1.Guru A merancang menggunakan teknik bercerita untuk mengajar kemahiran lisan bahasa Melayu. Antara berikut merupakan prinsip pemilihan bahan yang perlu dipatuhi oleh guru A ialah bahan yang I dipilih mesti mencabar II berstruktur dan canggih III bersifat luwes dan praktikal IV menarik minat murid-murid V menepati objektif pengajaran AI, II, III dan IV B I, II, III dan V C I, III, IV dan V D II, III, IV dan IV 2.Guru B ingin membuat penilaian aspek kemahiran mendengar dan memahami. Antara aktiviti yang sesuai dilaksanakan untuk menilai kemahiran tersebut ialah A murid mendengar petikan dibaca oleh guru B murid membaca petikan yang disediakan oleh guru C murid menceritakan semula sesuatu cerita yang diperdengarkan oleh guru D murid diminta mengingat atau mengimaginasikan sesuatu dan menjelaskansesuatu 3.Penggunaan teknik membaca yang berkesan dapat meningkatkan kefahaman muriduntuk bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan.Berikut merupakan strategi bacaan menggunakan teknik skimming. A Membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara saksama. B Membaca sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat. C Membaca banyak bahan dalam jangka masa yang singkat dan hanyamemerlukan maklumat penting sahaja. D Mendapatkan maklumat secara cepat dan untuk mencari jawapan kepadasesuatu soalan atau maklumat secara khusus. 4. Murid-murid Tahun 5 Bestari diminta membaca peta dan mengesan dengan pantas nama bangunan yang berhadapan dengan sebuah hospital.Jenis bacaan di atas merujuk bacaan A intensif B tinjauan C imbasan D luncuran Contoh soalan struktur (4 soalan jawab semua) 1.
Peringkat pemahaman membaca dibahagikan kepada empat,
iaitu peringkat lateral, inferens, penilaian dan penghayatan.
(a) Nyatakan dua tujuan peringkat pemahaman membaca dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. I.__________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ II.______________________________________________________________ __________ ____________________________________________________ ______________________ ________________________________________ __________________________________ ____________________________ ______________________________________________ _ [2 markah]
(b)Jelaskan empat konsep peringkat pemahaman membaca di atas dengan
1. (a) Jelaskan konsep pendekatan komunikatif dan dan kaedah pandang dan sebut dalam pengajaran dan pembelajaran membaca di sekolah rendah dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai bagi menyokong pendapat anda. [8 markah]
(b)Pilih satu sahaja dan huraikan langkah pelaksanaan pendekatan atau kaedah berkenaan. Kemukakan contoh aktiviti yang sesuai dan diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. [12 markah]