Anda di halaman 1dari 22

1.

0 Pengenalan Menurut Dell Hymes, sosiolinguistik adalah merupakan bidang yang mengkaji bahasa daripada segi hubungan antara latar, peserta, tajuk perbincangan, fungsi sesuatu interaksi, bentuk perhubungan dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat dalam pertuturan sesama sendiri. Bidang ini juga boleh dikenali sebagai linguistik antropologi atau linguistik sosial, iaitu suatu bidang yang mengkaji hubungan antara bahasa dan masyarakat. Lazimnya bidang ini menumpukan kajian bahasa itu dan topik atau konteks pengujarannya, seperti bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, laras bahasa, pidgin, kreol, bilinguisme, multilinguisme, dialek, ideolik, ragam bahasa, sikap terhadap bahasa dan kesetiaan terhadap bahasa juga perancangan bahasa. Terdapat beberapa pengertian atau maksud laras bahasa mengikut bidang dan tujuan sesuatu perkara. Contohnya, laras bahasa secara kasarnya dapat dikaitkan dengan penggunaan bahasa penyampaian yang bersesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan. Laras bahasa juga boleh didefinisikan sebagai ciriciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu ujaran atau wacana digunakan, contohnya laras bahasa doa, khutbah, upacara, sukan dan sebagainya. Secara dasarnya, laras bahasa dipengaruh oleh beberapa faktor seperti latar, penutur, peserta dan tujuan. Selain itu, laras juga dipengaruhi oleh tatabahasa seperti penggunaan ayat aktif dan pasif, dan panjang pendek ayat akan menghasilkan laras yang berbeza, di samping penggunaan kata-kata tertentu seperti kata-kata pinjaman dari bahasa Arab, bahasa Inggeris dan sebagainya. Contohnya seperti berfirman (laras khutbah / ceramah agama), multi (bahasa Inggeris) dan seumpamanya. Beberapa ahli bahasa memklasifikasikan laras bahasa kepada beberapa bahagian. Halliday, dalam

hal ini membahagikan laras kepada tiga bahagian, iaitu tajuk wacana, cara penyampaian dan gaya penyampaian. Secara amnya, laras bahasa boleh dibahagikan kepada dua kategori yang utama iaitu laras bahasa biasa dan laras bahasa khusus. Laras bahasa biasa digunakan untuk tujuan-tujuan umum seperti hiburan, pengiklanan, dan sebagainya sama ada ianya dilakukan secara formal atau tidak formal. Sementara itu, laras bahasa khusus pula adalah suatu laras bahasa yang digunakan secara umum tetapi hanya meliputi aspek-aspek tertentu seperti laras bahasa yang digunakan dalam bidang akademik seperti dalam ilmu sains, matematik dan sebagainya. Penggunaan kedua-dua laras bahasa ini adalah bergantung kepada konsep atau situasi sesuatu keadaan. Pengucapan di khayalak ramai misalnya memerlukan penggunaan bahasa biasa agar ianya mudah difahami oleh pendengar. Sekiranya laras bahasa khusus dalam pengucapan ini, pendengar berkemungkinan tidak dapat memahami keseluruhan konteks kandungan yang ingin disampaikan oleh pengucap.

2.0 Tiga Dimensi Laras Terdapat tiga dimensi laras bahasa yang diutarakan oleh Halliday iaitu tajuk wacana, cara penyampaian dan gaya penyampaian. Tajuk wacana merujuk kepada bidang yang diperkatakan atau diperbualkan seperti bidang biologi, perubatan, sukan, pendidikan, matematik dan sebagainya. Setiap bidang ini akan menentukan kosa kata

dan istilah-istilah serta jenis ayat dan ragam bahasa yang akan digunakan. Sekiranya wacana yang digunakan adalah wacana ilmiah, maka ragam ayat pasif sering atau kerap digunakan untuk memberikan fokus kepada perkara yang dibincangkan atau diperbualkan. Sebaliknya, sekiranya wacana yang digunakan merupakan wacana ulasan seperti ulasan perlawanan bola sepak, maka ragam bahasa atau ragam ayat yang digunakan adalah ragam ayat aktif dengan ayat tunggal yang pendek yang selalu digunakan bagi menyesuaikan dengan keadaan dan tempoh masa perlawanan bola sepak tersebut. Dalam pada itu, Halliday mengutarakan cara penyampaian sebagai salah satu dimensi bahasa. Cara atau kaedah penyampaian ini merujuk kepada cara seseorang menggunakan laras bahasa sama ada melalui lisan mahupun tulisan. Sekiranya penyampaian laras bahasa ini dilakukan secara lisan, maka laras ini akan lebih menumpuhkan kepada aspek-aspek seperti wacana syarahan atau ucapan, perbahasan, khutbah mahupun doa. Sekiranya wacana tersebut disampaikan secara tulisan, maka ianya boleh meliputi laporan, surat rasmi atau surat peribadi, memorandum mahupun iklan. Perbezaan penyampaian ini turut membezakan situasi sesuatu wacana disampaikan. Selain itu, Halliday juga turut mengklasifikasikan gaya penyampaian sebagai salah satu elemen dalam dimensi laras bahasa. Gaya penyampaian ini dipengaruhi oleh dua faktor yang utama iaitu sama ada ianya dilakukan dalam keadaan formal ataupun dalam keadaan tidak formal. Contohnya seperti ucapan yang akan disampaikan dalam majlis formal memerlukan penyampai menggunakan laras bahasa majlis yang formal seperti penggunaan kata ganti nama diri dengan betul, panggilan

gelaran dan sebagainya. Sekiranya ucapan tersebut dilakukan dalam keadaan tidak formal, maka laras atau konteks ayatnya tidak semestinya disampaikan secara formal. Penggunaan ayat-ayat pendek, kata ganti nama diri yang sesuai adalah elemen yang selalu wujud dalam situasi seperti ini.

3.0 Jenis Laras Bahasa Kajian terhadap bahasa dan hubungannya dengan masyarakat telah banyak kali dilakukan oleh ahli-ahli antropologi seperti B. Malinowski (1923). Ahli-ahli bahasa mula tertarik untuk mengkaji hubungan ini apabila mereka menyedari bahawa kajian bahasa yang tidak dikaitkan dengan masyarakat akan mengetepikan beberapa aspek penting dan menarik. Oleh yang demikian, kajian terhadap bahasa dan hubungannya dengan sesuatu masyaarakat telah mula berkembang sebagai suatu disiplin yang tersendiri. Pada mulanya, bidang ini disebtu sebagai Sociological Linguistics (Firth:1935) dan Institutional Linguistics (Hill:1985). Walau bagaimanapun, bidang pengkajian terhadap bahasa Melayu ini dikenali sebagai sosiolinguistik. Ilmu sisiolinguistik menurut Firsman (197) ialah suatu kajian ciri-ciri variasi bahasa, ciri-ciri fungsian dan ciri-ciri penuturnya kerana ketiga-tiga elemen ini saling berkait dan bertindih, berubah dan mengubah antara satu sama lain dalam satu komuniti bahasa. Dalam pada itu, setiap bahasa juga mempunyai variasinya yang tersendiri (Ellis dan Ure, 1969, Brook, 1973). Kewujudan variasi dalam seseuatu bahasa merupakan suatu perkara yang tidak bboleh dielak ekoran daripada beberapa faktor. Menurut Brook, adalah alamiah untuk mewujudkan variasi dalam bahasa kerana bahasa merupakan satu bentuk perlakuan sosial. Menurutnya lagi, komuniti-

komuniti bahasa telah dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan tertentu dengan memperlihatkan perbezaan perlakuan seperti mana petikan buku Brook di bawah :

It is natural that there be variaties of language, since language is a form of human social behaviour and communities tend to split up into groups, each displaying differences of behaviour. Language reflect these differences (Brook, 1973:12)

Variasi tersebut pula diberikan beberapa nama oleh ahli-ahli bahasa berdasarkan kepada faktor-faktor tertentu seperti gaya bahasa, tatabahasa dan kosa kata. Antara variasi bahasa tersebut ialah dialek, diglosia, slanga, idiolek dan laras. Secara perbandingan, kajian terhadap laras bahasa adalah satu gejala yang baru dalam pengkajian bahasa. Namun, dengan kesedaran terhadap unsur sosial telah memainkan peranan penting dalam penggunaan bahasa sehari-hari, maka ahli-asli bahasa telah mula memberikan perhatian terhadap perkara ini dan laras bahasa telah dipecahkan kepada dua jenis yang utama iaitu laras bahasa biasa dan laras bahasa khusus.

3.1

Laras Bahasa Biasa Laras bahasa biasa adalah suatu laras bahasa yang digunakan untuk tujuan seharihari dan digunakan oleh khalayak umum dalam pelbagai bidang dan lapangan seperti dalam bidang hiburan yang meliputi laporan sukan dan berita sukan, bidang pengetahuan dan penerangan seperti syarahan dan rencana, serta dalam bidang maklumat dan pemujukan seperti dalam bidang pengiklanan dan rencana. Kesemua bidang ini memberikan satu gambaran khusus bahasa sesuatu bahasa itu bebas

digunakn oleh sesiapa saja dalam apa jua bidang dan lapangan. Penggunan laras bahasa biasa ini dapat dikelaskan kepada dua kategori yang utama iaitu laras bahasa biasa formal atau rasmi dan laras bahasa biasa tidak formal. Laras bahasa biasa formal atau rasmi selalunya digunakan dalam situasi rasmi seperti majlis rasmi, surat rasmi, dan sebagainya. sementara itu, laras bahasa tidak formal pula digunakan dalam keadaan-keadaan yang tidak formal seperti perbualan harian, perbincangan, mesyuarat dan sebagainya. Pada kebiasaannya, penggunaan ayat untuk laras bahasa tidak formal ini adalah tidak menentu di mana berlaku proses pengguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada pengguran ke atas subjek, prediket mahupun objek ayat tersebut. Contohnya seperti laran bahasa iklan yang banyak menggunakan ayat-ayat pendek yang ringkas tetapi padat (Asmah Hj Omar, 1988). Laras bahasa biasa ini mempunyai ciri-ciri yang berlainan daripada laras bahasa khusus terutamanya dari aspek kosakata, tatabahasa dan gaya bahasa.

3.2

Laras Bahasa Khusus Laras bahasa khusus pula adalah suatu laras bahasa yang digunakan secara khusus dalam suatu bidnag yang khusus. Contohnya seperti laras bahasa istana yang hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai hubungan dengan pentadbiran istana, laras bahasa akademik, laras bahasa agama, laras bahasa undang-undang dan sebagainya. setiap bidang dan lapangan ini mempunyai gaya bahasa, kosakata dan tatabahasan yang tersendiri dan jarang atau tidak terdapat langsung dalam bidang lain. Contohnya seperti laras bahasa undang-undang yang sering kali menggunakan perkataan seperti difenden, argumantum ad baculum, hebeas corpus dan sebagainya

yang mana kosakata ini tidak terdapat dalam lapangan lain. Begitu juga halnya dengan laras bahasa agama yang banyak menggunakan istilah-istilah Arab atau penggunaan ayat-ayat al-Quran dan hadish dalam penggunaan ayatnya. Seperti mana laras bahasa biasa, laras bahasa khusus juga mempunyai ciri-ciri dan keistimewannya yang tersendiri seperti mana yang akan dibincnagkan kemudian.

4.0 Ciri-Ciri Laras Bahasa Biasa Setiap laras mempunyai beberapa ciri khusus yang dimiliki sama ada ianya laras bahasa biasa atau bahasa khusus. Terdapat tiga ciri laras bahasa biasa yang meliputi kosa kata, tatabahasa dan gaya bahasa. Untuk membincangkan jenis laras bahasa biasa ini, terdapat beberapa bidang yang boleh dilihat dalam melihat segala ciri berkenaan dengan laras ini. Katakan laras bahasa dalam bidang sejarah.

4.1

Kosakata atau Leksis Kosakata atau leksis sesuatu laras bahasa biasa dapat diterangkan menerusi penggunaan kosakata-kosakata yang mungkin tidak bersesuaian dengan kandungan ayat. Walau bagaimanapun, memandangkan penggunaan sesuatu kosakata tersebut telah lama digunakan, namun ianya teleh menjadi satu elemen yang bersesuai dengan konteks sesuatu ayat. Dalam bidang sejarah misalnya, laras lazimnya difahami dalam pengertian yang berhubung dengan kosakata atau perbendaharaan (Umar Junus, 1989). Menurut beliau, salah satu ciri penting untuk mengenal pasti laras biasa ini ialah menerusi perbendaharaan kata atau kosa kata. Penelitian yang dibuat terhadap penggunaan istilah atau perkataan khusus dan umum menjadi

penanda laras dalam sejarah membuktikan bahawa sebanyak 409 istilah-istilah ala bidnag sejarah digunakan berbanding 4055 perkataan dalam bidang sejarah yang ditemui dalam korpus (S. Nathwsan, 1995). Statistik ini menunjukkan bahawa hanya 10.4 peratus sahaja perkataan sejarah digunakan dalam bidang ini dan selebihnya menggunakan istilah biasa. Terdapat beberapa contoh yang bolrh dirujuk untuk melihat kepada penggunaan istilah atau kosakata ini dalam bidang sejarah.

a. Francs Light telah menduduki Pulau Pinang tanpa perjanjian. Sultan Abdullah masih menunggu jawapan daripada Kompeni Hindia Timur Inggeris (KHTI) mengenai naungan. Tetapi, pada tahun 1787, KHTI telah menghantar jawapan kepada Light bahawa naungan yang diminta oleh Sultan Abdullah tidak akan diberi. b. Setelah James Brook memulakan pentadbirannya di Sarawak, beberapa orang pembesar tempatan berasa kurang senang dengan pentadbiran baru tersebut. Seorang pembesar yang berpengaruh bangun menentang James Brooke ialah Syarif Masahor. c. Semangat kebangsaan ialah perasaan taat setia seseorang kepada negaranya. Semangat kebangsaan boleh membuat seseorang itu berasa terikat kepada negaranya, bertanggung jawab terhadap pembangunan, kemajuan dan keselamatan negaranya.

Ketiga-tiga ayat di atas menunjukkan beberapa kosa kata yang selalu wujud dalam bidang sejarah. Walaupun ianya kelihatan seperti sebuah perkataan yang

khusus, namun penggunaan perkataan ini masih dilihat sebagai suatu yang umum. Hal ini kerana ianya masih digunakan oleh kebanyakan masyarakat dewasa ini. Oleh yang demikian, penggunaan laras bahasa Sejarah ini dilihat sebagai antara laras bahasa biasa yang sering diguna pakai dalam kehidupan harian.

4.2

Tatabahasa Tatabahasa merujuk kepada sistem atau autran bahasa (S. Nathesan, 1995). Sistem tersebut mmepunyai hubung kait dengan pembentukan perkataan (morfologi) dan proses pembinaan ayat (sintaksis). Dalam melihat kepada aspek tatabahasa bagi bidang sejarah, maka beberapa aspek akan dijadikan sebagai elemen utama dalam perbincangan ini. Antara lainnya ialah aspek sintaksis atau ayat, frasa dan morfologi. Walau bagaimanapun, tumpuan utama diberikan kepada jenis ayat, frasa dan kata yang terdapat dalam laras ini. Penelitian terhadap ayat-ayat dalam laras sejarah ini menunjukkan bahawa 87.7 peratus ayat yang digunakan dalam dalam bidang ini merupakan ayat penyata. Ayat penyata ialah ayat yang memberikan keterangan mengenai sesuatu perkara (Nik Safiah Karim, et al., 1988:1947). Hal ini selaras dengan sifat dan ciri sejarah sebagai suatu yang bersifat didaktik. Dalam melihat kepada elemen-elemen sintaktis ini, terdapat beberapa ayat penyata yang selalu digunakan dalam bidang sejarah ini seperti mana yang diterangkan dalam ayat di bawah.

a.Belanda menduduki Melaka sejak tahun 1641. Bermula dari tarikh tersebut, Belanda berusaha menguasai perdagangan bijih timah di negeri-negeri Melayu

10

tetapi tidak menemui kejayaan. Negeri Selangor dan Kedah misalnya masih dapat berdagang dengan pihak lain khasnya dengan pedagang Inggeris. Mulai dari kurun ke-18, hubungan negeri-negeri Melayu dengan Inggeris menjadi semakin kukuh. b. Pada kurun ke-20, berlaku satu penentangan di Kelantan dan Terengganu.

Kebangkitan di kedua-dua negeri ini telah membimbangkan Inggeris. Mereka khuatir kebangkitan di Terengganu lebih jelas memperlihatkan unsur-unsur Islam. Di Sabah dan Sarawak pula, penentangan tersebut lebih merupakan kesinambungan daripada kegelisahan Inggeris pada kurun ke-19. c.Selpas penubuhan Kumpulan Militan Malaya (KMM) di Kuala Lumpur, cawangan-cawangan KMM mula didirikan di seluruh Tanah Melayu. Bekas pelajar Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) yang menjadi guru sekolah Melayu telah memainkan peranan dalam penubuhan cawangan dan kegiatan KMM.

Contoh dalam ketiga-tiga ayat di atas menjelaskan bahawa kebanyakan binaan ayat dalam laras sejarah merupakan ayat penyata. Hal ini terjadi ekoran daripada bidang sejarah yang merupakan satu bidang ilmu yang menjelaskan faktafakta ilmu bidang berkenaan secara langsung kepada para pelajar unutk tujuan pembelajaran. Daripada sampel ayat yang dilihat dalam bisang sejarah ini, didapati bahawa lebih banyak atau 79.1 peratus ayat yang digunakan merupakan ayat aktif dan selebihnya iaitu 20.1 peratus pula menggunakan ayat pasif. Untuk melihat dengan

11

lebih mendalam mengenai hal ini, maka ayat di bawah dapat menjelaskan penggunaan ayat aktif yang lebih banyak dan kerap berbanding ayat pasif.

Penerokaan

yang

berlaku

itu

berpunca

daripada

beberapa

perkembangan. Kedah pada masa itu diperintah oleh Sultan Muhammad Jiwa (1710-1778). Baginda adalah seorang raja yang bijak dan mencintai negerinya, tetapi baginda tidak mempunyai putera. Oleh yang demikian, baginda telah melantik anak saudaranya sebagai pewaris. Kemudiannya, baginda mendapat seorang putera yang bukan anak gahara. Putera tersebut diberi gelaran Tunku Abdullah. Tunku Abdullah akhirnya telah dilantik sebagai pewarisnya yang baru. Kerabat diraja yang lain tidak bersetuju dengan tindakan Sultan Muhammad, lalu menentang baginda. Pada masa itulah kerabat diraja membuat pakatan sulit dengan orang Bugis di Selangor untuk menyerang Kedah.

Dalam petikan di atas, terdapat lebih banyak ayat aktif berbanding ayat pasif di mana terdapat enam ayat aktif berbanding hanya tiga sahaja ayat pasif. Selain itu, laras bahasa sejarah juga memperlihatkan kecenderungan penggunaan ayat majmuk iaitu ayat yang mengandungi lebih daripada satu klausa dengan lebih kerap berbanding ayat tunggal. Hal ini berlaku ekoran daripada gaya naratif ayat yang memerlukan ayat-ayat yang mendukung beberapa isi dalam satu ayat bagi tujuan memudahkan gaya penyampaian fakta.

12

Sebagai wacana ilmiah, laras sejarah ini memperlihatkan pengaruh wacana bahasa Inggeris yang khusus pada struktur ayatnya. Antara ayat yang banyak digunakan dalam laras ini ialah ayat pemeri yang menggunakan kopula ialah dan adalah walaupun kedua-dua unsur ini tidak perlu wujud dalamseseuatu ayat. Terdapat beberapa contoh ayat yang boleh digunakan untuk melihat kepada keadaan ini seperti mana yang disenaraikan di bawah.

a.

Keadaan pada masa itu adalah terdesak kerana Sultan Abdullah takut pada

serangan Siam di bawah pemerintahan Raja Rama I. b. c. Ia adalah suatu tindakan yang asing bagi orang Terengaganu. Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama, keadaan orang Melayu di

Singapura adalah lebih tertekan berbanding dengan kedudukan orang Melayu di negeri-negeri Melayu yang lain.

Terdapat beberapa sebab yang mendorong kepada keadaan ini. Menurut Asmag Hj. Omar (1987), kopula adalah provides the language with lucidity in the position where lucidity is required. Ini bermakna bahawa penggunaan kopula adalah semata-mata untuk kejelasan dan pemahaman ayat dengan lebih mudah. Fungsi adalah lebih bersifat emphatic dengan memberikan penekanan kepada frasa nama kedua (Asmah Hj Omar, 1987 : 91).

13

4.3

Morfologi Setelah mengkaji aspek sintaksis, aspek morfologi adalah antara ciri yang wujud dalam sesuatu laras bahasa biasa. aspek ini lebih menjurus kepada struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu (Nik Safiah Karim, 1989 : 3). Dalam melihat kepada elemen-elemen morfologi ini, pengkhususan lebih tertumpuh kepada aspek-aspek seperti penggunaan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas yang memperlihatkan ciri-ciri yang menjadi penanda dalam laras sejarah ini. Misalnya, kata bantu jenis telah sering kali digunakan dalam laras bahasa ini untuk menandakan peristiwa yang telah berlaku. Berdasarkan kepada kajian yang dibuat, didapati bahawa laras ini memperlihatkan kecenderungan untuk menggunakan kata nama dengan lebih meluas berbanding kata lain. Hal ini berlaku kerana sejarah mendukung cerita atau kisah dan peristiwa. Dengan ini, laras ini banyak menggunakan kata nama untuk memperkatakan sesuatu kisah dan peristiwa. Contohnya seperti mana yang dinyatakan dalam contoh ayat di bawah.

a. Belanda menduduki Melaka sejak 1641. b. Mat Salleh tidak suka Kompeni Berpiagam campur tangan di kawasannya. c. Pada tahun 1937, Jepun telah menyerang negara China dan kebanyakan orang Cina di Tanah Melayu marah kepada Jepun.

Apabila meneliti kata kerja berimbuhan dalam sampel ayat di atas, didapati bahawa imbuhan seperti meN, beR, teR dan di adalah antara beberapa imbuhan

14

yang sering digunakan dalam ayat-ayt yang dibentuk dalam bidang sejarah. Walau bagaimanapun, kata kerja berimbuhan meN adalah antara kata kerja yang kerap digunakan pada kebanyakan ayat laras sejarah. Hal ini terjadi kerana penggunaan bentuk awalan meN ini membawa suasana yang lebih formal dan tidak bersahaja (Asmah Hj Omar, 1988:10) dan sesuai dengan matlamat buku teks yang bersifat formal dalam penyampaian maklmuat. Untuk melihaat keadaan ini dengan lebih jelas, perhatikan kepada contoh petikan di bawah.

Pasukan Brooke dapat menembusi kubu Rentap. Rentap teleh berlawan dengan berani tetapi beliau sedar tidak akan mencapai kejayaan. Oleh yang demikian, beliau menyelamatkan diri ke kawasan pedalaman. Askar Brooke tidak dapat menangkapnya tetapi Rentap tidak mahu meneruskan penentangannya lagi. Maka tamatlah penentangan daripada orang Iban terhadap seorang ketua Iban terhadap Brooke.

Berdasarkan kepada contoh petikan sejarah di atas, didapati bahawa bentuk awalan meN ada kalanya saling bergantikan dengan bentuk pasif di....kan. Dengan demikian, penggunaan imbuhan meN menjadi padanan bentuk pasif di....kan. Dalam bahasa Melayu, tidak terdapat penanda kala tenses atau sistem kala seperti dalam bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, untuk menunjukkan masa lampau, masa akan datang dan masa sekarang, beberapa kata bantu aspek digunakan. Menurut Tatabahasa Dewan Jilid II L Perkataan (1989), kata bantu aspek telah menimbulkan suasana perbezaan masa iaitu masa lampau. Asmah Hj

15

Omar (1982, 90) yang menyatakan bahawa kata bantu aspek telah digunakan untuk merujuk kepada perbuatan yang telah berlaku.

5.0 Ciri-Ciri Laras Bahasa Khusus Laras bahasa khusus merupakan suatu laras yang menggunakan istilah-istilah atau perkataan-perkataan yang tidak akan ditemui dalam bidang lain. Contohnya dalam bidang Sains. Kebanyakan istilah-istilah yang digunakan dalam bidang ini merupakan perkataan atau kosa kata yang tidak akan ditemui dalam bidang sejarah, sastera, geograsi mahupun cabang bidang lain yang luar daripada Sains. Untuk melihat kepada pencirian laras bahasa khusus ini, bidang Sains akan digunakan sebagai momentum kepada penghuraian ciri-ciri laras bahasa khusus ini.

5.1

Kosakata atau Leksis Oleh kerana bidang Sains merupakan satu bidang baru dalam dunai Melayu, maka sudah tentu kebanyakan konsep dan idea yang disampaikan dalam bidang ini menjadi asing dan baharu dalam budaya Melayu. Justeru, kebanyakan kata yang digunakan untuk membicarakan bidang Sains ini lebih bersifat saintifik iaitu penggunaan istilah-istilah khusus dalam bidang ini. Untuk melihat kepada keadaan atau situasi ini, beberapa contoh dapat digunakan untuk memastikan tentang kewujudan istilah-istilah atau laras khusus dalam bidang Sains ini seperti mana yang diterangkan di bawah.

16

a. Kulit merupakan organ deria sentuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan seperti sejuk, panas, tekanan dan sakit. Kulit terdiri daripada dua lapisan iaitu epidermis dan dermis. b. Setiap batang gigi boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu silara, leher dan akar. Silara adalah bahagian yang berada di atas gusi. Akar terbenam dalam tulang rahang. Ruang antara silara dan akar ialah leher. c. Rangka tulang berfungsi sebagai asas pautan otot dan organ dalaman. Otot berpaut pada tulang dengan tendon. Organ-organ dalaman seperti hati, perut dan usus turut berpaut pada tulang melalui otot dan tisu lain.

Seperti mana yang dapat dilihat dalam petikan-petikan di atas, terdapat banyak istilah-istilah Sains yang digunakan untuk mengungkapkan bidang berkenaan dengan jelas dan berkesan. Selain daripada istilah-istilah yang digunakan di atas, terdapat banyak lagi sitilah lain yang sering kali ditemui dalam bidang ini. Contohnya seperti epidermis, dermis, sel, enamel, organ, dentin, karnivor, bakteria, plak, vitamin, florida, diastema, ammonia, tendon, dan xilem adalah antara beberapa istilah yang wujud dalam bidang Sains ini. Walau bagaimanapun, kebanyakan istilah yang digunakan dipinjam daripada bahasa asing seperti pinjaman dari bahasa Inggeris yang menjadi pelopor utama bidang Sains ini. Namun begitu, terdapat juga banyak istilah bidang saing yang bukan wujud daripada bahasa pinjaman. 56.9 peratus instilah bukan pinjaman ini terbentuk kebanyakkannya daripada kata umum dan melalui proses pengimbuhan. Untuk menghasilkan istilah Sains ini, terdapat beberapa

17

kecenderungan membentuknya melalui proses pengimbuhan iaitu satu proses yang lebih produktif dalam bahasa Melayu. Antara elemen yang paling ketara ialah penggunaan imbuhan awalan beR, apitan ke....an, peN....an dan akhiran ....an. Contoh di bawah boleh menunjukkan kepada keadaan ini ialah istilah-istilah seperti sebatian, daratan, tumbuhan, cairan, sentuhan, kegigian, pereputan, rangsangan dan lapisan. Kesemua istilah ini mempunyai akhiran ....an. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kosa kata umum yang dilaraskan dengan memberikan pengertian khusus dan konsep tertentu kepada kata tersebut. Contohnya seperti air liur, leher, akar, gigi kekal, gigi bongsu, sendi, tunas-tunas rasa dan kaki. Oleh yang demikian, dapat dikatakan bahawa laras Sains ini ditandai dengan istilah yang terdiri daripada dua jenis istilah yang utama iaitu kosa kata bukan pinjaman dan kosa kata pinjaman.

5.2

Sintaksis Dalam laras ini, terdapat beberapa jenis ayat dan ragam ayat yang selalu digunakan dalam bidang Sains ini. Penggunaan ayat penyata adalah lebih dominan dan sering kali dirujuk sebagai ayat yang dapat menerangkan sesuatu perkara dengan lebih baik. Contoh ayat penyata yang sering digunakan adalah seperti mana yang diterangkan dalam petikan di bawah.

Sokongan yang diperlukan untuk setiap jenis benda hidup bergantung kepda habitat mereka. Haiwan dan tumbuhan yang hidup dalam air mendapat sokongan daripada sumber air. Organisma atau benda hidup

18

lain yang hidup di darat memerlukan sistem sokongan yang dapat membolehkannya berdiri tegak atau bergerak. Manusia dan haiwan vertebrata mempunyai sistem rangka yang tegar, manakala tumbuhan berkayu mempunyai batang yang keras. Walau bagaimanapun, haiwan invertebrata dan tumbuhan herba pula mempunyai cara yang tersendiri untuk mendapatkan sokongan dan menetapkan bentuknya.

Petikan ayat diatas jelas menunjukkan bahawa penggunaan ayat penyata amat meluas berbanding dengan jenis ayat lain. Selain itu, terdapat jenis ayat lain yang selalu digunakan dalam penerangan mengenai ilmu Sains ini. Ayat perintah adalah ayat suruhan yang menggugurkan ganti nama orang kedua iaitu subjek ayat tersebut. Setiap penggunaan ayat dalam membentuk laras bahasa khusus ini mendorong pembentukan pelbagai elemen kata nama am untuk laras bidang ini. Oleh yang demikian, adalah menjadi suatu yang biasa penggunaan kata nama, ayat penyata, ayat perintah dan ayat majmuk dalam membentuk setiap ayat dan kosa kata untuk bidang ini.

5.3

Morfologi Jika diteliti tentang penggunaan golongan kata untuk laras ini, maka golongan kata nama adalah antara golongan kata yang sering digunakan untuk menerangka sesuatu perkara. Dalam golongan kata pula, kata nama am sering kali digunakan berbanding dengan kata nama yang lain seperti kata nama khas, kata gantu nama dan sebagainya. Kata nama am ini banyak digunakan untuk menerangkan atau

19

merujuk kepada sesuatu konsep kebendaan dan mujarad dalam amalan bidang ini. Untuk melihat kepada ciri ini, maka petikan di bawah boleh dijadikan sebagai rujukan.

Organ-organ deria menerima rangsangan daripada alam sekitar. Deria penglihatan merupakan organ yang rumit. Mata dapat mengesan perbezaan-perbezaan antara terang dan gelap, warna atau rupa, pergerakan dan corak serta lain-lain. Begitu juga dengan deria-deria lain yang dapat membezakan sesuatu dengan rangsangan-rangsangantertentu. Kita perlu bersyukur kerana mempunyai organ-organ deria yang sempurna.

Sebagaimana yang telah dipaparkan dalam contoh di atas, bilangan kata nama am yang digunakan melebihi kana nama lain. Kata nama am pula seperti yang kelihatan dalam petikan kebanyakannya merujuk kepada konsep-konsep dalam bidang Sains seperti organ-organ deria, rangsangan dan alam sekitar. Dalam pada itu, penggunaan imbuhan meN juga sering digunakan dalam laras bahasa khusus ini seperti mana yang terdapat dalam ayat di atas. Dalam pada itu, penggunaan ayat majmuk juga sering menunjukkan bahawa laras ini sering menggunakan kata hubung dalam menggabungkan dua ayat. penelitian terhadap tugas juga menunjukkan bahawa kata hubung (kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan yang mencakupi pancangan relatif, komplemen dan keterangan) adalah antara kata hubung yang selalu digunakan

20

dalam menggabungkan sesuatu ayat. Antara kata hubung yang selalu digunakan ialah dan, tetapi dan atau.

6.0 Kesimpulan Pembentukan laras bahasa sama ada laras bahasa biasa mahupun laras bahasa khusus sememangnya turut membentuk beberapa ciri istimewa seperti mana yang telah dihuraikan di atas. Pemilikan ciri-ciri ini telah menjadikan setiap laras ini mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri. Walaupun berkemungkinan wujud beberapa kelemahan dalam pembentukan setiap laras bahasa tersebut, namun ianya tidak semestinya menandakan bahawa laras bahasa tersebut tidak sesuai digunakan dalam sesuatu keadaan. Penggunaan laras bahasa ini adalah bergantung kepada keadaan atau situasi sesuatu keadaan di mana ianya tidak tertakluk kepada penggunaan ayat atau kosa kata semata-mata. Sebaliknya ianya lebih tertakluk kepada perbincangan mengenai sesuatu perkara atau bidang. Contohnya seperti pembentukan laras bahasa khusus dalam bidang Sains. Walaupun terdapat beberapa istilah atau kosa kata yang turut digunakan dalam bidang lain seperti organisame, organ deria, dan sebagainya, namun kelebihan dan kesesuaian istilah ini hanya dapat diperlihatkan dalam penggunaan dan pembentukan laras bahasa dalam bidang Sains.

21

7.0 Bibliografi S. Nathesan, Laras Bahasa Ilmiah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1995 Asmah Haji Omar, Bahasa Iklan Perniagaan : Satu Kajian Bahasa Retorik, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1988 Abdull Sukor Shaari, Nuraini Yusoff dan Mohd Isha Awang, Bahasa Melayu Komunikasi, PTS Publication and Distributor Sdn Bhd, Bentong, Pahang, 2003 Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor, Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna, Utusan Publication & Distributor, Kuala Lumpur 2004 Roselan Baki, Pengajaran dan Pembelajaran : Penulisan Bahasa Melayu, Karisma Produstion, Shah Alam, Selangor, 2003 Mansoer Pateda, Kosakata dan Pengajarannya, Penerbit Nusa Indah, Indonesia 1995 Abd Rani, Bustanul Arifin dan Martutik, Analisis Wacana : Sebuah Kejian Bahasa Dalam Pemakaian, Bayumedia Publishing, Jawa Timur, Indonesia, 2004 Sastera dan Dudaya : Sosiolinguistik Laras Bahasa Iklan

22