Anda di halaman 1dari 1

DISKUSI 1 TEORI SIGMUND FREUD Teori ni diperkenalkan oleh Sigmund Freud.

. Teori ini akan dibahaskan berdasarkan empat konsep iaitu tahap-tahap aktiviti mental, bahagian-bahagian fikiran, kedinamikan keperibadian dan penelitian khas dan metod penelitian. Bahagian utama teori ini yang membincangkan tahap-tahap aktiviti mental dikemukakan oleh Frued diantara tahun 1890 hingga 1939. Pengalaman-pengalaman beliau dalam terapi memberi keyakinan bahawa ketidaksedaran merupakan faktor penentu tingkah laku yang penting dan dinamik. Dalam hubungan terapeutik, beliau mendapati bahawa kata-kata pesakitnya kebanyakan tidak tepat secara berulang misalnya waktu dan tempat. Teori ini menyimpulkan bahawa terdapat tahap-tahap pemikiran manusia iaitu ketidaksedaran, keprasedaran dan kesedaran. Ketidaksedaran merupakan sikap, perasaan, dan fikiran yang tidak mampu dikawal oleh kemahuan seseorang. Walaupun kita menyedari tinglah laku atau perbuatan, kita sering tidak menyedari proses mental yang berada di sebalik tingkah laku tersebut. Misalnya jika seseorang individu bergaduh, ia tidak sedar sepenuhnya tujuan dan keadaan ketika pergaduhan itu berlaku, sesuatu yang kelihatan irasional. Pada awalnya, Freud memperkenalkan 2 model pemikiran manusia iaitu Model Neurologis dan Interpretation of Dream, namun kedua-dua model tersebut tidak berjaya untuk menghuraikan dengan jelas pengaruh-pengaruh dalam keperibadian. Kemudian Frued memperkenalkan suatu model struktual yang tidak lagi menggambarkan fungsi mental sebagai terdiri daripada subsistem-subsistem yang terpisah dan dibatasi secara kaku. Model ini menggambarkan fikiran manusia sebagai campuran-campuran atau gabungan dari kekuatan di mana bahagian-bahagian dari keperibadian juga dapat mengandungi keadaan tidak sedar. Egen terbaru ini dikenali sebagai Id, Ego dan Superego. Id merupakan sumber utama tenaga fisiologis yang terungkap pada dorongan-dorongan hidup dan mati. Id dipengaruhi oleh elemen-elemen yang sudah wujud sejak lahir dan dianggap primitif. Ia dominan pada awal kelahiran manusia iaitu ketika masih bayi. Ketika individu mula meningkat dewasa, ego akan wujud untuk mengawal tingkah laku agar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran. Ego sebenarnya hampir sama dengan id dimana keadaan mendesak mengikut kemahuan, namun apa yang membezakan ialah ego dipengaruhi oleh unsur rasional. Superego merupakan sumber asal suara hati iaitu kebolehan membezakan yang baik dengan yang buruk. Keadaan ini muncul bila kanak-kanak mula mempelajari peraturan yang digunakan ibu bapa untuk menginterpretasi jangkaan masyarakat. Melalui teori ini, guru mudah menangani masalah perasaan murid. Seni merupakan alat terapi yang berkesan untuk murid. Lukisan yang dihasilkan oleh murid dapat memberi gambaran latar belakang & keadaan emosi murid tersebut. Pendekatan psikoanalitik ini merupakan interaksi bersemuka antara guru dan murid. Penilaian yang dibuat terhadap karya murid akan dapat membantu guru mengenalpasti masalah murid. Guru seharusnya mampu untuk mengawal emosi murid melalui aktiviti seni yang dijalankan. Seni sebenarnya mempunyai nilai Terapeutik yang baik dan di sini guru bertindak sebagai ahli terapi Walaupun teori ini bukanlah penyelesaian terbaik untuk guru menangani masalah konflik dalaman murid, tetapi teori ini amat membantu dan proses P&P PSV mampu digunakan sebagai proses terai terhadap murid-murid. Guru dapat sedarkan murid-muridnya bahawa akal mampu untuk mengawal perasaan dan bukannya dengan mengikut emosi semata-mata. Guru juga dapat mengurangkan ketegangan murid. Mungkin pada mulanya murid yang bermasalah akan menghasilkan hasil karya yang menampakkan konflik dalaman mereka tetapi sekiranya ditangani dengan betul, murid akhirnya dapat menghasilkan karya yang menggambarkan ketenangan jiwa dan emosi mereka. Dalam pada itu , guru juga dapat membimbing murid untuk mengawal emosi dan tingkah laku mereka semasa proses P&P bagi subjek PSV. Guru dapat membimbing murid melakukan tingkah laku yang diingini dan meninggalkan tingkah laku yang tidak diingini.

Anda mungkin juga menyukai