Anda di halaman 1dari 4

KONSEP REKABENTUK 1 tingkat 1/2

1) Rumah 4 Bilik Tidur + 1 Bilik Setor + 1 Ruangan setor kecil dalaman dan 1 setor kecil barang - barang luar (Barang perkakas laman / kereta). 2) Ruang keluarga & Makan - mengadap lanskap (air atau pokok) serta terdapat patio untuk bersantai di waktu petang. 3) 2 Tempat letak kenderaan dan porch' yang selesa, juga terdapat anjung/teres dibahagian hadapan sebagai pemisah porch' dan ruang tamu. 4) Anjakan bangunan 20 kaki dibahagian hadapan ( diukur dr dinding) dan 10kaki diukur dr tiang di semua sempadan. 5) Bilik Tidur Utama di bahagian atas, dan dapat melihat terus ke ruang famili dibahagian bawah.

SPESIFIKASI
* Rekabentuk Rumah satu setengah tingkat dengan tanah yang 60x 80 kaki.

* Ruang lantai ditinggikan 300 mm dari aras tanah. * Pembinaan yang mudah - menggunakan bumbung limas dan grid dalam module' * "Zoning' - zon yang teratur diantara ruang tetamu dan ruang bilik.

Ketinggian : 1 tingkat ( lantai ke beam'/siling 3500mm. Saiz Lot : 60' x 80 kaki. Kos Pembinaan : dicadangkan RM80 - RM100 kaki persegi termasuk kesemua bahan binaan & upah serta termasuk binaan kolam kecil lanskap. Keluasan Rumah: 2923 kaki persegi ( termasuk keluasan luaran - porch' patio & terrace') Ukuran Lukisan : dilukis dalam milimeter ( mm) dan kaki ( ft') Penggiraan Kos Pembinaan = Luas Dalaman + 1/2 Luas Luaran x RM100/kaki persegi = RM260,400 (termasuk Kemasan dan semuanya)

CADANGAN BAHAN BINAAN


Bumbung : Bumbung konkrit atau bumbung tanah liat (clay tiles')

Kecerunan Bumbung : 27darjah Struktur : Konkrit tertulang Dinding : Dinding bata tanah liat dengan di lepakan di dua bahagian dinding. Cat : ICI, Juton & Nipon dll. Pintu Utama - Dicadangkan Pintu Panel Padat. Pintu Bilik : Pintu Rata berkualiti. Pintu Ruang Tamu & Makan : Pintu Sliding' Alluminium. Kemasan lantai : Ceramic' atau homogenious Tiles. Kemasan Luar : Heavy duty Homog. Tiles'. Electrical : Permilihan berdasarkan susunatur perabut yang dicadangkan. Sanitary ' : Dipilih oleh klien / standard.

SPESIFIKASI RUMAH 1 TINGKAT (BENTUK L)


Rekabentuk: KONSEP HIJAU / 'GREEN' DAN BANGLO BERIMEJ TROPIKAL * 3 Zon utama 'Public' - Ruang Tamu dan Ruang makan 'Semi Public' - Bahagian Dapur, Ruang Makan di dapur. 'Privacy' - Ruang Bilik Tidur. * Konsep Hijau / 'green architecture' dapat dijelaskan didalam konsep perancangan rekabentuknya iaitu mengambilkira rekabentuk yang fokus kepada persekitaran sebagai fokus utama contohnya sama ada persekitaran/ laman pokok, pancaran matahari, laluan angin dan sebagainya. * Bentuk Pelan 'L' akan mewujudkan kawasan sempadan laman dan lanskap yang cantik. Tetamu seolah disambut kedatangannya. * Tempat Letak Kereta yang berasingan. * Kediaman dalam suasana 'resort'.

Ketinggian : 1 1/2 tingkat Saiz Lot : +- Minima 115 x 110 kaki Saiz Banglo : 5106 kaki persegi (TERMASUK KORIDOR / PATIO) Bilangan Bilik : 6 + 1 ( UTILITI) Bilangan tandas : 4 Tempat Letak kereta : 3 unit Keluasan : 475m2 @ 5106ft2 (termasuk ' porch' dan koridor) Ukuran Lukisan : dilukis dalam milimeter ( mm) dan kaki ( ft')

harga : RM250 @ 80USD Lukisan : 1 set ( saiz A4) format: jpeg & fail pdf Lukisan yang dibeli lengkap dengan garisan grid dan disertakan ukuran dalam unit mm dan kaki (ft)

konsep rekabentuk banglo

CADANGAN BAHAN BINAAN


Bumbung : Bumbung konkrit atau bumbung tanah liat (clay tiles') Kecerunan Bumbung : 30darjah. Struktur : Konkrit tertulang Dinding : Dinding bata tanah liat dengan di lepakan di dua bahagian dinding. Cat : ICI, Juton & Nipon dll. Pintu Utama - Dicadangkan Pintu Panel Padat. Pintu Bilik : Pintu Rata berkualiti. Pintu Ruang Tamu & Makan : Pintu Sliding' Alluminium. Kemasan lantai : Ceramic' atau homogenious Tiles. Kemasan Luar : Heavy duty Homog. Tiles'. Electrical : Susunatur kedudukan elektrik 'plug & point' boleh merujuk kepada susunatur perabut yang dicadangkan. Sanitary ' : Dipilih oleh klien / standard.