Anda di halaman 1dari 20

1.

PENDAHULUAN
Rumah di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu RumahTradisional dan Rumah Moden. Rumah dinegara lain juga mempunyai cirri-ciri yang tersendiri.

2. RUMAH TRADISIONAL
Jenis-jenis rumah tradisional adalah : Rumah Melaka Rumah Minangkabau Rumah Kuntai Rumah Panjang Iban Sarawak Rumah Tiang 12 Rumah Limas Rumah Pahang

Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina Malaysia yang sangat bernilai. Ianya telah direka bentuk dan dibina oleh orang kebanyakan yang menampakkan betapa mahir dan kreatifnya mereka dalam bidang seni bina. Ia memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan perluasan ruang mengikutkeperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan. Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri. Secara amnya, rumah ini diperbuat daripada kayu dan bertiang. Dinding diperbuat daripada kayu atau anyaman buluh dan beratapkan rumbia/nipah atau kayu. Tingkap-tingkap mendominasi tampak dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran udara yang secukupnya kepada rumah. Ruang dalaman mempunyai ruang terbuka yang luas dan mempunyai dinding pemisah yang tersangat minima. Seni bina Melayu adalah kesan daripada pertembungan budaya kaum yang pernah mendominasi rantau ini seperti Bugis, Riau, Jawa, Acheh, Minagkabau, Siam,Cina dan Barat.

3. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMAINKAN PERANAN DALAM REKA BENTUK RUMAH TRADISIONAL


3.1 FAKTOR CUACA
Faktor cuaca memainkan peranan dalam reka bentuk asas bangunan. Kekerapan hujan mengakibatkan reka bentuk atap yang lebih cerun dan bertiang untuk mengelak banjir. Kepanasan cuaca juga menyumbang kepada reka bentuk yang lebihter buka seperti kehadiran tingkap yang banyak, berandah dan tiang itu sendiri memberi laluan angina dibahagian bawah rumah. Tidak cukup dengan itu, lubang angin dibahagian atas tingkap dan bumbung juga telah direka untuk keselesaan secara maksima.

3.2 SUMBER ALAM


Bahan binaan adalah kayu, rotan, akar, buluh, dan dedaun dari sumber hutan terdekat. Kayu menjadi tunjang kepada struktur bangunan, manakala rotan dan akar menjadi pengikat, kayu atau batang pinang menjadi lantai, buluh dan daun rumbia/nipah menjadi dinding dan atap.

3.3. BUDAYA, AGAMA DAN ADAT RESAM


Budaya dan adat resam juga memainkan peranan yang besar dalam membentuk seni bina rumah Melayu. Misalnya kehadiran Islam telah mempengaruhi orientasi bangunan mengarah ke kiblat. Definisi ruang juga diatur dan diubah aras mengikut kegunaan adat resam bertandang, kenduri dan aktiviti keluarga.

3.4 PENGARUH ASING


Kehadiran penjajah Barat telah memberi alternatif baru kepada teknik senibina Melayu. Sebagai contoh, zink dan atap genting telah mengambil alih atap rumbia dan kayu, bata dan simen telah mengambil tempat kayu sebagai tiang, tanggadan dinding, paku menggantikan pasak kayu dan akar sebagai penghubung/ pengikat.Pengaruh ini boleh dilihat secara positif dan negatif oleh umum, iaitu pertembungan dua unsur; praktikal dan seni.

4. JENIS-JENIS SENI BINA RUMAH MELAYU


Terdapat beberapa jenis reka bentuk tradisional dan campuran yang boleh dilihat diseluruh Malaysia. Secara amnya, reka bentuk ini diklasifikasikan mengikut reka bentuk bumbung iaitu;Bumbung Panjang, Bumbung Lima, Bumbung Limas dan Bumbung Perak. Reka bentuk ini boleh dilihat disegenap pelusuk tanahair. Untuk orang kebanyakan, reka bentuk Bumbung Panjang adalah yang paling popular olehkerana keringkasan reka bentuknya dan penjimatan kos serta masa pembinaan.

Rumah Melaka

Di Melaka rumah tradisionalnya dikenali dengan panggilan Rumah Melayu Melaka. Ia masih terdapat di seluruh Negeri Melaka sehingga kini. Rumah ini terkenal dengan tangga batunya yang disalut dengan jubin beraneka warna yang diimport dari China dan India. Rumah yang asli menggunakan 12 hingga 16 batang tiang utama pada bangunan induk atau rumah ibu. Komponen bangunannya pula terdiri dari rumah ibu, ruang tengah dan dapur. Pembahagian ruangnya pula terdiri dari ruang serambi, di hadapan adakalanya ditambah dengan ruang anjung yang bertangga. Di ruang tengah terdapat sebuah bilik dan diantara rumah ibu dan rumah dapur terdapat satu ruang dipanggil selang.
3

Terdapat di ruang tengah sebuah ruang di antara bumbung dengan bilik dipanggil peran atau loteng. Kegunaan ruang tersebut selain sebagai tempat tidur anak-anak gadis apabila terdapat majlis juga sebagai tempat simpanan barang-barang. Rumah ini biasanya dibina dari kayu cengal, meranti dan damar laut.

Rumah Minagkabau

Rumah tradisional Melayu di Negeri Sembilan sedikit sebanyak menyerupai bentuk rumah adat yang terdapat di Minangkabau. Bentuknya adalah memanjang dan bumbungnya sedikit melengkung di bahagian hujungnya. Muka tabir layarnya kelihatan tirus dan tinggi. Komponen bangunannya terdiri dari rumah ibu, ruang tengah dan dapur. Ruang ibu mempunyai ruang anjung dan serambi. Ruang tengah pula terdiri dari satu ruang kecil dan bilik.

Rumah-rumah tradisional Melayu di Negeri Sembilan mengandungi ruang di bawah bumbung yang dipanggil peran atau loteng. Ruang tersebut merupakan ruang tidur anak-anak gadis dan juga tempat simpan barang-barang.

Rumah Kutai

Rumah ini adalah dari jenis bumbung panjang. Keistimewaan reka bentuknya adalah kerana ia lebih etnik dan ringkas. Rumah ini masih terdapat di negeri Perak dan telah berusia lebih 100 tahun. Antaranya di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Kampung Kota Lama Kanan dan Kampung Bota Kanan, Parit. Rumah ini menggunakan sepenuhnya bahan binaan semula jadi yang terdapat di sekeliling kampung. Struktur asas adalah kayu keras manakala atap dibuat dari daun rumbia dan dinding pelupuh dari anyaman buluh atau rotan. Rumah ini mempunyai bumbung yang agak tinggi, tetapi terdapat sedikit keunikan dari segi keterbukaan rumah ini. Ia seolah-olah tidak mempunyai pengudaraan yang baik dan mencukupi. Dinding rumah mencapai ke paras rabung atap tanpa diselangi kerawang atau seumpamanya. Ini disebabkan dinding itu sendiri tembus angin, maka ianya tidak perlu hiasan kerawang dan sikap rendah diri penghuni rumah ini. Keringkasan reka bentuk menunjukkan yang rumah kutai adalah untuk orang biasa berbanding rekaan lain yang lebih moden dan canggih seperti bumbung limas dan bumbung Perak. Rumah ini menyaksikan beberapa unsur seni struktur yang agak menarik, ringkas dan mempunyai fungsinya tersendiri.

Rumah Panjang Iban Sarawak

Rumah Panjang merupakan tradisi kaum Iban terdiri daripada satu deret berpuluh-puluh rumah kelamin. Rumah ini mempunyai ciri dan keistimewaan tersendiri maupun dari segi keselamatan dan kebudayaan. Senibina rumah ini berpegang teguh dengan adat tradisi tempatan suku kaum masing-masing yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana masyarakat luar.

Rumah ini menggunakan tiang jenis kayu keras dan tidak mudah reput seperti kayu belian yang mudah didapati di Kepulauan Borneo. Bumbunngnya dari daun rumbia seperti Biru, Pantu, Mulong dan jenis daun tebal.

Dinding rumah berkenaan diperbuat daripada kulit kayu seperti Terentang atau buluh yang dikelar dan dibelah. Lantainya pula menggunakan buluh, papan atau kulit kayu. Tangga rumah diperbuat daripada sebatang kayu bulat yang ditakik dengan beliong dan dipanggil tangga takik.

Rumah Panjang mempunyai 3 ruang iaitu tanju (serambi atau beranda terbuka), ruai (ruang terbuka) dan bilik. Bahagian di atas bilik dan ruai dipanggil sadau (peran) sebagai tempat tidur anak dara disamping tempat menyimpan bijian dan perkakas.

Rumah Tiang 12

Di Kelantan terdapat 2 jenis rumah tradisional Melayu dikenali sebagai Rumah Bujang dan Rumah Tiang 12. Bentuk kedua-duanya tidak banyak beza. Rumah Tiang 12 ini hanya terdapat di beberapa kampung dan Bandar Kota Bharu, usianya hapir 100 tahun dan ianya semakin pupus.

Rumah jenis ini mengadungi 12 tiang utama pada rumah ibu, 6 tiang serambi dan 6 tiang panjang. Bumbungnya panjang di mana pada tepi sudut dindingnya dipasang tabir layar. Pada pinggir tabir layarnya terdapat papan pemeleh atau tumpu kasau iaitu sepasang pemeleh ibu dan sepasang pemeleh serambi.

Rumah Tiang 12 yang asli terdapat 3 unit bangunan iaitu bangunan rumah ibu yang mengandungi ruang selasar, rumah tengah dan rumah dapur. Bangunan rumah tengah dan rumah dapur bebilik-bilik atau bersekat.

Rumah Limas

Di Johor terdapat rumah-rumah bebentuk Limas, mudah dikenali kerana bumbungnya mempunyai perabung panjang dan bersambung dengan empat buah perabung limas menurun ke cucuran atap. Di hujung cucuran atapnya dihiasi dengan ukiran-ukiran. Rumah jenis ini terdapat di daerah Pontian.

Ciri-ciri untuk mengenali rumah ini ialah pada puncak bumbungnya dipasang kayu yang berbentuk tajam dipanggil Tunjak Langit. Rumah jenis ini mempunyai ruang hadapan yang dipanggil serambi dan di bahagian hujung serambi ialah ruang anjung. Ruang serambi ini dipisahkan oleh dinding dengan ruang ibu rumah. Manakal ibu rumah dan ruang dapur dipisahkan oleh ruang selang atau selasar.

Bahan binaannya adalah dari kayu cengal, keranji, penak, meranti dan sebagainya.

Rumah Pahang

Rumah Tradisional Melayu Pahang dikenali dengan Rumah Serambi Pahang. Rumah jenis ini kian pupus. Ia terdapat juga di beberapa buah kampung yang mana usianya hampir seratus tahun. Rumah jenis ini biasanya berbumbung panjang manakala di tepi dinding dipasang tabir layar dan terdapat ukiran di pinggirnya. Komponennya terdiri dari rumah ibu dan dapur dan di antara keduanya dipisahkan oleh ruang yang dipanggil selang. Ia juga mengandungi ruang-ruang tertentu di bahagian hadapan sekali iaitu ruang serambi diikuti oleh ruang ibu yang mengandungi ruang pentas dan perbalai. Di belakang pula ialah ruang kelek anak atau serambi belakang.

Bagi ruang dapur ia mengandungi ruangpenaggah serta pelantar. Ruang-ruang ini digunakan untuk menanti, memasak dan sebagainya

5. Rumah Moden
Jenis-jenis rumah moden di Malaysia adalah:1. 2. 3. 4. 5. Rumah Kondominium Rumah Pangsa Rumah Banglo Rumah Berkembar Rumah Teres

Rumah Kondominium

Kondominium Bangunan bertingkat yang dianggap hartanah mewah dan eksklusif. Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak pemaju atau pengurusan adalah lebih baik daripada apartmen. Antara kemudahan tersebut ialah tempat letak kereta khusus untuk setiap pemilik, kolam renang, gimnasium, tempat cucian pakaian, lif, kawasan berpagar dan perkhidmatan sistem keselamatan yang lebih ketat.
10

Rumah Pangsa

Rumah Pangsa Bangunan bertingkat yang mengandungi beberapa unit rumah yang berasingan. Kemudahan asas yang disediakan oleh pihak pemaju/pengurusan termasuklah tempat letak kereta terbuka, pembuangan sampah dan lif. Secara umum, rumah pangsa dikelaskan sebagai rumah mampu milik.

11

Rumah Banglo

Rumah Banglo Rumah berasingan yang tidak berkongsi dinding dengan rumah lain. Klasifikasi sesebuah rumah banglo biasanya boleh dibahagikan kepada 1 tingkat hingga 3 tingkat lebih.

12

Rumah Berkembar

Berkembar Dua buah rumah berasingan tetapi berkongsi dinding yang sama dan mempunyai pintu masuk berasingan.

13

Rumah Teres

Rumah Teres Rumah berasingan yang dibina secara berbaris tetapi berkongsi dinding dengan rumah di sebelahnya sama ada di sebelah kiri atau kanan atau kedua-duanya sekali. Ia mengandungi sekurang-kurangnya tiga unit rumah dan lebih.

14

6. Rumah Di luar Negara Rumah Di zon Sederhana Sejuk

Rumah di Zon Sederhana Sejuk mempunyai bumbung berbentuk V terbalik. Bumbung demikian membolehkan salji yang turun pada musim sejuk terus meluncur ke bawah. Rumah di zon ini mempunyai serombong asap.

15

Rumah Di zon Sejuk

Iglu ialah rumah musim sejuk yang berbentuk separuh bulatan. Iglu dibina daripada ketulan ais. Di zon sejuk terdapat pelbagai jenis rumah iaitu iglu, tupik dan rumah kayu.

16

Rumah Di Zon Sederhana Panas

Zon Sederhana Panas mempunai rumah jenis sebuah dan teres. Rumah di zon ini mempunyai bumbung berbentuk V terbalik. Walaupun zon ini suhunya rendah pada musim sejuk tetapi tidak bersalji. Rumah di sini tiada serombong asap.

17

Rumah Di Zon Panas

Di Zon Panas, terdapat rumah berbentuk segi empat dan berbumbung rata. Rumah ini dibina daripada batu bata. Bumbung yang rata dapat mengurangkan kerosakan apabila angin bertiup kencang.

Khemah

Terdapat juga khemah, iaitu tempat tinggal kaum Badwi. Bentuk khemahnya panjang. Khemah ini diperbuat daripada kulit binatang atau kain tebal.
18

7. Contoh Rumah Di Seluruh Dunia Rumah Inggeris

Rumah Jawa

19

Rumah Mesir

Rumah Afrika

20

Anda mungkin juga menyukai