Anda di halaman 1dari 20

Hubungan Etnik PENGENALAN Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan detik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Tanggal 13 Mei 1969 telah berlaku satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa ini tidak berlaku dengan secara tiba-tiba dan spontan, sebaliknya ia berlaku akibat rentetan peristiwa yang berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu, kesan peninggalan penjajahan British dan amalan diskriminasi yang dilakukan oleh Inggeris merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu. Perkaraperkara tersebut merupakan faktor tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Akibat daripada peristiwa tersebut ia telah mengubah senario politik Malaysia dalam konteks hubungan etnik antara kaum. Pelbagai dasar digubal dan dibentuk untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan politik antara kaum di Malaysia. Perubahan ini dilakukan demi untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang hidup berbilang kaum supaya rakyat di negara Malaysia dapat hidup dengan harmoni.

Hubungan Etnik FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PERISTIWA 13 MEI 1969

Latar Belakang Pendidikan

Dasar Pecah Dan Perintah

Isu Bahasa

Faktor-faktor yang menyebabkan 13 Mei 1969

Pendudukan Jepun

Pertelingkahan Parti Politik

Pilihanraya 1969

Hubungan Etnik DASAR PECAH DAN PERINTAH BRITISH Malaysia adalah sebuah negara yang maju dalam bidang ekonomi. Perkembangan ekonomi ini bermula dari kedatangan British ke Tanah Melayu. Kedatangan British ke Tanah Melayu adalah untuk mengaut sumbersumber yang terdapat di Tanah Melayu seperti getah dan bijih timah untuk diperdagangkan di Eropah selaras dengan berlakunya Revolusi Perindustrian pada ketika itu. Pada ketika inilah kemasukan orang Cina dan India ke Tanah Melayu lebih ketara tambahan pula pihak British menyokong kemasukan mereka untuk dijadikan buruh bekerja di lombong bijih timah, ladang getah, gambir dan lada hitam. Pihak Inggeris juga mengamalkan dasar pecah dan perintah yang menyebabkan wujudnya jurang antara kaum dari sudut ekonomi dan polarisasi kaum. Inggeris telah meletakkan orang Cina di bandar untuk bekerja di lombong-lombong bijih timah. Malahan ada di antara mereka yang menjadi peniaga di bandar-bandar besar. Sementara orang Melayu bekerja sebagai nelayan dan petani di kampung untuk menyara kehidupan mereka. Orang India pula bekerja sebagai buruh kasar dan pekerja ladang. Ini menyebabkan kedudukan sosioekonomi antara kaum di Tanah Melayu pada ketika itu tidak seimbang dan hubungan masyarakat menjadi terbatas akibat daripada dasar pecah dan perintah yang dilakukan oleh pihak Inggeris.

Hubungan Etnik

Dasar Pecah Dan Perintah Inggeris

Orang Melayu Petani Nelayan

Orang Cina Berniaga Pekerja lombong bijih timah

Orang India Buruh kasar Pekerja ladang

Rajah 1 Dasar Pecah Dan Perintah Inggeris

Hubungan Etnik PENDUDUKAN JEPUN Serangan tentera Jepun ke Tanah Melayu pada bulan Disember 1941 dan pendudukan secara keseluruhannya bermula Februari 1942 sehingga September 1945 telah mengubah lanskap hubungan antara kaum di Tanah Melayu ketika itu. Kesan pendudukan Jepun telah meninggalkan kesan dan pengalaman yang pahit kepada seluruh penduduk Tanah Melayu.. Jepun telah memberikan layanan yang berbeza kepada masyarakat Tanah Melayu. Orang Melayu diberi layanan yang istimewa berbanding dengan orang Cina. Orang Melayu telah diberikan peluang untuk bekerja di sektor kerajaan dan keselamatan sewaktu pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Manakala orang Cina telah diseksa dengan teruk oleh tentera Jepun kerana negara Jepun pernah berperang dengan negara China. Ini menyebabkan orang Jepun berdendam terhadap orang Cina. Secara tidak langsung peristiwa ini menyemaikan perasaan permusuhan di antara orang Cina dengan orang Melayu.

Hubungan Etnik LATAR BELAKANG PENDIDIKAN Latar belakang pendidikan yang berbeza juga turut menyumbang kepada berlaku peristiwa 13 Mei 1969. Sistem pendidikan di Tanah Melayu ketika itu terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu Melayu, Cina, India dan Inggeris. Keempat-empat aliran ini mempunyai kurikulumnya yang tersendiri yang diajar di sekolah. Sukatan pelajaran yang digunakan adalah berdasarkan sukatan pelajaran negara mereka sendiri. Sementara bahasa pengantar yang digunakan adalah bahasa ibunda masing-masing. Malahan buku teks dan guru juga diambil di negara China dan India. Sekolah Melayu pula menekan kemahiran menulis, mengira dan membaca sekadar di peringkat rendah sahaja. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang Cina dan India yang tinggal di bandar sahaja. Orang Melayu yang dapat masuk ke sekolah Inggeris terdiri daripada golongan bangsawan. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi jurang keperibadian yang telah lama wujud antara etnik. Ini menyebabkan semangat cintakan Tanah Melayu tidak dapat diterapkan dalam diri orang Cina dan India kerana semangat patriotik mereka masih lagi terhadap negara masing-masing.

Hubungan Etnik

Sekola h Melayu

Sekola h Cina
Sistem Pendidikan Di Tanah Melayu

Sekola h India

Sekola h Inggeri s

Rajah 2 Sistem Pendidikan Di Tanah Melayu

Hubungan Etnik PERTELINGKAHAN PARTI POLITIK Pada tahun 1964, Parti Tindakan Rakyat ( PETIR ) atau PAP Singapura di bawah pimpinan Lee Kuan Yew telah menyertai pilihanraya walaupun pada asalnya telah ada perjanjian di antara Lee Kuan Yew dan Tunku Abdul Rahman yang mana PAP tidak akan menyertai pilihanraya pada tahun itu. Akibat daripada kegagalan PAP menyertai Parti Perikatan dalam pilihanraya tersebut, mereka telah menukarkan cara kempen mereka dengan membangkitkan isu-isu kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa dan taraf bumiputera orang-orang Melayu. Ini kerana Tunku Abdul Rahman telah membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam Perikatan. PAP telah menyebarkan cogan kata ( Malaysian Malaysia ) bertujuan untuk menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera. Menurut Jomo dalam bukunya Pembangunan Ekonomi Dan Kelas Sosial Di Semenanjung Malaysia menyebut isu sebenar tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 ialah perasaan tidak puashati terhadap hak keistimewaan orang Melayu. Bimbang dengan pengaruh dan hasutan PAP Tunku Abdul Rahman memaksa Singapura keluar daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965. Setelah PAP keluar daripada Malaysia sebuah parti baru ditubuhkan di Tanah Melayu untuk membela kaum Cina iaitu Parti Tindakan Rakyat ( DAP ).

Hubungan Etnik ISU BAHASA Sebagaimana yang telah termaktub dalam perlembagaan

persekutuan Perkara 152, Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Malaysia. Pelbagai kempen telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu yang diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ). Dasar Pelajaran Kebangsaan yang telah dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah dikecam dengan hebat oleh pelbagai pihak bukan Melayu. Orang Melayu telah menuntut supaya ditubuhkan sekolah menengah dan universiti yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Melayu. Akhirnya pada 18 Mei 1970 Universiti Kebangsaan Malaysia telah ditubuhkan hasil daripada tuntutan tersebut. Orang Cina juga menuntut untuk menubuhkan Universiti Merdeka bagi kaum Cina. Hasrat mereka akhirnya tercapai dengan penubuhan Kolej Tuanku Abdul Rahman ( KTAR ). Ini adalah hasil tolak ansur kerajaan untuk menjaga keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia.

Hubungan Etnik PILIHANRAYA 1969 Keputusan pilihanraya 10 Mei 1969 telah memberi tamparan hebat kepada Parti Perikatan apabila mereka telah kehilangan majoriti 2/3 undi di dalam parlimen. Ini menunjukkan pengaruh Parti Perikatan merosot di kalangan rakyat. DAP telah mengambil kesempatan dengan menggawatkan keadaan kerana orang Cina menyangka mereka telah menang lalu mereka berarak di jalan sambil menghina kaum Melayu. Parti Perikatan sebenarnya bukan kalah tetapi kurang majoriti namun masih boleh membentuk kerajaan. Orang Cina telah memainkan isu perkauman iaitu hak keistimewaan orang Melayu, isu bahasa dan hak kerakyatan orang yang bukan Melayu. Mereka telah berarak ke Kampung Baharu lalu mengeluarkan kata-kata kesat. Kaum Melayu pun bertindak balas lalu tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969.

10

Hubungan Etnik

IMPLIKASI PERISTIWA 13 MEI 1969

Implikasi Peristiwa 13 Mei 1969

i Penubuhan Mageran Rukun Negara Dasar Ekonomi Baru Majlis Muhibbah Negara Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Rajah 3 Implikasi Peristiwa 13 Mei 1969

11

Hubungan Etnik

PENUBUHAN MAGERAN Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN ) telah ditubuhkan oleh Tun Abdul Razak bin Dato Hussein. Beliau juga merupakan Pengarah MAGERAN yang pertama. Penubuhannya bertujuan untuk memulihkan keamanan selepas peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969. Jawatankuasa MAGERAN akan meneliti dan membincangkan masalah yang berhubung dengan perpaduan. Mereka akan berusaha mencari jalan penyelesaian bagi menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum yang hidup di bawah satu bumbung. Dari sudut ekonomi MAGERAN cuba mencari penyatuan untuk mengagihkan kekayaan sama rata adil di antara semua kaum dan tidak didominasikan oleh satu kaum sahaja. Begitu juga dari sudut sosial yang mana MAGERAN berusaha untuk mengaturkan berbagai program untuk masyarakat berbilang kaum supaya mereka dapat hidup bersatu padu dan aman damai.

12

Hubungan Etnik

RUKUN NEGARA Rukun Negara telah diperkenalkan dan diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN ) setahun selepas peristiwa 13 Mei 1969. Ia merupakan ideologi kebangsaan Malaysia. Rukun Negara mengisytiharkan supaya negara Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya. Setiap masyarakat akan dapat menikmati kemakmuran secara adil dan saksama dan mereka akan memelihara cara hidup yang demokratik. Tradisitradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai corak akan dipelihara di samping untuk membina masyarakat yang progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Rukun Negara mempunyai lima prinsip yang perlu diamalkan dan dihayati oleh semua masyarakat di Malaysia iaitu: 1. Kepercayaan kepada Tuhan. 2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara. 3. Keluhuran Perlembagaan. 4. Kedaulatan Undang-undang. 5. Kesopanan dan Kesusilaan. Prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara adalah kunci kepada keharmonian dan perpaduan semua kaum demi menjamin kejayaan dan kestabilan Malaysia.

13

Hubungan Etnik

DASAR EKONOMI BARU ( DEB ) Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) telah diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Abdul Razak bin Dato Hussein. Ia diperkenalkan adalah bermatlamatkan untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. DEB ini juga telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata iaitu mengurangkan kadar kemiskinan serta meningkatkan pendapatan rakyat dan menambahkan peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum contohnya pihak kerajaan telah memperkenalkan rancangan pembukaan tanah baru seperti FELDA dan FELCRA. DEB diperkenalkan adalah untuk mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia. Ia dilakukan adalah untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi yang tertentu. Dasar Ekonomi Baru ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Negara ( DPN ) pada tahun 1991. Namun begitu inti pati dasar ini masih lagi wujud dan akan digantikan secara beransur-ansur apabila kaum bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.

14

Hubungan Etnik

MAJLIS MUHIBBAH NEGARA Majlis Muhibbah Negara ditubuhkan pada tahun 1969. Ia ditubuhkan dibawah peruntukan Peraturan-peraturan Perlu ( Majlis-majlis Muhibbah ). Penubuhan majlis ini adalah ekoran terjadinya peristiwa 13 Mei 1969 dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri ketika itu, iaitu Tunku Abdul Rahman. Majlis Muhibbah ini mengandungi empat buah jawatankuasa iaitu peringkat kebangsaan, negeri, daerah, bahagian dan residensi serta peringkat kawasan. Tugas Majlis Muhibbah ini adalah untuk menggalakkan perkembangan muhibbah di antara masyarakat berbilang kaum, mengkaji masalah yang dihadapi untuk menyelesaikan salah faham, membantu dalam penyusunan dalam lapangan sosial dan memberikan bantuan kepada kerajaan apabila diperlukan. Apabila kerajaan dapat dipulihkan pada 23 Februari 1971, Majlis Muhibbah Negara dimansuhkan dan digantikan dengan Majlis Perpaduan Negara. Majlis Perpaduan Negara kemudiannya ditukarkan kepada Majlis Penasihat Perpaduan Negara dan majlis ini ditadbir bersama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Pejabat Muhibbah Negara. Akhirnya pada 1 Januari 1972 ia digabungkan menjadi Kementerian Perpaduan Negara. Selepas pilihanraya umum 1974, Kementerian Perpaduan Negara telah bertukar nama menjadi Lembaga Perpaduan Negara dan sebuah panel telah dibentuk bertujuan untuk membincangkan masalah perpaduan secara terus terang bagi mengelakkan timbul konflik dan konfrantasi antara satu kaum dengan kaum yang lain.

15

Hubungan Etnik

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Pihak kerajaan menyedari bahawa pentingnya kebudayaan diberikan perhatian yang khusus selepas mengalami peristiwa pahit 13 Mei 1969. Oleh itu pada tahun 1971 satu Dasar Kebudayaan telah digubal dan pada tahun 1972 Bahagian Kebudayaan telah diletakkan dia bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Setelah berlaku beberapa penstrukturan, akhirnya pada 18 Mac 2008 ia diserap dan diselia di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ( KEKKWA ). Kini dikenali sebagai Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Visinya adalah untuk mengekalkan warisan negara, mengekalkan kesejahteraan dan perpaduan kaum. Objektif kementerian adalah untuk melaksanakan segala dasar, undang-undang dan peraturan berhubung dengan perpaduan, kebudayaan, kesenian dan warisan negara. Ia dilakukan bertujuan untuk memperkasakan komuniti dan memupuk semangat antara kaum. Pelbagai aktiviti dan prasarana disediakan untuk mereka menjalankan aktiviti budaya, seni dan warisan secara bersama-sama.

16

Hubungan Etnik

KESIMPULAN Peristiwa 13 Mei 1969 telah meninggalkan catatan hitam dalam sejarah negara. Ia meninggalkan sejarah pahit tentang pertelingkahan antara kaum boleh merosakkan institusi sesebuah negara. Oleh itu banyak perkara yang perlu di teliti dan dihalusi untuk menjaga sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa. Pihak kerajaan perlu memainkan peranan dalam menjaga dan memelihara hubungan antara kaum baik bidang politik, ekonomi mahu pun sosial. Ini perlu dilakukan agar peristiwa 13 Mei 1969 tidak berulang sekali lagi. Andai kata ia gagal dilakukan sudah tentu harapan untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.

17

Hubungan Etnik

REFLEKSI Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan tragedi berdarah yang telah menjadi lipatan sejarah. Peristiwa ini terjadi akibat rasa tidak puas hati kaum Cina terhadap hak dan keistimewaan yang dimiliki oleh kaum Melayu dan kaum bumiputera. Sentimen perkauman ini akhirnya tidak dapat dibendung lagi lalu terjadilah rusuhan kaum. Pihak kerajaan perlu memainkan usaha yang lebih aktif dan progresif dalam menjaga hak dan keistimewaan sebagaimana yang telah termaktub di dalam perlembagaaan di samping memelihara dan menjaga hak kaum lain selaras dengan apa yang telah dipersetujui bersama. Jika perkara ini tidak diberikan perhatian ia akan mengakibatkan rasa tidak puas hati di antara satu kaum dengan kaum yang lain. Bagi masyarakat berbilang kaum yang hidup di Malaysia seperti kaum Melayu, Cina, India, Kadazan dan sebagainya perlu mengetahui hak dan keistimewaan yang diberikan kepada sesuatu kaum supaya mereka tidak mempersoalkan hak dan keistimewaan yang diberikan. Perkara ini perlu di ambil berat supaya tidak timbul masalah di kemudian hari. Bukan mudah bagi kita untuk menjaga sebuah negara yang mana rakyatnya terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Setiap kaum akan menuntut hak dan keistimewaan yang tertentu bagi menjaga kaumnya. Ingatlah bukan mudah untuk mencapai perpaduan dan kerjasama antara satu kaum dengan kaum yang lain. Ia mengambil proses yang lama untuk membentuk masyarakat yang harmoni dan ia memerlukan komitmen semua pihak. Membina masyarakat yang hidup aman dan damai mengambil masa yang lama tetapi untuk meruntuhkannya hanya beberapa detik sahaja.

Jerry Maslan bin Mohamed Mokhtar

18

Hubungan Etnik

REFLEKSI Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan taufik dan limpah kurniaNya, maka kami dapat menyiapkan tugasan ini secara berkumpulan. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan-rakan yang turut memberikan sumbangan idea dan tenaga terutamanya Jerry Maslan bin Mohamed Mokhtar dalam menyempurnakan tugasan ini. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah-pensyarah khususnya pensyarah subjek WAJ3106, Hubungan Etnik iaitu En. Adnan bin Baharom di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan. Semoga jasa dan sumbangan ikhlas beliau mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T. Kerja kursus pada semester ini membincangkan beberapa isu dan persoalan berkaitan masalah jurang pencapaian ekonomi dan latar belakang pendidikan telah membawa kepada tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969. Tragedi berdarah ini telah banyak meninggalkan kesan dari segi ekonomi, politik, sosial malah psikologi masyarakat Malaysia. Sesungguhnya peristiwa malang ini berlaku akibat cetusan daripada sikap prejudis dan saling tidak mempercayai antara kaum berserta polarisasi dan jurang sosial yang wujud sebelum merdeka lagi. Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh penjajah Inggeris banyak menyumbangkan kepada wujudnya sikap sedemikian sehingga jurang persefahaman antara etnik di Malaysia kian hari kian melebar. Selain itu, faktor tidak puas hati juga telah mencetuskan rusuhan kaum 13 Mei 1969, di mana kaum bukan Bumiputera secara lantang menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap hak keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu Bumiputera dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain dipinggirkan dan tidak dilayan secara adil. Keadaan ini membangkitkan lagi sentimen perkauman di antara Melayu dan bukan Melayu.

19

Hubungan Etnik

Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang banyak memberikan pengajaran, malah memperlihatkan perkara-perkara yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak agar peristiwa tragis ini tidak berulang. Oleh itu, pihak kerajaan telah memperkenalkan langkah-langkah dan menggubal beberapa dasar negara adalah bertujuan memperbaiki dan merapatkan jurang hubungan antara kaum di Malaysia. Justeru, pihak kerajaan juga telah banyak bertolak ansur dalam isu-isu hubungan etnik dengan melayani tuntutan-tuntutan setiap kaum. Jika tuntutan-tuntutan ini tidak diendahkan, ada pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan dengan meniupkan sentimen perkauman dan api kebencian bagi mencapai muslihat masing-masing. Suasana ini akan melahirkan bibit-bibit perpecahan dan perbalahan yang merugikan bangsa itu sendiri. Oleh itu, setiap warganegara bertanggungjawab menjaga dan memelihara keamanan dan kestabilan negara agar kemerdekaan dapat dikekalkan. Usaha-usaha untuk mencapai kemerdekaan memerlukan masa yang begitu lama. Segala unsur-unsur prasangka dan tidak puas hati terhadap kaum lain hendaklah dihindari. Semangat patriotik hendaklah dipupuk dan disemai dalam jiwa setiap warganegara agar mereka menghargai keamanan yang dikecapi. Sebarang masalah dan isu yang mengugat perpaduan hendaklah diselesaikan dengan cara yang terbaik agar tidak ada pihak yang teraniaya.

Disediakan oleh: .......... (Mahadi bin Che Hasim) No. I.C: 751202-03-5787 20