Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI ( AMAR NAZIRUL HAZIQ BIN ZAMRI) Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulilllah. syukur yang tidak terhingga berkat taufik dan hidayah-Nya akhirnya saya dapat menyempurnakan kerja kursus pendek pada semester 4 ini bagi mata pelajaran Ekosistem dan Biodiversiti ini. Hal ini kerana sepanjang menyiapkan tugasan ini banyak manfaat dan ilmu yang saya timba. Kerja kursus kali ini adalah dibuat secara berkumpulan. Ahli kumpulan saya adalah Muhammad Azaat Bin Maidin dan Wan Mohammad Adha Bin Wan Mohmad Nusi. Melalui tugasan ini, saya dapat mempelajari secara lebih mendalam dan jelas tentang konsep ekosistem tanah. Dalam tugasan ini, saya berpeluang mengetahui apa yang dimaksudkan dengan ekosistem tanah. Melalui pembacaan di beberapa buah buku dan internet, saya mendapati bahawa terdapat dua jenis komponen utama di dalam sebuah ekosistem tanah iaitu komponen biotik dan komponen abiotik. Komponen biotik adalah makrofauna dan mikrofauna. Manakala komponen abiotik adalah tekstur tanah, kepadatan tanah dan lain-lain lagi. Komponen-komponen ini saling berhubung kait antara satu sama lain bagi menjadikan sesebuah ekosistem tanah tersebut sempurna. Tugasan ini memerlukan kami sekumpulan mengkaji dan mengenalpasti makrofauna dan mikrofauna yang terkandung di dalam sampel tanah yang telah kami ambil di dua tempat yang berbeza. Lokasi pertama adalah di bawah pokok sawit berhampiran gelanggang tenis IPGKTHO dan lokasi kedua adalah kawasan lapang. Setelah membuat kajian, saya mendapati bahawa hanya makrofauna sahaja yang dapat dijumpai di kedua-dua sampel tanah tersebut. Antara makrofauna yang dikenalpasti adalah lipas, semut, kerengga labah-labah dan sejenis makrofauna kecil yang tidak diketahui namanya. Melalui tugasan inilah saya dapat mempelajari bahawa makrofauna lebih banyak dijumpai di kawasan bawah pokok sawit yang lebih teduh jika dibandingkan dengan di kawasan lapang. Selain itu, saya juga mendapati bahawa kedua-dua sampel tanah tersebut mempunyai perbezaan pada komponen abiotik yang telah kami kaji iaitu tekstur tanah, kepadatan tanah dan kelembapan tanah.

Dalam pada itu, tugasan ini memberi saya satu input, ilmu dan pengalaman yang sangat bernilai bagi saya iaitu mengendalikan corong tulgren. Ini merupakan pertama kali saya melihat dan mempelajari cara mengendalikan corong tulgren. Hal ini kerana semasa di sekolah menengah dahulu walaupun saya telah mempelajari tajuk ekosistem di tingkatan 5 tetapi saya tidak berpeluang melihat dan menggunakan corong tulgren. Saya berasa beruntung dan bertuah mempunyai pengalaman ini. Dengan ini telah bertambah satu lagi kemahiran dalam mengendalikan alat dan radas dalam diri saya. Kemahiran ini sangat penting kepada bakal guru Sains seperti saya kerana di sekolah kelak guru yang akan menyediakan dan menunjukkan cara mengendalikan alat dan radas kepada murid-murid. Alhamdulilah, tugasan kami dipermudahkan apabila kami menjalankan proses perbincangan untuk membuat tugasan ini bersama-sama dengan rakan kelas yang lain. Walaupun, pada awalnya kami mengalami kekangan masa untuk berbincang bersama, namun kami berasa ini merupakan tanggungjawab kami sebagai seorang pelajar untuk melunaskan dan menyiapkan tugasan ini. Kami juga telah membahagikan tugas kepada setiap ahli kumpulan secara adil dan saksama. Setelah tugasan ini sudah selesai, saya berasa seronok dan bertekad untuk mendidik murid-murid nanti untuk berjaya dengan cemerlang dalam subjek Sains ini. Akhirnya, saya mengucapakan jutaan terima kasih kepada pensyarah penasihat iaitu Puan Fatimah Binti Abd. Kadir dan rakan-rakan PISMP Sains yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan saya dalam menyiapkan tugasan ini. Saya berharap kerja tugasan ini mendapat keberkatan Allah dan saya memperolehi markah yang cemerlang. Insya-Allah.