Anda di halaman 1dari 20

OUMM3203

FACULTY OF BUSINESS AND MANAGEMENT

SEPTEMBER 2012

OUMM3203

PROFESSIONAL ETHICS

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

860731305052001 860731305052 013-8711923 / 104-3218110 noramin_86@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

MELAKA LEARNING CENTRE

OUMM3203

ISI KANDUNGAN

1.0

PENGENALAN.................................................................................. 2 - 5 1.1 1.2 1.3 1.4 Definisi Undang-Undang Konsep Rule of Law Ciri-Ciri Undang-Undang Proses Pembentukan Undang-Undang 1.4.1 1.4.2 1.4.3 1.4.4 Proses Individu Proses Kumpulan Proses Sosial Proses Politik

2.0

PROSES INDIVIDU.. 7 - 10

3.0

PROSES POLITIK ....... .10 - 12

4.0

PERHUBUNGAN ANTARA UNDANG-UNDANG DAN STANDARD MORAL ..13 - 16 4.1 4.2 4.3 Pertindihan Sebahagian Besar Antara Kedua-duanya Pertindian Tidak Lengkap Tiada Pertindihan

5.0

KESIMPULAN 17 - 18

6.0

RUJUKAN 19 - 20

OUMM3203

1.

PENGENALAN

1.1

Definasi Undang-Undang

Undang-undang bermaksud satu garis panduan dan peraturan yang konsisten dan universal yang telah digubal oleh kerajaan serta diterbitkan secara meluas dan diterima secara umum dan ianya telah dikuatkuasakan bagi menentukan hak seseorang serta kewajipan yang harus dipatuhi oleh semua masyarakat, (Alexy.R, 1989). Undang-undang adalah satu sistem dan aturan yang dikuatkuasakan melalui institusi sosial untuk mengawal tingkah laku masyarakat. Menurut Ivan Szekely, Mate Daniel Szabo, Beatrix Vissy, (2011), Undang-undang bukan hanya merupakan satu peraturan tetapi ia mengandungi prinsip-prinsip moral dan prinsip ini harus dinyatakan supaya masyarakat lebih memahami dan mematuhi undang-undang tersebut.

1.2

Konsep Rule of Law (Kedaulatan Undang-Undang)

Konsep Rule of Law menyatakan bahawa pemerintahan kerajaan haruslah berasaskan undang-undang yang telah ditetapkan dan ianya harus mempunyai nilai-nilai serta kualiti yang tertentu. Undang-undang pula berasaskan perlembangaan. Undangundang perlu untuk menegakan keadilan, melindungi hak rakyat, kebebesan hak asasi rakyat terjamin dan sekatan-sekatan tertentu terhadap apa juga kuasa kerajaan tanpa mengira taraf atau pangkat seseorang. Sebuah badan kehakiman yang bebas dan berwibawa diperuntukan untuk melindungi dan mempertahankan kedaulatan undangundang. Apa juga masalah atau konflik haruslah merujuk kepada undang-undang, (Ann H.J & Kok T.K, 2011). Negara dan masyarakat akan menjadi tidak aman dan kucar kacir tanpa adanya undang-undang. Negara memerlukan undang-undang untuk mewujudkan dan mengawal hidup bermasyarakat yang aman, stabil dan makmur tanpa sebarang kekacauan atau konflik dan masyarakat berasa selamat berada di negara ini. Kedaulatan undang-undang juga menggambarkan pilihan atau pandangan pihak majoriti dalam masyarakat untuk menentukan atau memutuskan sesuatu keputusan dan keputusan itu 3

OUMM3203

memberi kesan untuk kesejahteraan. Oleh itu mereka harus patuh pada undang-undang yang telah diluluskan atau dilaksanakan. Jika terdapat sebarang bantahan terhadap keputusan tersebut, langkah yang perlu diambil ialah dengan mengadakan proses demokratik untuk mengubah semula keputusan, terima dan perlu dipatuhi seadanya.

1.3

Ciri-Ciri Undang-Undang

Undang-undang ini bersifat konsisten dimana ianya selaras, tidak berubah-ubah, tidak bertentangan antara satu sama yang lain dan tiada bantahan di dalam peruntukkan yang telah ditetapkan. Jika terdapat perkara atau peraturan yang saling bertentangan maka kedua-duanya tidak boleh diterima sebagai undang-undang kerana tidak mungkin rakyat dapat mematuhinya secara serentak. Undang-undang juga haruslah bersifat universal dimana ianya sejagat dan menyeluruh dan ianya dapat diguna pakai oleh semua masyarakat yang menghadapi situasi atau keadaan yang sama. Undang-undang ini haruslah dicetak dan diterbitkan bagi tujuan semua masyarakat dapat mengetahuinya walau dalam apa juga keadaan sekali pun. Tiada alasan untuk rakyat tidak mengetahui dan mengendahkan undang-undang kerana ahli-ahli professional seperti peguam juga telah menginterpretasi dan menerangkan tentang undang-undang ini. Undang-undang yang telah digubal haruslah diterima dan dipatuhi oleh semua masyarakat walaupun mereka tidak setuju mereka terpaksa mematuhinya kerana undang-undang ini telah dikuatkuasakan. Sesiapa saja yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan dan ia berjaya dibuktikan bersalah maka mereka akan terima hukuman yang setimpal berdasarkan apa yang telah termaktub dalam undang-undang tersebut sekiranya kita tidak mematuhinya.

1.4

Proses Pembentukan Undang-Undang

Dalam pembentukan undang-undang haruslah melalui beberapa proses iaitu proses individu, proses berkumpulan, proses sosial dan proses politik.

OUMM3203

1.4.1

Proses Individu

Setiap individu mempunyai norma, kepercayaan dan nilai dalam membentuk ukuran moralnya dan undang-undang pada diri individu tersebut dimana menjadi kesalahan jika individu tersebut tidak mematuhinya. Proses individu ini lahir dari peribadi seseorang tanpa dipengaruhi oleh orang lain. Proses ini berasaskan beberapa elemen iaitu norma, kepercayaan dan nilai. Norma merupakan kelakuan atau tindakan seseorang yang telah menjadi kebiasaannya yang dianggap betul dan diterima oleh masyarakat contohnya seperti Ali membantu melaporkan kepada polis dan menjadi saksi mengenai satu kes bunuh yang berlaku keatas jirannya. Kepercayaan juga merupakan elemen dalam proses individu dan ianya tidak memerlukan sesuatu tindakan sebaliknya hanya berfikir untuk menerima atau menyokong norma-norma seseorang tanpa melibatkan kelakuan fizikal. Contohnya dalam kes bunuh diatas, dimana Ali hanya percaya dan berfikir bahawa membunuh adalah satu perkara yang salah dan perlu dihukum. Selain itu, nilai juga adalah salah satu elemen dalam proses ini sebagai satu sistem menentukan nilai keatas norma dan kepercayaan mengikut pemeringkatan atau susunan keutamaan. Contohnya Ali membuat penilaiaan terhadap norma dan kepercayaan yang dia ada dan mengatakan bahawa membunuh merupakan salah laku yang salah dan serius dan mereka yang melakukannya haruslah dikenakan hukuman yang berat. Proses ini juga dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu faktor keluarga, rakan sebaya, pengalaman hidup, peribadi, nilai dan moral serta faktor keadaan.

1.4.2

Proses Kumpulan

Proses kumpulan yang berasaskan kenteks-konteks budaya, agama, sosial, politik dan teknologi juga mempengaruhi dalam pembentukan undang-undang. Individu yang terlibat dalam kumpulan masyarakat ini dipengaruhi oleh kesemua elemen tersebut bergantung kepada persekitaran dan suasana kehidupan harian masing-masing. Contohnya bagi mereka yang bekerja di bawah majikan, yang bekerja sendiri, suri rumah, tidak bekerja dan apa juga bidang kerja, semuanya mungkin terpengaruh dengan faktor 5

OUMM3203

yang berbeza mengikut kumpulan masing-masing. Hal tersebut menyebabkan tertubuhlah kumpulan-kumpulan yang terdiri dari ahlinya yang bekerjasama untuk mempertahankan kepentingan masing-masing. Perbezaan pendapat antara ahli-ahli ini akan menyebabkan konflik dan akan berkompromi demi kepentingan masing-masing

1.4.3

Proses Sosial

Proses sosial adalah perhubungan dan kaitan dengan kumpulan yang lebih besar. Proses ini berdasarkan beberapa eleman seperti kedudukan individu, keluarga unit, rakan sebaya kumpulan dan organisasi formal dan kesemua elemen ini tidak semestinya saling berkaitan. Kedudukan individu dapat dilihat dari segi kuasa dan pengaruh yang dimiliki oleh indivu tertentu dalam masyarakat. Contohnya dalam negara kita, terdapat beberapa pemimpin dan individu yang berpengaruh yang berjaya menyatukan ahli-ahli masyarakat yang sama pendirian dalam satu pakatan sepeti Parti Pakatan Rakyat dan banyak lagi. Pertubuhan persatuan atau pakatan merangkumi uni-unit keluarga, rakan sekumpulan, organisasi yang digabung dan sebagai laluan untuk mendesak kepada sesuatu perubahan atau penambahbaikan.

1.4.4

Proses Politik

Dalam pembentukan undang-undang dalam proses politik, norma, kepercayaan dan nilai dipegang oleh organisasi, kumpulan atau individu. Proses ini merupakan proses penyelesaian masalah dan konflik yang merangkumi beberapa elemen iaitu kepimpinan presiden, tolak ansur institusi, persetujuan kongres dan tekanan dari pengundi. Kepimpinan presiden merupakan campur tangan dari pihak-pihak yang tertentu dalam memastikan sesuatu isu dapat diselesaikan. Tolak ansur institusi bertujuan supaya sesuatu undang-undang yang baru yang terbentuk tidak membebankan semua pihak demi menjaga kepentingan masing-masing. Manakala persetujuan kongres merupakan satu elemen yang penting supaya cadangan kepada undang-undang dan penyelesaian konflik terlaksana dan tekanan dari pengundi merupakan satu elemen yang penting. Jika tiada 6

OUMM3203

pengundi atau rakyat yang mendesak supaya selesaikan isu atau mewujudkan undangundang yang sewajarnya mungkin tiada apa-apa tindakan yang akan dilakukan. Dengan adanya kesemua elemen ini, maka terbentuklah sesuatu undang-undang setelah melalui prosedur yang telah ditetapkan. Bagi menjawab tugasan ini, saya memilih dua daripada proses yang telah diterangkan seperti di atas iaitu Proses individu dan Proses politik.

2.

PROSES INDIVIDU

Proses individu juga mempengaruhi dalam pembentukan sesuatu undang-undang dan standard moral. Proses individu ini lahir dari peribadi seseorang tanpa dipengaruhi oleh orang lain. Terdapat beberapa elemen yang terdapat dalam proses tersebut iaitu norma, kepercayaan dan nilai. Menurut Bustami R & Sundramoorthy P, (2003), norma adalah satu set peraturan dan jangkaan yang tidak bertulis yang digunakan dan diamalkan oleh masyarakat untuk mengawal dan menyelia tingkah laku anggota masyarakatnya. Norma juga bermaksud sesuatu yang telah menjadi kebiasaan. Ia merupakan kelakuan dan tindakan yang dianggap betul dan boleh diterima oleh masyarakat apabila berhadapan dengan situasi yang tertentu. Menurut David McIvor & Douglas Paton, (2007), norma ini mempengaruhi pemilihan tingkah laku dan menunjukan kepercayaan mengenai tindakan yang dilakukan dan penting untuk melakukan sikap yang baik kearah tingkahlaku yang tertentu. Contohnya, ketika Ali berjalan di Kuala Lumpur tiba-tiba dia terlihat seorang wanita tua telah diragut dan jatuh sambil meminta tolong. Dengan segera Ali menolong wanita tua itu dan membawanya ke Balai Polis untuk membuat laporan. Normanya di sini ialah kelakuan atau tindakan Ali yang dianggap betul dan boleh diterima masyarakat iaitu sanggup menolong wanita tua yang diragut itu dan membawanya ke Balai Polis untuk membuat laporan. Norma inilah yang membentuk standard moral seseorang yang memberi kesan kepada masyarakat dan dianggap sebagai peraturan yang patut kita amalkan dan lakukan.

OUMM3203

Kepercayaan juga merupakan elemen yang terdapat dalam proses individu dalam pembentukan undang-undang serta standard moral. Kepercayaan adalah ukuran mengenai sesuatu yang spesifik yang diterima oleh masyarakat sebagai sesuatau yang benar dan nyata, (Bustami R & Sundramoorthy P, (2003) ). Kepercayaan adalah percaya akan sesuatu perkara tanpa melakukannya secara tindakan fizikal. Ia hanya meliputi pemikiran seseorang dan konsep kepercayaan dalam diri setiap individu. Menurut Deirdre Shaw & Ian Clarke, (1990), kepercayaan adalah pemikiran yang terbentuk daripada sebahagian daripada penyelidikan dalam tingkah laku yang berkaitan dengan corak tingkah laku. Kepercayaan setiap individu berbeza berdasarkan pemikiran masing-masing. Terdapat perbezaan antara kepercayaan dan norma kerana kepercayaan tidak melibatkan tindakan. Ia adalah satu cara befikir yang abstrak yang menyokong norma seseorang. Contohnya seperti kisah diatas, Ali percaya dengan berfikir bahawa tindakan yang dilakukan adalah betul kerana daripada pemikirannya telah menyatakan bahawa meragut dan mengambil hak orang lain adalah satu perkara yang salah dan perlu dihukum. Mengikut pemikirannya juga mengatakan bahawa tidak menghormati orang yang lebih tua juga merupakan satu perkara yang salah. Kepercayaan Ali inilah yang telah membentuk standard moral dalam dirinya. Nilai juga merupakan elemen dalam pembentukan standard moral seseorang. Ia merupakan satu sistem berperingkat atau susunan keutamaan yang diberikan oleh seseorang terhadap norma-norma dan kepercayan-kepercayannya. Ia juga adalah satu proses menentukan nilai atau membuat penilaian terhadap norma dan kepercayaan yang dipegang oleh seseorang iaitu tinggi rendahnya mengikut keutamaan sendiri. Nilai seseorang adalah berbeza antara dengan yang lain, Cliff Bowman & Veronique Ambrosini, (2010). Contohnya pada kisah di atas, Ali telah membuat penilaian bahawa meragut dan mengambil hak orang lain tanpa kebenaran itu adalah satu perkara yang salah, besar dan serius kerana boleh mengancam nyawa seseorang. Mengikut penilaian Ali, dia telah membuat kesimpulan bahawa seseorang yang melakukan perbuatan ragut dan mengambil hak orang lain tanpa kebenaran dianggap bersalah dan harus dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Berdasarkan norma, kepercayaan dan nilai dalam proses individu, kes mencuri dan ragut seperti contoh kisah 8

OUMM3203

diatas telah terbentuknya undang-undang seperti yang telah termaktub sebagai satu undang-undang yang perlu dipatuhi dan jika terbukti melakukannya akan menerima hukuman yang telah ditetapkan. Bagi kesalahan mencuri, mereka akan didakwa mengikut Seksyen 378 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali juka sabit kesalahan. Berdasarkan elemen-elemen tersebut maka terbentuklah standarad moral yang dipegang oleh setiap individu. Tetapi standard-standard moral yang dibentuk adalah berbeza antara individu yang lain kerana terdapat perbezaan agama, budaya, bangsa, sosial dan sebagainya dikalangan masyarakat. Akibat perbezaan ini akan timbullah perbalahan dan konflik dikalangan masyarakat dalam menegakan standard moral masingmasing. Seharusnya perlu ada tolak ansur dalam hal tersebut. Contohnya kaum Orang Asli mendidik anak-anak mereka mengikut kepercayaan mereka sendiri kerana mereka ingin mempertahankan pendirian mereka. Berlakulah perbalahan dan konflik jika anakanak mereka dihantar ke Sekolah Kerajaan dimana cara mendidik anak mereka adalah berbeza. Tiada sebarang penyelesaian yang dicapai pada ketika ini kerana mereka akan berkeras dalam mempertahankan prinsip mereka sendiri. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan undang-undang dan standard-standard moral ini melalui proses individu. Antaranya adalah pengaruh keluarga, rakan sebaya, pengalaman hidup, nilai dan moral peribadi dan faktor keadaan. Keluarga memainkan peranan yang penting dalam membina etika seseorang. Apabila ahli keluarga tersebut mempunyai etika yang baik dan perlu dicontohi maka secara tidak langsung ahli keluarganya yang lain mengikut etika yang baik dalam diri mereka. Contohnya, jika ibu bapa menunjukan etika yang baik dan tidak selalu bertengkar dan melakukan kekerasan di depan anak-anak, maka anak mereka akan mengikut kelakuan tersebut sebagai satu contoh dalam kehidupan mereka dan menjadikannya sebagai kebiasaan walau dalam apa juga keadaan sebaliknya jika terdapat ahli keluarga mereka yang melakukan jenayah atau apa juga kesalahan maka secara tidak langsung ahli-ahli keluarganya yang lain juga akan mengikut perbuatan tersebut. Faktor rakan sebaya juga mempengaruhi pembentukan standard moral. Seseorang individu sering terpengaruh dengan rakan mereka. Oleh itu haruslah pandai memilih rakan. Jika kita berkawan 9

OUMM3203

dengan alim ulama maka sedikit sebanyak kita akan mengikut jejak mereka dan melahirkan etika yang baik dalam diri. Sekiranya kita berkawan dengan orang yang suka mencuri maka kita juga akan terpengaruh dengan etika yang tidak baik dari rakan tersebut. Pengalaman hidup juga faktor yang mempengaruhi pembentukan standard moral. Jika seseorang itu mempunyai pengalaman hidup tidak kira yang positif atau negatif mereka akan bergantung kepada pengalaman terebut. Contohnya seseorang pernah mencuri dan telah menerima hukuman, secara tidak langsung dia tidak berani untuk mengulangi dan melakukannya lagi kerana dia tahu akan hukuman terhadap kesalahan tersebut. Selain itu, faktor lain adalah nilai peribadi dan prinsip moral. Nilai peribadi setiap individu adalah berbeza dan mempengaruhi kedudukan seseorang. Contohnya seseorang yang mementingkan kedudukan dan pangkat yang sanggup melakukan apa saja demi keuntungan yang bakal diperoleh tanpa melihat kesan terhadap orang lain seperti gejala rasuah. Faktor lain adalah faktor keadaan iaitu faktor yang melibatkan tindakan seseorang dalam apa juga keadaan walaupun tindakan yang dilakukan itu telah diketahui tidak beretika dan mereka melanggar etika tersebut. Contohnya seorang peniaga telah mengubah maklumat pendapatan bulanannya sematamata untuk mengelakan dia membayar cukai yang telah ditetapkan walaupun dia tahu perkara yang dilakukan itu adalah salah.

3.

PROSES POLITIK

Dalam pembentukan undang-undang berdasarkan proses politik, norma, kepercayaan dan nilai dipegang dan dipercayai oleh sesebuah organisasi, kumpulan atau individu. Proses politik ini adalah asas dalam penyelesaikan konflik dalam sesuatu isu atau kes. Hal tersebut kerana sesebuah organisasi, kumpulan atau individu sudah tentu mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza-beza dari segi kepimpinan presiden, tolak ansur institusi, persetujuan kongres dan tekanan dari pengundi. Perbezaan ini berlaku kerana sebahagian keperluan dan kehendak rakyat yang berbeza mengikut tempat, keadaan, ekonomi dan sebagainya. Bagi menyelesaikan masalah ini, proses politik ini memainkan peranan yang sewajarnya dalam memperjuangkan dan 10

OUMM3203

mengetengahkan kehendak dan pendapat masyarakat. Dalam sisitem perwakilan, pemimpin atau wakil rakyat diperlukan bagi mewakili suara majoriti rakyat dalam memperjuangkan isu-isu yang telah disuarakan oleh rakyat. Wakil rakyat merupakan individu yang telah dilantik melalui kaedah pungutan suara dan demokrasi. Wakil rakyat diberi kepercayaan untuk mengatasi masalah, mengetengahkan isu-isu, dan bertanggungjawab atas kebajikan dalam pelbagai aspek yang dihadapi oleh ahli-ahli kawasannya dan untuk mencapai jalan penyelesaian atau mengatasi sesuatu masalah yang dihadapi secara adil dan saksama. Wakil rakyat akan menyuarakan masalah tersebut kepada kerajaan. Contohnya isu berkaitan dengan kemalangan maut di lebuh-lebuh raya atau di jalan utama di kawasan perumahan anda dimana terdapat sekolah dan kedai-kedai di kawasan berhampiran tersebut. Sudah banyak kemalangan maut yang telah dicatatkan dikawasan tersebut termasuk yang melibatkan kanak-kanak yang sedang menuju atau pulang dari sekolah atau penduduk yang ke kawasan kedai berhampiran. Dengan norma, kepercayaan dan nilai yang dipegang oleh mereka, penduduk menganggap isu tersebut merupakan satu masalah moral yang menyebabkan konflik dimana sikap pengguna jalan raya yang pentingkan diri dan tidak bertanggungjawab dengan membawa kenderaan laju yang telah mengakibatkan kematian seseorang. Penduduk mulai risau dan meyuarakan masalah tersebut kepada wakil rakyat yang sememangnya dipercayai dapat menyelesaikan masalah tersebut. Mereka meminta mewujudkan satu peraturan atau undang-undang mengenai pengguna jalan raya dengan hadlaju yang bersesuaian dengan kawasan. Dalam proses politik, terdapat beberapa prosedur yang perlu diikut mengenai penggubalan undang-undang. Contohnya dalam kes di atas bermula dengan wakil rakyat akan menyampaikan isu tersebut kepada Kementerian Pengangkutan Jalan Raya yang bertanggungjawab dalam masalah ini. Penyediaan draf undang-undang oleh menteri dengan pihak menteri yang terlibat dan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dimana mereka akan meneliti draf undang-undang tersebut dan menulis draf tersebut dalam bentuk perundangan. Kemudian jemaah menteri akan membincangkan draf undang-undang tersebut dimana Yang Dipertuan Agong akan meluluskan draf undangundang tersebut sebelum di bawa ke parlimen untuk dibentang atau dibahas di Dewan 11

OUMM3203

Rakyat atau Dewan Negara untuk mendapat mandat seterusnya. Draf undang-undang tersebut diteliti secara menyeluruh dan mendalam. Dan undang-undang tersebut telah diluluskan maka cadangan tersebut perlu diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong sebelum diwartakan menjadi undang-undang baru. Berdasarkan isu di atas, terbentuklah satu undang-undang baru iaitu Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang menekan tentang peraturan penggunaan jalan raya dan jika gagal mematuhinya hukuman sedia menanti. Berdasarkan isu di atas, terdapat beberapa teori dalam proses politik yang dapat digunakan dalam menyelesaikan konflik tersebut sehinggalah terbentuknya undangundang baru tersebut. Teori tersebut adalah kepempinan presiden dimana rakyat telah memilih pemimpin atau ketua berdasarkan keupayaan dan keperluan yang perlu disuarakan dan keyakinan terhadap individu tertentu untuk melaksanakannya. Dimana campur tangan daripada individu dan organisasi yang terlibat dalam membuat keputusan dalam usaha untuk menyelesaikan isu tersebut. Buktinya dengan campur tangan dan keputusan pemimpin iaitu perdana menteri maka terbentuklah undang-undang baru ini dalam menyelesaikan konflik yang dihadapi rakyat. Tolak ansur institusi juga merupakan satu teori dalam menyelesaikan konflik tersebut. Contohnya Kementerian Jalan Raya bertolak ansur dengan penduduk dan organisasi yang lain dengan mencadangkan untuk membuat jejantas dan laluan pejalan kaki bagi murid-murid serta laluan motorsikal di lebuh-lebuh raya. Bagi Kementerian Pengangkutan pula sedia untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk mencegah hadlaju di kawasan tersebut. Tolak ansur yang dilakukan ini adalah bertujuan supaya undang-undang yang diluluskan tersebut tidak menjejaskan kepentingan mereka dan tidak membebankan rakyat. Selain itu, persetujuan kongres juga merupakan salah satu teori dalam menyelesaikan konflik dari isu di atas. Contohnya persetujuan antara dewan-dewan rakyat dan dewan negara dalam mempersetujui cadangan mewujudkan undang-undang tersebut. Persetujuan kongres ini penting kerana ia membolehkan sesuatu cadangan undang-undang baru itu boleh diguna pakai dengan relevannya. Dan tekanan pengundi juga merupakan teori dalam menyelesaikan konflik dalam proses politik ini. Tekanan pengundi ini merupakan suara, hasrat, permintaan dan desakan oleh majoriti masyarakat untuk cepat menyelesaikan 12

OUMM3203

konflik tersebut. Wakil rakyat merasakan ia adalah satu desakan dan segera menyuarakan kepada kerajaan. Jika tiada tekanan pengundi ini mungkin lebih banyak lagi kes-kes kemalangan dan tidak mungkin bentukan undang-undang tersebut.

4.

PERHUBUNGAN ANTARA UNDANG-UNDANG DAN STANDARD

MORAL

Undang-undang merupakan satu garis panduan atau peraturan yang telah digubal oleh kerajaan di mana ianya menyeluruh dan konsisten yang perlu diterima dan dipatuhi oleh masyarakat dan merupakan suatu paksaan yang harus dipatuhi. Jika masyarakat tidak mematuhinya dan terbukti kesalahannya maka jatuhlah hukuman ke atas individu tersebut. Undang-undang juga satu set peraturan yang mewakili pandangan moral masyarakat secara keseluruhannya. Undang-undang bersifat sejagat dan lebih tegas berbanding standard moral kerana undang-undang mempunyai hukuman yang telah ditetapkan apabila melakukan kesalahan. Undang-undang lebih bersifat negatif kerana ia lebih ke araah melarang, menegah dari melakukan apa juga kesalahan dan akan dihukum jika terbukti melakukannya. Bagaimanapun undang-undang boleh dipengaruhi dan dikaburi dengan wang ringgit atau kebendaan. Contohnya jika seseorang dituduh membunuh padahal individu itu tidak salah dan dia telah difitnah, apatah lagi yang menjatuhkan hukuman telah dipengaruhi dengan wang ringgit dan kebendaan individu yang tidak bersalah itu menjadi salah dan dijatuhi hukuman. Ia lebih bersifat tidak adil dalam sesuatu keadaan tertentu. Standard moral pula merupakan tindakan luaran dan dalaman yang lahir dari setiap diri individu yang berbeza-beza (Shaw W.H, 2002). Standard moral bertindak atas tingkah laku individu itu sendiri tanpa ada paksaan untuk melakukannya. Ia lebih besifat positif kerana menggalakan dan mendorong seseorang melakukan perkara-perkara yang baik dan betul. Ia bersifat berubah-ubah dari individu ke individu yang lain dan dari zaman ke zaman yang lain dan tidak melibatkan undang-undang. Tetapi standard moral memerlukan undang-undang untuk mengawal kelakuan, tindakan dan tingkahlaku 13

OUMM3203

seseorang atau masyarakat untuk terus tidak melakukan kesalahan dan tiada perbalahan antara satu sama lain. Undang-undang dan standard moral berkait rapat antara satu sama lain iaitu secara umumnya undang-undang berdasarkan standard moral masyarakat dan kedua-duanya berfungsi mengawal kelakuan individu dalam masyarakat. Namun dalam perhubungan diantara undang-undang dan standard moral wujudnya pertindihan antara satu sama lain iaitu pertindihan sebahagian besar antara kedua-duanya, pertindihan tidak lengkap dan tiada pertindihan seperti rajah dibawah.

Rajah 1 : Perhubungan antara undang-undang dan standard moral ( Rusnah Aluai, 2011 )

14

OUMM3203

4.1

Pertindihan sebahagian besar antara kedua-duanya

Pertindihan ini merupakan pertindihan besar antara undang-undang dan standard moral dimana undang-undang dan standard moral adalah sama. Pertindihan ini menerangkan mengenai perkara yang salah dari segi undang-undang juga salah dari segi standard moral seseorang. Contohnya seperti kes yang melibatkan penderaan ke atas kanak-kanak sehingga membawa mati. Seorang Lelaki telah didakwa mendera anak tirinya yang berusia 6 tahun sehingga menyebabkan anaknya mati, ( Arkib, 2011). Disini dapat dijelaskan bahawa terdapat pertindihan sebahagian besar antara undang-undang dan standard moral. Dari segi undang-undang, ia merupakan satu kesalahan dimana lelaki tersebut didapati bersalah kerana telah mendera kanak-kanak dan membunuhnya. Dari segi standard moral pula, ia juga merupakan sesuatu perkara dan tindakan yang salah dan tidak patut dilakukan oleh lelaki tersebut kerana kanak-kanak sepatutnya dilindung dan bukan dilayan dengan kekerasan dengan mendera mereka sehingga mati. Daripada kes di atas, maka lelaki tersebut telah didakwa dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera yang memperuntukan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

4.2

Pertindihan tidak lengkap

Pertindihan tidak lengkap merupakan suatu perkara yang dilakukan tidak menyalahi standard moral tetapi ia merupakan keperluan undang-undang yang perlu dipatuhi. Ia merupakan tindakan yang menyalahi undang-undang tetapi dari segi moralnya betul, ( H.S Willian, 2002 ). Sekiranya tidak dipatuhi dan disabitkan kesalahan maka jatuhlah hukuman ke atas individu tersebut. Ia merupakan sesetengah undangundang yang tiada nilai moral. Contohnya seperti kes menghina Sultan Perak melalui sebuah laman web, ( Arkib, 2012 ). Seorang jurutera telah didakwa kerana dengan secara sedar dia telah membuat dan memulakan penghantaran komen yang berbaur lucah terhadap Sultan Perak melalui sebuah laman web. Dalam kes ini jelas membuktikan bahawa terdapat pertindihan yang tidak lengkap antara undang-undang dan standard 15

OUMM3203

moral. Dimana dari segi standard moral ia tidak mempunyai nilai moral. Dari segi undang-undang pula, ia merupakan satu kesalahan yang boleh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum dibawah Sub Seksyen 233(3) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan tertuduh boleh dihukum penjara minimum setahun dan denda maksimum RM 50,000 jika sabit kesalahan. Contoh lain untuk pertindihan tidak lengkap ini seperti kegagalan memakai topi keledar dan semasa menunggang motorsikal. Dari segi undang-undang, perkara tersebut merupakan kesalahan di bawah Peraturan Keselamatan Topi Keledar Motorsikal 1973,PU(A)043/73 004 iaitu penunggang / pembonceng tidak memakai topi keledar semasa menunggang / membonceng motorsikal.

4.3

Tiada pertindihan

Tiada pertindihan merupakan sesuatu perkara yang mempunyai implikasi dan juga kehendak moral tetapi tidak melanggar undang-undang. Ini bermakna sesuatu perkara yang dilakukan haruslah mempunyai standard moral tetapi secara tidak langsung ia tiada kena mengena dari segi undang-undang. Contohnya apabila Timah telah memfitnah dengan mengatakan yang buruk-buruk kepada jirannya. Di sini dapat dijelaskan bahawa dari segi undang-undang, perbuatan tersebut bukanlah satu kesalahan ataupun menyalahi undang-undang kerana perkara tersebut tidak termaktub dalam undang-undang Malaysia. Tetapi dari segi standard moral pula ia dikira salah kerana mengikut norma, kepercayaan dan nilai memfitnah dan tidak menghormati orang yang lain merupakan standard moral yang tidak baik. Contoh lain adalah merokok di kedai makan. Dari segi undang-undang ia bukanlah satu kesalahan kerana individu tersebut merokok di kedai makan yang merupakan bukan tempat larangan merokok. Tetapi dari segi standard moral ia merupakan satu tindakan yang salah kerana tidak bermoral dengan tidak menghormati natara satu sama lain dengan merokok dikhalayak ramai yang sedang makan dan minum dan kesannya boleh mendatangkan penyakit dan ketidakselesaan orang ramai untuk makan.

16

OUMM3203

5.

KESIMPULAN Undang-undang bermaksud satu garis panduan dan peraturan yang konsisten dan

universal yang telah digubal oleh kerajaan serta diterbitkan secara meluas dan diterima secara umum dan ianya telah dikuatkuasakan bagi menentukan hak seseorang serta kewajipan yang harus dipatuhi oleh semua masyarakat. Konsep Rule of Law menyatakan bahawa pemerintahan kerajaan haruslah berasaskan undang-undang yang telah ditetapkan dan ianya harus mempunyai nilai-nilai serta kualiti yang tertentu undangundang tersebut haruslah berasaskan perlembangaan. Undang-undang bersifat konsisten, universal, dicetak dan diterbitkan, diterima dan dipatuhi serta dikuatkuasakan supaya undang-undang tersebut dapat dipatuhi. Terdapat beberapa proses dalam pembentukan undang-undang iaitu proses individu yang berasaskan norma atau kelakuan seseorang yang telah menjadi kebiasaannya. Proses individu yang berasakan kepercayaan dan ianya tidak memerlukan sesuatu tindakan sebaliknya hanya berfikir untuk menerima atau menyokong norma-norma seseorang. Proses ini juga dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu faktor keluarga, rakan sebaya, pengalaman hidup, peribadi, nilai dan moral serta faktor keadaan. Proses kumpulan yang berasaskan kenteks-konteks budaya, agama, sosial, politik dan teknologi juga mempengaruhi dalam pembentukan undang-undang. Bukan itu saja, proses sosial yang berdasarkan perkaitan dan perhubungan dengan kumpulan yang lebih besar yang terdedah kepada kedudukan individu, unit keluarga, rakan sebaya dan organisasi rasmi. Manakala proses politik merupakan proses penyelesaian masalah dan konflik berdasarkan badan atau institusi yang membentuk undang-undang melalui beberapa perkara iaitu kepimpinan presiden, tolak ansur institusi, persetujuan kongres dan tekanan dari pengundi. Proses individu mempengaruhi dalam pembentukan sesuatu undang-undang dan standard moral melalui beberapa elemen seperti norma, kepercayaan dan nilai. Standard moral yang dihasilkan adalah berbeza daripada individu yang lain kerana terdapat 17

OUMM3203

beberapa faktor yang mempengaruhi iaitu pengaruh keluarga, rakan sebaya, pengalaman hidup, nilai dan moral peribadi dan faktor keadaan. Proses politik pula merupakan proses pembentukan undang-undang yang berpegang kepada norma, kepercayaan dan nilai oleh sesebuah organisasi, kumpulan dan individu. Berdasarkan norma, kepercayaan dan nilai timbullah satu konflik atau masalah yang harus diselesaikan dengan meminta membuat undang-undang. Proses ini adalah asas dalam penyelesaian konflik dan masalah. Terdapat beberapa faktor yang mempengarui pembentukan sesebuah undang-undang daripada standard moral iaitu dengan adanya kepimpinan presiden, tolak ansur institusi, persetujuan kongres dan tekanan dari pengundi dan mestilah mengikut prosedur dalam penggubalan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan Undang-undang dan standard moral mempunyai perhubungan antara satu sama lain kerana undang-undang terbentuk berdasarkan standard moral iaitu norma, kepercayaan dan nilai dan kedua-duanya berfungsi untuk mengawal kelakuan dan tindakan masyarakat. Namun dalam perhubungan ini wujudnya pertindihan iaitu pertindihan sebahagian besar antara kedua-duanya iaitu kesalahan yang dilakukan adalah salah dari segi undang-undang dan standard moral seperti membunuh, pertindihan tidak lengkap iaitu kesalahan yang dilakukan tidak melibatkan standard moral seseorang dan dari segi undang-undang didapati bersalah seperti tidak memakai topi keledar semasa menunggang motorsikal manakala tiada pertindihan ialah kesalahan yang dilakukan salah dari egi standard moral dan tidak melibatkan kesalahan dari segi undang-undang seperti memfitnah orang lain.

(4172 patah perkataan)

18

OUMM3203

6.0

RUJUKAN

Alexy, R. (1989), On Necessary Relations Between Law and Morality. Ratio Juris, 2: 167183. doi: 10.1111/j.1467-9337.1989.tb00035.x. Ann H.J, Kok T.K, (2011). Professional Ethics. Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd. Arkib,( 2012). Hina Sultan Perak : Jurutera dipenjara, denda maksimum. [Online]. Available http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20120602/ma_01/HinaSultan-Perak:-Jurutera-dipenjara,-denda-maksimum#ixzz29dfSH6C1 [18 Oct 2012]. Arkib, (2011). Lelaki didakwa dera anak tiri berusia 6 tahun sehingga mati. [Online]. Available:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1022&pub=ut usan_malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_01.htm#ixzz29dV8lstH [18 Oct 2012]. Bustami R, Sundramoorthy P, (2003). Kitab Asas Sosiologi : 6 Pengajaran Sosiologi Tentang Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Pulau Pinang: KnowledgeCraftsmen. Cliff Bowman, Vronique Ambrosini, (2010. "How value is created, captured and destroyed", European Business Review, Vol. 22 Iss: 5, pp.479 495 David McIvor, Douglas Paton, (2007) "Preparing for natural hazards: normative and attitudinal influences", Disaster Prevention and Management, Vol. 16 Iss: 1, pp.79 88 Deirdre Shaw, Ian Clarke, (1999) "Belief formation in ethical consumer groups: an exploratory study", Marketing Intelligence & Planning, Vol. 17 Iss: 2, pp.109 120 Ivn Szkely, Mt Dniel Szab, Beatrix Vissy, (2011) "Regulating the future? Law, ethics, and emerging technologies", Journal of Information, Communication and Ethics in Society, Vol. 9 Iss: 3, pp.180 - 194 Rusnah Aluai, (2011). Malaysian Legal Principles ( Law 245/445). UiTM Melaka: Law Department

19

OUMM3203

William H.Shaw,(2002). Business Ethics: Morality and Law. Thomson, Wardsworth, pp 7-9. _______________.[Online]. Available:http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/j.146 7-9337.1989.tb00035.x/abstract [20 Oct 2012]. _______________.[Online]. Available: http://www.mot.gov.my/Sectoral/Documents /Land/Akta%20Penagngkutan%20Jalan%201987%20%28akta%20333%29.pdf [20 Oct 2012]. ______________.[Online].Available:http://www.kpkk.gov.my/akta_kpkk/Akta %20Komunikasi%20&%20Multimedia.pdf [20 Oct 2012]. ______________.[Online]. Available:http://www.dmpm.nre.gov.my/files /akta_kanun_acara_jenayah_1976.pdf [20 Oct 2012].

20