Anda di halaman 1dari 33

PROFILE

Program Pendidikan Khas Intergrasi

SK Seri Sentosa

PENGENALAN
Dalam sistem pendidikan di Negara kita terdapat segolongan kanakkanak yang tidak mampu mengikuti sistem KBSR sepenuhnya. Mereka ini dikenali sebagai murid-murid dengan keeperluan khas atau insan istimewa. Mereka memerlukan kepada suatu program Pendidikan Khas. Kanak-kanak berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang mengalami :_ a. Kerencatan Akal (Lembab) . Contohnya Sindrom Down b. Masalah Pendengaran c. Masalah Penglihatan d. Masalah Fizikal. Contohnya kerencatan otak (CP) e. Lain-lain termasuklah i. Terlalu aktif (Hiperaktif)

ii. Autisma iii. Epilepsi (sawan)

Program Pendidikan Khas ertinya:a. Suatu program yang disediakan disekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan dan kecacatan pendengaran. b. Suatu program percantuman disekolah biasa bagi muridmurid yang mempunyai kecacatan penglihatan, kecacatan pendengaran atau mempunyai masalah pembelajaran. c. Suatu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan b e r keperluan khas yang boleh mereka belajar di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid- murid baisa.

Mereka yang layak mengikuti program pendidikan khas adalah:1. Murid-murid berkeperluan khas yang boleh dididik kecuali Murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa. Murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau sangat cacat anggotanya atau terencat akal yang berat. 2. Seseorang murid berkeperluan khas yang mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai dari Kementerian Pendidikan dan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti Program Pendidikan Kebangsaan.

Pendidikan merupakan hak asasi bagi setiap individu dan menepati tuntutan agama serta kemanusiaan. Justeru golongan insan istimewa ini bukan sahaja berhak mendapat peluang pendidikan yang sama, sesuai relevan dan berkualiti, sama seperti kanak-kanak normal bahkan mereka berhak menikmati kejayaan dan masa depan yang cerah serta terjamin setidak -tidaknya mereka berjaya menguasai kemahiran untuk mengurus diri mereka sendiri tanpa bantuan orang lain.

Sebagai Pengurus atau Pendidik yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsungdengan golongan insan istimewa ini, para guru perlu mempunyai pengetahuan yang lengkap dan tepat agar dapat membantu membina sikap yang positif terhadap diri dan keperluan mereka. Situasi persekitaran kelas yang sesuai dan iklim yang memberangsangkan mungkin boleh merangsang perubahan mental dan tingkahlaku setiap individu berkeperluan khas ini.

Justeru untuk menjayakan hasrat murni bagi memartabatkan insan istimewa dalam kehidupan bermasyarakat, berekonomi dan bernegara, semua pihak perlu menjadikannya sebagai agenda terpenting, agenda utama dan agenda bersama. Semoga dengan niat yang luhur, tekad yang kental dan usaha yang padu serta jitu mudah-mudahan kita dapat membina insan istimewa diseluruh pelosok negara kita. Insyallah.

Sekian. GURU INOVATIF MENJANA PEMIKIRAN KREATIF.

(NOR SHAHIDA BINTI AHMAD) PenPenyelaras Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran, SK. Seri Sentosa.

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS


PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA YANG BERTERUSAN UNTUK MELAHIRKAN INSAN YANG BERKEMAHIRAN, BERHALUAN, BERKEUPAYA, BERIMAN, BERDIKARI, MAMPU MERANCANG DAN MENGURUSKAN KEHIDUPAN SERTA MENYEDARI POTENSI DIRI SENDIRI SEBAGAI SEORANG INDIVIDU DAN AHLI MASYARAKAT YANG SEIMBANG DAN PRODUKTIF SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA.

VISI
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI KEPADA MURIDMURID DENGAN KEPERLUAN KHAS KE ARAH KECEMERLANGAN HIDUP SEJAJAR DENGAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA.

MISI
MENYEDIAKAN PENDIDIKAN YANG BERKUALITI KEPADA MURID-MURID DENGAN KEPERLUAN KHAS UNTUK MENJADIKAN MEREKA INSAN YANG DAPAT BERDIKARI, BERJAYA DALAM HIDUP DAN MEMBERIKAN SUMBANGAN BAKTI KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA.

MATLAMAT PENDIDIKAN KHAS


BERTUJUAN UNTUK MELENGKAPKAN KANAK-KANAK DENGAN KEPERLUAN KHAS DENGAN KEMAHIRAN KEMAHIRAN TERTENTU BAGI MEMBANTU MEREKA MENCAPAI PERKEMBANGAN MENYELURUH. PERKEMBANGAN INI MELIPUTI ASPEK-ASPEK INTELEK, ROHANI, JASMANI, EMOSI, BAKAT, NILAI-NILAI ESTITIKA DAN SOSIAL AGAR MEREKA BOLEH MENJADI AHLI MASYARAKAT YANG BERGUNA DAN BERDIKARI.

OBJEKTIF
1. MENYEDIAKAN PELUANG DAN KEMUDAHAN PENDIDIKAN UNTUK MURIDMURID DENGAN KEPERLUAN KHAS. 2. MENYEDIAKAN PENDIDIKAN YANG SESUAI DAN RELEVEN KEPADA SETIAP MURID DENGAN KEPERLUAN KHAS. 3. MENYEDIAKAN PELUANG UNTUK MENGEMBANGKAN BAKAT DAN POTENSI MURID DENGAN KEPERLUAN KHAS. 4. MENYEDIAKAN BAHAN-BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG MENCUKUPI DAN TERKINI. 5. MEMASTIKAN TENAGA PENGAJAR YANG MENCUKUPI DAN TERLATIH DALAM PENDIDIKAN KHAS.

OBJEKTIF KHAS
1. Menguasai kemahiran berkomunikasi. 2. Menguasai kemahiran bergaul. 3. Mengetahui dan memperkembangkan perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling. 4. Menjaga keselamatan dan kesihatan diri. 5. Mengurus hal-hal kehidupan seharian. 6. Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif. 7. Melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi. 8. Memahami keperluan perkembangan jasmani serta kemahiran motor. 9. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni. 10. Mengembangkan potensi, bakat dan daya kreatif serta intelek.

GURU BESAR Pn. Hjh. Che Jamaliah Bt. Hj. Musa

PK PENTADBIRAN Pn. Norin Bt. Abdul Rahman

PK H.E.M Pn. Habsah Bt. Hamid

PK PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI Pn. Nor Shahida Bt. Ahmad

PK KOKO En. Mohd Shukri B. Mohd Radzi

BENDAHARI Cik Hefadatul Husna Bt. Zakaria (Inklusif & Jadual Waktu)

SETIAUSAHA Pn. Noorsiah Bt. Ishak (PBS,Disleksia & Peperiksaan)

En. Mohd Hizam B. Hussain ( Data, EMIS, TKRS )

En. Mohamad Saity B. Asab (Disiplin & Keceriaan)

En. Ismail B. Ahmad (KOKU, Aktiviti Luar, TKRS & Kertas Kerja)

Pn. Siti Hajar Bt. Mohd Zaki (KSSR & Tarian)

Pn. Norliyanis Bt. Ismail (Kemaskini fail, tarian & Buku Teks)

Cik Amalina Bt. Ahmad (Kemaskini fail, tarian & Buku Teks)

PPM PEND. KHAS Cik Norasfizah Bt. Jaafar

PPM PEND. KHAS Pn. Rahimah Bt. Md Nordin

10

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KHAS


1. Kemudahan Menyediakan persekolahan bagi setiap murid yang memerlukan Program Pendidikan Khas. 2. Mengubahsuai Kurikulum dan Kokurikulum yang releven dengan murid-murid berkeperluan khas. 3. Memasukkan elemen-elemen pendidikan yang khusus, sesuai dan diperlukan olehmurid-murid berkeperluan khas dalam Kurikulum Pendidikan Khas. 4. Melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) 5. Menyediakan alatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid-murid berkeperluan khas. 6. Mengumpul dan menganalisa data murid-murid berkeperluan khas. 7. Memberi peluang kepada murid-murid untuk memilih bidang khusus yang diminati, sesuai dengan keperluan mereka. 8. Menempatkan guru-guru Pendidikan Khas yang terlatih di sekolah-sekolah yang sesuai dengan keperluan murid-murid dengan keperluan khas. 9. Mengalakkan Program Inklusif bagi murid-murid yang telah dikenalpasti mampu mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan murid-murid normal di kelas biasa. 10. Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam Program Pendidikan murid-murid dengan Keperluan Khas.

11

KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS


Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan Kurikulum Khas untuk kanak-kanak dengan Keperluan Khas ini. Kurikulum tersebut merangkumi :1. Bidang komunikasi (Bahasa Melayu dan Matematik) 2. Bidang Kemahiran Amali untuk Berdikari (Kemahiran Urus Diri, Kemahiran Hidup dan Pra Vokasional) 3. Bidang Sosial dan Alam Sekeliling 4. Bidang Rekreasi dan Daya Kreatif 5. Bidang Nilai dan Kerohanian Dalam melaksanakan Kurikulum Pendidikan Khas, guru-guru boleh men-

gubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, matapelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas.

12

PROSEDUR MASUK KE PROGRAM PERCANTUMAN PENIDIKAN KHAS


INSAN ISTIMEWA Kanak-kanak dengan keperluan Khas

PEMERIKSAAN KESIHATAN PAKAR PROFESIONAL KLINIKAL Mengenal pasti masalah Perakuan dan pengesyoran Surat pengesahan

RUJUK

JABATAN PELAJARAN NEGERI (Unit Pendidikan Khas)

PENEMPATAN SEKOLAH Program Percantuman Masalah pendengaran Masalah penglihatan Masalah Pembelajaran

13

CARTA ALIR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (Jabatan Pendidikan Khas)

JABATAN PELAJARAN NEGERI (Unit Pendidikan Khas)

PEJABAT PELAJARAN DAERAH (PPD)

SEKOLAH (Guru Besar)

PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS

KETUA PANITIA GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS

14

LAPORAN PROGRAM INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SENTOSA


PENGENALAN Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa mula ditubuhkan pada tahun 2010 dengan jumlah murid seramai 6 orang dan seorang guru sebagai tenaga pengajar berserta seorang pembantu pengurusan murid. Kini setelah 2 tahun beroperasi seramai 32 orang murid telah mengikuti program ini bersama-sama dengan 9 orang guru dan 2 orang pembantu pengurusan murid. Pada tahun ini, pencapaian memberansangkan dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum yang ditunjukkan oleh muridmurid PPKI pada tahun sebelumnya, telah berjaya mengwujudkan Program Inklusif Pendidikan Khas. Program Inklusif ini melibatkan seorang murid dari kelas Khas Bestari. KONSEP DAN MATLAMAT

Pendidikan insklusif adalah satu program yang menyediakan peluang bagi murid-murid yang mempunyai masalah seperti Slow Learner, Down Sindrom, Autisme, Epilepsy ringan dan sebagainya untuk belajar serta berkongsi segala kemudahan di dalam kelas aliran perdana bersama-sama dengan muridmurid yang lain. Murid-murid yang mengikuti program ini akan dibimbing sepenuhnya oleh guru-guru yang mengajar dengan kerjasama guru Pendidikan Khas. Matlamat program ini adalah bertujuan bagi memberi peluang kepada murid-murid berkeperluan khas yang menguasai kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul serta tiada masalah tingkah laku untuk memperluaskan lagi ilmu pengetahuan mereka di samping menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat kelak. Selain itu, program ini 15

juga dapat membantu mereka untuk menguasai kemahiran berkomunikasi dan sekali gus melatih mereka untuk lebih yakin dan mampu untuk berdikari. Program Inklusif Pendidikan Khas terbahagi kepada dua iaitu inklusif penuh dan separa penuh. Inklusif Penuh

Mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid-murid aliran perdana. Maklumat murid kekal dalam program pendidikan khas. Guru aliran perdana boleh rujuk atau meminta bantuan daripada guru Pendidikan Khas sekiranya mempunyai masalah dari segi pengajaran dan pembelajaran atau pengurusan tingkah laku. Boleh menduduki peperiksaan seperti murid-murid lain.

Inklusif Separa Penuh


Mengikuti kelas aliran perdana untuk beberapa subjek tertentu sahaja. Maklumat murid kekal dalam program pendidikan khas. Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai guru pembimbing atau guru pendamping. Murid-murid mengambil ujian mengikut subjek yang terlibat.

Murid Khas Bestari yang terlibat dengan Program Inklusif ini akan mengikuti Program Inklusif Separuh iaitu akan mengikuti kelas aliran perdana untuk subjek yang tertentu sahaja. Melalui perbincangan yang dijalankan, murid ini akan mengikuti subjek Bahasa Inggeris bersama-sama dengan kelas tahun 4 Bestari. Guru Pendidikan Khas yang telah dipertanggungjawabkan akan bersama-sama dengan guru subjek berkenaan untuk membimbing murid tersebut sepanjang berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran.

16

PENUTUP

Penilaian terhadap keberkesanan program ini akan dilakukan secara berperingkat-peringkat. Diharapkan program inklusif yang baru dimulakan di sekolah ini mampu untuk membantu murid-murid berkeperluan khas untuk memperkembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan seterusnya dapat berjaya dan memperoleh peluang kerjaya seperti murid-murid yang lain. Sehubungan dengan itu, program ini diharapkan dapat membuka mata ibu bapa dan masyarakat mengenai perkembangan Pendidikan Khas di negara kita. Sokongan daripada mereka amatlah diperlukan bagi membantu muridmurid berkeperluan khas ini berjaya serta tidak bergantung kepada orang lain apabila dewasa kelak.

17

PROGRAM DISLEKSIA PPKI SK SERI SENTOSA


PENGENALAN Program Masalah Pembelajaran Spesifik Disleksia telah dimulakan di SK Seri Sentosa pada tahun 2013. Kelas ini dibuka atas kesedaran dan permintaan daripada waris sekolah ini. Waris menyedari bahawa masalah pembelajaran spesifik disleksia ini menyebabkan anak-anak mereka tidak dapat menguasai 3M iaitu mengeja, membaca dan menulis dengan baik. Oleh yang demikian atas kesedaran ini maka wujudlah kelas khas masalah pembelajaran spesifik disleksia di SK Seri Sentosa. Satu kelasa khas telah disediakan bagi murid-murid mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah ini. Guru yang dipertanggungjawabkan ke atas kelas khas ini ialah Pn. Noorsiah binti Ishak. Pemilihan murid ke program khas ini mesti mendapat kebenaran dan pengesahan daripada pengawai perubatan kerajaan. Selain itu juga, bagi murid yang terus daripada sekolah boleh dikenalpasti dengan menjalani ujian ISD untuk mengenalpasti samaada murid berkenaan mengalami keberangkalian disleksia atau pun tidak. Setelah menjalani ujian ISD ini, murid tersebut perlu mendapat pengesahan daripada doktor atau pegawai perubatan bertauliah dan berkhidmat di hospital kerajaan. Masalah disleksia dalam pembelajaran sudah lama wujud di kalangan pelajar -pelajar sekolah rendah dan menengah. Di Malaysia, disleksia hanya diperkenalkan kepada khalayak ramai buat pertama kalinya pada tahun 1993 melalui Seminar Kebangsaan Pengenalan kepada Disleksia yang dianjurkan oleh Rotary Club Gombak. Disleksia adalah masalah pembelajaran yang semakin dikenali oleh masyarakat Malaysia melalui Dasar Langit Terbuka dan capaian maklumat melalui rangkaian elektronik yang semakin canggih hingga ke pelusuk negara. Media cetak dan elektronik semakin kerap 18

menguar-uarkan simptom ini dan dapat diikuti oleh semua lapisan masyarakat di mana sahaja berada. Peranan sekolah semakin berat dalam memastikan arahan Pendidikan Rendah Wajib oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bermula Disember 2002. Kehadiran kanak-kanak ke sekolah seawal prasekolah melalui agenda besar Kementerian Pendidikan Malaysia memastikan program perluasan Prasekolah ke seluruh Negara menjelang 2005 memperlihatkan keperluan pengisian pendidikan yang lebih berkualiti dan berkesan. Kajian mengenalpasti kanak-kanak bersimpton disleksia diharap menjadi penyumbang ke arah kualiti perancangan pendidikan yang dimaksudkan. Dalam era masyarakat dapat menilai dan mampu membayar harga sesebuah pendidikan melalui pemilihan terbuka institusi bagi anak-anak mereka mengikuti pendidikan, maruah institusi pendidikan di bawah kendalian kerajaan akan dipertahankan dan mampu terus bersaing, menjadi kebanggaan dengan kualiti pendidikan yang mengambil kira keunikan potensi kanakkanak yang bernaung di bawahnya. Adalah menjadi harapan agar peluang Pendidikan Untuk Semua yang sekian lama dimeteri melalui Pernyataan Salamanca (UNESCO 1994) akan menjadi lebih bermakna dengan perhatian dan penglibatan semua pihak bangun untuk membantu kanak-kanak disleksia mencapai aspirasi masa depannya melalui pendidikan berkualiti. Ramai kalangan selebriti terkenal dunia mencipta nama dalam bidang masingmasing yang pada asalnya adalah penghidap disleksia seperti Albert Einstein, Richard Branson, Walt Disney, Tom Cruise dan ramai lagi. DEFINISI DAN KONSEP Masalah Pembelajaran Masalah pembelajaran merupakan suatu kecelaruan dalam satu atau lebih daripada proses psikologi yang melibatkan kefahaman atau penggunaan bahasa samada berbentuk lisan atau bertulis. Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir, bertutur, menulis, mengeja mahupun mengira. Samuel Klirk (1963) mendefinisikan ma19

salah pembelajaran sebagai kelewatan perkembangan dalam satu atau lebih daripada proses pertuturan, pembacaan, pengiraan atau mata pelajaran sekolah lain. Ianya bukanlah kesan daripada kerencatan mental, halangan sensori (buta atau pekak), faktor budaya mahupun persekitaran. Pencapaian kemahiran membaca, menulis dan mengira individu bermasalah pembelajaran adalah tahap di bawah purata kebangsaan. Terdapat perbezaan yang nyata antara kanak-kanak yang diklasifikasikan sebagai bermasalah pembelajaran. Masalah pembelajaran turut diandaikan sebagai masalah neurologi. Ia berkaiatan dengan cara otak menerima, memproses, menganalisa dan menyimpan maklumat. Disleksia Seorang pakar perubatan dan ophalomotologist memperkenalkan disleksia sebagai satu disorder dalam kanak-kanak yang telah menerima pendidikan biasa, tetapi tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek. Masalah ini boleh berlanjutan sehinggalah kanakkanak itu dewasa dan biasanya ia dialami oleh kanak-kanak. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu kecacatan atau penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah keturunan atau genetik, faktor biologi seperti kelahiran yang tidak cukup bulan dan juga faktor kelewatan kematangan (Anida Abu Bakar, 2008). MODEL MENGATASI MASALAH DISLEKSIA Model inklusif Model ini dilaksanakan bagi murid yang mengalami masalah disleksia yang ringan. Bagi pelajar-pelajar berkeperluan khas seperti ini, mata pelajaran Bahasa Melayu akan dilaksanakan di kelas khas manakala mata pelajaran lain diinklusifkan di kelas normal. Di sini, guru khas dislek20

sia akan membantu guru kelas dari segi melaksanakan kerja bertulis. Kurikulum Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Agama Islam atau Pendidikan Moral yang sedia ada akan digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran. Huraian sukatan pelajaran semua mata pelajaran tersebut jika perlu, akan diubahsuai pendekatannya bagi keperluan murid-murid disleksia. Model kelas khas Model kelas khas dilaksanakan bagi pelajar bermasalah disleksia yang teruk. Huraian sukatan pelajaran bagi model kelas khas ini diubahsuai pendekatannnya. Guru-guru perlu menggunakan strategi yang khusus dan menggunakan pelbagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai guru, seseorang perlu mengenalpasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak itu melalui beberapa ujian yang dijalankan. Melalui pengujian tersebut, secara automatiknya kita dapat mengenalpasti bakat, kebolehan atau kemahiran khusus yang dimiliki oleh mereka. Kita juga boleh mengenalpasti pola kesilapan atau masalah secara spesifik dalam bacaan, tulisan atau cara membuat jawapan bagi subjek matematik. Oleh itu, kita dapat mencari strategi penyelesaian bagi membantu mereka mengatasi kekurangan pada diri mereka. Hubungan antara guru dan murid adalah sangat penting. Justeru, kita boleh mengenalpasti samada terdapat sebab-sebab yang menjejaskan kemajuan mereka. Sebagai contoh, mungkin berlakunya masalah emosi semasa di rumah ataupun dari sikap diri yang negatif. Seseorang guru perlu lebih kreatif dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan terhadap murid mereka. Pelbagai cara untuk menarik minat dan menambah motivasi mereka terhadap pelajaran perlu dilaksanakan.

21

Gambar 1: Penggunaan animasi interaktif menerusi komputer untuk merangsang minat pelajar disleksia Sumber: Alif Abu Bakar, Pendekatan berbeza didik anak disleksia Selain alat bantuan belajar seperti komputer, barangan permainan seperti permainan blok dan tanah liat juga penting bagi golongan disleksia menjana kreativiti mereka. Guru-guru perlu memberikan masa selama 30 minit kepada pelajar-pelajar ini untuk bermain kedua-dua permainan tersebut sebelum kelas bermula. Kebiasaannya, pelajar bermasalah disleksia serius mengalami masalah menggerakkan tangan ketika menulis (Alif Abu Bakar, 2011). Penggunaan tangan dengan cara menekan dan membentuk ketika bermain permainan tersebut dikatakan dapat membantu meningkatkan kemahiran motor halus yang dialami mereka. Pendekatan Multi-Sensory Proses pembelajaran golongan disleksia perlu melengkapi penggunaan deria-deria utama seperti sentuhan, bunyi serta penglihatan kerana ia akan menjawab semua persoalan yang bersarang dalam fikiran mereka. Kajian menunjukkan pendekatan MultiSensory merupakan kaedah yang paling sesuai bagi mengajar pelajar-pelajar disleksia. Pendekatan ini menggabungkan beberapa deria iaitu auditori, visual, orali dan kinestetik. Bagi mengatasi kekeliruan tersebut, blok-blok huruf tersebut akan diletakkan di hadapan mereka dan mereka akan diberi penjelasan tentang perbezaan huruf tersebut. Sebagai contoh, huruf d akan dikenali mereka sebagai huruf a yang 22

mempunyai tangkai di atas sementara huruf g pula mempunyai ekor di bawah. Walau bagaimanapun, penjelasan tersebut perlu didatangkan secara visual dan sentuhan agar mereka benar-benar memahami perbezaan huruf-huruf tersebut. Proses pengajaran kanak-kanak disleksia perlu dilakukan secara berperingkat dan tidak terlalu mendadak. Sepertinya, perkataan-perkataan yang diajar perlu dieja mengikut bunyi perkataan itu disebut dan susunan perkataan dalam ayat juga perlu senada agar mereka tidak mengalami kekeliruan.

Gambar 2: Seorang guru mengajar pelajar yang bermasalah disleksia mengenal huruf Sumber: Alif Abu Bakar, Pendekatan berbeza didik anak disleksia Pendekatan mengeja dengan melakar. Antara salah satu cara belajar mereka yang mengalami gangguan disleksia dapat dilihat melalui cara mereka belajar dengan mengeja perkataan-perkataan menggunakan lakaran atau lukisan. Melalui kajian yang dijalankan di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur mendapati bahawa murid-murid disleksia sering mencari kaedah belajar cara mereka sendiri. Malah, kadangkala daya kreativiti mereka yang tinggi membolehkan mereka membuat pilihan cara mana mereka harus gunakan untuk memudahkan mereka belajar. Pelajar seperti ini mengalami kesukaran untuk membina sukukata, apatah lagi mengeja perkataan. Kekuatan dalam kebolehannya ialah mendengar bunyi huruf. Mereka cekap memilih perkataan bagi huruf awal yang ditentukan. Perkataan-perkataan yang dipilih selalunya terdiri daripada perkataan yang mudah untuk dilukis atau dilakar olehnya. Daripada lakaran gambar-gambar, mereka 23

bijak menafsirkan kepada huruf-huruf awal. Huruf-huruf tersebut dicantumkan, maka terbinalah perkataan yang ingin dieja. Penjelasan di atas mungkin dirasakan begitu rumit atau mengelirukan bagi kita, tapi hakikatnya, itulah cara yang digunakan oleh murid ini di peringkat permulaan beliau belajar mengeja, setelah gagal mengeja dengan cara biasa yang digunakan oleh murid-murid lain. Sebagai contoh, cara yang mereka gunakan untuk mengeja matahari. Murid ini akan melukis gambar-gambar berdasarkan bunyi huruf-huruf dalam perkataan yang perlu dieja;

Mata (m)

api (a)

tangga (t)

api (a)

hujan (h)

api (a)

rambutan (r)

ikan (i)

Dicantumkan huruf-huruf awal bagi gambar-gambar yang dilukis, maka terbinalah perkataannya, m a t a h a r i. Murid yang mengalami disleksia menggunakan kaedah ini untuk mengeja selama beberapa bulan. Setelah mahir, dengan sendirinya mereka tidak perlu lagi melukis, tetapi telah mampu menulis huruf yang dibunyikan. Akhirnya, mereka menunjukkan prestasi yang boleh dibanggakan. Kunci kejayaan di sini ialah memberi fokus kepada kemajuan jangka pendek dalam sesi latihan dan ini mengekalkan motivasi dan membolehkan murid ini membina cara pembelajarannya sendiri. Akhirnya, mereka boleh mengeja dan membaca seperti mana murid-murid lain, dengan penuh rasa yakin pada diri sendiri. Pendekatan objek pembelajaran (learning object, LO) Konsep Objek Pembelajaran atau learning object (LO) dipopularkan oleh Wayne Hodgins pada tahun 1994 (Abtar, 2005). LO merupakan cara terkini serta teknologi masa akan datang dalam penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran (Hodgins, 2000). Menurut Shepherd (2001), LO adalah 24

pemikiran berorientasikan objek yang diaplikasikan kepada dunia pendidikan. LO adalah interaktif serta membenarkan pelajar mempelajari kandungan sehingga peringkat masteri dan menggunakan pengetahuan tersebut dalam aktiviti kemahiran berfikir. Dengan menggunakan internet, LO boleh diaksess pada bila-bila masa sahaja. Repositori objek pembelajaran direkabentuk untuk pelbagai mode aksesibiliti (dimuatturun, dipindah ke media elektronik yg lain untuk capaian yg lebih mudah, pengguna boleh mencari objek pembelajaran dengan mudah) boleh menyediakan ke arah pembelajaran era baru (Ally, 2006) KESIMPULAN Jelaslah bahawa, pengesanan dan intervensi awal amat penting bagi tujuan membantu kanak-kanak kini berjaya dalam kehidupan mereka.kerjasama dalam memberi fahaman, galakan dan sokongan dari ibubapa dan guru-guru amat perlu bagi membangkitkan motivasi diri dan semangat dalam menempuh pengajaran dan pembelajaran. Akhir kata, sebagai guru, kita perlulah mengakui bahawa kaedah mengajar pelbagai deria dan pelbagai kecerdasan memang berkesan untuk kanak-kanak disleksia ini. Adalah penting untuk merujuk kepada ciri-ciri pelajar disleksia, pemahaman masalah topik pembelajaran secara teliti, dan mengenalpasti kaedah strategi pengajaran seperti yang telah dicadangkan. Pada masa yang akan datang, pengkaji juga harus melihat banyak lagi kemungkinan untuk mengenalpasti lebih banyak unsur-unsur yang memotivasikan pembelajaran mereka. Presiden Persatuan Dyslexia Malaysia (PDM), Pn. Sariah Amin menyatakan bahawa kurangnya pendedahan dan kesedaran dalam kalangan guru serta ibu bapa terhadap disleksia menyebabkan kekeliruan terhadap masalah yang dihadapi golongan disleksia. Secara kasar ia mungkin dilihat sebagai individu buta huruf yang perlu dimasukkan ke dalam kelas pemulihan khas tetapi, sebenarnya mereka memerlukan pendekatan pembelajaran berbeza. (Kosmo Online, 2011).

25

Kertas Cadangan Program Kebudayaan Pendidikan Khas


1. Pengenalan Program kebudayaan bagi murid pendidikan khas (PPKI) ini diwujudkan bagi memberi ruang dan peluang kepada murid berkeperluan khas untuk bergiat aktif dalam aktiviti kebudayaan yang lebih menjurus kepada mempromosikan murid melalui konsep memperkasakan keupayaan murid agar lebih berdikari dalam setiap program dan aktiviti yang bakal dilaksanakan. Program kebudayaan ini yang merangkumi bidang tarian berlandaskan kepada

konsep dan strategi pergerakan badan yang sihat dan amat sesuai untuk murid pendidikan khas adalah sejajar dengan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) yang telah dilaksanakan. Sehubungan itu program ini amat sesuai dan bertepatan sekali sebagai salah satu pakej untuk meningkatkan potensi dan keupayaan murid berkeperluan khas melalui gabung jalin antara aktiviti kebudayaan dan pendidikan kesihatan. Aktiviti kebudayaan ini juga sesuai diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran murid pendidikan khas kerana murid-murid ini perlu melakukan pergerakan yang dapat meransang perkembangan minda mereka ke tahap yang optima. Program kebudayaan yang akan dilaksanakan adalah seperti tarian melayu dan sebagainya yang bersesuaian dengan tahap dan keupayaan murid pendidikan khas. Semua program ini disusun mengikut keperluan dan keupayaan murid dan dikendalikan oleh guru pendidikan khas pada setiap sesi latihan dilaksanakan. Program ini merupakan satu pendekatan yang proaktif yang perlu dilaksanakan bagi mencapai hasrat untuk memenuhi keperluan murid berkeperluan khas selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan . guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.

26

Matlamat Program kebudayaan pendidikan khas ini bermatlamat untuk merangsang, memulih dan menyediakan murid berkeperluan khas masalah pembelajaran yang lebih bermotivasi tinggi dan yakin pada keupayaan diri dalam semua aspek yang diceburi khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Objektif Murid diharap dapat meningkatkan motivasi dan membina kekuatan dalaman supaya gigih berusaha untuk menguasai ilmu pengetahuan. Murid diharap dapat memperkembangkan potensi diri dengan menguasai kemahiran psikomotor untuk lebih aktif dan berkeyakinan. Memupuk keyakinan diri, menerap nilai-nilai murni, mencungkil bakat kepimpinan, menyemai sikap positif dan bekerjasama.

Harapan: Dengan adanya program kebudayaan ini diharapkan dapat mewujudkan rasa saling bekerjasama dan bertanggungjawab antara semua pihak yang terlibat untuk memberi ruang dan peluang kepada murid berkeperluan khas bagi meningkatkan potensi dan keyakinan diri.

27

Perjumpaan Waris
Program Pendidikan Khas Intergrasi SK Seri Sentosa telah mengadakan majlis perjumpaan bersama dengan waris yang telah diadakan di bilik mesyuarat yang dirasmikan oleh En. Fadhil Bin Abdullah selaku Ketua Sektor Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang. Majlis ini juga telah dihadiri oleh wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah memberi penerangan berkaitan keistimewaan orang kelainan upaya serta peluang mereka pada masa akan datang. Setelah selesai aturcara di bilik mesyuarat, para ibu bapa diberi peluang untuk mendapatkan keputusan ujian prestasi 1 dan bertanyakan perihal pendidikan anak-anak mereka.

28

Mesyuarat Penubuhan Multi-Disciplinary Team


Bertempat di Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Selatan, satu mesyuarat dan majlis perasmian penubuhan "Multi-Disiplinary Team" yang bertujuan untuk memperkasakan Program Pendidikan Khas Intergrasi. Ia merupakan satu projek rintis untuk membina satu model kerjasama antara PPKI dan bidang keparan yang berkaitan. Ia telah dihadiri oleh lebih 30 wakil daripada pelbagai jabatan dan institusi kerajaan. Kepelbagaian kepakaran ini diharap dapat membuka peluang yang lebih luas kepada ibu bapa mendapatkan pengetahuan dalam memberi pendidikan yang bermakna kepada anakanak mereka.

29

Hadiah Karnival Sukan


Bahagian Pendidikan Khas Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Selatan telah mngedakan Karnival Sukan PPKI Zon Selatan yang melibatkan 5 buah sekolah rendah dan 2 buah sekolah menengah zon selatan. Pelbagai permainan sukaneka dan acara balapan diadakan. PPKI SKSSn turut berjaya membawa pulang kemengan dalam beberapa acara. Maka pada hari ini, PPKI SKSSn telah menyampaikan hadiah kepada pemenang semasa perhimpunan pagi SKSSn.

30

JOHAN AZAN Peringkat Negeri Pulau Pinang

31