Anda di halaman 1dari 21

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Analisis Pergerakan Melempar Cakera

Sejarah Lempar Cakera

Melempar cakera merupakan acara tertua dalam kategori acara balingan. Pada dasarnya ia merupakan satu kaedah orang zaman batu (purba) memburu untuk mendapatkan makanan dan sebagai pertahanan (keselamatan). Perubahan zaman menjadikan aktiviti ini dipertandingkan. Sukan melempar cakera dipertandingkan di Sukan Olimpik di Zaman Greek Purba. Sejarah cakera bermula pada tahun 1896 di mana cakera kayu digunakan di Athens. Beratnya kurang sedikit daripada 2 kilogram. Dalam tahun 1908 Sukan Olimpik London barulah berat cakera ditentukan kepada 2 kilogram. Cakera diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang menyerupai kayu dan dibalut dengan lingkaran logam (besi atau tembaga) yang licin dan sekata. Cakera berbentuk bulat tetapi leper. Pada bahagian tengah dilekatkan piring bulat daripada besi dan dipasang pada kedua-dua belah sisi cakera. Ukuran dan berat cakera adalah mengikut kategori acara yang dipertandingkan.

Latar belakang dan peraturan


Kesatuan Olahraga Amator Malaysia (KOAM) / Malaysia Amateur Athletics Union (MAAU) Peraturan 182 : Lempar Cakera 1. Lemparan mesti dimulakan dalam bulatan dengan keadaan tidak bergerak. -1-

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Analisis Pergerakan Melempar Cakera

2. Kawasan berkurung diperlukan untuk keselamatan penonton/ peserta/ pegawai. 3. Kegagalan : Meninggalkan bulatan sebelum cakera mendarat. Meninggalkan bulatan dari sebelah separuh bulatan hadapan. Menyentuh bumi luar bulatan dengan sebarang bahagian badan. Cakera mendarat di luar sektor semasa mendarat.

4. Bulatan : Lebar garisan : 50mm

Diameter bulatan : 2.5 m Sudut sektor : 40 darjah

-2-

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Analisis Pergerakan Melempar Cakera

5. Berat cakera : - Antarabangsa : 2.00kg (lelaki) : 1.00kg (wanita)

-3-

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Analisis Pergerakan Melempar Cakera

MSSD/MSSJ/MSSM

: 1.50kg (lelaki 20) : 1.00kg (L16/L14/P20/P16/P14)

Keseluruhan cakera mesti licin dan sekata

Pengenalan Dalam sesuatu acara aplikasi kemahiran adalah perlu untuk membolehkan atlit study (mengkaji) semula pengalaman dan kemahiran yang dilakukan bagi memperbaiki kelemahan dan pencapaian yang lebih baik. Aplikasi kemahiran merangkumi perlakuan dan tingkahlaku seseorang. Ianya merupakan satu cara saintifik untuk menggerakkan badan atau segmennya di mana tenaga minimum diperlukan untuk mencapai kesan yang optima. Apabila memperkatakan kemahiran, ia juga adalah aktiviti yang dilakukan. Kemahiran merujuk kepada perlakuan, pekerjaan dan tanggungjawab yang tertentu dalam bidangnya. Untuk menentukan tahap kemahiran, ia bergantung kepada sejauh mana tahap status pelaku (atlit) itu sendiri. Adalah perlu atlit memperolehi pengetahuan dalam sesuatu kemahiran, maka barulah ia boleh mengaplikasikan kemahiran yang diperolehinya dengan lebih baik, bersistematik dan sempurna.

-4-

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Analisis Pergerakan Melempar Cakera

Klasifikasi dan Jenis Kemahiran Bergantung kepada rangsangan dipersekitaran, seperti keperluan melakukan sesuatu kemahiran dan pergerakan. Acara lempar cakera tergolong dalam kemahiran motor tertutup iaitu bagi keadaan alam persekitaran yang stabil dan boleh diramalkan. Contoh, lempar cakera. Klasifikasi ini satu ciri kritikal kemahiran, iaitu mentafsirkan keperluan individu (atlit) terlibat bagi mematuhi perubahan serta merta di persekitaran tersebut. Ini berkaitan dengan proses persepsi, pengenalan corak dan membuat keputusan supaya aksi itu boleh dikaitkan dengan persekitaran. Dalam kemahiran tertutup ini, semasa atlit melakukan sesuatu aktiviti pergerakan bergantung kepada pengawalan proprioceptive (kesesuaian perlakuan kendiri) sahaja dan tidak dipaksa membuat perubahan temporal atau ruangan di dalam corak pergerakan. Dalam perlakuan kemahiran tertutup, atlit perlulah berusaha memajukan satu corak pergerakan yang cekap dan tetap dengan tujuan akan menjadi satu kelaziman secara praktik, dan pergerakan itu mestilah flow, lancar, tanpa ada gap dan berkesan. Bukan semua jenis kemahiran boleh dikategorikan dengan mudah sebagai kemahiran terbuka atau tertutu[. Knapp (1963) telah mencadangkan bahawa kemahiran diletakkan pada rangka berterusan daripada kategori terbuka atau tertutup. Ini bermakna beberapa kemahiran mungkin bermula di dalam satu kategori dan akan berubah kepada kategori yang lain.

-5-

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Analisis Pergerakan Melempar Cakera

Kategori Kemahiran Motor Analisis pergerakan dalam lempar cakera merujuk kepada perlakuan dan pergerakan otot dan badan yang diperlukan untuyk melaksanakan sesuatu pergerakan/ lakuan yang dikehendaki dengan berkesan. Secara spesifik kemahiran pergerakan motor dalam acara lempar cakera boleh dikategorikan kepada dua iaitu : 1. Fine motor skills Merupakan koordinasi neuromuscular yang melibatkan kerja atau aktiviti yang berdasarkan ketepatan sasaran. Dalam lempar cakera keteliti dan konsentrasi perlakuan dan ketepatan sasaran dan jarak. Kemahiran ini memerlukan koordinasi dalam perlakuan.

2. Gross motor skills Kemahiran yang melibatkan otot-otot besar dan sebahagian besar anggota badan. Semua kemahiran sukan adalah tergolong dalam kategori ini. Namun begitu, setiap aktiviti dan pergerakan yang dilakukan melibatkan kedua kategori ini, yang membezakannya adalah peratus kegunaannya bergantung kepada aktiviti yang dilakukan.

-6-

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Analisis Pergerakan Melempar Cakera

Cara Memegang Cakera


Perkara utama yang harus diberi penekanan dalam acara ini adalah teknik pegangan iaitu mengenakan pegangan cakera dengan cara yang betul. Setiap atlit perlu ingat bahawa mereka mestilah boleh bergerak dan dapat menghayun cakera dengan baik supaya cakera tidak terlepas atau terjatuh daripada

pegangan. Atlit perlu memilih gaya pegangan yang selesa dan sesuai dengan saiz tapak tangan.

Cara 1 Tapak tangan ditekapkan pada permukaan cakera yang menutupi bahagian logam di tengah cakera. Cakera dipegang hanya dengan ruas jari yang dibengkokkan, manakala ibu jari diletakkan di atas permukaan cakera untuk kawalan. Jari-jari direnggangkan pada jarak yang hampir sama untuk membolehkan kawalan pegangan dan keseimbangan.

-7-

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Analisis Pergerakan Melempar Cakera

Cara 2 Cara ini hampir sama dengan Cara 1, Cuma bezanya hanya jari telunjuk dirapatkan dengan jari hantu, manakala jari manis dirapatkan dengan anak jari (jari kelingking)

Cara 3 Cara ini untuk peserta yang kecil saiz tapak tangannya dan ruas jarinya pendek. Tapak tangan ditekapkan pada permukaan cakera dengan menutupi dua pertiga ( ) daripada bagaian logam. Ini adalah untuk membolehkan jari-jari memegang simpai logam cakera. Jarak antara jari-jari adlah serupa dengan Cara 1 dan Cara 2

Panduan Melempar Cakera Lemparan cakera yang baik untuk mendapatkan jarak maksimum melibatkan gabungan beberapa aspek kemahiran. Aspek-aspek itu termasuklah prinsip biomekanik, kelajuan perlepasan dan sudut optimum pelepasan. Kelancaran perlepasan cakera juga bergantung kepada perkaitan di antara halaju pusingan badan dan kekuatan lengan peserta. Cara membuat lemparan yang sama boleh dilakukan oleh kedua-dua atlit lelaki dan perempuan, tetapi teknik lemparan yang berlainan boleh dilakukan. Teknik yang baik dan sempurna mempengaruhi jarak lemparan.

-8-

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Analisis Pergerakan Melempar Cakera

Teknik Lemparan Terdapat dua teknik atau gaya melempar yang popular iaitu : 1. Teknik berdiri tetap (gaya 90) 2. Teknik berdiri berpusing

Teknik berdiri tetap atau gaya 90 sesuai bagi atlit yang baru

menceburkan diri dalam acara ini atau bagi atlit yang baru mempelajari. Ia tidak memerlukan banyak pergerakan badan yang sukar.

-9-

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Analisis Pergerakan Melempar Cakera

Teknik berdiri pusing lebih sukar dan kompleks kerana ia memerlukan banyak latihan untuk mendapatkan kemahiran. Kebanyakan atlit diperingkat antarabangsa menggunakan teknik ini kerana gerakannya dapat menghasilkan jarak lemparan yang lebih baik berbanding dengan teknik berdiri tetap.

Persediaan untuk permulaan - 10 -

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Analisis Pergerakan Melempar Cakera

Persediaannya adalah untuk permulaan menguji kedudukan kaki, hayunan persediaan dan aktiviti kelenturan tangan yang melempar cakera. Posisi semasa berdiri mestilah kemas dan selesa untuk mendapatkan imbangan badan semasa membuat lemparan untuk gaya berpusing. Rasakan pergerakkan terlebih dahulu (feel) membayangkan bagaimana lemparan yang hendak dibuat.

Fasa melempar cakera terbahagi kepada fasa : 1. Menghayun 2. Memusing 3. Melempar dan 4. Pemulihan (ikut lajak)

- 11 -

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Analisis Pergerakan Melempar Cakera

- 12 -

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Analisis Pergerakan Melempar Cakera

Gambar 1

Gambar 4 Gambar 3

Pelempar cakera yang menggunakan tangan kanan membuat 1 pusingan ke kiri. Kaki kiri berada di hadapan apabila cakera dilempar.

Fasa-Fasa Dalam Melempar Cakera


1. Menghayun (Lihat Gambar 1)

- 13 Gambar 1

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Analisis Pergerakan Melempar Cakera

Hayunkan cakera sejauh yang mampu ke arah kanan belakang dan pada masa yang sama pusingkan badan. Gambar (1)

Posisi kangkang dengan bukaan kedua-dua kaki seluas lebar bahu dan balik ke arah lemparan ; bengkokkan sedikit keduadua lutut (2)

2. Memusing (Lihat Gambar 2) Tolak ke hadapan dengan kaki kiri apabila muka menghadap arah Lemparan (1) Tangan lemparan mestilah lebih tinggi daripada ketinggian pinggul dan di belakang badan (2). Berat badan disokong oleh kaki kanan (3) Letakkan kaki kiri dengan pantas dan aktif pada penghujung depan bulatan (4) Pusingkan bebola kaki kiri (1), halakan lutut pada arah lemparan Biarkan tangan lemparan terus berada di belakang badan (2) Hayun kaki kanan melepasi bulatan (3)

Posisi Kuasa Pada posisi melempar , berat badan di sokong oleh kaki kanan (1) Biarkan tangan lemparan terus berada di belakang badan (2)

- 14 -

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Analisis Pergerakan Melempar Cakera

3. Melempar (Lihat Gambar 3) Pusing pinggul kanan menghala ke depan dan lunjurkan kaki

kanan (1) Lemparan pada paras ketinggian bahu dengan kaki hadapan dilunjurkan (2) Jangan jatuhkan tangan lemparan sehingga kedua-dua kaki sampai Ke tanah dan pinggul telah berpusing . Cengkaman (Lihat Gambar 4) Pegang cakera dengan sendi jari hujung (1) Cakera berada pada tapak tangan yang akan digunakan untuk melempar (2) Ibu jari berada di atas cakera (3)

4. Pemulihan (ikut lajak) Pemulihan adalah perlu bagi kelancaran lemparan (flow) Tangan terus menghayun mengikut lajak bagi kawalan lemparan.

- 15 -

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Analisis Pergerakan Melempar Cakera

Fasa ikut lajak adalah perlu untuk mengelakkan kecederaan, jika cakera dilempar tangan (lengan) terus kaku (dikeraskan) kemungkinan akan mengakibatkan kecederaan.

Prinsip-Prinsip Asas Biomekanik


Prinsip biomekanik dalam acara lempar cakera merupakan cara dan kaedah harus digunakan bagaimana untuk mendapatkan hasil yang maksimum daripada pengetahuan teknikal, pengetahuan atlit itu sendiri, pendekatan yang digunakan dan pergerakan yang seterusnya diaplikasikan ke atas struktur dan fungsi sistem tubuh manusia.bagi penghasilan daya pergerakan yang optimum. Daya yang diaplikasikan m,enyebabkan perubahan pada linear

momentum yang melibatkan dan menghasilkan halaju pergerakan. Halaju adalah hasil daripada jarak didarab dengan masa. Apabila memperkatakan prinsip asas biomekanik ia melibatkan daya/ kuasa (force), jisim (mass), pemecutan (acceleration), halaju dan masa. Faktor yang mempengaruhi jarak balingan ialah : 1. sudut lontaran dan kelajuan jarak yang dilalui cakera bergantung

kepada sudut dan kelajuan perlepasan. Lemparan perlu ada daya dan sudut yang betul 2. ketinggian atlit - lebih panjang jejari rotasi maka lebih besar halaju linear. Berdasarkan prinsip biomekanik, maka dengan itu lemparan atlit yang bertubuh tinggi adalah lebih laju kerana mempunyai lengan yang lebih panjang bagi mendapatkan daya hayunan yang lebih

- 16 -

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Analisis Pergerakan Melempar Cakera

3. bentuk fizikal badan dari genetic dan baka yang sesuai 4. faktor angin (bantuan luar)

Daya tambahan diperolehi dengan hayunan lengan semasa melempar dengan fleksi pada pergelangan tangan menambah halaju linear. Halaju linear dapat dikekalkan sekiranya pergerakan bersudut dapat dibentuk sebelum lemparan. Kelajuan cakera yang dilepaskan adalah hasil daruipada

pengumpulan daya-daya pergerakan swing badan, hayunan bahu pada lengan dan pergelangan tangan. Badan mencapai pergerakan linear yang maksima dan mengarah ke perlepasan projektil. Semasa perlepasan berat badan dipindahkan dari kaki kiri ke kaki kanan (bagi pelempar menggunakan tangan kanan) ketika badan berpusing (satu setangah pusingan), dari kaki belakang ke kaki depan. Daripada rotasi ini datangnya (menghasilkan) daya

Prinsip biomekanik melempar cakera

- 17 -

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Analisis Pergerakan Melempar Cakera

Acara padang yang banyak melibatkan prinsip-prinsip biomekanik. Antara prinsip-prinsip yang mempengaruhi pencapaian lemparan dalam acara melempar cakera ialah pecutan, sudut lontaran, ketinggian dan aerodenamik.

Pecutan. Menurut Hukum Newton Ke 2, kadar perubahan momentum sesuatu objek adalah berkadar terus kepada jumlah daya paduan yang bertindak ke atasnya dan dalam arah yang sama dengannya. Teknik melempar cakera yang berkesan adalah dengan menggunakan daya seluruh badan dan memperolehi jarak lemparan yang mantap. Daya-daya badan mesti digunakan dengan cakera pada arah yang sesuai, iaitu sejauh yang boleh ke arah penghabisan lemparan. Daya-daya badan mestilah digunakan pada urutan dan jangkaan masa yang tepat. Untuk mempercepatkan lemparan cakera, setiap gerakkan badan (badan, peha, kaki dan tangan) mesti bergerak ke arah yang sama dengan pantas. Semakin pantas gerakkan badan akan menghasilkan daya yang semakin kuat. Daya bermula dengan gerakan badan yang berfungsi sepenuhnya, koordinasi supaya menyumbang pecutan yang maksimum kepada cakera. Pecutan maksimum ini berkekalan untuk menyokong pergerakan yang selanjutnya. Tangguhan atau kelambatan tindakan daya-daya badan akan memperlambatkan kelajuan walaupun cakera belum lepas dari tangan. Menurut Hukum Newton ke-3 (Hukum Tindakbalas). Bagi setiap tindakbalas terdapat tindakbalas yang sama dan bertentangan. Kelajuan

- 18 -

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Analisis Pergerakan Melempar Cakera

lemparan cakera yang maksimum diperolehi daripada tangan yang menyumbang daya mencukupi kepada pergerakan pelempar dan bagi suatu jangkamasa selagi cakera itu berada pada pelempar sebelum dilepaskan.

Aerodinamik Mengikut kajian, saiz dan bentuk cakera mempengaruhi jarak lemparan. Semasa cakera melayang melalui udara, cakera yang berbentuk aerodinamik menolak kebanyakan udara ke tepi dan sebahagian udara ke hadapan. Tindakan ini mengurangkan daya kinetik dan kalajuan. Rintangan ini mengurangkan daya kinetik dan kelajuan. Rintangan udara adalah bergantung kepada bentuk dan saiz objek yang melaluinya. Semakin kecil dan tajam hadapan objek, semakin kurang rintangan yang dihadapi kerana bahagian rintangannya adalah sempit. Aliran udara ini dapat membantu bagi menambahkan jarak mendatar sesuatu objek. Aliran udara melalui bentuk airfoil dipercepatkan melalui bahagian atas yang melengkung daripada bahagian bawahnya. Ini mengakibatkan perbezaan tekanan di antara kedua-dua permukaan (prinsip Bernouli). Akibatnya satu daya akan bergerak dari bawah objek yang bertekanan tinggi ke bahagian atas yang bertekanan rendah. Bentuk cakera yang leper seperti piring yang melengkung dibantu oleh daya angkut udara (aerodinamik) untuk menambahkan jarak pendaratan. Daya mengangkut aerodinamik ketika melempar juga dihasilkan bagi objek yang diprojekkan dengan putaran. Daya ini dihasilkan daripada perbezaan

- 19 -

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Analisis Pergerakan Melempar Cakera

tekanan di antara bahagian yang berkaitan sesuatu objek. Putaran yang dihasilkan semasa lemparan cakera juga mempengaruhi jarak dan kestabilan cakera. Untuk mendapatkan kestabilan cakera selepas perlepasan dan semasa cakera melayang di udara, teknik dan kemahiran melempar mesti dikuasai terlebih dahulu . ini dapat diaplikasikan melalui latihan intensif.

Sudut Lemparan Sudut mendarat bagi sesuatu objek dipengaruhi oleh sudut lontaran. Sudut lontaran ke udara dan mendarat sesuatu objek adalah sama jika diukur secara mendartar. Jarak dari titik permulaan ke titik puncak tertinggi adalah sama dengan jarak dari titik puncak tertinggi ke titik mendatar, jika diukur secara mendatar. Daya tindakan gravity akan mempengaruhi jarak mendarat sesuatu objek yang dilontar ke udara. Laluan yang akan diambil oleh sesuatu objek akan berbentuk parabola. Oleh yang demikian, lebih besar sudut lontaran, lebih curamlah parabola itu. Sudut lontaran yang ideal ialah 45 darjah jika diukur mendatar.

Gambarajah menunjukkan pergerakan parabola

- 20 -

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Analisis Pergerakan Melempar Cakera

Pelepasan cakera ke udara untuk jarak mendatar melibatkan lemparan cakera pada suatu ketinggian. Sudut lepasan bagi lemparan cakera yang paling ideal ialah 45 darjah.

Ketinggian Ketinggian lepasan dan mendarat relatif mempengaruhi masa objek itu berada di udara. Satu objek yang dilepaskan pada titik yang lebih tinggi daripada titik mendarat akan mempunyai masa yang lebih lama. Lebih lama objek itu berada di udara, mempunyai komponan halaju mendatar, lebih jauh objek itu akan bergerak secara mendatar. Pelepasan cakera ke udara untuk jarak mendatar melibatkan lemparan cakera itu pada suatu ketinggian. Ketinggian bergantung kepada ketinggian pelempar dan tempat di mana dia melepaskan cakera itu secara relatif kepada bumi. Semakin tinggi seseorang atlit pelempar cakera, maka lebih lama lembing itu berada di udara dan jarak yang lebih jauh cakera itu akan bergerak.

- 21 -