Anda di halaman 1dari 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI/ 2012

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL NAMA TUTOR

: : : : : :

KAREN ANAK SULAU 791018135282001 791018-13-5282 019-8861018 karenkayny@oum.edu.my WAN KAMARAN WAN SULAIMAN

PUSAT PEMBELAJARAN

SARAWAK LEARNING CENTRE

Karen anak Sulau

HBEF3203

ISI KANDUNGAN TAJUK 1.0. PENGENALAN 2.0. JADUAL PENENTUAN UJIAN (JPU) DAN PEMILIHAN ITEM-ITEM SOALAN 2.1. SKEMA PEMARKAHAN 2.2. PENTADBIRAN UJIAN 3.0. ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN, INDEKS KESUKARAN DAN INDEKS DISKRIMINASI UJIAN KALI PERTAMA 3.1. PERBANDINGAN INDEKS KESUKARAN SETIAP ITEM DENGAN JADUAL PENENTUAN UJIAN (JPU) 4.0. ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN DAN INDEKS KESUKARAN UJIAN KALI KEDUA 4.1. LANGKAH PENGIRAAN PEKALI KORELASI 5.0. KESIMPULAN 6.0. APENDIKS 7.0. LAMPIRAN 10 12 13 14 10 8 4 5 6 MUKASURAT 2 4

Karen anak Sulau

HBEF3203

1.0. PENGENALAN Di dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid, peranan yang perlu dimainkan oleh para guru adalah amat penting sekali. Guru juga perlu merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran, menganalisis maklumat, menilai, melapor dan menjalankan tindakan susulan seperti melaksanakan aktiviti pengukuhan, pengayaan atau aktiviti pemulihan. Ujian adalah di antara salah satu kaedah atau prosedur yang boleh digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematik berkaitan dengan sifat seseorang yang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi. Ujian juga adalah penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan yang dijalankan. Sebagai seorang guru, kita sudah semestinya perlu melalui suatu proses membuat pemilihan jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian tertentu seperti pencapaian akademik pelajar di mana ianya agak sukar dan rumit, begitu juga dalam membina item/soalan tersebut. Dengan adanya penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU), ia sudah pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu kita untuk memilih jenis item yang diperlukan ataupun jenis soalan yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar-pelajar kita.

Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan ujian perlulah dibuat untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai untuk digunakan. Analisis item akan membolehkan kita menilai kesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya, yakni sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar. Selepas membuat analisis item adalah digalakkan untuk membuat analisis ujian bagi menentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut. Analisis analisis ini akan menghasilkan indeks yang dinamakan Indeks Kesukaran Item, Indeks Diskriminasi Item, dan Pekali Korelasi - analisis ini perlu dilakukan supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai dan sah bagi sesuatu tujuan tertentu.

Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, satu Jadual Penentuan Ujian (JPU) yang meliputi salah satu sukatan pelajaran sekolah rendah, di mana melalui JPU berkenaan satu set instrumen ujian yang mengandungi soalan objektif dan subjektif perlu digubal untuk 3

Karen anak Sulau

HBEF3203

ditadbirkan kepada sebuah kelas. Kemudiannya, indeks kesukaran, indeks diskriminasi perlu dikira untuk menghuraikan keberkesanan item yang telah dipilih.

Oleh yang demikian, bagi melaksanakan tugasan ini, tajuk Nombor Bulat hingga 100 000 yang diambil daripada huraian sukatan matapelajaran Matematik Tahun 4 (rujuk Lampiran A) telah dipilih. Berdasarkan tajuk satu unit JPU telah dibina bagi memudahkan menggubal satu set soalan ujian yang akan kami tadbirkan di sekolah nanti. Setelah soalan ini siap dibina, soalan ini telah ditadbirkan kepada 25 orang murid tahun 4 dari Sekolah Kebangsaan Aping, Sri Aman.

Karen anak Sulau

HBEF3203

2.0. JADUAL PENENTUAN UJIAN (JPU) DAN PEMILIHAN ITEM-ITEM SOALAN Menurut Kubiszyn dan Borich ( 2003 ), Jadual Penentu Ujian ( JPU ) adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Antara ciri ciri yang terdapat pada Jadual Penentu Ujian ialah ia mengandungi kandungan sukatan pelajaran, jenis item yang digunakan, kemahiran dan aras soalan mengikut aras taksonomi bloom, nombor soalan serta jumlah keseluruhan soalan. JPU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan pembina item/soalan ujian. Antara kepentingan JPU ialah, kertas ujian dapat digubal secara teratur dan bersistematik, untuk menjamin kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran, memberi keseimbangan terhadap taburan soalan mengikut tajuk yang telah ditetapkan dan perlaksanaan ujian adalah meliputi keseluruhan sukatan pelajaran yang telah dipelajari. Di samping itu juga, aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh pembina soalan yang berbeza.

Berdasarkan tajuk tugasan yang diberikan, satu Jadual Penentu Ujian ( JPU ) telah dirangka meliputi sukatan pelajaran bagi Tahun 4 sepertimana yang terdapat pada Lampiran B. Berdasarkan JPU tersebut, tajuk Nombor Bulat hingga 100 000 telah dibahagikan kepada 6 topik kecil iaitu Menamakan sebarang nombor hingga 100 000, Menambah sebarang nombor hingga 100 000, Menolak sebarang nombor daripada suatu nombor yang kurang daripada 100 000, Darab sebarang dua nombor dengan hasil darab sehingga 100 000, Membahagi sebarang nombor kurang daripada 100 000 dengan J nombor dua digit dan Melaksanakan operasi bergabung melibatkan tambah dan tolak. Daripada subtopik subtopik ini, 1 set instrumen soalan yang meliputi kemahiran kognitif mengikut aras Taksonomi Objektif Domain Kognitif Bloom. Soalan soalan yang telah kami gubal adalah terdiri daripada 10 soalan aras pengetahuan, 10 soalan aras kefahaman dan aplikasi dan 10 soalan aras analisis, sintesis dan penilaian. Soalan soalan yang dibina juga adalah terdiri daripada 7 soalan aras rendah, 19 soalan aras sederhana dan 4 soalan aras tinggi. 5

Karen anak Sulau

HBEF3203

2.1. SKEMA PEMARKAHAN Pada umumnya, dalam sesuatu ujian/ peperiksaan, penggubal soalan diminta menyediakan skema pemarkahan sebagai panduan semasa memeriksa skrip jawapan. Skema pemarkahan ini perlu disediakan guru lebih awal untuk membantu guru mengenalpasti soalan yang tidak sesuai, yang perlu dibaiki atau dibuang. Oleh itu, untuk tugasan ini, skema pemarkahan telah disediakan untuk membantu proses penyemakan. (Rujuk Lampiran D) 2.2. PENTADBIRAN UJIAN Setelah item-item siap dibina beserta dengan skema pemarkahan, ujian telah ditadbirkan kepada 25 orang murid tahun 4 dari SK Aping, Sri Aman. Kertas ujian terdiri daripada 20 soalan objektif/ aneka pilihan untuk bahagian A dan 10 soalan subjektif untuk bahagian B. Ujian berlangsung selama 1 jam dan dikendalikan oleh guru matapelajaran Matematik kelas berkenaan iaitu En. Ronny anak Unan. Calon-calon murid terdiri daripada 7 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi, 11 orang murid berpencapaian sederhana dan 7 orang murid berpencapaian rendah.

Karen anak Sulau

HBEF3203

3.0. ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN, INDEKS KESUKARAN DAN INDEKS DISKRIMINASI UJIAN KALI PERTAMA Setelah pentadbiran ujian berjaya dilaksanakan dalam masa 1 jam yang telah diperuntukkan, jawapan murid akan disemak berdasarkan skema pemarkahan yang telah ditetapkan. Hasil keputusan dan jawapan setiap murid telah dijadualkan seperti dalam Jadual 3.2(A) dan 3.2(B) yang dilampirkan. Berpandukan jadual tersebut, indeks kesukaran bagi setiap item soalan boleh ditentukan dengan rumus berikut. Indeks kesukaran item (p) = bilangan calon yang memberi jawapan betul Jumlah calon yang menjawab Indeks kesukaran item dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item, iaitu sama ada sesuatu item itu mudah dijawab atau susah dijawab. Seterusnya, indeks diskriminasi setiap item juga turut dikira dengan menggunakan rumus tersebut di bawah. Indeks diskriminasi (d) = (Ru - RL) T (L+U) Indeks diskriminasi adalah indeks yang digunakan untuk menentukan perbezaan keupayaan murid sama ada berkeupayaan rendah atau berkeupayaan tinggi. Indeks diskriminasi boleh dirujuk dalam Jadual 3.3. Daripada Jadual 3.3, dapatlah dilihat bahawa soalan 1 dan soalan 11 mempunyai nilai indeks diskriminasi yang negatif. Ia menunjukkan bahawa soalan-soalan ini tidak baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) sebab ia secara songsang membezakan murid pandai daripada murid lemah, iaitu lebih ramai murid lemah dapat menjawab soalan-soalan ini dengan betul daripada pelajar pandai. 12 daripada 20 soalan iaitu 60% soalan mempunyai indeks diskriminasi yang lebih daripada 0.3 yang merupakan agak baik untuk mendiskriminasikan murid. 7

Karen anak Sulau

HBEF3203

Aras diskriminasi boleh ditafsirkan seperti dalam Jadual 3.1.

Nilai (d) 0.00 - 0.10 0.11 - 0.20 0.21 - 0.30 0.31 - 0.40 0.41 - 1.00

Pengkelasan item tidak baik kurang baik sederhana baik baik sangat baik Jadual 3.1: Aras diskriminasi dan pengkelasan item

Karen anak Sulau

HBEF3203

3.1. PERBANDINGAN INDEKS KESUKARAN SETIAP ITEM DENGAN JADUAL PENENTUAN UJIAN (JPU) Kadar kesukaran soalan ditentukan oleh nilai (p) indeks yang diperolehi. Semakin kecil nilai (p) indeks, semakin sukar soalan tersebut. Apabila nilai p > 0.85, maka soalan tersebut dikatakan terlalu mudah dan apabila p < 0.15 maka soalan itu adalah amat susah. Oleh itu, julat p perlu terletak diantara 0.15 minimum dan 0.85 maksimum untuk menentukan soalan yang dibina adalah berkualiti. Hasil daripada pengiraan analisis keputusan dan jawapan murid dalam Jadual 3.2(A) dan 3.2(B), didapati soalan 1 sahaja yang dikategorikan dalam soalan yang terlalu mudah dengan nilai p = 0.88. Tiada soalan yang dikategorikan dalam soalan yang terlalu susah dan 29 soalan berada dalam julat 0.15 < p < 0.85. Maka, dapatlah disimpulkan bahawa item-item soalan yang dibina adalah berkualiti. Jika dibandingkan dengan JPU yang telah ditetapkan, didapati bahawa kebanyakan item-item soalan bersesuaian dengan tahap kognitif Bloom. Contohnya, untuk item nombor 7, 16, 13 dan 12 dalam bahagian A, semuanya soalan berbentuk analisis, sintesis dan nilai dalam aras sukar. Indeks kesukaran bagi soalan-soalan tersebut ialah dalam julat 0.41- 0.60 iaitu sederhana sukar. Begitu juga item nombor 1 yang dalam kategori pengetahuan aras mudah dan sememangnya mudah dengan nilai p = 0.88. Akan tetapi bagi item nombor 3, 4 dan 20, nilai p berada dalam julat 0.21- 0.40 iaitu sukar. Ia tidak sepadan dengan penetapan JPU yang mengkategorikan soalan-soalan tersebut dalam aras mudah dan pertengahan bukannya sukar. Hal ini mungkin disebabkan murid mudah alpa dengan soalan yang mudah dan keliru dengan pilihan jawapan yang lain. Dapatlah disimpulkan bahawa item-item soalan yang dibina agak berkesinambungan dengan Jadual Penentuan Ujian yang telah dibina. Sebagai paanduan aras kesukaran item boleh ditafsirkan mengikut nilai p seperti dalam Jadual 3.4. berikut.

Karen anak Sulau

HBEF3203

Nilai (p) 0.00 - 0.20 0.21 - 0.40 0.41 - 0.60 0.61 - 0.80 0.81 - 1.00

Pengkelasan Item terlalu sukar sukar sederhana sukar mudah terlalu mudah Jadual 3.4. Aras kesukaran dan Pengkelasan Item

4.0. ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN DAN INDEKS KESUKARAN UJIAN KALI KEDUA 10

Karen anak Sulau

HBEF3203

Seterusnya, ujian kali kedua menggunakan item yang sama diberikan kepada kumpulan murid yang sama. Hasil analisis keputusan murid dan pengiraan indeks kesukaran bagi setiap soalan ditunjukkan dalam Jadual 4.2(A) dan 4.2(B). Pengiraan pekali korelasi antara indeks kesukaran ujian kali pertama dan ujian kali kedua boleh dilakukan dengan melengkapkan Jadual 4.3: Analisis Korelasi Linear bagi Markah Uji-Semula. 4.1. LANGKAH PENGIRAAN PEKALI KORELASI Sisihan piawai (Sx) = = = = =4.55 Sisihan piawai (Sy) = = = = =4.01 Pekali korelasi (rxy) = = = = 0.71

11

Karen anak Sulau

HBEF3203

Hasil daripada tiga langkah pengiraan tersebut, pekali kolerasi yang diperolehi ialah 0.71. Berdasarkan Jadual 4.1: Kekuatan hubungan mengikut nilai mutlak Pekali Kolerasi, nilai 0.71 menunjukkan hubungan yang kuat antara markah Ujian 1 dan Ujian 2, yang juga menjadi indeks kebolehpercayaan bagi ujian tersebut. Justeru, bolehlah diputuskan bahawa ujian ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Nilai Mutlak 0.20 0.21 - 0.40 0.41 - 0.60 0.61 - 0.80 0.81 - 1.00 Kekuatan Hubungan Amat lemah Lemah Sederhana kuat Kuat Sangat Kuat

Jadual 4.1: Kekuatan Hubungan Mengikut Nilai Mutlak Pekali Kolerasi

5.0. KESIMPULAN

12

Karen anak Sulau

HBEF3203

Secara keseluruhan, item-item soalan yang dibina adalah bertepatan dengan Jadual Penentuan Ujian yang telah dibuat. Hasik pengiraan indeks diskriminasi juga menunjukkan bahawa lebih 80% soalan adalah berada dalam pengkelasan item yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan-soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah. 29 daripada 30 item soalan juga mempunyai indeks kesukaran yang sederhana sukar dan sesuai untk PRN. Kesimpulannya, item-item soalan yang dibina boleh digunakan untuk menilai murid kerana mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Pemilihan jumlah soalan yang sebanyak 30 soalan dalam masa 1 jam juga agak sesuai dan memberi banyak ruang kepada murid untuk menyelesaikan soalan berbentuk subjektif.

6.0. APENDIKS 13

Karen anak Sulau

HBEF3203

RUJUKAN Bhasah Abu Bakar. (2007). Pengujian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bhasah Abu Bakar. (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjung Malim: Quantum Books. Mokhtar Ismail. (1995). Penilaian Di Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pusat Perkembangan Kurikulum. (1996). Penilaian Kendalian Sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia. Raminah Hj Sabran. (1991). Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya pada peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

7.0. LAMPIRAN 14

Karen anak Sulau

HBEF3203

7.1. Lampiran A : Bahagian Sukatan Pelajaran yang dipilih. 7.2. Lampiran B : Jadual Penentuan Ujian 7.3. Lampiran C : Kertas soalan 7.4. Lampiran D : Skema Pemarkahan 7.5. Lampiran E : Sampel jawapan bagi tiga murid yang sama bagi ujian kali pertama dan kali kedua

15

Karen anak Sulau

HBEF3203

16

Anda mungkin juga menyukai