Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL 21030 KUALA TERENGGANU.

LAPORAN INOVASI DALAM BIDANG PENGUKUHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Inovasi : bekas dari bahan terbuang Tajuk : Guna Semula Bahan Konsep Sains : Bahan baru dan bahan terbuang INOVASI YANG DIHASILKAN Bekas dari benda terbuang dihasilkan untuk memudahkan murid lebih memahami konsep sains yang ingin ditekankan. Jika sebelum ini murid hanya didedahkan dengan botol, kertas surat khabar dan plastik sebagai bahan terbuang dan bahan inovasi ini membuka minda murid tentang bahan-bahan terbuang yang lain. Kami bertiga telah memulakan inovasi ini bermula dari tarikh 28 April 2012 sehinggalah pada 12 Mei 2012 dengan menggunakan kotak kasut dan kertas majalah untuk menghasilkan bekas yang menarik.Kertas digulung dan ditampal disekeliling kotak kasut. Kain perca juga dijadikan bunga dan ditampal disekeliling kotak.

SEBELUM INOVASI Sebelum inovasi ini dibuat, alat radas yang hendak diagihkan kepada murid disusun diatas meja dan murid bergilir mengambil untuk di agihkan kesetiap kumpulan. Ini sudah tentu membazir masa mereka.

Di dalam kelas pula, kapur dan buku disudut bacaan biasanya bertaburan dan selari dengan program 3K yang mahukan kelas yang bersih dan ceria, maka sudah tentu bekas ini sangat berguna.

Keadaan di dalam bilik sains

keadaan di dalam kelas

SELEPAS INOVASI Pembahagian alat dan radas dalam bilik sains lebih cepat dan sistematik. Masa juga dapat dijimatkan. Penjimatan kos tidak perlu membeli bakul.

Suasana bilik sains dan kelas lebih kemas dan ceria.

Selepas inovasi di dalam bilik sains

Di dalam kelas

FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG DILAKSANAKAN. 1. Kreativiti Bilik sains dan kelas yang kemas dapat membekalkan iklim pembelajaran yang sesuai dan ini juga dapat menarik minat murid untuk belajar. Murid akan dapat menghasilkan beberapa bekas yang lebih menarik dengan menambah beberapa lagi bahan terbuang seperti straw, lidi, butang dan sebagainya. 2. Signifikan Inovasi ini dapat memperkukuhkan lagi konsep sains tentang bahan terbuang dan bahan baru. Murid juga dapat menambah pengetahuan sedia ada mereka tentang bahan terbuang kerana mereka hanya terdedah kepada botol, plastik dan kertas surat khabar sebelum ini. 3. Kecekapan Bahan ini dapat mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik sains kerana masa untuk mengagihkan bahan dan alat radas sains dijimatkan. 4. Replicability Inovasi ini boleh digunakan juga oleh guru-guru lain jika terdapat acara-acara sekolah sebagai tempat meletak pamplet atau sebagai jambangan bunga.

5. Keberkesanan kos Tiada kos yang besar diperlukan. Majalah, kain perca dan kotak kasut diambil dari bahan terbuang. Hanya gam sahaja menggunakan sedikit kos.

6. Potensi Pelaksanaan Didapati kelas kelihatan kemas kerana tiada lagi kapur dan buku yang bertaburan. Bekas ini juga telah dijadikan tempat meletak bunga di dalam kelas. Suasana semasa sebelum eksperimen lebih teratur di dalam bilik sains. 7. Komitmen Pengurusan Atasan Pihak pengurusan memberi sokongan yang sepenuhnya terhadap bahan yang dihasilkan. Tiada bantahan bahan digunakan di dalam bilik sains, bilik darjah dan semasa acara-acara sekolah dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai