Info Asas Protokol : Susunan Bendera

A. Susunan keutamaan bendera-bendera
1. Bendera Malaysia 2. Kedah 3. Negeri Sembilan 4. Pahang 5. Kelantan 6. Johor 7. Perak 8. Perlis 9. Selangor 10. Terengganu 11. Sarawak 12. Pulau Pinang 13. Sabah 14. Melaka 15. Wilayah Persekutuan

B. Contoh pengibaran bendera
Susunan dan kedudukan bendera adalah bergantung kepada di mana bendera-bendera tersebut hendak dikibarkan atau dihamparkan. Susunan yang biasa dibuat bagi susunan di luar dan di dalam bangunan.

1. Susunan Pada Hari Biasa dan Hari-Hari Kebesaran Persekutuan o Jika hanya dua bendera dikibarkan di majlis peringkat Persekutuan yang diadakan dalam negeri, maka susunannya ialah seperti berikut:

Rajah 1: Susunan Bagi Dua Tiang Bendera

o

Jika tiga bendera dikibarkan di majlis peringkat Persekutuan yang diadakan dalam negeri, maka susunannya ialah seperti berikut:

Rajah 2: Susunan Bagi Tiga Tiang Bendera

2. Susunan Pada Hari-Hari Kebesaran Negeri o Jika hanya dua bendera dikibarkan pada majlis peringkat negeri di negeri yang berkenaan, maka susunannya adalah seperti berikut:

Rajah 3: Susunan Bagi Dua Tiang Bendera

o

Jika tiga bendera dikibarkan di majlis peringkat negeri di negeri, maka susunannya ialah seperti berikut:

Rajah 4: Susunan Bagi Tiga Tiang Bendera

3. Susunan Apabila Mengibarkan Bendera Persekutuan Dengan Bendera NegeriNegeri o Bendera-bendera yang dikibarkan cara sebaris dan keutamaannya bermula dari kiri ke kanan ditunjukkan seperti berikut:

Rajah 5: Pengibaran Bendera Malaysia dan Negeri-Negeri Secara Sebaris

o

Bendera-bendera yang dikibarkan cara sebaris dan kekanan bermula dari tengah-tengah ditunjukkan seperti berikut:

Rajah 6: Pengibaran Bendera Malaysia dan Negeri-Negeri Secara Sebaris dan Kekanan Bermula Dari Tengah-Tengah

o

Bendera-bendera yang dikibarkan cara dibahagi dua belah dan keutamaannya bermual dari dalam ditunjukkan seperti berikut:

Rajah 7: Pengibaran Bendera Malaysia dan Negeri-Negeri Secara Dibahagi Dua

Kali terakhir dikemaskini Rabu, 22 Ogos 2012 14:30

Sumber : http://sps.jpnns.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=152%3Ain fo-upp-asas-protokol--susunan-bendera&catid=48&Itemid=221

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful