Anda di halaman 1dari 20

KRM 3033 : ASAS BENTUK DAN RUANG

KANDUNGAN

BIL
1.0 PENDAHULUAN

TOPIK

MUKA SURAT
2

2.0

KONSEP ASAS BENTUK DAN RUANG

3.0

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

13

4.0

REFLEKSI

16

5.0

BIBLIOGRAFI

20

KRM 3033 : ASAS BENTUK DAN RUANG

1.0 PENDAHULUAN
Matematik adalah satu mata pelajaran yang penting di sekolah dan ia juga merupakan antara mata pelajaran yang kompleks. Andaian dan harapan guru terhadap proses penerimaan kognitif pelajar daripada pengajaran guru adalah tinggi. Guru

mengharapkan pelajar boleh mengasimilasikan dan mengakomodasikan pengajaran guru dalam kelas. Hakikatnya guru tidak sedar tentang masalah pelajar dalam mempelajari dan memahami konsep-konsep matematik khususnya. Miskonsepsi merupakan satu 'penyakit yang terselindung dan tersembunyi dalam kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran matematik dan sekiranya tidak dibetul dan dipulihkan akan menyekatkan perkembangan pemikiran logika matematika pelajar. Tambahan pula dengan dasar PPSMI yang dimulakan pada tahun 2003 pelbagai lagi masalah pengajaran guru dan juga pembelajaran pelajar timbul. Matematik adalah mata pelajaran abstrak yang melibatkan penggunaan rumus, peraturan-peraturan langkah kerja, algorithm dan teorem-teorem yang kerap digunakan (Short & Spanos 1989). Mata pelajaran ini mempunyai bahasa tersendiri yang khusus, walaupun kerap dikatakan bahasa matematik adalah ringkas tetapi ia mempunyai maksud yang khusus dan tepat bagi mempelajari matematik. Bahasa matematik yang khusus melibatkan penjelasan pola-pola, hubungan, hukum-hukum dan rumus-rumus yang perlu diingati. Oleh yang demikian, bahasa memainkan peranan yang penting dalam memindahkan maklumat yang diperolehi oleh guru kepada pelajar (MacGregor & Moore 1991). Sekiranya kaedah penyampaian guru tidak dapat diterima oleh pelajar maka proses pembelajaran tidak akan berjaya. Seterusnya pelajar akan membuat pelbagai andaian dan pemikiran yang tidak betul tentang matematik. Sikap terhadap matematik juga memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan fokus pelajar terhadap perkara yang guru mengajar.

KRM 3033 : ASAS BENTUK DAN RUANG

2.0 KONSEP ASAS BENTUK DAN RUANG


Telah sekian lama, manusia bercerita tentang lukisan dan gambar. Bentuk dan Ruang adalah asas kepada geometri. Arkitek pada zaman purba Greece adalah manusia yang mula-mula membina bangunan menggunakan bentuk dan ruang. Bentuk dan ruang menjadi perkara utama dalam kerja-kerja mereka. Bentuk yang tidak mempunyai ketebalan, dan hanya memunyai panjang dan lebar dikenali sebagai bentuk 2 dimensi (2D). Contoh bentuk 2D seperti segi empat sama, segi empat tepat, segi tiga dan sebagainya. Kebanyakan objek yang biasa kita lihat dan pegang setiap hari adalah bentuk 3 dimensi (3D) yang juga dipanggil bentuk pepejal. Objek disekeliling kita adalah contoh pepejal. Pepejal atau bentuk 3D mempunyai ruang. Pepejal juga rangka yang dibentuk menggunakan wayar, penyedut minuman ataupun lidi. Contoh bentuk 3D ialah kubus, kuboid dan sebagainya. Kesedaran ruang adalah intuisi individu terhadapbentuk, dan perkaitan yang ujud antara pelbagai jenis bentuk. Individu yang mempunyai kesedaranruang tahu tentang aspek geometri yang ada, danpelbagai bentuk yang terhasil daripada objek-objek yang terdapat dipersekitarannya.Selain itu individu yang mempunyai kesedaran ruang mempunyai keupayaanuntuk membuat gambaran mental tentang hubungan antara sesuatu objek, danruang yang berkaitan. Mereka selesa apabila memberi penerangan tentangkonsep geometri sesuatu objek, dan menghargai bentuk geometri yang

terdapatdalam lukisan, senibina, atau alam semulajadi.Sebagai guru matematik, kita perlu menerapkan kesedaran tentang ruang dalamkalangan murid. Contoh bentuk geometri yang ada di persekitaran kita perludikaitkan apabila menjelaskan tentang konsep geometri. Setiap pelajar secara amnya mempunyai latar belakang yang tersendiri iaitu dari segi latar belakang keluarga dan pergaulan. Guru berdepan dengan pelajar yang membawa ilmu dan pengalaman yang dipelajari dari luar yang kemungkinan bercanggah dengan apa yang guru sampaikan semasa sesi pengajaran. Sekiranya ilmu yang bercanggah
3

KRM 3033 : ASAS BENTUK DAN RUANG

ini tidak diperbetulkan makan ia akan membentuk miskonsepsi dalam ilmu yang ingin disampaikan. Miskonsepsi adalah sesuatu kepercayaan atau pegangan yang terbentuk apabila pelajar mempelajari sesuatu perkara yang tidak betul (Champagne, Klopfer & Gunstone 1982; McDermott 1984; Resnick 1983).Miskonsepsi boleh juga terjadi apabila guru mengajar sesuatu perkara yang tidak betul, kemungkinan tanpa disedari oleh guru. Contohnya, guru mengajar pelajar jalan pintas untuk kira darab sesuatu nombor dengan angka 10 , maka jawapannya adalah dengan menambahkan sifar pada nombor itu. Seterusnya pelajar akan mengingati ajaran guru, tetapi bagaimana pula sekiranya kalau kira darab angka 10 dengan suatu nombor perpuluhan.

Dalam kajian yang telah dijalankan oleh Norlia dan Jamil (2008), didapati bahawa guru menjalankan pelbagai strategi untuk berdepan dengan kepelbagaian pelajar dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar dalam matematik. Guru berjaya mengajar matematik dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar yang mempelajari Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dengan mempelbagaikan kaedah penyampaian mereka dan mereka berjaya juga untuk mengekalkan perhatian pelajar dalam kelas. Walau bagaimana pun adakah pengajaran dalam Bahasa Inggeris itu hanya untuk memuaskan hati guru atau beberapa pihak yang tertentu sahaja sedangkan perkara asasnya iaitu, pelajar masih belum dapat mengukuhkan konsep matematik yang diajar oleh guru. Adakah guru dapat memeriksa dan mengenalpasti miskonsepsi pelajar yang terus berlaku dan menebal sehingga mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah?

Dalam profesion perguruan, guru berdepan dengan pelbagai cabaran sama ada dari dalam bilik darjah mahupun dari pihak atasan iaitu sama ada pihak pengurusan sekolah, daerah, jabatan atau kementerian. Bagi seorang guru yang mempunyai sifat yang positif setiap cabaran dijadikan sebagai peluang bagi mereka untuk

mempertingkatkan pengajaran dan memajukan diri mereka sendiri, seperti yang ditegaskan oleh Norlia dan Jamil (2008);

KRM 3033 : ASAS BENTUK DAN RUANG

Teachers should have the enthusiasm and spirit to transform every challenge into an opportunity to improve students ability in mathematics. In order to promote mathematics learning in class, teachers need to encourage an environment where it is OK to be wrong. As teachers, we are not expected to know what our students are thinking of the concepts we introduce in class but we have to probe and identify the misconceptions that needs to be corrected. (Norlia 2008) Guru mempunyai peranan yang utama dalam pengajaran dalam kelas mereka sendiri. Guru-guru yang efektif adalah mereka yang membuat persediaan yang lebih awal tentang proses pengajaran yang akan disampaikan dan bukanlah semata-mata semasa sesi pengajaran sedang berjalan. Guru-guru yang bertindak sebagai pengamal yang reflektif dan kritikal membantu pelajar mereka belajar dengan tenang dan mudah. Guruguru yang reflektif mendalami segala isu dalam kelas, mereka juga cuba menyelesaikan masalah dalam kelas, sentiasa bertanggungjawab dan melakukan penilaian kendiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Norlia, Mohd Kidin dan Jamil 2007). & Jamil

Dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian matematik beberapa perkara perlu diselidiki. Tidak dapat dinafikan bahawa matematik itu sendiri satu mata pelajaran yang susah diterima oleh pelajar, ditambah pula dengan pengajaran dalam Bahasa Inggeris yang memerlukan kecekapan dan kefasihan berbahasa bagi kedua-dua pihak iaitu sama ada pelajar atau pun gurunya. Tanpa disedari miskonsepsi terhadap mata pelajaran matematik atau miskonsepsi dalam mempelajari matematik akan terus berlaku. Berdasarkan kepada perkara-perkara tersebut di atas, pengajaran guru di dalam bilik darjah sememangnya mudah tidak diberi perhatian oleh pelajar kecuali guru membuat sesuatu untuk membetulkan keadaan ini. Untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru boleh membuat refleksi awal sebelum pengajaran. Paling tidak guru perlu memulihkan miskonsepsi pelajar supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan lancar. Terdapat pelbagai kaedah untuk melihat miskonsepsi pelajar yang dapat dijalankan oleh guru di dalam bilik darjah. Antaranya, adalah dalam membuat penilaian secara lisan, kerja kumpulan, menganalisis soalan ujian dan juga
5

KRM 3033 : ASAS BENTUK DAN RUANG

menyemak buku latihan pelajar. Penyemakan buku latihan pelajar dapat memberi gambaran yang jelas tentang berlaku miskonsepsi pelajar. Tujuan menganalisis soalansoalan ini adalah sebagai satu tindakan refleksi untuk membekalkan maklumat kepada guru tentang pembelajaran yang pelajar terima daripada guru. Setiap pembelajaran akan mengubahkan tingkah laku dan sikap pelajar. Secara terang perubahanperubahan dalam pembelajaran matematik dapat dilihat melalui kerja-kerja

penyelesaian masalah matematik dalam buku pelajar.

Tiga miskonsepsi / Kesilapan murid

Kefahaman Logik : Kefahaman ini melibatkan kebolehan seseorang mengaitkan symbol dan tatatanda matematik dengan idea matematik yang berhubungan, serta menggabungkan idea-idea tersebut dalam satu rangkaian taakulan logik (tahu 'bagaimana', 'kenapa' dan'membentuk hujah'). Kefahaman instrumental tidak dianggap sebagai suatu kefahaman yang sebenar ( Skemp, 1987 ). " Instrumental understanding I would until recentlynot have regarded as understanding at all "( m.s : 153 ) Skemp seterusnya berpendapat bahawa setiap jenis kefahaman di atas boleh dikaitkandengan sistem kepercayaan yang tertentu dan tentang situasi matlamat pengajaran pendidikan dan matematik,

sifatpengetahuan

matematik

pembelajaran

matematik.Sistemkepercayaan ini akan mempengaruhi sikap dan tingkah laku guru.Tidak hairanlahbeberapa orang guru matematik yang mengajar sesuatu topik yang sama mempunyaitingkah laku yang berbeza .

Kefahaman Instrumental : Kefahaman ini membabitkan kebolehan seseorang menggunakan sesuatu prosedur matematik untuk menyelesaikan masalah tanpa mengetahui mengapa prosedur itu boleh menghasilkan penyelesaian (rules without reason ) - inilah amalan kebanyakkan guru dan murid pada hari ini. Berhubung dengan jenis kefahaman ini, Skemp (1987) telah memberikan contoh:

KRM 3033 : ASAS BENTUK DAN RUANG

Seorang guru telah menulis rumus luas segiempat tepat dipapan hitam; A = P x L Seorang murid yang berada di bahagian belakang kelas mengatakan dia tidak faham.Guru menjelaskan; " Untuk mencari luas segiempat tepat, kamu darabkan panjang dengan lebar segiempat tersebut " ." Oh, begitu... ", kata murid berkenaan.Seterusnya,guru tersebut memberi beberapa soalan latihan untuk mengira luas segiempat tepat.

Kefahaman Relasional : Kefahaman ini melibatkan kebolehanseseorang merumus peraturan atau prosedur khususdaripada perkaitan matematik yang umum ( knowing what to do and why ) - kefahaman jenis ini perlu kepada penguasaan konsep sepenuhnya. Pembetulan miskonsepsi / kesilapan murid

Pelajar tidak memahami bahawa soalan menyatakan dalam satu kotak. Pelajar tidak memahami istilah all together dalam bahasa Inggeris. Pada mereka all together hanya melibatkan proses kira campur (miskonsepsi bahasa). Pelajar terus membuat kiraan tanpa memikirkan langkah kerja yang sesuai untuk penyelesaian masalah iaitu dengan menggunakan 4 langkah dalam Model Polya.

KRM 3033 : ASAS BENTUK DAN RUANG

Secara khusus, dapat dikenalpasti bahawa pelajar tidak memahami Bahasa yang digunakan dalam soalan-soalan yang berbentuk ayat matematik. Perkataan seperti ...........There were 56 oranges in each box. How many are there all together?dan pecahan six tenths. Ditafsirkan sebagai 06.10. Pelajar tidak memahami soalan yang dibentuk dalam Bahasa Inggeris. Ini menjadi satu halangan bagi pelajar untuk menunjukkan jalan kerja yang betul.

Kefahaman yang serupa berlaku kepada pelajar ini. Semakan dan pembetulan hanya dibuat oleh rakan sebaya atau kemungkinan besar pelajar sendiri yang membuat semakan dan pembetulan. Pembetulan yang dibuat juga berlaku kesilapan pengiraan.

Soalan a dan b pelajar telah memperolehi jawapan kerana secara kebetulan setiap nombor boleh ditolak dengan mudah. Bagi c) pelajar tidak memperolehi jawapan walaupun telah menyusun semula nombor mengikut urutan besar kepada kecil. Proses pinjaman tidak dapat dilaksanakan, pelajar mengalami kekeliruan. Pelajar salah konsep dalam melaksanakan pengiraan bagi operasi kiratolak. Pelajar menyamakan pengiraan operasi kira tolak dengan kira tambah.

KRM 3033 : ASAS BENTUK DAN RUANG

Kesedaran ruang adalah intuisi individu terhadap bentuk, dan perkaitan yang wujud antara pelbagai jenis bentuk. Individu yang mempunyai kesedaran ruang tahu tentang aspek geometri yang ada, dan pelbagai bentuk yang terhasil daripada objek-objek yang terdapat dipersekitarannya. Selain itu individu yang mempunyai kesedaran ruang mempunyai keupayaan untuk membuat gambaran mental tentang hubungan antara sesuatu objek, dan ruang yang berkaitan. Mereka selesa apabila memberi penerangan tentang konsep geometri sesuatu objek, dan menghargai bentuk geometri yang

terdapat dalam lukisan, senibina, atau alam semulajadi. Sebagai guru matematik, kita perlu menerapkan kesedaran tentang ruang dalam kalangan murid. Contoh bentuk geometri yang ada di persekitaran kita perlu dikaitkan apabila menjelaskan tentang konsep geometri.

Contoh-contoh bentuk pepejal 3 matra

KRM 3033 : ASAS BENTUK DAN RUANG

Tiga objek sebenar mengikut jenis pepejal tiga matra dan ciri-cirinya Objek 1 : Piramid

Ciri-ciri Geometri Piramid Piramid ialah rajah yang mana tapaknya adalah sebarang polygon dan permukaannya mestilah berbentuk segitiga dengan bucu yang sama. Piramid dinamakan berdasarkan bentuk tapaknya. Piramid juga mempunyai punca (apex)

Pepejal

Bilangan Permukaan

Bilangan Sisi 8

Bilangan Bucu 5

piramid

tapak

segiempat sama piramid tepat tapak segiempat 5 8 5

10

KRM 3033 : ASAS BENTUK DAN RUANG

Objek 2 : Prisma segitiga

Dalam bentuk geometri, prisma segitiga adalah prisma yang mempunyai 3 sisi. Ia merupakan polygon yang dibentuk berdasarkan tapak yang berbentuk segitiga, salinan penjelmaan dan 3 permukaan yang dicantumkan sebelah menyebelah. Secara kesamaan, ia merupakan polygon dimana dua permukaan adalah selari, manakala permukaan tiga yang lain adalah sama (dimana ianya tidak selari dengan tapak dasar). Semua bahagian bersilangan kepada permukaan tapak adalah segitiga yang sama.

11

KRM 3033 : ASAS BENTUK DAN RUANG

Objek 3 : Silinder

Definisi Silinder Silinder adalah bentuk geometri 3 matra yang mempunyai dua knogruen dan tapak yang selari. Silinder kanan adalah silinder yang mana pusat tapaknya dijajarkan secara langsung antara satu sama lain. Silinder lengkuk ke kanan adalah apabila tapak silinder kanan berbentuk bulat.

Silinder oblig adalah apabila pusat tapak silider tidak sejajar secara langsung antara satu sama lain.

12

KRM 3033 : ASAS BENTUK DAN RUANG

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Kelas Tarikh Masa Mata pelajaran Tajuk Subtajuk Objektif pembelajaran Hasil pembelajaran

: Tahun 5 : 3 Oktober 2011 (Isnin) : 8.30 a.m. hingga 9.00 a.m. : Matematik : Bentuk dan ruang : Bentuk 2 matra : Cari perimeter bagi bentuk 2 matra. : Murid-murid dapat

i. mengira perimeter berdasarkan bentuk 2 matra a. segiempat sama dan segiempat sama b. segiempat tepat dan segiempat tepat c. segitiga dan segitiga Nilai murni Alat bantu mengajar : Yakin, kerjasama : Kad manila, pembaris, lembaran kerja

Aktiviti

1. Set Induksi (5 minit) i. Murid dikehendaki memilih bentuk-bentuk yang ada di dalam

kotak. Murid diminta menamakan bentuk yang diambil.

13

KRM 3033 : ASAS BENTUK DAN RUANG

ii. Murid diminta untuk mengira panjang ukur keliling bentuk tersebut. iii. Murid dikehendaki melekat kad bentuk mengikut nama dan menulis berapakah panjang ukur keliling bentuk tersebut. 2. Langkah 1 ( 4 Minit) i. ii. Murid diperkenalkan dengan rumus perimeter. Perimeter = Ukur keliling

3. Langkah 2 (8 minit) i. Murid dengar penerangan berdasarkan contoh. Murid

menjawab persoalan yang diajukan secara spontan. Contoh 1 : Cari perimeter rajah berikut. 3 cm

3 cm

3 cm

3 cm

3 cm

14

KRM 3033 : ASAS BENTUK DAN RUANG

Contoh 2 : Cari perimeter rajah berikut 5 cm

2 cm

2 cm

2 cm

5 cm 4. Langkah 3 (10 minit) i. ii. Murid menerima edaran lembaran kerja. Murid membuat latihan, murid yang lemah dibimbing secara individu.

5. Penutup (3 minit) i. Murid diminta mengingat semula tentang rumus perimeter dan operasi yang digunakan dalam pengiraan perimeter.

15

KRM 3033 : ASAS BENTUK DAN RUANG

4.0 REFLEKSI
Kekuatan pengajaran Pengajaran yang telah dilaksanakan mempunyai kekuatan tersendiri walaupun memang diakui terdapat kekurangannya. Daripada bilangan murid yang sedikit, ia telah membantu di samping guru itu sendiri menunjukkan ketegasan dalam pengajaran telah menjadikan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan sempurna seperti mana yang telah dirancang. Guru juga telah menunjukkan unsur peneguhan positif di dalam diri murid. Ini dapat dilihat melalui teguran membina kepada murid supaya berpakaian kemas di samping menunjukkan perwatakkan yang baik yang baik. Dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut, strategi pengajaran yanng digunakan adalah lebih berpusatkan murid. Ini dapat dilihat melalui penglibatan semua murid dalam aktiviti pembelajaran yang telah dilaksanakan. Murid juga kelihatan aktif dalam pembelajaran tersebut. Rentetan itu, iklim kelas adalah baik di mana suasana yang ditunjukkan oleh murid adalah ceria. Daripada pemerhatian yang dilihat, guru lebih ke arah membimbing murid-murid. Didapati, mana-mana murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran, guru bertindak membimbing secara individu murid untuk memudahkan pemahaman mereka dalam menyelesaikan masalah dalam sesuatu soalan yang diberikan. Begitu juga dengan penggunaan alat bantu mengajar juga sesuai. Guru telah menyediakan kad gambar bentuk, penyediaan soalan perbincangan di dalam kertas majong, marker, papan tulis dan menyediakan lembaran kerja kepada murid-murid. Penyediaan lembaran kerja seperti ini memang baik, kerana ia sangat menarik kelihatan kemas berbanding menyuruh murid-murid menyalin sendiri soalan di papan tulis.

16

KRM 3033 : ASAS BENTUK DAN RUANG

Kekurangan pengajaran Dalam perlaksanaan pengajaran tersebut terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikesan. Antaranya ialah tahap kelancaran atau kepetahan guru berkomunikasi tidak begitu lancar. Ada kalanya, seolah-olah guru tercari-cari apa yang hendak dikatakan. Di samping itu, suara ada kalanya tidak begitu begitu jelas. Satu kelemahan yang paling ketara ialah ketika melakukan penyemakan jawapan. Tanpa guru sedar tentang jawapan yang ditulis murid adalah salah tetapi guru tetap menandakan jawapan tersebut betul.Sepatutnya perkara ini tidak berlaku yang boleh menimbulkan keraguan murid. Di sini, murid-murid lain yang menydari kesilapan tersebut pun tidak bertindak memberitahu guru untuk membetulkan apa kesilapan tersebut. Dari segi penggunaan papan tulis, guru dari peringkat awal sudah menunjukkan ketidaksesuaian. Ini kerana kad gambar bentuk yang dilekat secara berturutan memang dan menulis nama bentuk di sebelah kanan kelihatan membzair ruang. Begitu juga dengan kertas majong yang dilekatkan di papan tulis, apa yang sudah ditulis di hadapan tidak dipadam perbincangan. Walaupun penglibatan murid adalah baik, tetapi teknik penyampaian terutama dari segi teknik penyoalan murid masih kurang berkesan. Ini dapat dilihat ada kalanya murid kelihatan pasif mungkin kerana ada rasa gentar di kalangan murid tertentu apabila disoal sama ada memang faham atau tidak tentang apa yang diajar. Penggunaan masa juga ada kelemahan kerana didapati peruntukan masa dalam pengajaran tersebut ialah 30 minit tetapi guru menggunakan masa 29 minit 40 saat untuk menyelesaikan sesi pengajarannya. Semasa melakukan aktiviti perbincangan dalam kumpulan, struktur susunan meja tersebut menyukarkan pergerakkan murid hingga menyebabkan mereka terpaksa berdiri ketika melakukan perbincangan. terlebih dahulu sebelum sebelum melekatkan hasil

17

KRM 3033 : ASAS BENTUK DAN RUANG

Langkah mengatasi Setiap sesi pengajaran yang dilaksanakan memang ada kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri sama ada disedari ataupun tidak ketika melakukan proses pengajaran waktu itu. Dengan adanya kita membuat imbasan kembali atau merenung semula bagaimana perlaksanaan pengajaran yang telah kita lakukan berkesan atau tidak, maka dapatlah kita bertindak untuk memperbaiki kelemahan yang dapat dikesan untuk keberkesanan pengajaran seterusnya. Kesilapan menyemak jawapan di hadapan perlu diambil perhatian, sepatutnya kita sudah bersedia dengan jawapannya di mana kita perlu mencatatkan apakah jawapan bagi setiap soalan yang dikemukakan terutamanya untuk bahagian perbincangan seperti yang telah dibuat. Sepatutnya, apabila kita menyedari kesilapan jawapan tersebut, kita perlu maklumkan sekali algi kepada murid tentang jawapan yang diberikan tersebut kurang tetap sebagai pengetahuan semua murid. Ketidakpetahan atau tidak lancar berkomunikasi masih boleh diperbaiki. Di sini, kita dari semasa ke semasa boleh melatih diri untuk berkomunikasi dengan lancar dan berkesan. Persediaan untuk menyampaikan isi pelajaran itu amat penting supaya apa yang diajar kepada murid dapat diterima dengan baik. Begitu juga dengan penggunaan papan tulis sepatutnya dirancang dengan baik untuk penggunaan ruang. Misalanya, kad gambar bentuk yang dilekatkan di depan mesti disusun dengan tersusun dan di bawahnya ditulis nama bentuk tersebut. Seterusnya, sebelum melekatkan hasil kerja murid, sepatutnya diarah murid yang bertugas untuk membersihkan papan tulis tersebut. Jika ia terancang, ia kelihat kemas dan tersusun menyenangkan mata memandang. Dari segi tulisan di papan yang kurang kemas masih boleh diperbaiki. Untuk mengelakkan murid daripada dibelenggu rasa takut dengan guru, maka kita hendaklah menunjukkan perwatakkan yang ceria di dalam kelas dan jangan kita terlalu menekan minda murid untuk memahami sesuatu yang disampai, biarlah mereka sendiri meneroka ilmu itu sendiri di samping guru berperanan sebagai pembimbing yang baik kepada murid-murid.
18

KRM 3033 : ASAS BENTUK DAN RUANG

Penggunaan masa ketika melaksanakan sesuatu pengajaran boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Ini bergantung bagaimana seseorang mengendalikan masa ketika melaksanakan pengajaran, kebijaksanaan guru perlu ada. Ini kerana kepelbagaian aras kebolehan murid menyumbang kepada terjejasnya masa pengajaran kita. Oleh itu, pengalaman yang lepas-lepas penting untuk membantu kita mengatasi masalah penggunaan masa denganberkesan. Susunan meja ketika pembelajaran memang sesuai dengan bilangan murid yang sedikit. Semasa melakukan aktiviti perbincangan, kita boleh mengarahkan murid untuk bergerak menyusun semula meja mengikut keselesaan mereka. Ini memudahkan mereka bertindak. Kekuatan dan kekurangan dalam pengajaran yang telah dilaksanakan memang sudah menjadi kebiasaaan dalam dunia pengajaran. Dengan adanya pengesanan kekurang melalui aktiviti refleksi ekndiri sudah pasti sedikit sebanyak membantu kita sebagai guru bertindak untuk memperbaiki kelemahan tersebut supaya kita dapat melaksanakan pengajaran yang lebih baik pada masa akan datang. Kita dapat merancang pengajaran yang dengan lebih baik berdasarkan tahap kebolehan murid yang ada di dalam kelas tersebut untuk memboleh murid-murid kita memahami apa yang diajar dengan lebih mudah.

19

KRM 3033 : ASAS BENTUK DAN RUANG

5.0 BIBLIOGRAFI
Ball, D. & Bass, H. 2003. Making mathematics reasonable in school. A research companion to Principles and Standards for School Mathematics (ms. 27-44). Reston: VA: national Council for Teachers of Mathematics.

Kilpatrick, J. Swafford, J. Findell, B. 2001. Adding it up: Helping children learn mathematics. Mathematics Learning Study Committee, Center for Education, Division of Behavioral and Social Sciences and Education. Washington, DC: National Academy Press.

McDermott, L. (1984). Research on conceptual understanding of physics. Physics today. 37: 24- 32

MacGregor, M., & Moore, R. 1991. Teaching mathematics in the multicultural classroom. Melbourne, Australia: University of Melbourne.

Norlia Goolamally, Jamil Ahmad. 2008. Limited English proficiency students and misconception in Mathematics: A case study. Proceedings International Conference on the education of learner diversity (ICELD) 2008. 26-27 August 2008, Marriot Hotel, Putrajaya.

Norlia Goolamally, Mohd Kidin Shahran, Jamil Ahmad. 2007. Action Research: Creating Connections Within The Classroom Practice. Proceedings International Conference Asian

Short, D. J., & Spanos, G. 1989. Teaching mathematics to limited English proficient students.

20

Anda mungkin juga menyukai