Anda di halaman 1dari 7

KANAK-KANAK HYPERAKTIF

DEFINISI HIPERAKTIF (HYPERACTIVE) Hiperaktif adalah suatu pola perilaku pada seseorang yang menunjukkan sikap tidak boleh duduk diam, tidak terkendali, tidak menaruh perhatian dan impulsif (bertindak sekehendak hatinya). Anak hiperaktif selalu bergerak dan tidak pernah merasakan asyiknya permainan atau mainan yang disukai oleh anak-anak lain seusia mereka, perhatian mereka suka beralih dari satu fokus ke fokus yang lain. Mereka seakan-akan tanpa henti mencari sesuatu yang menarik dan mengasikkan namun tidak kunjung datang. Hiperaktif juga mengacu kepada ketiadaannya pengendalian diri, contohnya dalam mengambil keputusan atau kesimpulan tanpa memikirkan akibatakibat terkena hukuman atau mengalami kecelakaan. Kanak-kanak hiperaktif mempunyai tingkah laku bukan sekadar suatu

pencerminan dari hal-hal yang disukai sebagai individu, tetapi juga merupakan akibat dari situasi-situasi yang dialami sendiri dan anak-anak tersebut umumnya tidak mengeluhkan kondisi hiperaktif mereka, tetapi tindakan mereka sering membuat reaksi dari orang lain. Ramai ibubapa yang mendapati sukar untuk mengurus kanak-kanak yang terlalu aktif. Kanak-kanak begini sentiasa bergerak ke sana sini menerokai persekitaran mereka dan dalam proses ini menyebabkan huru-hara.

Kanak -kanak hiperaktif mempunyai ciri -ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang singkat. Dia tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya dan menunjukan kedegilanya serta susah dikawal dan displinkan. Oleh itu , kanak -kanak hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau -merayau , tidak boleh duduk di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru. Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri -ciri perkembangan bahasa yang lambat. Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak digemari oleh kanak -kanak lain dan dia sering berasa terasing. Kanak -kanak yang sebegini sering menyulitkan gurunya yang kebiasaannya terpaksa menjaga 40 orang murid dalam satu kelas. Dia tidak boleh memberikan perhatian yang khusus pada murid ini sahaja.

Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif ini mempunyai keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana sikap resah dan perangai impulsifnya , dia sukar dikawal di dalam suasana sekolah biasa. Ditinjau dari sudut pandang/perspektif sosiologi .kanak-kanak yang hiperaktif kurang disukai dalam lingkungan pergaulannya maka perkembangan dan hubungan anak tersebut dengan lingkungan sosialnya akan terganggu. Di sekolah kanak-kanak hiperaktif juga akan merasa kehilangan dukungan apabila orang tuanya tidak menemani di dalam kelas. Oleh itu, anak hiperaktif ini sangat memerlukan komunikasi dengan orang lain terutama ibu bapa dan keluarga mereka sendiri.

Menurut Pakar Pediatrik berkata kanak-kanak ADHD gemar bertindak sebelum berfikir, terlalu aktif dan sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu tugas. Kanakkanak ini boleh memahami dan berfikir, tetapi tidak mengendahkannya. Perangai kanak-kanak ini agak luar biasa nakal daripada kebiasaannya, terutama jikan berminat terhadap sesuatu perkara baru. Kelemahan bagi kanak-kanak ini ialah mereka sukar bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik. Hasil kajian oleh doktor perubatan moden sukar menentukan punca atau penyebab sindrom ini namun menurut mereka sindrom ADHD ini melibatkan faktor genetik. Menurut mereka ADHD berlaku di sebabkan perubahan kimia yang dipanggil neurotransmitter pada otak dan ada juga yang berpendapat saiz otak kanak-kanak penghidap ADHD lebih kecil daripada otak normal diantara 5-10%. Ada juga yang menyatakan ibu yang merokok ketika hamil boleh menyebabkan kanak-kanak hiperaktif.

Seseorang kanak-kanak yang mengalami Gangguan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan, jika kanak-kanak tersebut menunjukkan gejala-gejala dalam 3 kumpulan asas dalam kebanyakan situasi (contohnya di rumah dan sekolah). Kelakuan kanakkanak bermasalah ADHD dibahagi kepada tiga iaitu kekurangan tumpuan perhatian, mengikut dorongan hati dan berkelakuan terlalu aktif. Kanak-kanak hiperaktif berkelakuan terlalu aktif. Tahap aktiviti motor yang tinggi sentiasa bergerak ke sana ke mari, berlari-lari tanpa mengenal penat tidak boleh duduk diam sentiasa kegelisahan. Kanak-kanak ini berkelakuan seperti suka berlari-lari, memanjat perabot,sukar duduk

diam dan seolah-olah ada kuasa yang menyebabkan dia tidak boleh berdiam diri. Kanak-kanak hiperaktif kekurangan tumpuan perhatian. Kurang tahap penumpuan tidak boleh menumpukan perhatian pada pembelajaran guru serta tidak menghabiskan tugas yang diberikan atau aktiviti permainan. Kanak-kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain dan seolah-olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap dengannya adalah kanak-kanak yang lemah kuasa tumpuan perhatian. Mereka selalunya menghabiskan tugas dibuatnya dan tidak boleh duduk bermain dengan lama seperti kanak-kanak lain. Selain itu kanak-kanak hiperaktif sentiasa mengikut dorongan hati. Tingkah laku impulsif serta perlu memenuhi kehendaknya dengan segera dan tidak boleh menunggu giliran dalam permainan,kanak-kanak ini selalu menganggu dan mencelah perbualan orang lain. Kanak-kanak itu tidak pernah merancang tindakan, malah terus melakukannya. Dia cepat berubah melakukan sesuatu yang lain. Guru mendapatinya sukar dikawal kerana dia tidak mengikut arahan. Kanak-kanak lelaki lebih terdedah kepada masalah ADHD berbanding perempuan dan masalah itu selalunya turut menjejaskan prestasi persekolahan anak terbabit. Ini kerana, katanya, kekurangan tumpuan dan hiperaktif di kalangan kanak-kanak menyebabkan mereka lewat menerima setiap pelajaran dan sekali gus membantutkan pencapaian pendidikan mereka. Lazimnya, keadaan itu lebih kerap dialami kanak-kanak pra-sekolah dan ia boleh menjejaskan tahap pencapaian mereka di bidang pelajaran pada peringkat permulaan. Ibubapa harus berhati-hati untuk tidak melabelkan kanak-kanak mereka yang normal tetapi sangat aktif dan riuh sebagai hiperaktif. Bergantung kepada umur dan peringkat perkembangan,dorongan untuk suka bermain dalah dianggap normal Jika anak anda mengalami pencapaian di sekolah yang merosot teruk yang berkaitan dengan gejala yang dinyatakan di atas dan mengalami masalah interaksi dengan orang lain, kanak-kanak tersebut mungkin mengalami gangguan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan. Kanak-kanak sedemikian biasanya dianggap nakal atau berakkhlak buruk Sifat atau sikap kanak-kanak hiperaktif - Kanak-kanak hiperaktif biasanya akan bersikap degil. - Mereka suka membantah. - Suka melanggar peraturan terutama di sekolah. - Lalai dan tidak memberi tumpuan.

- Sering merasa tidak puashati. - Sering tertekan. - Menghadapi masalah dalam pelajaran. - Menghadapi masalah dalam hubungan sosial. - Cepat takut dan risau. - Suka berpeluh dan mengalami masalah sakit perut atau cirit birit. FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA HIPERAKTIF (ADHD) Faktor kebakaan, lemas ketika proses bersalin dan tekanan perasaan yang dialami wanita ketika proses kehamilan mendedahkan kanak-kanak kepada risiko ADHD. Wanita yang melalui proses kehamilan terdedah kepada pelbagai risiko dan mereka harus bijak menangani masalah dihadapi itu. Jika wanita hamil berasa tertekan sama ada di rumah mahupun di pejabat ketika proses kehamilan, bayi dikandung terdedah kepada pelbagai risiko negatif. Pergolakan dalam jiwa, kurang mendapat perhatian suami dan terlalu emosional sekaligus mendedahkan anak dikandung kepada ADHD. Sehubungan itu, wanita hamil perlu sentiasa tenang ketika menghadapi masalah dan menanganinya dengan bijaksana supaya setiap bayi yang dilahirkan berkeadaan sempurna. Memanjakan anak juga merangsang sifat dan sikap hiperaktif menonjol dalam diri pengidapnya. Pemanjaan dapat juga disamakan dengan memperlakukan anak terlalu manis, membujuk-bujuk makan, membiarkan saja, dan sebagainya. Anak yang terlalu dimanja itu sering memilih caranya sendiri agar terpenuhi kebutuhannya. Ia akan memperdaya orangtuanya untuk memperoleh apa yang diinginkannya. Serta kurangnya disiplin yang diberikan oleh orangtua kepada anak tersebut. Cara seperti itulah yang akan membuat anak untuk berbuat sekehendak hatinya. Anak yang dimanja biasanya pengarahan yang diberikan kepadanya berkurang. Dan kalau disekolahkan ia akan memilih berjalan-jalan dan berdiri dari pada mendengarkan pelajaran yang diberikan oleh guru. Memanjakan membujuk makan, membiarkan tindakannya sendiri, memnuhi semua keinginannya dan kebutuhannya itu harus dihindari. Kanak-kanak yang disyaki hiperaktif perlu dirujuk untuk diperiksa oleh doctor dan akan di rujuk. untu pemeriksaan lanjut oleh Pakar Psikiatri Kanak-kanak. Ahli profesional yang lain yang juga membantu kanak-kanak ini termasuk Pengawai Psikologi Klinikal, Pengawai Terapi Cara-Kerja dan guru Pendidikan Khas. CARA PENGESANAN MURID HIPERAKTIF o Gejala gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun

o Gejala gejala mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan o Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah, rumah, tempat awam o Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu o Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan o Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah, dengan rakan rakan dan kehidupan hariannya RAWATAN UNTUK PENGHIDAP HIPERAKTIF 1 Teknik-teknik terapi tingkah laku yang digunakan termasuklah mefokuskan dirinya secara lebih berguna kepada tugas harian dan interaksi dengan kanak-kanak lain. 2 Ubat hanya diberikan jika perlu bertujuan meningkatkan tahap tumpuan, mengurangkan tahap aktiviti motor yang tinggi dan mengurangkan tingkah laku impulsif. Antara ubat yang didapat berkesan ialah ubat peransang seperti Methylphenidate. Rawatan Biobrain mempunyai kandungan utamanya iaitu Asid Dokosaheknoik yang mampu membantu kanak-kanak degil dan hyperaktif dalam mewujudkan daya tumpuan yang lebih peka terhadap sesuatu aktiviti. Ia turut membantu merembeskan neurotransmitter serotonin yang bertanggungjawab memberikan perasaan ceria kepada kanak-kanak ini dan membolehkan mereka bergaul dengan kanak-kanak lain seperti biasa. 3 Bantuan dan pendidikan kepada ibubapa dan keluarga tentang cara pengendalian dan psikologi untuk kanak-kanak hipraktif kerana mereka punyai perilaku yang berbeza berbanding kanak-kanak normal. 5 Pendidikan pemulihan bagi kanak-kanak hiperaktif yang juga menghadapi masalah dengan kerja rumah dan pembelajaran yang terjejas akibat sifat kanak-kanak hipraktif. 6 Sekolah mereka harus timbulkan kesedaran dalam kalangan guru-guru dan menolong guruguru untuk mengurus kanak-kanak hiperaktif di dalam kelas dengan cara yang betul dan bukan dengan memberi tekanan seperti menganggap mereka bodoh dan lembab. Masalah kanak-kanak yang menghidap ADHD adalah rumit dan memerlukan kesabaran yang tinggi dalam merawat mereka. Perawatan alternatif semakin menjadi perhatian, termasuk makanan tambahan dan herba, manipulasi kiropratik dan perubahan diet. Walaupun memakan serat dan nutrisi asas lain adalah baik dalam proses merawat ADHD, tidak banyak kajian mengesahkannya. Bagaimanapun tidur yang cukup terbukti dapat membantu mengurangkan symptom ADHD. Bagaimanapun, ADHD akan lenyap secara beransur-ansur apabila mereka memasuki

usia lapan atau sembilan tahun dan selepas tempoh itu, tidak mustahil anak berkenaan menunjukkan prestasi baik dalam bidang pelajaran. ADHD selalunya berlaku di kalangan kanakkanak berusia di antara tiga dan lima tahun tetapi keadaan itu akan beransur pulih apabila mereka semakin membesar. Dari segi perubatan moden, sebahagian besar kanak-kanak bermasalah ADHD tidak menunjukkan sebarang kelainan dalam pemeriksaan fizikal. Bagaimanapun, ADHD sering dikaitkan dengan penyakit atau keadaan tertentu seperti meningitis atau penyakit selaput otak berkuman, kelembapan otak dan Rubella. CARA CARA MEMBINBING KANAK-KANAK HIPERAKTIF 1. Bermula dengan mendapatkan perhatian anak-anak anda sebelum mula bercakap. Kemudian pastikan anak anda bertentang mata dengan anda ketika bercakap. Beri arahan yang jelas dan tepat. 2. Buatkan satu jadual baginya. Pastikan anak anda mengikuti jadual yang menjadi tanggungjawabnya. 3. Suruh anak anda mengulangi bahagian yang anda pilih untuk diingatiBerikan ganjaran kepada tingkah laku yang baik dan bersesuaian. 4. Benarkan anak anda berehat untuk menyegarkan dirinya (semasa membuat kerja sekolah, belajar atau membuat tugasan). Dia akan bekerja lebih baik selepas berehat selama 5 minit atau 10 minit.Beri peluang kepadanya untuk menghabiskan tenaganya yang berlebihan dengan cara berlari di padang atau bermain permainan yang memerlukan gerak fizikal. 5. Jangan galakkan permainan yang kasar dan tidak terkawal dengan orang dewasa.

6. Bagi kanak-kanak yang bersekolah, selalukan berkomunikasi dengan guru. Jika perlu, pertimbangkan untuk mendapatkan pertolongan dalam pelajaran kanak-kanak ini dari guru bimbingan yang sesuai. 7. Latih anak hiperaktif untuk displin, agar dia dapat mengatur dirinya dengan baik.

8. Jangan menghukumnya kerana perilaku hiperaktif tersebut bukan sepenuhnya kesalahan anak anda. Jangan menghukum kanak-kanak hiperaktif dengan memukul mereka. Ini kerana, kanak-kanak hiperaktif telah dilahirkan sedemikian dan mereka akan melalui fasa perubahan seperti kanak-kanak normal. 9. Jangan sesekali melabel anak hiperaktif ( atau anak-anak) sebagai anak nakal, malas atau bodoh, kerana akhirnya ia akan bersikap seperti yang dilabelkan kepadanya. Dalam melatih atau mengajar kanak-kanak hiperaktif, jangan sesekali merasa bosan. Ini kerana, lama kelamaan kanak-kanak ini akan dapat menguasai apa yang anda ajarkan. Malahan lebih memahami berbanding kanak-kanak biasa yang lain dalam sesuatu perkara yang diminatinya.

10. Keefektifan sesebuah rawatan berbeza-beza bagi setiap anak. Ibu bapa harus menentukan rawatan yang terbaik buat anak. 11. Berikan kasih sayang (bukan memanjakan) pada anak hiperaktif melebihi saudaranya. Alasannya, seberapa banyak kasih sayang yang ditumpahkan pada anak hiperaktif, ia tetap tidak akan penuh. 12. Dalam mengajar anak hiperaktif, jangan bosan untuk terus menerus mengulang hal-hal yang sama, agar cepat dapat dipelajari dan diingati seperti anak yang normal. 13. Apabila di depan anak, katakanlah pada orang lain bahawa dia adalah anak yang baik, dan jangan mengunkit-ungkit kesahan-kesalahan yang pernah dilakukan. 14. Selalulah berwaspada, perhati dan kawal anak agar ia tidak bertindak sesuatu yang boleh membahayakan dirinya atau orang lain. Jika kanak-kanak hiperaktif bertindak mencederakan diri dan orang lain, segera bertindak dengan menasihati atau memarahi mereka. Jika perkara tersebut berulang, minta pandangan doktor atau pakar terapi mengenai cara menanganinya. 15. Perbanyakkan komunikasi dengan anak. Jika pada anak normal kita cenderung berkomunikasi pada saat-saat tertentu, pada anak hiperaktif kita seharusnya berkomunikasi 'setiap satu minit sekali', komunikasi yang bagus bakal menjadikan kanak-kanak tersebut lebih kreatif dan idealisme. 16. Salah satu hal yang paling sulit mengatasi anak hiperaktif adalah ketika sedang berada di meja makan dan kita meminta mereka memakan sendiri. Mungkin dia akan memainkan makanannya atau berlari-lari mengelilingi meja makan. Jangan marah dia! Yang harus anda lakukan adalah menyuapkan mereka dengan sabar. 17. Kita sebagi ibu bapa bolehlah bertanyakan kepada doktor untuk mengentahui apakah anakanak kita akan mengalami alahan terhadap beberapa jenis makanan yang tertentu serta apaka perlu ada cara penyediaan yang khusus untuk hidangan anak-anak hiperaktif. 18. Untuk anak-anak hiperaktif, kita sebagai penjaga perlu berhati-hati dengan programprogram di kaca television yang menampilkan adegan-adengan yang ganas, tidak bermoral serta boleh memudaratkan cara berfikir mereka. 19. Anak hiperaktif memang kurang bijak untuk mengendalikan diri mereka terutamanya di kala sikap agresifnya menguasai. Sebaik-baiknya fikirkan cara agar tenaga agresifnya itu disalurkan pada aktiviti yang tepat. Misalnya dengan mengizinkan mereka mengikuti aktivitiaktiviti luar atau membuat pekerjaan rumah atau sebaginya. Terimalah had kebolehan anak anda. Jika anda mampu melahirkan yang terbaik daripada anak anda dan kemudian secara perlahan-lahan membantu dia untuk memperbaiki dirinya, maka anda telah menyempurnakan satu tanggungan