Anda di halaman 1dari 3

Meraikan perayaan bukan Islam

Setiap kali menjelang perayaan Deepavali, Chinese New Year atau Christmas menjelang banyaklah jemputan open house. Sudah jadi kebiasaan masyarakat kita kunjung mengunjung sahabat yang berlainan bangsa. Serba salah jadinya. Ada ustaz yang kata semua tak boleh hadiri Ada ustaz yang kata boleh hadiri Chinese N year saja sebab itu acara kebudayaan bukan agama. Dan yang ramainya kata: semua boleh termasuk pak-pak menteri!. Susah juga hendak berikan alasan bila ajakan bertalu-talu. Nak larang kawan-kawan lain pergi..lagi susah. Harap dapat beri penjelasan; Bukan sekadar hukum halal atau haram; tetapi kalau benar-benar ianya haram..apakah cara yang paling berHIKMAH untuk kita terangkan pada mereka. Mungkin mereka yang dari keturunan cina, India, atau convert; boleh beri pandangan. Jawab: Permasalahan ini perlu dilihat dari beberapa aspek: Pertama: Apakah Islam betul-betul berkuasa, terdirinya daulah; tertegaknya hukumhakamnya, ada zimmiyin (warganegara bukan Islam) secara jelas mengikut perlembagaan. Kedua: bagaimana bila ia bukan negara Islam dan umat Islam tidaklah menjadi majoriti yang ketara (seperti Malaysia); Ketiga: Apakah perayaan itu unsur ibadah atau kebudayaan Keempat: apakah maksud turut serta bagi si muslim? Merayakan dengan penuh kegembiraan atau sekadar mera'ikan teman se pejabat (yang musyrik) atau memberi hak jiran. Kelima: Melihat antara hukum asal, fatwa semasa dan maslahat yang boleh merubah sesuatu hukum dengan sekelip mata.. dan ia boleh berubah kepada hukum asal. Inilah lima parameter yang perlu diambil kira sebelum kita membincangkan apakah boleh umat Islam mengunjungi umat lain terutamanya di Malaysia: Tahun baru Cina; Deepavali dan Hari Krismas. Apakah pandangan Islam terhadap bukan Islam? Banyak di antara kita berpegang dengan ayat 28: at Tawbah: Bahawa orang musyrik itu najis... (maksud) Sebenarnya hubungan antara muslim dengan non-muslim ialah di atas dasar ta'aruf (perkenalan); ta'awon (tolong-menolong), birr (kebaikan), dan adil;

Dalil: al Hujurat:13; Mumtahinah: 8 Islam juga menggalakkan kita berhubung di atas dasar musalamah ( perdamaian); mu'asyarah (pergaulan mesra); mu'amalah bil husna (bermasyarakat secara baik); tabadulul maslahah (win-win relationship); dan ta'awon (bekerjasama di atas kebaikan). (Ruj: Sayyid Sabiq: Fiqh Sunnah, Vol2) Bagaimana amalan nabi terhadap bukan Islam? Baginda pernah meminta bantuan militeri terhadap bukan Islam; baginda pernah memberi bukan Islam ghanimah orang bukan Islam ada yang berperang bersama baginda (Safwan Umaiyah dalam perang Hunain. RasuluLlah saw bertukar-tukar hadiah dengan bukan Islam, RasuluLLah saw memenuhi undangan bukan Islam. RasuluLlah saw berkahwin dengan perempuan mereka (kaum Qibti), RasuluLlah saw bangun menghormati jenazah bukan Islam (ruj: Qardhawi: halal dan haram). Daripada sinilah kita perlu melihat kepada apa yang akan kita bincangkan. Pertama: tentang turut serta umat Islam menyambut Krismas. Fatwa MUI (Majlis Ulamak Indonesia yang dipengerusikan oleh Bung Hamka) pada tarikh 7 Mac 1981 telah mengeluarkan fatwa HARAM umat Islam Indonesia merayakan bersama perayaan hari krismas atau natal kerana perayaan itu adalah ibadah dan bercanggah dengan aqeedah umat Islam. Inilah fatwa yang jelas yang boleh kita jadikan sandaran untuk memutuskan sikap umat Islam terhadap perayaanperayaan umat bukan Islam. Yang jelas haram menurut Prof Hamka dan Majlis Ulamak Indonesia Dialah kita turut serta merayakan perayaan sambutan yang ada unsur ibadah dan akidah secara redha dan bertambah haramlah jika kita menyambutnya di tempat yang dianggap rumah peribadatannya. Jadi apa jua perayaan yang ada unsur kebudayaan seperti Tahun baru Cina dan Deepavali (pesta Cahaya) tidak termasuk dalam pengharaman ini. Kedua: kedudukan hukum berubah bila melibatkan pemimpin negara; ada unsur kejiranan, teman sepejabat yang mengadakan rumah terbuka; Fitnah akan timbul jika pemimpin Islam tidak menjengok muka ke rumah terbuka kaum bukan Islam; atau si muslim yang tidak mengunjungi jirannya sempena hari perayaannya; Ini semua perlu diambil kira apabila ia masuk bab maslahat dan menolak mudharat. Syarat mengunjungi perayaan rumah terbuka ini ialah kita kena menjaga hati supaya tidak redha dengan kekufuran agama mereka. Jadi hukum umat Islam mengunjungi perayaan tidaklah sama utk semua orang dan untuk semua perayaan; ia berubah mengikut jenis perayaan itu.. Secara ringkas: Hari Krismas; haram menyambutnya bersama dengan orang Kristian dengan penyelewengan aqeedah mereka; namun untuk mengunjungi jiran atau teman sepejabat yang beragama kristian adalah harus demi maslahat dakwah dan menolak mudharat fitnah kita tidak meraikan perpaduan nasional. Termasuk dalam kategori ini

ialah kita menghadiri sambutan keagamaan di kuil-kuil, sambutan perarakan membawa kavadi dan sebagainya. Hari Tahun baru Cina adalah hari sambutan kebudayaan sesuatu bangsa. Ia harus. Cuma menghadiri pesta-pesta mereka yang besar yang ada tarian dan arak yang tidak baik dari pandangan Islam. Perayaan-perayaan lain; dilihat juga dari sudut keagamaan atau kebudayaan; kemudian dipadankan dengan maslahat dan menolak mudarat fitnah di mana kita boleh dituduh anti perpaduan dan toleransi. TH