Anda di halaman 1dari 8

PRAKTIKAL 1: Pengukuran Dalam Kehidupan Seharian Tujuan : Mengambil dan membandingkan pengukuran dengan menggunakan jenis alatan yang

berbeza. Teori: Aktiviti pengukuran sangat penting dalam kehidupan seharian manusia. Kita biasa menggunakan kuantiti fizik (physical quantity) untuk mengukur. Dalam aspek fizik, kuantiti fizik didefinisikan sebagai kuantiti yang boleh diukur. Terdapat lima kuantiti fizikal yang kerap digunakan dalam pengukuran iaitu: 1. Panjang (Length) 2. Jisim (Mass) 3. Masa (Time) 4. Suhu (Temperature) 5. Arus Elektrik (Electric current) Pengukuran adalah penting untuk mengenalpasti saiz atau berat sesuatu objek dengan lebih tepat berbanding dengan melalui anggaran semata-mata. Panjang sesuatu objek boleh diukur dengan menggunakan beberapa alatan seperti pembaris meter, angkup vernier dan tolok skru micrometer. Manakala berat (weight) sesuatu objek boleh diukur dengan neraca spring / neraca mampatan. Neraca tiga palang, neraca tuas, neraca elektronik pula boleh digunakan untuk mengukur jisim (mass) sesuatu objek. Walau bagaimanapun, ukuran yang tepat 100% tidak pernah diperolehi. Ukuran merupakan nilai perbandingan di antara suatu objek yang hendak diukur dengan skalapiawai / teori. Semua ukuran merupakan nilai anggaran sahaja. Oleh itu apabila membuat ukuran kita mestilah mengetahui kepersisan, kepekaan dan kejituan alat.

Penyataan Masalah: Manakah alat pengukur yang paling persis dan jitu untuk mengukur panjang dan jisim? Hipotesis: Tolok skru mikrometer dan neraca elektronik adalah alat pengukur yang paling persis dan jitu untuk mengukur panjang dan jisim. Alatan dan bahan: pembaris meter, angkup vernier, tolok skru mikrometer, neraca tiga palang, electronicbalance, wayar kuprum, pensel, sehelai rambut dan satu sudu teh pasir .

AKTIVITI 1: MENGUKUR PANJANG PEMBOLEH UBAH : a) Dimanipulasi :alat pengukur ( pembaris meter, angkup vernier, tolok skru micrometer) b) Bergerak balas : nilai bacaan c) Dimalarkan : diameter pensil, dawai kuprum dan rambut

Prosedur: 1. Diameter sebatang pensel, wayar kuprum dan sehelai rambut diukur dengan menggunakan pembaris meter, angkup vernier dan tolok skru mikrometer. 2. Ukuran dilakukan berulang kali. 3. Keputusan ukuran dijadualkan.

Keputusan: Bahan Pembaris meter, cm 1 2 3 Purata 0.7 1 2 Angkup vernier, cm 3 Purata 0.700 1 2 Tolok skru mikrometer, mm 3 Purata 6.78

Diameter 0.7 0.8 0.7 pensil Diameter 0.1 0.1 0.1 dawai kuprum Diameter 0.1 0.1 0.1 sehelai rambut

0.720 0.700 0.700

6.78 6.78 6.78

0.1

0.026 0.028 0.026

0.027

0.22 0.22 0.22

0.22

0.1

0.002 0.002 0.002

0.002

0.01 0.01 0.01

0.01

Purata (cm)

Pembaris meter, cm

Angkup vernier, cm 0.700

Tolok skru mikrometer, cm 0.678

Diameter pensil Diameter dawai kuprum Diameter sehelai rambut

0.7

0.1

0.027

0.022

0.1

0.002

0.001

AKTIVITI 2: MENYUKAT JISIM Pemboleh Ubah : a) b) c) Dimanipulasi : Alat pengukur

Bergerak balas : Nilai bacaan Dimalarkan : Sebatang pensil dan secamca pasir

Prosedur: 1. Jisim sebatang pensel dan satu sudu teh pasir diukur dengan menggunakan neraca tiga palang neraca elektronik. 2. Proses menyukat diulang. 3. Keputusan sukatan dijadualkan Keputusan: Bahan 1 Pensil Secamca pasir 3.90 3.80 Neraca tiga alur, g 2 4.00 3.90 3 3.90 3.80 Purata 3.90 3.80 1 Neraca elektronik, g 2 3 Purata 3.9407 3.8537

3.9407 3.9407 3.9407 3.8537 3.8537 3.8537

Perbincangan: 1. Data yang terkumpul daripada eksperimen yang telah dijalankan telah menunjukkan perbezaan antara titik perpuluhan dan unit. Ini bermakna setiap alat pengukuran yang digunakan menunjukkan perbezaan dari segi ketepatan dan kepersisan dalam membaca ukuran. 2. Ketepatan sesebuah alat pengukur bergantung pada skala yang terdapat pada alat itu.

3. Kepersisan berhubung kait dengan ketepatan. Jadi, tolok-skru micrometer adalah alat pengukur yang paling tepat kerana ia mempunyai skala yang paling kecil dan ketepatan yang pasti kerana perbezaan antara bacaan hanya boleh jadi 0.01mm. Ia adalah bacaan yang sangat kecil. 4. Terdapat beberapa langkah pencegahan yang perlu diambil kira sewaktu melakukan eksperimen ini. Pertama sekali ialah ralat sifar. Beberapa alat pengukuran mempunyai ralat sifar positif atau ralat sifar negatif yang boleh menyebabkan ketidaktentuan dalam nilai. Kita perlu membuat operasi

penambahan atau penolakan untuk mendapatkan nilai yang sebenarnya. Oleh itu pengiraan sangat diperlukan untuk ralat seperti ini. 5. Ralat paralaks juga merupakan salah satu daripada ralat yang mungkin berlaku ketika mengambil bacaan ukuran. Jadi kita perlulah memastikanbahawa kita menggunakan cara yang betul dalam mengambil ukuran. Salah satu cara untuk mengatasi ralat ini ialah dengan menggunakan kanta tangan ketika mengambil bacaan dan juga memperbaiki kedudukan mata semasa mengambil bacaan. 6. Dalam aktiviti yang melibatkan neraca palang dan neraca elektronik, neraca elektronik adalah lebih tepat penggunaannya kerana ia telah diprogramkan dan menggunakan sistem computer untuk mengelakkan pelbagai faktor luaran. Bagaimanapun, dalam menggunakan neraca palang, kita masih perlu untuk mengambil kira faktor luaran seperti angina dan peredaran udara yang mungkin mempengaruhi bacaan. Oleh itu, untuk mengelakkan dari gangguan luar, kita perlu menjalankan eksperimen ini dalam keadaan tiada peredaran udara. Langkah berjaga-jaga : 1. Bidal pada tolok skru mikrometer hendaklah dirapatkan sehingga bunyi klik pertama terhasil. 2. Garis penglihatan semasa mengambil bacaan, hendaklah berserenjang dengan skala untuk mengelakkan ralat paralaks. 3. Sebelum menggunakan angkup vernier dan tolok skru mikrometer, rahangnya perlu dirapatkan terlebih dahulu untuk mencatatkan ralat sifar. 4. Bacaan diambil dengan beberapa bacaan ulangan dan mengira purata bacaan. Kesimpulan:

Tolok skru mikrometer mempunyai kepersisan dan kejituan yang terbaik dalam mengukur panjang sesuatu objek. Manakala, neraca elektronik mempunyai kepersisan dan kejituan yang paling baik dalam menyukat objek. SOALAN : 1. Antara ketiga-tiga alat yang digunakan untuk mengukur panjang, yang manakah lebih persis? Yang manakah paling jitu? Nilai bacaan yang lebih rapat dapat menentukan kepersisan sesuatu ukuran. Alat pengukur tolok skru mikrometer mempunyai nilai bacaan yang lebih rapat berbanding pembaris meter dan angkup vernier. Maka,tolok skru mikrometer merupakan alat pengukur yang paling persis. Satu ukuran lebih jitu sekiranya nilai ukuran adalah lebih dekat dengan nilai sebenar. Alat pengukur tolok skru mikrometer mempunyai nilai ukuran yang lebih dekat dengan nilai sebenar. Maka, tolok skru mikrometer adalah alat penyukat yang paling jitu.

2. Jika seorang pelajar menggunakan pembaris meter untuk mengukur ketebalan sesuatu objek, adalah tidak realistik bagi pelajar tersebut untuk mendapat catatan pembacaan sebanyak 4.32 cm. Terangkan kenapa? Adalah tidak realistik bagi pelajar itu mencatat ukuran sebagai 4.32cm kerana kepekaan pembaris meter ialah 0.1cm. Dengan itu, ukuran tersebut tidak jitu 3. Apakah alatan yang anda gunakan untuk mengukur ketebalan sehelai kertas? Alatan yang paling sesuai bagi mengukur ketebalan sehelai kertas ialah tolok skru mikrometer. Hal ini kerana alatan ini mempunyai kepekaan atau nilai skala terkecil iaitu 0.01 mm. Kepekaan yang tinggi ini menyebabkan bacaan lebih mudah diambil dan lebih tepat berbanding alatan yang lain.

4. Antara dua alat penyukat yang digunakan untuk menyukat jisim, yang manakan lebih persis? Yang manakah paling jitu? Alatan yang lebih persis adalah neraca elektronik. Hal ini kerana ukuran bacaan yang diambil dengan menggunakan alatan ini adalah konsisten berbanding neraca

tiga palang. Selain itu, alat ini juga lebih jitu kerana nilai ukuran adalah lebih menghampiri nilai piawai objek. 5. Namakan jenis neraca yang boleh digunakan untuk menyukat jisim dalam kehidupan seharian? .Neraca jarum berskala, neraca tuas dan neraca mampatan.

PENGUASAN PENGETAHUAN DAN SOALAN KEMAHIRAN 1. Apakah yang anda pelajari daripada dua aktiviti di atas? Melalui aktiviti yang dilakukan, saya telah mempelajari kaedah untuk mengambil ukuran bacaan tepat. Untuk mengelakkan kesilapan, bacaan sebanyak beberapa kali perlu diambilkan. Tambahan lagi, saya juga mempelajari cara untuk mengendalikan alatan pengukuran sekiranya terdapat ralat sifar pada alatan tersebut. Pada akhir aktiviti, saya dapat mengetahui bahawa tolok skru mikrometer mempunyai kejituan dan kepersisan yang terbaik dalam mengukur panjang sesuatu objek. Manakala, neraca elektronik mempunyai kejituan dan kepersisan dalam menyukat objek. 2. Pada bahagian manakah pada kurikulum sains sekolah rendah mengajar topik ini? Sains Tahun 4 Ukuran 3. Bincangkan bagaimana anda akan menggunakan praktikal di atas dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran anda? - Saya akan menerangkan konsep pengukuran serta unitnya kepada murid-murid. - Seterusnya saya memberi peluang kepada murid-murid untuk membuat pengukuran objek dengan menggunakan unit bukan piawai dan diikuti membuat pengukuran objek dengan menggunakan unit piawai. - Seterusnya saya akan meminta murid-murid membuat perbandingan antara pengukuran dengan menggunakan unit bukan piawai dan unit piawai. yang

- Murid-murid dikehendaki untuk menyenaraikan alat-alat pengukur yang terdapat di makmal sains. - Kemudian, murid-murid dikehendaki untuk melakukan eksperimen untuk mengukur objek-objek tertentu seperti praktikal di atas. - Saya akan memantau proses perjalanan eksperimen tersebut supaya murid-murid mengambil nilai bacaan yang tepat serta dapat mengelakkan ralat paralaks.

4. Apakah peranan guru dalam praktikal ini? Guru harus mengajar murid-murid tentang kemahiran untuk menggunakan alat-alat pengukur sebelum melakukan praktikal tersebut. Selepas itu, guru haruslah memantau murid-murid semasa aktiviti dijalankan. Akhirnya, guru perlu

membincangkan hasil yang dikumpulkan bersama dengan murid. Sekirannya terdapat sebarang kesalahan, guru harus membetulkan kesalahan murid.

NOTA: 1. Kejituan nilai yang diukur merujuk kepada sejauh mana hampirnya kepada nilai sebenar. 2. Kepersisan tidak sama dengan kejituan. Jam tangan digital murah yang mencatatkan masa 9:34:45 pagi boleh dikatakan sangat persis (masa saat ditunjukkan) tetapi jika perjalanan jam ini lewat beberapa minit maka nilai ini tidak jitu. 3. Jam bandul mungkin sangat jitu (iaitu ia memaparkan masa yang betul) tetapi jika jam ini tidak mempunyai tangan kedua, ia tidak persis