Anda di halaman 1dari 4

1

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) KALI KEDUA SESI 2011

Hari Tarikh Masa Tempat Hadir: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

: : : :

Selasa 19 Julai 2011 1.30 Petang 2.45 Petang Bilik Gerakan

Cik Hajah Noraishah Binti Zulkifli (GPK HEM) En. Abdul Rashid Bin Abdullah Pn. Noor Adilah Binti Zakaria Pn. Rosmawati Binti Mahamod En. Mohd Khairon Anwar Bin Omar Puan Noriah Binti Awang Pn. Norhernizal Binti Ghazali AGENDA:

- Pengerusi - Penyelaras - Setiausaha

Ucapan Pengerusi Pengesahan Minit Mesyuarat Laporan Aktiviti Tahun 2011 Hal-hal lain

1.

Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan berterima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Unit Pendidikan Pencegahan Dadah kali kedua tahun 2011. 1.2 Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua AJK di atas kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan semua aktiviti yang telah dirancang untuk tahun 2011.

2.

Pengesahan Minit Mesyuarat Minit mesyuarat telah disahkan atas cadangan En. Mohd Khairon Anwar Bin Omar dan disokong oleh Puan Noriah Binti Awang.

3.

Laporan Aktiviti tahun 2011 3.1 Program 5 Minit Anti Dadah dan Anti Rokok 3.1.1 AJK telah berjaya mengadakan program 5 minit Anti Dadah pada waktu perhimpunan pagi setiap hari selasa mengikut jadual yang telah disediakan oleh Penyelaras PPDa iaitu Encik Abdul Rasyid Abdullah. Soalan kuiz juga disediakan selepas sesi penerangan. Hadiah berupa alat tulis disediakan untuk murid yang dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul.

3.1.2

3.2

Minggu PPDa 3.2.1 3.2.2 Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) peringkat sekolah telah diadakan pada 07 Mac hingga 11 Mac 2011. Antara Pengisian minggu PPDa adalah: Pertandingan mewarna tahap 1 dan Pra Sekolah Pertandingan melukis poster tahap 2 Pameran Anti Dadah Ceramah Anti Dadah Pertandingan mencipta logo tahap 2 Tayangan Video Kuiz Spontan selepas waktu rehat Laporan minggu PPDa telah disediakan oleh Penyelaras, Encik Abdul Rasyid Abdullah.

3.2.3

3.3

Karnival PPDa Peringkat Zon 3.3.1 Karnival ini telah diadakan pada 23 April 2011 bertempat di SK Kuala Lumpur.

3 3.3.2 Sekolah telah menghantar wakil bagi menyertai pertandingan mendeklamasi sajak, melukis poster dan E-PPDa Ketiga-tiga acara tersebut tidak membawa sebarang kemenangan. Sk juga telah terpilih sebagai AJK Hadiah untuk Karnival PPDa Peringkat Zon.

3.3.3

4.

Hal-hal Lain 4.1 4.2 Program Sifar Dadah (PROSIDAR) telah dijalankan oleh guru PJK dalam Waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Seorang murid tahun 5 Cemerlang iaitu Shazli Shota Bin Abdul Rashid telah terpilih mengikuti kursus Fasilitator Sahabat PPDa-Petronas di DMuara Resort Sungai Haji Durani, Selangor pada 6 hingga 8 April 2011. Puan Zamzarina beserta 3 orang murid tahun 5 telah mengikuti Program Orientasi Sahabat PPDa WPKL di Stadium Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur pada 27 April 2011. Pengerusi berharap agar program PPDa akan dapat dilaksanakan dengan lebih baik pada masa akan datang. Pengerusi Juga Berharap Semua AJK dapat menceriakan lagi sudut PPDa yang terletak bersebelahan dengan taman herba.

4.3

4.4 4.5

Penutup Mesyuarat Jawatankuasa Unit Pendidikan Pencegahan Dadah kali kedua ditangguhkan jam 2.30 petang dengan ucapan terima kasih daripada pengerusi kepada semua yang hadir. Disediakan oleh: ..................................................................... . ( Puan Noor Adillah Binti Zakaria ) Setiausaha PPDa Disahkan oleh: ...................................................................... (Encik Abdul Rasyid Bin Abdullah) Penyelaras PPDa