Anda di halaman 1dari 4

Kata Ganti Nama Diri 1.

Kata ganti nama diri ialah perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama seseorang. 2. Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua, dan kata ganti nama diri ketiga. 3. Kata ganti nama diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang yang bercakap atau dikenali juga sebagai pihak pertama. Contoh: Tunggal (seorang) aku, saya, beta, patik, hamba Contoh ayat: (a) Saya hendak pergi ke perpustakaan pada petang ini, kata Ali kepada Rizal. (b) Kami akan menduduki PMR pada hujung tahun ini. 4. Kata ganti nama diri kedua ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang yang dilawan bercakap dan orang yang mendengar percakapan atau dikenali juga sebagai pihak kedua. Tunggal (seorang) awak, anda, engkau, kamu, tuanku, dikau Contoh ayat: (a) Awak hendak pergi ke mana pada petang ini? tanya Ali kepada Rizal. (b) Awak semua mesti belajar bersungguh-sungguh untuk menghadapi PMR pada hujung tahun ini, kata Cikgu Salihin kepada pelajar-pelajarnya. Jamak (dua orang atau lebih) kalian, awak semua, kamu semua, awak berdua Jamak (dua orang atau lebih) kami, kita

5. Kata ganti nama diri ketiga ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang yang diperkatakan, orang yang dinaksudkan atau dikenali juga sebagai pihak ketiga. Orang ketiga biasanya tidak hadir atau tidak mendengar ketika percakapan itu berlaku. Contoh: Tunggal (seorang) dia, ia, beliau, baginda Contoh ayat: (a) Saya akan mengajak dia pergi ke perpustakaan pada petang ini, kata Ali. (b) Mereka sedang tekun belajar untuk menghadapi PMR pada tahun ini. 6. Kata ganti nama diri boleh disingkatkan sebagaimana di bawah: (a) aku menjadi ku 7. Kata ganti nama diri yang disingkatkan hendaklah ditulis rapat (dicantumkan) dengan kata yang berkenaan. 8. Kata ganti nama diri hendaklah digunakan dengan betul dan sesuai dengan sosiobudaya masyarakat Melayu. Penggunaan kata ganti nama diri yang tidak sesuai dianggap kurang sopan atau biadap. Telitikan dialog-dialog berikut: (a) Kau hendak pergi ke mana? tanya Swee Kim kepada Cikgu Hasnah. (Sepatutnya: Cikgu hendak pergi ke mana? tanya Swee Kim kepada Cikgu Hasnah.) (b) Awak dari balai mana? tanya Arumugam kepada pegawai polis itu. (Sepatutnya: Encik dari balai mana? tanya Arumugam kepada pegawai polis itu.) (c) Ayah aku hendak berjumpa dengan kamu, kata Siew Ling kepada Pak Cik Halim. Jamak (dua orang atau lebih) mereka

(Sepatutnya: Ayah saya hendak berjumpa dengan pak cik, kata Siew Ling kepada Pak Cik Halim.)

9. Tertib penggunaan kata ganti nama diri adalah seperti yang berikut: Kata Ganti Nama Diri aku, ku engkau, kau Penggunaannya seseorang yang sama taraf, sama kedudukan, teman rapat, sudah mesra, sebaya dan sebagainya. dalam doa kepada Tuhan. seseorang yang tidak sama taraf atau kedudukan, kurang mesra, baru dikenali dan sebagainya. sebagai tanda hormat. dalam suasana mesra dan akrab. dalam suasana rasmi, misalnya mesyuarat, wawancara, ucapan, dan sebagainya. digunakan oleh raja atau sultan. digunakan oleh rakyat jelata ketika menghadap raja atau sultan. menunjukkan jamak (lebih daripada seorang). merujuk diri penutur dan orang lain yang sama dengan penutur, sama ada orang lain itu hadir atau tidak. tidak termasuk orang yang diajak bercakap atau mendengar percakapan. menunjukkan jamak (lebih daripada seorang). kita menunjukkan semua yang terlibat dalam pertuturan itu, iaitu diri penutur dan orang yang diajak bercakap sekali gus. tidak sama taraf atau kedudukan.

saya, awak

beta patik, hamba

kami

kamu, mu

penutur lebih tinggi taraf atau kedudukannya. dalam doa kepada Tuhan. komunikasi yang menggunakan medium tertentu, misalnya televisyen, radio dan kertas. penutur dan pendengar (penerima maklumat) tidak bersemuka. dalam suasana formal, contohnya dalam iklan, siaran televisyen dan radio, surat edaran, arahan bertulis, pengumuman, notis dan sebagainya. merujuk orang biasa, tidak berpangkat atau berpangkat rendah. merujuk orang berpangkat, dihormati, berjasa seperti menteri, pemimpin, ketua, guru, pegawai dan sebagainya. dalam suasana rasmi atau dalam penulisan. merujuk kepada sultan atau raja. merujuk kepada pihak ketiga. menunjukkan jamak (lebih daripada seorang)

anda

dia, ia

beliau

baginda mereka

10. Kadangkala dalam pertuturan, kata ganti nama diri itu diganti dengan gelaran, pangkat atau panggilan kehormat orang yang dilawan bercakap untuk menunjukkan rasa hormat, sopan santun atau budi bahasa penuturnya. 11. Kata yang digunakan ialah Tan Sri, Datuk, Datin, tuan, puan, saudara, encik, cik, cikgu, mak cik, pak cik, abang, kakak, dan sebagainnya. Penggantian ini amat penting supaya sesuai dengan adat dan budaya Melayu dan masyarakat Malaysia amnya.

Anda mungkin juga menyukai