Anda di halaman 1dari 7

PCK 1 Kerja Dan Mesin Masalah Bagaimana membina mesin ringkas dan mesin kompleks Hasil pembelajaran Untuk

membina mesin ringkas dan kompleks. Pengenalan Mesin ringkas adalah peralatan mekanikal, yang memudahkan kita mengangkat atau menggerakkan beban, dengan mengubah arah pergerajkan atau meningkatkan nilai atau jarak daya yang dikenakan pada beban. Dalam ayat yang lebih mudah, mesin ringkas adalah alat yang membuatkan kerja kita menjadi senang, Mesin ringkas menggunakan satu daya yang dikenakan untuk melakukan kerja ke atas satu beban. Beberapa mesin ringkas apabila digabungkan bersama untuk membentuk mesin kompleks, akan mengurangkan daya yang diperlukan untuk melakukan kerja ke atas beban, seperti mengangkat atau menarik beban. Mesin ringkas boleh dikelaskan kepada beberapa kategori iaitu tuas,takal,roda dan gandar ,satah condong, baji, skru dan skru. Radas dan bahan Satah condong, beban, takal dan blok kayu. Aktiviti 1 : Membina mesin ringkas dan mesin kompleks (satah condong)

Prosedur :

1. Dua satah condong didirikan seperti rajah di bawah:

Beban yang sama telah ditolak ke atas kedua-dua satah condong. Yang manakah lebih mudah?

Apabila panjang satah condong itu digandakan, anda telah meningkatkan kelebihan mekanikal. Keputusan Aktiviti 1:

Panjang satah condong 0.5m 1m

Tahap kesukaran menolak beban Lebih sukar Lebih mudah

Berdasarkan eksperimen 1, satah condong yang lebih panjang menggunakan daya yang lebih kurang untuk menolak beban berbanding menggunakan satah yang mempunyai jarak yang pendek. Hal ini kerana satah condong yang panjang memberikan kelebihan mekanikal yang tinggi berbanding satah yang pendek. Oleh itu, kurang daya diperlukan unuk menolak beban pada satah condong yang panjang.

Kesimpulan: Semakin bertambah panjang satah condong, semakin berkurang daya yang diperlukan untuk menolak beban. Hipotesis diterima.

Aktiviti 2 : Membina mesin ringkas dan mesin kompleks (takal) Prosedur :

1. 4 set takal dibina dengan beban yang sama diletakkan seperti rajah di bawah.

Keputusan Aktiviti 2 :

1 (Paling Mudah) D

2 (Mudah) C

3 (Sukar) B

4 (Paling Sukar) A

Paling sedikit daya Kurang daya yang banyak daya yang digunakan digunakan digunakan

Sangat

banyak

daya digunakan

Set takal yang manakah yang memerlukan sedikit daya untuk mengangkat beban tersebut? Terangkan.

Bagi eksperimen 2 pula, takal D merupakan takal yang paling mudah untuk mengangkat beban berbanding takal A,B dan C. Hal ini kerana takal D menggunakan dua takal iaitu takal bergabung yang menyebabkan daya yang diperlukan untuk mengangkat beban adalah lebih kecil berbanding takal A dan B yang menggunakan 1 takal sahaja. Set takal D lebih mudah untuk mengangkat beban berbanding set takal C walaupun kedua-duanya mempunyai dua takal kerana daya dan sesaran yang bertindak pada takal D adalah berserenjang antara satu sama lain. Oleh itu, kerja sifar diselesaikan oleh daya. W = 0. Oleh itu, susunan takal yang paling mudah ialah D>C>B>A.

Kesimpulan Semakin banyak bilangan takal yang digunakan dalam satu set, semakin sedikit daya yang digunakan untuk mengangkat beban. Hipotesis diterima.

Aktiviti 3 Kenal pasti masalah bagaimana untuk memetik buah daripada pokok yang tinggi. Rancang dan reka satu model yang berkait rapat dengan mesin ringkas untuk mengatasi masalah tersebut. Terangkan bagaimana anda boleh meningkatkan kelebihan dan efisiensi model mekanikal tersebut. Alat Pemetik Buah Bahan-bahan Buluh panjang Net Kepingan besi nipis Tali Takal Dawai sederhana nipis Cara Membuat 1. Pertama sekali, buluh panjang dikerat hujungnya dimana hujung tersebut dikerat kepada 8 atau 6 bahagian. 2. Kemudian, dari 8 bahagian tersebut, satu net kon diikat pada buluh tersebut menggunakan tali. 3. Di sisi net tersebut mempunyai kepingan besi nipis yang tajam. Manakala dawai sederhana nipis digunakan untuk memberi bentuk kepada hujung sisi net tersebut. 4. Kemudian, takal dipasang dimana pada hujung buluh tersebut dimana talinya dihubungkan dengan tali dan takal tersebut.

Cara Penggunaan 1. Sekiranya ingin memetik buah pada pokok yang tinggi, tali yang dililitkan pada takal tersebut dipegang hujungnya 2. Apabila net tersebut mendekati buah yang mahu dipetik, tali pada takal tersebut akan dipusing supaya net tersebut akan tertutup. Pastikan buah tersebut sudah ditutupi oleh net tersebut. 3. Kemudian, tarik buah tersebut supaya tertanggal dari pucuknya. Fungsi kepingan besi nipis yang ada pada hujung net tersebut adalah untuk memotong pucuk buah tersebut.

Alat pemetik buah ini boleh ditingkatkan kecekapannya sekiranya batang yang diguna tersebut kukuh dan tidak mudah patah sekiranya memetik buah yang tinggi dan besar saiznya.

Soalan Masteri Pengetahuan dan Kemahiran 1. Apakah yang telah dipelajari daripada aktiviti ini? Melalui aktiviti ini, saya mempelajari bahawa: a) Mesin ringkas adalah peralatan mekanikal yang memudahkan kita

mengangkat atau menggerakkan beban, dengan mengubah arah pergerakan atau meningkatkan nilai atau jarak daya yang dikenakan pada beban b) Satah condong ialah mesin ringkas yang mempunyai permukaan rata yang lebih tinggi pada satu bahagian. Satah condong membantu kita menaikkan dan menurunkan sesuatu objek serta memudahkan kita untuk mengalihkan objek dari tempat yang rendah ke tempat yang lebih tinggi. c) Satah condong tidak mempunyai bahagian yang bergerak. Ia mengurangkan daya yang diperlukan untuk menggerakkan objek dari satu ketinggian ke ketinggian yang lain. Ia menjauhkan jarak yang dilalui oleh sesuatu objek. d) Takal ialah mesin ringkas yang terdiri daripada roda yang mempunyai alur, mengelilingi bulatannya di antara bibir roda tersebut. e) Takal mengubah arah daya, membuatkan ia lebih mudah untuk mengangkat objek ke paras yang lebih tinggi. f) Takal membantu kita mengangkat beban yang berat dan boleh memudahkan kerja yang dilakukan. Dalam kegunaan harian, sistem takal membantu untuk mengangkat sesuatu beban ke tempat yang lebih tinggi. 2. Bahagian mana dalam sains kurikulum yang mengajar topik ini? a) KBSR Darjah 6 ( Menyiasat Dunia Teknologi) Mesin ringkas. 3. Bincangkan bagaimana kita boleh menggunakan aktiviti ini dalam pengajaran dan pembelajaran? b) Saya akan menggunakan bahan maujud atau bahan konkrit pada fasa orientasi. Sebagai contoh, mesin ringkas akan ditunjukkan kepada murid dan seterusnya guru akan memberikan penerangan tentang mesin ringkas tersebut.

c) Tayangan video boleh ditunjukkan kepada murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, tayangan video tentang penggunaan takal dan satah condong dipertontonkan di dalam kelas. d) Kaedah simulasi dan demonstrasi boleh digunakan agar murid-murid lebih memahami dengan lebih mendalam. Sebagai contoh, guru membuat demonstrasi tentang penggunaan tuas. e) Kaedah perbincangan dilakukan di dalam kelas untuk membolehkan murid-murid berkongsi dan mengembangkan idea masing-masing. 4. Apakah peranan guru dalam aktiviti ini? a) Sebagai pembimbing, fasilitator dan pemehati.