Anda di halaman 1dari 13

JENIS DAN TUJUAN PEMIKIRAN Terdapat pelbagai jenis pemikiran dan tujuannya. Antaranya ialah: 1.

Pemikiran Kreatif Kebolehan mengeluarkan pelbagai penyelesaian pada sesuatu masalah. Pemikiran ini juga dikenali sebagai pemikiran divergen yang memberi makna menghasilkan pelbagai penyelesaian. Matlamat berfikir adalah untuk menghasilkan pelbagai persepsi, konsep, idea, cara menyelesaikan masalah, cara meleraikan konflik, reka cipta, strategi dan taktik, teori, hipotesis, peraturan serta hasil perundingan. 2. Pemikiran Kritikal Merupakan proses melihat dan memisahkan menerusi analisis serta penilaian yang berhatihati. Individu yang mengamalkan gaya pemikiran ini dianggap sebagai berfikir secara jelas dan tepat bagi memastikan keadilan ketika berfikir terjamin. Tujuan utama individu menggunakan kemahiran ini ialah untuk mengurangkan berlakunya kesilapan pada sesuatu idea dan tindakan, serta membaiki idea yang telah terhasil bagi menjadikannya idea yang lebih baik dan efektif. 3. Pemikiran Analitikal Berasaskan kepada pemikiran logikal kerana ia didasarkan kepada maklumat dan fakta. Merupakan proses memecahkan sesuatu isu kepada bahagian-bahagian kecil. Matlamat berfikir secara analitikal adalah untuk: Menghuraikan secara terperinci sesuatu idea atau perkara. Mencari persamaan dan perbezaan Mencari punca sesuatu masalah atau kejadian Mencari perhubungan antara perkara Mencari kaitan sebab-akibat di antara perkara dengan peristiwa 4. Pemikiran Positif Dikenali juga sebagai gaya berfikir yang membina kerana kita mahukan perkembangan yang menggalakkan. Tujuan pemikiran ini adalah untuk melihat secara menyeluruh segala kebaikan, faedah, keuntungan dan kejayaan.

5. Pemikiran Negatif Individu yang menggunakan gaya pemikiran negatif adalah individu yang hanya boleh melihat kepada masalah, keburukan, bahaya dan risiko. Gaya berfikiran negatif boleh membantu mengimbangi gaya berfikiran positif. Antara kegunaan gaya berfikir negatif adalah membantu dalam meramalkan kesulitan, bahaya, kerugian, kegagalan dan risiko yang mungkin berlaku. 6. Pemikiran Proaktif Seseorang yang berfikiran dengan menggunakan gaya berfikir ini adalah individu yang berfikiran jauh dan boleh menjangkakan kemungkinan yang bakal berlaku. Gaya pemikiran ini sangat penting untuk digunakan bagi tujuan persaingan kerana ia akan membantu dalam usaha untuk bersaing secara sihat. Gaya ini digunakan bagi mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani apa sahaja bentuk perkembangan seterusnya. Kemahiran-kemahiran berfikir dikelaskan kepada 3 kategori utama yang saling berkait antara satu sama lain. Kategori-kategori itu ialah: a) Pemikiran Kreatif Kategori ini memperluas dan mengembangkan daya imaginasi, inovasi dan kreativiti pelajar bagi mendapatkan idea-idea yang banyak, pelbagai dan baru. Ia menekankan penggunaan data atau maklumat yang sedia ada bagi menjana idea-idea yang dapat memenuhi tujuan. b) Pemikiran Kritis Melibatkan proses menganalisis dan menilai idea, data atau maklumat supaya kefahaman yang jelas, kukuh, dan bermakna dapat diperoleh. Kemahiran-kemahiran berfikir yang dapat dikelaskan dalam kategori ini termasuklah membuat pengelasan, menyusun atur, membanding, membentuk kriteria, mengenal pasti andaian dan lain-lain. c) Penyelesaian Masalah Melibatkan proses yang kompleks yang terdiri daripada langkah-langkah utama yang mungkin berulang-ulang iaitu mengenal pasti dan memahami masalah, mencari cara-cara penyelesaian, melaksanakan rancangan penyelesaian masalah dan membuat keputusan.

Antara tujuan kemahiran berfikir kreatif dan kritis digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membolehkan pelajar:

mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.

Dapat memecahkan masalah dengan lebih teratur. Dapat menenangkan fikiran bawah sedar. Dapat menghasilkan pelbagai idea baru. Membantu kita untuk lebih tenang sepanjang kita sedang berfikir bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Membantu mengelakkan kegagalan. Menolong bersikap positif terhadap kegagalan yang dialami. Dapat menajamkan lagi bakat semula jadi sebagai seorang yang kreatif.

KEPENTINGAN PEMIKIRAN Kemahiran berfikir kristis begitu penting kerana murid-murid diajar berfikir secara kritis iaitu belajar cara menyoal, bila hendak menyoal dan jenis soalan yang hendak ditanya. Dalam proses pemikiran kritikal ini, murid perlu memahirkan diri mereka dalam beberapa aspek. Antara aspek-aspek kemahiran berfikir tersebut ialah seperti berikut: mahir dalam menyatakan sesuatu kenyataan dengan jelas. berkemahiran untuk mencari jawapan kepada sesuatu persoalan. menumpukan kepada beberapa isi-isi penting. fikiran terbuka.

Pemikiran

kreatif

membincangkan

bagaimana

cara-cara

atau

teknik-teknik

untuk

memperluaskan dan memperkembangkan daya imaginasi, inovasi dan kreativiti individu untuk mendapatkan dan mengumpulkan banyak idea baru dengan dengan menggunakan pelbagai teknik kreatif. Terdapat empat kepentingan menguasai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) iaitu: Untuk memupuk dan mewujudkan pemikiran yang baik dan berkesan. Untuk mengamalkan budaya berfikir secara kreatif. Untuk mengelakkan kesilapan dalam berfikir. Menungkatkan kualiti dalam berfikir

ALAT-ALAT PEMIKIRAN Alat-alat berfikir ialah instrumen yang boleh membantu individu membuat pengurusan lisan, mengurus pemikiran secara visual dan terkawal. Ia merujuk kepada suatu teknik yang boleh membantu seseorang membentuk dan mengembangkan kemahiran berfikir sedia ada mereka. Alat-alat berfikir ini membantu individu menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran kita juga akan menjadi lebih tersusun, luas, jelas dan tidak terburu-buru dalam melakukan sesuatu. Di sini dikemukakan empat alat yang boleh digunakan untuk meningkatkan ketrampilan berfikir iaitu: Soalan dan Penyoalan Peta Minda Pengurusan Grafik CoRT 1 Soalan dan Penyoalan Soalan adalah alat rangsangan yang sering digunakan untuk memperolehi maklumat, meninjau kefahaman, mencungkil minat dan menilai kebolehan seseorang tentang sesuatu perkara. Manakala, penyoalan merupakan teknik untuk mengemukakan soalan bagi memenuhi keperluan dan tujuan tertentu. Soalan dan penyoalan membantu kita berfikir secara mendalam dan meluas. Sebagai guru, pengetahuan mengenai soalan dan penyoalan membolehkan kita membentuk soalan dan

menggunakannya secara berkesan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Soalan yang baik harus mengambil kira semua aspek iaitu aras, skop dan fokus.

Soalan mengikut aras taksonomi Bloom

Secara amnya, kita sering menggunakan soalan berdasarkan aras kognitif Taksonomi Bloom (1956). Mengikut Taksonomi Bloom, aras kognitif ini disusun mengikut hierarki daripada peringkat yang paling rendah hingga ke peringkat yang paling tinggi, iaitu berdasarkan aras kognitif pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Menurut Tee et al. (a) 2009, aras rendah merangkumi aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi, manakala aras tinggi adalah terdiri daripada aras analisis, sintesis dan penilaian. Berdasarkan aras kognitif inilah kita membina dan mengemukakan soalan kepada pelajar. Sehingga kini, soalan berdasarkan Taksonomi Bloom masih merupakan bentuk soalan yang popular dalam kalangan guru dan pembina atau penggubal soalan di negara kita. (JSU). Malah, penggunaannya amat ketara apabila dijadikan sebagai faktor utama dalam Jadual Spesifikasi Ujian

Tujuan Soalan dan Penyoalan Antara tujuan soalan dan penyoalan adalah seperti yang berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) Memperkembangkan proses berfikir secara kreatif dan kritis di mana ia menggalakkan pembelajaran yang melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi. Mengumpul dan menganalisis maklumat secara berkesan. Menggalakkan serta meningkatkan penggunaan metakognitif dalam kalangan pelajar di mana ia menekankan konsep bagaimana dan bukan apa. Mengulang kaji perkara yang telah dipelajari dengan cepat. Merangsangkan pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dan suasana yang ceria dalam pengajaran dan pembelajaran. Menggalakkan pencetusan idea-idea baru dan penggunaan idea-idea yang sedia ada dengan baik. Mewujudkan suasana untuk perkongsian idea antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar. Menguji dan menilai kebolehan, prestasi dan kemajuan pelajar dari semasa ke semasa oleh guru mahu pun pelajar itu sendiri. Mendapatkan maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru secara semerta menerusi sesi pengajaran yang kebiasaannya dilakukan semasa pemerhatian oleh guru pembimbing atau penyelia. (x) (xi) (xii) Mengenal pasti sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai atau tidak pada suatu sesi pengajaran. Menarik minat dan perhatian pelajar untuk terus kekal dan tekal dalam pembelajaran agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung secara kondusif. Mewujudkan suasana muhibah dan takrif antara guru dengan pelajar, guru akan seronok mengajar dan pelajar gembira belajar.

Soalan bertumpu dan bercapah Soalan boleh dikategorikan kepada jenis bertumpu dan bercapah. Soalan Bertumpu Aras rendah Jawapan atau respon terhad Berbentuk tertutup Sesuai menguji daya ingatan Lebih bersifat objektif Aras tinggi Jawapan atau respon luas Berbentuk terbuka Sesuai menguji penaakulan dan penafsiran Lebih bersifat subjektif Soalan Bercapah

Lingkaran soalan Soalan jenis ini mula diperkenalkan oleh Christenbury dan Kelly (1983) dan telah diperkenalkan di Malaysia oleh William W. Wilen pada 1994. Lingkaran soalan memberi tumpuan kepada tiga skop khusus iaitu Perkara(P), Individu(I) dan Luar Individu(LI), kombinasi tiga skop ini akan menjanakan lebih soalan yang boleh meningkatkan kemahiran berfikir

Peta Minda Menurut Tee et al. (b) (2009), peta minda adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang dikembangkan dari sekelilingnya untuk menggambarkan idea-idea penting serta dengan cabang-cabang kecil sebagai huraiannya. Peta minda adalah sangat sesuai digunakan untuk membuat nota pada sesebuah topik untuk suatu mata pelajaran berdasarkan prinsip penggunaannya. Selari dengan tujuan peta minda iaitu ia membolehkan pelajar mencatat nota dengan mudah serta mengingat sesuatu dengan mudah di samping menggabungkan serta menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar. Maka, peta minda adalah amat sesuai dan tepat bagi tujuan pelajar dapat membuat, menyimpan dan mengulangkaji nota dengan

baik dan berkesan. Penggunaan peta minda juga amat luas dalam dunia pendidikan dan perniagaan (Buzan, 2002). Tujuan Peta Minda Tujuan peta minda adalah untuk membolehkan pelajar: (i) (ii) (iii) (iv) Mencatat nota dengan mudah. Merancang sesuatu seperti penulisan karangan, persembahan, ucapan, projek dan sebagainya. Mengingat sesuatu dengan mudah. Menggabungkan dan menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar.

Kepentingan Peta Minda Terdapat banyak kegunaan peta minda. Peta minda berfungsi sebagaimana otak berfungsi. iaitu dalam bentuk saling berkait dan tidak linear. Sebarang idea mungkin mengandungi beribu hubung kait dalam otak. Selain itu, peta minda membolehkan hubung jalinan disimpan dan dipertingkatkan dalam pemikiran. Peta minda hanya menggunakan kata kunci dan imej, justeru membenarkan maklumat yang banyak dimasukkan ke dalam sehelai kertas. Oleh kerana peta minda bercirikan visualisasi dan memperlihatkan hubung kait antara kata kunci, maka ia adalah lebih mudah diimbas kembali berbanding nota yang mempunyai ayat panjang berjela. Kepentingan peta minda dapat dihubungan dengan perkara di bawah: a) Menghasilkan Nota Setiap kali maklumat dicatat, peta minda mampu menguruskannya dalam bentuk ringkas yang mudah diasimilasi dan diingati otak. Peta minda boleh digunakan untuk membuat nota bagi sebarang sumber seperti buku, kuliah, syarahan, taklimat, bahan bacaan, mesyuarat, temu bual dan perbualan telefon. b) Ingat Kembali Setiap kali maklumat diimbas kembali dari ingatan, peta minda membenarkan idea yang lintas pada fikiran dicatat dengan pantas dalam keadaan terurus. Catatan yang dilakukan tidak perlu dalam bentuk ayat penuh.

c)

Kreativiti Setiap kali seseorang ingin mencetuskan suatu idea berdasarkan kreativitinya, peta minda

membebaskan pemikirannya daripada pemikiran linear dan membolehkan idea-idea baru bercambah dengan baik. Pengguna peta minda harus menganggap setiap item di dalam peta minda adalah pusat kepada peta minda yang baru. d) Penyelesaian Masalah Setiap kali seseorang berhadapan dengan permasalahan sama ada dalam bidang profesional atau peribadi, peta minda membantu individu untuk mengenal pasti isu-isu dan hubung kait antara satu sama lain. Selain itu, ia juga membantu individu mendapatkan gambaran keseluruhan dengan pantas di samping mengesan perbezaan ke atas aspek situasi dan kepentingannya. e) Perancangan Setiap kali seseorang merancang sesuatu, peta minda membantu individu memperolehi dan mengurus semua maklumat berkaitan dengan mudah. Peta minda boleh digunakan untuk merancang sebarang penulisan. Di samping itu, peta minda juga boleh digunakan untuk merancang suatu mesyuarat, aktiviti harian, pelancongan, kerangka karangan, penulisan makalah, laporan dan persembahan. f) Pembentangan Peta minda membantu seseorang menyediakan topik dan urutan semasa ingin membuat suatu pembentangan. Peta minda bukan sahaja membantu dalam mengurus idea-idea dengan nyata, malah memberi satu gambaran menyeluruh secara visual dalam pemikiran tanpa merujuk kepada helaian kertas. g) Penggunaan otak kiri dan kanan serentak Peta minda berupaya menggabungkan dan mengimbangkan penggunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar. h) Membuat sinopsis Peta minda dapat merumuskan pelbagai bahan bacaan ke dalam bentuk sinopsis atau ringkasan yang padat dan lengkap. Antara bahan bacaan yang sering kali dirumuskan adalah seperti buku, novel, cerpen dan puisi.

Pengurusan Grafik Pengurusan grafik adalah satu bentuk ilustrasi atau lakaran yang digunakan dengan tujuan untuk merancang, mengurus, meneliti, menganalisis atau menghasilkan sesuatu idea pemikiran yang lebih sistematik, jelas dan berkesan. Secara umumnya, pengurusan grafik ini berbentuk seperti borang dan jaringan yang perlu diisi dengan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tajuk atau kemahiran yang sedang dipelajari (Som dan Mohd Dahalan, 1998). Melalui pengurusan grafik ini, sesuatu idea yang hendak disampaikan itu akan menjadi lebih jelas dan mudah difahami. Rumusannya, penggunaan alat berfikir ini adalah terhad bagi suatu tujuan khusus dan fungsinya adalah tidak menyeluruh berbanding fungsi peta minda yang jauh lebih komprehensif khususnya dalam mengambil nota kuliah. Contoh-contoh pengurusan grafik adalah seperti berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) Pengurusan grafik membanding dan membezakan Pengurusan grafik membuat kategori Pengurusan grafik meneliti bahagian-bahagian kecil dan keselurahan Pengurusan grafik menerangkan sebab Pengurusan grafik membuat ramalan Pengurusan grafik membuat periksa andaian Pengurusan grafik membuat keputusan

(viii) Pengurusan grafik menyelesaikan masalah

Penggunaan Pengurusan Grafik Pengurusan grafik digunakan untuk membantu seseorang itu mengurus dan menyusun pemikirannya supaya menjadi lebih sistematik dan berkesan. Walaupun pengurusan grafik ini disediakan dengan contoh-contoh tertentu, kita boleh mereka cipta pengurusan grafik sendiri atau mengubah suai pengurusan grafik yang sedia ada mengikut keperluan dan peringkat pembelajaran pelajar.

ALAT CORT (Cognitve Research Trust) Istilah CoRT ini adalah singkatan daripada perkataan cognitive research trust. Singkatan ini dicipta oleh Edward de Bono semasa beliau mencubakan alat ini di sekolah-sekolah kajiannya di Barat untuk melihat keberkesanannya dalam membantu meningkatkan kognitif pelajar. Oleh sebab dapatan kajian ini menunjukkan keberkesanan yang tinggi maka Edward de Bono mengamanahkan alat kognitif ini kepada guru-guru supaya dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kesemua alat ini terdiri daripada tujuh alat CoRT yang mempunyai tujuan dan kepentingan-kepentingan tertentu. Hampir sama seperti alat berfikir pengurusan grafik, penggunaan alat berfikir CoRT ini juga terhad bagi suatu tujuan khusus, contohnya alat BLI (baik, lemah, istimewa) hanya boleh digunakan khusus untuk menganalisis suatu benda atau perkara daripada perspektif baik, lemah dan istimewa. Hal ini membuktikkan bahawa penggunaan alat ini adalah tidak menyeluruh dan kurang sesuai digunakan untuk membuat nota bagi sesebuah topik untuk suatu mata pelajaran. Tujuan CORT 1 CoRT 1 bertujuan untuk meluaskan persepsi seseorang tentang sesuatu idea dan dapat membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan (Widad dan Kandar, 2006). CoRT 1 terdiri daripada alat-alat yang berikut: PMI OPV CAF C&S FIP APC AGO BLI POL TSF KMK (Plus, Minus, Interesting) (Other Peoples View) (Consider All Factors) (Consequence & Sequal) (First Important Priorities) (Alternatives, Possibles and Choices) (Aims, Goal & Objectives) (Baik, Lemah, Istimewa) (Pandang Orang Lain) (Timbangkan Semua Faktor) (Keutamaan Mengikut Kepentingan)

KMJK (Kesan Mengikut Kepentingan)

AKP TMO

(Alternatif, Kemungkinan dan Pilihan) (Tujuan, Matlamat, Objektif)

RUJUKAN Ainon dan Abdullah (1995). Kursus Berfikir Tinggi. Kuala Lumpur: Utudan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Baharom Mohamad, Ph.D., Iliyas Hashim (2010). Ingat, Lupa, Sedar & Gangguan Psikologi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Mohd. Nashuha Jamidin ect. (1997). Kemahiran Berfikir dan Belajar. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Munir Shuib, Azman Azwan Azmawati, Azlena Zainal. (2007). Menyelesaikan Masalah Secara Sistematik & Efektif. Selangor: Prentice Hall