Anda di halaman 1dari 7

BMM 3107 Jawab semua soalan. 1. Huraikan konsep-konsep yang berikut: a.

Linguistik - Kajian berasaskan sains tentang bahasa yang saintifik bagi menghasilkan bahasa yang objektif dan tidak ada pertikaian dalam rumus bahasa itu. - ilmu yg mengkaji dan menganalisis satu2 bahasa secara empirikal(dibuktikan secara saintifik) dan obejktif(tekal). b. Bahasa Bahasa ialah suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang digunakan oleh manusia secara arbitrari untuk menyampaikan fikiran dan perasaan. c. Wacana Unit bahasa yang melebihi batas ayat. Dengan itu, wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, bab, buku, siri buku atau sebagainya yang memperlihatkan kesatuan dan hubungan di antara butir-butir fikiran dan juga perkembangan akaliah yang ada di dalamnya.

2. Huraikan konsep kohesi dan koheren dan tulis satu perenggan karangan yang menggambarkan kohesi dan koheren. - Kohesi (tautan) Kohesi bermaksud bahawa keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan satu unsur linguistik yang lain. Keserasian hubungan ini, lazimnya, melalui hubungan antara satu perkataan, frasa atau ayat dengan perkataan, frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama. Contoh : 1. Pada waktu ini, abang dan kakak tinggal di bandar Kajang. 2. Sekarang, mereka tinggal di sana. Penerangan : Kohesi antara ayat 1 dengan ayat 2 wujud melalui pertalian antara Pada waktu ini dengan Sekarang, abang dan kakak dengan mereka, dan di bandar Kajang dengan di sana. - Koheren (runtutan) Koheren atau runtutan pula merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesuatu wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna. Contoh : Ekonomi Malaysia masih dalam keadaan gawat. Jelaslah, ekonomi kita masih belum betulbetul pulih. Harga komoditi kita

masih rendah. Imbangan dagangan kita masih belum meningkat. Oleh itu, kita mesti menghadapi kenyataan ini dengan realistik. Kita tidak harus berbelanja lebih kerana keadaan ini.

Penerangan : Dalam contoh di atas, kesinambungan idea tentang keadaan ekonomi yang tidak menentu terjalin melalui perkataan dan frasa ekonomi Malaysia dalam ayat 1, belum betul-betul pulih dalam ayat 2, harga komoditi dalam ayat 3, imbangan dagangan dalam ayat 4, dan menghadapi kenyataan ini dalam ayat 5. Kelima-lima ayat dalam perenggan di atas menjadi koheren yang bermakna. 3. Huraikan sumbangan penting tokohtokoh berikut dalam bidang linguistik: a. Edward Sapir - Kaji hbgn bhs dgn pemikiran dr aspek psikologi - Psikologi beri pengkajian bhs dasar yg kuat dlm sains - Tokoh linguistik struktur Amerika - Mula memeriksa hubungan2 antara kajian bahasa dengan antropologi. b. Ferdinand de Saussure - Pengasas Linguistik Moden - Kenalkan linguistik diakronik & linguistik sinkronik - Kenalkan Sintagmatik & paradigmatik

- Bahasa lisan lebih utama dari pada bahasa tulisan. Tulisan hanya merupakan sarana yang mewakili ujaran. - Bahasa merupakan suatu sistem tanda yang bersisi dua, terdiri dari signifiant (penanda) dan signifie (petanda). Keduanya merupakan wujud yang tak terpisahkan, bila salah satu berubah, yang lain juga berubah. - Bahasa merupakan sebuah sistem perhubungan dan mempunyai struktur. c. Noam Chomsky - mencetuskan teori transformasi melalui bukunya Syntactic Structures (1957), yang kemudian disebut classical theory. - mencetuskan teori extended standard theory 4. Huraikan secara ringkas Teori Behavioris dan Teori Mentalis dan impilkasi teori tersebut kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa. - Teori Behavioris (Skinner) Teori ini mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk perlakuan guru, kawankawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. Teori ini berasaskan teori pelaziman klasik, iaitu kanak-kanak mempelajari bahasa menerusi hukuman

dan ganjaran. Contohnya cikgu Zainal menyebut nama serta memberi pujian kepada murid yang memberi jawapan yang betul. Sesuatu ujaran terbentuk kerana adanya rangsangan dan gerak balas dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa, misalnya penggunaan kata bagus, anggukan dan sebagainya. Proses ulangan pula memainkan peranan yang penting dalam pengajaran bahasa. - Teori Mentalis (Chomsky) Teori ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan pelakuan kanak-kanak. Kanak-kanak dikatakan berupaya membuat rumusan, sebab itulah cikgu Zainal mengajar murid-muridnya tentang peraturan pembinaan ayat. Perkembangan bahasa kanakkanak pula adalah mengikut tahap umur mereka. Mereka menguasai kebolehan memahami terlebih dahulu sebelum kebolehan bertutur. Murid cikgu Zainal dapat membina ayat selepas merumuskan apa yang disampaikan oleh cikgu Zainal. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, tulisan dan bacaan diutamakan. Kemahiran menulis lebih penting daripada kemahiran lisan. Pembelajaran bahasa kanak-kanak pula diukur melalui kecekapan dan pencapaian mereka. Penyampaian makna juga lebih diutamakan daripada

struktur bahasa. Selain itu, tatabahasa diajarkan secara formal melalui kaedah deduktif.

5. Apakah yang dimaksudkan dengan semantik? Huraikan konsep peluasan makna dan penyempitan makna dengan merujuk kepada contoh yang sesuai. - Maksud : Bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat dalam bahasa. - Peluasan makna : Perubahan pengalaman dan budaya, konteks dan pengetahuan mempengaruhi makna sesuatu kata. - Contoh 1 : perkataan rawat: Makna umum adalah menjaga dan mengubati orang sakit, tetapi makna baharunya sekarang meliputi merawat sisa kumbahan, pokok (nurseri). - Contoh 2 : perkataan datuk, kini bukan sahaja digunakan untuk merujuk bapa ayah atau ibu seseorang, malah sebagai gelaran kehormat oleh raja bagi orang - orang tertentu kerana jasa jasa mereka. - Penyempitan makna : Seperti peluasan makna, perubahan pengalaman dan budaya, kontes dan pengetahuan boleh menyempitkan makna sesuatu kata sehingga menjadi khusus.

- Contoh : Dalam Bahasa Melayu, kata daging disempitkan makna untuk merujuk kepada daging lembu sahaja tetapi bagi daging lain pula, disebut daging kambing, daging ayam, atau daging arnab. Sedangkan makna dalam kamus adalah isi pada manusia atau binatang antara kulit dan tulang (Kamus Dewan, 1994).

Dialek

6. Huraikan konsep sintagmatik dan paradigmatik dengan mengemukakan contoh yang sesuai. -

Idiolek

7. Apakah yang dimaksudkan dengan variasi bahasa? Huraikan konsep tersebut dengan merujuk kepada contoh yang sesuai. - Kepelbagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. - bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi, iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek sosial.

Dialek kawasan

Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalams esuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ii dikenali sebagai dialek. Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu. merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu. Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan. Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga. Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa,

Kalimantan dan sebagainya. Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahsa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu. Dialek Dikaitkan dari segi sosial penggunaan, iaitu bahasa mungkinberbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akanmenggunakan bahasa-bahasa yang formal. Varisi-variasi ini yangbrkiatand enan dialek sosial, dikatakan sebagai dialek sosial. http://www.tutor.com.my/stpm/varia si_bahasa.htm

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x.

Faktor variasi bahasa: Taraf pendidikan Kedudukan sosial (istana/luar istana) Cara penyampaian (berpidato / bualan di rumah) Sikap penutur Gangguan (gangguan b.ibunda & dielak daerah) Latar belakang keluarga & tmpat tinggal (sosioekonomi) Fungsi sosial perlakuan bahasa (beri arahan, meminta) Hbgn sosial & peribadi (pekerja & majikan) Bhn yg diperkatakan (bhn sains, sastera) Aspek linguistik (tatabahasa & kosa kata)

8. Huraikan sistem panggilan dalam masyarakat Melayu. - Ganti nama diri diri pertama, kedua, dan ketiga- saya, awak, mereka dll. - Kata panggilan sosial- mengikut gender, cik, Encik, Puan, Saudara - Kata panggilan keluarga- alang, along, adik, yop, yong. 9. Apakah yang dimaksudkan dengan Linguistik Sinkronik dan Linguistik Diakronik? - Linguistik sinkronik (huraian) adalah berkenaan dengan bentuk sesuatu bahasa pada masa yang tertentu; - Linguistik sinkronik meneliti bahasa dengan tidak mempersoalkan urutan waktu, iaitu bersifat horizontal.

- linguistik diakronik (sejarah) mengkaji perubahan-perubahan yang berlaku dalam sebuah bahasa atau keluarga bahasa dengan berlalunya masa. - Linguistik diakronik ialah subdisiplin linguistik yang mengkaji perkembangan bahasa dari semasa ke semasa, iaitu kajian yang bersifat vertikal 10. Huraikan konsep-konsep yang berikut: a. Linguistik am - berkenaan dengan rangka-rangka untuk memerihalkan bahasabahasa dan teori-teori individu dari segi aspek-aspek bahasa yang sejagat. - Linguistik teori sering dibahagikan kepada sebilangan bidang yang berasingan untuk dikaji secara tersendiri: i. Fonetik ialah kajian bunyibunyi bahasa manusia. ii. Fonologi atau fonemik ialah kajian pola-pola bunyi asas bagi seseuatu bahasa. iii. Morfologi ialah kajian struktur dalaman bagi perkataan-perkataan. iv. Sintaksis ialah kajian bagaimana perkataanperkataan digabungkan untuk membentuk ayatayat yang bertatabahasa. v. Semantik ialah kajian makna perkataanperkataan semantik leksikal

vi.

vii. viii.

dan bagaimana perkataanperkataan digabungkan untuk membentuk ayatayat yang bermakna. Tipologi linguistik ialah kajian ciri-ciri tatabahasa yang digunakan merentasi semua bahasa manusia. Silistik linguistik ialah kajian gaya dalam bahasa-bahasa. Analisis wacana ialah kajian ayat-ayat yang disusun menjadi teks.

b. Linguistik bandingan - satu pendekatan kepada pengkajian bahasa yang padanya meletakkan persamaan fonologi, tatabahasa isu leksikon antara bahasa-bahasa yang berkaitan atau berbagai-bagai dalam perkembangan sejarahnya bagi sesuatu bahasa yang disenaraikan atau dikelaskan. - satu cabang linguistik sejarah yang berkenaan dengan pembandingan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu. - Kajian yang melihat ciri-ciri persamaan dan perbezaan antara bahasa dari segi bunyi, perkataan, imbuhan, ayat dan makna. - Kajian mengenai ciri tersebut, dapat diketahui bahasa2

melayu, jawa, tagalog, iban, kadazan dan lain-lain bahasa adalah serumpun. - Dapat menemui bukti persamaan dalam bahasa penutur seperti bahasa sanskrit sama dengan bahasa Eropah. c. Sosiolinguistik - Mengkaji bahasa sebagai yang digunakan dalam masyarakat. - Bagaimana masyarakat menggunakan bahasanya dalam konteks yg berlainan. - cabang linguistik yang meninjau bahasa sebagai gejala sosial dan kebudayaan. - bidang yang memperkatakan aspek2 perhubungan antara bahasa dengan masyarakat. - bidang yang memberikan tumpuan kepada bahasa dalam konteks sosial dan masyarakat. Lazimnya, bidang ini berhubung dengan masalah khas seperti minoriti linguistik, dwibahasa dan pembakuan bahasa. - mengkaji perlakuan bahasa dari segi hubungan antara latar, peserta, tajuk perbincangan, fungsi sesuatu interaksi, bentuk perhubungan, dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat

dalam pertuturan terhadap sesama sendiri. d. Psikolinguistik - Ilmu yang menggabungkan DUA disiplin sains - elemen psikologi dan linguistik - Membicarakan hubungan bahasa dengan perilaku dan akal budi manusia - Jamali Ismail ( 1980), membahagikan kajian-kajian ahli-ahli psikolinguistik kepada tiga aspek penting: (a) Pemahaman percakapan mengkaji proses-proses mental yang berlaku apabila seseorang itu mendengar, memahami dan mengingati percakapan yang didengarnya (b) Penghasilan percakapan mengkaji segala proses mental yang berlaku ketika seseorang itu cuba menghasilkan percakapan, iaitu bertutur. (c) Pemerolehan Bahasa mengkaji peringkat-peringkat yang dilalui oleh kanak-kanak dalam proses memperoleh bahasa.