Anda di halaman 1dari 15

FOLIO BOLA KERANJANG

ISI KANDUNGAN
Perkara m/s

Sejarah permainan

Aspek permainan bola keranjang

3-5

Kemahiran dalam permainan bola keranjang

6-11

Undang-undang dan peraturan

12-14

Aspek-aspek keselamatan

15

FOLIO BOLA KERANJANG

SEJARAH PERMAINAN
Permainan bola keranjang bermula sejak tahun 1892. Permainan ini dicipta oleh Dr. James Naismith yang merupakan seorang jurulatih di sekolah latihan YMCA dan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Kolej Springfield (dahulu dikenali sebagai sekolah untuk pekerja Kristian). Mss. Luther H. Gulick, ketua bidang sukan sekolah tersebut telah memberi Naismith tugas untuk mencipta satu permaianan berpasukan yang boleh dimainkan semasa musim sejuk. Oleh itu, permainan ini harus dimainkan dalam gelanggang sesebuah bangunan. Untuk permainan baru ini, James Naismith menggunakan bola yang digunakan untuk permainan bola sepak. Ini disebabkan oleh saiz bola tersebut yang cukup besar dan mudah untuk ditangkap. Naismith meminta pegawai penyelenggara bangunan sekolah tersebut untuk menyediakan dua kotak besar sebagai goal. Namun begitu, pegawai tersebut tidak mempunyai dua buah kotak seperti yang diminta oleh Naismith. Justeru, Naismith telah menggunakan dua buah bakul untuk permaianan ini. Kedua-dua bakul tersebut dipasang pada balkoni gimnasium kira-kira 10 kaki dari aras tanah. Permainan bola keranjang pertama yang tercatat berlangsung antara pelajar-pelajar Naismith dalam kelas beliau pada Disember 1891. Naismith telah menamakan permaianan ciptaannya basket ball. Markah diberikan kepada pemain pasukan yang menjaringkan bola di petak lawan. Pasukan yang memperolehi markah tertinggi akan menjuarai permainan tersebut. Selepas permainan experiment pertama, Naismith telah menyediakan draft peraturan pertama untuk permainan bola keranjang yang mengandungi 13 fasal. Peraturan-peraturan ini diterbitkan dalam surat khabar sekolah, the Triangle pada 15 Janauri 1892. Permainan ini mendapat sambutan ramai melalui penerbitan ini. Tidak lama kemudian, bola keranjang mula dimainkan oleh pasukan YMCA, sekolah menegah, kolej, universiti, dan pasukan professional dari Amerika Syarikat dan Kanada. Permainan rasmi yang pertama pula berlangsung di gimnasium YMCA pada 20 Januari 1982. Hanya 9 orang pemain yang terlibat dalam permainan ini dalam gelanggang bola keranjang yang cuma separuh saiz gelanggang NBA pada hari ini.

FOLIO BOLA KERANJANG

ASPEK PERMAINAN BOLA KERANJANG


Permainan bola keranjang boleh dimainkan sama ada di luar atau di dalam dewan. Ukuran gelanggang ,peralatan dan saiz bola yang digunakan adalah mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Bola Keranjang Amatur Antarabangsa (FIBA). Gelanggang Permukaan gelanggang bola keranjang diperbuat daripada kayu, simen atau sebarang permukaan sintetik yang sesuai yang membolehkan bola melantun dengan baik dan konsisten. Keadaan permukaan gelanggang mestilah rata , keras dan bebas daripada sebarang gangguan yang berkemungkinan boleh membahayakan pemain. Bagi gelanggang yang berada di dalam dewan.tinggi antara lantai dan siling atau sebarang halangan perlu melebihi tujuh meter.

Papan jaring dan keranjang Papan jaring didirikan di kedua-dua hujung gelanggang. Permukaan hadapan papan jaring perlu sama rata. Papan jaring diperbuat daripada kayu atau sebarang bahan lut sinar yang sesuai atau berwarna putih setebal 3 sentimeter. Pada permukaan hadapan papan jaring , dilukis satu segi empat tepat.Pada setiap papan jaring dipasang keranjang yang terdiri daripada bulatan besi (ring) dan jaring(net). Bahagian atas jaring separas dengan garisan bawah segi empat tepat.

Bola

FOLIO BOLA KERANJANG

Bola keranjang diperbuat sama ada daripada getah , kulit atau bahan sintetik. Kesesuaian tekanan bola dapat ditentukan dengan menjatuhkan bola dari ketinggian 1.8 meter dan bola tersebut akan melantun semula ke atas melebihi ketinggian paras pinggang.

Ukur lilit : 75-78 cm Berat : 600-650 gm

Posisi Pemain Terdapat tiga posisi utama dalam permianan bola keranjang iaitu pengawal (guard), pemain hadapan (forward) dan pemain tengah (center)

Posisi pemain Pengawal(guard) i)point guard ii)off guard Pemain hadapan (forward) i)small forward ii)big forward Pemain tengah (center)

Tugas/Fungsi Merancang serangan Membawa bola ke kawasan pihak lawan Menjaring dari jarak jauh Bermain dari arah kiri atau kanan gelanggang Menjaring dari jarak jauh Bertindak sebagai penjaring Membantu menjaring bola berhampiran keranjang Menyukarkan pasukan lawan melakukan jaringan berhampiran keranjang

FOLIO BOLA KERANJANG

Jaringan Jaringan dilakukan dengan memasukkan bola ke dalam keranjang pihak lawan. Semua pemain boleh melakukan jaringan dari mana-mana kawasan dalam gelanggang. Ada dua cara untuk mendapatkan mata iaitu : 1. Melakukan jaringan sebagai hasil pergerakan dalam permainan oleh pemain 2. Melakukan jaringan sebagai hasil lontaran percuma, iaitu lontaran yang dilakukan dari kedudukan belakang garisan lontaran percuma. Cara mendapatkan mata : Cara jaringan Lontaran hasil pergerakan pemain i)dari luar kawasan gol ii)dari dalam kawasan gol Mata

3 mata 2 mata

Lontaran percuma

1 mata

FOLIO BOLA KERANJANG

KEMAHIRAN DALAM PERMAINAN BOLA KERANJANG


Setiap pemain perlu mempelajari dan meguasai beberapa kemahiran asas dalam permainan bola keranjang. Penguasaan setiap kemahiran adalah penting sebelum pemain dilatih dengan taktik dan strategi dalam permainan bola keranjang. Kemahiran-kemahiran asas yang terdapat dalam permainan bola keranjang ialah menghantar, menerima, rebound , mengelecek , menghadang dan menjaring.

Menghantar Menghantar ialah kemahiran menyerang dan cara yang selamat untuk mengekalkan kawalan bola. Menghantar juga adalah cara terpantas untuk menggerakkan bola ke kawasan pihak lawan. Faktor yang perlu diambil perhatian ketika melakukan hantaran ialah kelajuan dan ketepatan. Terdapat beberapa jenis hantaran yang digunakan bersesuaian dengan situasi tertentu. Jenis-jenis hantaran tersebut adalah : Hantaran paras dada Hantaran atas kepala Hantaran lantun Hantaran sisi

FOLIO BOLA KERANJANG

TEKNIK MENGHANTAR BOLA PARAS DADA

1.Fasa persediaan

2.Fasa pelaksanaan Langkah setapak ke arah sasaran, pindahkan berat badan ke kaki hadapan Tolak bola dari dada ke sasaran Fleksi pergelangan tangan dan lepaskan bola

3.Fasa Ikut Lajak Imbang berat badan padakaki hadapan Kedua-dua tangan lurus ke arah sasaran Tapak tangan hala ke luar Ibu jari hala ke bawah

Buka kaki seluas bahu Bengkokkkan sedikit lutut Pegang bola dengan keduadua belah tangan pada paras dada Ibu jari berada di belakang bola secara bertentangan di antara satu dengan lain Siku diangkat sedikit Mata pandang kea rah sasaran

Menerima Kemahiran menerima bola adalah kecekapan menangkap bola yang dihantar oleh rakan sepasukan. Pemain yang menerima bola perlu mengekalkan kawalan bola. Dalam kemahiran meneria, penerima bola perlu sentiasa memandang kea rah pemain yang aan melakukan hantaran. Penguasaan kemahiran menerima bola bergantung pada adaptasi penerima dalam situasi permainan. Penerima bola perlu pantas membuat keputusan sama ada untuk menjaring atau mengelecek.

FOLIO BOLA KERANJANG

Menghadang Menghadang ialah kemahiran untuk menyukarkan pemain lawan daripada mengelecek bola, melakukan hantaran atau melakukan jaringan. Pemain perlu sentiasa mengekalkan posisi di antara pemain lawan yang membawa bola ke keranjang (bola pemain menghadang keranjang).Terdapat dua situasi menghadang iaitu menghadang pemain lawan yang megelecek bola dan menghadang pemain lawan yang mesti melakukan hantaran atau jaringan. Menghadang pemain yang mengelecek Buka kaki seluas bahu Bengkokkan lutut Badan tegak Tangan di atas ,bengkokkan siku Lengan tangan hadapan rapat dengan badan Kaki hadapan bertentangan ddengan tangan dominan pembawa bola Gerak ke hadapan dengan menolak kaki belakang Berundur dengan menolak kaki hadapan Pergerakan kaki rapat di lantai Mata pandang pergerakan tangan pembawa bola Menghadang pemain yang melakukan hantaran atau jaringan Buka kaki seluas bahu Gerakkan kedua-dua tangan ke atas Tumpu kepada pergerakan bola

FOLIO BOLA KERANJANG

Mengelecek Mengelecek adalah salah satu cara untuk menggerakkan bola ke kawasan pihak lawan dan juga untuk mengekalkan kawalan bola. Pemain perlu megelecek tanpa melihat ke arah bola. Kemahiran megelecek melibatkan otot-otot utama pada bahagian tangan seperti otot biceps brachii , triceps brachii, brachialis , flexo carpi ulnaris dan extensor carpi radialis longus. Mengelecek terkawal Lantun bola dekat dengan badan menggunakan jari dan pergerakan lengan bawah Lantun bola pada paras lutut Lindung bola dengan tangan bebas dan kaki yang dekat dengan pihak lawan Imbang badan ketika bergerak Mata pandang pihak lawan dan rakan sepasukan Mengelecek dinamik Lantun bola ke hadapan pada paras pinggang Bergerak untuk dapatkan bola Lindung bola dengan tangan bebas Mata pandang pihak lawan dan rakan sepasukan

Kesilapan yang sering dilakukan semasa mengelecek bola Menampar bola paras dada dan menunggu bola melantun Kepala tunduk ke bawah melihat bola Menggunakan hanya sebelah tangan yang dominan Melantun bola jauh dari badan

FOLIO BOLA KERANJANG

Menjaring Menjaring dalam permainan bola keranjang adalah memasukkan bola ke dalam keranjang pihak lawan.Semua pemain boleh melakukan jaringan dari mana-mana bahagian gelanggang.Terdapat tiga jenis kaedah menjaring iaitu : o Set shot o Lay-up shot o Jump shot Otot-otot utama yang terlibat dalam kemahiran menjaring ialah oto-otot pada bahagian tangan seperti otot deltoid , biceps brachii , brachialis , triceps brachii, flexor carpi ulnaris dan extensor carpi radialis longus. Fasa persediaan Buka kaki seluas bahu Bengkokkan lutut Kaki yang sama dengan tangan menjaring ke hadapan sedikit Jarakkan jari-jari tangan dominan di bawah bola Tangan bebas di sebelah bola Ektensi pergelangan tangan menyokong bola Mata pandang ke sasaran Fasa pelaksanaan Angkat tangan hingga siku paras bahu Fleksi pergelangan tangan dan jari ke hadapan untuk melepaskan bola Golekkan bola dengan hujung jari untuk menghasilkan putaran belakang Kawal pergerakan tangan hingga bola dilepaskan Fasa ikut lajak Luruskan tangan menjaring Jari-jari arah ke sasaran Tapak tangan menjaring hala ke bawah

10

FOLIO BOLA KERANJANG

Rebound Rebound ialah situasi bola yamg melantun semula dari papan jaring yang dilakukan dengan melontar bola ke arah papan jaring.Rebound juga terhasil daripada lontaran jaringan yang tersasar.Kemahiran menangkap bola hasil daripada rebound adalah penting sama ada untuk terus menyerang atau bertahan. Rebound offensive memberi peluang kedua kepada lawan untuk melakukan jaringan. Rebound defensive pula member peluang pihak lawan melakukan jaringan dan mendapatkan kawalan bola. TEKNIK REBOUND MENYERANG Fasa persediaan Kedudukan berdiri sedia Bengkokkan lutut Pandang pergerakan bola TEKNIK REBOUND BERTAHAN Fasa persediaan Kedudukan diri sedia bertahan Mata pandang bola da pihak lawan Tangan menghadang hantaran

Fasa pelaksanaan Lompat dan tangkap bola Pegang bola pada paras dada Mendarat dan kawal imbangan badan

Fasa pelaksanaan Bila lontaran dilakukan Pusing menghadap jaring Belakang badan sentuh pihak lawan Tangan hala ke atas Mata pandang pergerakan bola Lompat untuk dapatkan bola Tangkap bola dengan kedua-dua belah tangan Mendarat dengan kedua-dua belah kaki dan kawal imbangan badan

11

FOLIO BOLA KERANJANG

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN


Undang-undang pertandingan bola keranjang dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Bola Keranjang Amatur Antarabangsa (FIBA) dan peraturan-peraturan am Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia. Jumlah Pemain Jumlah pemain yang mendaftar dalam satu pasukan ialah sepuluh orang. Hanya lima orang pemain dari setiap pasukan akan bermain pada satu-satu masa. Setiap pemain boleh ditukar ganti sepanjang tempoh permainan.Setiap pertukaran pemain perlu dilaporkan kepada pencatat. Masa permainan Masa permainan bola keranjang dibahagikan kepada empat suku (quarter). Masa bermain untuk setiap suku ialah tujuh minit.Masa rehat antara suku ialah dua minit. Selepas tamat suku kedua (separuh masa pertama),masa rehat diberi selama lima minit sebelum bermula suku ketiga.Dalam permainan bola keranjang , hanya masa sebenar dikira sebagai masa permainan.Jam masa akan diberhentikan semasa lontaran percuma, time-out, pemain megalami kecederaan, pertukaran pemain dan apabila bola keluar dari kawasan permainan. Masa permainan akan dikira sebaik sahaja bola dimainkan semula. Permulaan permainan Permainan dimulakan dengan pengadil melambung bola di bulatan tengah di antara dua pemain daripada kedua-dua pasukan. Jam tangan diaktifkan sebaik sahaja bola yang dilambung disentuh oleh salah seorang pemain yang melompat. Pemain yang melompat tidak dibenarkan menangkap bola yang dilambung tetapi hanya boleh menepis atau menolak bola itu kepada rakan yang berada di luar bulatan. Pelanggaran peraturan (violations) Terdapat dua jenis pelanggaran peraturan iaitu pelanggaran peraturan pengawalan bola dan pelanggaran peraturan masa. Pelanggaran peraturan ini akan mengakibatkan pasukan kehilangan bola kepada pihak lawan (turn over) .

12

FOLIO BOLA KERANJANG

Pelanggaran peraturan pengawalan bola Kesalahan Mengelecek berganda Over and back Klasifikasi Mengelecek semula selepas berhenti dan memegang bola atau mengelecek dengan kedua-dua belah tangan serentak Membawa bola balik semula ke kawasan gelanggang belakang oleh penyerang selepas melintasi garisan tengah gelanggang Membawa bola lebih daripada satu langkah tanpa mengelecek bola tersebut

Travelling

Pelanggaran peraturan masa Kesalahan Peraturan tiga saat (three- seconds rule)

Klasifikasi Semasa bola dalam kawalan pasukan, pemain tidak dibenarkan berada lebih daripada tiga saat dalam kawasan terhad pihak lawan iaitu di antara baseline dan hujung garisan lontaran percuma Pemain yang dikawal oleh pihak lawan perlu membuat hantaran, jaringan atau mengelecek bola dalam tempoh masa lima saat. Pemain yang membuat lontaran ke dalam perlu memainkan bola dalam tempoh lima saat atau bola diberikan kepada pihak lawan Pasukan yang megawal bola dalam kawasan sendiri perlu membawa dan memainkan bola ke kawasan pihak lawan dalam tempoh masa lapan saat. Jika gagal bertindak sedemikian, pasukan tersebut akan dipersalahkan. Pasukan yang mengawal bola perlu melakukan jaringan dalam tempoh masa 24 saat mengawal bola. Pasukan tersebut akan dipersalahkan jika gagal bertindak sedemikian.

Peraturan lima saat (five-seconds rule)

Peraturan lapan saat (eight-seconds rule)

Peraturan 24 saat (twenty four-seconds rule)

13

FOLIO BOLA KERANJANG

Jenis-jenis kesalahan Ada dua jenis kesalahan iaitu kesalahan individu dan kesalahan pasukan. Jika seorang pemain melakukan lebih daripada lima kesalahan individu, pemain tersebut tidak akan dibenarkan meneruskan permainan. Pasukan yang melakukan lebih daripada empat kesalahan (melibatkan kesalahan individu) dalam satu suku permainan akan dikenakan lontaran percuma. Jenis-jenis kesalahan dalam permainan bola keranjang Kesalahan Menghalang (blocking) Merempuh (charging) Memegang (holding) Sekatan tidak sah (illegal screen) Menjangkau (reaching in) Klasifikasi Menghalang kemaraan pemain yang sedang bergerak secara fizikal Menolak atau melanggar pemain bertahan yang statik Menyekat permainan pihak lawan dengan memegang pemain yang membawa bola Pemain yang melakukan sekatan masih bergerak apabila pemain bertahan melakukan sentuhan Menghulurkan tangan dan melakukan sentuhan terhadap pemain yang mengawal bola dalam percubaan mencuri bola Menghulurkan kaki dan menyebabkan pemain lawan hilang imbangan atau terjatuh

Membentas (tripping)

14

FOLIO BOLA KERANJANG

ASPEK-ASPEK KESELAMATAN
Dalam apa jua aktiviti fizikal atau latihan, aspek keselamatan adalah penting dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Antara aspek-aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian dalam permainan bola keranjang adalah seperti yang berikut : Memakai pakaian yang sesuai, kasut bertapak getah paras buku lali dan pelapik lutut Memastikan kuku jari tangan pendek, dan tidak memakai rantai, cincin atau jam tangan Memastikan gelanggang dan semua peralatan yang digunakan dalam keadaan baik dan selamat digunakan

15