Anda di halaman 1dari 18

Topik

Sekolah Bestari Acuan Malaysia dan Matlamatnya

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan konsep sekolah bestari acuan Malaysia; 2. Membincangkan sejarah perkembangan sekolah bestari di Malaysia; 3. Membincangkan matlamat sekolah bestari; dan 4. Menjelaskan kepentingan pendidikan bestari.

X PENGENALAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani serta intelek (JERI) berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1986

TOPIK 1

SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan enam teras strategik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 hingga 2010 seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1.

Rajah 1.1: Enam teras strategik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 hingga 2010

Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan tersendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian serta kebudayaan. Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan serta berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju tahun 2020. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baharu, mempunyai ketahanan serta kebolehan berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Peranan guru adalah untuk menyediakan generasi muda Malaysia dengan peluang yang luas bagi mengembangkan potensi diri, melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan membentuk ciri-ciri keperibadian serta perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia, selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

TOPIK 1

SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA

Dalam usaha untuk menjadi negara maju, pendidikan amat penting dan menjadi teras strategik dalam Misi Nasional. Kementerian Pelajaran telah mengatur strategi agar masyarakat Malaysia dapat menghadapi cabaran globalisasi dan mengangkat sistem pendidikan bertaraf dunia. Pelbagai perubahan dan pembaharuan telah dilaksanakan terutamanya dalam kurikulum. Antara pembaharuan yang dilaksanakan ialah Sekolah Bestari.

SEMAK KENDIRI 1.1


Jelaskan kepentingan Program Pembestarian Sekolah dalam usaha untuk memperkasa sekolah kebangsaan seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 hingga 2010.

AKTIVITI 1.1
1. Buat satu lakaran grafik konsep Sekolah Bestari acuan Malaysia. 2. Berdasarkan lakaran grafik yang dipaparkan, buat satu huraian lengkap tentang pengwujudan sekolah bestari dalam sistem pendidikan negara.

1.1

SEKOLAH BESTARI

Sekolah Bestari ialah institusi pembelajaran yang direka semula dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah bagi menyediakan kanakkanak untuk menghadapi Era Maklumat yang mencabar. Perkara ini ditegaskan dalam The Smart School Conceptual Blueprint:

The Malaysian Smart School is a learning institution that has been systemically reinvented in terms or teaching-learning practices and school management in order to prepare children for the Information Age.
Institusi ini melengkapkan pelajar supaya boleh belajar sepanjang hayat kerana pada zaman ini maklumat berubah dengan pesat. Maka, dapatlah dirumuskan bahawa Sekolah Bestari di Malaysia merupakan institusi pembelajaran yang direka semula secara sistematik dari segi amalan Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) dan pengurusan sekolah dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi Era

TOPIK 1

SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA

Maklumat berasaskan dua perkara penting, iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan nilai-nilai murni serta kepakaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Maksudnya di sini, amalan P & P direka semula dengan mengintegrasikan elemen-elemen bestari iaitu kemahiran generik, pendekatan pembelajaran, strategi P & P serta gaya pembelajaran dan ICT dalam P & P. Integrasi kesemua elemen ini adalah bertujuan untuk menjadikan P & P lebih menarik, mencabar, berkesan dan seterusnya dapat mengembangkan potensi murid secara holistik dan bersepadu seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ciri-ciri Sekolah Bestari adalah seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 1.2:

Rajah 1.2: Ciri-ciri Sekolah Bestari

Sekolah Bestari mengikut acuan Malaysia ialah: (a) (b) (c) (d) (e) Sekolah tempat murid belajar mengikut kadar kendiri, akses kendiri serta terarah kendiri; Sekolah untuk semua jenis murid iaitu rendah dan menengah; Sekolah yang mengoptimumkan penggunaan teknologi pendidikan; Sekolah yang berkeupayaan kendiri untuk membestarikan sumber manusia; dan Sekolah yang gurunya berperanan sebagai pembimbing di sisi dan bukannya pendeta di pentas.

Seperti mana yang telah dibincangkan di atas, Sekolah Bestari acuan Malaysia adalah bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, yang dapat mengembangkan potensi diri dan memberi sumbangan ke arah kesejahteraan ummah. Hal ini dapat digambarkan melalui logo seperti dalam Rajah 1.3.

TOPIK 1

SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA

Rajah 1.3: Logo Sekolah Bestari

Logo ini telah diringkaskan terjemahannya melalui simbol dan warna dalam Jadual 1.1.
Jadual 1.1: Penjelasan Warna pada Logo Warna Huruf Hitam Kuning Ungu Putih Biru Merah Pemikiran kritis dan kreatif Pembelajaran optimum Ilmu Pendemokrasian pendidikan Perkembangan holistik murid Peranan pendidikan sebagai pemacu pembangunan negara Penjelasan

Sumber: Modul Pengurusan Pembelajaran Bestari, Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia (2006)

Berdasarkan Rajah 1.3 yang berikut, dapatlah disimpulkan bahawa Sekolah Bestari ialah sekolah yang dilengkapi dengan prasarana ICT, pengurusan pentadbiran yang profesional dan guru yang cekap, bijak, pintar, berintegriti, bersifat luhur dan berbudi pekerti mulia serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.

SEMAK KENDIRI 1.2


Berikan definisi sekolah bestari yang anda fahami berdasarkan konteks di Malaysia.

TOPIK 1

SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA

1.1.1

Sejarah Perkembangan Sekolah Bestari di Malaysia

Tahukah anda bahawa sewaktu Wawasan 2020 dilancarkan pada Februari 1991, Perdana Menteri Malaysia keempat, iaitu Tun Dr. Mahathir bin Muhamad, menyatakan bahawa untuk menjadi sebuah negara maju, kita perlu menggunakan kekuatan akal? Oleh itu, untuk mencapai hasrat Wawasan 2020 tersebut, sistem pendidikan negara perlu diubah sesuai dengan peredaran masa dan tuntutan zaman. Sewaktu melancarkan Koridor Raya Multimedia pada 1 Ogos 1996, beliau menegaskan dengan memetik: Teacher will need to change their role in the eletronic classroom from being information providers to counselors to help student develop know how and judgement to select information sources. Key to success in the Information Age will be making the right judgement between an awesome array of choice. We are examining our education system to create a curriculum where people learn how to learn for continuing education throughout their life. (Mahathir Mohamad, 1996) Sekolah Bestari merupakan salah satu daripada tujuh Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia (1997, 2003 dan 2005) yang terdiri daripada Kad Pintar Serba Guna, Sekolah Bestari, Teleperubatan, Kerajaan Elektronik Jaringan Pengilangan Sedunia, Pemasaran Tanpa Sempadan serta Kelompok R & D. Koridor Raya Multimedia disambung kepada Global Information Superhighway bertujuan untuk: (a) (b) Memperoleh maklumat secara visual, teks serta suara yang dihantar dengan cepat dalam kuantiti yang tidak terbatas; dan Menggerakkan pemindahan teknologi khususnya teknologi digital, menjadikan R & D sebagai satu budaya untuk penghasilan produk baharu dan perkhidmatan yang berkualiti.

Dokumen rasmi yang menjadi dasar Sekolah Bestari ialah Smart School Flagship Application: The Malaysian Smart School a Conceptual Blueprint oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (1977). Rajah 1.4 menunjukkan Koridor Raya Multimedia 2005.

TOPIK 1

SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA

Rajah 1.4: Koridor Raya Multimedia 2005 Sumber: Modul Pengurusan Pembelajaran Bestari, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (2006)

Projek Rintis Sekolah Bestari bermula pada tahun 1999 hingga 2002 dan melibatkan sebanyak 87 buah sekolah di Malaysia. Perluasan Projek Sekolah Bestari dikembangkan kepada 10,000 buah sekolah bermula tahun 2002 hingga 2010 di bawah Program Pembestarian Sekolah dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) dan Kesembilan (RMK9). Pencapaian Projek Rintis Sekolah Bestari di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia dapat dilihat dalam Rajah 1.5 dan 1.6 yang berikut.

TOPIK 1

SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA

Rajah 1.5: Pencapaian Projek Rintis Sekolah Bestari

TOPIK 1

SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA

Rajah 1.6: Pencapaian Projek Rintis Sekolah Bestari (Sistem pengurusan Sekolah Bestari) Sumber: Modul Pengurusan Pembelajaran Bestari, Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia (2006)

Dalam usaha untuk mewujudkan Sekolah Bestari, beberapa perubahan perlu dilakukan. Antaranya ialah: (a) (b) (c) (d) Budaya P & P, iaitu daripada cara yang tradisional kepada cara yang berteraskan ICT; Sistem pengurusan, iaitu pentadbir dan guru-guru perlu mengamalkan sistem pengurusan yang profesional; Sistem penaksiran dan penilaian harus berubah daripada cara lama dan berpusat kepada cara yang berterusan dan bersifat holistik; dan Kemudahan teknologi multimedia iaitu meningkatkan prasarana ICT untuk tujuan P & P seperti peralatan, makmal komputer, tenaga kepakaran serta tenaga kerja yang mencukupi.

Dasar utama Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan dengan sekolah Bestari adalah: (a) (b) (c) Memastikan semua pelajar celik ICT; Menyelaraskan semua inisiatif ICT di bawah Jawatankuasa Maklumat Pengkomputeran Kementerian; Menilai semula setiap perisian kursus yang telah dihasilkan;

10 X

TOPIK 1

SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA

(d) (e) (f)

Mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai mata pelajaran dalam P & P; Menggalakkan penggunaan ICT bagi meningkatkan kecemerlangan serta keberkesanan sistem pengurusan; dan produktiviti,

Menggalakkan perkongsian pintar dengan pihak luar Kementerian Pelajaran Malaysia.

1.1.2

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Sekolah Kebangsaan (SK) merujuk kepada sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah harian yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah-sekolah ini ditubuhkan sebagai sekolah aliran perdana bagi memupuk perpaduan rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi supaya SK menjadi sekolah pilihan utama masyarakat. Dengan kata lain SK perlu diperkasakan supaya setanding dengan sekolah-sekolah lain seperti sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil serta sekolah agama. Dalam usaha untuk memperkasakan SK, Program Pembestarian Sekolah diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) secara berperingkat-peringkat. Bagi memperluaskan penggunaan ICT di sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia mensasarkan agar semua SK dilengkapi dengan infrastruktur, peralatan dan perisian yang mencukupi, serta guru dan kakitangan mendapat latihan yang sewajarnya untuk memastikan pengintegrasian ICT berlaku dalam P & P dan urusan pentadbiran sekolah. Pelaksanaan Pembestarian sekolah merangkumi tiga dimensi seperti dalam Rajah 1.7.

Rajah 1.7: Tiga dimensi yang dirangkumi oleh pelaksanaan pembestarian sekolah

Ketiga-tiga dimensi ini menjadi pemacu dalam meningkatkan keberkesanan P & P dalam pengurusan sekolah kebangsaan dan mewujudkan sekolah-sekolah perkasa (Rajah 1.8).

TOPIK 1

SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA

11

Dasar memperkasa SK diwujudkan bagi memastikan semua sekolah rendah yang berbahasa pengantar bahasa Melayu dan sekolah menengah kebangsaan menjadi sekolah pilihan utama masyarakat Malaysia. Matlamat dasar adalah untuk memupuk dan memperkukuh perpaduan dalam kalangan pelajar. Justeru itu, pelajar dilatih agar hidup saling bekerjasama dan mempunyai semangat patriotisme serta bertoleransi yang tinggi selaras dengan aspirasi nasional. Di samping itu, ia dapat meningkatkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan meningkatkan kualiti prasarana, disiplin, sukan, penguasaan ICT, kualiti guru serta kepimpinan sekolah. SK yang diperkasa akan diterajui oleh pengetua atau guru besar yang mempunyai ciri kepimpinan yang berkesan, kumpulan guru daripada pelbagai kaum yang cekap dan komited, mengeratkan hubungan dan penglibatan ibu bapa dengan warga sekolah. Selain itu SK mempunyai infrastruktur yang lengkap bagi melahirkan pelajar yang tinggi pencapaian akademik dan kokurikulum serta sahsiah yang cemerlang. Ciri-ciri tersebut boleh dilihat dalam Rajah 1.8 seperti berikut.

Rajah 1.8: Ciri-ciri Sekolah Perkasa Sumber: RMK9, PIPP, Kementerian Pelajaran Malaysia, Edisi Pelancaran (2006)

12 X

TOPIK 1

SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA

Dalam negara yang berbilang kaum seperti Malaysia, SK merupakan wahana terbaik untuk memupuk perpaduan kaum daripada peringkat awal persekolahan kanak-kanak. SK perlu diperkasakan untuk mencerminkan budaya Malaysia, mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah, mempunyai persekitaran yang kondusif, budaya kerja yang positif dan mampu menawarkan program pendidikan yang berasaskan pelanggan bagi menarik ibu bapa dan pelajar dari pelbagai latar belakang, kaum serta agama untuk belajar di SK. Dalam konteks yang lebih luas lagi, Sekolah Bestari merupakan satu agenda utama dalam PIPP untuk memperkasakan sekolah kebangsaan dalam persada dunia pendidikan bagi meningkatkan lagi kualiti P & P, keberkesanan perguruan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru.

1.1.3

Pendidikan Bestari

Pendidikan Bestari merupakan usaha untuk menggilap dan mengukuhkan seluruh potensi insan yang sedia ada untuk kesejahteraan masyarakat dan negara. ICT merupakan prasarana tambahan untuk membantu proses penggilapan diri individu. Dengan ini, pelajar akan mempunyai kemampuan untuk menguasai dan menggunakan peralatan ICT, membangunkan minda, bersahsiah mulia dan membangunkan emosi untuk mengeksploitasi alam yang penuh dengan anugerah Allah demi kesejahteraan dunia dan akhirat. Ringkasnya Pendidikan Bestari ialah: (a) (b) (c) (d) (e) Usaha untuk mengembangkan potensi individu; Pendidikan alaf baharu untuk menghadapi cabaran globalisasi; Pendidikan bertaraf dunia; Usaha untuk melahirkan generasi yang celik minda; dan Agenda utama dalam RMK9 yang terkandung dalam teras strategik PIPP.

Pendidikan Bestari merupakan sistem pendidikan alaf baharu bagi memenuhi tuntutan negara masa kini dan masa depan. Sistem Pendidikan Bestari penting untuk menghadapi cabaran semasa, iaitu: (a) Ledakan Maklumat Kajian menunjukkan ilmu pengetahuan yang berupa fakta dan maklumat dalam apa-apa bidang sedang berkembang pesat. Justeru itu, maklumat dalam bentuk bercetak dianggap kurang relevan untuk mendapatkan fakta dan maklumat yang tepat dan terkini.

TOPIK 1

SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA

13

(b)

Era Teknologi Maklumat Khususnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Kemajuan dalam ICT membolehkan kita memaparkan maklumat terkini daripada pakarpakar yang berada di seluruh dunia pada bila-bila masa. Tokoh dan sumber rujukan tradisi kurang berfungsi dan keunggulannya kian terhakis. Globalisasi Ini selaras dengan dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan serta dunia sebagai perkampungan global dalam era komunikasi. Walau bagaimanapun, mengakibatkan nilai, budaya, serta falsafah asing sama ada buruk atau baik tidak dapat dikawal dan akan mempengaruhi masyarakat tempatan dan meracuni pemikiran remaja dan golongan muda.

(c)

AKTIVITI 1.2
1. Jelaskan hubung kait antara pendidikan bestari dengan modal insan. 2. Huraikan program-program yang dilaksanakan di sekolah anda untuk mencapai matlamat sekolah bestari.

1.2

KONSEP BESTARI

Kamus Oxford mendefinisikan bestari sebagai cerdik, pintar, tajam akal, kelihatan segar, bergaya serta menonjol dalam masyarakat (clever, ingenious,

quickwitted, bright and fresh in appearance, neat fashionable, stylish and conspicious in society).
Kamus Dewan Edisi keempat pula mentakrifkan bestari sebagai segak, pintar, bijak, pantas serta berkelas tinggi. Manakala Kamus Digital Oxford Besta, Bestari bermaksud berpendidikan, berpengetahuan luas, berbudi pekerti baik, cekap, cerdas, pandai, pintar serta bergaya (smart, bright and new looking, showing intelligent, clever and ingenious). Ringkasnya, maksud konsep bestari ialah bijak, pintar, luas pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bersopan santun, berhemah serta tinggi budi pekerti.

14 X

TOPIK 1

SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA

1.2.1

Guru Bestari

Guru Bestari ialah guru yang bijak, berketerampilan, mengamalkan budaya ilmu, bersahsiah mulia, mempunyai kompetensi kecerdasan emosi dan sosial, mengamalkan nilai-nilai integriti, bertanggungjawab dan berakauntabiliti, menganggap kerja sebagai ibadah, menguasai pelbagai bahasa serta mempunyai kepakaran dalam ICT. Guru Bestari ialah guru yang mempunyai ciri-ciri di atas, serta komited terhadap tugas, kreatif, inovatif, optimistik serta mesra ICT seperti yang digambarkan dalam FPK iaitu insan yang seimbang dari segi jasad dan rohnya; jasmani (fizikal), emosi (nafsu), rohani (hati) dan intelek (akal).

1.2.2

Matlamat Sekolah Bestari

Sekolah Bestari bermatlamat melahirkan pelajar yang holistik, berupaya berfikir secara bijak dan saksama. Keupayaan ini tidak dapat diperoleh secara semula jadi tetapi melalui proses pembelajaran yang berterusan. Seseorang pelajar itu mungkin mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi, namun, jika dia tidak ada kemahiran untuk menggunakan kecerdasan itu, maka, pelajar itu tidak dapat bertindak dengan bijak. Bagi pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan dan kemahiran yang tinggi, ia akan menyerlahkan potensi yang baik. Inilah kualiti pelajar yang ingin dilahirkan melalui sekolah bestari.

Rajah 1.9: Objektif Sekolah Bestari

TOPIK 1

SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA

15

Objektif yang dapat dilihat dalam Rajah 1.9 akan dapat dicapai melalui strategi yang berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f) Memberi peluang belajar kepada semua murid; Mengajarkan bahasa dan nilai-nilai murni merentasi kurikulum; Memberi penekanan terhadap kemahiran berfikir (High Order Thinking Skill HOTS); Mengintegrasikan ICT dalam P & P; Meningkatkan komunikasi menerusi ICT; dan Menjalin hubungan yang baik dengan pihak luar dan komuniti setempat.

Bagi mencapai matlamat ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Program Pembestarian Sekolah. Pembestarian sekolah merupakan proses berterusan ke arah pembudayaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan lagi kualiti P & P, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru. Sekarang ini, terdapat lima inisiatif ICT, iaitu projek pengkomputeran dan makmal komputer, Projek Rintis Sekolah Bestari, penyediaan infrastruktur dan rangkaian jalur lebar SchoolNet, pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan TV Pendidikan. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), Program Pembestarian Sekolah dilaksanakan dengan cekap, lancar serta efektif. Antara langkah yang telah dan akan diambil oleh kerajaan bagi mencapai matlamat ini adalah seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 1.10.

16 X

TOPIK 1

SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA

Rajah 1.10: Langkah-langkah kerajaan untuk mencapai matlamat Sekolah Bestari

SEMAK KENDIRI 1.3


1. Nyatakan objektif Sekolah Bestari. 2. Bagaimana objektif ini dapat dicapai?

AKTIVITI 1.3
Jelaskan program-program yang dilaksanakan di sekolah anda untuk menjayakan program pembestarian sekolah.

TOPIK 1

SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA

17

Sekolah Bestari ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dari segi amalan P & P dan pengurusan sekolah untuk menyediakan kanak-kanak bagi zaman maklumat. Institusi ini melengkapkan pelajar supaya boleh belajar sepanjang hayat. Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah pembudayaan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan lagi kualiti P & P, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru. Sekolah Bestari merupakan salah satu daripada tujuh Aplikasi Koridor Raya Multimedia (MSC). Dalam RMK9 Program Pembestarian Sekolah dilaksanakan bagi memperkasa Sekolah Kebangsaan.

x x

E-Kerajaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1986 K-Ekonomi Kelompok R & D Koridor Raya Multimedia (MSC) Matlamat Sekolah Bestari Membudayakan ICT

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Program Pembestarian Sekolah Projek MSC Sekolah Bestari Teleperubatan

18 X

TOPIK 1

SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA

Abdul Fatah Hassan. (1994). Kecemerlangan minda dalam pembelajaran keseluruhan otak dan daya berfikir. Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Buku penerangan kurikulum bersepadu sekolah rendah. (2003). Kementerian


Pelajaran Malaysia: Pusat Perkembangan Kurikulum. Ministry of Education, Malaysia. Program rakan kongsi pendidikan, Wacana intelektual pendidikan 1996. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Modul Latihan Guru Bestari: Kursus dalam perkhidmatan. (2006). Kementerian


Pelajaran Malaysia: Bahagian Pendidikan Guru.

Rancangan Malaysia Ke-9: Pelan induk pembangunan pendidikan (PIPP) 2006


2010 Edisi Pelancaran (2006). Kementerian Pelajaran Malaysia.

The Malaysian Smart School: An MSC flagship application. A conceptual blueprint


(1997). Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.