Anda di halaman 1dari 26

Sunday, August 22, 2010

PRINSIP DAN KONSEP MODEL PEMBELAJARAN SOSIAL

Konsep

Model sosial direka cipta untuk mengambil peluang demi membina komuniti pembelajaran. Model pengajaran sosial bertujuan untuk membantu pelajar menajamkan pemikiran melalui interaksi dengan orang lain serta cara bekerjasama dengan individu lain secara produktif dan bagaimana dapat berfungsi sebagai seorang ahli dalam pasukan atau kumpulan. Model ini membantu untuk memperkembangkan perspektif individu dan kumpulan dalam memperjelas dan mengembangkan idea-idea. Secara tidak langsung, pemikiran seseorang akan lebih terbuka kepada idea-idea orang lain. Mod

dalam model lebih menekankan kepada penyiasatan atau penerokaan secara kumpulan seperti dalam pembelajaran koperatif dan main peranan. Sebagaimana istilah sosial, model ini membantu pelajar mengenal pasti pelbagai perspektif sesuatu masalah dan memahami penaakulan di sebalik pelbagai pemikiran, berbanding dengan diri sendiri. Berbekalkan pandangan ini, seseorang dapat membentuk perdebatan untuk membuat justifikasi terhadap hujahnya. Mod interaktif ini mendorong pelajar mengumpulkan maklumat dan berbincang dengan menggunakan kemahiran sosial. Mengikut Joyce et al. (2001) model sosial ini melatih pelajar menggunakan kemahiran mendengar dan memahami konteks, berkebolehan menyusun maklumat serta merta dan merangka soalan untuk memperoleh data serta dapat menggabung semua maklumat untuk menyelesaikan masalah. Pembelajaran Koperatif Koperatif bermaksud kerjasama. Pembelajaran koperatif diertikan sebagai sekumpulan murid belajar secara kerjasama, dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Melalui pembelajaran secara koperatif, murid-murid saling berinteraksi dan bantu-membantu dalam aktiviti pembelajaran dengan tujuan mencapai kemajuan dan prestasi yang cemerlang. Model pengajaran koperatif bukan sahaja membantu pelajar dalam menguasai kandungan pembelajaran, tetapi membantu mereka memperoleh kemahiran dalam aspek sosial dan perhubungan manusia. Menurut Arends (2001), fokus utama pembelajaran koperatif berkisar kepada tiga perkara iaitu: - Pencapaian akademik - Penerimaan kepelbagaian - Kemahiran sosial Model pembelajaran koperatif dicirikan dengan: - Tugasan koperatif - Matlamat - Struktur ganjaran

Dalam konteks ini, pelajar-pelajar dalam situasi pembelajaran dikehendaki bekerjasama untuk menyelesaikan untuk menyelesaikan satu tugasan bersama demi mencapai matlamat yang sama. Mereka juga saling bergantung antara satu sama lain untuk mencapai ganjaran bersama. Menurut pelopor Slavin (2005), pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran aktif yang berupaya untuk mengubah suatu situasi pembelajaran yang pasif kepada suatu yang dinamis serta berpusatkan pelajar. Sebagai kesimpulannya, dapat dilihat bahawa pembelajaran koperatif sebenarnya berhasrat untuk mengubah norma dalam kalangan pelajar muda agar mereka dapat menerima hakikat untuk mencapai kecemerlangan dalam tugasan dan pembelajaran. Selain itu, model pengajaran sosial ini sangat memanfaatkan kumpulan pelajar berpencapaian rendah dan tinggi apabila mereka menyelesaikan tugasan pembelajaran bersama. Sebagai contoh, pelajar berpencapaian rendah akan menerima bantuan daripada rakan sekumpulan yang merupakan tutor kepada mereka. Manakala, pelajar berpencapaian tinggi akan memperoleh kebaikan sebagai tutor dalam proses tersebut serta akan menggalakkan mereka untuk berfikir secara mendalam terhadap perkara-perkara dalam topik tertentu. Konsep Utama Pembelajaran Koperatif Pembelajaran koperatif merujuk kepada satu set strategi pengajaran yang merangkumi interaksi pelajar secara koperatif terhadap kandungan mata pelajaran. Amalan pembelajaran koperatif adalah berbeza-beza dan pembentukan kumpulan mungkin bercorak kompleks mahupun mudah dalam suasana kelas yang terdiri daripada aktiviti pembelajaran koperatif dilaksanakan dalam persekitaran pembelajaran yang demokratik dan peranan aktif oleh pelajar dalam menentukan cara pencapaian pembelajaran mereka. Selain itu, di sini dapata kita lihat bahawa melalui pembelajaran koperatif ini guru memainkan peranan dalam menstruktur kumpulan dan prosedur tau langkahlangkah, manakala pelajar mengawal keadaan dan corak interaksi dalam kumpulan. Maksud pelajar mengawal corak interaksi dalam kumpulan ialah di mana pilihan pelajar itu sendiri untuk mahu terlibat secara aktif mahupun pasif dalam sesuatu interaksi dalam kumpulan.

Terdapat enam konsep pembelajaran koperatif iaitu: - Pasukan - Keinginan untuk bekerjasama - Pengurusan koperatif - Kemahiran bekerjasama - Prinsip asas pembelajaran koperatif - Struktur pembelajaran koperatif Kelebihan Pembelajaran Koperatif - Membawa manfaat kepada pelajar yang lemah yang mendapat bantuan daripada pelajar yang cerdas. - Menunjukkan peningkatan signifikan konsep kendiri pelajar. - Pelajar lebih berminat dengan keadaan bilik darjah yang lebih sesuai. - Menghasilkan pembentukan kemahiran sosial dan perhubungan sosial secara positif dalam kalangan pelajar. - Menunjukkan peningkatan kebolehan pelajar dalam memainkan peranan dalam aktiviti kognitif dan afektif. - Memupuk pencapaian tinggi, bukan pembelajaran bercorak persaingan dan individualistik tanpa mengira umur, bidang pelajaran dan tugasan. - Kajian meninjukkan bahawa pembelajaran loperatif ini membawa kepada penambahbaikan dalam perhubungan etnik dalam kalangan pelajar. - Pelajar mempunyai kawalan diri dalaman dan mempunyai motivasi intrinsik. Simulasi : Main Peranan dan Lakonan Definisi dan Konsep Simulasi Definisi bagi simulasi ialah suatu situasi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama ada dengan situasi yang sebenar dengan tujuan menjalankan latihan penyelesaian masalah tertentu. Teknik simulasi digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah untuk membolehkan murid-murid berlatih sendiri aktiviti lakonan

dalam keadaan teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk sesuatu masalah yang dicipta. Masalah ini boleh melibatkan sesuatu kajian yang rumit, masalah disiplin atau masalah-masalah berlaku di alam sekitar. Sebagai kesimpulannya, dengan menggunakan teknik simulasi ini dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid akan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan cara melakon sesuatu peristiwa situasi mahupun peristiwa dalam sesuatu keadaan yang telah diaturkan. Murid dapat mengemukan cara penyelesaian sesuatu masalah yang telah ditimbulkan melalui aktiviti lakonan ini. Simulasi Penggunaan efektif model simulasi dalam bilik darjah bergantung kepada bagaimana guru menyelitkan simulasi yang disediakan dalam kurikulum dan mengaplikasikan serta mengukuhkan pembelajaran. Perlu diingatkan bahawa, kebolehan guru dalam melaksanakan aktiviti secara simulasi adalah sangat penting. Menurut buku Murid dan Alam Belajar yang ditulis oleh Noriati A.Rashid et. al., dalam pengajaran yang menggunakan model simulasi, terdapat empat fasa yang penting iaitu: - Orientasi - Latihan peserta - Proses simulasi - Perbincangan Melalui fasa yang pertama, guru akan mengemukakan topik yang ingin di ajar, menerangkan konsep simulasi. Manakala untuk fasa yang kedua pula ialah, muridmuridmula bersimulasi dan guru memperkenalkan peraturan, permainan, prosedur, cara mendapar skor, jenis keputusan yang perlu dibuat serta matlamat simulasi. Seterusnya ialah melibatkan pelajar dalam simulasi. Pelajar melibatkan diri dalam permainan atau simulasi. Pada ketika tertentu, guru boleh menilai prestasi serta menilai maklum balas pelajar.

Fasa terakhir pula merangkumi perbincangan pelajar selepas simulasi tentang hasil pembelajaran, proses simulasi serta banding beza antara simulasi dengan dunia sebenar. Tujuan Simulasi Proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik simulasi mempunyai beberapa tujuan iaitu: Untuk menguasai kemahiran. Sebagai contoh, simulasi melatih murid bertutur secara spontan melalui aktiviti lakonan. Selain itu, ia juga dapat melatih murid kemahiran menyusun ayat dan menggunakan sebutan yang tepat. 2. Untuk membina sikap positif Sebagai contoh, masalah yang ditimbulkan dalam situasi yang terkawal biasanya melibatkan unsur-unsur pertentangan sosial. Melalui simulasi yang dilakonkan, konflik sosial itu dapat diselesaikan. Untuk membawa situasi sebenar ke dalam bilik darjah. Contoh yang boleh diberikan ialah semasa melaksanakan teknik simulasi ini, situasi-situasi yang berlaku di luar bilik darjah boleh digambarkan dalam bilik darjah. Misalnya, untuk memperjelaskan konsep demokrasi, guru boleh menjalankan simulasi di mana murid-murid berlakon sebagai pengundi dalam situasi pilihan raya yang direka. Jenis-jenis simulasi yang biasa digunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah terbahagi kepada dua: - Sosiodrama - Main peranan Sosiodrama Definisi : bagi sosiodrama ialah suatu aktiviti lakonan yang menarik. Biasanya, aktiviti lakonan dalam sosiodrama adalah berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang nilai sosial. Contoh yang boleh diberikan adalah seperti:

- Cerita Hang tuah dan Hang Jebat Disebabkan sosiodrama adalah aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengkap, skrip lakonan biasanya disediakan terlebih dahulu untuk murid-murid yang dipilih berlakon supaya murid-murid dapat membuat persediaan. Selain itu, sosiodrama melibatkan situasi yang berkonflik, maka ia akan mengajar dan menggalakkan murid untuk berfikir secara langsung mahupun tidak langsung tentang cara penyelesaian masalah berkonflik itu secara kritis dan rasional. Kelebihan sosiodrama ini ialah membolehkan murid-murid menunjukkan sikap dan perasaan melalui lakonan, menyusun idea dan melatih mereka bertindak balas secara spontan apabila berhadapan dengan situasi berkonflik yang sama. Aktiviti lakonan melalui sosiodrama akan bermula selepas membaca skrip drama yang telah disediakan terlebih dahulu di dalam bilik darjah. Guru pula akan memilih murid-murid untuk berlakon dan murid-murid yang telah dipilih ini akan memainkan peranan masing-masing mengikut situasi yang digambarkan. Selepas aktiviti lakonan, guru akan meminta murid untuk mengadakan aktiviti perbincangan bagi menganalisis dan menilai watak-watak lakonan serta membuat rumusan tentang apa yang telah dilakonkan. Main Peranan Definisi : Menurut Mok Soon Sang dalam bukunya yang bertajuk Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar, main peranan merujuk kepada satu teknik mengajar dalam bilik darjah. Main peranan merupakan lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa menggunakan sebarang skrip. Aktiviti lakonan ini adalah berdasarkan kepada sesuatu atau masalah yang timbul. Selain itu, dalam aktiviti main peranan ini, murid biasanya akan membayangkan sesuatu situasi yang timbul, kemudian melakonkannya mengikut situasi yang dibayangkan secara spontan. Menurut buku Siri Pendidikan Guru Murid Dan Alam Belajar, (Noriati A. Rashidet. al), main peranan adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada murid untuk melibatkan diri dalam lakonan serta perbincangan selain daripada melatih mereka untuk melakonkan pelbagai watak dan mengalami sendiri sesuatu

situasi. Murid-murid akan belajar memahami tingkah laku orang lain dalam aktiviti main peranan ini. Di samping itu, pelajar boleh menguasai kemahiran-kemahiran seperti kemahiran bahasa daripada laras bahasa serta sebutan. Guru akan menerangkan secara ringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat salam situasi itu kepada murid-murid dalam bilik darjah terlebih dahulu. Murid-murid yang terlibat dalam lakonan dikehendaki memikirkan serta mengemukakan idea tentang cara penyelesaian masalah yang timbul itu. Disebabkan aktiviti main peranan ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan satu masalah sahaja, kebiasaannya lakonan main peranan ini akan mengambil masa selama 8 hingga 10 minit sahaja. Selepas aktiviti main peranan dijalankan, penilaian serta rumusan terhadap prestasi para pelakon perlu dibuat oleh guru. Aktiviti main peranan ini sebenarnya dapat membantu murid yang pasif melibatkan diri dalam aktiviti main peranan serta seterusnya membina keyakinan diri mereka serta dapat memupuk sifat-sifat sosial. Selain itu, para murid juga boleh berinteraksi sesama mereka dan berkomunikasi secara berkesan dengan watakwatak lain. Tambahan itu, murid-murid juga diberikan peluang untuk mempelbagaikan perasaan mengikut situasi watak yang dimainkan, serta berbincang dan memikirkan masalah sendiri. Secara tidak langsung, aktiviti main peranan ini dapat melatih murid untuk mengawal perasaan dan emosi dalam pelbagai situasi. Secara kesimpulannya, dapat dilihat bahawa melalui aktiviti main peranan ini proses pengajaran dan pembelajaran sebenarnya menjadi lebih menarik serta berkesan. Terdapat lima jenis main peranan iaitu: 1. Memerihal Satu cara berkomunikasi dimana peserta memerihal sesuatu situasi atau masalah. Contohnya, pelajar meminta kebenaran daripada guru besar untuk menganjurkan satu lawatan sambil belajar. 2. Demonstrasi Menunjukkan cara melakukan sesuatu tingkah laku atau perlakuan agar pelajar lain boleh mencontohi seperti cara bertutur yang betul dalam pelbagai situasi. 3. Latihan

Melatih pelajar tentang penguasaan kemahiran tertentu seperti kemahiran berkomunikasi dengan meletakkan diri sebagai seorang pengerusi majlis atau menelefon pihak bomba kerana ada kebakaran di kawan tempat tinggal. 4. Cerminan Pelajar ditunjukkan bagaimana tingkah laku mereka dilihat oleh orang lain. Contohnya, bagaimana seorang pelajar memujuk seorang rakan untuk melakukan sesuatu untuknya. Pelajar belajar sendiri bagaimana untuk menghadapi sesuatu situasi. 5. Kepekaan Cara untuk memberikan kesedaran kepada pelajar tentang perasaan mereka terhadap satu-satu situasi atau terhadap orang lain. Hal ini akan membantu pelajar untuk memahami perasaan orang lain dalam pelbagai situasi. Contohnya, pelajar memainkan peranan dalam sitiuasi di mana dia dirompak oleh seorang pencuri di jalan raya. Secara kesimpulannya, main peranan ini boleh digunakan untuk semua murid pelbagai tahap dan semua aras pencapaian akademik. Di samping itu, aktiviti ini boleh digunakan bagi membolehkan murid-murid meneroka sebarang stuasi dan topik. Prinsip-prinsin Pelaksanaan Simulasi - Guru hendaklah merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkannya secara bertulis atau lisan di dalam kelas. - Sebelum menjalankan aktiviti lakonan, penerangan ringkas tentang masalah, peranan watak-watak dan tempoh masa sesi simulasi hendaklah diberikan. - Murid-murid yang mahir dalam pertuturan boleh dipilih sebagai pelakon. Tindakan ini dilakukan adalah supaya menjamin aktiviti lakonan dapat dijalankan dengan lancar. - Untuk aktiviti sosiodrama, skrip lakonan hendaklah disediakan dan diedarkan terlebih dahulu kepada murid-murid yang telah dipilih untuk berlakon.

- Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, guru boleh menyediakan bahan bantu belajar seperti topeng,kad main peranan serta alatanlatan lain. - Sesama sesi simulasi, guru perlu memastikan bahawa murid lain yang menjadi penonton benar-benar menumpukan perhatian terhadap aktiviti lakonan itu. - Manakala, selepas sesi simulasi, guru hendaklah meminta murid memberi pandangan tentang cara penyelesaian masalah seperti yang ditunjukkan dalam lakonan. - Akhir sekali, guru perlu membuat rumusan memalui perbincangan di antara murid pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran.

Sunday, August 22, 2010 SENARAI BAHAN RUJUKAN Buku Choong Lean Keow PhD, Murid dan Alam Belajar, Kumpulan Budiman Sdn Bhd., Kuala Lumpur, (2008). Mok Soon Sang, Psikologi Pendidikan Dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Selangor, (2008). Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Siri Pendidikan Guru Murid dan Alam Belajar, Oxford Fajar Sdn. Bhd., Selangor, (2009). Sufean Hussin, Abd. Rahim Abd. Rashid & Sulaiman Ngah Razali, Pengajaran Alam & Manusia, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Selangor, (1988).

Teori pembelajaran sosial (social learning theory) telah diasaskan oleh Albert Bandura (1986, 1977, 1998, 2000). Teori ini telah dinamakan semula sebagai Teori Kognitif Sosial oleh Bandura sendiri (Moore, 2002). Teori ini menyatakan bahawa faktor-faktor sosial, kognitif dan tingkah laku memainkan peranan penting dalam

pembelajaran (Santrock, 2001). Faktor kognitif akan mempengaruhi jangkaan pelajar sementara faktor sosial, termasuk pemerhatian pelajar tentang tingkah laku dan pencapaian ibu bapanya, akan mempengaruhi tingkah laku pelajar tersebut. Contohnya jika ibu bapa gemar membaca , maka tingkah laku tersebut akan mempengaruhi anaknya. Teori ini menganggap manusia sebagai makhluk yang aktif, berupaya membuat pilihan dan menggunakan proses-proses perkembangan untuk memperihalkan peristiwa serta berkomunikasi dengan orang lain. Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasadalaman dan sejarah perkembangan seseorang atau bertindak pasif terhadap pengaruhpersekitaran.Dalam banyak hal, manusia adalah selektif dan bukan entiti yang pasif, yang boleh dipengaruhi oleh keadaan persekitaran mereka.Manusia saling memerlukan, pengaruh-mempengaruhi antara satu sama lain. Ahli-ahli psikologi sosial termasuklah Albert Bandura,Walter Mischel, Julian Rotter, Martin Seligman dan lain-lain.

Teori Pembelajaran Sosial yang dikemukakan oleh Bandura telah memberi penekanan tentang bagaimana perilaku manusia dipengaruhi oleh persekitaran melalui peneguhan (reinforcement) dan pembelajaran peniruan (observational learning), dan cara berfikir yang ki ta miliki terhadap sesuatu maklumat dan juga sebaliknya, iaitu bagaimana tingkah laku kita mempengaruhi persekitaran dan menghasilkan peneguhan (reinforcement) dan peluang untuk diperhatikan oleh orang lain (observational opportunity) Menurut Bandura proses mengamati dan meniru perilaku dan sikap orang lain sebagai model merupakan tindakan belajar.

Teori Bandura menjelaskan perilaku manusia dalam konteks interaksi timbal balik yang berkesinambungan antara kognitif, perilaku dan pengaruh lingkungan. Keadaan lingkungan sekitar individu sangat berpengaruh pada pola belajar sosial jenis ini. Contohnya, seorang yang hidupnya dan dibesarkan di dalam lingkungan judi, maka dia cenderung untuk memilih bermain judi, atau sebaliknya menganggap bahawa judi itu adalah tidak baik.

Teori belajar ini juga dikembangkan untuk menjelaskan bagaimana seseorang belajar dalam keadaan atau lingkungan sebenarnya. Bandura (1977) menghipotesiskan bahawa tingkah laku (B), lingkungan (E) dan kejadian -kejadian internal pada pelajar yang mempengaruhi persepsi dan aksi (P) adalah merupakan hubungan yang saling berpengaruh ata u berkaitan (interlocking). menurut Albert Bandura lagi, tingkah laku sering dievaluasi, iaitu bebas dari timbal balik sehingga boleh mengubah kesan-kesan personal seseorang. Pengakuan sosial yang berbeza mempengaruhi konsepsi diri individu. Hubungan yang aktif dapat mengubah aktiviti seseorang. Seterusnya, menurut Bandura (1982), penguasaan kemahiran dan pengetahuan yang kompleks tidak hanya bergantung pada proses perhatian, motor reproduksi dan motivasi, tetapi juga sangat dipengaruhi oleh unsur -unsur yang berdasarkan dari diri pelajar sendiri iaitu sense of self Efficacy dan self-regulatory system. Sense of self efficiancy adalah keyakinan pembelajar bahawa ia dapat menguasai pengetahuan dan keterampilan sesuai seperti yang berlaku.

2.0 BIODATA

Albert Bandura dilahirkan di Mundare Northern Alberta Kanada, pada 04 Disember 1925. di sebuah perkampungan kecil di sebelah utara Alberata, Kanada. Beliau merupakan anka lelaki tunggal dan mempunyai 5 orang kakak. Bapanya seorang petani yang berasal dari Poland. Beliau memasuki sekolah tinggi yang mempunyai 2 orang guru dan 20 orang pelajar. Pada tahun 1949, Bandura mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam Psikologi daripada Universiti British Columbia. Beliau mendapat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah daripada Universiti Iowa pada tahun 1952. dan di sini beliau banyak dipengaruhi oleh Kenneth Spence, seorang pakar psikologii pembelajaran yang terkenal pada ketika itu. Pada tahun 1949, beliau mendapat pendidikan di Universiti British Columbia dalam jurusan psikologi4. Dia memperoleh gelaran Master didalam bidang psikologii pada tahun 1951 dan setahun kemudian ia juga meraih gelaran doktor (Ph.D). Bandura menyelesaikan program kedoktorannya dalam bidang psikologii klinik pada tahun 1952. Setahun setelah lulus, ia bekerja di Standford University. Beliau banyak terpengaruh dengan pendekatan teori pembelajaran untuk meneliti tingkah laku manusia dan tertarik pada nilai eksperimen. . Beliau kemudiannya mengahwini Virginia Varns, seorang guru di kolej kejururawatan dan seterusnya pindah di Iowa Kansas selepas menamatkan pengajiannya. Selain itu, dalam tahun 1952, selepas mendapat gelaran ph.D, Albert Bandura telah menamatkan praktikum di Wichita Guidance Centre dan seterusnya dilantik sebagai tenaga pengajar di Universiti Stanford. Pada tahun 1964, Albert Bandura telah dilantik sebagai profesor dan Seterusnya menerima anugerah American Psychological Association untuk Distinguished Scientific Contribution, pada tahun 1980

Pada tahun berikutnya, Bandura bertemu dengan Robert Sears dan belajar tentang pengaruh keluarga dengan tingkah laku sosial dan proses identifikasi. Sejak itu Bandura sudah mula meneliti tentang agresi pembelajaran sosial dan mengambil Richard Walters, muridnya yang pertama mendapat gelaran doktor sebagai pekerja di makmalnya. Bagi pendapat Bandura, walaupun prinsip bela jar cukup untuk menjelaskan dan meramalkan perubahan tingkah laku, prinsip itu harus memperhatikan dua fenomena penting yang diabaikan atau ditolak oleh paradigma

behaviorisme. Albert Bandura sangat terkenal dengan teori pembelajaran sosial (Sosial Learning Theory), salah satu konsep dalam aliran behaviorisme yang menekankan pada komponen kognitif dari pemikiran, pemahaman dan evaluasi. Albert Bandura menjabat sebagai ketua APA pada tahun 1974 dan pernah dianugerahi penghargaan Distinguished Scientist Award pada tahun 1972. Semasa bertugas sebagai tenaga pengajar, Beliau sangat disayangi oleh pelajarpelajarnya kerana sikap beliau yang ambil berat dan sanggup memberi bantuan maklumat yang mereka perlukan.

3.0 PRINSIP/ KONSEP Model pembelajaran sosial adalah pendekatan pembelajaran yang menekankan hubungan individu dengan masyarakat atau orang lain. Model pembelajaran ini difokuskan pada peningkatan kemampuan individu dalam berhubungan dengan orang lain, terlibat dalam proses demokratis dan bekarja secara produktif dalam masyarakat. Selain itu, model sosial ini juga direka cipta adalah bertujuan untuk membantu pelajar bekerjasama dengan individu lain secara produktif dan bagaimana dapat berfungsi sebagai ahli kumpulan atau pasukan. Selain , itu, model ini juga dapat membantu memperkembangkan perspektif individu dalam memperjelas dan mengembangkan idea-idea. Secara tidak lansung, permikiran seseorang itu akan lebih terbuka kepada idea-idea orang lain. Dalam model ini juga lebih menekankan kepada penyiasatan dan penerokaan secara berkumpulan. 4.0 MAKLUMAT MODEL SOSIAL

Menurut ahli teori sosial, tingkah laku koperatif bukan sahaja merangsang muridmurid kita secara social, bahkan secara intelek. Oleh hal yang demikian, mereka mengesyorkan agar guru member tugas pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan interaksi social bagi mencapai matlamat tersebut. Untuk makluman anda, apabila murid-murid bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu tugas, mereka akan lebih Berjaya menjana tenaga berbentuk kolektif yang dikenali sebagai sinergi. Bagi memaksimunkan fenomena ini, seelok-eloknya kita bentukkan komuniti pembelajaran. Melalui budaya sekolah yang bersifat positif ini, kita akan dapat memgembangkan cara-cara berinteraksi yang lebih beringtegrasi dan produktif seterusnya membentuk aktiviti pembelajaran yang lebih aktif. Antara model-model yang terkandung dalam model sosial,ialah pembelajaran koperatif,main peranan dan simulasi.

4.1 PEMBELAJARAN KOPERATIF 4.1.1 APA DIA PENGAJARAN PEMBELAJARAN SECARA KOPERATIF? Pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran yang menerangkan tentang bagaimana seorang murid dapat melakukan aktiviti secara berkumpulan dan cara untuk memperoleh kerjasama. Oleh itu, murid akan dapat mempelajari cara belajar secara kerjasama dalam kumpulan berbagai kebolehan, iaitu selain dapat mengeratkan silaturahim, ia juga dapat memperoleh cadangan yang berlainan dengan adanya perbincangan. Sebab itulah ia dikatakan belajar secara berkumpulan dapat memperoleh kebolehan. Kebolehan yang diterangkan ialah kebolehan berfikir murid tersebut. Selain itu, murid juga berlajar cara untuk berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran. Perkara ini dapat mengeratkan lagi silaturahim dikalangan pelajar dan akan memperolehi kerjasama yang kuat. Selain itu, pembelajaran ini juga bertujuan untuk mencapai kemajuan dan prestasi cemerlang. Tambahan pula, dengan membuat kerja dalam berkumpulan, murid dapat melibatkan diri secara aktif dan bekerjasama dalam pembelajaran kumpulan, murid juga bertanggung jawab terhadap diri dan kumpulan (5-6 orang

4.1.2 PEMBELAJARAN KOPERATIF Pembelajaran berasaskan pengalaman melalui aktiviti merupakan asas utama dalam pembelajaran koperatif. Selain itu, pembelajaran koperatif juga merupakan kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar dari pelbagai kebolehan, pelbagai latar belakang budaya, campuran jantina dan pelbagai etnik bekerjasama dalam pasukan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Pelaksanaan aktiviti dikawal mengikut masa yang ditetapkan, diatur supaya peluang pembelajaran adil dan telus dan ada pengukuhan yang jelas. Akhir sekali, pembelajaran ini juga dapat menggalakkan pelajar diberi ruang merehatkan minda (Brain Breaks) untuk mengelakkan pelajar merasa bosan dan cepat jemu.

4.1.3 UNSUR ASAS DALAM PEMBELAJARAN KOPERATIF Saling bergantung antara satu sama lain secara positif Saling berinteraksi secara bersemuka Tanggungjawab individu Kemahiran sosial Pemprosesan pasukan 4.1.4 FALSAFAH PEMBELAJARAN KOPERATIF Menurut falsafah pembelajaran koperatif, pembelajaran ini berasaskan pengalaman bagi seseorang individu . pengalaman yang dimaksudkan ialah apabila membuat kerja secara individu, Pelajar akan dapat mengimbau kembali pengalaman membuat kerja yang dilakukan secara berkumpulan dan dapat melaksanakan kerja individu dengan mudah. Selain itu, pembelajaran koperatif juga mengintergrasikan pembelajaran masteri, mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai, kemahiran

berfikir, kemahiran berkomunikasi, selain dari mengukuhkan kemahiran sosial 4.1.5 TOKOH-TOKOH PEMBELAJARAN KOPERATIF Pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran di mana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil yang mempunyai matlamat bersama dan pembelajaran koperatif juga merupakan pembahagian pelajar ke dalam kumpulan kecil memudahkan guru-guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. (Menurut Effandi Zakaria (1998)) Selain itu pembelajaran koperatif juga mempunyai beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teamsgames- tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table). Pembelajaran ini juga dapat menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.

4.1.6 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN-PEMBELAJARAN Kaedah Teknik 1. PEMUDAHCARA Proses memudahkan sesuatu tindakan, Kemahiran memotivasikan murid, Membimbing murid menjalani aktiviti pembelajaran dengan lancar, Kemahiran lisan dan bukan lisan, teknik menyoal dan bakat kepimpinan, Sesuai untuk aktiviti kumpulan, kemahiran teknik menyoal, tunjuk cara, penerangan dll,

Teknik pemudahcaraan perbincangan, perbahasan, seminar, forum, sumbangsaran, sesi buzz dll. 2. PERBINCANGAN3. Aktiviti perbualan di antara guru dan murid-murid dalam kelas, Bertukar-tukar fikiran/idea dan berkongsi maklumat Peranan guru sebagai penyelia/pemudahcara Mengemukakan topik perbincangan dan soalan, Galakkan murid main peranan aktif dalam memberi pandangan, Guru memberi panduan / bimbingan Guru atau murid membuat rumusan Perbincangan seluruh kelas atau perbincangan kumpulan. 4. BERCERITA Satu kaedah mengajar yang boleh menarik minat murid belajar Isi disampaikan dengan kaedah bercerita Kemahiran bercerita adalah diperlukan guru Pelbagai gaya bercerita boleh digunakan untuk penyampaian pengajaran Secara lisan, melalui pita rakaman, melalui patung-patung, melalui pita video, VCD, komputer dsb.

5. BERMAIN Melakukan aktiviti berpura-pura dibawah keadaan terkawal, Aktiviti permaianan memberi peluang kepada kanak-kanak mengembangkan potensi jasmani, intelek, rohani dan sosial Menghilangkan bosan dan menggalakkan keseronokan belajar Biasanya dijalankan sebagai aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan. Permainan bahasa, kuiz, teka teki, silang kata, penyelesaian masalah, memadan, demonstrasi dsb. Individu, berpasangan, kumpulan & secara kelas.

4.1.7 CARA (DEMONSTRASI) Satu teknik pengjaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru melakukan tunjuk cara, Tunjuk cara melibatkan aktiviti penerangan dan demonstrasi guru bersama aktiviti pendengaran, penglihatan dan percubaan murid. Sebelum demonstrasi topik, objektif, alatan, radas, tujuan demonstrasi. Semasa demonstrasi guru memandang murid, menerangkan, menyoal, murid melihat dsb. Selepas demonstrasi bincangkan bahagian demonstrasi yang penting, tujuan demonstrasi dan aktiviti pengukuhan. Jenis-jenis tunjuk cara model hidup, model simbolik dan model persepsi. Model hidup model sebenar contoh demonstrasi guru dalam bermain alat muzik,

Model simbolik berlandaskan langkah-langkah secara bertulis contoh muridmurid mengikuti langkah-langkah yang dihuraikan dalam resepi untuk membuat kuih. Model persepsi penggunaan video contoh menggerakkan tangan semasa berlari 100m. Gerakan tangan secara perlahan melalui video 4.1.8 STRUKTUR PEMBELAJARAN KOPERATIF - Team Interview - Team Project - Fan-N-Pick - Rally Robin - Round Robin - Rally Table - Round Table - Simultaneous Round - Table - Talking Chips - Show Down - Trade-A-Problem - Line Ups -Team Word-Web - Gallery Tour - Think-Pair-Share - Team Statement - Traveling File - Rotating Review - Mendeklamasikan sajak / pantun/ menyanyi lagu

4.1.9 KEISTIMEWAAN PEMBELAJARAN KOPERATIF 5.2 MAIN PERANAN 4.2.1 Konsep

Pembelajaran main peranan merupakan satu teknik mengajar dalam bilik darjah yang dilakukan oleh guru dan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pembelajaran main peranan mengajarkan kepada murid tentang lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa menggunakan sebarang skrip iaitu murid akan diberikan satu situasi atau keadaan dan murid akan melakonkannya secara spontan dengan menggunakan skrip sendiri. Selain itu pembelajaran main peranan ini juga menggambarkan keadaan yang berlainan misalnya, murid membayangkan sesuatu situasi yang timbul, kemudian melakonkannya mengikut situasi yang dibayangkan dengan secara spontan.

4.2.2 Tujuan Pembelajaran main peranan ini adalah bertujuan untuk membantu murid-murid memahami tingkah laku sosial ,peranan mereka dalam interaksi sosial dan cara-cara menyelesaikan masalah dengan berkesan. Selain itu, dapat meningkatkan lagi daya permikiran yang matang dikalangan murid-murid ketika hendak menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Tujuan yang lain ialah dapat mengukuhkan kemahiranpertuturan dan melatih diri untuk berfikir secara spontan supaya dapat menyelesaikan masalah secepat mungkin dalam situasi yang terkawal dan terancang.pembelajaran ini juga dapat membantu mereka mengumpul serta mengurus maklumat mengenai isu-isu sosial, megembangkan sifat empati terhadap orang lain, dan boleh menambahbaikkan kemahiran sosial mereka. Yang terakhir adalah bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami lebih mendalam akan tujuan, sikap dan tingkah laku orang lain dalam situasi yang sebenar. 4.2.3 LANGKAH-LANGKAH MAIN PERANAN CONTOH AKTIVITI

Contoh Pelajaran melalui Teknik Main Peranan

- Mata Pelajaran : Sains/Pendidikan Moral - Tajuk : Cara haiwan melindungi dirinya dengan hidup berkelompok. - Watak-watak : Harimau, anak kerbau dan sekumpulan kerbau

5.3 SIMULASI 4.3.1 KONSEP Simulasi berasal dari kata simulate yang artinya berpura-pura atau berbuat seakanakan. Sebagai metode mengajar, simulasi dapat diartikan cara penyajian pengalaman belajar dengan menggunakan situasi tiruan untuk memahami tentang konsep, prinsip, atau keterampilan tertentu. Model pembelajaran simulasi merupakan model pembelajaran yang membuat suatu peniruan terhadap sesuatu yang nyata, terhadap keadaan sekelilingnya (state of affaris) atau proses. Model pembelajaran ini dirancang untuk membantu siswa mengalami bermacam-macam proses dan kenyataan sosial dan untuk menguji reaksi mereka, serta untuk memperoleh konsep keterampilan pembuatan keputusan. 4.3.2 TUJUAN Model pembelajaran ini diterapkan didalam dunia pendidikan dengan tujuan mengaktifkan kemampuan yang dianalogikan dengan proses sibernetika. Pendekatan simulasi dirancang agar mendekati kenyataan dimana gerakan yang dianggap kompleks sengaja dikontrol, misalnya, dalam proses simulasi ini dilakukan dengan menggunakan simulator.Model pembelajaran simulasi bertujuan untuk: (1) melatih keterampilan tertentu baik bersifat profesional mahupun bagi kehidupan seharian (2) memperoleh pemahaman tentang suatu konsep atau prinsip (3) melatih memecahkan masalah (4) meningkatkan keaktifan belajar (5) memberikan motivasi belajar kepada murid (6) melatih murid untuk mengadakan kerjasama dalam situasi kelompok (7) menumbuhkan daya permikiran kreatif dan kritis di kalangan murid (8) melatih murid untuk mengembangkan sikap toleransi.

4.3.3 LANGKAH-LANGKAH SIMULASI / TIRUAN Proses peniruan melalui empat langkah tertentu, iaitu pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan motivasi. Langkah-langkah proses peniruan Pengaplikasian dalam P&P 1. Pemerhatian (Attention) - iaitu apabila seseorang ingin meniru perlakuan model, mula-mula dia akan perhatikan model tersebut dan cuba mengingat langkahlangkah yang dilaksanakan oleh model tersebut. Subjek harus memberi tumpuan kepada tingkahlaku model untuk membolehkannya mempelajarinya. Sama ada subjek memberi perhatian atau tumpuan tertakluk kepada nilai, harga diri , sikap, dan lain-lain yang dimiliki. Contohnya, seorang pemain muzik yang tidak yakin diri mungkin meniru tingkahlaku pemain muzik terkenal sehingga tidak mewujudkan stailnya yang tersendiri.Bandura & Walters (1963) dalam buku mereka "Social Learning & Personality Development" menekankan bahawa hanya dengan memerhati seorang lain pembelajaran boleh berlaku. 2. Penyimpanan (Retention), - iaitu langkah-langkah perlakuan model akan disimpan dalam ingatan oleh pelajar. Subjek yang memerhati harus mengenkod peristiwa itu dalam sistem ingatannya. Ini membolehkan subjek melakukan peristiwa itu kelak bila diperlukan atau diingini. 3. Pengeluaran, (Repr oduction) - iaitu tingkah laku yang ditiru diperlihatkan dalam situasi yang sesuai. Setelah mengetahui atau mempelajarai sesuatu tingkahlaku, subjek juga mesti mempunyai kebolehan mewujudkan atau menghasilkan apa yang disimpan dalam bentuk tingkahlaku. Sebagai contoh, memandu kereta, bermain tenis. Bagi sesetengah tingkahlaku kemahiran motor diperlukan untuk mewujudkan komponen-komponen tingkahlaku yang telah diperhatikan

4.3.4 PROSES-PROSES SIMULASI / TIRUAN

Proses-proses yang terlibat dalam teori pembelajaran peniruan adalah : Proses dalam Teori Pembelajaran Tiruan Contoh-contoh Aktiviti i) Proses tiruan mudah, iaitu meniru secara langsung. -Contohnya, guru mendemonstrasi cara membuat melakukan promosi ketika mengajar mata pelajaran Perdagangan tingkatan 4, di mana memerlukan pergerakan sebagai watak promoter/ penjual yang sedang mempromosikan produk dengan menggunakan iklan secara jualan langsung dan pelajar meniru secara langsung.

ii) Proses tiruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan. - Contohnya, kanak-kanak meniru perlakuan bersorak di padang, jadi perlakuan bersorak adalah taksekatlakuan di padang. Tetapi jika kanak-kanak tersebut bersorak dalam kelas semasa guru sedang mengajar, tentulah guru akan memarahinya dan diberi tahu perlakuan yang ditirunya tidak dibenarkan dalam keadaan tersebut. Jadi perlakuan tersebut menjadi sekatlakuan dalam situasi tersebut.

iii) Proses tiruan melalui elisitasi - Proses ini timbul apabila kita melihat perlakuan orang lain. Contohnya, kita melihat rakan-rakan sebaya yang pergi ke pusat tuisyen, lalu timbul keinginan dalam diri untuk membuat perlakuan yang sama. Maka keinginannya untuk meniru timbul setelah melihat rakan-rakannya melakukan perlakuan tersebut.

5.0 FOTO MODEL PEMBELAJARAN SOSIAL

6.0 IMPLIKASI MODEL PENGAJARAN SOSIAL TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Peniruan melalui main peranan dan simulasi. Pelajar dapar meniru tingkah laku positif secara tidak lansung yang ditonjolkan oleh watak-watak dalam main peranan dan simulasi. Oleh yang demikian, main peranan dalam situasi bilik darjah perlu menggunakan situasi realistik. Selain itu, peranan guru sebagai rol model harus memastikan dan mempunyai tingkah laku serta perwatakan yang positif supaya pelajar dapat menirunya. Antara cirri yang perlu ada pada guru termasuklah cara pertuturan, cara berpakaian, ketepatan masa, personality dan konsep kendiri. Guru seharusnya mempamerkan perwatakan yang baik serta menunjukkan minatnya dalam mengajar mata pelajaran. Akhir sekali, implikasi yang dapat diterangkan ialah peniruan juga boleh dilakukan secara tidak lansung melalui televisyen dan filem. Maka, guru boleh menasihati pelajar tentang program yang sesuai ditoton dan tidak sesuai ditonton oleh mereka. 7.0 ANALISIS TEKNIK SWOT Kelebihan Dan Kelemahan Model Pembelajaran Simulasi Wina Sanjaya (2007) menyatakan bahwa terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan dengan menggunakan simulasi sebagai metode mengajar. Kelebihan Model pembelajaran ini di antaranya adalah: 1) Simulasi dapat dijadikan sebagai bekal bagi siswa dalam menghadapi situasi yang sebenarnya kelak, baik dalam kehidupan keluarga, masyarakat, maupun menghadapi dunia kerja. 2) Simulasi dapat mengembangkan kreativitas siswa, karena melalui simulasi siswa diberi kesempatan untuk memainkan peranan sesuai dengan topik yang disimulasikan. 3) Simulasi dapat memupuk keberanian dan percaya diri siswa. 4) Memperkaya pengetahuan, sikap, dan keterampilan yang diperlukan dalam menghadapi berbagai situasi sosial yang problematis. 5) Simulasi dapat meningkatkan gairah siswa dalam proses permbelajaran. Kelemahan model pembelajaran ini, di antaranya adalah: 1) Pengalaman yang diperoleh melalui simulasi tidak selalu tepat dan sesuai dengan kenyataan di lapangan. 2) Pengelolaan yang kurang baik, sering simulasi dijadikan sebagai alat hiburan, sehingga tujuan pembelajaran menjadi terabaikan.

3) Faktor psikologis seperti rasa malu dan takut sering memengaruhi siswa dalam melakukan simulasi.

PELUANG Model pengajaran sosial telah member banyak peluang kepada pelajar. Sebagai contohnya melalui pembelajaran koperatif. Melalui pembelajaran ini, pelajar banyak diberikan peluang untuk melakukan aktiviti secara berkumpulan. Murid-murid dapat belajar bersama-sama untuk menguasai maklumat idea dan kemahiran yang penting, di samping memikirkan cara-cara penyelesaian bagi masalah yang timbul. Selain itu, mereka juga akan bersaing antara satu sama lain dalam suasana yang kondusif. Dalam pada itu, setiap ahli juga mempunyai peluang yang sama untuk memperolehi pencapaian yang cemerlang. Model pengajaran sosial ada juga menerangkan tentang teknik main peranan. Teknik inijuga banyak member peluang kepada murid-murid. Teknik main peranan membantu murid-murid kita untuk memahami tingkah laku sosial, dan cara-cara bagi menyelesaikan masalah-masalah dengan lebih berkesan. Selain itu, teknik ini juga membantu mengenai isu-isu sosial, Memgembangkan sifat empati terhadap orang lain, dan menambahbaikkan kemahiran sosial mereka. Teknik simulasi juga tidak ketinggalan dalam memberikan peluang kepada pelajarnya. Tknik simulasi dapat membantu murid-murid untuk melihat perwakilan objek sebenar. Sebagai contoh, katakana kita ingin mengajar cara-cara membedah seekor katak. Terlebih dahulu, adalah disyorkan agar kita menunjukkan pembedahan bersifat simulasi menggunakan computer. Dengan ini, murid-murid akan didedahkan untuk melihat dengan sendirinya kandungan organ dalam seekor katak sebelum mereka melakukan pembedahan secara individu, berpasangan atau kumpulan kecil. Posted by PISMP 2F 2010 at 8:07 PM

Anda mungkin juga menyukai