Anda di halaman 1dari 1

Hikayat Muhammad Hanafiah merupakan antara teks Melayu terawal.

Mengisahkan kisah percintaan dan mengandungi kandungan mengenai aspek emosi, nilai kebudayaan dan nilai sosiopolitik. Hikayat ini sudah dikenali sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-16. Hikayat ini juga dikenali sebagai 'hikayat perang' kerana hampir keseluruhan isi hikayat penuh dengan kisah peperangan. Hikayat ini mengisahkan peristiwa yang berlaku sewaktu Sayidina Ali dipilih menjadi khalifah dan pemberontakan dilancarkan oleh Muawiyah terhadapnya. Setelah Ali dibunuh oleh seorang pengikut Khawarij, Muawiyah dilantik sebagai Khalifah. Sebelum meninggal dunia, Muawiyah melantik puteranya bernama Yazid sebagai raja. Dalam masa pemerintahannya, Yazid merancang pembunuhan terhadap dua putera Ali, iaitu Hasan dan Husin. Sebelum itu, berlaku beberapa peristiwa yang menyebabkan Yazid iri hati dan berdendam dengan kedua-dua mereka. Dengan menggunakan tipu helah, dia akhirnya berjaya membunuh kedua-dua putera Sayidina Ali itu. Apabila Muhammad Hanafiyyah, saudara Hasan dan Husin yang menjadi amir di negeri Baniar mendapat berita kematian saudaranya dan putera Husin bernama Ali Asghar atau kemudiannya dipanggil Zain al-Abidin dan ahli keluarga Rasulullah ditawan, dia menyiapkan satu angkatan tentera dan menyerang Yazid. Yazid berjaya dikalahkan oleh Muhammad Hanafiyyah dan Yazid terbunuh apabila dia terjatuh ke dalam telaga api. Zain al-Abidin kemudiannya dilantik sebagai raja. Pada suatu hari, apabila Muhammad Hanafiyah mendapat tahu terdapat pengikut Yazid sedang berhimpun di dalam sebuah gua, dia menyerang mereka. Tanpa menghiraukan suara ghaib yang melarangnya beberapa kali supaya jangan keterlaluan, dia terus membunuh musuhnya, sehinggalah akhirnya pintu gua tertutup dan dia terkurung di dalamnya.

Anda mungkin juga menyukai