atau pun perusahaan tersebut dimiliki 100 peratus oleh sektor swasta. Dengan itu kerajaan tidak mempunyai apa-apa hak pemilikan dan penguasaan ke atasnya. Konsep membina, mengendali dan memindahkan (B.O.T) adalah merupakan salah satu cara penswastaan secara penuh. Ia digunakan ke atas kegiatan dan perusahaan yang pada asalnya dikendali dan ditadbirkan oleh kerajaan tetapi diserahkan sepenuhnya kepada sektor swasta untuk suatu tempoh masa yang dipersetujui. Penyerahan semula akan dibuat selepas tempoh itu matang. Sementara dalam waktu pengangan sektor swasta, mereka bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pembinaan, pengendalian, pembiayaan dan kesemua aspek berkaitan dengan projek atau kegiatan yang diserahkan itu. Selepas tamat tempoh konsesi,

28 penyerahan semula akan dibuat kepada pihak kerajaan. Kerajaan sama ada membenarkan atau tidak tempoh tersebut diperbaharui dengan berasaskan kepada persaingan tender. Penswastaan di dalam sektor perumahan giat dijalankan oleh kerajaan-kerajaan negeri. Penglibatan sektor swasta di dalam membangunkan tanah-tanah kerajaan terbiar yang berpotensi untuk dibangunkan kepada kawasan bandar baru dan perumahan adalah langkah bijak. Ia dapat mengurangkan beban kerajaan negeri di samping memenuhi keperluan rakyat. Untuk projek pembangunan dan infrastruktur yang lain beberapa syarikat swasta telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakannya. Beban kerajaan dapat diringankan di samping memberi peluang kepada sektor swasta mengambil bahagian di dalam rancangan pembangunan negara.

2.8

Kesimpulan

Di Malaysia, penswastaan entiti awam diperhebat hanya selepas permulaan dasar penswastaan pada 1983. Sejak 1983, dasar ini terus digiatkan. Banyak entiti awam diswastakan di bawah pelbagai cara penswastaan yang diperkenalkan oleh kerajaan. Kedua-dua sektor awam dan sektor swasta mendapat manfaat daripada penswastaan. Pemindahan khidmat awam kepada sektor swasta berjaya mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan dana yang dijimatkan telah digunakan untuk membiayai projek pembangunan ekonomi yang lain. Entiti yang diswastakan juga menyaksikan peruntukan sumber yang cekap serta peningkatan produktitviti pekerjanya. Di bawah pelbagai cara penswastaan, banyak perniagaan milik bumiputera diwujudkan. Pada keseluruhannya, kegiatan ekonomi negara sedang membangun dan berkembang dengan selari.

29

Walaubagaimanapun, di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh, kerajaan akan meneruskan usahanya untuk menggalak dan mengukuhkan perundangan sedia ada bagi membantu proses penswastaan di Malaysia.