Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PERTANDINGAN BOLA BALING KARNIVAL SUKAN MERDEKA 2012 PERINGKAT IPG KAMPUS RAJANG

TARIKH : 3 SEPTEMBER 2012- 4 SEPTEMBER 2012 MASA: 04.30 PTG- 06.30 PTG TEMPAT: GELANGGANG BOLA BALING

PERTANDINGAN BOLA BALING 2012

Page 1

LAPORAN PERTANDINGAN BOLA BALING HARI PERTAMA

HARI / MASA TEMPAT

: 3 SEPTEMBER 2012 (ISNIN) : GELANGGANG BOLA BALING

Pada 3 September 2012 dan 4 September 2012, Kumpulan Pendidikan Jasmani (PJ) Ambilan Januari 2011 telah menganjurkan Karnival Sukan Merdeka 2012. Karnival Sukan Merdeka ini telah diadakan sempena sambutan Kemerdekaan yang ke-55. Pada 3 September 2012, 5 buah perlawanan telah dilangsungkan. Perlawanan pertama adalah di antara kumpulan PISMP Pemulihan Bahasa Melayu Ambilan Januari 2011 dengan PPISMP Sejarah Ambilan Jun 2011. Perlawanan ini berlangsung dari pukul 1630 hingga ke 1645. Setelah 14 minit bermain, akhirnya kumpulan PPISMP Sejarah telah memenangi perlawanan ini dengan mata 3:1. Manakala perlawanan yang kedua pula adalah di antara kumpulan Young Generation, iaitu PPISMP Bahasa Iban Ambilan Jun 2012, dan PISMP Pendidikan Jasmani. Perlawanan yang kedua ini telah dimenangi oleh kumpulan PISMP Pendidikan Jasmani dengan jumlah gol 7:1. Perlawanan ini mengambil masa selama 14 minit. Manakala perlawanan yang ketiga pula adalah di antara kumpulan PISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2011 dengan kumpulan PPISMP Sejarah Ambilan Jun 2011. Setelah hamper 14 minit bertungkus lumus bermain atas padang, akhirnya kumpulan PISMP PJ telah berjaya menumpaskan kumpulan PPISMP Sejarah dengan jaringan gol 2:1. Seterusnya perlawanan yang keempat telah diadakan di antara kumpulan PISMP 2012 dengan kumpulan Young Generation. Nampaknya perlawanan yang keempat ini sangat mudah untuk kumpulan PISMP 2012 untuk mengalahkan kumpulan Young Generation dengan mudah 8:0 dalam tempoh 14 minit sahaja.

PERTANDINGAN BOLA BALING 2012

Page 2

Akhir sekali, perlawanan yang telah diadakan di antara kumpulan PISMP PJ dengan kumpulan Pemulihan Bahasa Melayu. Dalam perlawanan yang terakhir ini, kumpulan PJ tetap mara ke hadapan dengan tanpa membiarkan kemenangan jatuh ke pasukan PISMP Pemulihan Bahasa Melayu. Jumlah jaringan gol yang berjaya dilakukan oleh kumpulan PISMP PJ sebanyak 6:2.

Disediakan oleh,

.. (PAULINE ANNA AK JOHN) AJK Dolumentasi Pertandingan Bola Baling IPG Kampus Rajang.

PERTANDINGAN BOLA BALING 2012

Page 3

LAPORAN PERTANDINGAN BOLA BALING HARI KEDUA

HARI / MASA TEMPAT

: 4 SEPTEMBER 2012 (SELASA) : GELANGGANG BOLA BALING

Perlawanan bola baling pada hari kedua telah berlangsung pada pukul 4.30 petang bertempat di gelanggang bola baling IPG Kampus Rajang. Perlawanan keenam adalah di antara kumpulan PISMP 2012 dengan PPISMP Sejarah Ambilan Jun 2011. Perlawanan pertama ini dimenangi oleh PISMP 2012 dengan mata 5:2. Sebanyak 2 jaringan pada masa pertama dan seterusnya 3 jaringan pada masa kedua. Manakala perlawanan yang ketujuh pula adalah di antara kumpulan Young Generation, iaitu PPISMP Bahasa Iban Ambilan Jun 2012, dan PISMP Pemulihan Bahasa Melayu. Perlawanan yang kedua ini telah dimenangi oleh kumpulan PISMP Pemulihan Bahasa Melayu dengan mata jaringan 2:1. Perlawanan seterusnya menyaksikan PISMP 2012 menentang PISMP PJ. Pada masa pertama kedua-dua pasukan seri dengan satu jaringan namun pasukan PSIMP PJ mendahului dengan 3 jaringan pada masa kedua. Perlawanan ini dimenangi oleh PISMP PJ dengan jumlah mata jaringan sebanyak 4:2. Seterusnya, perlawanan berlangsung menyaksikan kumpulan PISMP Pemulihan Bahasa Melayu menentang PISMP 2012. Perlawanan ini berakhir dengan keputusan kedua-dua pasukan seri 2 jaringan dengan jumlah mata 2:2. Perlawanan terakhir adalah di antara Young Generation dengan PISMP Sejarah. Dalam perlawanan terakhir ini, PISMP Sejarah telah menumpaskan kumpulan Young Generation dengan 2 jaringan dan melayakkan PISMP Sejarah memenangi perlawanan akhir ini dengan jumlah mata jaringan 2:0.

PERTANDINGAN BOLA BALING 2012

Page 4

Keputusan rasmi bagi pertandingan bola baling ini, menyaksikan PISMP PJ menjadi Johan keseluruhan diikuti dengan PISMP 2012 selaku naib johan. Tempat ketiga disandang oleh kumpulan PISMP Sejarah.

Disediakan oleh,

. (YOLANDA CHANDIE AK NICHOLAS APIT) AJK Dolumentasi Pertandingan Bola Baling IPG Kampus Rajang.

PERTANDINGAN BOLA BALING 2012

Page 5