Anda di halaman 1dari 7

Teori Kemoralan Sosial Teori ini mengaitkan bahawa manusia hidup berkelompok, maka soal kemoralan sosial menjadi

teras dalam kehidupan. Moral sekular menekankan perlunya kemoralan sosial untuk menjamin manusia terus hidup dalam keadaan harmoni dan selamat.

Manusia terpaksa hidup bermasyarakat untuk memenuhi keperluan, kehendak dan keinginannya bagi menjamin kelangsungan hidup (survival). Kemoralan sosial berkait rapat dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatahukum, tatasusila atau tatatertib masyarakat.

Peraturan masyarakat biasanya menyerupai tradisi, norma, kebiasaan atau adat, kod, nilai dan pantang larang. Kesemua ini menjaga kerukunan sosial. Setiap kaum di negara ini mempunyai adat resam dan pantang larang bagi menjamin keutuhan dan keharmonian sesebuah masyarakat. Ahliahli sosiologi moral berpendapat , adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mematuhi pemerintah sebagai autoriti moral.

Berdasarkan maklumat di atas , teori kemoralan sosial melihat moral itu adalah sesuatu yang adalah berdasarkan apa yang telah dihukumkan oleh masyarakat. Oleh itu, kemoralan atau etika merupakan sesuatu yang berkaitan dengan peraturan masyarakat.

Teori ini juga sering dikaitkan dengan pantang-larang dan adat sesuatu masyarkat. Hakikatnya, teori ini juga wujud di dalam ajaran Islam yang melihat moral melalui kacamata masyarkat dan kehidupannya selagi mana ia tidak bertentangan dengan kehendak shara.

Maksudnya, moral atau undang-undang warisan sesebuah masyarakat secara automatik akan tertolak jika bertentangan dengan Shariah. Dengan kata lain, Shariah berperanan untuk memberi had kepada masyarakat supaya sebarang kod etika atau kepercayaan yang wujud tidak dogmatik dan undang-undang yang digubal tidak menindas pihak yang lain. Dalam perbincangan ilmu usul fiqh juga, adat (urf) dan pandangan setempat merupakan salah satu sumber hukum yang diiktiraf oleh shara.

Oleh sebab itu, seseorang Muslim tidak harus berkelakuan janggal dan berlainan dengan norma masyarakat setempat. Walaubagaimanapun, sebarang tindak tanduk masih lagi dibatasi oleh norma dan etika mutlak yang terkandung di dalam al- Quran dan Hadis.

Teori Keperibadian Mulia Teori ini berkait rapat dengan "kaedah sikap baik" dan sifat-sifat seorang insan moral. Persoalan yang ditekankan ialah "Apakah yang patut saya jadi?" dan bukan "Apakah yang patut saya lakukan?" Konsep keperibadian mulia bermula dengan masyarakat Yunani pada abad ke-4 SM dan salah seorang pelopornya ialah Aristotle. Keperibadian mulia didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa (excellence). Terdapat dua jenis keperibadian mulia iaitu keperibadian mulia intelektual dan keperibadian mulia moral.

Aristotle berpendapat keperibadian mulia intelektual adalah kebaikan atau keistimewaan akal seperti kebolehan memahami dan membuat taakulan yang baik. Aristotle menganggap bahawa sifat intelektual ini boleh dipelajari daripada seorang guru.

Aristotle juga menganggap, keperibadian mulia moral tidak terhasil dalam seorang individu secara semula jadi, iaitu seseorang itu tidak dilahirkan dengan sifat baik dan jahat. Mengikut Aristotle, keperibadian mulia mewajibkan kita bertingkah laku baik. Sifat-sfat ini tidak dipelajari melalui ajaran seorang guru tetapi menerusi latihan, tindakan-tindakan yang kerap diulang sehingga menjadi satu kebiasaan, menyenangkan serta menyeronokkan.

Oleh itu seseorang dianggap berkeperibadian mulia sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut: Menyedari moral adalah satu kewajipan yang tidak boleh dipersoalkan Mempunyai keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan mengelakkan keburukan Berpegang kepada prinsip Tidak mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan Sedia menerima dengan tenang sesuatu yang dianggap kesusahan dan kesengsaraan

Teori yang dianjurkan oleh Aristotle (384 BC 322 BC) ini telah meletakkan moral sebagai sesuatu yang sederhana. Ini bermakna sesuatu yang bermoral adalah sesuatu yang tidak keterlaluan dan mengambil jalan tengah.

Bagi pandangan Aristotle, melakukan sesuatu dengan berlebihan atau berkurangan adalah jahat dan tercela. Islam dalam pada masa yang sama juga telah menegaskan bahawa umat Islam yang baik adalah umat Islam yang sederhana. Seperti firman Allah:

Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas.

(al-Baqarah: 190).

Selain itu, firmanNya lagi: Dan demikianlah (seperti mana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat pertengahan (pilihan lagi adil), supaya kamu layak menjadi saksi kepada umat manusia (tentang benar dan salah) dan Rasul itu (Muhammad) pula akan menjadi saksi ke atas kamu. (al-Baqarah: 143).

Dalam isu-isu berkaitan dengan akal dan wahyu, dunia dan akhirat, material dan spiritual atau individu dan masyarakat, Islam telah menggariskan sesuatu yang sederhana dan hikmah.

Walau bagaimanapun, Islam tetap menyokong kritikan terhadap teori ini yang menyatakan bahawa kadar sederhana itu tidak boleh diaplikasikan dalam semua keadaan terutama sekali bagi kelakuan yang memang jelas tidak baik dan tercela.

Teori Deontologi Teori-teori Etika

Deontologi Pengenalan Deontologi berasal dari perkataan Yunani "deon" yang bermaksud "yang diharuskan atau diwajibkan". Teori ini menegaskan bahawa betul atau salahnya sesuatu tindakan itu tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat tindakan tersebut. Seperti Teori Teleologikal, terdapat beberapa jenis Teori Deontologi iaitu Deontologi Tindak (Act) - Eksistensialisme (Etika Situasi) dan Deontologi Peraturan (Rule) - Prinsip Kewajipan. Deontologi selalu dikaitkan dengan Immanuel Kant, seorang ahli flasafah German (1724-1804) yang pernah mengajar di University of Konigsberg di bahagian barat Rusia. Kant percaya bahawa apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu tindakan bukan akibatnya kerana akibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa berada di bawah kawalan kita. Akan tetapi motif (niat) tindakan kita adalah di bawah kawalan kita dan, oleh itu, kita harus bertanggungjawab secara moral atas motif kita untuk membuat kebaikan atau keburukan.

Prinsip Kewajipan Menurut Kant, prinsip kemoralan ialah kewajipan (duty). Kecuali good will atau tekad baik, tiada yang baik tanpa syarat. Tekad baik diterangkan sebagai taakulan praktikal (keupayaan untuk melaksanakan prinsip atau peraturan). Kant menyatakan bahawa "bakat minda" seseorang seperti kecerdasan, kebijaksanaan dan pertimbangan; "hadiah atau pemberian alam" seperti kekuasaan, kekayaan, dan kehormatan, dan "ciri watak" seperti

keberanian, ketabahan hati, dan sifat-sifat lain memang baik dan diingini dalam banyak hal atau perkara. Walaupun begitu sifat-sifat ini tidak boleh dianggap baik tanpa syarat. Tumpuan diberi dan diletak atas niat, tujuan dan motif seseorang, dan bukan atas apa yang dilakukannya. Motif yang menjadikan sesuatu tekad itu baik bukanlah cita rasa, kemahuan atau kecenderungan semula jadi. Sesuatu tindakan akan mempunyai nilai moral apabila dilakukan dengan kerelaan dan seseorang itu akan mempunyai kerelaan hati jika motif tindakannya ialah satu tanggungjawab moral yang diakui. Satu-satu tindakan yang dianggap betul dari segi moral tidak dianggap memadai jika ia dilakukan semata-mata untuk kepentingan diri.

Kategorikal Imperatif Kewajipan atau undang-undang mutlak dikenali sebagai satu set prinsip moral iaituCategorical Imperative atau perintah mutlak/tanpa syarat. Prinsip moral yang ditetapkan oleh individu itu mestilah juga dipatuhi oleh orang lain. Individu itu mestilah bertindak sebagaimana dia inginkan orang lain bertindak terhadapnya. Praktikal Imperatif Satu lagi formula yang penting ialah Practical Imperative yang menyatakan bahawakemanusiaan hendaklah sentiasa menjadi matlamat dan bukan alat perlakuan individu. Kemanusiaan adalah suatu nilai intrinsik manusia.

Kelemahan dan Kekuatan Teori Kant

Kekuatan

Kelemahan

Melahirkan insan yang patuh dan taat Bolehkah kita mengetepikan langsung kepada kewajipan, peraturan, undang- akibat suatu tindakan di dalam undang dan agama menentukan satu sistem moral yang berkesan? Mewujudkan individu yang bertanggungjawab terhadap dirinya Apakah faedah sesuatu sistem moral itu kalau tidak membawa akibat baik terhadap diri kita sendiri, orang lain dan kedua-duanya? Apa gunanya mengamalkan sistem moral yang begitu rigid sedangkan ia tidak semestinya boleh membawa kebaikan pada masa-masa tertentu?

Sifat ikhlas adalah dasar utama teori ini. Tanpa kerelaan dan keikhlasan sesuatu tindakan tiada nilainya.

Kewajipan Prima Facie Sir William David Ross (1877-1940) bersetuju dengan kant bahawa kemoralan pada asasnya tidak patut berdasarkan akibat tindakan kita tetapi beliau tidak bersetuju dengan kemutlakan teori-teori Kant. Ross percaya bahawa terdapat kewajipan prima facie tertentu yang patut kita sentiasa patuhi kecuali apabila keadaan atau alasan yang serius memerlukan kita buat yang berlainan.

Prima facie = ("at first glance" atau "on the surface of things") Kewajipan prima facie Ross termasuk mengatakan kebenaran, menunaikan janji, mengakui kebaikan yang dilakukan oleh orang lain terhadap kita, mengamalkan keadilan dan tidak mencederakan orang lain, dan lain-lain. Seperti Kant, Ross percaya terdapat peraturan yang patut dipatuhi oleh manusia kerana ini adalah obligasi manusia melakukannya. Eksistensialisme Jean Paul Satre adalah pelopor utama dalam eksistensialisme. Eksistensialisme melemahkan peraturan tradisional dan mutlak yang berfungsi sebagai panduan moral.

Bagi eksistensialisme, kemoralan berasaskan andaian "kebebasan". Menurut Satre, jika individu mematuhi peraturan masyarakat secara buta tuli, dia mempunyai pandangan "mitologi" yang menjejaskan kebebasannya. Mitos ini mesti dihapuskan dari alam kemoralan. Tidak dapat dinafikan bahawa individu tidak dapat membuat apa-apa terhadap hakikat bahawa dia telah lahir, bagaimana dia lahir, dalam abad berapa dia lahir, ibu bapanya dan lain-lain, tetapi dia boleh menentukan bagaimana dia hendak hidup. Individu mesti bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah laku moralnya sendiri. Aspek ini sama dengan pandangan Heideggar yang memperkenalkan konsep "kewujudan sah". Kewujudan ini merujuk kepada individu membuat pilihan dan keputusan moral yang tulen dan tidak membenarkan dirinya dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan orang lain dalam membuat pilihan dan keputusan moral. Apabila individu itu membenarkan orang lain membuat pilihan moral untuk dirnya, dia dianggap berada dalam kewujudan yang tidak sah. Golongan eksistensialisme menitikberatkan kebebasan memilih (freedom of choice) dalam situasi yang mereka berada. Terdapat tiga bentuk kebebasan: Kebebasan jasmani Kebebasan kehendak Kebebasan moral Kebebasan moral bermaksud kebebasan bertindak tanpa amanah, paksaan dan larangan. Mengikut eksistensialisme, seseorang itu merasakan kewajipannya bukan suatu yang dipaksa dari luar, tetapi sesuatu yang dikehendaki olehnya sendiri. Dengan menjauhi semua prinsip dan peraturan moral, individu mesti menggunakan kebebasannya untuk mendapat fakta yang betul berhubung dengan situasi yang dihadapinya, iaitu menilai secar teliti situasi berkenaan, kemudian membuat pilihan dan keputusan moralnya sendiri. Eksistensialisme menekankan pilihan terus daripada sumber asal (first hand choice).