Anda di halaman 1dari 6

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2012

TARIKH HARI TEMPAT MASA : : : 12 APRIL 2012 13 APRIL 2012 : KHAMIS - JUMAAT KEM KENARI, YAN KEDAH. 8.30 PAGI

JAWATANKUASA INDUK
PENASIHAT PENGERUSI NAIB PENGERUSI 1 NAIB PENGERUSI 2 SETIAUSAHA BENDAHARI AJK : PN. NORAIN BINTI MOHD NOOR : TUAN HAJI MAT SALLEH B. HUSSAIN : EN. MOHD RADZI BIN HAMZAH : EN SHUIB BIN HASHIM : PN. SHAHRONI BINTI AYOB : PN. SOHAYATI BT. ISMAIL : PN. CHE TOM BT.ABD. HAMID PN.FAZILAH HJ.SALLEH PN. AZRINA BINTI ABDULLAH PN. SHUHAIDA BT. MD.SHARIFF PN. SITI MAZURA BT. MANSOR PN. NORASFAREHAH BT. AHMAD KEM KOMANDEN : EN. SHAAIZAM SAAD EN. ZAMRI BIN AHMAD

PENGENALAN
Berdasarkan maklumat dan keputusan peperiksaan yang lepas (Peperiksaan Akhir Tahun dan Ujian Bulanan) menunjukkan tahap kesediaan sebilangan murid masih belum mencapai ke tahap maksimum. Mereka kurang aktif (terutama semasa sesi soal jawab di dalam kelas), daya ingatan yang lemah dan kurang minat untuk belajar. Adalah diharapkan melalui program yang telah dirancang ini, murid akan dapat mengatasi segala halangan yang ada dan terus maju mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing. Sekiranya kelemahan mereka dibiarkan berterusan, maka ini akan menjejaskan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam kelas. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan harapan untuk meningkatkan kecemerlangan UPSR 2012 tidak akan tercapai.

MATLAMAT
Kem Kecemerlangan ini dirancang untuk melahirkan murid yang kental dari segi rohani dan emosi untuk menghadapi UPSR serta memantapkan pengetahuan murid untuk menghadapi peperiksaan.

OBJEKTIF
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Memberi kesedaran kepada murid bahawa mereka berpotensi menjadi murid yang cemerlang. Meningkatkan motivasi dalaman murid dan terus berkekalan. Membina semangat berdaya saing dikalangan murid untuk mencapai kecemerlangan. Mendedahkan kepada murid tentang teknik belajar yang berkesan. Meningkatkan tahap kendiri murid bagi menghadapi segala halangan untuk menghadapi hidup harian. Menambah pengetahuan murid tentang cara menjawab soalan yang betul dan mengikut skema peperiksaan. Mendedahkan kepada murid tahun 5 sebagai persediaan menghadapi peperiksaan pada tahun hadapan. Meningkatkan prestasi peperiksaan UPSR dari tahun sebelumnya.

STRATEGI PELAKSANAAN
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Perbincangan peringkat pengurusan. Bertemu dan merancang program dengan AJK Kecemerlangan UPSR. Memaklumkan kepada semua guru dan waris murid mengenai program yang akan dilaksanakan. Menyusun jadual tugasan guru. Perjumpaan dengan AJK dan semua guru. Perjumpaan dengan murid yang terlibat. Pemantauan dan pemerhatian oleh pihak sekolah dan AJK PIBG.

CADANGAN TEMPAT
TEMPAT TARIKH MASA : KEM KENARI, YAN. : 12 APRIL 2012 13 APRIL 2012 : 8.30 PAGI

KUMPULAN SASARAN
44 MURID TAHUN 6 6 MURID TAHUN 4 & 5

ANGGARAN PERBELANJAAN
PAKEJ PENGINAPAN PAKEJ MAKANAN PERALATAN KURSUS TAMBANG BAS BAYARAN PENCERAMAH JUMLAH : RM 850.00 (RM 17 X 50) : RM 1000.00 (RM 20 X 50) : RM 100.00 : RM 300.00 : RM 500.00 : RM 2750.00

SUMBER KEWANGAN
SUMBANGAN SEKOLAH KUTIPAN MURID JUMLAH : RM 850.00

: RM 1900.00 : RM 2750.00

HARAPAN
Semoga melalui Program Gerak Gemilang yang dirancang ini akan menjadi pemangkin kepada guru-guru amnya dan murid-murid khasnya untuk berusaha lebih gigih lagi bagi mencapai kecemerlangan serta meningkatkan lagi prestasi keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini.

RUMUSAN
Kejayaan program ini banyak bergantung kepada komitmen pihak-pihak berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Pentadbir sekolah Guru-guru dan kakitangan sekolah PIBG Ibu bapa / waris Penceramah jemputan Pihak-pihak yang memberi sumbangan Murid murid yang terlibat

Anda mungkin juga menyukai