Anda di halaman 1dari 15

BAB 3

PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

BAB 3

PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN


Bab 1 : Pengenalan kepada Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan Bab 2 : Rekreasi dan Kesenggangan Bab 3 : Perancangan Organisasi dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan Bab 4 : Agensi-agensi Sukan Nasional dan Antarabangsa Bab 5 : Proses Pengurusan dalam Pendidikan Jasmani Bab 6 : Pengelolaan Pertandingan Sukan Bab 7 : Undang-undang dan Peraturan Pertandingan Bab 8 : Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Sukan Mini Bab 9 : Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Permainan Tradisional Bab 10 : Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Sukan Ragam

HASIL PEMBELAJARAN: Setelah mengikuti bab ini, anda akan dapat: Memahami konsep asas perancangan struktur organisasi dalam pengurusan pendidikan jasmani dan sukan Menghuraikan organisasi kepentingan

Menjelaskan bagaimana prinsip asas dalam pengorganisasian dapat dipraktikkan Mengenal pasti kelebihan dan kelemahan dalam struktur organisasi Mencirikan organisasi

RINGKASAN BAB

3.0

PENGENALAN

3.0 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5

Pengenalan Konsep Organisasi Definisi Organisasi Matlamat Organisasi Ciri-ciri Sebuah Organisasi Struktur Organisasi

Pengorganisasian adalah merupakan salah satu aktiviti penting dalam pengurusan. Organisasi bermaksud satu sistem atau kaedah yang tersusun dan memiliki tatacara peraturan yang telah diwujudkan. Pengorganisasian ini adalah aktiviti pengurusan yang mengkordinasikan kegiatan manusia di dalam organisasi dengan sumber yang dimiliki oleh organisasi. Ianya kemudian digabungjalinkan melalui kepimpinan dan aktiviti pengurusan yang berkesan dan mantap. Proses pengurusan seperti ini merupakan sumbangan organisasi kepada masyarakat dan juga individu untuk memenuhi kehendak mereka yang berbagai.

3.6. Kepentingan Reka Bentuk Organisasi dan Struktur 3.7 3.8 Kesan Reka Bentuk dan Struktur Organisasi yang Lemah Bagaimana untuk Memahami Sebuah Organisasi Pendidikan Jasmani dan Sukan Rumusan

3.9

OUM

41

PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

BAB 3

3.1

KONSEP ORGANISASI

Untuk memudahkan anda memahami dengan lebih dekat lagi apa yang dimaksudkan dengan organisasi berikut adalah beberapa fakta penting mengenai konsep organisasi: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) Konsep organisasi bermaksud gagasan, ciri, sifat sesebuah badan. Penubuhan sesebuah organisasi adalah berasaskan falsafah, matlamat atau objektif tertentu yang disulami dengan peraturan. Ia merangkumi dasar asas dengan nilai yang tertentu, kefahaman atau kepercayaan, undang-undang atau peraturan, panduan pengurusan dan sebagainya. Peraturan dan tatacara menjadi pedoman untuk mengawal perjalanan organisasi. Apabila disebut organisasi, ia membayangkan satu gagasan yang tersusun dengan rangkaian-rangkaian tertentu baik dari segi dalaman ataupun perhubungan luar. Memiliki struktur organisasi dan struktur kepimpinannya yang tersendiri. Struktur ini menerangkan aliran kepimpinan dan pertalian antara satu jawatan dengan yang lain. Dalam sebuah organisasi wujud lapisan kepimpinan yang melibatkan pemimpin, pengurusan dan anggota biasa. Pemimpin membuat dasar kepimpinannya serta menggariskan hala tuju organisasi. Perancangan dibuat dengan mengatur program untuk melaksanakan dasar tersebut. Pengurusan membuat interpretasi dasar serta melaksanakan perancangan yang telah diputuskan. Ia mengatur program dan aktiviti untuk memenuhi matlamat tersebut. Anggota biasa dari masa ke semasa dilantik dalam pelbagai bidang pengurusan untuk membantu perlaksanaan aktiviti organisasi. Organisasi boleh diibaratkan seperti tubuh manusia:
Otak = Minda Mata/Telinga = Deria Merancang Sumber Maklumat/Analisis Nilai/Pertimbangan Pelaksana Pimpinan Pengurusan Peraturan/ Perlembagaan Kakitangan

(j) (k)

Hati Anggota

Semak Kendiri 3.1


1. Bincangkan apakah konsep-konsep utama yang ada dalam organisasi. 2. Pilih satu organisasi sukan, melalui perbincangan cuba kenal pasti kewujudan kesemua konsep ini dalam organisasi tersebut.

42

OUM

BAB 3

PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

3.2

DEFINISI ORGANISASI

Organisasi merupakan satu sistem yang wujud dan memiliki perkaitan antara sumber yang ada dan juga persekitaran yang setiap satunya saling memiliki pertalian di antara satu sama lain. Berikut adalah beberapa definisi mengenai organisasi: (a) Organisasi adalah merupakan agen penyelarasan yang dapat menyesuaikan pelbagai aktiviti manusia untuk diselaraskan bagi mencapai satu tujuan dan matlamat organisasi melalui pembahagian buruh, fungsi dan juga melalui hierarki berautoriti dan tanggungjawab. Organisasi adalah merupakan satu sistem aktiviti atau kuasa personal yang diselaraskan secara disedari dan mudah. Organisasi adalah merupakan satu entiti kumpulan manusia yang bekerja bersama dan diketuai oleh seorang ketua atau pemimpin bagi mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan. Organisasi adalah satu unit sosial yang sengaja dibentuk dan dibentuk semula untuk sesuatu matlamat.

(b) (c)

(d)

3.3

MATLAMAT ORGANISASI

Organisasi kini bukan hanya memiliki satu matlamat tetapi ada yang memiliki lebih dari satu. Pencapaian sesebuah organisasi yang hanya memiliki satu matlamat sahaja agak mudah dicapai dan ianya mudah diukur sama ada akan berakhir dengan pencapaian cemerlang ataupun sebaliknya. Bagi organisasi yang memiliki lebih daripada satu matlamat, senarionya agak berbeza di mana ianya agak sukar untuk diukur pencapaian organisasi tersebut kerana masih ada matlamat yang masih belum dipenuhi. Matlamat bagi sesebuah organisasi adalah suatu usaha yang perlu dicapai oleh organisasi. Melalui matlamat yang telah ditetapkan kesemua aktiviti pengurusan organisasi akan tertumpu pada sumber yang sedia ada dan usaha-usaha yang terdapat dalam sebuah organisasi. Dengan kata lain sesuatu matlamat itu boleh diibaratkan sebagai destinasi atau cita-cita sesebuah organisasi berdasarkan falsafah kewujudannya. Sebagai contoh, organisasi sukan di Malaysia ditubuhkan khusus untuk mengembangkan pelbagai disiplin sukan dan berperanan penting untuk memajukan sukan itu ke tahap yang diinginkan berdasarkan matlamat yang ingin dicapai. Dalam pada itu matlamat organisasi juga memiliki beberapa matlamat tambahan. Bagi organisasi sukan matlamat utama ialah untuk mendapatkan mengembangkan disiplin sukan hingga ke akar umbi, tetapi matlamat tambahan yang dimaksudkan ialah seperti berjaya menghasilkan atlet yang bertaraf antarabangsa. Contoh matlamat tambahan yang lain seperti meningkatkan imej organisasi, meningkatkan kecekapan pengurusan dan sebagainya. Matlamat bagi sesebuah organisasi amat penting kerana: (a) (b) Mampu menjadikan kewujudan organisasi tersebut sah dan tidak menyalahi undang-undang. Matlamat akan bertindak sebagai satu aktiviti atau tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh organisasi.

OUM

43

PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

BAB 3

(c) (d)

Matlamat organisasi bertindak sebagai satu titik permulaan bagi semua kegiatan organisasi. Matlamat juga bertindak sebagai satu desakan atau paksaan yang mesti dilakukan oleh sesebuah organisasi.

Semak Kendiri 3.2


1. Berdasarkan definisi yang telah anda baca mengenai organisasi bincangkan perkaitannya dalam konsep organisasi yang sebenar. 2. Apakah kepentingan dalam menetapkan matlamat bagi sesebuah organisasi?

3.4

CIRI-CIRI SEBUAH ORGANISASI

Berikut adalah ciri-ciri yang ada kepada sebuah organisasi: (a) Organisasi Mempunyai Tujuan yang Jelas Organisasi dibentuk berdasarkan tujuan yang ingin dicapai. Misalnya bagi setiap organisasi sukan utama di Malaysia setiap satunya memiliki tujuan penubuhan yang berfungsi untuk menaungi setiap jenis disiplin sukan di samping tugas utamanya mengembangkan jenis permainan tersebut hingga ke peringkat antarabangsa. Autoriti Berhierarki Ini merupakan tahap kuasa yang bermula dari tahap tertinggi dan membawa kepada tahap yang paling rendah dalam sesebuah organisasi. Prinsip ini diamalkan untuk menghubungkan semua peringkat pekerja dalam organisasi dan mewujudkan keselarasan dalam setiap pengurusan kerja dapat dilakukan dengan berkesan.
PENGERUSI BERSAMA (Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia)

(b)

SETIAUSAHA AGUNG Pengarah Bahagian Sukan (KPM)

BENDAHARI Setiausaha Bahagian Sukan (KPM)

AHLI JAWATANKUASA Dua Orang ketua Jabatan di KPM Tiga wakil Jawatankuasa MSS Negeri Seorang Ahli Kementerian Belia dan Sukan Seorang Ahli Majlis Sukan Negara Seorang Ahli Majlis Olimpik Malaysia

Rajah 3.1: Contoh autoriti yang formal (Lembaga Pengurusan MSSM)

44

OUM

BAB 3

PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

(c)

Pemusatan Perintah Seseorang individu dalam sesebuah organisasi hanya akan menerima perintah serta arahan daripada seorang pihak atasan saja. Delegasi Tugasan Seorang pemimpin mempunyai kemampuan yang terbatas dalam menjalankan tugasnya dalam organisasi, maka dalam keadaan ini ia perlu dilaksanakan delegasi tugasan kepada orang bawahannya. Dalam delegasi kerja kuasa yang diberikan meliputi aktiviti seperti membuat keputusan, hubungan luar dan mengambil sebarang tindakan perlu berlandaskan tatacara organisasi tanpa perlu merujuk orang atasan setiap masa.

(d)

(e)

Kepertanggungjawaban Dalam menjalankan tugasnya setiap pegawai harus bertanggungjawab sepenuhnya kepada pihak atasan. Pembahagian Tugas Dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan sesebuah organisasi tidak akan sepi dari melakukan pelbagai aktiviti pengurusan. Untuk memastikan setiap aktiviti pengurusan itu dijalankan sebaik mungkin oleh setiap anggota kerja maka satu pembahagian tugas dilaksanakan. Pelaksanaan ini dibuat berdasarkan kemampuan dan jawatan setiap anggota. Deskripsi dan bidang tugas yang jelas akan memudahkan urusan tugasan dan rasa tanggungjawab kepada setiap tugasan yang diberikan.

(f)

(g)

Span of Management Ini bermaksud jumlah kakitangan yang harus dikendalikan oleh seseorang ketua perlu diatur dengan sempurna. Jumlah aturan kakitangan ini perlu disesuaikan dengan bentuk dan jenis organisasi, semakin besar organisasi dengan jumlah kakitangan dan pegawai yang ramai maka semakin rumit aturan tersebut. Ada dua jenis aturan iaitu Flat structure dan Tall Structure seperti dalam rajah di bawah.

Rajah 3.2: Contoh span of management

OUM

45

PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

BAB 3

(h)

Pemisahan Tanggungjawab Setiap tanggungjawab dan beban tugas seseorang kakitangan tidak dapat dipindahkan tanggungjawabnya kepada orang lain sewenang-wenangnya. Ini berdasarkan pengkhususan dan tanggungjawab dari seorang kakitangan dan kakitangan lain adalah berbeza mengikut bidang tugas. Keseimbangan Keseimbangan antara struktur organisasi yang efektif dengan tujuan organisasi. Dalam perkara ini, penyusunan struktur organisasi harus di sesuai dengan matlamat sesebuah organisasi. Matlamat sesebuah organisasi akan diwujudkan melalui aktiviti yang akan dilakukan. Organisasi sukan peringkat daerah misalnya, aktiviti sukan yang dianjurkan juga akan lebih sederhana dan bersesuaian dengan fungsinya berbanding organisasi sukan peringkat negeri ataupun kebangsaan.

(i)

(j)

Fleksibiliti Organisasi harus senantiasa melakukan pertumbuhan dan perkembangan sesuai dengan dinamakan organisasi sendiri (internal factor) dan dengan kewujudan pengaruh di luar organisasi (external factor), sehingga organisasi mampu menjalankan fungsinya dalam mencapai tujuan yang ingin dicapai. Kepemimpinan Organisasi amat memerlukan kepemimpinan yang baik dan berkesan, atau dengan kata lain organisasi mampu menjalankan aktiviti pengurusan kerana adanya proses kepemimpinan yang digerakkan oleh pemimpin dalam organisasi tersebut.

(k)

Semak Kendiri 3.3


1. Senaraikan apakah ciri-ciri utama yang ada dalam sesebuah organisasi. 2. Melalui pengalaman dan pengetahuan anda mengenai organisasi tidak kira besar atau sederhana cuba fikirkan kewujudan kesemua ciri-ciri ini dalam sesebuah organisasi

3.5

STRUKTUR ORGANISASI

Secara tradisionalnya sebuah organisasi yang formal boleh digambarkan sebagai satu kumpulan manusia yang bekerjasama untuk mencapai sesuatu objektif yang dikehendaki berdasarkan autoriti hariki yang jelas. Bagi mencapai matlamat yang diinginkan mewujudkan satu struktur organisasi yang baik dan berkesan adalah perlu. Berikut adalah beberapa contoh struktur organisasi yang sering diguna pakai:

46

OUM

BAB 3

PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

(a)

Struktur Fungsian (Functional Departmentation)

Rajah 3.3: Struktur fungsian

Struktur jenis ini merupakan struktur yang paling asas. Perkataan fungsian itu sendiri melambangkan satu aktiviti utama yang fokus. Kakitangan yang memiliki kemahiran yang sama disatukan di bawah satu jabatan. Ianya diketuai oleh seorang ketua yang mewakili setiap jabatan dan beliau akan bertanggungjawab memastikan kesemua matlamat jabatannya tercapai. Kebanyakan organisasi sukan yang sederhana distrukturkan secara fungsian.

Rajah 3.4: Contoh carta organisasi Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri

Kelebihan struktur jenis ini: (i) (ii) (iii) (iv) Kakitangan akan lebih mahir kerana sering melakukan tugasan yang sama Tugasan seorang ketua akan lebih menjurus (narrow) dan kecil skopnya serta terhad kepada tanggungjawab di jabatannya sahaja Pengagihan dan koordinasi kerja mudah dijalankan Pencapaian satu matlamat yang ingin dicapai melalui struktur ini lebih mudah untuk diukur.

OUM

47

PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

BAB 3

(b)

Struktur Pelbagai Bahagian (Multidivisional) Struktur ini digunakan oleh organisasi utama yang memiliki tanggungjawab yang pelbagai sebagai contoh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang membahagikan tugasan penting melalui struktur ini. Dalam struktur jenis ini setiap bahagian adalah terasing antara satu sama lain dan setiapnya memiliki fungsian sokongan masing-masing.

Rajah 3.5: Struktur organisasi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) Sumber: Laman web rasmi KBS

48

OUM

BAB 3

PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Kelebihan struktur jenis ini: (i) (ii) (iii) Meningkatkan keberkesanan organisasi Meningkat kawalan Mudah untuk mengukur pencapaian bagi setiap bahagian

Kekurangan struktur jenis ini: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (c) Ada kalanya sukar untuk menguruskan perhubungan korporat atau antara bahagian Masalah Koordinasi antara bahagian Birokrasi Masalah Komunikasi

Struktur Mengikut Geografi Struktur jenis ini pula diwujudkan berdasarkan lokasi operasinya yang luas misalnya di serata dunia. Struktur jenis ini boleh diubahsuaikan serta mampu mengimbangi kemampuan utamanya dengan keperluan ahli di wilayah yang terlibat.

OUM

49

PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

BAB 3

Rajah 3.6: Struktur organisasi Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) Sumber: Laman web rasmi FIH

Struktur jenis ini membenarkan setiap wilayah memusatkan fungsiannya ke ibu pejabat FIH dan mendelegasikan tugas yang lain berdasarkan keperluan mengikut wilayah. Setiap wilayah yang ada akan membentuk struktur organisasinya yang tersendiri mengikut keperluan wilayah tempatnya beroperasi.

50

OUM

BAB 3

PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Semak Kendiri 3.4


1. Bincangkan perbezaan yang terdapat kepada ketiga-tiga jenis struktur organisasi yang telah anda baca. 2. Melalui perbincangan dapatkan beberapa contoh struktur organisasi sukan, banding dan kenal pasti bagaimana penstrukturan tersebut dibuat.

3.6

KEPENTINGAN REKA BENTUK ORGANISASI DAN STRUKTUR

Terdapat pelbagai sebab mengapa reka bentuk dan struktur organisasi merupakan tugas yang penting kepada para pengurus. Antara kepentingan reka bentuk dan struktur organisasi adalah: (a) Berdaya Saing Reka bentuk dan struktur organisasi yang baik mampu mewujudkan kelebihan dalam aspek berdaya saing. Bagi sesebuah organisasi sukan kemampuan berdaya saing ini timbul dari kecekapan mengurus, pemilikan kemahiran dan kemampuannya membentuk nilai-nilai ke arah mencapai matlamatnya. Kebolehan dalam pelbagai aspek seperti kejurulatihan, pembangunan dan lain-lain membolehkan organisasi sukan ini dipandang sebagai sebuah organisasi yang mampu melangkau jauh dan tidak lesu dalam dunia sukan.. (b) Meningkatkan Kebolehan Organisasi Mengurus Kepelbagaian (Diversity) Kepelbagaian dalam organisasi ini adalah merujuk kepada kewujudan perbezaan yang wujud dalam organisasi. Antara perbezaan tersebut adalah terdiri daripada aspek anggota kerja dari aspek jantina, latar belakang pendidikan dan sebagainya. Kepelbagaian banyak mempengaruhi dalam proses membuat keputusan dan keberkesanan pengurusan organisasi. Melalui pembangunan reka bentuk organisasi yang mengutamakan kesesuaian dan mengambil kira faktor kepelbagaian ini akan membantu meningkatkan kualiti dalam proses membuat keputusan. Rentetan dari itu ianya secara tidak langsung akan membantu mempertingkatkan kemampuan pengurusan yang telah mengambil kira semua faktor perbezaan yang ada ketika membuat keputusan. (c) Meningkatkan Kebolehan Organisasi yang Lebih Kreatif dan Berinovasi Reka bentuk organisasi juga mampu memainkan peranan yang penting dalam mencipta inovasi. Reka bentuk organisasi yang bersesuaian dapat membantu organisasi meningkatkan kebolehannya menjadi lebih inovatif. Sebagai contoh, cara struktur organisasi menghubungkan individu dalam bidang dan kemahiran yang berbeza, seperti penyelidikan, pembangunan dan kejurulatihan akan menentukan seberapa cepat organisasi boleh mencapai matlamatnya.

OUM

51

PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

BAB 3

(d)

Memberi Organisasi Peluang Mengawal dan Menyesuaikan Organisasi dalam Persekitarannya Reka bentuk organisasi juga mampu menentukan bagaimana berkesannya organisasi mengawal dan menyesuaikan organisasinya terhadap pelbagai faktor dalam persekitarannya dan mendapatkan sumber yang terhad. Sebagai contoh, kebolehan dan kemampuan organisasi sukan untuk mendapatkan jurulatih atau pemain yang berkualiti dan berkebolehan adalah satu kesan daripada reka bentuk dan struktur organisasi yang baik.

(e)

Memberi Peluang kepada Organisasi untuk Menyelaras dan Memotivasikan Anggota Kerja dengan Lebih Baik Reka bentuk bagi sesebuah organisasi secara am melibatkan pelbagai usaha dalam menemukan kaedah yang terbaik dan berterusan dalam menyelaras dan memotivasikan pekerja. Berdasarkan struktur organisasi yang berbeza ianya akan turut sama mencorakkan gelagat anggota kerja yang berbeza. Usaha-usaha yang tidak membeza-bezakan dan telus dalam setiap aspek aktiviti pengurusan organisasi termasuk penilaian terhadap anggota kerja akan mewujudkan suasana organisasi yang kondusif kepada pekerja. Elakkan pengamalan nepotisma dan kronisma dalam semua urusan. Reka bentuk dan amalan yang baik dalam sesebuah organisasi akan menghalang perkara nepotisma dan kronisma daripada berlaku. Anggota kerja dalam organisasi juga akan dapat menjangka masa hadapan mereka dengan lebih jelas melalui struktur organisasi yang telah dibentuk.

(f)

Membantu Organisasi Membangunkan dan Melaksanakan Strategi Bagi menentukan kejayaan bagi sesebuah organisasi apa yang menjadi kayu ukur kepada kejayaan dalam setiap pelaksanaan strategi organisasi ialah berdasarkan reka bentuk dan struktur organisasi yang baik dan berkesan. Melalui struktur organisasi. ianya berperanan menjelaskan peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap individu atau kumpulan di dalam organisasi dalam usaha mereka mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

3.7

KESAN REKA BENTUK DAN STRUKTUR ORGANISASI YANG LEMAH

Kegagalan yang dilakukan oleh pihak pengurusan dalam mengenal pasti dan memahami kesan reka bentuk organisasi akan memudaratkan prestasi sesebuah organisasi. Antara kesan yang dihadapi adalah: (a) Berlakunya kepincangan akibat dari kelemahan dalam organisasi dan ini membawa kepada kemelesetan dalam perkembangan, pembangunan dan prestasi secara keseluruhan. Sebagi contoh jurulatih yang baik ataupun pemain yang berbakat serta berkebolehan mengambil keputusan untuk berhijrah ke pasukan atau organisasi lain dan seterusnya menyertai pesaing yang lebih mantap serta sedang meningkat. Berlakunya kesukaran untuk memperoleh sumber yang akhirnya menyebabkan keseluruhan proses penambahan nilai menjadi lembap. Berlakunya konflik dalaman di antara ahli organisasi yang akhirnya menyebabkan imej organisasi yang terjejas dan menyukarkan aktiviti pengurusan dalam organisasi.

(b) (c)

52

OUM

BAB 3

PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

3.8

BAGAIMANA UNTUK MEMAHAMI SEBUAH ORGANISASI PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Menurut Daft (1989) dan Robbins (1990) sesebuah organisasi sukan itu adalah ibarat sebuah institusi sosial yang terlibat dalam industri sukan ianya mengarah kepada matlamat yang ingin dicapai. Ianya memiliki struktur organisasi yang tersusun dan terarah bagi mencapai matlamat yang diinginkan. Berikut adalah beberapa elemen utama yang wujud dalam sebuah organisasi sukan dan yang berkaitan: (a) Sebuah Institusi Sosial Kesemua organisasi sukan adalah terdiri daripada sekumpulan manusia yang berinteraksi antara satu sama lain dan setiap anggotanya memainkan peranannya yang tersendiri dalam pelbagai program dan aktiviti dalam organisasi tersebut Penglibatan dalam Secara Terus dalam Industri Sukan Apa yang membezakan sebuah organisasi sukan dan organisasi yang lain seperti bank, kilang, perniagaan dan lain-lain ialah,penglibatannya secara terus (direct) dalam sukan antaranya seperti pengendalian latihan, penganjuran kejohanan dan sebagainya. Kita juga tidak menidakkan penglibatan organisasi lain seperti bank dan perniagaan dalam sukan, penglibatan mereka bukan secara terus (indirect) sebagai contoh terlibat dalam memberikan penajaan dan sebagainya. (c) Mempunyai Matlamat yang Ingin Dicapai Semua organisasi sukan wujud berdasarkan matlamat yang ada. Antara contoh matlamat yang sering digariskan oleh organisasi sukan banyak berkisar seperti membangunkan aktiviti sukan dari pelbagai aspek seperti kejurulatihan, bakat ataupun melahirkan atlet yang bertaraf antarabangsa. Matlamat yang digariskan oleh kebanyakan organisasi sukan ini sebenarnya agak sukar untuk dicapai kerana beberapa halangan tertentu yang membataskan pencapaian prestasi. Mencapai matlamat yang dimaksudkan ini bukan hanya terletak kepada individu sahaja tetapi ianya adalah usaha yang diwujudkan secara kolektif. (d) Mempunyai Struktur Organisasi dan Sistem Tersendiri Setiap organisasi sukan memiliki struktur organisasi dan sistemnya yang tersendiri. Organisasinya bukan dibentuk secara sambil lewa tetapi ianya merupakan usaha yang digembleng untuk memajukan sesuatu disiplin sukan atas dasar untuk memajukan sukan itu sendiri. Setiap fungsi utama organisasi sukan ini dipecahkan mengikut kepentingan utama dalam organisasi seperti mewujudkan bahagian-bahagian tertentu bagi menggerakkan aktiviti pengurusan dalam organisasi

(b)

OUM

53

PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

BAB 3

RUMUSAN
Konsep organisasi bermaksud gagasan, ciri, sifat sesebuah badan Penubuhan sesebuah organisasi adalah berasaskan falsafah, matlamat atau objektif tertentu yang disulami dengan peraturan Organisasi adalah merupakan agen penyelarasan yang dapat menyesuaikan pelbagai aktiviti manusia untuk diselaraskan bagi mencapai satu tujuan dan matlamat organisasi melalui pembahagian buruh, fungsi dan juga melalui hierarki berautoriti dan tanggungjawab. Matlamat bagi sesebuah organisasi adalah suatu usaha yang perlu dicapai oleh organisasi. Melalui matlamat yang telah ditetapkan kesemua aktiviti pengurusan organisasi akan tertumpu pada sumber yang sedia ada dan usaha-usaha yang terdapat dalam sebuah organisasi Ada sebelas ciri-ciri dalam sebuah organisasi antaranya ialah organisasi mempunyai tujuan yang jelas, autoriti berhierarki, pemusatan perintah, delegasi tugasan, ke pertanggungjawaban, pembahagian tugas, span of management, pemisahan tanggungjawab, keseimbangan, fleksibiliti, dan kepemimpinan. Terdapat tiga jenis struktur organisasi utama yang dibincangkan iaitu struktur fungsian, Struktur pelbagai bahagian (Multidivisional) dan struktur mengikut geografi. Terdapat pelbagai sebab mengapa reka bentuk dan struktur organisasi merupakan tugas yang penting antaranya adalah kerana kemampuan dari segi daya saing, meningkatkan kebolehan organisasi mengurus kepelbagaian (diversity), meningkatkan kebolehan organisasi yang lebih kreatif dan berinovasi, memberi organisasi peluang mengawal dan menyesuaikan organisasi dalam persekitarannya, mengizinkan organisasi menyelaras dan memotivasikan anggota kerjanya dengan lebih baik dan membantu organisasi membangunkan dan melaksanakan strateginya. Kesan akibat dari kelemahan reka bentuk dan struktur organisasi akan menyebabkan kepincangan akibat dari kelemahan dalam organisasi dan ini membawa kepada kemelesetan dalam perkembangan, pembangunan dan prestasi secara keseluruhan, kesukaran untuk memperoleh sumber yang akhirnya menyebabkan keseluruhan proses penambahan nilai menjadi lembap dan berlakunya konflik dalaman di antara ahli organisasi yang akhirnya menyebabkan imej organisasi yang terjejas dan menyukarkan aktiviti pengurusan dalam organisasi. Bagi memudahkan untuk memahami sesebuah organisasi sukan beberapa elemen mengenainya perlu diketahui antaranya seperti sifatnya sebagai Sebuah Institusi sosial, terlibat secara terus dalam industri sukan, mempunyai matlamat yang ingin dicapai dan ianya distrukturkan serta memiliki sistem pengurusan tersendiri

54

OUM

BAB 3

PERANCANGAN ORGANISASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

RUJUKAN
Darly Siedentop. (2001). Introduction to Physical Education, Fitness and Sports. McGraw Hill. New York Charles A. Bucher. (2002). Management of Physical Education and Sports. McGraw Hill. New York Covell et. al. (2003) Managing Sports Organisation: Responsibility for Performance. Thomsom South Western. Canada Trevor Slack. (1997). Understanding Organization: Application of Organization Theory. Human Kinetic. USA Richard F. Mull et. al. (1997). Recreational Sports Management. Human Kinetics. USA John R. Olson. (1997). Facility and Equipment Management for Sports Directors. Human Kinetics. Illinios Ruben Acosta Hernandez. (2002). Managing Sports Organization. Human Kinetics. USA Judith E. Rink. (2002). Teaching Physical education for Learning. McGraw Hill. New York

OUM

55