Anda di halaman 1dari 5

BAB 1 BIMBINGAN DAN KAUNSELING SUATU PENGENALAN ASAS Proses yang melibatkan interaksi antara seorang kaunselor dengan

n kliennya. Berlaku dalam keadaan sulit/genting bertujuan menolong klien mengubah tingkah laku sehingga suatu keputusan yang diambil memuaskan keinginannya (Pepinsky dan Pepinsky) Suatu bantuan yang bertujuan menyelesaikan masalah peribadi klien. Berlaku antara seorang yang pakar dan berilmu pengetahuan dalam bidang kaunseling dengan klien yang memerlukan bantuan pada masa itu (Good dalam Sapora Sipon, 2003:1)

a) Kaunseling Keluarga/Kelompok Menurut Shuaib (1986) pada tahun 80-an, kaunseling keluarga dipercayai mencapai tahap kematangan dengan kemunculan dua organisasi di Amerika Syarikat iaitu`The American Association fo marriage and Family Therapy Association` dan ` American Family Theraphy Association`. Andaian-andaian utama dalam kaunseling berkelompok/keluarga i. Pemahaman individu yang sebenar perlu dilihat dalam konteks yang lebih besar iaitu keluarga ii. Lebih fokus kepada interaksi serta hubungan komunikasi antara ahliahli keluarga iii. Teori sistem dan pendekatan seperti Satir menjadi model untuk ahli-ahli keluarga melihat pola-pola komunikasi mereka. Kelebihan kaunseling keluarga/berkelompok i. Membaiki dan membina hubungan dan interaksi yang positif antara suami dan isteri / ibu bapa dan anak. ii. Menyedarkan mereka tentang kerenggangan dan kemelaratan

masalah dalam hubungan iii. Menurut Shuaib (1986) klien yang mengikuti kaunseling individu dan kemudian mengikuti kaunseling keluarga mendapati rawatan kedua lebih berupaya dan membantu mereka mengatasi masalah

intrapersonal serta interpersonal dalam keluarga.

b) Kaunseling Individu Sapora, Ahmad, dan Hapsah (2003) mentafsirkan kaunseling individu sebagai satu perhubungan bersemuka di antara klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Kamaruzaman dalam Abdul Halim (1999:30) mendefinisikan kaunseling individu sebagai satu perhubungan antara seorang yang lain dalam mana ia menolong klien menyelesaikan konfliknya melalui pendengaran yang rapi, refleksi dan empati. Rogers (dalam Capuzzi dan Gross, 1991:132) mendapati beberapa asas dalam pembentukan hubungan antara seorang klien dengan kaunselor dalam kaunseling individu hubungan psikologikal. i. Pihak pertama iaitu klien dalam keadaan tidak tenteram, risau kerana menghadapi masalah sesuatu gangguan atau kesukaran psikologikal. ii. Pihak kedua iaitu kaunselor tenang dalam hubungan tersebut. Bersifat empati dalam memahami situasi klien. Komunikasi yang dilakukan oleh kaunselor melibatkan: i. Penerimaan tanpa syarat ii. Hormat iii. Jujur iv. Berempati v. Rahsia Ciri-ciri kaunseling individu i. Kaunselor perlu menghormati kejujuran klien yang datang menerima bantuan. ii. Kaunselor bertanggungjawab memberi kefahaman kepada klien tentang matlamat dan limitasi kaunseling. iii. Kaunselor harus menyedari keupayaan dan tanggungjawabnya dengan mengundurkan diri jika tidak berupaya menangani keperluan klien iv. Kaunselor perlu menghormati klien bahawa setiap maklumat yang diberikan oleh klien adalah rahsia kecuali maklumat tersebut mengancam kebajikan dan keselamatan diri orang lain. iaitu terdapat dua orang yang mengalami

Kelebihan kaunseling individu i. Proses teraputik berlaku antara kaunselor dan klien. ii. Pertolongan diberikan oleh kaunselor sahaja iii. Suasana selesa dan mempercayai mudah dibentuk dalam kaunseling individu iv. Klien mendapat respons daripada kaunselor sahaja. v. Kaunselor hanya memberi tumpuan kepada seorang individu. vi. Pengalaman dikongsi antara kaunselor dengan seorang klien.

KONSEP BIMBINGAN McDaniel, merujuk kepada suatu pola khidmat yang merangkumi orientasi dan maklumat berasaskan pendidikan dan kerjaya inventori untuk individu,

kaunseling, penempatan dan aktiviti susulan kepada klien supaya klien dapat selalu bergerak ke arah perkembangan positif. Stone, mengatakan bimbingan sebagai proses yang membantu seseorang untuk memahami dirinya dan duniannya.

a) Matlamat Bimbingan Di Sekolah i. Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan terhadap semua aspek

perkembangan murid yang seimbang. JERIS. ii. iii. Menyediakan perkhidmatan seperti pencegahan. Menyediakan kaunseling berbentuk krisis seperti cuba membunuh diri dan kes mencederakan. iv. v. Menyediakan perkhidmatan pemulihan Bimbingan untuk semua individu di sekolah.

b) Prinsip Bimbingan i. ii. Tugas pendidikan Menolong pelajar menjadi anggota masyarakat berguna. Suatu proses pengetahuan Membantu pelajar secara menyeluruh dari aspek: Minat Bakat Keperluan Kelebihan Kelemahan iii. iv. Untuk semua individu membantu pelajar bermasalah, biasa atau luar biasa Suatu proses seumur hidup bimbinagn bermula dari sekolah rendah hingga ke peringkat universiti v. Rahsia dan maklumat pelajar hendaklah dipelihara

KONSEP KAUNSELING Arbuckle (1965) merupakan suatu proses yang bertujuan membantu klien supaya: Melihat siapa sebenar dirinya. Apa yang dimiliki dan tidak dimilikinya Apa yang boleh dilakukan dengan mudah Apa pula yang sukar atau tidak boleh tercapai suatu matlamat hidup bagi klien

a) Matlamat Kaunseling i. ii. iii. iv. Membantu klien menyelesaikan masalah yang dihadapi Memperkembangkan kefahaman dan celik akal klien Mempercepat perubahan tingkah laku klien daripada negatif kepada positif Mempertingkat keupayaan klien untuk mencapai kebebasan psikologi

b) Konsep Kaunseling i. ii. iii. iv. Klien hendaklah diterima sebagai individu seadanya Suatu hubungan yang primisif Pemikiran bersama klien Sejajar dengan idea demokrasi

JENIS-JENIS KAUNSELING

Kaunseling Keluarga/Kelompok

Kaunseling Kelompok

Inventori

Kaunseling Keluarga