Anda di halaman 1dari 6

Muzik Abad ke-20

Pengenalan Pada tahun 1900 sehingga 1913 telah membawa perkembangan baru dalam bidang sains dan kesenian. Sewaktu era Perang Dunia Pertama, penemuan-penemuan baru telah menukar kepercayaan yang sekian lama dipegang. Sigmund Freud meneroka alam separa sedar manusia dan mengembangkan ilmu yang dinamakan psikoanalisis. Albert Einstein pula mengubah pandangan manusia terhadap alam semesta dengan teori relatifnya. Dalam bidang seni lukis, Pablo Picasso menghasilkan lukisan dan ukiran manusia, objek-objek yang hidup yang menunjukkan beberapa sudut pandangan dalam suatu masa. Wassily Kadinsky pula melukis lukisan abstrak yang tidak lagi menampakkan imej sebaliknya cakaran-cakaran yang sukar untuk difahami.

Muzik juga mengalami revolusi. Era selepas tahun 1900 menyaksikan perubahan ketara bahasa muzik yang tidak pernah berlaku semenjak awal Zaman Baroque. Satu pendekatan baru berlaku terhadap penggunaan nada iaitu pitch, ritma dan penggunaan bunyi-bunyi yang tidak pernah diguna pakai sebelum ini. Sesetengahnya pula melencong terlalu jauh daripada tradisi sehingga tidak dapat diterima oleh pendengar pada waktu itu. Peristiwa besar yang berlaku disebabkan penolakan masyaraakt terhadap pembaharuan tersebut adalah rusuhan sewaktu pementasan balet La Sacre Du Printemps oleh Igor Stravinsky di Paris pada 29 Mei 1913. Penonton-penonton yang tidak menyayangi persembahan tersebut telah mengejek dan membuat bising. Anggota polis telah dipanggil untuk menguraikan pergaduhan yang berlaku antara kumpulan tersebut dengan kumpulan yang ingin persembahan tersebut teruskan. Seorang pengkritik muzik menggangap muzik Stravinsky terlalu sumbang dari permulaan hingga akhir. Seorang pengkritik lain pula menyatakan bahawa gubahan

oleh komposer tersebut tidak bersangkutan langsung dengan muzik seperti yang mereka fahami selama ini.

Pada hari ini, kita berasa hairan dengan kegagalan para pengkritik pada masa itu untuk memahami ciptaan muzik tersebut yang kini dianggap sebagai masterpiece (hasil karya terbaik). Kod-kod, ritma dan bunyi-bunyian perkusi yang kedengaran asing pada masa itu, kini menjadi kelaziman untuk didengar dalam muzik jaz, rock, muzik latar filem dan televisyen. Bagaimanapun, kelantangan pengkritik-pengkritik pada awal tahun 1900 itu menunjukkan perubahan bahasa muzik sedang berlaku. Dari akhir tahun 1600 sehingga 1900, struktur muzik mempunyai cirri-ciri yang dianggap prinsip ataupun hukum am yang tidak boleh dilanggar. Walaupun hasil-hasil kerja Bach, Beethoven dan Brahms mungkin berlainan tetapi mereka masih menghasilkan gubahan-gubahan mereka dalam lingkungan prinsip asas tersebut. Selepas tahun 1900, komposerkomposer tidak lagi mengikut prinsip-prinsip itu dan lebih berminat untuk keluar daripada kebiasaan mereka.

Peranan Muzik dan Pemuzik dalam Masyarakat Pada abad ke-20 menyaksikan satu perubahan mendadak terhadap muzik dan minat terhadapnya. Ruang tamu sesebuah rumah kini menjadi dewan konsert baru melalui rakaman radio dan televisyen. Kemajuan teknologi ini menjadikan muzik dapat dinikmati oleh ramai orang berbandng zaman sebelumnya. Selain itu, pilihan bahan muzik juga lebih luas. Teknologi rakaman bukan sahaja memberikan peluang kepada penggemar mendengar muzik-muzik klasikal yang diketahui umum, bahkan juga muzikmuzik Renaissance, baroque, muzik-muzik tradisional di luar Negara-negara Barat dan muzik pada abad ke-20 yang jarang-jarang dimainkan di konsert-konsert.

Siaran radio yang menyiarkan rakaman dan siaran langsung permainan muzik tersebar luas kepada pendengar sekita tahun 1920-an. Sekitar tahun 1930-an, banyak rangkaianpenyiaran menubuhkan orchestra masing-masing. Antara yang terkenal adalah NBC Symphony orchestra di Amerika Syarikat. Selain orchestra, opera juga disiarkan melalui corong-corong radio dan berjuta-juta manusia dapat menikmatinya. Apabila televisyen dicipta, persembahan muzik bukan sahaja dapat didengar tetapi juga ditonton. Pada tahun 1951, sebuah opera pertama untuk siaran televisyen telah ditayangkan yang bertajuk Amahl And The Night Visitors oleh komposer Amerka berbangsa Itali, Giancarlo Menotti. Selain itu, banyak lagi persembahan orkestra simfoni yang disiarkan. Siaran televisyen telah membawa pelbagai persembahan muzik ke rumah-rumah. Video muzik opera, simfoni dan persembahan solo menjadi semakin popular.

Pada

separuh

pertama

abad

ke-20,

kebanyakan

konsert

dan

opera

mempersembahkan muzik dari zaman-zaman sebelumnya dan bukan muzik semasa. Ini merupakan sesuatu yang baru dalam sejarah muzik. Semasa zaman Mozart misalnya, penonton-penonton dipersembahkan dengan muzik-muzik baru dan

bukannya opera oleh Handel ataupun cantata oleh Bach yang dianggap ketinggalan zaman. Begitu juga pada zaman romantik, konsert-konsert dipenuhi dengan muzikmuzik terkini.

Selepas tahun 1900, pendengar dan pemuzik tidak menggemari gubahan muzik baru yang sumbang serta pembaharuan yang dilakukan oleh composer-komposer seperti Ives, Webern dan Varese. Untuk mengelakkan ketidakselesaan penonton, ramai konduktor memilih untuk tidak memainkan muzik-muzik tersebut, sebaliknya memilih muzik lama. Hasilnya, sesetengah komposer pada abad ke-20 yang inovatif telah diabaikan. Selepas Perang Dunia ke-2, banyak organisasi ditubuhkan untuk mempopularkan gubahan muzik terkini. The International Society Of Contemporary Music adalah yang paling berpengaruh dan mempunyai cawangan di merata Negara. Bermula dari tahun 1950-an, orchestra-orkestra dan opera-opera utama mula mempersembah lebih banyak muzik pada abad ke-20. Kemunculan piring hitam LP (long play) membolehkan penggemar mendengar muzik tersebut berulang-ulang kali sehingga difahami dan terus menikmatinya. Pemuzik-pemuzik pula semakin biasa dengan ritma-ritma moden yang susah dimainkan sebelumnya dan mampu memainkan muzik-muzik tersebut dengan baik.

Kebanyakan daripada gubahan muzik moden ditempah untuk persembahan tarian balet dan opera, badan-badan amal, orchestra, studio filem dan peminat-peminat muzik yang kaya. Perkembangan seni tari moden juga membawa kesan positif terhadap muzik abad ke-20. Begitu juga dengan perkembangan dalam bidang perfileman. Walaupun berfungsi sebagai latar belakang tetapi muzik tetap penting dalam menghiburkan penonton. Walaupun tempahan-tempahan muzik semakin banyak tetapi tidak ramai composer yang mampu hidup mewah dengan menggubah muzik sahaja. Kebanyakan composer moden juga ialah guru muzik, konduktor ataupun pemain muzik. Sekarang terdapat juga dikalangan mereka yang menjadi komposer

residen bagi suatu orkestra. Tugas mereka adalah sebagai penasihat kepada pengarah muzik dan juga mencipta atau mengubah muzik untuk orkestra tersebut. Pada abad ke-20, ramai wanita turut menjadi komposer, pemain muzik virtuoso dan pengajar muzik. Seperti kebanyakan orang, pemuzik juga menerima kesan daripada angin perubahan dalam politik, ekonomi dak pergolakan sosial pada abad ke20. Kemunculan Hitler di Jerman pada tahun 1933 telah membawa impak besar terhadap kehidupan dan kerjaya ramai pemuzik. Seniman-seniman yang progresif, sosialis dan pemuzik-pemuzik Yahudi dibuang kerja malah karya-karya mereka tidak dibenarkan untuk persembahan. Kuasa diktator, pembunuhan beramai-ramai dan berlakunya Perang Dunia ke-2 menyebabkan berlakunya penghijrahan golongangolongan karyawan dan intelektual. Ramai komposer termasuk Stravinsky, Bartok, Schoenberg dan Hildemith telah meninggalkan Eropah untuk berhijrah ke Amerika. Pelarian-pelarian tersebut telah memberikan sumbangan besar terhadap perkembangan muzik di Amerika. Schoenberg dan Hildemith menjadi pensyarah di university-universiti dan membantu kemunculan komposer-komposer terbaik di Amerika.

Muzik Selepas Era 1950-an Selepas Perang Dunia ke-2, teknologi berkembang dengan pesat. Dunia mejadi semakin sempit dengan terciptanya televisyen, komputer dan satelit yang membolehkan maklumat tersebar dengan cepat dan tidak terhad. Aliran baru dalam dunia fesyen dan seni tampak muncul dan menjadi ikutan di merata-rata tempat tetapi kemudiannya terus lenyap. Dalam bidang muzik pula, penekanan lebih diberikan dalam memperkenalkan gaya baru. Inovasi muzik semenjak tahun 1950 tersebar lebih jauh dari sebelumnya. Terdapat pelbagai aliran baru dan gaya muzik yang tidak terhad. Piring hitam, pita rakaman dan cakera padat menjadikan penyebaran idea-idea dan gaya muzik baru ini lebih luas, jauh dan cepat.

Semenjak perkembangan studio rakaman yang menggunakan pita, synthesizer dan komputer pada tahun 1950-an dan 1960-an, para composer mempunyai sumber yang tidak terhad apabila menerbit dan mengawal bunyi muzik yang dikehendaki. Alatalat muzik elektronik membolehkan composer-komposer meluahkan apa-apa sahaja yang diingin tanpa perlu memikirkan kemampuan pemuzik yang terhad. Sesetengah alat muzik berubah reka bentuk dan fungsi. Organ elektronik dan piano elektrik mula mengambil tempat sebagai alat muzik utama, begitu juga dengan synthesizer. Alat-alat tersebut menggunakan kuasa elektrik untuk mengeluarkan bunyi melalui kotak pembesar suara (sound reinforcemet). Sebagai tambahan, alat-alat muzik tradisionaal juga menggunakan mikrofon dan sistem pembesar suara supaya lebih jelas didengar.

Gitar elektrik yang diperkenalkan oleh Les Paul dan Leo Fender pula pada tahun 1940-an dan 1950-an telah mengubah scenario muzik secara mendadak. Kemunculan muzik rock n roll, pop yeh yeh, dan kemudiannya heavy metal menjadi kegilaan generasi muda.

Anda mungkin juga menyukai