Anda di halaman 1dari 6

PERKAHWINAN CAMPUR

DIPLOMA SENI BINA SEMESTER 1


NAMA PELAJAR NURUL AIN BINTI RAMZA UMMI NORR HAZIRA BINTI SOFIAN WAN NOR SALINA BINTI WAN ISMAIL NOOR CAHAYA BINTI MEHAT ANIZA ATASHA BINTI AZIS NO.MATRIK DDR0511139 DDR0511152 DDR0511153 DDR0511151 DDR05110160

OBJEKTIF
1

Objektif perkahwinan campur adalah untuk mengkaji pandangan masyarakat terhadap perkahwinan campur.Selain itu,dapat mengkaji kebaikan dan keburukan dalam perkahwinan campur dan mengkaji tahap perpaduan kaum dan rakyat

DEFINISI
Perkahwinan campur asalnya digunakan oleh pihak gereja Katholik untuk menyatakan sebuah perkahwinan antara seorang Kristian dan seorang bukan Kristian. Tapi,pada hari ini,perkahwinan campur bermaksud sebuah perkahwinan yang melibatkan dua orang yang mempunyai agama,kewarganegaraan dan bangsa yang berlainan. Oleh itu,kahwin campur boleh dikelaskan kepada 3 kategori, iaitu kahwin campur antara kaum, kahwin campur antara Negara dan kahwin campur antara agama.Kahwin campur antara kaum melibatkan dua individu yang berlaianan kaum, sebagai contoh,seorang lelaki India berkahwin dengan perempuan Cina.Kahwin campur antara Negara melibatkan kewarganegaraan,sebagai contoh seorang muslim berbangsa melayu berkahwin dengan seorang muslim yang bangsa Arab.Kahwin campur antara agama melibatkan dua individu yang menganut agama yang berbeza.sebagai contoh seorang Hindu berkahwin dengan seorang Budha.

PENGENALAN
Kahwin campur bukanlah masalah atau memberatkan tanggungjawab seseorang individu itu. Namun agama Islam menegaskan bahawa bangsa asing berlainan agama yang mahu berkahwin dengan orang Islam itu perlu memeluk agama Islam terlebih dahulu.
2

Allah swt menjadikan manusia yang berpasangan supaya dapat melahirkan zuriat yang soleh dan solehah seperti firman Nya yang bermaksud ; Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.(Yaasin;36) . Sudah terbukti bahawa Allah menjanjikan segala ciptaanya dibumi akan diberi pasangan .

Jika kita perhatikan kejadian di langit dan di bumi, jelas menampakkan kebenaran ayat ini. Setiap yang kita saksikan ada pasangannya. Keadaan tanah di bumi, tidak sama rata semuanya, bahkan dijadikan berpasangan antara tinggi dan rendah. Di suatu kawasan penuh dengan tumbuhan menghijau. Di kawasan yang lain berpadang pasir. Daratan berpasangan dengan lautan. Pokok-pokok yang meliputi bumi ini ada yang jantan dan betina. Kemudian Allah jadikan pula malam berpasangan dengan siang meliputi alam ini. Binatang-binatang yang hidup di daratan dan di lautan juga berpasangan jantan dan betinanya.

Perkahwinan campur merupakan perkahwinan antara dua pihak yang berlainan agama,bangsa,malah kewarganegaraan.Ia merupakan perkahwinan yang melibatkan penyatuan antara dua insan dari golongan yang berbeza sama ada agama atau bangsa yang juga dipanggil Epistonolgical. Perkahwinan campur telah lama dipraktikkan dalam sejarah terutamanya bagi mengeratkan hubungan antara Negara dan kaum. Contohnya perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah. Oleh itu,perkataan kahwin campur adalah tidak asing bagi rakyat Malaysia. Masyarakat majmuk di malaysia adalah kesan daripada perkahwinan campur di Malaysia sejak dulu hingga kini. Islam juga tidak melarang sebarang bentuk perkahwinan termasuklah perkahwinan asalkan ianya menurut kehendak syarak seperti dinyatakan dalam ayat al Quran ; Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuanperempuan yang lain dua,tiga atau empat.Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (diantara isteri-isteri kamu)maka berkahwinlah dengan seorang sahaja (surah An-Nisaa ayat 3)

KEBAIKAN PERKAHWINAN CAMPUR


Di antara kebaikan perkahwinan campur ialah , pertamanya ialah pasangan itu berpeluang untuk berkenalan di antara satu sama lain. Bukan sahaja dengan pasangannya bahkan
3

seluruh keluarga yang terlibat dan ini bertepatan dengan hikmah atau tujuan Allah mencipta manusia dari berbilang bangsa, puak dan kaum supaya dapat bersatu padu dalam menguatkan ukhuwah islam.seperti firman Allah swt yang bermaksud : Wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-banga dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. (al-Hujuraat: 13)

Kadar maksiat seperti berkesedudukan juga dapat dikurangkan. Kahwin campur dapat menyebarkan dakwah keagamaan, misalnya agama Islam. Aspek negara kahwin campur dapat memupuk sikap perpaduan dan keharmonian diantara kaum-kaum. Dari segi ekonomi pula, dapat dijana melalui pelbagai upacara perkahwinan yang dijalankan

Selain itu, keistimewaan paling utama terletak pada zuriat yang bakal dilahirkan. Mereka adalah pembawa baka genetik yang diwarisi daripada keturunan nenek moyang keduadua ibu bapanya,'' Hakikatnya, berkahwin dengan saudara baru merupakan dakwah praktikal yang paling mujarab kerana ia akan menyebarkan keturunan di kalangan bukan Islam.

KEBURUKAN PERKAHWINAN CAMPUR


Masih terdapat masyarakat yang berfikiran tertutup dan menganggap bahawa perkahwinan campur merupakan seuatu yang tidak baik.Akibat perkahwinan campur sesetengah masyarakat semakin hilang sifat hormat-menghormati.Kesan negetif ini perlu dipandang serius dan perlu di titip beratkan supaya pemasalah ini dapat diatasi.

Walau bagaimanapun , perkahwinan campur dapat memupuk kesefahaman diantara pelbagai kaum namun realitinya konflik kadang-kadang terjadi sekiranya pegangan agama tidak mengadaptasi pelbagai budaya. Ditambah pula dengan tiadanya tolak ansur antara kedua pihak. Pegangan agama juga mudah goyah dan sesat disebabkan terikut budaya asing yang lebih terbuka. Berkemungkinan juga akan timbulnya masalah komunikasi antara pasangan dan ahli keluarga dan kadang kala akan timbul pula masalah bagi kita bukan Islam.

IMPLIKASI PERKAHWINAN CAMPUR


Perkahwinan campur dalam kalangan masyarakat di Malaysia meninggalkan impak bukan sahaja terhadap pihak-pihak yang terlibat secara langsung, tetapi juga terhadap masyarakat sekeliling dan keadaan sosiologi sesebuah Negara. Impak tersebut dapat dilihat daripada dua sudut iaitu sudut positif dan sudut negatif.

KESIMPULAN
Pekahwinan campur kini merupakan suatu yang sering kita dengar dalam kalangan masyarakat Malaysia.Namun begitu,masyrakat secara umumnya masih sangsi dengan keberkesanan penyatuan dua budaya yang berbeza sama ada dari segi bangsa atau agama.Pandangan masyrakat yang skeptikal dan masih berfikiran tertutup juga menyumbang kepada kesukaran pasangan dalam perkahwinan campur dagi menjalani hidup seharian. Masyarakat Muslim di Malaysia sendiri sering beranggapan bahawa golongan bukan Muslim yang memeluk Islam hanyalah semata-mata untuk perkahwinan sekaligus melemahkan semangat saudara baru ini untuk lebih mendalami Islam.

Tuntasya, perkahwinan campur jika dilakukan atas landasan yang betul, akan melahirkan zuriat yang ketara dari segi kecerdikan, kepintaran dan kecantikan hasil percantuman darah yang berbeza. Jika kita berpegang kepada prinsip amar makruf nahi mungkar . insyaallah kehidupan akan bahagia hingga ke hujung usia.

RUJUKAN
http://drnikrahim.wordpress.com/2010/11/19/permasalahan-kahwin-campur-wawancara-2/ Al-quran