Anda di halaman 1dari 4

TAJUK: Perjalanan MBG Fruitshop Dalam Merakam Sejarah Dari Tahun 1975 hingga kini.

PENGENALAN Tajuk yang saya pilih bagi menjalankan kajian ini berkenaan dengan sebuah perniagaan berkaitan buah-buahan. MBG Fruitshop merupakan sebuah peniagaan yang telah lama memulakan perniagaan di Malaysia. MBG Fruitshop dilihat telah berjaya meluaskan pasarannya di merata tempat sekitar Lembah Kelang.. Hal ini kerana MBG Fruitshop ini mudah ditemui di kawasan tumpuan orang ramai seperti di Avenue-K, Wangsa Walk Mall, Mid Valley Megamall dan Sunway Pyramid. MBG Fruitshop ini juga terdapat di Xiamen,China. Bermula dengan perniagaan buah-buahan tempatan secara kecil-kecilan, kini kedai buah ini tidak hanya tertumpu kepada penjualan buah-buahan tempatan, tetapi juga turut menjual buah-buahan yg diimport dari luar negara seperti Korean Strawberry, Argentina Blurberries, Indonesia Harum Manis Mango dan US Royal Diamond Plum. Perubahan-perubahan yang begitu drastik telah dilakukan oleh perniagaan MBG Fruitshop menjadi salah satu tarikan bagi saya untuk melakukan kajian ke atas perniagaan tersebut. OBJEKTIF 1. Mengenal pasti sejarah perniagaan MBG Fruitshop sejak awal mencebur dalam bidang perniagaan. 2. Meneliti perkembangan MBG Fruitshop selama menjalankan perniagaan ini. 3. Mengetahui konsep-konsep yang dilaksanakan oleh MBG Fruitshop dalam menjalankan perniagaannya. 4. Mengkaji tanggungjawab sosial MBG Fruitshop di samping menjalankan perniagaannya. 5. Menghuraikan kepentingan MBG Fruitshop kepada Masyarakat setempat.

PERMASALAHAN KAJIAN Marcapada menunjukkan kebanyakan individu pada zaman moden ini tidak begitu mengambil berat terhadap amalan pemakanan buah-buahan. Namun, pengusaha kedai buah ini begitu berani mengambil risiko meluaskan pasaran perniagaan buah-buahan di merata tempat. Berikutan itu, kajian terhadap perniagaan buah-buahan oleh MBG Fruitshop ini dilakukan untuk menyelidik keistimewaan-keistimewaan kedai tersebut yang mampu menarik pelanggan daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk membeli buah-buahan di kedainya. SKOP KAJIAN Kajian ini mengenai sejarah dan perkembangan MBG Fruitshop yang telah lama memulakan perniagaan di Malaysia. Kajian ini dilaksanakan di kedai di mana MBG Fruitshop menjalankan perniagaannya yang terletak di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Kaji selidik akan dilaksanakan terhadap beberapa orang responden, iaitu lebih kurang sebnyak 40 orang responden. SOROTAN KAJIAN LEPAS Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan terhadap buah-buahan: Dr. Pauziah Muda, Belimbing atau nama saintifiknya Averrhoa Carambola sebagai contoh mengalami perubahan yang ketara menerusi kajian demi kajian bermula daripada permualaan penanaman hingga kepada pengguna. Tidak ramai yang mengetahui belimbing Malaysia jenis B10 menguasai 60 peratus pasaran di Eropah dengan nilai eksport melebihi RM30juta setahun (25Jun2012;www.mardi.gov.my/c/document_library) Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains UPM. Satu kajian ke atas penduduk luar bandar mendapati buah-buahan seperti jambu batu, nenas dan betik berupaya membantu mengurangkan paras kolesterol dalam darah. Tan Yen Sing, Pakar Diet Klinikal, Pusat Perubatan Prince Court. Beliau menjelaskan, kajian menunjukkan pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dikatakan boleh mengurangkan sehingga 17 peratus penyakit jantung koronari. (12November2010;berita-harian-online.com/die-buahjauhi-penyakit/)

KAEDAH KAJIAN i. Temu bual Sesi temu bual bersama pengurus atau kakitangan MBG Fruitshop dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci mengenai perniagaan buah-buahan tersebut. ii. Soal selidik Borang kaji selidik diberikan kepada beberapa orang awam yang menjadi pelanggan di MBG Fruitshop untuk mendapatkan maklumat sambutan pelanggan terhadap kedai buah tersebut. iii. Rujukan Perpustakaan Merujuk terhadap buku-buku yang berkenaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat mengenai perniagaan MBG Fruitshop. PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI Pendahuluan Pengenalan mengenai kajian dan serba sedikit info tentang perniagaan MBG Fruitshop. Isi-isi Sejarah perniagaan MBG Fruitshop sejak dulu. Perkembangan perniagaan MBG Fruitshop dalam beberapa tahun. Pembukaan beberapa buah cawangan baharu. Perubahan jenis-jenis jualan dari semasa ke semasa. Sambutan pelanggan terhadap buah-buahan yang dijual.

Konsep yang dilaksanakan di MBG Fruitshop. Tanggungjawab sosial yang telah dilakukan oleh MBG Fruitshop. Kepentingan MBG Fruitshop kepada masyarakat setempat Penutup Kesimpulan terhadap kajian yang dilaksanakan ke atas perniagaan MBG Fruitshop. Harapan terhadap pasaran buah-buahan di Malaysia.

PENUTUP Diharapkan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui pelbagai sumber sebagai rujukan. Bantuan daripada pelbagai pihak juga diharapkan mampu menolong meringankan beban dalam usaha melaksanakan kajian terhadap perniagaan MBG Fruitshop ini. Kajian ini seterusnya akan dikongsi maklumatnya bersama sahabat-sahabat seperjuangan di Tingkatan 6. Kajian ini dijangka mampu memberi pelbagai manfaat dan menjadi pengalaman bermakna sebagai pelajar Tingkatan 6. Maka, dengan kewujudan kajian seperti ini, diharapkan pelajar-pelajar dapat menjadikan tokoh seperti pengusaha MBG Fruitshop sebagai inspirasi untuk terus berjaya melakar kecemerlangan dalam hidup. BIBLIOGRAFI Adnan Lee. MBG History. www.mbg.com.my/MBG/mbg/mbg-history.html Chef Kemangi. Mangga paling digemari rakyat Malaysia. Kemangipontian.blogspot.com/2012/10/mbg-kini-menjadi-jenama-popular-yang.html

Anda mungkin juga menyukai