Anda di halaman 1dari 13

KATEGORI MURID PENDIDIKAN KHAS

CIRI-CIRI MURID PPKI MENGIKUT KATEGORI SINDROM DOWN

Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Ciri-ciri 1. 2. 3. 4. 5. bukaan mata bujur dengan lipatan kulit epikhantik pada sudut dalam mata hipotonia otot (poor muscle tone) batang hidung leper satu garis di tapak tangan (juga dikenali sebagai garis simian) lidah terjulur (disebabkan rongga mulut kecil, dan lidah membengkak berhampiran tonsil) 6. leher pendek 7. tompok putih pada iris dikenali sebagai tompok Brushfield 8. lentur melampau pada sendi 9. kecacatan jantung kongenital 10. jarak melampau antara ibu jari kaki dengan jari berikutnya

AUTISME

Autisma bermaksud ketidakupayaan seseorang kanak-kanak memahami perkara-perkara di sekelilingnya selain dirinya sendiri. Autisma juga menyebabkan perkembangan diri kanakkanak menjadi tidak menentu. Peringkat awal autisma boleh dikesan pada awal usia kelahiran ataupun sekurang-kurangnya pada peringkat umur yang awal.Tiada ubat dalam masalah autisma kerana ia bukan sejenis penyakit tetapi dengan program pendidikan yang bersesuaian, masalah ini dapat dikurangkan.Autisma melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina, bangsa, atau taraf ekonomi. Ciri-ciri 1. Pola perlakuan yang unik :

Penerimaan deria yang aneh. Sering membuang masa kepada sesuatu objek yang tidak diketahui fungsinya dan gemar memutar-mutar barang sambil berkhayal. Terlalu menyayangi sesuatu objek sehingga sukar dipisahkan daripadanya. Rutin harian yang dirancang secara detail.

2. Masalah perhubungan dengan orang di sekeliling :


Tempoh masa untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara amat singkat dan tidak berminat dengan kemahiran yang diajar. Suka melakukan sesuatu perkara secara berulang-ulang dan hanya akan berhenti apabila ditegur. Suka bersendirian dan menganggap manusia sebagai objek dan hanya berinteraksi bila di dekati dengan cara-cara tertentu dan dengan individu yang disukai. Tidak mahu bertentang mata sewaktu bercakap seolah-olah mereka melihat menembusinya.

3. Gemar memeriksa anggota badan seperti kaki dan tangan seolah-olah benda itu baru dan pelik 4. Mengalami masalah pertuturan :

Sering mengulangi soalan yang diajukan. Suka meniru percakapan orang lain. Kadangkala menggunakan suara yang luarbiasa untuk menuturkan sesuatu perkataan.

5. Sikap atau perasaan yang ganjil dan tidak normal :


Meletuskan kemarahan yang amat sangat atau mengamuk dan disusuli dengan perlakuan agresif. Ianya berlaku tanpa sebab atau kerana kehilangan sesuatu objek yang disayangi atau dilarang dari melakukan sesuatu perkara yang mereka mahu. Mengilai, menangis dan ketawa secara tiba-tiba. Tidak tahu erti bahaya dan gemar melakukan sesuatu yang merbahaya.

6. Intelek yang luar biasa walaupun autisma :


Mereka meminati matapelajaran Matematik. Gemarkan permainan seperti Jigsaw Puzzles. Suka menyanyi atau mengingati lirik lagu serta suka mendengar semua jenis muzik. Boleh menghafal senarai nombor telefon, tarikh, nama, sajak, dan sebagainya. Mempunyai kemahiran mekenikal yang luar biasa.

7. Tidak suka kepada perubahan dan sangat susah untuk mengubah sesuatu rutin.

DISLEKSIA

Disleksia bermaksud kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar, dan bercakap. Murid disleksia bukannya mengalami kecacatan pada mata atau fizikal tetapi mereka mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ciri-ciri 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Keliru dengan arah kiri dan kanan. Gemar berkhayal, menangis dan ketawa secara tiba-tiba. Taksub kepada sesuatu objek dan gemar memutar-mutar barang sambil berkhayal. Tempoh masa untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara amat singkat. Lambat bertutur dan sukar memahami arahan. Sukar mengikut arahan lisan yang panjang. Kesukaran menyalin semula nota yang diberi. Keliru dengan nombor-nombor. Kemahiran motor yang lemah. Cth :sukar memegang alat tulis dengan tangan dominan, dan sering terlanggar barang di sekitar. 10. Sifat ingin tahu yang tinggi, berminat terhadap perkara baru dan suka bertanya secara berulang-ulang. 11. Kurang keyakinan diri dan menghadapi tekanan jiwa. 12. Tidak mempunyai ramai kawan kerana kurang kemahiran bersosial dan sukar bergaul. 13. Kelakuan dan sikap yang tidak konsisten. 14. Gemar menggigit jari dan merenung buku seolah-olah tidak faham.

ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER (HIPERAKTIF)

Hiperaktif merujuk kepada tingkah laku kanak-kanak yang terlampau lasak, aktif, nakal, agresif dan keadaannya tidak menentu jika dibandingkan dengan tahap pencapaian kanak-kanak normal. Kecelaruan tingkah laku ini kerap berlaku kepada kanak-kanak yang berumur 8 tahun dan akan berkurang secara beransur-ansur apabila mereka meningkat dewasa. Hiperaktif dapat dikurangkan dengan bantuan ubat tetapi hanya untuk tempoh masa yang sementara. Ciri-ciri 1. 2. 3. 4. Bersikap agresif serta tidak dapat duduk diam walaupun sekejap. Gemar merayau-rayau dan menganggu rakan-rakan lain. Sukar memberi tumpuan kerana sikapnya yang tidak boleh duduk diam. Mudah tertarik untuk melakukan sesuatu perbuatan seperti berlari dan memanjat serta gemar meniru perlakuan orang lain. 5. Dapat melakukan setuatu kerja dengan pantas tetapi terburu-buru. 6. Bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu akibat dari tindakan mereka. 7. Bersikap keras kepala dan tidak mahu mendengar nasihat. 8. Bertindak mengikut perasaan sehingga boleh mencederakan diri dan orang lain. 9. Sukar memberi tumpuan dan gemar membuat bising. 10. Suka mendahului orang lain dalam apa jua situasi terutama sewaktu bermain. 11. Sanggup bergaduh untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. 12. Bersikap negatif seperti suka mencuri, bercakap bohong dan suka merosakkan barang orang lain.

LEMBAM/SLOW LEARNER

Lembam bermaksud lembap, tidak cergas, lemah (kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran atau menerima pelajaran). Murid lembam mempunyai tahap keupayaan intelek sederhana atau kurang sedikit berbanding intelek murid normal. Mereka mempunyai kebolehan melihat tetapi kekurangan kemahiran menerima, mengurus, menyusun, menyimpan, dan mengingat dengan berkesan. Ciri-ciri 1. Bermasalah mengenal bentuk huruf. 2. Bermasalah menyebut bunyi huruf dengan tepat. 3. Menyebut atau membunyikan sesuatu bunyi huruf dengan perlahan. 4. Menutup muka dengan buku sewaktu belajar. 5. Membaca setiap perenggan terlalu lama. 6. Ejaan perkataan seringkali salah. 7. Menulis perkataan terlalu rapat, kecil, condong. 8. Jarak antara perkataan yang ditulis terlalu jauh. 9. Lambat sewaktu menulis. 10. Huruf dan perkataan ditulis tinggi atau rendah dan tidak seragam. 11. Mempunyai konsep kendiri rendah. 12. Masa menumpukan perhatian terhadap pelajaran sangat singkat dan perhatian mudah dialihkan oleh rangsangan luar. 13. Hanya boleh mengikut pelajaran atau arahan yang ringkas dan jelas sahaja.

Ciri-Ciri Murid Pemulihan


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Murid-murid pemulihan khas mempunyai bermacam ciri yang membezakannya dengan muridmurid lain yang tahap pembelajarannya adalah normal di dalam kelas. Ciri-ciri kanak-kanak pemulihan juga boleh dikelaskan kepada 5 kategori, iaitu emosi dan tingkahlaku, sosial, kesihatan, kesediaan belajar dan pengamatan. Antara ciri-ciri murid pemulihan khas adalah seperti berikut: a. 1) Emosi dan Tingkahlaku Mempunyai perasaan rendah diri dan risau. Mempunyai perasaan sedih, hiba atau duka. Cepat berasa bosan atau jemu terhadap pelajaran. Mempunyai perasaan takut akan perkara-perkara baru. Bersikap degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan. Bersikap pasif. Malas 2) Sosial Sentiasa berasa gelisah dan selalu bergerak di dalam bilik darjah serta mengganggu kawan-kawan. Lemah / kurang interaksi dengan rakan. Mempunyai perangai ganjil seperti gemar menghisap atau menggigit jari/kuku. Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan. Suka berbohong dan kadang-kadang mencuri. Hyper aktif.

3) Kesihatan Tidak bertenaga serta kurang zat makanan. Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus). Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan). Lemah gerakan motor-kasar dan halus. Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk. Kurang menjaga kebersihan diri.

4) Kesediaan Belajar Belum bersedia untuk belajar. Perbendaharaan kata kurang. Lemah pemahaman. Kurang keyakinan diri dan rangsangan. Kurang matang IQ tidak seimbang dengan umur hayat. 5) Pengamatan Tidak boleh mengenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan. Lemah terhadap pendengaran bunyi dan rentak. Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah. Lambat mengelaskan benda atau nombor. Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru. Tidak dapat menyelesaikan masalah. Sukar mengambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang. Tidak dapat membuat kerja-kerja yang kreatif. Lemah pergerakan dan perbuatan. Lemah daya pemikiran/ingatan. Tidak boleh mengingat kembali apa yang telah dipelajari. Sukar untuk membuat kenyataan am Sumber: Jabatan Pendidikan Khas, 2009***

CIRI CIRI MURID PEMULIHAN


Definisi pemulihan mengikut kamus dewan edisi terbaharu bermaksud dipulihkan . Setiap insan yang hidup di atas muka bumi ini mempunyai pelbagai jenis insan yang bernama manusia , ada yang normal ,dan ada juga yang kurang berkeupayaan dari segi fizikal dan mental . Begitu juga dengan setiap sekolah di Malaysia sudah pasti terdapat pelbagai jenis murid murid yang ada di sekolah tersebut ,antaranya adalah murid murid pendidikan pemulihan . Murid murid pendidikan pemulihan sememangnya mempunyai ciri ciri yang sangat berbeza dari segi keupayaan mentalnya .berbanding murid murid normal yang lain . Walaupun secara dasar atau secara kasarnya murid murid pendidikan pemulihan ini merupakan murid murid yang normal dari segi fizikal tetapi mereka agak lambat dari segi pembelajaran . Mereka tidak boleh seiring belajar dengan pelajar normal yang lain Oleh itu adalah penting bagi guru pemulihan itu mengenal pasti ciri ciri fizikal dan keupayaan kognitif murid- murid ini supaya mereka dapat diberikan layanan dan pelajaran yang sesuai dengannya . Melalui pemerhatian dan rujukan daripada guru yang berpengalaman luas dalam bidang ini ,maka dapat disenaraikan beberapa ciri ciri murid pendidikan pemulihan ini antaranya ialah :

Pemalu Rendah diri Pendiam Kesediaan belajar Selalu tidak hadir disekolah Takut mencuba

Bergantung pada guru pemulihan

Penampilan yang kurang kemas

Sikap pemalas ketika berada berada dalam kelas pemulihan pengamatan .

Ciri-ciri Murid
SIAPA MURID PEMULIHAN KHAS ???
AE Tanseley dan R. Culliford Kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa. M. F . Clough Kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara yang agak abstrak.

Sharifah Rahman Ali Kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan mempunyai kecerdasan yang tinggi, yang sederhana dan di bawah paras sederhana. Kita tidak masukkan kategori kanak-kanak yang lemah (mentally retarded).

CIRICIRI MURID PEMULIHAN KHAS

Lemah koordinasi psikomoto, penglihatan dan pendengaran. Lemah daya pemikiran. Lemah daya pertuturan. Kurang keyakinan diri. Gangguan kesihatan. Tiada atau kurang daya taakul. Kurang pengalaman. Kurang perbendaharaan kata. Lambat menerima konsep. Emosi tidak stabil. Mudah lupa.

Bahasa murid-murid pemulihan khas


Apabila berbicara soal bahasa terbayang di benak kita tentang sesuatu pengucapan yang sering kita ucapkan apabila bertemu dengan orang lain.Sebagai manusia kita sentiasa menggunakan bahasa untuk berinteraksi sesama sendiri. Keupayaan kita menguasai bahasa akan membolehkan kita menyampaikan pendapat atau perasaan dengan lebih baik lagi kepada orang lain. Kita sering menyebut perkataan bahasa, tapi apakah makna bahasa sebenarnya? Bagaimanakah bahasa itu diperolehi? Apakah yang ada dalam bahasa itu sendiri? Justeru, kita mestilah mengetahui bagaimana bahasa itu wujud. Bahasa merupakan alat berkomunikasi yang wujud seiring dengan kewujudan manusia itu sendiri. Melalui bahasa manusia dapat melahirkan idea, perasaan, dan berhubung di antara sesama mereka. Bahasa dikuasai secara semula jadi atau dipelajari secara formal atau tidak formal. Keupayaan berbahasa dengan baik membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan lebih baik lagi. Kanak-kanak keperluan khas bermasalah pembelajaran memang diakui mengalami masalah dalam bahasa kemahiran berbahasa. Justeru mereka mengalami masalah untuk mengikuti pelajaran dan juga berkomunikasi dengan rakan sebaya mereka. Menurut Jabatan Pendidikan khas, Kementerian Pelajaran Malaysia kanak-kanak masalah pembelajaran ini merupakan kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap

boleh diajar dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Mengikut tulisan Mohd. Sharani dalam bukunya yang bertajuk, Mengurus kanak-kanak yang susah belajar (2006) menyatakan kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini adalah mereka yang mempunyai masalah neurologikal hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik. Mereka tidak mempunyai kebolehan bagi mengikuti pelajaran secara formal seperti pelajar lain yang seusia dengan mereka. Kebanyak mereka dikenalpasti mengalami masalah pembelajaran sejak di tahun pertama persekolahan mereka lagi. Terdapat dua petunjuk utama untuk mengenali masalah pembelajaran mereka iaitu: Pertama: Walalupun pelajar berupaya belajar, kadar pembelajaran mereka sangat perlahan dan lemah. Ini disebabkan tahap perkembangan mereka menyerupai kanak-kanak yang lebih muda beberapa tahun daripada mereka. Kedua: Perkembangan mereka tertunda. Ini disebabkan mereka gagal setanding dengan mereka yang membangun dalam intelektual dan bahasa, pencapaian akademik, kecekapan sosial dan kemahiran vokasional mereka. Ciri-ciri kanak-kanak yang bermasalah dalam pembelajaran ialah seperti berikut: Lemah dalam penguasaan membaca, menulis dan mengira (3M) Keliru dengan nombor 13 dan 31, p dengan q, dan tidak dapat mengingat turutan angka ataupun huruf.

Sukar mengikut arahan. Gangguan emosi. mempunyai darjah kecerdasan di antara 70 hingga 80. Tidak ada motivasi, pemalu, penakut, mudah terganggu. Selalu gagal dalam latihan dan ujian, dan lain-lain lagi.

Jenis-Jenis Pemulihan
Pemulihan Khas (Masalah Pembelajaran Kompleks) Pemulihan jenis ini dijalankan di bilik darjah khas oleh guru khas yang terlatih dalam bidang ini. Murid-muridnya terdiri daripada mereka yang yang gagal menguasai 3M, yang telah dikenal pasti melalui Ujian Saringan. Pemulihan Bahasa Melayu di Bilik Darjah (Masalah Pembelajaran Ringan) Pemulihan jenis ini pula dijalankan di dalam bilik darjah biasa oleh guru biasa.Murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dikenal pasti semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Aktiviti pemulihan dijalankan secara semerta.