Anda di halaman 1dari 7

Masyarakat majmuk di Malaysia Malaysia amat terkenal dengan adanya masyarakat majmuk yang berbilang kaum.

Pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia pada abad ke 19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak. Pada tahun 1948, seorang pakar antropologi, J.S Furnival pernah menulis dan menghuraikan pandangan beliau berhubung dengan masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk menurut kamus dewan bermaksud masyakat yang terdiri daripada beberapa kaum. Definisi masyarakat majmuk menurut Furnival merujuk kepada pelbagai jenis manusia yang bercampur tetapi tidak bersatu. Mereka hidup berdekatan tetapi terpisah dalam system politik yang sama. Masing-masing berpegang kepada kebudayaan, agama , bahasa, idea dan kaedah sendiri. Mereka berinteraksi secara minima dalam urusan tertentu seperti di pasar tetapi kemudian balik kek kelompok masing-masing. Pekerjaan juga dibahagikan mengikut garis perkauman Halangan Perpaduan di Kalangan Masyarakat Majmuk Di Malaysia Di negara yang di jajah seperti Tanah Melayu masalah hubungan inter-etnik dalam masyarakat majmuk diketahui wujud , secara langsung ataupun tidak akibat daripada niat dan rancangan penjajah sendiri demi mengekalkan hegemoni dan kepentingan ekonomi mereka Masalah ini bukan didorong oleh sebab semula jadi perbezaan mereka. Ia memang suatu yang direncanakan untuk menjaga kepentingan penjajah Inggeris. Melalui dasar pecah dan perintah (devide and rule) penjajah memisahkan pekerjaan, tempat tinggal dan pendidikan etnik-etnik utama ini. Dengan strategi halus ini komunikasi di halang agar mereka tidak berpeluang bergaul mesra, saling kenal mengenal dan akrab. Akibatnya, persefahaman budaya sukar diwujudkan. Tipisnya semangat kekitaan walaupun tinggal di bumi yang sama. Sebaliknya menebal pula semangat kebangsaan masing-masing. Kesan-Kesan Sentimen Perkauman/Rasisme

Sifat perkauman jika dibiarkan berterusan boleh mengancam kestabilan politik dan keamanan negara. Negara kita juga pernah mengalami peristiwa berdarah akibat dari rusuhan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969, sehinggakan keadaan darurat terpaksa diisytiharkan di seluruh negara kita. Konflik ras juga boleh mengakibatkan pengasingan kumpulan-kumpulan tertentu dari segi pelajaran, perumahan dan pekerjaan. Kaum-kaum minoriti yang tertindas akan tersisih dari segi kawasan perumahan, peluang pendidikan dan pekerjaan. Terdapat juga kaum-kaum yang tinggal jauh dari kemajuan sebagai contoh kaum Negro, ramai daripada mereka yang masih tinggal di kawasankawasan mundur yang dikenali sebagai ghettoes, puak asli di Australia dan kaum kulit hitam di Afrika Selatan. Rasisme juga boleh mengakibatkan keganasan dan pembunuhan secara besar-besaran seperti yang telah berlaku ke atas kaum Yahudi di Jerman semasa pemerintahan Hitler. Konflik Etnik Di Malaysia Isu perkauman memang tidak dapat dielakkan apabila terdapat golongan atau kumpulan manusia yang mempunyai beberapa ciri kesamaan seperti biologi atau budaya cuba mempertahankan golongan masing-masing dan pada masa yang sama menindas kaum lain. Banyak organisasi politik dan sosial di negara kita dibentuk berasaskan kepada garis perkauman atau etnik. Organisasi sedemikian hanya memperjuangkan kepentingan dan merebut hak-hak yang dirasakan perlu tanpa memikirkan kepentingan golongan lain, keharmonian dan kesejahteraan negara. Negara kita juga pernah mengalami peristiwa berdarah akibat dari rusuhan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969, sehinggakan keadaan darurat terpaksa diisytiharkan di seluruh negara kita. Konflik ras juga boleh mengakibatkan pengasingan kumpulan-kumpulan tertentu dari segi pelajaran, perumahan dan pekerjaan. Organisasi-organisasi yang demikian akan bersaing untuk mendapatkan sokongan seluas mungkin dari kumpulan etnik masing-masing dengan menggunakan beberapa faktor penting seperti persamaan bahasa, agama, ras atau pengenalan etnik. Apabila kepercayaan dan tindakan demikian meluas dalam masyarakat, sudah tentu ia akan dapat

mempengaruhi dan kadang-kadang menentukan perkembangan politik dalam sesebuah negara. Kesan penjajahan merupakan faktor utama punca konflik etnik dan ras di Malaysia. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaannya selama 40 tahun, tetapi kesan penjajahan British masih segar di minda setiap rakyat. Dasar pemerintahan British bercorak pecah dan perintah telah mengasingkan tiga golongan utama bangsa di Malaysia iaitu golongan Melayu. Cina dan India. Dasar kolonial mengenai imigrasi, pelajaran, pentadbiran, ekonomi, tanah, bahasa dan kebudayaan telah meninggalkan kesan yang berpanjangan sehingga sekarang. Dasar imigrasinya yang bebas telah mengubah sama sekali komposisi penduduk di negara ini. Dasar ekonominya pula telah menyebabkan timbul pengkhususan ekonomi mengikut etnik dan pengasingan tempat tinggal di kalangan mereka akibat dari kegiatan ekonomi yang berlainan. Penjajah Inggeris tidak menjadikan pendidikan sebagai alat penting untuk

menyatupadukan rakyat yang berbagai etnik itu. Malah apa yang dilakukan ialah mementingkan pendidikan bahasa Inggeris kepada segelintir rakyat khususnya golongan yang berada demi kepentingan pentadbirannya. Sedangkan pendidikan Melayu dilakukan secara melepaskan batuk di tangga sahaja. Pendidikan untuk orang-orang bukan Melayu tidak dipedulikan langsung. Oleh sebab itu, orang-orang Cina dan India terpaksa mengendalikan sekolah mereka sendiri dan menanggung perbelanjaan sendiri. Perkembangan pendidikan yang tidak terkawal ketika itu akhirnya menimbulkan sikap dan orientasi politik yang berbeza. Di samping itu, melalui dasar dan pentadbirannya pula, Inggeris telah meninggalkan kesan psikologi yang meluas di kalangan rakyat dengan menanam prasangka dan stereotaip di kalangan mereka. Penjajah Inggeris akhirnya berjaya mempengaruhi sikap orang yang dijajahnya itu supaya menghormati dan menyanjung tinggi mereka sebagai kumpulan yang lebih tinggi daripada kumpulan-kumpulan ras yang lain pada ketika itu. Sebaliknya pula, terdapat

banyak prasangka dan stereotaip negatif yang memandang rendah dan hina di kalangan berbagai kumpulan ras. Hal ini bukan sahaja menghalang wujudnya kerjasama dan persefahaman di kalangan mereka tetapi juga boleh menimbulkan syak wasangka dan perasaan benci membenci di kalangan mereka. Semua kesan ini sukar untuk dikikis DI Punca yang menyebabkan Pergaduhan Kaum Kerajaan sebenarnya perlu mengkaji tentang punca yang menyebabkan peristiwa pergaduhan dan keretakan hubungan antara kaum ini. Hal ini kerana kesan daripada pergaduhan dan keretakan antara kaum akan membawa padah lagi jika tiada tindakan yang diambil. Perkara begini sepatutnya tidak boleh dipandang remeh. Ketegangan kaum mudah tercetus sekiranya sensitiviti antara kaum tidak dijaga. Langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini bukan sesuatu yang senang dan harus berlaku secara timbal balas. Kekurangan penyertaan rakyat dalam urusan pergaulan merupakan punca utama proses perpaduan antara kaum dilambatkan dan melemahkan keberkesanan apa jua dasar kerajaan yang ingin dilaksanakan untuk tujuan perpaduan. Usaha kerajaan akhirnya menjadi tidak berkesan sangat kerana hanya kerajaan saja yang beria-ia bertindak, manakala sebagai rakyat, kebanyakkan kita menganggapkan isu perpaduan ini akan wujud dengan sendiri tanpa sebarang usaha sehingga lupa ancaman yang boleh tercetus. Sikap rakyat yang sombong dan enggan bergaul terutamanya di bandar besar serta tidak prihatin terhadap isu-isu perpaduan dan menganggap ia tidak mendatangkan sebarang faedah, akhirnya menjadikan kita semakin jauh antara satu sama lain. Sifat sombong dan bangga diri merupakan penghalang utama bagi kita untuk menerima pendapat atau buah fikiran orang lain.

Sikap ini turut mendorong berlakunya keretakan dan perpecahan baik di peringkat rumah tangga, keluarga, masyarakat dan juga bernegara. Sikap sombong sering membawa individu atau kumpulan tertentu melakukan keganasan dan kekerasan ke atas orang lain. Akhirnya ia mencetuskan permusuhan dan peperangan malah anarki. Selain itu, sikap tidak jujur atau tidak adil terhadap orang lain juga menimbulkan rasa tidak puas hati dan dendam yang berpanjangan antara sesama manusia, lebih-lebih lagi antara yang memerintah dengan yang diperintah. Perbuatan ini akan merenggangkan perhubungan dan menghapuskan perasaan kasih sayang dan hormat menghormati antara satu sama lain. Di samping itu, sebilangan rakyat pula tidak memberi kerjasama, malah membantah segala yang dilakukan oleh kerajaan. Seperti sesetengah pemuda enggan menyertai khidmat negara menjelmakan penentangan mereka terhadap berbagai-bagai perkara yang mereka anggap tidak adil. Cara mengatasi Segala sikap yang dinyatakan merupakan faktor utama yang menjadikan tahap perpaduan kita dalam keadaan sekadar cukup makan sahaja. Sikap yang suka bergantung terhadap kerajaan harus diubah, kerana perpaduan tidak bergantung kepada kerajaan semata-mata tetapi memerlukan penyertaan setiap seorang daripada kita rakyat Malaysia. Bersifat terbuka merupakan kunci kejayaan pergaulan antara kaum. Pergaulan dengan mereka yang berlainan bangsa tidak bermakna kita harus mengorbankan prinsip dan agama masing-masing. Kita harus bersifat terbuka dan perbezaan itu bukan penghalang untuk kita mengenali lebih rapat antara satu sama lain.

Sikap terbuka ini jika tidak disemai dari kecil telah terbukti akan menyukarkan sebarang usaha mewujudkan perpaduan kaum. Ibu bapa juga berperanan besar dalam membentuk sikap yang mulia ini kepada anak-anak mereka. Hal ini kerana, segala yang ada pada ibu bapa sebenarnya akan diwarisi kepada generasi akan datang. Ibu bapa perlu memahami tanggungjawab mendidik anak-anak tidaklah terhad kepada soal adab, asuhan keagamaan dan juga pembentukan jati diri. Sebaliknya kanak-kanak harus diterapkan dengan nilai-nilai murni yang universal seperti menghormati bangsa dan agama lain, bertolak ansur serta saling hormat menghormati. Semua ini patut bermula dari rumah ketika anak-anak masih kecil lagi. Kita mampu mengubahnya. Kita hanya perlu mengamalkan sikap terbuka terlebih dulu. Aktiviti merapatkan hubungan dan menjalin hubungan serta menambah kemesraan antara kaum perlu diperbanyakkan lagi. Seperti sempena hari perayaan, rumah terbuka harus digalakkan supaya kita mempunyai peluang untuk bergaul dan memahami budaya kaum lain. Pendidikan juga merupakan alat meningkatkan tahap perpaduan yang penting. Guru-guru di sekolah juga perlu mendidik pelajarnya supaya tahu betapa pentingnya perpaduan itu kepada pembentukan sebuah masyarakat yang aman dan bersatu padu. BERKONGSI BERSAMA DEMI KESEJAHTERAAN DAN KEHARMONIAN Semangat Bangsa Malaysia patut disemai ke dalam hati rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak patut dibezakan dari segi kaum. Maka dasar ini perlu diperkuatkan lagi. Bangsa Malaysia ialah satu bangsa yang bersatu padu, mempunyai satu masa depan yang sama dan dikongsikan bersama.

Penulis percaya, segala masalah yang wujud pasti ada faktor yang mencetuskannya. Jadi segala usaha yang dilakukan perlu berpandukan faktor itu, supaya tindakan yang diambil akan lebih berkesan. Jadi kerjasama semua lapisan masyarakat amat diperlukan untuk kita berjaya. Jika rakyat kita boleh bersikap terbuka tanpa mengira dari mana kita datang, tanpa mengira tentang kepentingan diri, dan tanpa prasangka, sudah pasti ketika itu kita semua akan bangga terhadap diri kita sendiri sebagai satu bangsa yang bersatu padu. Demi tanah tumpah darah, kita patut dan rela berkorban bukan untuk kita semua tetapi sebagai contoh kepada generasi akan datang habis-habisan biarpun kita telah lama bebas dari belenggu penjajahan British.