Anda di halaman 1dari 15

SOALAN LAZIM - Pepasangan Elektrik

Berdasarkan Kehendak Akta Bekalan Elektrik 1990 & Peraturan-Peraturan Elektrik 1994

Mengenai

Kandungan

muka surat

PENGERTIAN 1. Apakah yang ditafsirkan dengan Pepasangan? 4

PENDAFTARAN PEPASANGAN 2. 3. 4. 5. 6. Apakah peranan pemunya atau pengurusan bangunan berkaitan pendaftaran pepasangan elektrik? Di manakah pepasangan elektrik perlu didaftarkan? Siapakah yang boleh dilantik pendaftaran pepasangan ini? Apakah prosedur dan pepasangan elektrik? syarat untuk untuk menguruskan pendaftaran 5 5 7 7 9

Apakah penalti yang dikenakan kepada mereka-mereka yang gagal mendaftarkan pepasangan mereka dan membuat pembaharuan ke atas pepasangan mereka?

KADAR KAPASITI PEPASANGAN DAN FI DIKENAKAN 7. Pepasangan pada kadar kapasiti apa yang perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya Tenaga dan adakah sebarang fi dikenakan? Adakah Suruhanjaya Tenaga akan membuat pemeriksaan ke atas pepasangan sebelum ia lulus untuk didaftarkan? 9

8.

10

PEMBATALAN PERAKUAN PENDAFTARAN PEPASANGAN 9. Apakah keadaan yang boleh menyebabkan Perakuan Pendaftaran pepasangan yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga dibatalkan? 11

KERJA-KERJA ELEKTRIK DI PEPASANGAN ELEKTRIK 10. 11. Siapakah yang boleh mengendalikan sesuatu pepasangan elektrik? Adakah orang kompeten yang mengerjakan dan mengendalikan pepasangan elektrik perlu mendaftar Perakuan Kekompetenannya dengan ST? 12 13

FAQs PepasanganElektrik

muka 2 / 2

Kandungan LAWATAN PEMERIKSAAN KE ATAS PEPASANGAN ELEKTRIK 12. 13. Siapakah orang-orang kompeten yang boleh melawat pepasangan untuk tujuan pemeriksaan? Berapakah kekerapan lawatan oleh orang kompeten ke atas pepasangan di bawah tanggungjawabnya?

muka surat

13 14

SENGGARAAN PEPASANGAN 14. Siapakah yang boleh dilantik untuk menjalankan kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan, baik pulih, servis penentukuran, ujian pada pepasangan dan pengesanan kerosakan kabel di pepasangan? Apakah tempoh senggaraan perlu dilaksanakan ke atas pepasangan elektrik? Berapa kerapkah pengujian dan penentukuran perlu dibuat ke atas mana-mana geganti dan peranti pelindung sesuatu pepasangan? 14

15. 16.

15 15

FAQs PepasanganElektrik

muka 3 / 3

PENGERTIAN
1. Soalan:

Apakah yang ditafsirkan dengan Pepasangan?


Pepasangan ertinya keseluruhan mana-mana loji atau kelengkapan di bawah satu pemunyaan atau, jika pihak pengurusan ditetapkan, orang yang menjaga pihak pengurusan itu, yang direkabentuk bagi pembekalan atau penggunaan tenaga, atau kedua-duanya, mengikut mana-mana yang berkenaan; termasuklah penggerak-penggerak utama, jika ada, berserta dengan semua loji, bangunan dan tanah yang perlu yang berkaitan dengannya, talian paip, talian bekalan dan radas penggunaan, jika ada. Pepasangan Awam adalah pepasangan yang dikendalikan oleh pemegang lesen bagi membekalkan tenaga kepada mana-mana orang. Pepasangan Persendirian adalah pepasangan yang dikendalikan oleh pemegang lesen atau pemunya semata-mata bagi membekalkan tenaga kepada dan penggunaannya di atas harta atau premis kepunyaan pemegang lesen atau pemunya itu sendiri, atau, dalam hal seorang pengguna, yang mengambil tenaga daripada pepasangan awam atau pihak berkuasa bekalan, bagi kegunaan hanya di atas harta atau premis kepunyaan pemegang lesen atau pemunya sahaja. Pepasangan domestik adalah pepasangan di tempat kediaman persendirian yang bukan digunapakai untuk mana-mana hotel atau rumah tumpangan atau bagi maksud menjalankan apa-apa perniagaan, perdagangan, profesion atau perkhidmatan.
(Penjelasan lanjut boleh hubungi pejabat-pejabat ST berhampiran)

FAQs PepasanganElektrik

muka 4 / 4

PENDAFTARAN PEPASANGAN
2. Soalan:

Apakah peranan pemunya atau pengurusan bangunan berkaitan keperluan pendaftaran pepasangan elektrik?
Adalah tanggungjawab pemunya atau pengurusan bangunan untuk mendaftar pepasangan elektrik di bawah tanggungjawabnya seperti kehendak Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Elektrik 1990. Kegagalan mereka mendaftarkan pepasangan mereka adalah merupakan satu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

3. Soalan:

Di manakah pepasangan elektrik perlu didaftarkan?


Permohonan pendaftaran pepasangan elektrik perlu dibuat di pejabatpejabat ST Kawasan. Pejabat-pejabat ST Kawasan akan menerima dan memproses permohonan mengikut alamat pepasangan yang terletak di bawah kawasan masing-masing. Alamat pejabat-pejabat ST kawasan adalah seperti berikut:Pejabat ST Kawasan Pengarah Suruhanjaya Tenaga Tingkat 10A, Menara PKNS-PJ No. 17, Jalan Yong Shook Lin 46050 Petaling Jaya Selangor. Pengarah Suruhanjaya Tenaga Suite 18A, Aras 18, Menara Ansar, No. 65, Jalan Trus 80000 Johor Bharu Johor.
FAQs PepasanganElektrik

Negeri/ Kawasan di bawah tanggungjawabnya Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur & Putrajaya sahaja) Selangor Negeri Sembilan Melaka Johor

muka 5 / 5

Pejabat ST Kawasan Pengarah Suruhanjaya Tenaga Tingkat 7, Kompleks Teruntum Jalan Mahkota 25000 Kuantan Pahang. Pengarah Suruhanjaya Tenaga Tingkat 1, Bangunan KWSP Jalan Green Town 30450 Ipoh Perak. Pengarah Suruhanjaya Tenaga Tingkat 6, Bangunan KWSP Jalan Padang Garong 15000 Kota Bharu Kelantan. Pengarah Suruhanjaya Tenaga Tingkat 10, Bangunan KWSP 13700 Seberang Jaya Pulau Pinang. Pengarah Suruhanjaya Tenaga Tingkat 7, Wisma BSN Sabah Jalan Kemajuan, Karamunsing 68000 Kota Kinabalu Sabah. Pengarah Suruhanjaya Tenaga Tingkat 3, Wisma Saban KM 12, Jalan Labuk W.D.T. No. 25 90500 Sandakan Sabah.

Negeri/ Kawasan di bawah tanggungjawabnya Pahang

Perak

Kelantan Terengganu

Perlis Kedah Pulau Pinang

Kudat Kota Kinabalu Beaufort Tuaran Tamparuli Ranau W. Persekutuan Labuan Sandakan Telupid Semporna Kunak Tawau Lahad Datu Beluran

FAQs PepasanganElektrik

muka 6 / 6

4. Soalan: Siapakah yang boleh dilantik untuk menguruskan pendaftaran pepasangan elektrik?
Pemunya atau pengurusan pepasangan boleh melantik juruperunding atau kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga (yang mempunyai Perakuan Pendaftaran Sebagai Kontraktor Elektrik Kelas A/B/C/D) untuk membuat permohonan pendaftaran bagi pihak mereka.

5. Soalan: Apakah prosedur dan syarat untuk pendaftaran pepasangan elektrik?

(a) Bagi pepasangan baru dibina atau lama yang ingin didaftarkan; (i) Pemunya atau kepada ST:pengurusan pepasangan hendaklah kemukakan

Borang permohonan pendaftaran pepasangan [ST(KE)9] yang telah lengkap diisi. Borang ST(KE)9 ini boleh diperolehi terus samada dari pejabat ST Kawasan atau dimuat turun dari laman web Suruhanjaya Tenaga di www.st.gov.my secara percuma. Borang A (permohonan bagi pendaftaran pepasangan) yang ditandatangani oleh pemunya atau pengurusan sendiri. Pelan, lukisan skematik dan spesifikasi seperti yang ditandatangani oleh orang-orang kompeten mengikut kadar had voltan/ampere pepasangan seperti berikut Pendawai 1 fasa Pendawai 3 fasa Penyelia Elektrik Jurutera Elektrik Kompeten tidak berdaftar dengan LJM (Lembaga Jurutera Jurutera Elektrik Voltan rendah 1 fasa sahaja Voltan rendah hingga 60A Voltan rendah hingga 100A semua voltan rendah sahaja Malaysia) tiada had pepasangan
muka 7 / 7

FAQs PepasanganElektrik

Kompeten & Jurutera Perkhidmatan Elektrik yang berdaftar dengan LJM Borang G & H seperti di bawah:Borang G (Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan) yang diisi oleh: v Pendawai 1 fasa bagi kerja-kerja pendawaian dan penyeliaan 1 fasa v Pendawai 3 fasa bagi kerja-kerja pendawaian dan penyeliaan 3 fasa di mana pendawai-pendawai tersebut hendaklah bekerja sepenuh masa dengan kontraktor elektrik yang berdaftar Borang H (Perakuan Ujian) yang diisi oleh: v Pendawai 1 fasa atau 3 fasa yang diberikuasa untuk menguji bagi kerja-kerja pendawaian dan pengujian 1 fasa v Pendawai 3 yang diberikuasa untuk menguji bagi kerja-kerja pendawaian dan pengujian 3 fasa v Jurutera Perkhidmatan Elektrik (JPE) yang bekerja sepenuh masa dengan kontraktor Perkhidmatan Elektrik bagi pepasangan voltan tinggi (b) Bagi pepasangan yang telah berdaftar yang ingin diperbesarkan atau diubahsuai, pemunya atau pengurusan pepasangan tersebut dikehendaki memberi notis kepada pejabat ST Kawasan di mana pepasangan itu didaftarkan dan hendaklah mengemukakan pelan tambahan kepada Suruhanjaya Tenaga untuk tujuan pendaftaran. (c) Setelah pepasangan elektrik itu diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga untuk didaftarkan maka suatu Perakuan Pendaftaran Pepasangan dalam Borang B akan dikeluarkan kepada pemunya atau pengurusan pepasangan.

FAQs PepasanganElektrik

muka 8 / 8

6. Soalan: Apakah penalti yang dikenakan kepada mereka yang gagal mendaftarkan pepasangan mereka dan membuat pembaharuan ke atas pepasangan mereka?
Mana-mana orang sama ada pemunya atau pengurusan bangunan yang gagal atau cuai untuk mendaftarkan pepasangan di bawah tanggungjawab mereka adalah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 37(8) Akta Bekalan Elektrik 1990 dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM25,000.00 atau denda tambahan tidak melebihi RM1,000.00 bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan. Kegagalan mana-mana pemunya atau pengurusan bangunan membuat pembaharuan dengan tidak membayar fi pepasangan adalah merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan 122, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan apabila disabitkan, mereka yang bertanggungjawab boleh didenda tidak melebihi RM5,000.00 atau dipenjara kan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya.

KADAR KAPASITI PEPASANGAN DAN FI DIKENAKAN


7. Soalan: Pepasangan pada kadar kapasiti apa yang perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya Tenaga dan adakah sebarang fi dikenakan?
Semua pepasangan [xx] perlu didaftar dan fi adalah mengikut keupayaan pepasangan tersebut. Mengikut kehendak Peraturan 4, fi hendaklah kena dibayar bagi pengeluaran Perakuan Pendaftaran Pepasangan seperti berikut:Keupayaan Pepasangan*
(a) (b) (c) Bagi tiap-tiap pepasangan 10 kW atau kurang Bagi tiap-tiap pepasangan melebihi 10 kW 50 kW

1 Thn
20

2 Thn
40

Fi Tahunan (RM) 3 Thn


60

4 Thn
80

5 Thn

100

150 500

300 1,000

450 1,500

600 2,000

750 2,500
muka 9 / 9

FAQs PepasanganElektrik

Bagi tiap-tiap pepasangan melebihi 50 kW 100 kW

(d) (e) (f)

melebihi 50 kW 100 kW

Bagi tiap-tiap pepasangan melebihi 100 kW 300 kW Bagi tiap-tiap pepasangan melebihi 300 kW 600 kW Bagi tiap-tiap pepasangan melebihi 600 kW

1,000 1,500 2,000

2,000 3,000 4,000

3,000 4,500 6,000

4,000 6,000 8,000

5,000 7,500 10,000

* ertinya tahap maksimum kuasa elektrik sesuatu pepasangan boleh diguna, dikerja atau

dikendalikan dalam sesuatu tempoh tanpa mengakibatkan kerosakan pada mana-mana bahagian pepasangan itu. Walau bagaimanapun, untuk sistem penghantaran atau sistem pengagihan, keupayaan pepasangan itu adalah pada tahap kuasa elektrik yang maksimum, yang sistem itu dijangka atau dikehendaki untuk membekal dalam sesuatu tempoh, mengikut mana satu yang lebih tinggi.

[xx] (i)
(ii)

janakuasa tunggusedia yang dipasang bagi maksud membekal tenaga sekiranya bekalan dari pemegang lessen terputus bekalannya; yang menerima tenaga daripada pemegang lessen pada voltan 11,000 volt atau lebih.

8. Soalan: Adakah Suruhanjaya Tenaga akan membuat pemeriksaan ke atas pepasangan sebelum ia lulus untuk didaftarkan?
Suruhanjaya Tenaga boleh melakukan pemeriksaan dan ujian pepasangan setelah menerima Borang A yang dihantar bersama-sama borang permohonan oleh pemohon. Untuk tujuan itu, notis pemeriksaan permulaan (Borang D) dan susulan (Borang E) akan diberikan secara bertulis kepada pemunya atau pengurusan pepasangan terlebih dahulu sebelum hari pemeriksaan dibuat. Pemunya atau pengurusan pepasangan bilamana menerima notis berkenaan hendaklah menyebabkan persediaan bagi pemeriksaan dibuat dan hadir pada masa pemeriksaan dan ujian itu. Suatu fi bagi pemeriksaan dan ujian pepasangan dikenakan pada kadar yang ditetapkan dalam Peraturan 6 seperti di bawah:-

FAQs PepasanganElektrik

muka 10 / 10

Keupayaan Pepasangan
(a) (c) Bagi tiap-tiap pepasangan 50 kW atau kurang

Fi bagi satu Pemeriksaan (RM)


100 50

(b) (d) (e) (f)

Bagi tiap-tiap pepasangan melebihi 50 kW 100 kW

Bagi tiap-tiap pepasangan melebihi 100kW 300 kW

Bagi tiap-tiap pepasangan melebihi 300 kW 600 kW Bagi tiap-tiap pepasangan melebihi 1,000 kW

Bagi tiap-tiap pepasangan melebihi 600 kW 1,000 kW

250

200

150

300

PEMBATALAN PERAKUAN PENDAFTARAN PEPASANGAN

9. Soalan: Apakah keadaan yang boleh menyebabkan pendaftaran pepasangan yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga dibatalkan?
Suruhanjaya Tenaga boleh membatalkan Perakuan Pendaftaran pepasangan yang dikeluarkan kepada pemunya atau pengurusan pepasangan jika:(a) (b) (c) pepasangan itu tidak lagi dikehendaki untuk digunakan; pepasangan itu didapati tak selamat untuk digunakan; orang yang padanya Perakuan itu dikeluarkan menggunakannya bagi tujuan yang berlainan dengan tujuan Perakuan itu dikeluarkan; atau orang itu telah melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta atau Peraturan-Peraturan ini.

(d)

FAQs PepasanganElektrik

muka 11 / 11

10.

Soalan: Siapakah yang boleh mengendalikan sesuatu pepasangan elektrik?

Pemunya atau pengurusan pepasangan pada kadaran 100A dan ke atas hendaklah melantik orang kompeten untuk mengerja, mengendali atau mengawal apa-apa kerja ke atas pepasangan mereka. Bilangan dan sekatan skop kerja orang kompeten yang perlu dilantik hendaklah disyorkan oleh mana-mana orang kompeten seperti berikut:(a) Bagi pepasangan dikendali pada voltan yang tidak melebihi 600 V: (i) seorang Jurutera Perkhidmatan Elektrik; (ii) seorang Jurutera Elektrik Kompeten; (iii) seorang Penyelia Elektrik; atau (iv) seorang Jurutera Elektrik Kompeten residen. Bagi pepasangan dikendalikan pada voltan melebihi 600 V tetapi tidak melebihi 132 kV: (i) seorang Jurutera Perkhidmatan Elektrik; (ii) seorang Jurutera Elektrik Kompeten; atau (iii) seorang Jurutera Perkhidmatan residen. Bagi pepasangan dikendalikan pada voltan melebihi 132 kV, seorang Jurutera Elektrik Kompeten residen.

(b)

(c)

Kategori kekompetenan dan sekatan skop kerja orang kompeten bagi Penjaga Jentera adalah seperti berikut:Sistem Voltan Rendah (VR)- Sekatan 1000V A4 : Sistem VR Tanpa Had A4-1 : Sistem VR Tanpa Penyegerakkan (synchronizing) Janakuasa A4-2 : Sistem VR Tanpa Talian Atas Dan Janakuasa Segerak A1 : Sistem VR Tanpa Stesen Janakuasa A0 : Sistem VR Tanpa Stesen Janakuasa dan Talian Atas Sistem Voltan Tinggi (VT)- Sekatan 33kV/11kV B4 : Sistem VT Tanpa Had B4-1 : Sistem VT Tanpa Stesen Janakuasa VT B0 : Sistem VT Tanpa Stesen Janakuasa VT dan Talian Atas VT B0-1 :Sistem VT Tanpa Stesen Janakuasa VT dan Talian Atas VT Penyegerakkan (synchronizing) Janakuasa VR B0-2 : Sistem VT Tanpa Stesen Janakuasa VT, Talian Atas VT, Janakuasa segerak VR dan Talian Atas VR
FAQs PepasanganElektrik muka 12 / 12

11.

Soalan: Adakah orang kompeten yang mengerjakan dan mengendalikan pepasangan elektrik perlu mendaftar Perakuan Kekompetenannya dengan Suruhanjaya Tenaga?

Ya, seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga hendaklah mendaftarkan diri dengan Suruhanjaya seperti kehendak Peraturan 63(1) PeraturanPeraturan Elektrik 1994. Fi pendaftaran Perakuan Kekompetenan adalah sah bagi tempoh tidak kurang 1 tahun dan tidak lebih dari 5 tahun dengan bayaran fi seperti ditetapkan di bawah:Orang Kompeten Jurutera Perkhidmatan Elektrik 1 tahun 200 150 100 50 20 30 2 tahun 400 300 200 100 40 60 Fi Pendaftaran (RM) 3 tahun 600 450 300 150 60 90 4 tahun 800 600 400 200 120 80 5 tahun 1000 750 500 250 100 150

Jurutera Elektrik Kompeten Penjaga Jentera Pendawai

Penyelia Elektrik

Pencantum Kabel

LAWATAN ELEKTRIK
12. Soalan:

PEMERIKSAAN

KE

ATAS

PEPASANGAN

Siapakah orang-orang kompeten yang boleh melawat pepasangan untuk tujuan pemeriksaan tetap?
Bagi pepasangan dikendalikan pada voltan rendah:(a) Jurutera Perkhidmatan Elektrik (JPE); (b) Jurutera Elektrik Kompeten (JEK); atau (c) Penyelia Elektrik (PE).
FAQs PepasanganElektrik muka 13 / 13

Bagi pepasangan dikendalikan pada voltan tinggi:(a) Jurutera Perkhidmatan Elektrik(JPE); atau (b) Jurutera Elektrik Kompeten (JEK).

13.

Soalan: Berapakah kekerapan lawatan oleh orang kompeten ke atas pepasangan di bawah tanggungjawabnya?

Melebihi 600 Volt atau 100 A ke atas

Keupayaan Pepasangan

Bilangan lawatan sebulan


1 2 Jurutera Elektrik Kompeten residen 4

Melebihi 600 Volt tetapi tidak melebihi 11,000 Volt Melebihi 132,000 Volt

Melebihi 11,000 Volt tetapi tidak melebih 132,000 Volt

SENGGARAAN PEPASANGAN
14. Soalan: Siapakah yang boleh dilantik untuk melaksanakan atau menjalankan kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan, baik pulih, servis penentukuran, ujian pada pepasangan dan pengesanan kerosakan kabel di pepasangan itu?
Seperti Peraturan 111, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menghendaki orang kompeten atau yang bertindak di bawah kawalan orang kompeten untuk menjalankan apa-apa kerja pembaikan, penggantian, penservisan atau pembersihan ke atas mana-mana kelengkapan yang menjadi sebahagian daripada pepasangan. Oleh yang demikian, untuk melaksanakan tugasan kerja seperti soalan di atas, ianya hendaklah dilaksanakan oleh Jurutera Perkhidmatan Elektrik (JPE) yang bekerja sepenuh masa dengan Kontraktor Perkhidmatan Elektrik yang memegang Perakuan Pendaftaran yang sah sepertimana dalam Borang P.
FAQs PepasanganElektrik muka 14 / 14

15.

Soalan: Apakah tempoh senggaraan perlu dilaksanakan ke atas pepasangan elektrik?

Seperti kehendak Peraturan 110(3), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menyatakan selain daripada pepasangan domestik, sesuatu pepasangan hendaklah diperiksa dan diuji oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun, atau pada bila-bila masa yang diarahkan oleh Suruhanjaya.

16.

Soalan: Berapa kerapkah pengujian dan penentukuran perlu dibuat ke atas mana-mana geganti dan peranti pelindung sesuatu pepasangan?

Seperti kehendak Peraturan 110(4), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, ianya hendaklah diperiksa, diuji dan ditentukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun, atau pada bila-bila masa yang diarahkan oleh Suruhanjaya.

FAQs PepasanganElektrik

muka 15 / 15