Anda di halaman 1dari 15

Senarai Kandungan

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Isi Kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Lampiran Rujukan

Muka Surat

Penghargaan

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah yang telah memberikan kebenaran untuk menjalankan kajian ini. Setinggi tinggi penghargaan kepada guru Geografi saya iaitu Puan Azura kerana telah memberikan panduan, nasihat serta bimbingan sepanjang masa kajian ini telah dijalankan. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan semangat yang kukuh kepada saya untuk menyiapkan folio Geografi saya ini. Kepada rakan-rakan seperjuangan saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana mereka secara tidak langsung telah memberi sedikit sebanyak idea bagi memperbaiki lagi mutu folio saya ini. Tidak ketinggalan, saya mengucapkan penghargaan kepada 20 orang responden kerana sudi meluangkan masa untuk memberikan maklumat yang penting untuk kajian saya. Bersamasama ini, saya sertakan serangkap pantun sebagai tanda ikhlas dari saya. Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung daik bercabang tiga. Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Sekian, terima kasih.

Objektif Kajian

a) Mengkaji jenis-jenis bentuk muka bumi yang terdapat di Teluk Muroh b) Mengkaji jenis kegiatan ekonomi utama yang dilakukan oleh penduduk di Teluk Muroh c) Mengkaji potensi pelbagai bentuk muka bumi terhadap aktiviti penduduk di Teluk Muroh

PENDAHULUAN

Nama saya Nurulain Izzatul Syabila Binti Roslizar. Saya adalah pelajar Tingkatan 1 Mawar di Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkalan TLDM Lumut, Perak. Sebagai memenuhi kehendak Sukatan Pelajaran Geografi, saya dikehendaki menjalankan satu Kajian Geografi Tempatan.Saya telah mengambil masa selama 1 bulan untuk menyiapkan kajian ini. Saya telah memilih kajian yang bertajuk Bentuk muka bumi dan potensinya di Kampung Teluk Muroh,Lumut,Perak. Kampung Teluk Muroh telah dipilih oleh Panitia Geografi di sekolah saya sebagai kawasan kajian kerana ia terletak tidak jauh dari tempat tinggal saya, maka terdapat ramai orang yang saya kenal bagi memudahkan saya memperolehi beberapa maklumat penting dalam kajian ini.

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN


Nama Kelas : :
Nurulain Izzatul Syabila Bt Roslizar 1 Mawar Puan Azura Bt Abu Sattar Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkalan TLDM

Nama Guru : Sekolah :

Kawasan

Kajian
Saya telah memilih Bentuk Muka bumi Dan Potensinya di Kampung Teluk Muruh sebagai kawasan kajian saya. Kawasan ini terletak tidak jauh dari tempat tinggal saya, iaitu kira-kira 3 km. Perjalanan ke kawasan kajian ini hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Kedudukan Teluk Muruh adalah didalam daerah Manjung dan pekan yang berhampiran ialah Lumut yang dikenali sebagai Bandar Maritim Dan Tentera Laut. Mempunyai keluasan 5 km persegi berhampiaran dengan tempat perkelahan Teluk Batik dan Pangkalan TLDM, juga mempunyai pantai yang cantik.Ciri-ciri inilah yang telah mempesatkan pembangunan dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di sini. Penduduk di sini berbilang kaum tetapi penduduk asalnya adalah kebanyakan bangsa melayu yang dahulunya bekerja sebagai nelayan. Faktor-faktor pembangunan inilah yang telah memperbagaikan pekerjaan penduduk disini. Terdapat pesara-pesara tentera yang menetap disini. Ada diantara mereka yang mengusahakan kedai makanan dan juga menjadi kontraktor.Disamping itu penduduknya begitu mesra melayan saya, ini adalah kelebihan untuk saya memperolehi fakta-fakta dan maklumat penting tentang kajian saya.

RUJUKAN

1. Buku teks Geografi Tingkatan 1 (KBSM) Media Network Sdn Bhd (2002) Chong Yoon Choi. 2. Exploring Geografi Tingkatan 1 (KBSM) Oxford Fajar (2008) Mohd Ismail 3. http://www.google.com4. http://www.google.com5. http://www.kjri-johor.org6. http://www.streetdirectory.com7. http://maps.701panduan.com8. http://wikimapia.org

RUMUSAN

Sesungguhnya, kajian ini telah memberikan banyak kesan yang positif. Melalui kajian ini, saya telah mengetahui dengan lebih mendalam tentang bentuk muka bumi dikawasan kajian iaitu Teluk Muruh. Kajian ini juga memberi saya maklumat tentang potensi bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan Teluk Muruh kepada kegiatan manusia. Selain daripada itu, saya dapat mengetahui keberkesanan bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan Teluk Muruh terhadap perkembangan dalam aspek ekonomi dan sosial . Akhir sekali,saya dapat mengenal pasti kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar dikawasan Teluk Muruh.Hasil daripada kajian ini, menjadikan saya bangga kerana dibesarkan dan tinggal dikawasan yang serba lengkap dan maju dengan perbagai kemudahan-kemudahan asas dan infrastruktur yang lengkap. Saya rasa bertuah kerana dibesarkan di kawasan yang mempunyai kegiatan ekonomi yang amat baik serta kemudahan yang sempurna serta penduduk yang harmoni. Oleh yang demikian kita seharusnya menghargai apa yang ada dan menyayangi negara kita dengan sepenuh hati. Dari kajian ini juga, saya lihat masih terdapat lagi pantai-pantai yang berpotensi untuk diusahakan menjadi tempat riadah dan rekreasi yang boleh membangunkan lagi kawasan ini seterusnya menjana pendapatan penduduk. Dari segi keselesaan, ada baiknya perniagaan pasar malam disediakan satu tempat yang lebih sesuai, tidak terlalu berdekatan dengan jalanraya utama. Ini boleh mengelakkan kesesakan lalulintas dan mengurangkan risiko bahaya kemalangan. Saya berharap pihak-pihak berkenaan dapat mengkaji dan mengambil tindakan tranformasi yang sewajarnya. Ini semua adalah untuk kepentingan penduduk di kawasan ini, sejajar dengan cogan kata Rakyat didahulukan Negara di utamakan. Sama-samalah kita memupuk kesedaran menghargai kebersihan dan keharmonian alam sekitar di kawasan kita. Kikis sikap kepentingan diri sendiri dan tanamkan amalan menghormati orang lain. Dengan ini tentunya kawasan ini akan kekal bersih, aman damai dan terus membangun dengan lebih pesat lagi, Di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung.

HASIL KAJIAN

-Daripada pemerhatian saya, didapati bahawa sebahagian besar daripada keadaan bentuk muka bumi di Teluk Muruh terdiri daripada tanah pamah yang rata membolehkan rumah, kedai, hotel dan jalan raya dibina. Kawasan ini juga berhampiran persisiran pantai yang begitu indah. Jenis perumahan yang terdapat di Teluk Muruh ialah rumah kampung dan juga rumah taman. Terdapat kedaikedai makan dan restoran makanan laut disepanjang jalan utama. Kawasan rata dan luas membolehkan beberapa kemudahan asas dibina seperti taman permainan, padang bola sepak, masjid dan balai raya.Permukaan bumi yang berpantai juga membolehkan beberapa hotel dan kawasan perkelahan dibina dan diusahakan. Ini memberikan peluang pekerjaan dan sumber pendapatan penduduk-penduduk di kawasan ini. - Bentuk mukabuminya yang rata dan sedikit berbukit serta berpantai dan mempunyai pulau yang berhampiran telah membentuk satu teluk yang begitu strategik untuk dibina dan ditempatkan satu pangkalan tentera iaitu Pangkalan TLDM. Keadaan ini telah membangunkan kawasan ini dengan begitu pesat serta keperbagaian aktiviti dan kunjungan pelancong dalam dan luar Negara. -Penduduk disini pada asalnya dahulu kebanyakan adalah nelayan. Tetapi setelah terbinanya pangkalan tentera dan tempat-tempat percutian yang tumbuh dengan banyaknya, ramai orang luar yang berhijrah dan menetap disini. Kini penduduk mempunyai keperbagaian pekerjaan, ada yang mengusahakan geraigerai, restoran, chalet. Ada juga tentera dan pesara tentera yang menetap disini sebagai usahawan dan kontraktor. -Bentuk mukabuminya yang pamah dan rata telah memudahkan sistem perhubungan jalanraya dibina dengan baik. Ini ternyata benar berdasarkan soal selidik terhadap 20 responden yang kesemuanya menggunakan kenderaan mereka sendiri ketempat kerja dan ke tempat-tempat lain. Namun begitu masih ada pengangkutan awam yang disediakan untuk kemudahan penduduk dan pengunjung seperti bas dan teksi. -Halangan bentuk mukabumi terhadap kegiatan manusia. Bentuk muka bumi juga boleh menghalang manusia menjalankan kegiatan ekonomi. Kawasan tanah pamah yang rendah dan sentiasa berair serta berhampiuran pantai tidak sesuai untuk pertanian dan penternakan di kawasan ini. Kawasan yang padat dengan perumahan dan penduduk juga telah menyesakkan lalulintas yang boleh melambatkan sistem pengangkutan . - Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar. Kegiatan manusia boleh memberi kesan negatif terhadap alam sekitar. Dikawasan kajian iaitu Teluk

Muruh, terdapat pengusaha kedai makanan yang membuang sisa-sisa makanan dan sampah-sarap dengan sewenang-wenangnya ke dalam longkang-longkang mengakibatkan pencemaran air, tersumbatnya saliran dan seterusnya kejadian banjir kilat.Sisa bahan mentah dan aktiviti mengorek tanah dan memecahkan batu batan oleh sesetengah pengusaha tempat percutian berhampiran kawasan kajian juga turut menyumbangkan kepada pencemaran air yang menjadi ancaman kepada hidupan air. Pencemaran udara turut berlaku akibat pembakaran terbuka serta pembebasan debu, asap dan habuk ke dalam udara dari tempat tersebut. Selain daripada itu, jalan jalan utama menjadi sesak apabila ramai pengguna jalan raya menggunakannya sebagai jalan pintas menuju ke Pangkalan TLDM. Kesesakan sering berlaku terutamanya ketika pagi dan petang kerana waktu tersebut waktu puncak orang ramai pergi dan balik dari kerja. Kesesakan juga akan berlaku semasa hari-hari yang terdapatnya aktiviti perniagaan pasar malam.

-Potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia

Daripada borang soal selidik, saya dapati beberapa pekerjaan dilakukan oleh penduduk di kawasan kajian. Sebahagian besar daripada penduduk disini adalah peniaga gerai makanan dan buah-buahan, diikuti dengan pekerja limbungan, kontraktor dan guru. Mereka yang bekerja sebagai peniaga gerai kebanyakannya adalah kaum Melayu iaitu seramai 8 orang dan diikuti oleh kaum Cina seramai 2 orang. Mereka terdiri daripada 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Terdapat seramai 6 orang responden yang bekerja di limbungan di mana 4 orang adalah kaum Melayu,seorang kaum India dan seorang kaum Cina. Mereka terdiri daripada golongan lelaki kesemuanya. Terdapat seramai 2 orang responden yang bekerja sebagai kontraktor di mana kedua-duanya adalah kaum lelaki Melayu . Terdapat seramai 2 orang yang bekerja sebagai guru di mana seorang adalah kaum India dan seorang adalah kaum Melayu. Mereka terdiri daripada golongan perempuan kesemuanya. Lihat Jadual 1 dan Jadual 2: Jadual 1- Jenis pekerjaan penduduk di Teluk Muroh dikaji berdasarkan jantina responden Jenis Pekerjaan Peniaga Gerai Pekerja Limbungan Kontraktor Guru Jantina Jumlah Responden lelaki Perempuan 5 5 10 6 6 2 2 2 2

Jadual 2- Jenis pekerjaan penduduk di Teluk Muroh dikaji berdasarkan bangsa responden Jenis Pekerjaan Peniaga Gerai Pekerja Limbungan Kontraktor Guru Bangsa Jumlah Responden Melayu Cina India 8 2 10 4 1 1 6 2 2 1 1 2

Lampiran

KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan kaedah-kaedah berikut dalam kajian ini: Pemerhatian : Saya telah memerhatikan jenis bentuk muka bumi di kawasan Kampung Teluk Muroh. Saya mendapati, pada keseluruhannya permukaan bumi kawasan kajian saya adalah rata. Kaedah soal selidik : Soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat yang tidak dapat dicari dari buku atau internet. Saya telah meminta responden iaitu penduduk dikawasan kajian mengisi borang soal selidik yang mengandungi soalan-soalan berikut: * jantina *bangsa *pekerjaan *jenis pengangkutan yang mereka guna Kemudian kesemua data dikumpul, dirumus dalam bentuk jadual dan diproses menjadi carta pai. Bilangan responden perlulah cukup iaitu 20 orang. Jika bilangan responden kurang daripada 20, ia tidak dapat menggambarkan kegiatan manusia yang sebenarnya di kawasan kajian dan jenis pengangkutan yang mereka guna.
.

Anda mungkin juga menyukai