Anda di halaman 1dari 18

Kecemerlangan insan istimewa, Kegemilangan bersama

Anjuran: Program Pendidikan Khas Integrasi SK Rancha-Rancha, Sekolah Kebangsaan Rancha-Rancha, Peti Surat 80355, 87013 Wilayah Persekutuan Labuan.

1.0

PENGENALAN

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, kurikulum Pendidikan Khas juga turut digubal bagi melahirkan murid-murid berkeperluan khas yang mampu membawa dimensi baru dalam dunia pendidikan. Menyedari hakikat tentang keperluan pendidikan dan pembelajaran bagi murid-murid berkeperluan khas ini, pelbagai program telah disusun atur sebagai langkah untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan juga Falsafah Pendidikan Khas. Penyertaan murid-murid berkeperluan khas sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam atau di luar bilik darjah merupakan intipati di dalam dunia Pendidikan Khas yang perlu didedahkan kepada semua murid-murid pendidikan khas. Sehubungan dengan itu, satu program telah dirangka bagi mencapai segala harapan untuk murid berkeperluan khas ini. Program tersebut adalah Minggu Pengurusan Diri. Minggu Pengurusan Diri merupakan aktiviti yang dijalankan setiap tahun untuk murid-murid Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran SK Rancha-Rancha. Program ini dijalankan selama satu minggu bagi membantu dan memberi pendedahan awal kepada murid berkeperluan khas untuk menguruskan diri sendiri dengan bimbingan guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid. Selain daripada pengurusan diri sendiri seperti berpakaian kemas dan bersih, murid-murid juga diberi penekanan terhadap disiplin dan peraturan yang telah digariskan oleh pihak sekolah. Pendedahan ini membantu murid-murid dengan kepelbagaian keupayaan untuk lebih mengahargai diri dan sekaligus menjalani kehidupan bermakna. Selain itu, program ini merupakan kolaborasi bersama dengan Jabatan Kesihatan WP Labuan dan guru-guru aliran perdana. Dengan terjalinnya hubungan antara pihak sekolah dengan agensi luar akan dapat meningkatkan tahap keyakinan diri murid-murid pendidikan khas untuk bersosialisasi. 2.0 OBJEKTIF 2.1 2.2 2.3 2.4 3.0 Membimbing murid berpakaian dengan betul. Menggalakkan murid berpakaian dengan bersih dan kemas. Memberi pendedahan tentang penjagaan tubuh badan seperti gigi dan kuku. Menggalakkan murid berdisiplin dan mengikut peraturan sekolah.

KETETAPAN PROGRAM Tarikh Hari Masa Tempat ::::04 08 Januari 2013 Isnin hingga jumaat 7.00 pagi 12.30 pagi Kelas PPKI

4.0

SASARAN Semua murid pendidikan khas, PPKI SK Rancha-Rancha, WP Labuan.

5.0

JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi Program Naib Pengerusi Program Penyelaras Program Ahli Jawatankuasa : En. Jaafar Bin Haji Matusin ( Guru Besar ) : Pn. Maimunah Binti Latip ( Penolong Kanan Pendidikan Khas ) : Pn. Nurita Binti Juslin ( Ketua Bidang Pengurusan Kehidupan ) : 1. 2. 3. 4. En. Mohd Fahmi Bin Punggot En. Rodhy Edward Jalin Pn. Liza Atiu Cik Ummi Kalsom Binti Mohamad Suddin

Kebersihan dan Kawalan Pelajar

: Semua Guru Semua PPM

6.0

AHLI JAWATANKUASA KERJA Slot Majlis Perasmian : Pn. Maimunah Binti Latip Slot Sehari Bersama Klinik Pergigian WP Labuan Slot Majlis Penutupan Slot Pemeriksaan Kebersihan Diri (kuku, gigi, leher, tangan dan kaki) : Guru kelas Usop Guru kelas Upin Guru kelas Ujang

Slot Memberus Gigi selepas : Pn. Nurita Binti Juslin rehat Pn. Maria Goretti Philip AJK Persediaan Tempat dan Penyediaan Bahan Slot Tayangan Video / Lagu Slot Pertandingan Pertandingan bercerita berpandu. Pertandingan marathon urus diri. Pertandingan membina BBM. Slot Taklimat dan Simulasi / Tunjuk Cara Kebersihan dan Kawalan Pelajar : En. Mohd Fahmi Bin Punggot : En. Rodhy Edward Anak Edward Jalin Pn. Liza Atiu Cik Ummi Kalsom Binti Mohamad Suddin

: Pn. Liza Atiu En. Mohd Fahmi Bin Punggot : Semua Guru Semua PPM

7.0

PERINCIAN TUGAS AHLI JAWATANKUASA AJK Nama En. Jaafar Bin Haji Matusin Guru Besar Pn. Maimunah Binti Latip Penolong Kanan Pendidikan Khas Tugas / Tanggungjawab - Pengerusi Minggu Pengurusan Diri tahun 2013. - Naib Pengerusi Minggu Pengurusan Diri tahun 2013. - Merancang aktiviti. - Memastikan semua aktiviti sepanjang minggu berjalan lancar. - Mengambil maklum kejayaan dan kekangan sepanjang program berlangsung. - Menyemak kertas kerja. - Melantik AJK Kerja. - AJK Protokol. - Menyelaras Minggu Pengurusan Diri bagi tahun 2013. - Membantu Naib Pengerusi merancang aktiviti sepanjang Minggu Pengurusan Diri. - Menyediakan kertas kerja. - Menyediakan surat jemputan. - Memaklumkan keberkesanan dan kekangan Minggu Pengurusan Diri. - Mendokumentasikan perjalanan aktiviti dalam bentuk hardcopy dan softcopy. - Mengambil gambar dan merakamkan perjalanan aktiviti. - Mengacarakan slot / sesi. - Menyediakan tempat / tapak aktiviti. - Menyediakan peralatan dan bahan aktiviti. - Memastikan tapak aktiviti bersih dan selamat sebelum dan selepas aktiviti berlangsung. - Memastikan peralatan yang digunakan oleh para peserta selamat digunakan.

Pengerusi Program Naib Pengerusi

Penyelaras Program

Pn. Nurita Binti Juslin Guru Pendidikan Khas Integrasi

Ahli Jawatankuasa

1. En. Mohd Fahmi Bin Punggot 2. En. Rodhy Edward Anak Edward Jalin 3. Pn. Liza Atiu 4. Cik Ummi Kalsom Binti Mohamad Suddin Semua guru Semua PPM.

AJK Kebersihan dan Kawalan Pelajar

8.0

AKTIVITI YANG DIJALANKAN: 8.1 8.2 8.3 8.4 8.5 Aktiviti memberus gigi selepas waktu rehat. Taklimat / ceramah tentang penjagaan diri. Simulasi memakai pakaian dan kasut. Memeriksa kebersihan diri ~ tubuh badan (kuku, gigi, leher, tangan dan kaki). Program Sehari Bersama Klinik Pergigian WP Labuan.

8.6 8.7 8.8 8.9 8.10 9.0

Kekemasan diri ~ melipat baju dan menggosok pakaian. Pertandingan bercerita berpandu Pertandingan Marathon Urus Diri Pertandingan membina Bahan Bantu Mengajar (BBM) Tayangan video tentang pengurusan diri.

TENTATIF PROGRAM

Berikut adalah tentatif Minggu Pengurusan Diri bagi tahun 2013 :TARIKH 04.02.2013 Isnin 06.02.2013 Rabu AKTIVITI Perhimpunan pagi. Perasmian Minggu Pengurusan Diri. Pemeriksaan kuku. Aktiviti memberus gigi. Tayangan Video tentang pengurusan diri. Pemeriksaan kuku. Pendidkan Muzik ~ Lagu-lagu tentang pengurusan diri. Pengenalan kepada pakaian (uniform sekolah, pakaian pendidikan jasmani, pakaian unit beruniform serta pakaian pengawas). Aktiviti memberus gigi. Sesi latihan ~ Sebut dan Padan, tunjuk dan sebut serta surih perkataan. Mewarna gambar. Pendedahan tatacara sebelum, semasa dan selepas makan. Tunjuk cara mencuci tangan, mencuci muka dan menggunakan tandas. Pemeriksaan kuku. Pengenalan tentang disiplin dan peraturan sekolah. Pertandingan bercerita berpandu. Simulasi memakai baju dan mengikat kasut. Membimbing murid minum dan makan dengan betul. Kelas dan Bilik Urus Diri ceria. Pertandingan membina BBM.

05.02.2013 Selasa

07.02.2013 Khamis 08.02.2013 Jumaat

Slot Program bersama Klinik Kesihatan WP Labuan (Pergigian). **Pengisian program disediakan oleh Klinik Kesihatan WP Labuan (Pergigian). Pemeriksaan kuku. Pertandingan marathon urus diri. Aktiviti memberus gigi. Pengenalan kepada bahan dan peralatan membersihkan rumah dan pakaian. Majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang (Pertandingan).

10.0

ANGGARAN BELANJAWAN Tiada. ~ Hadiah murid hasil kerja murid yang terpilih. ~ Cenderahati bahan sedia ada

11.0

PENGESAHAN Disemak oleh: ( MAIMUNAH BINTI LATIP ) Penolong Kanan Pendidikan Khas Program Pendidikan Khas Integrasi, SK Rancha-Rancha, WP Labuan. Tarikh: .

Disediakan oleh, ( NURITA BINTI JUSLIN ) Guru Pendidikan Khas PPKI-BP Program Pendidikan Khas Integrasi, SK Rancha-Rancha, WP Labuan Tarikh:

Disahkan oleh:

( JAAFAR BIN HAJI MATUSIN ) Guru Besar, SK Rancha-Rancha, WP Labuan Tarikh: .

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Tarikh:

04.02.2013 (Isnin)
Matapelajaran:

Tajuk/Tema Tunjang Utama Standard Kandungan Standard Pembelajaran Objektif Pembelajaran

: : :

MINGGU PENGURUSAN DIRI PPKI Ketrampilan diri

URUS DIRI
Kelas:

- USOP - UPIN - UJANG


Masa:

07.00 12.30
Bilangan Masa:

Aktiviti P&P

10

Jumlah Murid:

/ 16

2.1 Mengamalkan penjagaan kebersihan diri 2.2 Mengamalkan penjagaan kebersihan pakaian : 2.1.2 Latihan amali 2.2.2 Menjaga kebersihan pakaian : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat; i) Mendengar dan memahami arahan guru. ii) Menjaga kebersihan anggota tubuh badan terutamanya kuku dan gigi. iii) Memakai pakaian dengan betul. iv) Mencuci tangan dan muka dengan betul dan bersih. v) Menggunakan tandas dengan betul. : 1. Perhimpunan pagi. Semua murid berkumpul di tapak perhimpunan (dewan sekolah) untuk mengikuti perhimpunan pagi. Semua murid kembali ke kelas PPKI setelah tamat perhimpunan pagi. Pengawas, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas akan memastikan semua murid berada di dalam kelas masing-masing. Ketua Kelas memaklumkan kepada guru kelas ketidakhadiran murid PPKI. 2. Perasmian Minggu Pengurusan Diri Semua murid dikumpulkan di dalam kelas Usop dan Upin untuk mengikuti Perasmian Minggu Pengurusan Diri. Perasmian program dilakukan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas. Semua murid mendengar amanat dan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu pengurusan diri daripada Penolong Kanan Pendidikan Khas. Semua guru memberikan ucapan dan harapan agar semua murid memberikan kerjasama. Semua murid dibahagikan kepada tiga (3) kumpulan, iaitu kumpulan BERSIH, kumpulan KEMAS dan kumpulan CERIA. Pelantikan Penghulu dan Penghuluwati Minggu Pengurusan Diri bagi tahun 2013. 3. Pemeriksaan kuku. Semua murid berkumpul mengikut kumpulan (Bersih, Kemad dan Ceria). Murid diberi penerangan tentang cara dan teknik memotong kuku dengan betul. Murid diberi penerangan tentang aspek keselamatan yang perlu dipatuhi ketika memotong kuku. Murid yang berkuku panjang akan diberi peralatan memotong kuku (penyepit kuku). Semua murid yang berkuku panjang dari ketiga-tiga kumpulan dikumpulkan dan diarahkan memotong kuku dengan pengawasan guru. Murid yang tidak tahu memotong kuku akan dibantu dan dibimbing

oleh guru dan pembantu pengurusan diri. Semua murid diarahkan mencuci tangan dengan bersih selepas memotong kuku dan mengeringkan tangan selepas mencuci tangan.

4. Aktiviti memberus gigi Semua murid berkumpul di kelas Ujang untuk mengambil berus dan ubat gigi daripada AJK Memberus Gigi. Murid melakukan aktiviti memberus gigi di hadapan kelas. Murid dibimbing untuk menyimpan peralatan memberus gigi di tempat yang telah disediakan. Murid yang tidak mengikuti peraturan ketika memberus gigi akan diberi peneguhan. 5. Tayangan Video / Slide. Semua murid dikumpulkan di kelas Usop dan Upin mengikut kumpulan masing-masing. Semua murid diminta memberi tumpuan terhadap tayangan video / slaid. Semua murid bersoal jawab dengan guru tentang video / slaid yang telah dipertontonkan. Murid yang berjaya menjawab soalan akan diberikan hadiah sebagai peneguhan.
Nilai EMK BBM : : :

Kerjasama, kebersihan, mematuhi arahan Kerohanian, sikap dan nilai, Teknologi maklumat dan komunikasi, Pendidikan Muzik Kad imbasan, pemotong kuku, video, tv, komputer bimbit, berus dan ubat gigi, kad imbasan, pensel warna, uniform sekolah, pakaian sukan, pakaian pengawas dan pakaian unit beruniform.

Refelksi

Tarikh:

05.02.2013 (Selasa)
Matapelajaran:

Tajuk/Tema Tunjang Utama Standard Kandungan Standard Pembelajaran Objektif Pembelajaran

: : :

MINGGU PENGURUSAN DIRI PPKI Ketrampilan diri

URUS DIRI
Kelas:

- USOP - UPIN - UJANG


Masa:

07.00 12.30
Bilangan Masa:

Aktiviti P&P

10

Jumlah Murid:

/ 16

2.1 Mengamalkan penjagaan kebersihan diri 2.2 Mengamalkan penjagaan kebersihan pakaian : 2.1.2 Latihan amali 2.2.2 Menjaga kebersihan pakaian : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat; (i) Mendengar dan memahami arahan guru. (ii) Menjaga kebersihan anggota tubuh badan terutamanya kuku dan gigi. (iii) Memakai pakaian dengan betul. (iv) Mencuci tangan dan muka dengan betul dan bersih. (v) Menggunakan tandas dengan betul. : 1. Pemeriksaan kuku. Semua murid berkumpul mengikut kumpulan. Guru kelas Usop, Upin dan Ujang akan memeriksa kuku murid. Murid yang berkuku panjang diarahkan memotong kuku bersamasama dengan seliaan guru. Murid yang tidak tahu memotong kuku akan diberi tunjuk ajar memotong kuku dengan betul. 2. Pendidikan Muzik Semua murid dikumpulkan di dalam kelas Usop dan Upin untuk mengikuti Pendidikan Muzik. Pendidikan Muzik bertemakan tentang kebersihan dan pengurusan diri. 3. Pengenalan kepada pakaian. Semua murid berkumpul mengikut kumpulan. AJK Slot Taklimat dan Simulasi / Tunjuk Cara akan menunjukkan kepada semua murid pakaian-pakaian yang dipakai ke sekolah iaitu terdiri daripada uniform sekolah, baju sukan (Pendidikan Jasmani), baju unit beruniform dan pakaian pengawas sekolah. Murid diterangkan tentang kesan positif memakai pakaian sekolah. Murid ditunjukkan cara memakai pakaian dengan tertib yang betul. Murid yang tidak boleh memakai pakaian akan dibimbing oleh guru. 4. Aktiviti memberus gigi Semua murid berkumpul di kelas Ujang untuk mengambil berus dan ubat gigi daripada AJK Memberus Gigi. Murid melakukan aktiviti memberus gigi di hadapan kelas. Murid dibimbing untuk menyimpan peralatan memberus gigi di tempat yang telah disediakan. Murid yang tidak mengikuti peraturan ketika memberus gigi akan diberi peneguhan. 5. Sesi Latihan dan Pengukuhan: Semua murid dikumpulkan di kelas Usop dan Upin mengikut kumpulan masing-masing. Semua murid melakukan aktiviti Sebut dan Padan, Tunjuk dan Sebut serta Surih Perkataan. Aktiviti ini berbeza mengikut tahap /

kategori murid. Semua murid diberi lembaran kerja ~ mewarna gambar.

6. Tatacara Makan Semua murid diberi penerangan tentang tatacara sebelum, semasa dan selepas makan. Murid yang beragama Islam diminta membaca doa makan. Murid yang tidak tahu membaca doa akan dibimbing oleh guru. Murid diminta melakonkan semua tatacara makan yang betul. Murid yang tidak beradab dan tidak mematuhi tatacara sebelum, semasa dan selepas makan akan dibimbing secara berkumpulan atau individu. 7. Latihan / Amali: (i) Mencuci Tangan dan Muka Semua murid diberi penerangan secara terperinci tentang mencuci tangan dan muka serta menggunakan tandas. Semua murid diberi tunjuk cara mencuci tangan dan muka dengan betul oleh guru. Semua murid diminta mencuci tangan dan muka secara individu tanpa bimbingan guru. Murid yang tidak boleh mencuci tangan dan muka dengan betul akan dibimbing oleh guru. (ii) Penggunaan Tandas (Tandas Duduk / Tandas Mencangkung) Semua murid diberi penerangan tentang tandas duduk dan tandas mencangkung. Semua murid ditunjukkan kad imbasan tandas duduk dan tandas mencangkung. Semua murid dberi pendedahan mengenai tatacara penggunaan tandas duduk dan mencangkung dengan betul. Semua murid diminta membuat simulasi secara individu. Murid yang tidak boleh melakukan amali akan diberi bimbingan secara individu oleh guru.
Nilai EMK BBM : : :

Kerjasama, kebersihan, mematuhi arahan Kerohanian, sikap dan nilai, Teknologi maklumat dan komunikasi, Pendidikan Muzik Kad imbasan, pemotong kuku, video, tv, komputer bimbit, berus dan ubat gigi, kad imbasan, pensel warna, uniform sekolah, pakaian sukan, pakaian pengawas dan pakaian unit beruniform.

Refelksi

Tarikh:

06.02.2013 (Rabu)
Matapelajaran:

Tajuk/Tema Tunjang Utama Standard Kandungan Standard Pembelajaran Objektif Pembelajaran

: : :

MINGGU PENGURUSAN DIRI PPKI Ketrampilan diri

URUS DIRI
Kelas:

- USOP - UPIN - UJANG


Masa:

07.00 12.30
Bilangan Masa:

Aktiviti P&P

10

Jumlah Murid:

/ 16

2.1 Mengamalkan penjagaan kebersihan diri 2.2 Mengamalkan penjagaan kebersihan pakaian : 2.1.2 Latihan amali 2.2.2 Menjaga kebersihan pakaian : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat; i. Mendengar dan memahami arahan guru. ii. Menjaga kebersihan anggota tubuh badan terutamanya kuku dan gigi. iii. Memakai pakaian dengan betul. iv. Mencuci tangan dan muka dengan betul dan bersih. v. Menggunakan tandas dengan betul. : 1. Pemeriksaan kuku. Semua murid berkumpul mengikut kumpulan. Guru kelas Usop, Upin dan Ujang akan memeriksa kuku murid. Murid yang berkuku panjang diarahkan memotong kuku bersamasama dengan seliaan guru. Murid yang tidak tahu memotong kuku akan diberi tunjuk ajar memotong kuku dengan betul. 2. Disiplin dan Peraturan Sekolah. Semua murid dikumpulkan di dalam kelas Usop dan Upin untuk diberi penerangan oleh guru tentang disiplin dan peraturan sekolah. 3. Marathon Urus Diri Semua murid berkumpul mengikut kumpulan masing-masing. Ketua kumpulan akan memastikan semua ahli kumpulan mencukupi. Semua murid diberi penerangan tentang peraturan dan aktiviti yang perlu dijalani di dalam Marathon Urus Diri. 4. Latihan / Amali: (i) Memakai baju dan seluar Semua murid diberi penerangan secara terperinci tentang mencuci tangan dan muka serta menggunakan tandas. Semua murid diberi tunjuk cara mencuci tangan dan muka dengan betul oleh guru. Semua murid diminta mencuci tangan dan muka secara individu tanpa bimbingan guru. Murid yang tidak boleh mencuci tangan dan muka dengan betul akan dibimbing oleh guru. (ii) Mengikat Kasut (Bertali) Semua murid diberi penerangan tentang tandas duduk dan tandas mencangkung. Semua murid ditunjukkan kad imbasan tandas duduk dan tandas mencangkung. Semua murid dberi pendedahan mengenai tatacara penggunaan tandas duduk dan mencangkung dengan betul. Semua murid diminta membuat simulasi secara individu. Murid yang tidak boleh melakukan amali akan diberi bimbingan secara individu oleh guru.

5. Minum dan Makan (Waktu Rehat Murid ~ 9.00-9.30 pagi) Semua murid berkumpul di kantin sekolah. Semua murid diminta mengimbas kembali aktiviti pada sesi lepas iaitu tatacara sebelum, semasa dan selepas makan. Murid dan guru makan bersama di kantin sekolah. Semua murid dipantau ketika makan. Penutup ~ Murid-murid yang tidak dapat mematuhi tatacara makan dengan betul diberi peneguhan. 6. Aktiviti Memberus Gigi. Semua murid berkumpul di kelas Ujang untuk mengambil berus dan ubat gigi daripada AJK Memberus Gigi. Murid melakukan aktiviti memberus gigi di hadapan kelas. Murid dibimbing untuk menyimpan peralatan memberus gigi di tempat yang telah disediakan. Murid yang tidak mengikuti peraturan ketika memberus gigi akan diberi peneguhan. 7. Keceriaan Kelas dan Bilik-Bilik Khas PPKI. Semua murid berkumpul mengikut kumpulan masing-masing. Semua murid diberi penerangan tentang aktiviti yang perlu dilakukan di dalam slot keceriaan kelas dan bilik-bilik khas PPKI. Kumpulan murid ditugaskan di kawasan (kelas/bilik khas) yang telah ditentukan. 8. Pertandingan Membina BBM. Semua murid berkumpul mengikut kumpulan masing-masing. Semua murid diberi penerangan tentang peraturan pertandingan. Setiap kumpulan diberikan bahan dan peralatan yang mencukupi. Setiap kumpulan akan dibimbing oleh guru pembimbing masingmasing.
Nilai EMK BBM : : :

Kerjasama, kebersihan, mematuhi arahan Kerohanian, sikap dan nilai, Teknologi maklumat dan komunikasi, Pendidikan Muzik Kad imbasan, pemotong kuku, video, tv, komputer bimbit, berus dan ubat gigi, kad imbasan, pensel warna, uniform sekolah, pakaian sukan, pakaian pengawas dan pakaian unit beruniform.

Refelksi

Tarikh:

07.02.2013 (Khamis)
Matapelajaran:

Tajuk/Tema Tunjang Utama Standard Kandungan Standard Pembelajaran Objektif Pembelajaran

: : : : :

MINGGU PENGURUSAN DIRI PPKI Kebersihan Diri


2.1 2.1.2

Mengamalkan penjagaan kebersihan diri Latihan amali menjaga kebersihan diri

URUS DIRI
Kelas:

- USOP - UPIN - UJANG


Masa:

07.00 12.30
Bilangan Masa:

Aktiviti P&P

10

Jumlah Murid:

/ 16

Nilai EMK BBM Refelksi

Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat; i) Menerima, mendengar dan memahami arahan guru. ii) Mengetahui tentang kebersihan dan penjagaan gigi. iii) Bersosialisasi. : Program Sehari Bersama Klinik Pergigian WP Labuan. Plak skor untuk pertandingan kebersihan mulut. Latihan memberus gigi. Ceramah kesihatan pergigian. Pameran. Persembahan boneka. : Kerjasama, kebersihan, mematuhi arahan : Kerohanian, sikap dan nilai, Teknologi maklumat dan komunikasi, Pendidikan Muzik : LCD, komputer bimbit, boneka, replika gigi dan berus gigi, cermin muka, kit kebersihan gigi, replika makanan ringan dan buah-buahan.
:

Tarikh:

08.02.2013 (Jumaat)
Matapelajaran:

Tajuk/Tema Tunjang Utama Standard Kandungan Standard Pembelajaran Objektif Pembelajaran

: : : : :

MINGGU PENGURUSAN DIRI PPKI Ketrampilan diri 2.1 2.2.1 Mengamalkan penjagaan kebersihan diri Latihan amali menjaga kebersihan diri

URUS DIRI
Kelas:

- USOP - UPIN - UJANG


Masa:

07.00 11.30
Aktiviti P&P
Bilangan Masa:

Jumlah Murid:

/ 16

Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat; i) Membersihkan kuku tanpa bimbingan guru. ii) Menerima, mendengar dan memahami arahan guru. iii) Memberus gigi dengan betul. iv) Mengetahui kesan positif dan negatif menjaga kebersihan rumah dan pakaian. : 1. Bacaan Yasin. Semua murid berkumpul di tapak perhimpunan pagi bersama semua guru untuk membaca surah yasin (bagi pelajar muslim). Murid yang bukan muslim berada di dewan sekolah untuk sesi pendidikan moral bersama guru-guru pendidikan moral. 2. Pemeriksaan kuku. Semua murid berkumpul mengikut kumpulan. Guru kelas Usop, Upin dan Ujang akan memeriksa kuku murid. Murid yang tidak menjaga kuku dengan bersih diarahkan untuk mencuci tangan dengan bersih. 3. Pertandingan Cerita Berpandu. Semua murid berkumpul mengikut kumpulan. Setiap kumpulan akan menghantar seorang wakil untuk bercerita. Cerita Berpandu merupakan refleksi murid terhadap keseluruhan program Minggu Pengurusan Diri. 4. Aktiviti Memberus Gigi. Semua murid berkumpul di kelas Ujang untuk mengambil berus dan ubat gigi daripada AJK Memberus Gigi. Murid melakukan aktiviti memberus gigi di hadapan kelas. Murid dibimbing untuk menyimpan peralatan memberus gigi di tempat yang telah disediakan. Murid yang tidak mengikuti peraturan ketika memberus gigi akan diberi peneguhan. 5. Peralatan Membersihkan Rumah dan Pakaian. Semua murid berkumpul mengikut kumpulan masing-masing. Semua murid diperkenalkan dengan bahan serta peralatan untuk membersihkan rumah dan pakaian. Semua murid diberi penerangan tentang kepentingan membersihkan kawasan di dalam dan di luar rumah. Semua murid diberi penerangan tentang kepentingan membersihkan pakaian. Semua murid diberi penerangan tentang kesan negatif tidak membersihkan rumah dan memakai pakaian yang tidak bersih. Lembaran kerja ~ murid diminta mewarnakan bahan dan peralatan untuk membersihkan rumah serta pakaian. Kerjasama, kebersihan, mematuhi arahan Kerohanian, sikap dan nilai, Teknologi maklumat dan komunikasi,

Nilai EMK

: :

BBM

Pendidikan Muzik Kad imbasan, pemotong kuku, video, tv, komputer bimbit, berus dan ubat gigi, kad imbasan, pensel warna, uniform sekolah, pakaian sukan, pakaian pengawas dan pakaian unit beruniform.

Refelksi

Rujukan: SKRR/WPL/K01/48/PPKI/006/SM (2) Tarikh : 29 Januari 2013

Dr. Norsadah Binti Abdul Aziz Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan WP Labuan, Peti Surat 80832, 87018 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN. (U/P : Klinik Pergigian WP Labuan) Tuan, JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM SEHARI BERSAMA KLINIK PERGIGIAN WP LABUAN Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 02. Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pendidikan Khas Integrasi SK Rancha-Rancha akan mengadakan Program Sehari Bersama Klinik Pergigian WP Labuan sempena Minggu Pengurusan Diri seperti ketetapan berikut:Tarikh : 07 Februari 2013 (Khamis) Masa : 8.00 pagi Tempat : Kelas Pendidikan Khas, SK Rancha-Rancha, WP Labuan 03. Sehubungan dengan itu, pihak kami menjemput pihak tuan untuk bersamasama menjayakan program ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh berhubungan dengan Pn. Maimunah Binti Latip (Penolong Kanan Pendidikan Khas) di talian 0135546897. Kerjasama dari pihak tuan amat dihargai. Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

JAAFAR BIN HAJI MATUSIN Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Rancha-Rancha, Wilayah Persekutuan Labuan
Sk Fail

MINGGU PENGURUSAN DIRI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK RANCHA-RANCHA, WP LABUAN Tempoh Tempat Kumpulan Sasaran : 04 08 Februari 2013 : Kelas Pendidikan Khas, SK Rancha-Rancha WP Labuan : 15 orang murid 6 orang guru 1 orang Pembantu Pengurusan Murid TENTATIF PROGRAM TARIKH 04.02.2013 Isnin AKTIVITI Perhimpunan pagi. Perasmian Minggu Pengurusan Diri. Pemeriksaan kuku. Tayangan Video tentang pengurusan diri. Aktiviti memberus gigi. Pemeriksaan kuku. Pendidkan Muzik ~ Lagu-lagu tentang pengurusan diri. Pengenalan kepada pakaian (uniform sekolah, pakaian pendidikan jasmani, pakaian unit beruniform serta pakaian pengawas). Aktiviti memberus gigi. Sesi latihan ~ Sebut dan Padan, tunjuk dan sebut serta surih perkataan. Mewarna gambar. Pendedahan tatacara sebelum, semasa dan selepas makan. Tunjuk cara mencuci tangan, mencuci muka dan menggunakan tandas. Pemeriksaan kuku. Pengenalan tentang disiplin dan peraturan sekolah. Pertandingan bercerita berpandu. Simulasi memakai baju dan mengikat kasut. Membimbing murid minum dan makan dengan betul. Kelas dan Bilik Urus Diri ceria. Pertandingan membina BBM. Program bersama Klinik Kesihatan WP Labuan (Pergigian). **Pengisian program disediakan oleh Klinik Kesihatan WP Labuan (Pergigian). Pemeriksaan kuku. Pertandingan marathon urus diri. Aktiviti memberus gigi. Pengenalan kepada bahan dan peralatan membersihkan rumah dan pakaian. Majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang (Pertandingan).

05.02.2013 Selasa

06.02.2013 Rabu

07.02.2013 Khamis 08.02.2013 Jumaat

Dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan / Puan


EN. JAAFAR BIN HJ. MATUSIN GURU BESAR Ke Majlis Sehari Bersama Klinik Pergigian WP Labuan Sempena Minggu Pengurusan Diri Program Pendidikan Khas Integrasi SK Rancha-Rancha 2013 Seperti ketetapan berikut: Tarikh Hari Masa Tempat : : : : 07 Februari 2013 Khamis 08.00 hingga 11.00 pagi Kelas Pendidikan Khas, SK Rancha-Rancha