Anda di halaman 1dari 95

Cinta Yang Terindah 1

1
Saya sukakan awak sejak kita kecil lagi. Awak nak tahu tak apa yang saya tulis dalam botol tu? Se benarnya saya nak kahwin dengan awak!

yra Soraya terus terbangun apabila bu nyi jam loceng yang berada di atas kepala katil betulbetul membingitkan telinganya. Mahu saja dia menghempaskan loceng berbentuk bunga matahari itu ke dinding. Lyra Soraya mendengus lalu mengusap wajahnya berkalikali. Sudah tiga kali dia bermimpikan seorang lelaki yang tidak jelas wajahnya, mahu mengahwininya. Apa maksud mimpi ini? Eii Mengarut saja mimpi ni! Mata Lyra Soraya berkelipkelip melihat jam loceng. Awal lagi, namun dia tidak dapat menyambung tidur nya yang enak itu kerana satu cahaya menembus ma suk melalui lubanglubang kecil di atas tingkap. Ini memaksa dia bangkit dari katil. Dia menguap panjang

sambil menenyehnenyeh dua biji matanya. Rasa malas pula dia hendak ke kolej hari ini. Dia belum puas mengecapi nikmat tidur. Ikutkan hati, mahu saja dia ponteng kelas hari ini. Dia belum pernah dapat merasa nikmat ponteng. Walaupun demam, dia sanggup juga ke kolej. Kalau tidak kerana ada ujian pada hari ini, mahu saja dia tuang kelas. Malas betul dia hendak menghadap muka Puan Rosnitah yang suka membebel. Kalau tak membebel satu hari, memang tak sah! Ada sahaja yang tak kena pasal tugasan dan latihan tutorial. Lyra Soraya termenung seketika, kemudian meng alih pandangan ke siling. Kemudian, jam loceng dite nung dengan rasa geram. Jarum jam mencacak ke angka 6.30 pagi. Pengacau! Jam itu adalah musuh utamanya waktu pagi. Tapi tika hendak tidur, jam loceng itulah sahabat sejati yang mengharapkan dia dikejut bila tiba waktu. Tangan kanannya sempat menghentak jam loceng itu dengan kasar. Rambutnya yang ikal mayang diselak ke belakang. Mama beriaia mahu dia memotong rambut, tapi papa tidak benarkan. Kata papa, dia ayu bila berambut panjang. Mama pula kata, dia macam orang sakit kalau rambut panjangnya tidak dijaga dengan betul. Kain selimut bercorakcorak bunga yang tebal itu diselak dengan kasar. Dia bangun dan terus menyarung selipar lembut berbulu warna merah jambu sambil menggarugaru kepalanya yang tidak gatal. Dia me nguap lagi sambil mengangkat keduadua tangannya. Mahu merenggangkan uraturat badan. Kemudian, dia membuka keduadua matanya seluasluasnya. Aduh, cepat sangat siang menjelma. Bilalah malam akan datang lagi, keluh Lyra Soraya lemah. Lyra Soraya terduduk di atas katil. Punggungnya

2 Ida Nardiel

masih berat mahu bangun. Malasnya, desisnya sambil mengangkat tangan kanan untuk diregangkan. Aduh, tak puas tidur rasanya. Bila melihat bantal Spongebob dan selimut, mahu saja dia baring kembali. Tapi, bila teringatkan kelas hari ini, terpaksa dia membatalkan niat nakalnya itu. Lyra Soraya merungutrungut sambil mencapai botol Tupperware yang berisi air masak lalu diteguk. Dia segera duduk di atas birai katil. Kata mamanya, elok minum air kosong sebaik sahaja bangun pagi. Bagus untuk melancarkan perjalanan darah dalam badan. Kata mama lagi, tak elok minum air sambil ber diri. Mudah diserang penyakit dan penyakit pun sukar untuk sembuh. Kadangkadang petua orang duludulu memang elok diguna. Kalau berhadapan dengan Nek Timah, lagilah. Itu ini semua kena jaga. Pantang itu pantang ini. Kalau dengan Opah Zue pula, semuanya boleh. Maklumlah Opah Zue nenek moden yang bergelar Puan Sri. Tapi sesekali ada juga pantang larang yang diamalkan, ter utama kalau berkaitan dengan kecantikan. Mata Lyra Soraya melilau ke segenap ruang kamar. Kamar yang indah menggamit hatinya untuk selalu bersendirian di dalam bilik. Matanya terpandang satu majalah. Entah keberapa kali majalah itu ditatapnya berulangulang kali. Dia melihat wajah seorang lelaki tersenyum bersama seorang wanita cantik yang me rupakan seorang peragawati. Matanya terkebilkebil melihat gambar wajah lelaki dan teman wanitanya yang diambil sewaktu anugerah hiburan Malaysia baru baru ini. FIERA BAKAL SURI HATI ARKITEK TERKENAL.

Cinta Yang Terindah 3

Majalah hiburan itu dilemparkan di atas katil. Ada rasa kecewa namun ditahan. Mungkin dia sudah lupa kan aku. Mungkin! Tak mengapa, aku sudah ada pilihan lain. Lyra Soraya mengukir senyuman bermakna. Dia tidak sabarsabar mahu ke kolej. Ada sesuatu yang membuatkan dia begitu rajin ke kolej. Lyra Soraya berdiri di hadapan cermin dengan muka sengaja dimasamkan. Mukanya teruk dengan rambut kusutmasai. Mukanya juga nampak pucat lesi dan tidak bermaya langsung. Lyra Soraya membuat aksiaksi seperti gaya pera gawati di hadapan cermin. Agakagak aku ni ada iras iras macam Fiera tak? Lyra Soraya mencemikkan wajah nya. Hmm, aku adalah aku! Tak payalah nak ikut macam dia orang tu. Muka pun banyak parut dan jerawat, tapi tempek setebaltebalnya dengan alat mekap. Sikat bergigi halus dicapai dan disikat rambutnya agar nampak lurus. Rambut disikat perlahanlahan agar tidak terasa sakit bila menarik sikat dari rambut. Kemu dian dia tersenyum di hadapan cermin. Dia membuat pelbagai memek muka. Dia nampak comel dan cantik apabila rambutnya diluruskan. Wajahnya tidak hodoh biarpun dia membuat pelbagai memek muka. Lyra Soraya ketawa perlahan. Dia suka benar meli hat wajahnya sendiri. Rambutnya lurus mewarisi dari pada mama. Tubuhnya yang tinggi lampai diwarisi daripada papa pula. Manakala raut wajah, ada yang kata macam rupa mama, ada yang kata macam rupa papa. Tak kisahlah, janji aku anak papa dan mama. Dia tersenyum manja. Lyra Soraya menjeling jam dinding yang terletak di atas muka pintu. Pukul 6.45 pagi. Dia cepatcepat masuk ke bilik air. Dia tidak mahu mengambil masa

4 Ida Nardiel

yang lama untuk mandi. Dia harus menunaikan solat subuh dahulu sebelum bersiapsiap. Kereta Nissan Sentra hitam berhenti di hadapan Kolej Utama Antarabangsa Putra. Encik Fadzlisyam me renung wajah anak gadisnya yang tersandar sambil termenung jauh. Dari rumah tadi, Lyra Soraya tidak bercakap sepatah pun. Mungkin hidup ketika belajar memang mencabar. Dia juga pernah menjadi seorang pelajar. Setiap hari banyak perkara hendak difikirkan. Nota, latihan, tugasan, persatuan dan macammacam lagi. Sabarlah, nak, begitulah rutin hidup orang belajar. Lyra, sayang, dah sampai ke kolej ni. Tak mahu pergi ke kolej ke? tanya Encik Fadzlisyam lembut. Wa jah anak gadisnya direnung dalamdalam. Seiras wajah isterinya. Dia terlalu kasihkan anak tunggalnya ini. Anak ga disnya yang satu ini amat manja dengannya. Boleh di katakan mereka mempunyai tabiat dan persamaan yang sama, terutama hobi yang suka membaca. Kalau bersembang, ada sahaja cerita yang dibualkan hingga boleh ketawa terbahakbahak dibuatnya. Rasa malas pulak nak pergi kolej, papa, kata Lyra Soraya dengan suara lemah, tapi manja. Beginilah rutin hariharinya. Habis kelas, terus pulang ke rumah. Kadangkadang dia dan tiga rakan baiknya akan ke pusat membelibelah untuk makan bersama sambil bercerita, mencari buku atau novel. Setidaktidaknya pun mereka akan menonton wayang. Lyra Soraya sengaja buatbuat lemahkan diri dan matanya merenung wajah papanya, meminta simpati. Kemudian, dia merenung pintu gerbang kolejnya yang tesergam indah dan gagah menyambut kedatangan

Cinta Yang Terindah 5

pelajarpelajar. Dari dalam kereta dia melihat beberapa orang rakan sekolej berduyunduyun naik ke kawasan kolej. Pintu gerbang Kolej Utama Antarabangsa Putra atau lebih dikenali sebagai KUAP tersergam indah di serikan dengan sebuah kolam buatan di sebelahnya. Terdapat taman yang agak besar dan sarat dengan bungabungaan. Di situlah dia dan rakanrakannya se lalu mengulang kaji pelajaran. Udaranya nyaman dan tenang bila menelaah di situ. Aik, kenapa malas pulak? Pergilah Nanti kalau mama tahu Lyra ponteng, bising dia nanti. Lyra bukan tak tahu mama Lyra tu macam mana, pujuk Encik Fadzlisyam lembut, namun ada ketegasan. Dia menge luh sedikit. Dia tak pasti adakah Lyra Soraya betulbetul atau mainmain. Adaada masanya, anak manjanya ini gemar bergurau dalam nada serius. Tangan kiri Encik Fadzlisyam menyentuh rambut Lyra Soraya. Dia tidak pernah marahkan Lyra Soraya. Sebaliknya setiap kenakalan dan kedegilan Lyra Soraya adalah pengubat hatinya. Kadangkadang, tingkah laku Lyra Soraya tak ubah macam budakbudak kecil yang menjadi penghibur hatinya. Meskipun Lyra Soraya se orang anak gadis yang degil, dia tidak mahu dan tidak suka memarahi anaknya secara membabi buta. Dia tahu ada cara yang terbaik untuk mendidik anak. Ber bincang daripada hati ke hati adalah jalan yang terbaik. Dia mahu menyelami perasaan anak gadis kesayangan nya ini. Lyra Soraya semakin menginjak ke usia dewasa. Tahun ini sudah berusia 20 tahun. Tapi, perangai me ngalahkan budakbudak. Namun apa pun tanggapan orang lain, perhatian perlu dilebihkan kepada Lyra Soraya. Dalam usia seperti Lyra Soraya, banyak anak

6 Ida Nardiel

anak gadis terjerumus ke lembah yang tidak elok. Terjerumus ke lembah zina, dadah dan sebagainya. Dia selalu bimbangkan Lyra Soraya, permata hatinya yang satu ini. Dia tak mahu berlaku kehilangan lagi. Cukup lah yang seorang itu dijemputNya. Dia tidak sanggup lagi melihat wajah murung isterinya. Tidak mahu melihat Lyra Soraya menangis lagi. Kini, alhamdulillah semuanya sudah kembali seperti biasa. Berkat daripada doa yang dipanjatkan setiap hari, semuanya pulih se perti sediakala. Lyra tak boleh macam tu, sayang. Lyra kena tahu apa tujuan kita belajar. Mama dan papa dah ada ijazah, tak kan Lyra tidak mahu mengikut jejak kami? Lyra kena lebih tinggikan tahap pendidikan Lyra. Kalau boleh, papa nak tengok Lyra buat master, boleh buat PhD ujar Encik Fadzlisyam panjang lebar dengan penuh harapan. Bibirnya mengukir senyuman. Mengharap yang anak gadisnya akan menjadi insan yang terbaik. Lyra Soraya yang tersandar lesu hanya memandang wajah papanya seolaholah katakata papanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Hari ini dia benar benar tak ada mood ke kolej. Okey, macam ni, kalau Lyra dapat tiga pointer ke atas, papa akan hadiahkan kereta. Nak? umpan Encik Fadzlisyam tersenyum. Dia tahu Lyra Soraya pernah berhasrat untuk memiliki kereta sendiri. Kata Lyra Soraya, tak mahu menyusahkan dirinya menghantar dia pagipagi setiap hari ke kolej. Encik Fadzlisyam mengusapusap rambut ikal milik Lyra Soraya. Rambut yang tidak ubah seperti Suriana, isteri yang dicintai sepenuh hati. Tidak semenamena mata Lyra Soraya bercahaya te rang. Mahu saja dia menjerit sekuat hati apabila ter

Cinta Yang Terindah 7

dengar katakata papanya. Dia merasa bersemangat kali ini. Dia memeluk papanya kuatkuat dengan sepenuh hati. Tamat SPM, dia terus belajar memandu dan hasilnya dia berjaya memiliki lesen kereta. Dia nekad, mulai hari ini dia mahu belajar lebih lagi. Dia mahu tingkatkan pointer pada semester ini. Betul ke, papa? tanya Lyra Soraya seperti tidak percaya. Benarkah apa yang dia dengar sebentar tadi? Benarkah papa yang berkata sedemikian? Pernah dia menyuarakan hasrat itu kepada mamanya, tetapi ditolak mentahmentah oleh mama. Encik Fadzlisyam mengangguk laju. Pernahkah papa berbohong pada Lyra? Keduadua matanya mem bulat merenung wajah anak tunggalnya. Encik Fadzlisyam bersungguhsungguh berbicara tentang itu. Sudah tiba masanya Lyra Soraya berdikari. Tidak perlu lagi dia menghantar Lyra Soraya ke kolej setiap hari. Kadangkadang dia tergesagesa memandu di jalan raya. Lyra Soraya menggelengkan. Papa adalah papa yang terbaik di dunia. Papa adalah hero buatnya. Papa adalah segalagala dalam hidupnya. Papalah peria terhebat. Lyra Soraya memujimuji papanya dalam hati. Selama ini papa tidak pernah menghampakannya. Segala ke hendak dan kemahuannya dituruti.Apa yang dihajatkan pasti tertunai. Baik, Lyra janji akan dapatkan tiga pointer ke atas. Lyra akan belajar bersungguh untuk papa, ikrar Lyra Soraya gembira. Senyuman pada bibir tidak putus putus sejak tadi. Lyra Soraya tidak sabarsabar untuk memiliki kereta sendiri. Sudah lama dia angankan Suzuki Swift hitam menjadi miliknya.

8 Ida Nardiel

Bukan untuk papa, sayang, tapi untuk Lyra. Papa nak tengok Lyra berjaya dalam pelajaran. Bila Lyra dah berjaya pegang ijazah, papa dan mama tak minta apa apa pun. Cukuplah dapat tengok Lyra berjaya. Bukan senang nak senang, kata Encik Fadzlisyam tersenyum. Tangannya menggosokgosok lembut kepala Lyra So raya. Dia mahu ada masa depan yang lebih baik dan cerah untuk anaknya. Dia dan isterinya mahu Lyra So raya memiliki masa depan yang lebih baik daripada hari ini. Lebih baik daripada dirinya sendiri. Baik, papa. Lyra janji tak akan kecewakan papa. Lyra akan dapatkan keputusan yang paling cemerlang nanti. Papa cuma tunggu dan lihat saja, okey? janji Lyra Soraya terus mencapai tangan Encik Fadzlisyam lalu menciumnya. Dada Encik Fadzlisyam terasa sebak. Dia bertuah miliki anak yang cantik, bijak dan berbudi bahasa. Ini lah anugerah yang terindah dalam hidupnya. Okeylah, papa, Lyra dah lambat ni. Lyra pergi dulu. Assalamualaikum Lyra Soraya terus membuka pintu kereta. Tangannya melambailambai sebelum bergegas berlari mendapatkan tiga rakan baiknya yang sudah menanti di pintu gerbang KUAP. Encik Fadzllisyam tersenyum melihat anak gadisnya berlarilari menuju ke gerbang utama kolej. Secara tiba tiba hatinya terasa sebak. Sepatutnya ada lagi seorang bersama Lyra Soraya. Lyly, setiap hari papa rindukan Lyly. Sertamerta air mata Encik Fadzlisyam mengalir. Sejak akhirakhir ini, Lyly Sopeya selalu muncul di dalam mimpinya dengan wajah yang tenang bersama senyuman manis. Damailah kau di sana, nak.

Cinta Yang Terindah 9

10 Ida Nardiel

2 G
ood morning, nek! sapa satu suara di belakang. Datin Rahmah yang leka mencicip teh Cina terus mencaricari wajah kesayangannya. Lelaki tampan dan segak bergaya persis tokoh kor porat terus mencium keduadua pipi Datin Rahmah. Rutin setiap hari yang mesti dia lakukan. Datin Rahmah menepuknepuk lembut pipi cucu nya. Rasa rindu pula mahu melihat wajah comel cucu nya ketika di alam kanakkanak dulu. Kalau degil, habis ditarik pipi cucunya yang gebu. Tidak pun, dia akan pulas telinga cucu lelakinya yang seorang ini. Sekarang cucunya sudah dewasa. Hilang sudah pipi tembamnya. Sebaliknya menjadi seorang pemuda yang kacak. Na manya selalu menjadi sebutan Datin dan Puan Sri yang berangan mahu menjadikan cucunya menantu. Nenek tahulah pipi nenek ni tak segebu Fiera, usik Datin Rahmah tersenyum tanpa memandang wa

jah cucunya. Tanpa menunggu masa, air dalam cawan di tangan terus diteguk hingga habis. Azhan Andrew yang baru menjejakkan punggung sedikit terkejut. Dahinya berkerut memandang wajah tenang Datin Rahmah. Adakah nenek masih tidak me nyukai Fiera? Atau nenek sekadar mahu menguji? Dia hanya menunggu masa yang ditetapkan untuk dia dan Fiera duduk di atas pelamin. Fiera sudah berangan un tuk memilih tema Inggeris. Kata Fiera lagi, kalau boleh nak macam perkahwinan Kim Kardhashian dan Kriss. Terduduk juga dia mendengarnya. Biar betul? Kalau boleh perkahwinan yang dibina biarlah berunsur Islam dan diserikan dengan bacaan doa, zikir, nasyid dan sebagainya sebagai tanda keberkatan. Azhan Andrew juga nekad untuk tidak menerima sebarang tajaan dari manamana pihak luar. Biarlah dia dan Feira memilih barang perkahwinannya sendiri dan berpuas hati. Nek, An tak pernah cium manamana perempuan. Walaupun An dibesarkan di luar negara, An belum pernah buat perkara yang terkutuk macam tu. Suara Azhan Andrew seperti merajuk. Buatbuat rajuk. Se ngaja mahu meraih perhatian neneknya. Datin Rahmah terus mengangkat muka, merenung wajah cucu kesayangannnya. Dia rasa bersalah pula mengusik dengan cara begitu walaupun sekadar gurauan Maafkan nenek, sayang. Amboi, dah besar panjang pun masih memuncung juga? Nenek tetap percayakan An.Tadi tu nenek usik An saja. Bukan apa, dah lama tak mengusik cucu nenek sorang ni. Datin Rahmah meng galas kata dengan sebaik mungkin. Bahu anak muda itu ditepuktepuk.

Cinta Yang Terindah 11

Datin Rahmah tidak menyangka sikap sensitif Azhan Andrew masih tidak berkurangan. Kalau marah pun, Azhan Andrew cuma membisu seribu bahasa. Memang susah mahu lihat Azhan Andrew marah atau mengamuk. Kalau sudah mengamuk, nasiblah! Tiba tiba dia teringatkan arwah anaknya, Andriana, yang juga seorang yang sensitif dan kuat merajuk. Hati ibu nya tersentuh seketika. Anak bongsunya pergi me ninggalkan dunia ini dalam usia yang muda. Ada rasa terkilan, namun dia harus reda. Permintaan si anak me minta dia menjaga Azhan Andrew diterima dengan hati terbuka. Meskipun dia ada cucucucu yang lain, namun Azhan Andrew seperti nyawanya sendiri. Azhan Andrew tersenyum simpul. Dia tahu nenek nya suka bergurau. Kerana itulah arwah datuknya yang memiliki raut wajah masam dan garang akan tertawa apabila nenek mengusik. Tibatiba rindu pula dia ke pada arwah datuk yang baru setahun meninggalkan dunia ini. Masih dia ingat bagaimana getirnya arwah datuk berjuang melawan penyakit kanser usus. Seingat nya arwah datuk seorang yang menjaga amalan pe makanan, selalu berjoging dan mengambil suplemen tambahan. Ubat kencing manis dan darah tinggi juga diambil mengikut waktu yang ditetapkan. Entahlah, mungkin sudah sampai masa arwah datuk. Kalau diimbas semula, memang ada keturunan se belah arwah datuk yang meninggal dunia akibat barah. Dia juga harus berjagajaga sebab arwah mamanya pergi pun kerana barah payudara. Dia kagum dengan kesetiaan datuk terhadap nenek. Walaupun arwah da tuk adalah jutawan, namun arwah datuk tak pernah terfikir untuk menduakan nenek, apatah lagi mengah wini wanitawanita lain.

12 Ida Nardiel

Nek, boleh An tanya? tanya Azhan Andrew. Kali ini dia mahukan kepastian yang nyata daripada neneknya sendiri. Isy, budak ni. Macam baru kenal nenek pulak. Ha, tanyalah, apa dia? Datin Rahmah merenung wajah Az han Andrew dengan muka serius. Datin Rahmah tekun menyuap makanan ke dalam mulut. Betul ke nenek restu hubungan saya dengan Fiera? tanya Azhan Andrew dengan muka serius. Bibir nya bergetar sedikit apabila menyebut nama Fiera. Datin Rahmah tidak terkejut. Sudu dilepaskan di tepi pinggan. An, An Nenek tak tahu ini kali ke be rapa kamu tanya soalan yang sama. An, buat apa nenek nak halang hubungan kamu berdua? Kamu dan Fiera saling suka antara satu sama lain. Yang penting Fiera boleh membahagiakan kamu. Kalau dia melukakan hati kamu, sama juga dia melukakan hati nenek. Pada awalnya, memang Datin Rahmah menentang hubungan Azhan Andrew dengan model dan pelakon terkenal itu. Tapi bila melihat kesungguhan Fiera cuba memenangi hatinya, dia mengalah. Gadis itu bukan sahaja cantik, tapi pandai mengambil hati. Dia cuma berharap Fiera akan berubah mengenakan pakaian yang lebih elok dan menutup aurat. Mana tidaknya, se tiap kali bertemu, mahu terjojol biji mata dibuatnya. Walaupun cara hidup Fiera kebaratan? duga Az han Andrew. An, dengar sini Bila kamu berdua dah kahwin nanti, kamu ada hak ke atas Fiera. Kamu boleh men didiknya. Mungkin suatu hari nanti Fiera akan menjadi lebih baik daripada sekarang. Macam papa kamu, se orang mualaf.Arwah mama kamu perlahanlahan mem bantu papa kamu. Bezanya, Fiera orang Melayu ber

Cinta Yang Terindah 13

agama Islam dan papa kamu tu asalnya orang putih yang beragama katolik. Nenek bangga dengan usaha mama kamu. Sekarang kamu lihat papa kamu, dia bukan calangcalang orang di UK. Papa kamu bukan sahaja seorang pensyarah, tapi dia juga mendidik dan membantu saudarasaudara baru di sana. Dalam dunia ini, manusia ada hak diberi peluang. Tak kira kali ke berapa pun, janji dengan hati yang ikhlas, ujar Datin Rahmah tersenyum. Tersenyum dalam paksaan demi kebahagiaan cucunya ini. Datin Rahmah tahu menantunya di UK juga meng halang pilihan Azhan Andrew, namun perlahanlahan dia memujuk agar menerima sesiapa sahaja pilihan Azhan Andrew. Berharihari menantunya itu menele fonnya bertanyakan perihal dirinya dan anak kesayang annya itu. Berbalik kepada Fiera, manalah tahu suatu hari nanti Fiera akan menjadi Muslimah yang baik. Se karang ini ramai penyanyi dan pelakon sudah menge nakan tudung seperti Wardina Saffiyah, Irma Hasmie, Diana Amir, Siti Nordiana dan ramai lagi. Azhan Andrew lega mendengarnya.Walaupun pada awalnya neneknya menghalang hubungan dia dengan kekasih hatinya, namun dia sedaya upaya membukti kan Fiera bukan sahaja gadis yang suka berpakaian seksi, namun memiliki budi bahasa yang baik. Selalu dia menyuruh Fiera mendekati neneknya dan kadang kadang menemani neneknya keluar membelibelah. Bukan susah mahu memikat hati orang tua. Kesabaran perlu ada. Terima kasih, nek Azhan Andrew tersenyum dengan penuh kelegaan. Datin Rahmah hanya tersenyum.

14 Ida Nardiel

Cinta Yang Terindah 15

abiS saja kelas, Adiba memberi isyarat tangan agar turun dengan segera. Lyra So raya mengemasngemas buku dan alat tulis dengan cepat. Sambil itu matanya melirik mencari kelibat Shamiza dan Natasha. Tiada. Ke mana mereka berdua pergi? Kebiasaannya setiap kali habis kelas, mereka akan samasama menanti. Lyra Soraya segera mendapatkan Adiba yang sudah menanti di muka pintu kelas. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kelas tutorial dengan langkah yang pantas. Dari jauh mereka melihat Natasha sudah mengalirkan air mata, manakala Shamiza termundar mandir dengan wajah berang. Apa yang sudah terjadi? Lyra Soraya dan Adiba tertanyatanya lalu mereka ber dua menjongketkan bahu. Kau ni kan, bodoh! Degil! tengking Shamiza se kuat hati. Terbelalak biji matanya memandang muka Natasha.Wajah Shamiza tidak ubah seperti singa betina

yang bakal menyerang mangsanya pada bilabila masa. Dadanya turun naik. Mukanya merah padam merenung wajah Natasha yang hanya duduk sambil menunduk kan muka. Natasha tidak berani hendak melawan katakata Shamiza. Sikap Shamiza memang begitu bila sudah naik angin. Tak ada siapa yang berani meningkah kata kata Shamiza. Lyra Soraya dan Adiba terkejut bila melihat Shamiza menengking sahabatnya sebegitu rupa. Mereka berdua saling berpandangan tanpa berkata apa. Inilah kali pertama mereka berdua melihat wajah berang Shamiza yang lebih teruk berbanding dulu. Sebelum ini Shamiza marahmarah pun tidak sebegini jadinya, hanya mema samkan muka sepanjang hari. Tapi kerana tidak tahan dek sikap Natasha yang suka mengadu pasal cinta, Shamiza terus naik angin. Shamiza sebenarnya sudah bosan dan mual dengan kisah cinta bodoh Natasha. Tak ada ke cerita lain yang boleh dikongsi bersama? Balikbalik kisah cinta dengan Ameer. Balikbalik ma salah dengan Ameer. Natasha sudah menangis teresakesak. Bahunya ter enjutenjut mengikut irama tangisan. Wajahnya yang sudah basah dengan air mata sengaja dibiarkan. Nata sha sudah tidak tahan lagi untuk menyimpan kelukaan dalam hatinya. Kalau boleh dia mahu melepaskan se gala apa yang terbuku dalam hatinya. Natasha rela kena marah dengan sahabatsahabat baiknya. Kau boleh tak tolong berhenti menangis? Kau tak dapat apa pun kalau kau menangis macam ni. Buang air mata aje! Sekali lagi Shamiza menengking, tapi tidak sekuat tadi. Sakit hatinya melihat sikap Natasha yang mudah kememeh. Tahulah anak bongsu. Tapi su

16 Ida Nardiel

dah dewasa, buatlah cara orang dewasa. Umur sudah 20 tahun! Lyra Soraya dan Adiba saling berpandangan antara satu sama lain. Dia kasihan melihat Natasha dan takut melihat rupa Shamiza yang sudah mula naik baran. Wajah Shamiza bukan sahaja kelihatan bengis, tapi ga rang. Ada rakanrakan sekolej mengadu takut hendak mendekati Shamiza. Sebenarnya raut Shamiza sahaja yang kelihatan garang, namun dia seorang kawan yang baik hati. Wajah tidak melambangkan sifat seseorang, tapi yang penting hati di dalam.Ah, kalau muka lembut, tapi busuk hati pun tak guna juga. Di kolej sudah ramai manusia macam itu ditemuinya. Miza, boleh tak kau jangan tengking dia macam tu? Dia masih sedih dan terkejut lagi tu. Tak patut kau buat dia begitu, tegur Lyra Soraya lembut. Sebenarnya kurang senang dengan tindakan Shamiza menasihati Natasha. Dia menepuknepuk lembut bahu Natasha agar rakannya itu segera berhenti menangis. Adiba mengangguk setuju, memandang Shamiza yang berada di hadapan Natasha. Shamiza diam. Dia sedar cara dia menegur Natasha salah, tapi dia terpaksa. Dia mahu Natasha sedar. Dia sudah tidak tahan lagi dengan kerenah Natasha yang terlalu lemah. Natasha tidak habishabis dengan masa lah teman lelakinya. Orang lain nak bercinta, dia pun sibuk nak bercinta. Bila ada masalah baru terhegeh hegeh cari kawan semula. Shamiza mendengus kasar lalu membuang pan dangan ke tempat lain. Kalau ikutkan hati, memang dia tak mahu dengar sedikit pun masalah Natasha, tapi mengenangkan Natasha adalah kawan yang paling rapat dengannya, meskipun dia sudah banyak kali

Cinta Yang Terindah 17

berkecil hati dengan sikap Natasha yang lebih me mentingkan teman lelaki daripada kawankawan. Natasha terus mengesat air matanya. Dia sebenarnya mahu meluahkan masalah dan kesedihannya serta mendapat sokongan rakanrakan baiknya.Tapi, ini yang diberikan oleh Shamiza. Rasanya tidak adil buat Nata sha begitu. Natasha lembut dan merupakan anak bong su dalam empat orang adikberadik. Hatinya sensitif dan perangainya keanakanakan. Macam mana aku tak marah? Dia menangis pasal jantan keparat tu buat apa?! Dari dulu aku dah kata yang jantan tak guna tu hanya nak mempermainmain kan kau. Tapi kau tak percaya. Kau kata kami cem burulah, inilah, itulah. Sekarang kau tengok apa dah jadi?! Kali ini suara Shamiza lebih meninggi. Jari te lunjuknya berkalikali hampir mengena muka Natasha. Dia teramat geram melihat Natasha yang sanggup menghabiskan air mata hanya kerana seorang lelaki bernama Ameer. Hei, setakat jantan macam tu, sikit pun aku tak hairan! Bukannya kacak mana pun. Belajar pun bodoh! Ada kau nampak dia naik atas pentas ambil sijil dekan? Ada? Tak ada, kan? Shamiza sengaja menambah bara dalam hati Natasha. Natasha terus menutup wajahnya dengan kedua dua tapak tangan. Dia tidak sanggup mendengar teng kingan dan kemarahan Shamiza. Bukan sahaja menya kitkan, tapi cukup memedihkan hati. Salahnya juga kerana tidak mahu mendengar kata. Inilah padahnya kalau terlalu mengikutkan hati dan perasaan. Sedalam mana pun cinta harus ada batasan Nah! Semalam dia sudah lihat kecurangan Ameer. Ameer dan Nora Zuraini berpegangan tangan di se

18 Ida Nardiel

buah pusat membelibelah di depan matanya. Pasangan itu kelihatan mesra dan berani bercumbu di khalayak ramai. Ikutkan hati mahu dia menyerang Ameer dan Nora Zuraini di situ juga, tetapi memandangkan tidak manis dia bertindak sedemikian, dia diamkan saja. Hei, kau dengar sini! Siasia saja kau menangis untuk dia sedangkan dia tengah sedapsedap dengan betina lain. Kau ni lemah sangatlah! Cuba kau keraskan sedikit hati kau jadi batu! Jual mahal sikit! Nada suara Shamiza masih meninggi walaupun mukanya sudah didekatkan ke muka Natasha. Shamiza amat geram dengan perangai Natasha yang kebudakanbudakan. Terlalu dimanjakan sangat. Suka sangat perhatian daripada kawankawan. Lemah sangat dengan pujuk rayu lelaki. Mudah sangat cair dengan godaan lelaki. Itulah Natasha. Bukan sahaja lemah lembut, tapi lembik! Aku sayangkan dia Aku sayang dia rengek Na tasha dengan suara tersekatsekat sambil mengangkat sedikit mukanya.Air mata masih lagi mengalir. Mukanya kemerahan menahan tangisan. Matanya membengkak. Semalaman dia menangis mengenangkan kecurangan Ameer. Natasha langsung tidak berani memandang muka Shamiza. Begitu juga dengan rakanrakan yang lain. Masingmasing hanya memandang Natasha yang masih menangis mengalahkan anak kecil. Sayang konon! Kau ni memang bodoh! Kau fikir dia sayangkan kau? Kalau dia sayangkan kau, dia takkan ada perempuan lain, tahu tak?! Bengap sangat! sam bung Shamiza. Bibir bawah digigitnya. Masih sakit hati mendengar penjelasan Natasha. Dia mendengus kasar. Tanpa sebarang katakata, Shamiza meninggalkan

Cinta Yang Terindah 19

kelas tutorial yang sudah kosong itu dengan tergesa gesa. Dia sempat melihat wajah Natasha dengan pan dangan yang menjengkelkan. Pintu kelas tutorial di hempas kasar. Dia sudah malas hendak mendengar rengekan Natasha. Bosan dan menyakitkan hati. Lyra Soraya dan Adiba terpingapinga melihat Sha miza meninggalkan mereka bertiga begitu sahaja. Natasha masih teresakesak. Mungkin status Sha miza sebagai anak sulung menjadikan dia seorang yang garang dan tegas. Manakala Natasha pula anak bongsu daripada lima orang adikberadik membuatkan dia begitu manja sekali. Lyra, Diba, aku sedaya upaya nak lupakan Ameer. Macam dulu, bila kami dah berpisah, dia datang semula menagih cinta aku. Ungkit semula janjijanji aku pada dia. Dia cinta pertama aku.Tak mudah untuk aku lupa kan dia. Sudah dua tahun aku bersama dengan dia, tutur Natasha tersekatsekat. Mukanya merah bersama keduadua mata yang masih membengkak. Lyra Soraya dan Adiba saling berpandangan. Adiba mencemikkan muka. Rasa hendak termuntah mende ngarnya. Cinta mengalahkan Uda dan Dara kononnya. Blahlah! Aku faham perasaan kau. Perasaan orang bercinta. Tapi kau kena ingat apa yang Ameer dah lakukan pada kau. Dia curang. Dia boleh keluar dengan perempuan lain, tapi kau dia kawal, dikongkong. Kau nak keluar dengan kami pun dia tak bagi. Dia siapa? Kau siapa? Kau dengan dia cuma pasangan kekasih yang belum tentu dijadikan suami isteri. Ibu dan ayah kau berikan kau kebebasan, tapi pergerakan kau dikunci Ameer. Itu tidak adil bagi kau. Tak ada gunanya kau bersama de ngan dia,Tasha. Cuba jangan jadi macam budakbudak.

20 Ida Nardiel

Kau ada akal, kena fikirlah, kata Lyra Soraya panjang lebar. Kalau diikutkan sudah berbuihbuih mulut Lyra So raya menasihatkan Natasha. Tapi ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Yang penting dia sudah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang sahabat. Hatinya juga geram tidak terkira. Adiba pula selalu merungutrungut tidak puas hati dengan tindakan Ameer terhadap Natasha. Natasha pula seperti lembu yang diikat Ameer. Diheret ke manamana yang disukai Ameer. Adiba mengangguk setuju dan saling berpandangan dengan Lyra Soraya, kemudian merenung Natasha se mula. Kau tak fikir ke? Dah banyak kali kau macam ni. Datang pada kami bila kau ada masalah dengan jantan keparat tu! Bila kau senang, kau kembali pada dia. Kau senangsenang lupakan kami.Adiba menggumam, melepaskan rasa terbuku yang sudah lama dipendam kan. Kau tak sedar ke? selama ini kau hilang identiti kau. Kau nak pakai baju itu, baju ini pun dia tak kasi. Kalau boleh nak sesuaikan dengan mata dia saja. Oleh kerana dia tak suka warna merah jambu, kau sanggup tak pakai baju warna merah jambu. Padahal kau fanatik dengan warna merah jambu. Kami semua tahu apa ke sukaan kau dan kegemaran kau. Sedangkan Ameer langsung tak faham kau! tambah Lyra Soraya yang juga masih tidak puas hati. Inilah masanya dia melepaskan segala yang terbuku di dada. Pernah sekali Shamiza menyerang Natasha yang datang ke kolej dengan pakai tube dan jean separas lutut. Pada masa itu juga Shamiza suruh Natasha balik

Cinta Yang Terindah 21

rumah tukar baju. Kata orang, kalau lelaki betulbetul sayangkan seseorang perempuan itu, dia takkan suruh perempuan kesayangannya buat bendabenda yang memalukan. Tapi Ameer sudah terangterang hendak menyamakan Natasha dengan Farha, Norhana, Nora Zuraini dan beberapa orang gadis yang selalu pakai tidak cukup kain ke kolej. Kalaulah Ameer ada depan mata, ingin Lyra Soraya beri satu penumbuk. Biar lelaki itu duduk terlentang di hadapan mereka berempat. Geram hatinya tidak ter kira. Bercinta macam orang laki bini! Apa gunanya bercinta kalau kau tak ada kebebasan. Macam hari tu, kita berempat rancang nak ke Bukit SUK. Famili kau dah benarkan, tapi dia tak kasi dan akhirnya kau tak pergi sematamata nak jaga hati jantan keparat tu. Kau tahu tak betapa mengamuknya Shamiza bila dapat tahu kau tak pergi? Kau tak pernah nak jaga hati kami. Kau sanggup tinggalkan kami bila Ameer datang pada kau. Adiba kembali bersuara. Suaranya sengaja disiniskan. Matanya tajam merenung Natasha sambil meluahkan rasa yang terbuku di hatinya selama ini. Lyra Soraya mengangguk laju. Mereka berdua mahu Natasha faham mengapa Shamiza marah benar tadi. Dia mahu Natasha membuka minda dan matanya sendiri. Kau ingat tak, Shamiza nak belanja kita tengok wayang filem Di Hati Malaya 1957, tibatiba kau tak nak pergi dengan alasan Ameer nak tengok filem tu dengan kau. Kau tahu tak, Shamiza dah beli tiket tu empat keping. Kau bayangkan, dia beratur panjang sematamata kau nak tengok filem tu. Masa tu Shamzia sedikit pun tak marah. Dia boleh bersabar lagi. Sedang

22 Ida Nardiel

kan masa tu dia macam dah nak nangis bila tengok kau pergi macam tu aje tinggalkan kita orang. Lagipun, masa tu kita berempat dah lama tak keluar samasama. Hari ni, dia tengking kau sebab nak kau sedarkan diri. Kita orang tegur kau, bukan bermakna bencikan kau, tapi kami sayangkan kau. Kita orang tak hairanlah dengan Ameer tu. Kau boleh dapat lelaki yang lebih bagus daripada dia, yang sepadan dengan kau, tutur Adiba lembut. Perlahanlahan dia menyentuh kedua dua bahu Natasha. Tasha, kalau kau rasa bahagia bersama Ameer tu, kau pergilah Tapi, jangan datang pada kami bila kau menangis lagi hanya kerana seorang lelaki. Bukan kami tidak layak jadi teman suka duka kau, tapi kau sendiri tak fikirkan diri kau sendiri. Macam mana kami nak bersama kau sedangkan hati kami pun kau tidak pan dai jaga, tokok Lyra Soraya seperti memberi kata dua. Biarlah Natasha terasa hati mahupun pedih hati, dia mahu membasuh otak Natasha dengan sepuaspuas nya. Biar Natasha sedar apa yang dia sudah lakukan sebelum ini. Natasha hanya membisu. Sedikit demi sedikit dia bagaikan tersedar dengan apa yang dilakukan Ameer terhadap dirinya. Selama ini dia bersama dengan Ameer, dia terlalu jarang dapat bersama dengan tiga orang rakan baiknya. Hanya di kolej dia dapat bersama. Natasha termenung panjang seolaholah sedang memikirkan sesuatu. Terbayang pada wajahnya satu demi satu kenangan dia bersama Ameer dan diakhiri dengan kecurangan Ameer dengan Nora Zuraini yang juga rakan baik Norhana. Maafkan aku, Lyra, Diba. Aku sedar aku bukan ka wan yang baik. Aku pentingkan Ameer daripada kau

Cinta Yang Terindah 23

orang semua. Lepas ni aku akan jadi kawan yang baik untuk kau orang. Maafkan aku. Aku akan lupakan Ameer. Aku menyesal! Natasha bangun lalu meng hampiri dua rakan baiknya. Mereka bertiga berpelukan antara satu sama lain. Natasha nekad untuk melupakan Ameer. Dia mahu terus menjadi sahabat yang setia dan sanggup harungi suka dan duka bersama.

24 Ida Nardiel

Cinta Yang Terindah 25

yra Soraya terus meletak majalah Cos

mopolitan di atas meja. Puan Suriana sudah pun duduk di sebelah anak gadisnya, lalu menghulurkan satu muk Milo panas kegemaran Lyra Soraya. Itulah rutin harian mereka se lepas makan malam. Dua beranak akan bersembang sambil mencicip minuman panas. Kemudian menon ton televisyen bersama. Ada sahaja topik yang dibin cangkan hingga lewat malam. Kadangkadang mereka berdua berdebat untuk membincangan sesuatu topik. Hubungan mereka berdua bukan sahaja antara anak dan ibu, tetapi persis sahabat. Terima kasih, mama, ucap Lyra Soraya sambil ter senyum manja ketika menyambut muk dari tangan Puan Suriana. Dengan pantas Lyra Soraya terus men cicip minuman hingga tinggal separuh. Rasa air Milo yang dibuat mamanya tidak pernah berubah. Sentiasa sedap. Tidak tawar dan tidak manis. Sedangsedang

sahaja. Lega anak tekak bila menghirup air Milo yang hangat itu. Mama minum Milo jugak ke? tanya Lyra Soraya sambil menjengah air yang berisi dalam muk yang dipegang oleh mamanya. Puan Suriana hanya tersenyum sambil menunjuk muk di tangan. Taklah, sayang, usia macam mama dah patut minum susu Anlene. Banyak tulangtulang mama dah berbunyibunyi, jadi sebelum reput kenalah men cegahnya. Lyra Soraya hanya mengangguk. Ini mesti saranan Opah Zue yang mahukan mama cepatcepat peka de ngan kesihatan. Masakan tidak, tubuh Opah Zue pun macam anak dara. Masih tegap dan ramping. Opah Zue suka menghabiskan masa bersenam pocopoco ber sama pembantu rumah yang berasal dari Indonesia. Berbeza dengan Nek Timah yang rendah dan sedikit gempal. Namun masih nampak kuat juga bila melaku kan kerja seharian. Lain orang lain caranya. Mungkin cara hidup yang berbeza membuatkan gaya hidup Nek Timah dan Opah Zue memang berbeza walaupun hampir seusia. Macam baby pulak minum susu. Lyra Soraya buat buat mengejek, kemudian tergelak kecil. Puan Suriana tergelak perlahan. Susu pun penting sayang, untuk tulang. Umur ma cam Lyra pun dah boleh minum susu Anlene, nanti taklah mudah jatuh ke, terkehel ke. Susu pun sama penting macam air suam jugak terang Puan Suriana bersungguhsungguh. Lyra Soraya mencemik geli. Dia pernah cuba minum susu, tapi belum sempat dihadam, susu itu keluar se mula dari mulutnya.

26 Ida Nardiel

Lucu Puan Suriana melihat mimik muka Lyra So raya. Comel sangat. Sekejap sahaja Lyra Soraya sudah menjadi anak gadis. Daripada Lyra Soraya dilahirkan hingga sekarang, bagaikan sekelip mata Lyra Soraya berubah menjadi anak gadis yang cantik. Dalam diam diam Puan Suriana memanjatkan kesyukuran. Lyra tak sukalah minum susu, rasa nak termuntah. Lyra Soraya mencemik Memanglah. Mama pun mana suka minum susu. Tapi mama kena ambil dan biasakan diri minum susu. Lamalama dah rasa sedap susu daripada Milo. Lyra, tulang manusia tidak selamanya boleh bertahan. Ma cam kayu, lamalama boleh reput. Mama mahu terus sihat dan cergas, jadi mama perlukan kalsium, maka susulah jawapannya. Puan Suriana bercakap seperti gaya seorang pengacara. Lyra Soraya tersenyum lebar. Itulah mamanya, se orang ibu yang garang, tapi gemar berlawak dan ber gurau. Tapi kalau di pejabat, mama bertukar menjadi wanita yang garang dan tegas. Hari Sabtu pagi ni, jom teman mama ke dewan ta man kita tu. Ada tarian pocopoco, ajak Puan Suriana. Sudah lama dia tidak bersenam atau meluangkan masa ke gim. Dia dapat merasakan berat badannya sudah naik bergandaganda. Pocopoco? Best tu, mama. Opah Zue mesti nak ikut sama, kan? Puan Suriana hanya tersenyum bila Lyra Soraya menyebut pasal Puan Sri Zulaikha. Puan Sri Zulaikha sering digelar nenek vogue oleh cucucucunya. Manakan tidak, Puan Sri Zulaikha yang sudah ada lima orang cucu masih suka bergaya walau pun bertudung litup. Tubuh Puan Sri Zulaikha masih

Cinta Yang Terindah 27

ramping, namun kelihatan juga kulit yang mula mengendur. Tapi, Puan Sri Zulaikha masih suka ber joging dan mengamalkan pemakanan sihat. Lyra Soraya melihat mamanya membaca majalah Cosmopolitan. Sesekali mata mamanya melirik juga ke kaca televisyen. Hari ini rasa sunyi bila papanya ke London atas urusan perniagaan. Papanya mahu mencari rakan niaga di sana untuk memperkembang lagi perniagaan. Papa nya memang kuat bekerja. Ada sahaja perkara hendak dilakukan. Papanya sentiasa mengawasi dunia syarikat nya dari bawah hingga ke atas. Kata papanya, orang bawahan lagi penting sebab mereka yang menggerak kan syarikat. Setelah puas majalah Cosmopilitan dibeleknya, Puan Suriana terus mencapai akhbar Kosmo yang baru dibeli tengah hari tadi. Inilah masa yang ada untuk dia meng ikuti perkembangan semasa. Kalau sudah berada di pe jabat, jangan haraplah dapat bersenangsenang begini. Lyra Soraya yang hanya memerhati tingkah mama nya hanya tersenyum. Mamanya memang begitu. Masa terluang pasti akan digunakan sebaik mungkin. Astaghfirullah alazim Puan Suriana mengucap panjang sambil meggelenggeleng. Tengoklah ni, tak habishabis kes bayi kena buang. Kasihan bayi ni, mati dalam tong sampah pulak tu. Sudahlah masih bertali pusat. Kejam sangat manusia sekarang ni, tak berhati perut langsung.Tak tahu bersyukur! Dalam hati dia menyumpah seranah perbuatan manusia yang tidak berhati perut itu. Buat sedap, sampai tak ingat dunia dan akhirat. Bila dah dapat hasil, main campak meratarata. Sungguh me lampau! Orangorang macam ni bukan sahaja berzina,

28 Ida Nardiel

tapi membunuh. Elok disula sampai mati, tokok Puan Suriana yang masih geram dengan perbuatan manusia sekarang ini. Sakit hatinya. Hatinya tulus mengenang kan bayibayi yang terbuang. Apalah malang nasibmu, nak. Itu bayi luar nikah, ma. Siapa nak jaga? Tak ada siapa nak bertanggungjawab. Dah pandai buat projek, hasilnya terus ke dalam tong sampah, jadi makanan ku cing dan anjing. Manusia sekarang ni mana ada akal. Lyra Soraya pula menyambung dengan rasa tidak puas hati. Mama tak tahulah apa nak jadi dengan budakbudak zaman sekarang.Tidak fikir yang mana halal, yang mana haram Semua main belasah saja. Kehidupan budak budak sekarang lebih kepada kebaratan. Yalah, perem puan zaman sekarang malu kalau mengaku dara lagi, tak advance konon. Macammacam perangai manusia seka rang. Puan Suriana mula berleter. Puan Suriana teringat kisah anak seorang temannya yang menikmati hidup yang terlalu bebas. Temannya pula seorang wanita yang bekerjaya hebat, selalu ke luar negara sehinggakan berbulanbulan tidak pernah bertemu anak perempuannya. Bila balik dia mendapati anak perempuannya telah meninggal dunia kerana mengalami pendarahan yang teruk sewaktu melahir kan anak yang tidak berbapa. Dia mengucap panjang berkalikali. Lantas dia terus teringatkan anak gadisnya. Berkalikali teman baiknya meluahkan rasa kesal. Jadi Puan Suriana bertindak mengongkong hidup Lyra So raya sehinggakan memaksa ibunya, Puan Sri Zulaikha, turut mengambil berat perihal Lyra Soraya. Dia juga selalu memaksa Lyra Soraya ke rumah neneknya. Dia berharap sangat anak gadisnya yang satu ini tahu hala

Cinta Yang Terindah 29

tuju dan tidak sekalikali melencongkan kaki ke tempat yang lebih teruk. Lyra kenal An lagi tak? tanya Puan Suriana terse nyum nipis. Mahu menukar topik perbualan. Tidak mahu lagi membicarakan perihal kes pembuangan bayi. Ingat lagi, ma. Kenapa dengan dia? Kata Datin Rahmah, An bakal bertunang dengan Fiera. Puan Suriana menghulurkan satu muka surat akhbar bahagian hiburan kepada anaknya. Lyra Soraya dengan rasa berat melihat pasangan bertunang itu sedondon mengenakan pakaian warna merah jambu. Pertunangan pasangan ini sungguh gilanggemilang bagaikan majlis perkahwinan. Semasa majlis dijalankan, Opah Zue dan mama pergi meraikan hari bahagia pasangan sama cantik dan padan itu. Hanya dia yang keberatan. Sesuailah mereka berdua, ma. Sama cantik dan sama padan. Tak sangka An dah balik Malaysia. Dia mesti dah lupakan Lyra kan, ma Lyra Soraya me mandang Puan Suriana dengan rasa sedikit kecewa. Puan Suriana terus mencium rambut anaknya.Kita doakan sahaja kebahagiaan An ya, nak. Dia pun ada tanyakan Lyra hari tu, tapi mama cakap Lyra ada study group. Masakanlah Abang An tu nak lupakan adiknya yang comel sorang ni. Okeylah, sayang, mama mahu solat isyak. Kalau ada kerja, jangan lupa buat. Jangan leka sangat hadap televisyen, nanti lalai, pesan Puan Suriana sebelum memanjat anak tangga. Lyra Soraya hanya mengangguk laju. SelepaS menulis diari, Lyra Soraya terus ke katil. Matanya sempat mengerling jam comel di atas meja di sebelah katilnya. Lagi beberapa minit waktu akan

30 Ida Nardiel

menginjak ke angka 12.00 tengah malam. Lyra Soraya mencapai bantal, lalu dipeluk seerat eratnya sambil tersenyum sendirian. Kenapalah aku merindui dia? Kenapalah aku mencintai dia? Terbayang satu wajah di ruang matanya. Matanya dan senyuman nya sudah cukup menggoncang dada Lyra Soraya petang tadi. Meskipun senyuman itu dilemparkan ke pada semua penonton yang datang menonton per lawanan saringan futsal petang tadi, itu pun sudah cukup buat dirinya. Ajakan Shamiza ke dewan tadi benarbenar mem beri dia peluang menatap wajah lelaki idamannya. Walaupun dari jauh, hatinya sudah cukup puas. Ke tangkasan lelaki itu dalam perlawanan membuatkan dirinya kagum akan kehebatan lelaki itu. Angan Lyra Soraya terhenti sebaik sahaja terdengar deruman kereta milik papanya di luar rumah. Dia men jengah dari jendela. Dari jauh papa jelas kelihatan sugul. Barangkali kerjakerja di pejabat amat meletih kan.Tapi kalau sepenat mana pun, papanya tetap akan tersenyum. Lyra Soraya menjengah lagi, cuba mencari kelibat mama. Tiada. Kebiasaannya mama akan tergesagesa menyambut kepulangan papa.Tapi kali ini tidak pulak. Kenapa ya? Lyra Soraya dapat menghidu hubungan dingin papa dan mama. Papa kerap kali pulang lewat atas alasan kerjanya semakin berlambak bila setiausahanya meng ambil keputusan untuk berhenti kerja barubaru ini. Hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang dingin an tara papa dan mama. Lyra Soraya termenung seketika di birai katil sebelum mengambil keputusan untuk tidur.

Cinta Yang Terindah 31

32 Ida Nardiel

abiS sahaja makan tengah hari dengan

mamanya di sebuah hotel, Lyra Soraya ber gegas menuju ke lif. Dia bercadang mahu naik teksi sahaja untuk sampai ke rumah. Dia ada temu janji bersama Shamiza. Di dalam lif hanya dia se orang diri. Di dalam lif ada cermin dinding yang bo leh memantul. Sementara menanti ke tingkat bawah, Lyra Soraya buat pelbagai mimik muka. Sambil dia tersenyum memandang cermin, sertamerta pintu lif terbuka. Lyra Soraya segera menutup mulut. Malu. Seorang lelaki kacak lengkap berkot persis lelaki kor porat tersenyum kepadanya. Lyra Soraya keluar de ngan tergesagesa. Alamak! Malunya aku, desis hati Lyra Soraya. Dia menoleh ke belakang. Lelaki di dalam lif itu tersenyum kepadanya. Baru dia hendak pusing ke depan, kepala nya terlanggar seseorang di hadapannya. Seorang lelaki tampan yang merenung dia dengan segaris senyuman.

Maaf, encik, saya tak sengaja! luah Lyra Soraya takuttakut. Tak apa. Lain kali pandang depan, bukan belakang. Lelaki itu terus berlalu menuju ke pintu lif. Lyra Soraya pusing ke belakang. Lelaki yang baru masuk lif tadi berjabat tangan dengan lelaki yang amat dikenalinya itu. Majalah apa ni? Sejak bila kau suka baca majalah wanita ni? soal Syed Ikmal sambil membelekbelek majalah itu. Aku beli pagi tadi.Aku tertarik dengan artikel yang Bertajuk cinta, kekasih dan sahabat, terang Azhan Andrew lalu duduk di hadapan Syed Ikmal. Mata Syed Ikmal terbeliak sambil memandang saha batnya yang dikenalinya sejak kecil. Kemudian, mata nya meliar ke segenap restoran eksklusif itu. Oh, ya Andrew, Shafiqa dan Nik Zazaliza, jadi lah cinta tiga segi sewaktu di UK dulu. Syed Ikmal ter senyum sinis. Azhan Andrew mencapai majalah di tangan sahabat nya dengan muka serius. Dia kurang senang apabila dua nama gadis itu disebut semula. Lelaki dan perempuan yang bercinta tidak perlu ada kawan baik daripada jantina yang berlawanan ke rana pasangan kita juga adalah sahabat baik. Percin taan juga bermula daripada persahabatan. Maka, tidak mustahil perempuan atau lelaki akan jatuh cinta de ngan kawan baiknya sendiri meskipun telah memiliki kekasih hati. Azhan Andrew membaca sebahagian daripada petikan artikel itu. Syed Ikmal merampas semula majalah dari tangan Azhan Andrew lalu menyambung petikan artikel itu.

Cinta Yang Terindah 33

Lelakilelaki yang mempunyai ramai kawan perem puan, dianggap perkara biasa.Tetapi, kaum Hawa yang mempunyai ramai kawan lelaki, selalunya dianggap playgirl. Lebih teruk dipanggil jalang. Lelaki sebenar nya tidak boleh hidup tanpa wanita, kiri kanannya mesti ada wanita. Bila ditanya, lelaki selalu menjawab mereka hanya kawan, sedangkan mereka selalu berpe gangan tangan, memegang pipi, makan malam bersama, berciuman, berbualbual di dalam telefon, malah ada yang menganggap kawan perempuan mereka sebagai sumber inspirasi dan kekuatan. Itu masih dianggap sebagai kawan? Sebenarnya, daripada pemerhatian saya, kaum le laki tidak pernah mengagungkan nilai persahabatan, tetapi mementingkan nilai percintaan dengan sahabat sahabat perempuannya. Pendek kata, lelaki memen tingkan nafsu dan tidak mahu berada dalam kesunyian. Dalam percintaan sejati, selain lelaki yang bergelar sahabat, kekasih juga sahabat baik lelaki yang lebih layak daripada sahabat lelaki teman lelakinya sendiri. Begitu juga di alam perkahwinan, isteri atau suami yang lebih layak menjadi sahabat karib antara satu sama lain. Aku setuju dengan artikel ni. Aku kahwin dengan isteri aku sebab dia kekasih dan dia juga sahabat baik aku. Jadi, tiada masalah! balas Syed Ikmal girang. Azhan Andrew terdiam. Dirinya seperti disindir. Persahabatan aku dengan Zaza menyebabkan aku kehilangan Fiqa. Sepatutnya segala apa yang aku luah kan pada Zaza dulu harus diketahui oleh Fiqa, ujar Azhan Andrew perlahan. Baru sekarang kau sedar? Syed Ikmal menjongket kan keduadua keningnya.

34 Ida Nardiel

Kehadiran Zaza dalam hidup aku yang letakkan dia sebagai kawan baik akhirnya menjadi kekasih ke dua aku sehinggakan Fiqa bersumpah yang dia tidak mahu menemui dan mencintai aku buat selama lamanya, luah Azhan Andrew sedih lalu meraup muka nya dengan keduadua tapak tangan. Sebelum dia pulang ke Malaysia awal tahun ini, dia mengalami tragedi cinta yang menyayat hati. Shafiqa meninggal dunia akibat makan ubat tidur dengan dos yang banyak. Hingga sekarang dia masih rasa bersalah. Bersalah kerana mengabaikan Shafiqa. Kenapalah Fiqa sanggup buat sampai begitu se kali? Menderita kerana kau sampai makan ubat tidur? Aku dah nasihatkan kau, jangan rapat dengan Zaza, tapi kau degil. Apa guna kau mencintai Fiqa, tetapi kau habiskan masa kau dengan Zaza? Ke hulu ke hilir dengan Zaza. Aku ingat lagi, Fiqa tunggu kau berjam jam di kafe, tapi kau pergi temankan Zaza membeli belah. Macam manalah tak hancur hati perempuan tu Syed Ikmal mengeluh sambil menggeleng apabila terkenang peristiwa lampau rakannya. Azhan Andrew hanya diam tanpa kata. Itulah kau, dulu kau dah dapat Fiqa, kau lepaskan. Kata kau, Fiqa tak kisah kalau kau berkawan baik de ngan Zaza. Ha, bila Fiqa dah tinggalkan kau, Zaza pulak pilih anak Datuk, baru ternganga kau. Aku dah kata dari dulu, kawan baik lelaki hanya kaum lelaki sahaja. Kawan baik perempuan hanyalah kaum perempuan sahaja. Takkanlah kau cerita luar dalam kau pada pe rempuan, melainkan dia kekasih kita, kan? Ha, macam aku ni jadi kawan baik kau sejak sekolah lagi, aku me mang dah faham perangai kau, terang Syed Ikmal bersungguhsungguh.

Cinta Yang Terindah 35

Boleh tak kau jangan ungkit pasal Zaza lagi? kata Azhan Andrew sedikit marah. Katakata Syed Ikmal seperti menjerut lehernya. Rasa menyesal masih ter tanam di lubuk hatinya. Sukar untuk dia melupakan semua itu. Susah! Walaupun Fiqa tak kisah kau berkawan dengan Zaza, tapi kau kena faham hati dan perasaan perem puan, terang Syed Ikmal bersungguhsungguh. Entahlah Zaza dan Fiqa bukan milik aku lagi. Kini, aku dah bertunang dengan Fiera, tapi entahlah Azhan Andrew mengeluh berat. Entah kenapa sejak akhirakhir ini, perasaannya mula berubah. Ada saja yang tak kena pada pandangannya tentang Fiera. Ada kah Fiera pilihan yang tepat? Inilah natijahnya kalau buat keputusan dengan terburuburu. Kau jangan mainmain. Kau sekarang dah jadi tu nang Fiera. Kalau kau putus dengan dia, Fiera yang lagi malu. Kau kan tahu dia supermodel dan primadona terhangat sekarang ni. Kalau putus, wartawan tulis macammacam, kau yang naik angin nanti! Mata Syed Ikmal lebih membulat tanda peringatan. Azhan Andrew mengangguk perlahan. Dia faham. Musibah rasanya kalau meninggalkan Fiera begitu sa haja. Matanya merenung Syed Ikmal yang terlongo. Aku sebenarnya Teringatkan seseorang. Ya, se seorang pada zaman kecil aku, kata Azhan Andrew dengan tibatiba. Siapa pulak ni? Berapa ramai perempuan dalam hidup kau ni, An? tanya Syed Ikmal ingin tahu. Dahi nya berkerut. Memikirkan perempuan mana yang bo leh menandingi Fiera. Aku jumpa seseorang yang aku kenal, tapi mungkin dia pun dah tak kenal aku lagi dah. Azhan Andrew

36 Ida Nardiel

cuba mengingat sesuatu, kemudian bersandar. Gadis comel yang hampir berlanggar dengannya tadi, betul betul buat dirinya teringatkan seseorang. Hatinyanya kuat mengatakan itu Lyra Soraya. Gadis itu sudah men jadi seorang gadis manis yang cantik. Lupakan ajelah Kau kan dah ada Fiera. Buat apa nak cari lain lagi? Kau kan tahu Fiera jadi rebutan? Yang untung kau! Jangan nanti terlepas, kau yang frust menonggeng. Eh, apa cerita si Halim sekarang? Sibuk memanjang dia sekarang, tanya Syed Ikmal apabila ter ingatkan seorang lagi rakan baiknya. Manalah aku tahu.Dia tu kerja PR pun mengalahkan Perdana Menteri. Ada saja hal dia. Aku yang bos dia ni pun tak sibuk macam dia. Biasalah, An Kau bukannya tak kenal dia. Kalau tak sibuk dengan kerja, sibuk dengan perempuan, kata Syed Ikmal tersengih. Azhan Andrew sekadar menjongket bahu. An, kau tengok sana tu. Syed Ikmal menjuihkan bibir ke satu arah. Azhan Andrew menurut mengalih pandangan ke arah yang dimaksudkan Syed Ikmal. Seorang gadis cantik berpakaian seksi tersenyum manja bersulam goda di meja makan berhampiran. Itu bukan ke pelakon baru yang berlakon macam kayu balak? tanya Syed Ikmal seperti megejek. Azhan Andrew tergelak perlahan. Kayu balak? Ala hai, ada juga aksi pelakon sekarang sebegitu ya. Manalah aku tahu. Aku jarang tengok TV. Dia ber lakon macam kayu balak ke macam batubata ke, ada aku kisah? Aku rasa Itu bukan ke Farha? Agaknyalah kut. Kenapa? Berkenan ke?

Cinta Yang Terindah 37

Isy, walaupun isteri aku tak secantik bidadari du nia, tapi dia syurga hati aku, An. Dia pilihan keluarga aku yang terbaik. Tak siasia aku meninggalkan awek awek aku dulu. Cukuplah dengan zaman jahiliah aku dulu, balas Syed Ikmal tersenyum bahagia. Tatkala ini dia teringatkan akan isterinya yang cantik berhijab, sedang sarat mengandungkan anak pertama mereka. Azhan Andrew hanya tersenyum.Ya, dia tahu rakan nya itu sangat bahagia dengan isteri pilihan keduadua orang tuanya. Woi, dia ada sugar daddylah Syed Ikmal me nolak bahu Azhan Andrew. Azhan Andrew melihat sama. Seorang lelaki berusia separuh abad dan berkepala botak tibatiba muncul lalu memeluk pelakon popular itu dari arah belakang. Azhan Andrew mencemikkan mukanya. Asalkan jangan Fiera sudahlah

38 Ida Nardiel

Cinta Yang Terindah 39

yra Soraya meletak fail dan beberapa

buah buku rujukan di sebelah komputer yang tidak diguna orang. Matanya mengitari ke sekitar ruang kafe siber yang sarat dengan kehadiran pelajarpelajar kolej. Ada yang dia kenal dan ada juga dia tidak kenal langsung. Dia hanya tersenyum saat ma tanya bertembung dengan mata kepunyaan rautraut wajah yang dikenalinya. Untuk memberi salam atau menyapa hai pun dirasakan tidak sempat. Masing masing sibuk mengejar masa dan waktu. Di saatsaat akhir begini barulah dirasakan masa itu begitu emas sekali. Lebih bermakna daripada makan dan minum. Tidur pun dah tak penting bila tiba deadline. Masingmasing begitu sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Boleh dikatakan hampir kese mua komputer digunakan. Inilah salah satu tabiat pelajarpelajar yang suka sangat buat kerja di saatsaat akhir.

Lyra Soraya tidak gemar dengan sikap sebegitu. Kerja tidak boleh ditangguhtangguhkan, nanti makin bertimbun dan tak terlarat hendak menyelesaikannya. Tugasan Puan Wan Naimah telah disiapkan pada ming gu lepas. Inilah masanya untuk berehatrehat setelah berhempas pulas menghadap komputer siang malam dan mencari bahanbahan rujukan di perpustakaan. Selalu juga dia menemui Puan Wan Naimah untuk me minta pendapat dan komen mengenai tugasan yang dilakukan. Dia ke sini sekadar menemani tiga rakan baiknya yang masih belum mencetak kertas tugasan. Hari ini adalah hari terakhir untuk menghantar kertas tugasan. Bagi pelajar yang lewat akan diberi kosong markah. Siapalah yang sanggup dapat markah begitu? Kalau tolak markah, tidak mengapa juga. Sekurangkurangnya ada juga markah yang akan dibawa untuk peperiksaan akhir nanti. Kalau dah kosong yang diberinya, apa yang nak dibawa untuk membantu. Lyra Soraya sekadar berdiri di tepi dinding sambil memerhati rakanrakannya melakukan tugastugas ter akhir. Dia terpandang Norhana yang terkialkial me naip. Wajah Norhana seperti orang sedang dalam kebi ngungan. Barangkali masih banyak kerja yang belum disiapkan lagi. Sesekali dilihatnya Norhana menarik be berapa orang rakan agar membantunya. Nora Zuraini pula asyik menggarugaru kepala, kemudian menyelak nyelak buku rujukan yang tebal dua inci mencari bahan tugasan. Lyra Soraya sekadar menggelenggeleng. Dia banyak melihat gadis jelita itu menghabiskan masa di kafeteria dan bersembangsembang dengan rakan sekuliah yang tidak kurang sepertinya.

40 Ida Nardiel

Lyra! Adiba melambaikan tangan dengan wajah cemas. Lyra Soraya terus mendapatkan Adiba. Mungkin ada sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh Adiba. Dia bimbang kalaukalau tiga orang rakannya tidak dapat menghantar tugasan pada hari ini. Kenapa? tanya Lyra Soraya sambil merenung wa jah Adiba, kemudian ke muka skrin komputer. Ada masalah pada komputer atau pada kertas tuga san Adiba? Paling ditakuti kalau tibatiba virus datang menyerang komputer yang sedang digunakan. Masa itulah komputer tibatiba hang atau terpadam. Sebagai pelajar multimedia, dia sudah lali dengan keadaan se perti itu. Dia membongkokkan sedikit badan manakala tangannya memegang kepala kerusi yang diduduki Adiba. Perlu ke buat footnote? soal Adiba gelisah. Sebaik sahaja dia meletak beberapa helai kertas putih A4 di atas ruang pencetak, baru dia teringat pasal nota kaki yang pernah disuarakan oleh Puan Wan Naimah tidak lama dulu. Dia lupa sama ada perlu ataupun tidak nota kaki itu. Nota kaki tu tak wajib. Kalau kau nak letak, letak lah. Kalau tak nak, tak apa. Terpulang pada kau. Yang penting kena ada bibliografi. Kalau tak ada, hilang se puluh markah tau. Rugi! terang Lyra Soraya. Sertamerta wajah gusar Adiba hilang. Ada sedikit senyuman dan anggukan daripadanya. Yes! Aku dah siap dah! kata Shamiza girang sambil menunjukkan beberapa helai kertas putih bersaiz A4 yang telah siap dicetak. Lyra Soraya hanya tersenyum sambil menjongket bahu.

Cinta Yang Terindah 41

Aku nak pergi binding pulak! kata Shamiza de ngan nada bangga. Barangkali terlalu gembira bila tu gasan telah siap. Lyra Soraya hanya mengangguk sambil menghantar pandangan ke arah Shamiza yang sedang beratur me nunggu giliran untuk menerima perkhidmatan yang ditawarkan. Kafe siber milik Kak Shidah, bukan sahaja menawar kan khidmat komputer, tetapi ada khidmat fotostat dan binding. Malah alatalat tulis juga ada dijual di sini. Pandangan mata Lyra Soraya beralih pula ke arah Natasha yang sudah bangun dan menuju ke kaunter. Dia beratur di belakang Shamiza menunggu giliran. Okey tak? tanya Lyra Soraya dengan penuh pri hatin sebaik menghampiri keduadua rakannya itu. Dia tidak mahulah seorang rakannya gagal hantar kertas tugasan. Kalau boleh, biar mereka berempat berjaya meraih markah yang tinggi. Kalau seorang gagal, pasti yang lain turut berasa sedih dan bersalah. Tidak sero noklah kalau salah seorang daripada rakan baiknya tunjuk muka muncung. Apa tidaknya, pergi ke kelas bersama dan ulang kaji pun tidak pernah berpisah. Saling bantumembantu dan tunjuk ajar antara satu sama lain. Okey! Siap semua, ujar Natasha sebaik kertas ker janya siap binding. Lyra Soraya tersenyum lega. Puas! Lega dah siap! luah Adiba kegirangan sambil mengangkat keduadua tangan. Mereka berempat berjalan beriringan menuju ke kolej semula. Masih ada lagi satu jam untuk menghantar kertas tugasan tersebut. Kalau lewat satu jam, hilanglah sepuluh markah.

42 Ida Nardiel

Aku geram betul dengan printer aku. Semalam bila aku nak print, mulalah buat hal pulak! Natasha merungut dengan muka tidak puas hati. Kau belilah printer yang baru. Kalau repair pun harganya lebih kurang sama dengan printer baru, cadang Shamiza serius. Lyra Soraya mengangguk setuju. Kau kena ingat juga, perkakasan dan perisian kom puter cepat turun harga sebab banyak benda baru keluar. Jadi, kita kena cari yang lebih advance. Kita kena kejar barangbarang komputer yang terbaru, sampuk Adiba. Adiba selalu melihat perkakasan dan perisian kom puter yang terbaru di Internet. Sekarang dia sedang berangan untuk mendapat komputer riba VAIO. Baru bulan lepas dia dapat merasa iPod. Sebagai pelajar multimedia, dia rasa ketinggalan kalau tidak mengejar produkproduk komputer terbaru di pasaran. Dunia sekarang, siapa lambat, dia kena tinggal! Kau janganlah buang printer lama kau tu. Kadang kadang barangbarang komputer lama beharga tau sebab banyak barangbarang lama komputer dah tak ada di pasaran. Manalah tahu suatu hari nanti bentuk bentuk komputer lama keluar semula macam fesyen bajubaju sekarang ni. Sekarang dah keluar fesyen baju agogo. Fesyen 60an dan 70an. Kasutkasut bertapak tebal pun dah ada. Kalau baling kat anjing pun boleh mampus! kata Lyra Soraya seperti orang serba tahu. Setiap hari, Lyra Soraya sering melayari Internet mencari fesyen dan alatan terbaru. Walaupun dia pela jar multimedia yang selalu mengejar kemajuan tekno logi komputer, namun sebagai perempuan, dia tidak ketinggalan mengejar fesyenfesyen baju, kasut dan

Cinta Yang Terindah 43

beg terkini. Dia suka juga menghabiskan masa berjalan di pusat membelibelah melihat fesyenfesyen terbaru. Aku memang tak buang pun sebab aku nak belajar repair barangbarang komputer. Manalah tahu kalau tak dapat kerja nanti, aku bolehlah buka kedai repair komputer, kata Natasha tersengih. Itulah citacita yang diimpikan kalau tidak berjaya mendapat sebarang pekerjaan tetap nanti. Dalam za man sekarang, bukan senang hendak mendapat kerja yang diidamkan berbanding zaman dulu. Dulu, kalau hendak masuk manamana universiti, memang payah, tapi senang dapat kerja. Natasha memasang impian untuk menjadi seperti Kak Shidah, usahawan wanita yang berjaya. Sekarang ini pun dia sedang belajar memperbaiki komputer de ngan abangnya yang merupakan graduan komputer. Hei, lepas kita hantar tugasan ni, apa kata kita pergi makan nak tak? Aku dah laparlah. Tak sempat makan tengah hari tadi sebab buat assignment, ca dang Shamiza sambil mengusapusap perutnya yang leper. Tiga rakannya melihat muka kasihan Shamiza yang sengaja dibuatbuat Eii Perut Miza dah buncitlah! ejek Adiba sambil menjelirkan lidah. Tangannya cuba mahu menyentuh perut Shamiza, tapi ditepis kasar. Shamiza pula mahu mencubit bahu Adiba, tapi tak kesampaian. Adiba terlebih dahulu berlari. Shamiza yang tidak putus asa terus mengejar Adiba hingga ke pintu gerbang KUAP. Natasha dan Lyra Soraya hanya tergelak melihat telatah rakanrakanya

44 Ida Nardiel

Wajah Lyra Soraya cemas bila melihat kertas tugasan nya tiada dalam fail. Berkalikali dia membelekbelek fail yang berada di tangan. Rakanrakan yang lain saling berpandangan. Bebe rapa orang pensyarah dan pelajar yang berada di dalam bilik pensyarah turut melihat Lyra Soraya yang semakin gelisah dan cemas. Lyra Soraya meneguk liur berkalikali. Wajah rakan rakannya direnung satu per satu meminta bantuan. Tapi bantuan yang macam mana? Dengan wajah takut, perlahanlahan dia merenung wajah Puan Wan Naimah yang tajam melihatnya. Puan, assignment saya hilang, adu Lyra Soraya perlahan dengan wajah takuttakut dan hampir mahu menangis. Dia toleh kiri kanan.Wajah tiga rakan baiknya turut menjadi cemas. Berbulanbulan dia mencari bahan dan menyiapkan tugasan tersebut. Kini tugasan itu hilang entah ke mana. Dia terlupa memeriksa failnya sebelum keluar dari kafe siber Kak Shidah tadi. Dia benarbenar kesal. Dia tidak mahu gagal. Failfail tiga rakan baiknya juga diselongkar. Tiada juga! Ya puan, saya nampak assignment Lyra dalam fail tadi, sampuk Adiba yang turut resah. Dia mula tidak senang melihat perlakuan Lyra So raya yang tidak menentu. Bukan niat mahu menipu, tapi dia yakin Lyra Soraya seorang yang jujur dan ber displin pada kerja yang diberikan. Walaupun dia tidak melihat tugasan Lyra Soraya, tapi dia yakin Lyra Soraya sudah menyiapkannya. Dia tahu Lyra Soraya tidak per nah gagal menghantar sebarang tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Lyra Soraya tidak pernah lambat malah

Cinta Yang Terindah 45

tidak pernah tak hantar langsung kertas tugasan. Se mua pensyarah selalu memuji hasil tugasan Lyra Soraya. Tempoh waktu tidak pernah lewat. Lyra Soraya selalu menjadi orang yang pertama menghantar kertas tu gasan. Puan Wan Naimah mengeluh berat. Dia sukar per caya kalau Lyra Soraya tidak hantar kertas tugasannya. Gadis di hadapannya itu selalu patuh pada arahannya. Patuh pada masa yang ditetapkan. Pelajar seorang ini amat disenangi oleh pensyarahpensyarah lain ter masuk dengan kakitangan kolej. Kertas tutorial selalu dihantar, malah tidak pernah jemu bertanya kepadanya jika tidak memahami sesuatu topik. Jadi apa yang awak fikirkan sekarang? tanya Puan Wan Naimah dengan suara yang sengaja diseriuskan. Puan, saya rasa tugasan saya dicuri orang! kata Lyra Soraya yang sudah mula cemas. Dia takut kalaukalau Puan Wan Naimah menolak segala alasannya. Dia takut jika dia gagal pencapaian yang terbaik pada semester ini. Dia juga tahu ada be berapa orang pelajar lain turut iri hati dengan penca paiannya. Dia yakin pasti ada orang dengki kepadanya. Dia tidak ramai kawan di kolej ini. Natasha memujuk Lyra Soraya dengan menyentuh bahu rakannya. Awak ada bukti? tanya Puan Wan Naimah lalu me nyandar ke kepala kerusi. Satu per satu wajah pelajar di hadapannya ditenung. Adiba menenangkan Lyra Soraya dengan mengurut belakang rakannya dengan perlahan. Lyra Soraya menggelenggeleng. Dia tidak mahu menuduh sesiapa. Tapi, dia yakin tugasannya dicuri orang. Di kedai kafe siber tadi dia meninggalkan fail di

46 Ida Nardiel

atas sebuah meja komputer. Ramai orang berada di situ, maka tidak mustahil ada yang menjadi pencuri. Puan Wan Naimah berasa kasihan. Dia tidak mahu menggagalkan Lyra Soraya dengan begitu saja. Dia harus memberi sedikit masa untuk Lyra Soraya men cetak semula kertas tugasan. Dia juga berasa yakin kertas tugasan Lyra Soraya dicuri. Dalam pada masa yang sama, dia juga raguragu dengan Norhana. Beberapa jam yang lalu, Norhana menghantar ker tas tugasan dengan keadaan tergesagesa. Itulah kali pertama Norhana menghantar kertas tugasan dengan cepat. Kalau tidak, selalu sahaja melepasi tempoh yang dihadkan. Kalau macam tu, saya benarkan awak periksa se mua kertaskertas tugasan kawankawan awak yang sudah hantar. Puan Wan Naimah membongkok meng ambil semua kertaskertas tugasan yang sudah diletak kan ke dalam sebuah kotak khas. Dalam hati Lyra Soraya berdoa. Dahlah, Lyra Jangan bersedih lagi. Puan Naimah kan dah beri kau peluang hantar tugasan esok. Biarlah dengan Norhana tu, nasihat Natasha sambil melirik ke arah Lyra Soraya yang termenung merenung teh tarik di hadapannya. Lyra Soraya mengeluh berat, kemudian memandang wajah rakannya sambil menjongketkan keduadua ke ning. Bukan apa, aku cuma tak sangka si Nohan terga mak curi tugasan aku.Aku pulak boleh tak perasan dia ambil tugasan aku dari fail. Teruk betul! luah Lyra So raya lalu meletakkan keduadua tangan di dahi. Dia sendiri tidak sedar waktu bila Norhana boleh mencuri

Cinta Yang Terindah 47

tugasan yang disimpan rapi. Nohan tu memang melampau. Bukan apa, dia tu senior kita, sepatutnya tunjuk perangai yang elok sikit. Ini menyombong tak tentu pasal. Aku ingat dia pandai, tapi selalu ponteng kelas. Kalau berfesyen dan ber mekap, dialah yang nombor satu.Aku ingat lagi macam mana dia kutuk Shahira Shawl tu macam bomoh. Tak patut betul! cerita Shamiza macam bertih jagung. Seingat aku, Shahira tu tak pakai tudung, tapi alih alih pakai shawl. Dia tu bukannya fashionista, tapi mangsa fesyen. Bukan apa, gaya dia melampaulampau pulak. Macam serba tak kena aku tengok. Kadang kadang pakaian yang dia pakai nampak okey, kadang kadang serabai. Entahlah, kalau nak bertudung biarlah kerana Allah, bukan kerana fesyen, kata Lyra Soraya dengan rasa kesal. Hi, girls! tegur Najib Nizam dari arah belakang lalu mengambil tempat duduk di sebelah Shamiza. Dia tersenyum sambil membetulkan skaf yang melilit lehernya. Tadi dalam dewan kuliah, kenapa kau suruh si Maria dan Elia duduk di belakang? tanya Adiba ingin tahu. Huh, naik angin aku tadi, nyah. Kau orang pelik tak, sebelum ini pakai tudung bawal taklah nampak sanggul di kepala, alihalih hari ni budak dua ekor tu pakai shawl. Kemudian, ada bukit di atas kepala duduk depan mata aku. Aku rimas, nyah! Aku tak nampak langsung muka Doktor Norliah. Yang aku nampak sanggul tinggi macam gunung depan mata aku. Mana boleh! Aku suruhlah budak dua orang tu duduk bela kang aku. Rimas aku! Najib Nizam terus menyilangkan kakinya. Mukanya tercemikcemik apabila teringatkan

48 Ida Nardiel

peristiwa di dalam dewan kuliah tadi. Agak kecoh juga apabila Najib Nizam sesuka hati mengarahkan dua pe lajar perempuan duduk di belakang. Pensyarah yang sedang mengajar di hadapan juga tercengangcengang. Oh, dia orang pakai sanggul palsu. Pakai tu nanti baru nampak cantik dan tudung pun nampak terletak, ujar Natasha. Najib Nizam mencebikkan muka. Macammacam hal fesyen tudung sekarang ni. Suka hati merekalah. Jangan jadi mangsa fesyen sudah lah! Lawa lagi mak ni tau! Tibatiba Najib Nizam me muji diri sendiri. Empat sahabat pula rasa hendak muntah darah hijau. Mata Azhan Andrew tidak berkelip melihat wajah mendung gadis yang duduk tidak jauh daripadanya. Ingin saja dia pergi mendapatkan gadis itu, namun dia tidak boleh bertindak melulu. Barangkali gadis itu sudah tidak mengenali dirinya. Mungin juga gadis itu sudah melupakan dirinya. Entah kenapa dia begitu rin du dengan gadis yang pernah hadir dalam hidupnya. Sayang, kenapa ni? Makanlah nasi tu. Dah sejuk dah tegur Fiera sambil menjeling. Dia perasan bila tunangnya asyik termenung. Azhan Andrew masih dengan dunianya. Matanya masih memandang ke arah gadis yang mencuri pan dangannya. Sayang! Fiera meninggikan suara sambil membu latkan biji mata. Azhan Andrew tersentak terus menoleh meman dang Fiera. Sorry I cuma fikirkan pasal pelan pelanggan yang belum siap.Azhan Andrew memberi alasan.

Cinta Yang Terindah 49

You ni asyik ingat kerja! Kerja! Takkan 24 jam asyik nak ingat kerja! I yang berlakon ni pun tahu rehat tau! tukas Fiera dengan nada suara tidak puas hati. Jom makan cepat. Lepas ni kita tengok wayang atau apaapa ajelah! Azhan Andrew memandang se kilas wajah Fiera yang sudah masam mencuka. Apa kata kita pergi club? You pun boleh release tension, kan?cadang Fiera dengan muka berbunga bunga. Azhan Andrew bersandar lemah. You dah lupa ke yang I tak suka ke kelab malam? Lagipun, itu bukan tempat I. Kalau you nak bersama dengan I, lupakan manamana kelab malam yang ada di Malaysia ni! sanggah Azhan Andrew dengan perasaan geram. Okeylah! balas Fiera kasar. Terus memuncungkan bibir. Matanya melirik Azhan Andrew yang begitu ber selera mengunyah makanan.

50 Ida Nardiel

Cinta Yang Terindah 51

ana dia hari ni? Tak nampak pun dia. Mata

Lyra Soraya meliar mencari seseorang. Bia sanya waktuwaktu begini, dia akan datang lepak bersama rakanrakannya. Hati Lyra Soraya mula resah. Rasa rindu pula kalau tidak menatap wajah itu sehari. Hoi, Lyra! Satu tangan menepuk bahu kanan Lyra Soraya sehingga Lyra Soraya tersentak daripada la munan. Lyra Soraya pusing ke kanan dan ke kiri. Shamiza sudah menjeling. Kau ni kenapa, Lyra? Dari tadi aku tengok kau ni termenung macam orang mati laki. Kau kenapa? Ada masalah ke? Jangan jadi macam Tasha sudahlah. Kalau itu aku tak nak dengar lagi. Aku dah malas nak jadi kaunselor tak bertauliah lagi tau! Shamiza seperti meninggatkan sambil mengangkat keduadua tapak tangan ke paras bahu tanda mengalah.

Lyra Soraya hanya tersenyum kelat. Tibatiba pan dangan matanya tertancap pada susuk tubuh yang dinantinantinya. Segala bebelan Shamiza tidak dihi raukan. Shamiza mengeluh sambil mengerling Lyra Soraya. Apa tidaknya, penat mulutnya membebel, ruparupa nya Lyra Soraya tidak mendengar dia bersuara, men ceritakan masalah tugasan yang ditolak Puan Wan Suriati pagi tadi. Alasan Puan Wan Suriati maklumat yang dikehendaki tidak cukup. Lyra Soraya meneguk liur. Tubuh lelaki yang tadi berada tidak jauh daripadanya hilang begitu saja. Dia tidak puas memandang lelaki pujaannya tadi. Senyu man dan tawa lelaki itu pun sudah mencairkan hati nya. Dia tahu senyuman dan tawa lelaki itu bukan untuknya.Tidak mengapalah Kau dengar tak aku cerita ni? Dah berbuihbuih mulut aku cakap. Kau buat bodoh pulak Shamiza sedikit marah sambil menjeling. Failfail di atas riba di susun semula bila failfail tersebut hampirhampir ter jatuh. Aku dengarlah, tapi aku tak perasan apa yang kau cakap. Lyra Soraya tersengih sambil menyusun buku bukunya dan diletak di tepi meja. Air minuman yang tinggal separuh, disedut hingga habis. Dia membuang pandangan di segenap kafeteria. Manalah tahu mungkin lelaki itu ada di sini lagi. Ek eleh, minah ni Tak perasan ke atau kau pekak badak? Kalau kau dengar, apa cerita aku? tanya Sha miza hingga keningnya terangkatangkat. Lyra Soraya merenung muka Shamiza dengan dahi berkerut.Entah! Aku tak berapa faham kau cakap apa. Lyra Soraya menjongketkan bahu. Sebenarnya satu

52 Ida Nardiel

apa pun dia tidak dengar butir bicara Shamiza. Fikiran nya lebih banyak menerawang sambil melihat jejaka idamannya. Kau ada dengar aku cakap pelat ke sampai kau tak faham? Kau ni memanglah! Kawan tak guna! Berangan aje lebih! marah Shamiza sambil mecubit paha Lyra Soraya berkalikali Lyra Soraya menjerit kesakitan sehinggakan bebe rapa orang pengunjung yang berada di dalam kafeteria itu tertoleh kepadanya. Lyra Soraya segera menutup mulutnya. Malu! Tapi ada sepasang mata cantik sedang merenung ke arahnya. Kini mata mereka bertentangan. Lama. Dia tenung aku ke? Lyra Soraya menoleh ke bela kang. Tiada sesiapa pun yang duduk di meja belakang. Takkanlah aku yang tak lawa ni dia pandang? Lyra So raya menggarugaru kepalanya. Dia hanya mampu ter sengih malu. Mata yang cantik dan pastinya bukan milik Syafizal, lelaki pujaannya, masih berlawan pandang dengan mata Lyra Soraya. Mata itu milik rakan Syafizal. Wajah nya begitu klasik bersama kulit sawo matang dan wa jahnya sarat dengan jambang yang tersusun cantik. Maco! Lelaki itu juga menjadi pujaan pelajarpelajar wanita di kolej. Lelaki itu juga terkenal dalam sukan futsal. Setiap pagi, sewaktu ke kolej, Lyra Soraya akan da pat melihat lelaki itu menunggang Srio Aprillia. Masa itulah pelajarpelajar perempuan tertoleh ke arah le laki itu berkalikali. Tapi yang jelas, ternyata yang suka kan lelaki itu adalah Norhana. Secara terangterangan lagi Norhana tergedikgedik kepada lelaki itu. Lyra Soraya tersenyum sendirian. Apalah cerita

Cinta Yang Terindah 53

Norhana bila menghadap Puan Wan Naimah. Padan muka dia! Mencurilah kertas tugasan orang. Tengok tu, termenung lagi! Kali ini Shamiza me nepuk bahu Lyra Soraya dengan kuat sehinggakan gadis itu terkejut. Mujurlah Lyra Soraya tidak menjerit. Lyra Soraya pandang muka Shamiza, kemudian dia melihat lelaki itu tiada di tempat tadi. Matanya meliar. Tiada. Cepatnya dia pergi. Hei, ada sesiapa ke yang kau minat? Kau dah jatuh cinta ke? teka Shamiza mengusik. Matanya turut me liar. Melihat beberapa orang pelajar lelaki yang dia kenal. Isy, tak adalah. Buang masa aje kalau bercinta. Silapsilap hari bulan, aku jadi Natasha kedua yang ke cewa dengan cinta pertama, pintas Lyra Soraya terse nyum hambar. Bukan niatnya mahu mempersenda Na tasha, tetapi itu adalah pengajaran buat dirinya. Shamiza menggelenggeleng dengan sikap Lyra So raya yang banyak termenung dan berkhayal. Kalau kita nak bercinta ke, berkasih ke, biarlah berpadapada. Ada batasnya. Kalau dah ada yang suka tu, jangan pendam lamalama. Nanti diambil orang! Shamiza memberi pendapat. Lyra Soraya mula kurang selesa.Adakah Shamiza da pat menghidu tentang jejaka idamannya? Sebenarnya tiada siapa pun yang tahu siapa jejaka yang dia minat. Tentang cinta, dia tidak suka bercerita. Malu! Nanti jadi bahan ejekan. Lagipun, siapalah dia jika mahu diban dingkan dengan Farha dan Norhana yang selalu men jadi perhatian jejakajejaka di kolej Alah, kalau ada pun, cerita sajalah. Tak salah kalau bercinta masa belajar ni. Cuma jangan jadi macam Na tasha, sudahlah. Bercinta ni jangan beri seratus peratus.

54 Ida Nardiel

30 peratus pun dah cukup. Hujung nada suara Shamiza bertukar sinis. Sedikit pun tidak memandang Lyra So raya yang sedang merenungnya. 30 peratus? Sikitnya! Dahi Lyra Soraya berkerut memandang wajah Shamiza yang selamba. Nampak sangat Shamiza masih marahkan Natasha. Mungkin itu nasihat untuk dia. Pernah juga dia mendengar daripada orang yang mengatakan jangan beri seratus peratus kepercayaan dan cinta kepada pasangan. Cukuplah tu. Buat apa banyakbanyak sangat. Kalau kau beri seratus peratus, semua kau kena beri kat dia. Nanti bila kau berpisah dengan dia, kau yang lebih banyak menderita tahu tak! tukas Shamiza lalu menjeling Lyra Soraya yang masih terkaku. Mungkin sedang berfikir sesuatu. Perlahanlahan Lyra Soraya mengangguk faham. Ada betulnya juga kata Shamiza. Dalam mereka ber empat, Shamiza lebih matang berfikir dan petah ber cakap. Kadangkala sukar untuk mematahkan katakata Shamiza. Maklumlah, Shamiza selalu mewakili debat dan syarahan di kolej. Mungkin ini salah satu sebab kenapa Shamiza sukar didekati oleh jejakajejaka di kolej atau di luar kolej. Lagaknya bersahaja dan tenang. Kau ada minat siapasiapa ke kat kolej kita ni? Lyra Soraya cuba mengorek rahsia Shamiza pula. Shamiza jarang bercerita pasal lelaki. Kalau ajak bercerita pun, Shamiza lebih banyak menceritakan keburukan lelaki. Shamiza pun perahsia orangnya. Sha miza tidak pernah mahu bercerita tentang lelaki atau kisah cintanya duludulu. Kalau ditanya, Shamiza suka mengelak dan cepatcepat menukar topik lain. Huh, buat apa aku nak bercinta dengan budak masih belajar.Tengok wayang pun pakai duit pinjaman.

Cinta Yang Terindah 55

Beli hadiah pun sampai korek tabung. Buat apa! Suara Shamiza bertukar nada bongkak. Eleh, sombong kau ek? Kau jangan pandang ren dah tau pada budakbudak lelaki kolej kita. Ada yang buat kerja part time tau! Lyra Soraya kurang senang dengan pandangan yang dikeluarkan Shamiza. Baguslah kalau buat kerja part time. Jangan jadi mat renpit, perompak atau penagih dadah sudahlah. Aku cuma merujuk pada sesetengah pelajar lelaki.Aku tahu tak semua lelaki macam yang aku cakapkan. Cuma aku tak berkenan kalau lelaki yang masih belajar, berlagak macam dia tu kaya sangat. Tukar handphone setiap bulan, tukar motor, keretalah. Belajar tu buatlah cara nak belajar. Masa belajar bukannya kita ada duit. Aku kalau nak cari pakwe, kalau makan kat kedai ma mak pun tak apa, janji dia tak menyusahkan diri dia dan aku, kata Shamiza jujur. Itulah Shamiza yang masih belum mahu membuka hatinya kepada sesiapa. Masa belajar adalah belajar. Bila dah bekerja nanti, macammacam orang akan dia jumpa nanti. Shamiza juga seperti gadisgadis lain, mengharapkan cinta. Tetapi dalam keadaan masih be lajar, agak sukar dia menyambut cinta daripada kaum Adam. Kalau sekadar untuk kawankawan, tiada masa lah. Kalau bercinta nanti, komitmen pada pelajaran hilang. Hendak jaga hati si dia. Kena beli hadiah bila tiba hari jadinya. Kena ada masa untuk si dia. Dia takut hilang fokus. Sebelum ini dia dan Lyra Soraya adalah pelajar terbaik setiap semester. Lyra, aku ada kelas ganti petang ni. Kau baliklah dululah, ya, kata Shamiza lalu mencapai gelas minu man, lalu dihirup sedikit kemudian diletak semula ke atas meja.

56 Ida Nardiel

Dia harus mengganti kelas Encik Azizul yang tidak dia hadiri. Pada minggu lepas dia tidak dapat meng hadiri kelas networking kerana demam teruk. Oleh kerana tidak mahu ketinggalan, dia terpaksa masuk kelas lain. Lyra Soraya hanya mengangguk. Shamiza menyedut sisasisa air lobak dalam cawan kaca hingga habis. Nanti tolong belikan aku kertas tutorial Encik Zamri kat koperasi okey. Duit aku akan bayar kemudian. Hujung bulan aku bayar, pinta Shamiza terus menge mas buku dan fail lalu bangun dengan tergesagesa. Lyra Soraya hanya melihat kelibat Shamiza yang semakin menjauh, kemudian hilang di balik bangunan tinggi. Dia terus bangun meninggalkan kawasan kafe teria. Perlahanlahan dia mengatur langkah seorang diri menuju ke pintu utama keluar Kolej Utama Antara bangsa Putra. Sesekali dia mengerling jam tangan yang sudah menginjak ke waktu tengah hari. Dia mahu terus pulang. Jika papa tidak dapat menjemput dia, mama yang akan menjemput. Tetapi keduaduanya sibuk di pejabat, terpaksalah dia menaiki bas sahaja. Masih ada banyak lagi tugasan dan tutorial yang harus dilangsaikan secepat mungkin. Entah kenapa dia boleh terpikat kepada Syafizal, senior jurusan Teknologi Maklumat Rangkaian. Dia sendiri tahu yang Syafizal sudah ada teman wanita yang cantik dan seksi bernama Farha. Dia tahu bukan dia seorang sahaja yang menyimpan perasaan kepada Syafizal, tapi ramai lagi gadisgadis di kolej ini yang tergilagilakan Syafizal. Bagi lelaki pula tidak kurang yang cemburu, tapi ada sebahagian juga pelajarpelajar junior menjadikan Syafizal sebagai idola.

Cinta Yang Terindah 57

Lyra Soraya mengeluh perlahan. Mustahil aku dapat memiliki Syafizal. Aku tidak setanding Norhana mahu pun Farha.Tak apalah, minat dari jauh pun tak mengapa. Dialah daya penarik yang membuatkan aku mahu datang ke kolej setiap hari, detik hati Lyra Soraya. Boleh dikatakan hampir kesemua pelajarpelajar kolej ini berpasangan. Setiap hari dia akan berselisih dengan pasangan pelajar yang asyik masyuk bercinta. Naik motosikal bersama. Makan mesti berdua. Macam Natasha dengan Ameer dulu. Ah, cinta kampus tak akan ke mana. Lihatlah cinta Natasha dan Ameer, akhir nya berakhir begitu sahaja. Tapi bagaimana cinta kam pus mama dan papa boleh sampai ke jenjang pelamin? Barangkali itu sudah dinamakan jodoh. Padanya, jodoh adalah satu benda yang misteri. Mana tidaknya, bercinta dengan orang lain, kemudian berkahwin dengan orang lain. Mata Lyra Soraya terpandang sepasang kekasih yang sedang naik motosikal bersama berhenti di ka wasan parkir motosikal. Ameer tolong membukakan topi kaledar Nora Zuraini. Lyra Soraya terkejut bila me lihat Nora Zuraini tanpa segan mengucup pipi Ameer. Eii Tak tahu malu! Belum kahwin dah pandai berciumcium. Ini baru depan orang ramai. Agaknya kalau belakang emak bapa, mesti dah lebih ni Lyra Soraya menggelenggeleng. Kaki terus melangkah me nuruni bukit. Entah macam mana tibatiba Lyra Soraya terpijak batu yang sederhana besar membuatkan ba dannya tidak seimbang, lalu terjatuh duduk di atas jalan. Gedebuk! Lyra Soraya mengaduh sakit. Mukanya berkerut sambil memegang kaki yang tidak berdarah, tetapi

58 Ida Nardiel

terasa sakit di bahagian buku lali. Dia cuba untuk bangun, tapi tak terdaya. Dia pusing ke belakang.Tiada sesiapa pun yang dikenalinya. Beberapa orang pelajar hanya melihat dan terus berlalu. Tak guna! Bukannya nak tolong.Tolong tengok ada lah. Lyra Soraya membebel perlahan. Awak tak apaapa ke? tanya satu suara garau. Lyra Soraya terkaku seketika sebelum mendongak dengan wajah terkejut. Lelaki itu menghulurkan ta ngan, tetapi Lyra Soraya hanya merenung tangan sasa itu. Perlukah dia menyambut? Haram bersentuhan! Eh, tak apa! Saya boleh bangun. Tak apa, tak apa.. Lyra Soraya menolak pelawaan dengan senyuman pa hit, lalu bangun sambil menundukkan kepalanya. Dia terasa malu malah berdebarberdebar. Tangannya me nyapunyapu kekotoran yang melekat pada belakang pakaiannya. Dia malu hendak memandang muka jejaka di hadapannya. Betul? Tak ada yang patah ke? Terkehel ke? Ter simpul ke? tanya lelaki itu dengan suara bimbang. Matanya melirik dari kaki hingga ke wajah Lyra Soraya. Saya okeylah. Tiada apa yang patah atau terseliuh dan tersimpul. Lyra Soraya memulang paku serpih sambil mengangguk laju. Kemudian, dia tersenyum kecil bila mendengar perkataan tersimpul. Lelaki ni suka berlawak rupanya. Tak apalah kalau macam tu. Saya pergi dulu. Jumpa lagi. Assalamualaikum Lyra Soraya membalas salam sambil melihat deru man motosikal Srio Aprillia berlalu dengan laju. Ber kepulkepul asap dilepaskan. Lyra Soraya rasa bersalah pula. Rasa menyesal tidak sambut tangan lelaki itu. Mungkin dia ikhlas. Mungkin

Cinta Yang Terindah 59

dia mahu jumpa aku lagi bila dia berkata jumpa lagi. Tapi siapa nama lelaki itu? Lyra Soraya menggigit bibir. Lelaki itu lebih kacak daripada Syafizal dan Ameer. Itu pun apabila tersenyum. Selalu juga dia terserempak dengan lelaki Srio Aprillia itu. Malahan lelaki itu rajin menghadiahkan senyuman kepadanya. Tapi dia malu untuk membalas. Lyra Soraya menyeringai seorang diri. Tapi betul ke senyuman tu untuk aku? Manalah tahu kutkut ada perempuan cantik yang lalu sebelah aku ke? Kalau un tuk aku, memanglah alhamdulilah Hoi, mak cik!Tibatiba satu suara garau menyapa. Lyra Soraya tekejut. Laju saja dia menoleh ke sebe lahnya. Najib Nizam atau nama galmornya Nani ter sengih kepadanya. Dia tidak sedar pula sejak bila Najib Nizam berada di sebelahnya. Sudah tu, tak pasalpasal tersengih macam kerang busuk. Hai, Najib. Tak ada kelas ke? sambut Lyra Soraya sambil tersenyum mesra. Adalah, nyah Kalau kolej kita ni ada anugerah kehadiran penuh, akulah pemenangnya, nyah. Eh, tadi aku nampak kau jatuh. Kaki kau okey tak? tanya Najib Nizam sedikit bimbang. Matanya melorot ke buku lali Lyra Soraya. Suaranya sengaja dilembutlembutkan. Geligeleman Lyra Soraya mendengarnya. Halkum terjojol kat leher pun masih mahu meniru suara wanita jugak. Kaki aku okey.Tak ada apaapa. Sakit sikit aje, kata Lyra Soraya yakin. Dia tersenyum memandang Najib Nizam yang memandang dia dengan muka cemas. Betul?! tanya Najib Nizam bimbang. Ya. Pasti! Lyra Soraya tersenyum yakin sambil membetulbetul tali beg di atas bahu. Dia melorotkan

60 Ida Nardiel

dua biji matanya dari atas rambut hingga ke kasut Najib Nizam. Memang kemas, tetapi warna pakaiannya harihari warna merah jambu atau ungu. Lebih mengejutkan, kening Najib Nizam semakin nipis dan matanya ber warna kebirubiruan. Lyra Soraya meneguk liur. Biar betul mamat ni? Mana satu aku nak sebut jantina dia ni? Lyra, apa pendapat kau tentang lelaki tadi? tanya Najib Nizam sambil tersenyum malu. Lelaki yang mana? Dahi Lyra Soraya berkerut me mandang Najib Nizam. Si Fairuz Ezanee tu ke? Lyra Soraya memuncung kan mulut ke arah seorang lelaki gemuk, pendek dan berkaca mata tebal yang baru lalu di hadapan mereka berdua. Choi! Lelaki gemuk tu buat apa! Not my taste, nyah! Fareezlah. Dia antara lelaki yang kacak dan ter kenal di kolej kita. Aku suka sangat dengan dia, nyah. Bertubuh sasa dan mata dia Auw, menggoncang dada mak ni. Matanya redup gitu. Macam mata pelakon Wan Raja, kata Najib Nizam tersenyumsenyum penuh makna. Tangan kanannya terlentoklentok singgah ke dada yang leper. Wan Raja mana pulak ni? Dahi Lyra Soraya ber kerut sambil menggaru kepala. Dia bukannya kenal sangat pelakonpelakon lelaki yang ada di Malaysia. Ka lau kenal pun, Rosyam Noor, Aaron Aziz dan Fahrin Ahmad. Itu namanama yang memang dia minat sejak dulu lagi. Alah, pelakon filem dot, dot dalam botol tu Na jib Nizam tersengih. Lyra Soraya terdiam seketika. Dia pernah dengar

Cinta Yang Terindah 61

nama filem itu, tapi dia mengalih topik yang asal.Oh Maksud kau lelaki yang cuba tolong aku tadi tu? Najib Nizam mengangguk laju. Apa yang kau fikir pasal dia? Dia? Kacaklah. Dia ada daya penarik. Jejaka idaman perempuan. Maco, nyah! jawab Najib Nizam kagum sambil tersenyum simpul. Eii Ada hati juga kepada Fareez rupanya. Tapi nak ke Fareez dengan si lembut sotong ni? Lainlah kalau si Fareez tu gay. Eii Janganlah si Fareez jadi macam tu. Dia seorang lelaki yang hebat kan, nyah? Najib Nizam tersenyum simpul sambil memeluk failnya erat erat ke dada. Masih tersengihsengih memandang Lyra Soraya. Yup. Kenapa? Kau nak jadi macam dia ke? Lyra Soraya mengusik Najib Nizam terus menarik muka sambil matanya menjeling tajam. Fail yang dipegang, dikepitnya dengan tangan bersilang. Kalau kau nak jadi macam dia, kau kena tambahkan berat badan kau. Kena selalu pergi gim. Kena ada jam bang dengan misai baru maco. Silap hari bulan kau yang lebih kacak daripada dia, usik Lyra Soraya sambil tersenyum. Penuh harapan. Silap hari bulan, dia pun boleh tangkap cinta de ngan Najib Nizam. Harap katakatanya menjadi sema ngat kepada Najib Nizam. Biarlah Najib Nizam sedar akan dirinya yang hakiki. Bukan apa, sudah ramai orang macam Najib Nizam di luar sana. Bukan dia tidak suka dengan orang macam Najib Nizam, tapi dia kasihan sebab ramai orang macam Najib Nizam yang potong itu, tambah yang lain dan akhir sekali menyesal sebab sudah tiada apaapa untuk membuktikan mereka ada

62 Ida Nardiel

lah lelaki sebenarnya. Huh, buat apa, nyah? Aku tak nak jadi macam dia. Aku suka jadi diri sendiri, nyah. Aku kan pailang. Aku dah cukup jelita dan comel kau tahu, kan? Aku kan suka diperhatikan oleh jejakajejaka kolej kita. Masa tu kan, nyah, aku rasa diri aku ni macam Paris Hilton! kata Najib Nizam dengan gaya lembut sambil meng gerakgerakkan tangan. Sempat pula jarijemari ber main rambut lurus yang separas telinga. Paris Hilton! Mulut Lyra Soraya sudah ternganga sedikit. Ada hati juga hendak jadi macam Paris Hilton. Jangan kau berangan hendak jadi Kimora Lee sudahlah! Habis tu? Dahi Lyra Soraya berkerut. Rasa nak termuntah dengar perkataan comel dan jelita. Dasar pondan tak sedar diri. Ada hati nak mengurat jejaka maskulin. Kau tu lelakilah! Adalah ujar Najib Nizam tersengih sebelum berlalu Lyra Soraya hanya menggelenggeleng. Najib Nizam adalah rakan sekelas yang dirasakan kacak dan seke lompok dengan Fareez dan Syafizal. Dia mengenali Najib Nizam melalui Persatuan Kembara di mana Najib Nizam sendiri adalah presiden manakala dia pula ada lah naib presiden. Malahan, tiga rakannya yang lain juga baik dan mesra dengan Najib Nizam. Lyra Soraya segera mengejar langkah Najib Nizam. Cepatcepat tangannya menarik tali beg Najib Nizam. Langkah Najib Nizam terhenti lalu berpusing meng hadap Lyra Soraya. Cakaplah, apa dia? Kalau kau tak nak jadi macam Fareez, kenapa kau memuja dia? tanya Lyra Soraya ingin tahu. Di dalam kepala otaknya, dia sudah dapat mengagak yang Najib ada perasaan kepada Fareez.

Cinta Yang Terindah 63

Mak malu, nyah. Kalau mak cakap nanti kau gelak kan mak. Tak pun kau kata mak ni gila. Tak pun kau akan kata mak macam ni, kau dah buang tabiat? Tak pun kau aka kata mak ni dah tak ingat dunia dan akhirat? Kau takkan faham, nyah! kata Najib Nizam dengan suara perlahan. Mukanya sudah bertukar men jadi sedih. Kau suka Fareez ke? tanya Lyra Soraya dengan mata membulat. Sudahku jangka itu jawapan yang ke luar dari mulut Najib Nizam. Dahlah, nyah Cerita banyakbanyak kau takkan faham! Najib, kau janganlah jadi macam Ruby dalam filem Dalam Botol tu Suara Lyra Soraya bertukar sedih. Langkah Najib Nizam terhenti. Kau gila! Macam mana pun, mak ni sedar diri, nyah. Kalau ditakdirkan mak jadi lelaki sejati macam Mr Uni verse macam mana? Mak tak minta semua ni, nyah. Cuma ini naluri mak. Mak tak bersalah! Ingat, bukan salah ibu mengandung! Najib Nizam bersuara sendu. Lyra Soraya tergelak kecil. Aah kan? Betul jugak. Kau tahu kan yang Norhana pun ada perasaan pada Fareez? Ya, aku tahu. Norhana, muka kapur adalah per saingan mak. Ada mak kisah? Mak tetap berpegang pada prinsip mak, usaha tangga kejayaan. Tibatiba suara Najib Nizam bertukar garau. Bagus! Najib Nizam sudah melarikan langkahnya sambil menjengah jam tangan. Mungkin sudah terlewat ma suk ke dalam kelas. Lyra Soraya menggeleng kepala. Aduhai, Najib, moga kau menemui jalan yang benar.

64 Ida Nardiel

Cinta Yang Terindah 65

abiS kelas, Najib Nizam mengajak Lyra Soraya dan kawankawan Lyra Soraya yang lain makan tengah hari bersama. Cita rasa Najib Nizam tak main makan di kedai mamak atau tepi jalan. Tapi harus di restoran mewah atau segera. Paling sengkek pun makan di KFC. Ada sahaja alasan kalau ajak makan di kedaikedai yang tidak seberapa. Tekak kembanglah, berbaulah dan macammacam lagi. Selepas Shamiza membayar duit makanan dan minuman di kaunter, Lyra Soraya terus mengangkat dulang yang sarat dengan makanan dan lima bekas minuman berisi air berkarbonat. Shamiza sudah mendahului langkah. Restoran KFC pada waktu tengah hari ini amat penuh dengan pengunjung. Dulang di tangan harus dibawa dengan berhatihati. Sesekali mata Lyra Soraya kerling ke lantai. Bimbang ada air tumpah dan me

ngelak beberapa orang kanakkanak bekejarkejaran. Lyra Soraya berhatihati menyusun langkah. Dari kejauhan tiga sahabatnya sudah melambai. Seperti biasa mereka akan mengambil tempat paling belakang sekali. Lyra Soraya tidak sabarsabar mahu mendapat kan rakanrakannya. Baru sahaja hampir di meja makan rakanrakannya, entah macam mana, dulang di tangan terlepas apabila dia terlanggar bahu seorang kakitangan KFC yang se dang mengutip sisasisa makanan. Lyra Soraya dan pe kerja KFC itu hanya tergamam apabila melihat bebe rapa bekas cawan berisi air berkarbonat itu tumpah terkena pakaian seorang wanita cantik. Shit! Wanita cantik itu menjerit kuat sehingga beberapa orang pengunjung yang sedang makan ter toleh ke arah mereka. Lyra Soraya tergamam. Dia merenung gadis itu. Fiera? Ya Allah, Fiera peragawati dan pelakon popular di hadapan aku? Dan aku telah mengotori baju seksi nya! Tubuhnya Lyra Soraya seperti tidak jejak di atas lantai.Tangannya yang memegang dulang sudah meng gigil. Hei, budak! Kau tengok baju aku ni dah rosak! Kau ni buta ke apa?! Lantang suara Fiera mencemuh. Lyra Soraya sudah terkulatkulat. Semua orang se dang melihatnya. Pekerja KFC di sebelahnya segera mengemas semua makanan dan minuman yang jatuh berderai di atas lantai. Sayang, sudah! Dia tak sengajalah, pujuk lelaki yang duduk bertentangan di hadapan wanita itu. Lyra Soraya memandang teman lelaki wanita itu. Dia? Lidah Lyra Soraya terkelu. Mungkin dia dah tak kenal aku lagi. Malunya aku! Dahlah baju makwe dia

66 Ida Nardiel

rosak disebabkan aku. Dapat dirasakan kakinya bagai kan tidak menjejak bumi. Shamiza di sebelahnya juga turut tergamam. Mereka berdua saling berpandangan dengan muka cuak. Lyra Soraya lebihlebih lagi. What? Tak sengaja? You tengoklah baju I ni. Habis dah tau! Rosaklah. Baju ni mahal tau. I beli kat Itali tau! Fiera merengek sambil menunjuk bajunya yang seksi tanpa lengan kepada kekasih hati. Saya Saya minta maaf. Saya tak sengaja, pinta Lyra Soraya dengan suara perlahan. Wajahnya seperti mahu menangis. Hei, perempuan, kau ingat senang minta maaf. Habis tau baju aku! Kau ni buta ke apa? jerkah Fiera dengan mata membulat. Shamiza dan Lyra Soraya ketakutan dan hampir ber pelukan. Wanita cantik pujaan ramai di depan mata mereka tidak ubah macam singa betina. Fiera, jangan begini. Malulah orang tengok, tegur si kekasih dengan suara perlahan. Wajahnya tampak marah dengan sikap kekasih hatinya yang jelita. Mung kin berang dengan sikap ketidaksabaran Fiera. Sayang, you tengoklah baju mahal I ni. I sayang baju ni tau. Tengok, habis teruk baju I ni Fiera se makin merengekrengek. Suaranya yang kasar dan me ninggi berubah menjadi gemalai dicampur dengan rengekan suara yang mengadaada. Cukup. Baju tu apalah sangat. Dia tak sengaja! tekan lelaki itu bersungguhsungguh. Dia tidak mahu memanjangkan hal ini lagi. Sesekali dia menoleh ke wajah Lyra Soraya. Saya mintak maaf. Kalau cik nak saya ganti, boleh. Tapi duit yang ada tak sampai seratus ringgit, kata Lyra Soraya takuttakut.

Cinta Yang Terindah 67

No! Tak perlu. Baju dia bukan koyak ke apa, cuma kotor sedikit sahaja. Tak perlu! tegah lelaki itu cepat cepat. Sayang! Wajah Fiera kembali berubah berang. Marah dengan sikap teman lelaki yang terlalu beralah. I ada hal sekarang ni. I nak keluar jumpa klien. Kalau you nak makan ayam you, cepat makan. Jangan buang masa I! tukas lelaki itu dengan suara sedikit meninggi. Wajahnya sudah nampak bosan. Fiera menjeling Lyra Soraya dan Shamiza. Yang, apa kau dah buat tadi, yang? Aku nampak perempuan gila tu terpekik, terlolong macam enjin ke reta F1 tu kenapa? tanya Najib Nizam dengan muka cemas. Terlalu cemas. Tangannya menggapai lengan Lyra Soraya yang mengambil tempat di sebelahnya. Natasha yang duduk di sebelah Adiba juga tidak sabarsabar mahu mengetahui lebih lanjut. Dari jauh mereka sudah mengagak apa yang telah terjadi. Aku tak sengaja tadi. Aku memang tak sengaja. Entah macam mana lengan aku berlaga dengan lengan staf lelaki sorang tu.Aku rasa dia pun tak sengaja jugak. Alihalih aku tengok air dah tumpah atas baju Fiera, jelas Lyra Soraya dengan muka sedih. Dia juga rasa malu dan bersalah bila makanan dan minuman yang dipesan jatuh ke atas lantai. Tapi kan. nyah, aku tengok lover perempuan me royan tu asyik pandang kat kita aje. Tapi yang nyata, lelaki itu amat kacak sekali. Wau, dahsyat sekali renu ngan matanya. Dia macam pandang kat kau, nyah! ujar Najib Nizam tidak puas hati. Lyra Soraya yang sedang kesedihan tersentak lalu merenung muka rakanrakannya. Manalah aku tahu. Dia marah kut aku kotorkan

68 Ida Nardiel

baju awek dia, jawab Lyra Soraya dengan muka ber kerut. Dahlah rasa terkejut dan malu masih ada. Nyah, kau tak payah nak sedihsedih. Jom kita ke luar dari sini. Mak nak belanja you all makan Kenny Rogers. Najib Nizam terlebih dulu bangun diikuti de ngan rakanrakan yang lain. Lyra Soraya orang terakhir mengangkat punggung dari situ. Sebelum berlalu dia sempat bertentang mata dengan lelaki itu, teman lelaki Fiera. Tiada senyuman antara dia dan lelaki itu. azhan anDreW menyandarkan tubuhnya. Nafas di lepaskan dengan perlahanlahan bersama renungan mata melitari segenap coffee house yang kerap kali menjadi tempat persinggahannya. Beberapa orang pe kerja di sini pun sudah mengenalinya. Dia rasa sedikit tenang bila bersendirian sebegini. Sesekali otaknya ligat memikirkan sesuatu yang sentiasa mengganggu akal fikirannya. Persoalan demi persoalan menerjah. Memikirkan persoalan yang juga selalu ditanyakan oleh neneknya. Dia tahu neneknya tidak berapa suka akan keputusan nya mengikat tali pertunangan dengan Fiera. Dia tahu bukan neneknya membenci Fiera, tetapi neneknya tidak berapa suka pakaian dan gaya hidup Fiera yang terlalu kebaratan. Kalau wajahnya dan kisahnya di tampilkan di majalah atau akhbar, memang Fiera tidak ubah seperti wanita Melayu terakhir. Kadangkala gosip mengenai Fiera juga cepat sampai kepada neneknya. Seingatnya, neneknya bukan suka sangat baca majalah hiburan. Begitu juga dengan rancangan gosip. Yang pasti kenalankenalan neneknya yang bermulut tem payan.

Cinta Yang Terindah 69

Hai, sayang! sapa satu suara lembut. Dengan pantas Azham Andrew menoleh ke arah suara yang menegurnya. Fiera tersenyum manis. Azhan Andrew cuba tersenyum, namun terasa pahit bila melihat pakaian Fiera yang begitu seksi dengan mengenakan bajuT sendat tanpa lengan dan skirt pen dek separas paha. Kalaulah neneknya nampak, silap hari bulan dia dengan Fiera sekali diberi tazkirah per cuma. Bukan dia tidak pernah menegur, tapi setiap teguran Fiera akan menarik muka. Tidak pun merajuk sampai kena berikan hadiah. Jenuh nak memujuknya. Hai! balas Azhan Andrew lambatlambat. Dia ba ngun untuk menarikkan kerusi untuk Fiera. Memang begitu setiap kali pertemuan. Kerusi mesti ditarik be gitu dan membuka dan menutup pintu kereta. Kalau diikutkan, dia sudah bosan dengan sikap manja Fiera yang melampaulampau. Sorrylah, sayang, tadi I lambat sebab I jumpa pe nerbit filem, kata Fiera seraya menanggalkan Ray Ban kemudian menyilang kakinya. Kelihatan pahanya yang gebu dan putih melepak, Azhan Andrew hanya menahan rasa. Kadangkala geram juga apabila ada lelaki lain tertolehtoleh meli hat Fiera. Siapa? tanya Azhan Andrew dengan muka serius. Siapa lagi kalau bukan Azizi Othman, jawab Fiera manja. Filem apa? Filem sains fiksyen.Tapi I tolak. Kenapa pulak? Azhan Andrew merenung wajah Fiera yang gebu. Bukankah Fiera dari dulu bercitacita mahu bekerjasama dengan pengarah hebat itu? Alih

70 Ida Nardiel

alih menolak pula? Tahulah ramai penerbit filem me ngejar Fiera untuk filemfilem seram dan komedi. You tahu tak, sayang, I ditawarkan watak pem bantu aje. Isy, ada ke patut? You kan tahu I ni kan model dan pelakon hebat. Dah berkalikali pegang anugerah tau! Fiera mencemik. Awalawal dia menolak tawaran itu apabila mendapat tahu watak utama bakal disan dang oleh pelakon baru, Farha. Sakit hatinya apabila pelakon baru cuba menyaingi dirinya. Sesekali apa salanya pegang watak pembantu. Nanti peminat bosan kalau asyik you aje yang nak jadi watak utama.Sengaja Azhan Andrew menyelar. You! Suara Fiera sedikit meninggi. Matanya dicer langkan. Sepatutnya tunangnya memujuknya. Ini tidak, macam memperlekehkan bakat yang dia miliki. Fiera, I cuma beri pendapat okey. You tengok ma cam Erra Fazira, dulu dia primadona hebat juga. Banyak filem dia berlakon. I pun tengok filem yang dia ber lakon ada juga watak pembantu macam dalam filem Lady Boss, filem Gerak khas. Tapi dia masih bertahan sampai sekarang. Azhan Andrew sekadar meluahkan pendapatnya. Terpulanglah kepada Fiera untuk meni lainya. Dahlah, malas I nak cakap dengan you. You apa tahu? Sibuk dengan business you aje! tukas Fiera de ngan nada tidak puas hati. Ada masa dia selalu ber tengkar dengan Azhan Andrew yang selalu tidak se pendapat dengannya Azhan Andrew sedikit tersentak. Dia melirik ke arah Fiera. Dah ini kerja I. Orang business dengan orang seni macam you memang tak sama. I nak tanya you sesuatu What? Suara Fiera mula bergetar tanpa meman

Cinta Yang Terindah 71

dang wajah Azhan Andrew. Ni apa cerita ni?Azhan Andrew mencampak surat khabar di atas meja. Fiera terus mencapai dan mencari tajuk berita. Ke mudian dahinya terangkat membaca tajuk berita. FIERA GADIS IDAMAN PELAKON BARU, RIZQI. Sayang, you kan tahu dia berlakon sama dengan I dalam satu drama.Jadi, I banyak bantu dia, tunjuk ajar dia.Takkan itu pun salah? Alah, you ni Macamlah tak tahu perangai wartawanwartawan, suka memutar belitkan cerita! bentak Fiera. Tapi ni apa cerita yang kata you ada keluar makan malam dengan budak hingusan tu? tempelak Azhan Andrew yang masih tidak puas hati dengan jawapan Fiera. Fiera mengubah posisi duduknya. Dirapatkan dada nya ke meja lalu menggapai tangan Azhan Andrew. Sayang, I mengaku I ada keluar makan dengan dia, tapi bukan keluar berdua saja okey. Ramai tau yang keluar dengan kita orang lepas habis penggambaraan drama bersiri hari tu, jelas Fiera dengan mulut ber decitdecit. Azhan Andrew mengeluh berat. Dia hampir kalah dengan rengekan manja dan rajukan Fiera. Selalu Fiera dapat gosip sebegini. Malahan ada wartawan sudah menasihati dia agar meninggalkan Fiera. Menurut war tawan itu, Fiera adalah bekas teman baiknya satu sekolah dulu. Citacita Fiera memang besar iaitu mahu menjadi orang terkenal dan mahu mengahwini lelaki kaya. Keluarga Fiera bukanlah orang senang, jadi Fiera

72 Ida Nardiel

akan buat apa sahaja untuk meletakkan dirinya sebagai seorang yang dikenali ramai dan dipuja lelaki. Baik. Ini yang terakhir. Lepas ini I tak mahu dengar cerita yang bukanbukan pasal you dengan jantan lain. Azhan Andrew memberi amaran. Dia jelak dengan per mainan dunia artis yang sarat dengan gosip dan fitnah. Ya, sayang Tapi you tahu kan kisah I selalu di manipulasi oleh wartawan. I dah puas beritahu dia orang. Dia orang nak berita sensasi. Nak lariskan paper dan magazine. Fiera merengek tanda tidak puas hati. Dia masih geram. Dia tahu ada wartawan lain mahu menjatuhkannya. Dia peduli apa. Kariernya tetap diteruskan. Yang pen ting dia dapat mengahwini lelaki kaya seperti Azhan Andrew. Lelaki yang mulamula dilihat dalam majalah Business tidak lama dulu. Puas dia cuba mengintai le laki korporat ini.Ternyata usahanya tidak siasia belaka. Impiannya dalam genggaman.

Cinta Yang Terindah 73

74 Ida Nardiel

aMat sahaja kelas, Fareez terus ke tempat

parkir motosikal. Agak ramai pelajarpelajar berlegarlegar di kawasan itu. Tidak kurang juga ada yang menjadikan kawasan itu tempat ber dating. Sementara menanti kedatangan Syafizal, Fareez duduk bertenggek di atas motosikal. Baru sebentar tadi dia menghantar SMS kepada Syafizal memberitahu dia sedang menanti di situ. Sengaja dia buat begitu agar Syafizal tidak lupa pada janji. Matanya meliar ke sekeliling. Terdapat banyak mo tosikal berderetderet dengan pelbagai jenama dan saiz. Daripada harga murah hinggalah ke motosikal paling mahal. Begitu juga dengan kereta yang selalu digunakan pelajarpelajar yang kebanyakannya dimo nopoli oleh kaun perempuan. Paling murah pun kereta Kancil. Ada juga anakanak orang berada memandu kereta Mercedes ke kampus ini. Dia tidak hairan lang sung. Itu duit emak bapa, bukannya duit sendiri. Duit

pinjaman Mara dan PTPTN yang belum tentu mereka semua ini guna dengan sebaikbaiknya. Sedangkan dia hanya mampu menggunakan moto sikal Srio Aprrilia, hasil duit yang disimpan sewaktu bekerja di restoran segera sebaik sahaja tamat SPM. Motosikal inilah yang diidamidamkan sejak sekolah lagi.Walaupun ada rakanrakan mengajak dia berlumba, dia menolak. Memang dia tidak berminat langsung. Itu lah satu pekerjaan yang membuang masa dan tenaga di jalan raya. Hasilnya, ramai yang mati muda di tengah tengah jalan raya sematamata kerana mahu menunjuk kan keegoaan dan kehandalan. Rasanya cukuplah be berapa orang rakannya mati akibat merempit. Fareez menanti lagi. Jam tangan dikerling sekilas. Hampir satu jam dia menanti. Sepatutnya kelas Syafizal sudah tamat setengah jam tadi. Fareez mengeluh. Bebe rapa orang rakan sekelas disapa dan ada yang hanya mengangkat tangan kepadanya. Dia memandang ba ngunan Kolej Utama Antarabangsa Putra yang terser gam indah di atas bukit. Dia sendiri seperti tidak per caya dapat menjejakkan kaki ke kolej terkenal ini. Pada awalnya, memang dia merasa terkilan apabila gagal menempatkan diri di pusat pengajian tinggi awam sedangkan dia mendapat keputusan SPM yang cukup cemerlang. Apa nak dikata, rezekinya untuk ke universiti tiada.Walaupun hanya ke kolej swasta, tetapi bukan calangcalang orang boleh masuk ke kolej ini. Keputusan SPM atau STPM mesti terbaik. Tenaga pen syarah yang ada di kolej ini bukan setakat Master, te tapi PhD. Malah berpengalaman luas dalam dunia pendidikan. Kolej ini sudah diiktiraf mutunya. Sudah ramai bekasbekas pelajar kolej ini mendapat peluang pekerjaan di sektor swasta dan kerajaan. Di sinilah dia

Cinta Yang Terindah 75

mahu mencapai impiannya untuk bergelar program mer. Cintanya pada dunia komputer cukup mendalam. Fareez berasa bangga mendapat sokongan padu yang kuat daripada ibu dan ayahnya. Itulah simbol ke kuatannya. Setiap semester keputusan tidak pernah mengecewakan. Anugerah dekan pasti berada dalam genggamannya. Pelajar terbaik sudah banyak kali di raih. Namanya sudah cukup gah di Kolej Utama Antara bangsa Putra. Sebut namanya saja sudah cukup di kenali. Cuma dia tidak berminat memegang apaapa jawatan di kolej.Tawaran memegang jawatan persiden MPP ditolak mentahmentah. Alasannya cukup mudah. Dia lebih senang tumpukan perhatian pada pengajian. Akhirnya jawatan itu diserahkan kepada Syafizal yang sememangnya sukakan perhatian. Dari situlah nama Syafizal melonjaklonjak naik. Hidup Fareez agak senang tanpa wanita. Walaupun keinginan itu ada, tetapi dia belum menemui mana mana wanita yang dirasakan sesuai dengan dirinya. Bukan rupa yang menjadi ukurannya, tetapi sikap dan keserasian perlu ada. Apa gunanya berwajah cantik, tapi perangai menyakitkan hati. Seperti teman wanita Syafizal, Farha. Gadis itu memang cantik, tetapi pera ngai menyakitkan hati. Berlagak dan sombong. Dia ti dak pernah berbual dengan Farha, tetapi dia tahu gadis cantik itu cuba untuk merapati dirinya. Bagaimanalah Syafizal boleh tahan dengan perangai Farha itu? Aku tak kisah perangai Farha macam mana pun, janji dia cukup cantik buat aku. Siapalah yang tak bangga dapat awek cantik. Terngiangngiang katakata Syafizal tidak lama dulu. Ada juga kata seorang sahabatnya, biar awek aku tu bodoh, tapi cantik. Tak malulah aku nanti kalau bawa

76 Ida Nardiel

berjalan. Kini dengar khabar, hubungan Syafizal dan Farha berada di hujung tanduk. Syafizal selalu mengadu yang Farha suka ke kelab malam. Berparti bagaikan tidak ingat dunia. Balik ke rumah dengan keadaan ma buk. Fareez hanya mendiamkan diri. Sebelum ini dia sudah banyak kali tegur, tapi Syafizal tetap memper tahankan Farha. Fareez tengok muka Farha, dia sudah dapat mengagak Farha bagaimana orangnya. Kaki kikis, materialislik, ego dan tidak mahu ada perempuan me lebihi dirinya. Hai, Fareez, sapa satu suara manja. Dari jauh Fareez sudah nampak Norhana sudah melambailambai tangan kepadanya, tetapi dia buat tidak tahu seperti orang tidak nampak. Dia tidak mahu melayan Norhana lebihlebih. Perempuan seorang ini bukan boleh bagi muka sangat. Dia tahu Norhana ada menaruh hati kepadanya, tetapi dia buatbuat tidak tahu. Padanya tiada apa yang hendak dibualkan dengan Norhana. Mereka berdua tidak pernah berada di kelas atau kuliah yang sama dan tiada perkara penting antara dia dengan Norhana. Gaya Norhana hari ini mengalahkan model pentas. Mekap dia usahlah dicakap, memang tebal berinciinci. Memang ada tokoh masuk opera Cina. Rambutnya yang sekejap lurus sekejap kerinting diwarnakan de ngan warna perang dan dilepaskan. Memang cantik. Matanya galak dihiasi dengan bulu mata yang lentik. Hidungnya mancung bersama bibir yang menggoda. Lehernya yang jenjang pula dihiasi dengan rantai labuh warna merah sebesar biji guli. Pakaiannya pula cukup mengancam. Blaus bewarna hijau tanpa lengan dipadankan dengan jean separas lutut. Terserlah gaya bandar seorang gadis. Raut wajahnya boleh menawan

Cinta Yang Terindah 77

manamana hati lelaki, tapi sayang dia sedikit pun tidak terpikat dengan kecantikan Norhana. Mungkin kata orang pelik. Dia hanya tersenyum apabila Syafizal pernah kata begitu kepadanya. Dia teringat satu ungkapan yang ditulis oleh seorang novelis yang mengatakan lelaki yang hanya mengenal kecantikan seorang perempuan sebenarnya tidak akan kenal siapa perempuan itu. Hai, Fareez. You sorang aje ke? tanya Norhana de ngan suara yang sengaja dimanjamanjakan. Matanya tepat merenung wajah Fareez yang sedikit pun tidak memandangnya. Hati mula rasa sakit apabila diperlaku begitu, namun dia tetap bersabar. Taklah, I berdua dengan motor I, sindir Fareez sambil menepuknepuk tempat duduk motosikalnya. Kemudian dia sengaja mengalihkan pandangan ke arah lain. Dia tidak tertarik untuk melihat Norhana yang berada di hadapan matanya. Norhana buatbuat ketawa meskipun hatinya terasa sakit dengan katakata Fareez. Namun di luaran dia menganggap Fareez hanya berlawak sahaja. Sekadar untuk menyedapkan hati. Fareez buat muka tidak tahu. Aku sindir pun boleh tergelak lagi. Yalah, gadis bandar Mana tahu berkias kias. Kalau masuk kampung pun tak ubah macam pe landuk masuk bandar. Fareez, bila kita nak keluar berdua ni? Dah lama I tunggu you ajak I. Suara Norhana yang semakin lembut mula menjerut leher Fareez. Soalan apa pula ni? Aduh, tak ada sebab mengapa dia harus keluar dengan Norhana. Memang tak difikirkan pun yang dia akan keluar dengan Norhana.

78 Ida Nardiel

Cik Norhana, saya rasa tak ada sebab mengapa kita harus keluar berdua.Tiada apa yang hendak dibincang kan. Lagipun, kita bukan kawan sekelas, nak kata ka wan rapat pun tidak. Jadi, tak perlulah kita keluar. Sinis saja suara Fareez dengan muka bersahaja. Alah, you ni Macammacam alasan. Kita sajasaja keluar. Untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi an tara you dengan I.Tak salah, kan? Norhana tersenyum simpul, tapi bermakna. Matanya tidak lepaslepas me mandang Fareez yang sememangnya kacak dan men jadi gilaan ramai gadisgadis di kolej. Lebih mengharu birukan, si Najib Nizam yang separuh lelaki separuh perempuan pun ada hati pada jejaka idamannya yang seorang ini. Huh, jangan harap! Norhana, I tak ada masa nak berhibur atau nak keluar sesuka hati. I sibuk. I ada banyak tugasan dan latihan tutorial. Minggu ni, you pun tahu kita akan hadapi midterm. Jadi, I tak mahu fikir yang bukan bukan, okey. I perlukan persediaan untuk midterm, jelas Fareez bersungguhsungguh. You ni sombong sangatlah. Ada saja alasan you. Norhana mula merajuk. Rajuk yang sengaja dibuat buat. Bibirnya mula muncung. Tali beg ditariktarik ka sar. Dia memandang Fareez dengan harapan dia akan dipujuk, tetapi hampa. Norhana, cukuplah kita berjumpa di kolej, bersapa dan berbual.Tak perlulah sampai terbawabawa ke luar. I ni pun bukan jenis kaki enjoy, terang Fareez sambil memandang ke tempat lain. Matanya lebih tenang me mandang pepohon yang menghijau dan meliukliuk ditiup angin lembut. Dia bukan macam Syafizal walau pun dia dengan Syafizal adalah kawan baik. Syafizal lebih banyak menghabiskan masa di luar

Cinta Yang Terindah 79

seperti berlumba kereta, main snoker, berparti dan berkunjung ke kelabkelab malam. Hanya ada satu per samaan antara dia dengan Syafizal iaitu bermain futsal. Kerana futsallah mereka berdua menjadi kawan baik. Halhal peribadi Syafizal yang lain langsung dia tidak sentuh. Senang kata, tak mahu masuk campur! Fareez terlihat Syafizal sudah melambailambai dari jauh. Fareez membalas lambaian. Norhana berpusing, terus terkejut dengan keha diran Syafizal. Sorry, Fareez Aku terlewat sikit. Ada hal dengan Encik Khalid tadi. Ha, Nohan, kau pun ada di sini jugak? Syafizal tersenyum memandang Norhana dan Fareez dengan senyuman. Fareez diam. Dia tahu Syafizal suka mengusik dia dengan Norhana. Suka sangat memadanmadankan dia dengan Norhana. Syafizal selalu memujuk dia agar me nerima Norhana sebagai teman wanita.Tolonglah, seli sih malaikat 44! Hai, takkan kau orang berdating kat sini kut? usik Syafizal sambil menjongketkan kening ke arah Fareez. Sudah lama dia mahu menyatukan Fareez dengan Norhana, tapi Fareez jual mahal. Ada sahaja alasan ten tang Norhana. Satu alasan yang buat dia terkejut adalah Norhana tidak layak untuknya sebab terlalu cantik. Taklah Secara kebetulan tadi. Tibatiba Norhana datang sapa aku, kata Fareez acuh tak acuh. Dia segera membetulkan tanggapan Syafizal. Dia lihat Norhana sudah tersengihsengih. Oh, ya ke? Ha, Nohan, jadi tak kita jumpa ramai ramai kat kelab malam esok? Ajaklah kawankawan kau yang lain. Boleh kita enjoy, cadang Syafizal girang. Malam esok? Sudah tentu boleh. You kan tahu I

80 Ida Nardiel

kan suka menari Norhana tersenyumsenyum.Tidak sabarsabar mahu menemui rakanrakan yang lain di kelab malam. Di situlah tempat dia melepaskan segala kerunsingan dan kegelisahan. Fareez membuang pandangan ke arah lain. Malas dia hendak masuk campur. Dia tidak berkenan lang sung bila Norhana mula tergedikgedik dan ketawa melapanglapang macam puntianak. Fareez, tak nak ke join kita orang malam esok? Kau ni janganlah duk terperuk dalam rumah. Kita perlukan rehat dan relaks. Open your mind, ajak Sya fizal sambil menolak bahu Fareez lembut. Yalah, joinlah kami. Best tau lepaklepak kat kelab malam. Hilang stres! sampuk Norhana terkinjakinja. Senyumannya sampai ke telinga. Kalau dia kebosanan, kelab malam adalah terapi bagi dirinya. Menari dan berjoget hingga kepenatan. Di situ dia dapat mleupakan segala masalah yang dihadapi. Tak apalah, aku lebih suka duduk kat rumah. Boleh tidur. Bersembahyang, mengaji, berzikir Aku boleh buka minda aku dengan membaca notanota, kata Fa reez selamba. Kemudian, dia mengukir senyuman nipis tanpa memandang dua wajah di hadapannya. Lantaklah kalau nak terasa hati! Syafizal dan Norhana saling berpandangan terus terdiam. Terasa pedih apabila katakata itu singgah ke telinga. Fareez nampak saja pendiam, tapi kalau sekali cakap memang pedih telinga dibuatnya. Dahlah, jom. Aku nak pergi makan ni! Naik moto sikal aku ajelah. Cepat sampai. Waktu tengah hari ma cam ni, jalan sesak. Fareez melihat jam tangan sebelum menyarung topi kaledar ke kepalanya. Satu lagi topi kaledar diserahkan kepada Syafizal. Dia tidak mahu

Cinta Yang Terindah 81

Syafizal ajak Norhana makan sama. Memang dia tidak boleh makan nanti. Bukan apa, dia meluat tengok pe rangai Norhana yang tergedikgedik. Fareez sengaja memusingmusingkan kepala moto sikal agar bunyi enjin kuat.Asap berkepulkepul keluar dari enjin motosikal mengena muka Norhana yang berdiri di belakang Srio Apprilia. Norhana beralih ke sebelah motosikal Fareez. Syafizal tersenyum, mengangkat tangan ke arah Norhana. Manakala Fareez hanya memandang ke de pan dengan wajah serius. Sedikit pun dia tidak meman dang Norhana. Norhana menghentak kaki bila melihat motosikal Fareez meluncur laju. Ingatkan Syafizal akan menaiki kereta, bolehlah dia ikut sama makan tengah hari. Dia menggigit bibir dan tangannya menariknarik tali beg jenama Vincci. Siaplah kau nanti, Fareez! Suatu hari nanti kau akan tergilagilakan aku juga! Tengoklah nanti! Nor hana berkata geram. Sakit hatinya melihat sikap endah tak endah Fareez terhadap dirinya. Sedangkan lelaki lelaki lain di kolej dan di luar kolej sentiasa melayaninya seperti puteri kayangan. benar ke tugasan ini kamu yang buat? Puan Wan Naimah meninggikan suara sambil merenung tajam ke muka Norhana. Norhana terdiam. Bila dia diberitahu yang Puan Wan Naimah mahu berjumpa dengannya, dia sudah takut dan dapat merasakan apa yang bakal berlaku. Cakap! tengking Puan Wan Naimah. Wajah Puan Naimah memang berubah masam sejak Norhana ma suk ke dalam biliknya.

82 Ida Nardiel

Norhana tersentak. Sertamerta wajahnya terasa pa nas. Malu dan takut. Hampir kesemua pensyarah yang berada di situ memandang ke arahnya. Dalam hati ada juga rasa marah apabila ditengking sedemikian rupa. Papa dan mama tidak pernah marah dia begitu. Terasa air mukanya jatuh. Saya yang buat assignment tu, balas Norhana de ngan berani. Matanya berani memandang mata Puan Wan Naimah. Dia tetap mahu mempertahankan diri nya. Apa buktinya? Tunjuk pada saya kalau benar tuga san ini awak yang punya! Muka Puan Wan Naimah se makin garang. Tangannya menuding jari ke tugasan yang terdampar di atas meja. Memang jelas bukti tuga san itu asalnya milik Lyra Soraya. Pelajar kegemarannya sempat membuat salinan sebagai bukti. Puan Wan Naimah merenung wajah Norhana yang jelas ada raut wajah ketakutan. Padanya, Norhana me mang gadis yang berani berbohong. Gadis ini selalu memberi masalah. Selalu ponteng kelas. Kertas tugasan jangan haraplah hendak dihantar. Bila Norhana meng hantar tugasan ini pun dia sudah mula rasa curiga. Kalau melaram bukan main lagi mengalahkan artis! Tunjukkan saya salinan tugasan awak! Suara Puan Wan Naimah tidak boleh direndahkan lagi. Dia sudah tercabar dengan sikap Norhana yang sudah berbohong. Saya tak bawak pendrive. Selamba saja Norhana memberi alasan tanpa rasa bersalah. Awak jangan nak menipu saya. Apa yang tergan tung kat leher kamu kalau bukan pendrive! Puan Wan Naimah menuding kasar ke arah leher Norhana. Bukan satu pendrive yang ada, tapi dua! Norhana tersentak, terus memandang pendrive

Cinta Yang Terindah 83

yang tergantung di lehernya. Dia sudah tersepit. Li dahnya sukar untuk berkata benar. Tubuhnya terasa menggigil seperti mahu melayang. Wajahnya semakin cuak. Malah dia mula menggelabah tidak tentu arah. Dia tidak dapat menutup segala pembohongannya tadi. Ketika itu dia sudah mula merasakan dadanya seperti mahu pecah. Sekarang tunjukkan softcopy tugasan kamu pada saya! arah Puan Wan Naimah dengan suara yang agak lantang. Kesalahan Norhana kali ini memang tidak akan dimaafkan lagi. Norhana kaku di situ. Dia tiada alasan lain lagi. Pelbagai perasaan yang timbul di benaknya. Sial! Dia menyumpahnyumpah dalam hati. Terbayang wajah Lyra Soraya tersenyum sinis. Awak mencuri assignment ini dari fail Lyra Soraya bukan? Puan Wan Naimah terus mencampak kertas tugasan berwarna hijau di atas meja. Kemudian ber sandar. Matanya tidak lepaslepas memandang wajah Norhana yang sudah pucat lesi. Norhana memang su dah melampau! Norhana merenung kertas tugasan itu dengan pe rasaan benci. Sial! Kerana tugasan ini dia dihadapkan ke muka pengadilan. Apa hukuman yang bakal dite rima pun, dia tidak pasti. Kertas tugasan itulah yang diambilnya dari fail Lyra Soraya. Dia tiada jalan lain lagi bila dia sudah berasa malas menyiapkan tugasan. Se cara tibatiba perasaan benci kepada Lyra Soraya tim bul. Celaka punya perempuan! Saya gagalkan kamu pada semester ini. Saya jumpa kamu di semester depan! Suara Puan Naimah kembali tenang dengan muka bersahaja. Kertas tugasan itu di capai dan disimpan semula. Itu keputusan sebagai

84 Ida Nardiel

penutup kes Norhana. Tapi, puan Norhana cuba membantah. Dia tidak sanggup lagi hendak mengulang subjek yang sama. Beberapa subjek perlu diselesaikan sehing ga tahun depan. Dia tidak larat lagi hendak mengulang subjek lagi. Dia tidak sabar untuk menamatkan pe ngajian. Isy, kalau tidak kerana desakan papa, tidak perlu dia bersusah payah begini. Dia menyumpah nyumpah dalam hati. Itu lebih baik daripada kamu dihadapkan ke badan disiplin kerana mencuri tugasan dan juga menipu saya! Puan Wan Naimah menjongket keduadua ke ning. Dia sedikit lega apabila satu masalah sudah sele sai. Setiap semester ada sahaja masalah yang ditimbul kan oleh Norhana. Norhana terdiam. Darahnya mendidih. Bibir dike tap sekuat hati. Ingat, kalau kamu mencuri dan berbohong lagi, nahas kamu! Puan Wan Naimah memberi amaran. Norhana mengetatkan giginya kuatkuat! Dia me mejamkan mata seketika.Ada wajah Lyra Soraya seperti sedang mengejek kepadanya. Celaka kau, Lyra! Tanpa membuang masa, dia terus keluar dari bilik pensyarah itu sambil menghempas kasar pintu bilik pensyarah itu. Celaka! Sial! Norhana marahmarah. Mulutnya ter kumatkamit sambil memandang seseorang dari jauh. Dia nampak Lyra Soraya di bawah, sedang mengulang kaji pelajaran bersama beberapa orang rakan sekelas di sebuah meja bulat yang terletak di dalam taman. Jaga kau, Lyra! Norhana menepuknepuk marah palang besi. Rasa sakit tangan tidak sesakit hatinya. Dia tidak menyangka perbuatannya berjaya dihidu juga.

Cinta Yang Terindah 85

86 Ida Nardiel

10
aMat sahaja kelas Pengurusan Teknologi Maklumat, Lyra Soraya orang pertama yang keluar dari dewan kuliah. Dia kelihatan ter gesagesa menuju ke kafeteria. Dari awal kelas tadi dia sudah menahan perut yang sudah berbunyibunyi minta diisi. Pagi tadi dia tidak sempat menjamah apa apa garagara sudah terlewat bangun. Malam tadi dia tidur lewat kerana menyiapkan kertas tugasan yang perlu dihantar. Dia mengeluh berat bila teringatkan ada dua tiga kertas tugasan yang perlu diselesaikan. Bilalah semua nya akan selesai? Selagi tidak tamat pengajian, selagi itulah banyak tugasan dan tutorial perlu disiapkan. Cahaya matahari yang panas terik membuatkan Lyra Soraya sedikit kepanasan.Wajahnya yang berpeluh peluh dikesat dengan sehelai tisu nipis. Langkahnya semakin perlahan apabila tiba di ruang legar kafeteria. Mujur tidak ramai orang di situ. Seperti biasa dia meng

ambil tempat kegemarannya di belakang sekali. Dia tidak sabarsabar hendak menjamu selera. Dia sengaja tidak mengajak rakanrakan yang lain makan bersama. Dia tidak mahu menunggu lama. Perut yang kosong perlu diisi dahulu. Selepas memesan makanan, Lyra Soraya mencapai dan menyelak nota Macromedia Flash. Dia membaca isiisi penting yang diajar oleh Encik Azhar tadi. Mula mula belajar subjek ini, dia kurang faham. Puas dia meminta Encik Azhar menerangkan dengan lebih men dalam. Kemudian, dia berlatih menggunakan program perisian Macromedia Flash dengan membuat laman web. Lamakelamaan dia sudah mahir menggunakan program tersebut. Sebagai pelajar dia mesti ambil tahu perkara yang dia belajar dengan lebih mendalam. Dia tidak mahu ambil remeh dengan pengajiannya. Dalam dunia multi media mahupun teknologi maklumat, banyak perka kasaan dan perisian baru akan muncul setiap hari. Banyak juga alatanalatan baru yang semakin canggih dan berteknologi baru seperti iPod yang sehingga kini masih menjadi idamannya. Dia gemar mendengar lagu. Ke manamana dia membawa walkman. Kadangkala dia mendengar lagu melalui telefon bimbitnya. Beberapa ketika menunggu, muncul pekerja kafe teria datang membawa hidangan mi hailam bersama teh ais. Melihat mi hailam yang berasapasap, Lyra So raya sudah terliur. Perut yang lapar digosokgosok per lahan. Tanpa menoleh kiri kanan, Lyra Soraya terus menyuap mi hailam itu ke dalam mulut. Sambil me ngunyah dia menoleh ke sekitarnya. Mungkin rakan rakannya ada di sini. Kemudian dia menyedut straw minuman sepuaspuasnya. Tibatiba dia merasakan ada

Cinta Yang Terindah 87

satu tangan menepuk bahunya dengan kasar. Dia yang terkejut terus tersedak lantas dia menutup mulut de ngan tapak tangan. Dia perlahanlahan menoleh ke belakang. Ops, sorry mohon Shamiza apabila terlihat muka Lyra Soraya sudah merah menyala dan matanya sudah berair. Mujur tidak tersembur. Untuk menutup kesala hannya, Shamiza menguruturut belakang rakan baik nya dengan lembut. Setelah reda, Lyra Soraya menarik nafas lega. Shamiza terus mengambil tempat di sebelah Lyra Soraya. Kau dah okey? tanya Shamiza bimbang. Lyra Soraya mengangguk. Dia makin berselera hen dak menghabiskan mi hailamnya. Kaulah Buat aku terkejut. Lain kali berilah salam. Ini tidak, tibatiba sergah. Mujur aku ni tak ada lemah jantung. Kalau tak, K.O! Lyra Soraya buatbuat marah. Maaf.Tadi kau ada kelas apa? tanya Shamiza seraya mengambil tempat di sebelah Lyra Soraya. Buku dan fail diletak ke sebelah fail Lyra Soraya. Kelas Encik Azharlah. Ini pun aku lambat keluar sebab mintak dia terangkan lagi dengan lebih jelas. Aku ni kalau tak faham, aku suka bertanya sampai aku faham. Kalau aku tahu, aku ambil course Networking, rungut Lyra Soraya perlahan. Begitulah perangainya bila belajar di kelas. Dia tidak akan berhenti bertanya selagi tak faham. Kadang kadang bila waktu hampir tamat, dia masih boleh ber tanya sampaikan rakanrakan sekelas naik marah de ngan sikapnya. Hello Course Networking pun ada subjek Pro grammer. Lagi susah tau. Tak apalah, kalau tak faham memanglah kita bertanya. Apa gunanya belajar, tapi tak

88 Ida Nardiel

faham. Nanti bila tiba periksa nanti, terkialkial tak dapat jawab. Kan dah susah! sokong Shamiza sambil tersenyum. Dia kagum dengan semangat belajar Lyra Soraya. Setiap kali tugasan dan ujian, markah Lyra So raya sentiasa bagus. Kau tak makan ke? tanya Lyra Soraya bila melihat Shamiza hanya duduk tanpa membuat apaapa sebalik nya melihat dia menjamu selera. Aku tengah lapar ni.Tengoklah kat sana tu, betapa ramai studen kat sana tu. Shamiza memuncungkan bibir ke arah pelajarpelajar yang berpusupusu memi lih makanan. Di kaunter pun sudah ramai pelajar ber atur panjang untuk membayar. Lyra, pinjam telefon bimbit kau sekejap. Aku nak SMS Mazura. Kredit aku dah habis, pinta Shamiza de ngan muka sedih yang sengaja dibuatbuatnya. Kau nak buat apa? tanya Lyra Soraya terkejut. Shamiza tersengihsengih.Alah, pinjamlah sekejap. Aku nak hantar SMS aje. Kredit telefon aku dah habis. Aku nak pinjam nota pasal server. Pinjamlah Nanti aku ganti balik kerdit kau, okey? Ah, lima sen buat apa?! Tak payah bayarlah.Aku tak kisah. Pakai ajelah. Lyra Soraya terus mengeluarkan telefon bimbit berjenama Nokia NC3 dari begnya lalu dihulurkan kepada Shamiza. Beberapa minit kemudian Shamiza menyerahkan semula telefon bimbit kepada Lyra Soraya semula ber sama senyuman. Terima kasih, Lyra, ucap Shamiza tersipusipu. Samasama, balas Lyra Soraya dengan rasa pelik. Okeylah, aku nak beli nasi. Kau tunggu aku tau. Temankan aku makan tau! Shamiza terus bangun me nuju ke dalam kafeteria. Lyra Soraya mengangguk. Dia membelekbelek tele

Cinta Yang Terindah 89

fon bimbit yang dihadiahkan oleh mamanya pada tahun lepas. Ini adalah telefon bimbit yang kedua digunakan selepas Sony Ericsson. MaSuK ke dalam rumah, Lyra Soraya terus menghem paskan tubuhnya ke atas sofa empuk.Tangan kanannya mencapai alat kawalan jauh. Satu butang besar ditekan dari jauh.Televisyen yang tersergam besar terpasang. Bosan betullah! Balikbalik ulang drama yang sama. Cubalah tayang drama yang lamalama. Drama zaman yang aku tak lahir lagi. Ini muka pelakon yang sama aje. Dah tu berlakon pun macam kayu balak, rungut Lyra Soraya geram. Dia menekannekan butang yang ada pada alat kawalan jauh. Masih tak jumpa rancangan yang boleh menarik perhatiannya. Lyra Soraya merenung bingkai gambar yang terletak di sebelah sofa. Gambar itu diletak oleh mama sejak dia kecil lagi. Gambar dia bersama seseorang yang amat dirinduinya. Mama tidak membenarkan sesiapa pun mengalih bingkai gambar itu. Lyra Soraya teringatkan kampung. Dia teringat kata kata nenek dulu sewaktu dia bercuti panjang di kam pung papa di Melaka. Walaupun mulut neneknya bi sing mengalahkan mulut murai, tapi baik hati. Suka memberi nasihat dan tunjuk ajar sambil mulutnya ber decitdecit menegur itu dan ini. Neneknya memang begitu. Mukanya memang be ngis dan garang. Terlalu susah hendak senyum. Kalau orang tak kenal nenek, mesti menganggap nenek se orang yang sombong. Tapi orangorang kampung suka dengan nenek. Kata mereka walaupun nenek garang semacam, tapi suka menolong orang kampung. Boleh dikatakan tiaptiap hari nenek dan datuk akan ke surau

90 Ida Nardiel

untuk sembahyang berjemaah. Nenek lebih suka meng habiskan masa di rumah dengan menjahit. Kata nenek, dia tak kuasa hendak bertandang rumah orang dan bawa cerita yang bukanbukan. Cerita papa dulu, nenek dan atuk sanggup menjual dua ekar tanah untuk menampung pengajian papa di universiti. Bila papa dapat kerjaya yang bagus, papa mula mengumpul duit untuk menghantar nenek dan atuk ke Mekah menunaikan haji. Sudah dua kali nenek dan atuk mengerjakan haji. Papa juga mengupah orang membaiki dan membesarkan rumah nenek dan atuk dari rumah kayu yang kecil sehingga menjadi sebuah rumah batu. Lyra Soraya terpandang bingaki gambar berukuran 8R yang terletak di sebelah televisyen. Dia tersenyum merenung seorang gadis ceria yang berdiri di sebelah nya. Aku sentiasa merinduimu luah Lyra Soraya per lahan bersama hati yang pilu. Kalau kau ada lagi di sini, pasti aku tak sunyi begini. Tibatiba air mata Lyra Soraya menitis hiba. Per bezaan dia dengan gadis dalam gambar itu hanyalah rambut. Dia memiliki rambut ikal mayang manakala gadis itu berambut lurus seperti papa. puan Suriana memanggil anaknya yang terlena di sofa. Lyra Soraya terbangun. Dia mengsosokgosok kedua dua belah matanya. Rambutnya berserabai. Dia sendiri tidak pasti pukul berapa mata dia terlelap di sofa ruang tamu tadi. Yang pasti lenanya pada waktu tengah hari tadi begitu enak. Puan Suriana sudah duduk di sebelah anak gadisnya

Cinta Yang Terindah 91

sambil merenung anak gadisnya dengan penuh sayu. Dia tahu Lyra Soraya pasti bosan bersendirian di rumah. Lyra dah makan? tanya Puan Suriana lembut. Rasa bersalah menyelinap dalam dirinya. Ibu jenis apakah dia tidak menyediakan makanan untuk anaknya? Lyra Soraya menggelenggeleng. Perutnya memang sudah lama berbunyi. Dia memandang muka mamanya dengan cemikan seperti anak kecil. Puan Suriana tergelak perlahan dengan telatah anak tunggalnya. Okey, lepas ni kita masak nasi goreng kampung. Kita makan berdua. Lyra tolong mama masak, cadang Puan Suriana. Dia mahu menghabiskan masa di dapur bersama Lyra Soraya. Papa? Papa balik lambat, sayang. Papa call mama tadi. Dia ada perbincangan malam ni, jawab Puan Suriana. Dia tahu suaminya semakin sibuk dengan syarikat yang semakin berkembang maju. Dia tidak mahu menekan dan mengawal suaminya. Dia percaya suaminya se orang yang bertanggungjawab. lyra Soraya menyelaknyelak majalah tahunan KUAP. Dia tersenyum sendirian bila menatap gambar dia dan tiga sahabat di dalam ruangan kandid. Seingat nya, itu adalah gambar yang diambil pada majlis makan malam Kelab Kembara tidak lama dulu. Mereka ber empat sengaja mengenakan baju kurung. Kemudian dia menyelak lagi mencari gambar gambar yang amat dia rindui setiap malam. Di ruangan sukan, ada gambar sekumpulan pemainpemain futsal Versus Core. Matanya terus mencari satu wajah. Satu demi satu wajah ditenungnya. Kemudian dia tersenyum

92 Ida Nardiel

apabila melihat satu wajah. Ini kan wajah lelaki idaman si Nohan dan si Najib? Memang handsome. Tapi aku tak minat dialah. Lyra Soraya menilik lagi gambar itu. Dia terpandang lelaki yang berdiri di hujung sekali. Ini pun dia! Lyra Soraya merenung dalamdalam wajah lelaki itu. Ada senyuman yang terukir pada bibirnya. Habis satu album diselaknya, dia kembali menyim pan album itu di tempat asal. Dia bangun dan mahu menuju ke dapur. Tekaknya terasa kering. Kaki Lyra Soraya terhenti di anak tangga terakhir.Telinganya me nangkap suara orang sedang menangis. Hatinya ber debar. Perlahanlahan dia menyorok di balik dinding dan dia menjengah ke arah ruang tamu. Dia melihat mama sedang menangis di sofa, manakala papa keli hatan sugul sambil mundarmandir. Papa dan mama bergaduh ke? Lyra Soraya tertanya sendiri. Dia mula tidak keruan. Rasa gusar menyelinap dalam hati. Apa yang sedang berlaku sebenarnya? SebaiK sahaja keluar dari bilik air, telefon bimbitnya berbunyi. Kedengaran lagu No Doubt dendangan Gwen Stefani bergema kuat di ruang kamarnya. Lagu rancak itu benarbenar membuatkan dia terkejut. Lyra Soraya terus meluru mendapatkan telefon bimbitnya yang terletak di atas katil. Dia mencapai dan melihat nombor yang tersusun di skrin. Berkerut dahinya meihat nom bor Maxis yang tertera. Tiada nama. Siapa pulak ni? Tanpa membuang masa panggilan itu dijawab. Assalamualaikum Bergema suara lelaki di hu jung talian. Waalaikumussalam jawab Lyra Soraya sopan, namun ada rasa gugup.

Cinta Yang Terindah 93

Suara lelaki? Siapakah dia? Lyra Soraya tertanya tanya sendirian. Suara lelaki ini tidak pernah didengar sebelum ini. Memang berbeza dengan suara papa. Hmm Ni siapa? soal lelaki di talian. Dahi Lyra Soraya berkerut.Dia tanya aku? Sepatutnya aku yang tanya dia. Isy, apa punya orang ni? Lyra Soraya mengetap bibir. Awak nak cakap dengan siapa? Soalan dijawab dengan soalan. Sengaja dia menyoal begitu. Sengaja mahu membuatkan lelaki di dalam gangang terbakar hati. Tengah hari tadi saya terima missed call daripada nombor awak, tapi saya ada kelas tadi. Awak ni siapa? soal lelaki itu tidak berputus asa. Ada rasa desakan untuk mengetahui siapa gadis ini. Hmm Nama saya Lyra Soraya berfikirfikir mencari nama yang lain. Mana boleh beritahu nama sebenar. Dahlah orang yang telefon dia tak kenal. Dia tersenyum nakal.Nama saya Sopeya. Awak pulak? Oh Sedap nama tu. Saya Johan Hai, Johan! Hai, Sopeya. Tapi saya peliklah macam mana ada nombor awak dalam senarai missed call saya. Awak pasti awak tak call nombor saya? tanya Johan meminta kepastian. Jelas daripada suara itu Lyra Soraya mengagak lelaki itu juga berada dalam kekeliruan sepertinya. Masing masing bingung macam mana nombor telefon ada dalam telefon bimbit? Memang tak ada. Hari ini pun saya tak ada buat panggilan pada sesiapa pun.Tapi pelik pulak juga, kan? Macam mana awak boleh dapat panggilan daripada nombor saya? Lyra Soraya menggarugaru kepalanya

94 Ida Nardiel

yang tidak gatal sambil memikir siapa yang mengguna kan telefon bimbitnya tadi. Shamiza! Shamiza meminjam telefon bimbitnya te ngah hari tadi. Ini mesti kerja Shamiza. Hatinya kuat mengatakan ini Shamiza punya kerja! Tak mengapalah Salam perkenalan, Sopeya, ucap Johan dengan telus. Salam perkenalan juga, balas Lyra Soraya Kalau macam tu, saya minta diri dulu. Assalamu alaikum Waalaikumussalam Talian dimatikan dengan sertamerta. Johan! Lyra Soraya tersenyum pahit. Dia menggigit bibir apabila teringat yang Shamiza ada mengguna telefon bimbitnya. Lantas jarijemarinya memeriksa senarai panggilan yang dibuat. Dia memeriksa satu per satu senarai nama, tapi tiada pun nombor telefon Johan. Kemudian Lyra Soraya memeriksa pula senarai SMS yang dihantar. Memang sah ada nama Mazura. Pelik bin ajaib! Mungkin Shamiza terlebih dahulu padam nombor telefon Johan daripada senarai panggilan di buat. Mungkin ya, mungkin tak! Baru dia hendak memejamkan mata, nada SMS ber bunyi. Lyra Soraya segera membuka senarai SMS yang diterima. Nombor telefon Johan!
Sopeya, salam perkenalan. Selamat malam.

Cinta Yang Terindah 95

Lyra Soraya tersenyum lalu bangun dan meniarap. Jarijemarinya cepat menekannekan butang di dada telefonnya.
Selamat malam juga. Salam perkenalan, Johan.