Anda di halaman 1dari 4

Teori Perkembangan Bahasa daripada Perspektif Teori Piaget

Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting adalah perkembangan


bahasa. Beliau berpendapat, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat
perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau
berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya, kanak-
kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya.
Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan, manipulasi dan menilai
persekitaran fizikalnya.
Beliau memperkenalkan 4 konsep utama yang terdapat di dalam teori ini:-
a) Skema
Merupakan struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu
mengurus dan menyesuaikan diri dengan persekitaran.. Skema adalah proses
mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila
seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan
menggenggam. Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnya akan dihisapnya.
Tidak dapat membezakan sesuatu dengan baik
b) Asimilasi
Merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumat-
maklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada
iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi
berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan
pengalaman.
Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin membesar apabila
ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlaku adalah secara
kuantitatif atau bukan kualitatif.
c) Akomodasi
Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta
perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai
dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika
maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau
diubahsuai.
Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubah
suai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman
baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia
ada. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap
pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu.
c) Keseimbangan
Ianya akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan
proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak
menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya.
Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai.
Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai
melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat
baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini
berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa.

Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan


kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut
perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkat
sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal.

Peringkat Sensori Motor (0 – 2 tahun)

Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya


untukmemahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas dilahirkan selama
dua bulan, seorang bayi sudah boleh membezakan objek-objek di dalam
persekitarannya. Kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambang yang
mudah. Kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara deria motor dengan
gerakannya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek yang
dapat dilihat dalam persekitarannya.
Peringkat Pra Operasi (2 – 7 tahun)
Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan sesuatu
konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur dengan
fasih dan melalui bahasa yang dikuasainya itu, perkembangan kognitifnya kian
menjadi pesat.
Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa
dengannya. Mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan
mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep
keabadian bilangan.

Peringkat Operasi Konkrit (7 – 12 tahun)

Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi, menguasai proses


kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan. Di samping itu, kanak kanak
sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Kanak-kanak
sudah boleh memikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa
dan kelajuan. Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada
konkrit sahaja.
Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. Oleh
itu, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Di dalam peringkat
ini, kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung kepada objek-
objek konkrit dan pengalaman secara langsung.

Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)

Remaja telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah
yang lebih kompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif, dan
menggunakannya untuk membuktikan teorem atau hukum matematik serta membuat
rumusan atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik. Remaja juga boleh
menggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang abstrak,
mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain serta menggunakan logik untuk
menyelesaikan masalah matematik.
Teori Perkembangan Bahasa daripada Perspektif Teori Bruner

Peringkat-peringkat Umur Ciri-ciri


dalam Teori Bruner
- Peringkat Enaktif 0- 2 tahun • Kanak-kanak belajar melalui
tindakan manipulatif
• Menggunakan anggota deria
untuk menyelesaikan masalah

- Peringkat Ikonik 2- 4 tahun • Kanak-kanak boleh
membayangkan satu situasi
• Kanak-kanak boleh mengingat
dan menyimpan sesuatu imej
dalam fikiran
• Kanak-kanak membentuk
penangapan dan membuat
gambaran mental
- Peringkat Simbolik 5-7 tahun • Kanak-kanak memindahkan
pengalaman mereka ke dalam
bentuk bahasa
• Kanak-kanak berfikir secara
anstak dan membuat penaakulan
logik
• Kanak-kanak belajar dalam
urutan enaktif kepada ikonik
kepada simbolik
• Kanak-kanak belajar
penyelesaian masalah

Anda mungkin juga menyukai