Anda di halaman 1dari 8

Nilai-Nilai Kemanusian Dalam Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

1.Pengorbanan
Maksud Pengorbanan merupakan sesuatu tindakan atau kerelaan seseorang akan sesuatu hal yang biasanya ditunjukkan kepada seseorang yang mempunyai tujuan atau makna dari tindakannya itu dalam bentuk pertolongan dan tidak berharap balasan dari tindakan atau kerelaan, ikhlas semata-mata. Dalam setiap pengorbanan, perlulah ada usaha , doa dan tawakal. Dalam setiap pengorbanan memerlukan kecekalan dari segi fizikal dan mental dan dalam setiap pengorbanan itu juga tiada kenal erti putus asa dalam kamus hidupnya. Apabila kita melakukan sesuatu pengorbanan tidak kiralah untuk diri sendiri, keluarga atau sesiapa, kita haruslah terima segala keputusannya dengan tabah. Contoh 1. Jahid iaitu anak kepada Penghulu Mahmud sanggup mempertahankan tanah pusaka milik keluarganya walaupun dia sebenarnya tidak bersekolah tinggi

2. Lebai Maarup yang telah mewakafkan tanah pusakanya untuk mendirikan surau walaupun dia tahu akan mendapat wang yang banyak sekiranya tanah itu dijualkan kepada Syarikat Lombong Lembah Tualang

3. Kemat Jerangkung yang merupakan pengikut Lebai Maarup yang sanggup menjadi informer polis sehingga Mat Akil dan rakan-rakannya tertangkap.

2.Kegigihan
Maksud Kegigihan bermaksud keinginan yang terlalu kuat untuk mencapai sesuatu matlamat .Seseorang yang mahukan sesuatu dalam hidupnya akan berusaha gigih untuk mendapatkannya.Nilai kegigihan ini mestilah dijadikan satu tonggak dalam hidup manusia yang inginkan kejayaan.Tiada kegigihan , maka tiadalah kejayaan . Contoh Encik Muhammad gigih berusaha untuk membuka perusahaan ladang lada hitamnya di Johor dengan kerjasama Tan Sri Syed Aris Kegigihan Jahid, iaitu anak Penghulu Mahmud mempertahankan tanah pusaka keluarga mereka di Pekan Tualang daripada dijual oleh ayahnya . Encik Muhammad yang gigih untuk memajukan perusahaan lada hitamnya, manakala isterinya gigih berusaha memperoleh tanah di Pekan Tualang itu untuk membuka tempat tanaman orkid. Pro & Kontra Kita mestilah mempunyai nilai kegigihan ini didalam diri masing-masing.Nilai kegigihan ini boleh mendorong seseorang untuk mencapai matlamat dalam hidupnya.Nilai ini juga boleh dijadikan sebagai prinsip dalam kehidupan seseorang. Sebagai kontranya, kita dapat menilai bahawa tanpa nilai kegigihan ini, kita tidak akan mencapai apa yang diimpikan. Malah, kita juga akan menjadi seperti manusia yang hanya tahu bermimpi tetapi tidak mahu berusaha untuk mendapatkannya. Kesimpulannya, nilai kegigihan ini dapat dilihat dalam masyarakat kini melalui kejayaan beberapa tokoh terkenal di Malaysia, sama ada tokoh dalam pelajaran mahupun dalam perniagaan. Kebanyakkan mereka menggunakan prinsip ataupun tonggak yang sama dalam kehidupan mereka , iaitu sifat kegigihan.

3.Kebijaksanaan
Maksud Bijaksanaan ialah berakal budi, arif, pandai, berhati hati dan cerdik. Kebijaksanaan ialah perihal bijaksana, perihal menggunakan akal budi. Kita harus bijaksana dalam melaksanakan sesuatu keputusan dan merebut setiap peluang yang datang dengan berfikiran positif. Tanpa kebijaksanaan, masyarakat akan terus mundur dalam pelbagai aspek merangkumi politik, ekonomi dan sosial. Oleh sebab itu, kebijaksanaan amat penting bagi setiap individu dalam merealisasikan sesuatu perkara Contoh Encik Muhammad Bijak mencari dan mengambil peluang dalam mengendalikan rancangan-rancangan perdagangan seperti membuka ladang lada hitam di Johor dan menubuhkan Syarikat Lombong Tualang. Dapat mempertingkatkan taraf hidup dan memperkembangkan empayar perniagaan Bijak dalam membuat rundingan perniagaan, mengurus dan mentadbir anak syarikat. Datuk Tan Chong Seng menjadikan beliau sebagai rakan kongsi perniagaan dalam syarikat import eksport lada hitam. Yang Berhormat Muhd.Yusuf Bijak mengambil kesempatan untuk memenuhi kepentingan peribadi dalam projek yang diusahakannya. Menyertai rancangan Encim Muhammad kerana lebih memberi keuntungan kepada beliau.

Memanipulasikan politik untuk kepentingannya dengan berharap projek yang dijalankan dapat menambahkan kekuatan politiknya di wilayah itu.

Pro & Kontra Kebijaksanaan dapat menjadikan seseorang itu berpengaruh dan sentiasa berfikiran positif sekaligus seseorang individu itu akan dipandang tinggi oleh masyarakat kerana kepakaran dalam menguasai sesuatu ilmu atau kemahiran yang di miliki. Kebijaksanaan yang dimiliki untuk melakukan sesuatu perkara yang negatif adalah tidak wajar kerana ianya akan memberi kesan yang amat mendalam bagi sesebuah masyarakat atau individu itu sendiri. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4.Berbudi kepada tanah


Maksud Berkebun merupakan aktiviti yang sangat berfaedah kepada kita. Pelbagai faedah dapat kita peroleh melalui aktiviti ini. Menjimatkan perbelanjaan harian keluarga merupakan salah satu faedah sekiranya kita melakukan aktiviti ini. Hal ini demikian kerana kita tidak perlu membeli keperluan dapur seperti sayur-sayuran sekiranya kita menanamnya di kebun kita. Contoh penghulu mahmud yg sebelumnya ingin menjual bahagian tanah pusaka keluarganya dengan kerjasama tauke chan & yang berhormat muhd yusuf, telah berbelah bagi memandangkan wujudnya penentangan daripada anaknya sendiri iaitu jahid & jamilah. Penghulu mahmud kini berasa kagum dengan pemikiran anaknya, jahid yang sanggup mempertahankan tanah pusaka tersebut walaupun anaknya itu sebenarnya tidak bersekolahtinggi.Kemudian, tanah tersebut pula telah diusahakan oleh cik puan tipah iaitu isteri encik muhammad sebagai tapak penanaman ladang orkid.

Masyarakat Kini FELDA atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan di bawah Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak. FELDA adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka. Agensi ini menumpukan kepada pembukaan ladangladang pekebun kecil untuk tanaman kontan. Skim-skim FELDA tidak hanya dikhaskan untuk membantu orang Melayu miskin malah beberapa buah Felda terawal seperti Felda LBJ dan Felda Lurah Bilut menerima peneroka pelbagai kaum sperti kaum Cina dan kaum India, begitu juga Felda di Sabah dan Sarawak yang mana peneroka terdiri dari pelbagai kaum dan keturunan yang membentuk sebilangan besar penduduk Malaysia. FELDA mengusahakan tanah sebanyak 9,000 kilometer persegi, kebanyakannya ladang kelapa sawit. Walaupun objektif utama FELDA adalah untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar melalui petempatan semula, ia dilaporkan juga memegang kepentingan minoriti dalam sebilangan bank utama Malaysia. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

5.Tanggungjawab
Maksud Nilai tanggungjawab adalah amat penting dalam membentuk jati diri seseorang. Dengan adanya sifat tanggungjawab, seseorang itu dapat melaksanakan sesuatu tugas dengan baik tanpa berlaku apa-apa ketidakpuas hati dalam tugasan yang diberikan. Dengan tanggungjawab yang diberikan itu, seseorang mestilah melaksanakannya dengan ikhlas dan memastikan sesuatu objektif yang ditetapkan dalam sesebuah tugas itu mencapai tahap yang telah ditetapkan. Seperti Rasulullah S.A.W.. Baginda diberikan tanggungjawab untuk membuka kota madinah. Baginda harus menggalas tugas tersebut walaupun amat sukar

baginya untuk membuka kota madinah itu dengan usahanya sendiri. Tetapi disebabkan oleh tanggungjawab yang diberikan, baginda terus berusaha untuk mendapat peluang bagi membuka kota madinah itu sendiri. Contoh Bertanggungjawab terhadap ahli keluarga Seorang ketua keluarga haruslah mempunyai peranan dalam memastikan ahli keluarganya mendapat hak yang telah ditetapkan Contohnya, Pengahulu Mahmud telah mengumpul seluruh ahli keluarganya yang jauh dan dekat untuk diberikan penerangan berhubung dengan tanah pusaka Datuk Indera. Dia berusaha untuk memberikannya kepada yang berhak dan mengikut hukum faraid Kebaikan : Apabila Penghulu Mahmud melakukan tindakan sedemikian, setiap ahli keluarganya dapat manfaat daripada tanah pusaka Datuk Indera tersebut Keburukan : Jika Penghulu Mahmud tidak melaksanakan tindakan di atas, beliau hanya akan dianggap mementingkan diri sendiri dan ingin menggunakan tanah tersebut cuma untuk kepentingan dirinya sendiri Tanggungjawab terhadap sesuatu yang telah diwariskan Sesuatu yang telah diwariskan haruslah dimanfaatkan dan terus dimajukan agar apa yang telah diwriskan itu tidak hilang dan terus tenggelam kerana jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab Contohnya, Encik Muhammad menerima sebuah syarikat perniagaan daripada ayahnya sebagai warisan dari datuknya untuk dimajukan. Encik Muhammad berjaya

memajukan syarikat tersebut setelah dapat membuka pelbagai lagi syarikat di dalam mahupun luar negara Kebaikan : Encik Muhammad telah membuktikan kejayaannya dalam memajukan syarikat yang diwarisi oleh ayahnya kepadanya dengan usahanya sendiri Keburukan : Jika Encik Muhammad tidak meletakkan tanggungjawab dan memanfaatkan warisan yang telah ditinggalkan oleh ayahnya, beliau tidak akan dapat memiliki kedudukan yang kukuh dalam syarikat tersebut -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

6.Tolong-Menolong Maksud
Manusia adalah makkhluk sosial yang saling perlu dan memerlukan antara satu sama lain. Sejak dilahirkan lagi,memberi dan menerima pertolongan merupakan dua amalan yang biasa bagi manusia normal. Budaya tolong menolong merupakan amalan yang mulia yang boleh mewujudkan keharrmonian dalam sesebuah masyarakat atau kehidupan manusia. Contoh o Ditunjukkan melalui watak Rahim dan Robert. Rahim dan Robert merupakan kawan baik sejak dari bangku sekolah lagi. Kedua-dua ibu bapa mereka berkawan rapat dan menguruskan perniagaan yang

sama. Rahim dan Robert melanjutkan pelajaran di luar negara dan menjadi harapan kedua ibu bapa mereka. Semasa di London,mereka saling mengambil berat antara satu sama lain dan saling tolong menolong di kala kesusahan. Pro & Kontra Rahim dan Robert perlu berkejasama dan tolong menolong antara satu sama lain semasa di perantauan bagi meneruskan kehidupan mereka sebagai pelajar. Ini kerana mereka tidak mempunyai orang lain selain dari rakan mereka sendiri. Jika mereka tidak bekerjasama,sukar bagi mereka meneruskan kehidupan mereka sebagai perantauan di negara asing.