Anda di halaman 1dari 18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING, SARAWAK

KERTAS KERJA & LAPORAN REFLEKSI INDIVIDU CERAMAH KESANTUNAN BERBAHASA DAN KEMAHIRAN MENDENGAR SECARA EFEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JANUARI 2012

TARIKH MASA TEMPAT KUMPULAN

: 01 FEBRUARI 2013 (JUMAAT) : 2.00 5.00 PETANG : DEWAN KULIAH B, IPGKBL : PISMP BC1 JANUARI 2012

NAMA: LAW SIEW NYIIK

NAMA PENYELARAS: ENCIK MICHAEL TARANG JELAMING

ISI KANDUNGAN

BIL. 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 10.0 BIODATA

PERKARA

MUKA SURAT

PENGENALAN / PENDAHULUAN MATLAMAT OBJEKTIF AKTIVITI JADUAL PELAKSANAAN KANDUNGAN REFLEKSI KENDIRI PENILAIAN KENDIRI PENUTUP LAMPIRAN 10.1 GAMBAR-GAMBAR / CAPTION

1.0 BIODATA

Nama No. KadPengenalan Jantina Status Perkahwinan Kumpulan Semester Alamat Tetap

: LAW SIEW NYIIK : 921028-13-5764 : PEREMPUAN : BUJANG : PISMP BC 1 AMBILAN JANUARI 2012 : 3 : 221E, LORONG KEMPAS 3C, TAMAN PHONING, SARAWAK.

No H/P Nama Waris Terdekat

: 0109604340 : LEE SUK CHIN

Hubungan dengan Pelajar : IBU DENGAN ANAK No. H/P : 019-8186659

2.0 PENGENALAN / PENDAHULUAN Kesantunan berbahasa merupakan kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan. Kesantunan berbahasa adalah cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang dengan penuh sopan serta timbang rasa yang kita berikan kepada orang yang mendengar pertuturan kita. Guru merupakan teladan kepada anak muridnya. Sebagai seorang guru, pemilihan kata dalam pelbagai situasi, penggunaan nada yang sesuai serta gerak laku yang sopan senantiasa diperhatikan oleh murid-muridnya. Jika guru mempunyai perilaku, budi bahasa, kebijaksanaan serta gerakgerinya yang berkeyakinan dan senang berinteraksi dengan muridnya, maka muridnya dapat didampingi dengan baik. Kesantunan berbahasa dan kemahiran mendengar secara efektif merupakan satu kewajiban dalam kehidupan kita terutamanya seorang guru. Hal ini demikian kerana guru merupakan insan yang memikul tanggungjawab besar untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-murid. Guru juga menjadi rol model yang akan sentiasa diteladani. Ini secara tidak langsung, akan menjadi ejen kepada perubahan dalam kalangan masyarakat. Kesimpulannya guru perlu mengamalkan kesopanan berbahasa sama ada di sekolah atau di luar sekolah. Jadi, guru perlu bijak membuat pemilihan kata dan ungkapan bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan serta menjadi pendengar yang baik.

3.0 MATLAMAT Program BIG ini merupakan salah satu usaha pencetus kepada pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai daya ketahanan fizikal dan mental, bermanfaat kepada diri keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

4.0 OBJEKTIF AKTIVITI Melalui ceramah ini, para guru pelatih dapat mencapai objektif berikut: i. Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar berkaitan domain kandungan kurikulum Bina Insan Guru (BIG) ii. Membina kualiti peribadi dan profesional sebagai insan guru yang mulia, peranan guru sebagai pendidik dan agen perubahan

masyarakat. iii. Meningkatkan tanggungjawab guru dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti dalam menjayakan dasar-dasar serta wawasan pendidikan negara.

5.0 JADUAL PELAKSANAAN TARIKH MASA MULA : : 01 FEBRUARI 2013 (JUMAAT) 2.00 - 5.00 PETANG DEWAN KULIAH B, IPGKBL SEMUA PELAJAR PISMP AMBILAN JAN

TEMPAT PELAKSANAAN : PESERTA 2012 :

6.0 KANDUNGAN

MASA 1400 1415 1420 1430

PERKARA Semua pelajar PISMP mengambil tempat serta mendaftar. Ketibaan tetamu jemputan. Kata aluan pembukaan pengacara majlis. Ceramah Kesantunan Berbahasa dan Kemahiran Mendengar Secara Efektif oleh Puan Lydia Zulaifa Sullang Binti Abdullah.

1650 1655 1700

Kata aluan penutup pengacara majlis. Sesi penyampaian cenderamata kepada Puan Lydia. Majlis bersurai.

7.0 REFLEKSI KENDIRI Pada 2 Februari 2013, saya telah menghadiri ceramah yang bertajuk Kesantunan Berbahasa Dan Kemahiran Berbahasa Secara Efektif yang diberikan oleh pensyarah Jabatan Ilmu Pengetahuan Pendidikan, Cikgu Lydia Zulaita Sullang Binti Abdullah. Melalui penjelasan beliau, saya telah memahami definisi kesantunan. Mengikut definisi Kamus Dewan Edisi ke-4, kesantunan bermaksud perihal (sifat dan sebagainya) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti). Oleh itu, saya berkeputusan untuk menjadi teladan kepada murid saya iaitu sentiasa berbudi bahasa dan mengamalkan sikap bercakap neutral. Contohnya, saya sebagai bakal pendidik akan menghadapi murid, ibu bapa dan masyarakat. Justeru, saya harus belajar bagaimana untuk bercakap dengan bersopan supaya murid dapat memdapatkan pengetahuan dan isi yang saya ingin disampaikan. Selain itu, ibu bapa anak murid juga dapat memahami situasi anak mereka melalui penjelasan saya. Tambahan pula, saya juga mempelajari bahawa bahasa dibahagikan kepada bahasa lisan, bahasa tubuh dan bahasa tulisan. Sebagai seorang bakal pendidik, saya bukan sahaja perlu mengetahui cara untuk bertutur dengan sopan, saya juga harus mengetahui menulis dengan betul. Contohnya, jika saya ingin menulis komen pelajar dalam buku laporan, saya harus menggunakan kata-kata yang menggalakkan supaya murid tidak berasa mudah berputus asa. Bahasa lisan perlulah diberikan secar bersemuka supaya orang tersebut dapat menerima informasi tersebut dengan jelas. Antara kritetia yang perlu dititiberatkan bagi bahasa lisan termasuk suara, sapaan, pilihan kata dan gaya bahasa, konteks dan situasi hubungan.

Sebaliknya, bahasa lisan media elektronik perlu menitikberatkan pilihan kata, sapaan, pembukaan kata, kejelasan, kesesuaian dan konteks hubungan panjang atau singkat. Bahasa tubuh menunjukkan penampilan diri. Seorang guru yang sopan akan mempunyai gerak badan yang sesuai dan mesti mempunyai konteks mata dengan individu jika sedang bercakap. Hal ini dapat memastikan anak murid memahami apa yang kita menyampaikan melalui konteks mata. Ciri-ciri kesantunan termasuk menegakkan nilai-nilai sosial ketika berbahasa, memperlihatkan rasa hormat kepada orang lain dan norma berkomunikasi yang mencerminkan jiwa masyarakat berkenaan. Antara nilai-nilai sosial termasuk ketertiban, kesusilaan, nilai budaya dan etika dan kesesuaian dengan konteks suasana. Contohnya, jika seseorang individu mendapat keputusan yang cemerlang, guru boleh berkata, Syabas, anda membuat dengan cemerlang manakala jika seseorang murid gagal dalam peperiksaan, guru harus menggalakkan dengan mengatakan Tidak apa, anda terus berusaha dalam peperiksaan yang seterusnya. Dengan menggunakan perkataan sebegini, murid akan berasa gembira kerana guru yang prihatin kepada mereka. Nilai memperlihatkan rasa hormat kepada orang lain termasuk menggunakan kata gelaran, kata sapaan dan kata ganti nama yang betul. Dalam masyarakat melayu, bahasa biasa untuk mengelarkan orang tua termasuk pak, mak, tok, abang, kakak dan adik. Manakala, bahasa formal termasuk encik, cik, puan, saudari dan saudara. Gelaran warisan pula termasuk raja, tangku, puteri, abang dan datu. Gelaran kurniaan pula termasuk tun, toh puan, puan, datuk seri, datin, pendeta dan puan sri.

Sementelahan itu, kata ganti nama juga dibahagikan kepada pelbagai jenis, antaranya termasuk patik, saya, baginda, dia, beta dan mereka. Sebagai seorang bakal guru, saya harus bersedia untuk menjadi pengerusi majlis bagi aktiviti di sekolah. Hal ini kerana guru bukan sahaja menjadi pembimbing kepada anak murid tetapi juga harus mempunyai pelbagai bakat termasuk menjadi pengerusi majlis. Sebagai seorang pengerusi majlis, saya mesti memahami protokol dengan jelas. Contohnya, saya perlu menggelarkan seseorang dengan gelaran dan pangkat yang sesuai seperti Yang berhormat pengetua, Yang berusaha guru disiplin dan guru-guru yang dikasihi. Protokol mestilah diutamakan dan dititikberatkan supaya tidak akan mengabaikan sesiapa dan ini juga menunjukkan rasa horamt kepada orang lain. Cara seseorang bercakap telah mencerminkan budaya dan kemoralan seseorang individu. Contohnya, seorang samseng yang tidak berbuday akan berkata kasar seperti celaka, ini akan memberikan imej yang tidak baik kepada orang masyarakat. Justeru, kami harus menggunakan perkataan yang lebih bersopan dan sedap untuk berkomunikasi dengan orang lain supaya dapat meninggalkan imej yang baik kepada orang masyarakat. Semasa berkomunikasi dengan orang lain, kita harus mengamalkan beberapa amalan supaya menunjukkan kesopanan kita. Contohnya, bdan condong ke hadapan dengan bersenyum dan santai, tidak berpeluk tubuh dan bersilang kaki dan mempunyai gerakan mata. Semasa bercakap atau mendengar cakap orang lain, kita mesti badan mencondong sedikit ke hadapan untuk mendengar orang mencakap supaya orang tersebut akan berasa mesra, terbuka dan menunjukkan anda bersedia untuk mendengar

atau menerima pandangan dan pandangan orang lain. Sebaliknya, jika seseorang bersifat berpeluh tubuh dan bersilang kaki semasa berkomunikasi dengan orang lain, ini telah menunjukkan sifat agresif, sifat defensif dan tidak berminat untuk bertolak ansur. Justeru, kita harus menjaga perlakuan sendiri apabila bercakap dengan orang lain supaya dapat mengelakkan perselisahan berlaku. Sebagai seorang guru, kita mesti mempunyai konteks mata dengan anak murid kita supaya kita dapat mengetahui sama ada murid tersebut menumpukan perhatian atau tidak. Contohnya, mata yang bergerak ke sana ke mari dan tidak menumpu kepada teman berbicara menunjukkan anak murid tersebut tidak berminat dengan pengajaran anda. Justeru, guru boleh menilai pengajaran sendiri daripada sini dan boleh membuat pengubahsuaian supaya menjadikan kelas pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan seronok. Sebaliknya, jika seseorang murid tersebut mendengar dengan penuh minat tetapu mata disempitkan dan dahi berkerut-kerut pula menunjukkan anak murid tersebut berminat tetapi tidak mempercayai apa yang telah disampaikan. Daripada reaksi ini, guru perlu serta merta memberikan contoh atau bukti untuk mengukuhkan fakta yang telah diterangkan supaya mendapatkan kepercayaan anak murid. Dalam pada itu, saya juga mempelajari bahawa cara berdiri juga menunjukkan kemaksudannya. Contohnya, jika seseorang itu berdiri

bercekek pinggang dan sering menarik seluar ke atas, kakinya berbuka luas manakala ketika duduk tangannya diletakkan pada pahanya dan badannya condong ke hadapan bermaksud individu tersebut sudah bersedia untuk bertindak dan tidak sabar untuk menerima arahan dan melakukan sesuatu. Sebaliknya, jika seseorang tersebut berdiri dengan bercekak pinggang,

lambat menjawab, tangan bertaut di hadapan dan sering menyuarakan mm.mmm, oh ya!, aa..aa dan sebagainya bermaksud individu tersebut berasa dirinya lebih berkuasa dan kedudukannya lebih tinggi. Melalui ceramah ini, saya telah mempelajari menuduh datu gaya bahasa tuduhan adalah teknik berbahasa yang tidak baik memandangkan ia merupakan salah satu gaya bahasa yang menimbulkan masalah. Amalan tuduhan ini biasanya diamalkan oleh orang yang mempunyai sikap tidak mahu bertanggungjawab terhadap masalah yang dihadapi. Malngnya, amalan ini menjadi faktor yang paling utama menyebabkan pertengakran dan pergaduhan berlaku apabila menggunakan gaya bahasa tubuhan. Akhirkulum, saya berasa gembira kerana banyak mendapatkan ilmu pengetahuan melalui ceramah ini terutamanya dalam cara berbahasa bersopan santun dan cara menunjukkan perasaan saya melalui bahasa badan. Saya ingin menujukan seribu-ribu terima kasih kepada pihak sekolah dan pensyarah Lydia Zulaita Sullang Binti Abdullah kerana memberi peluang kepada saya untuk menghadiri ceramah ini.

8.0 PENILAIAN KENDIRI Melalui ceramah yang bertajuk Kesantunan Berbahasa Dan

Kemahiran Berbahasa Secara Efektif yang diberikan oleh pensyarah Jabatan Ilmu Pengetahuan Pendidikan, Cikgu Lydia Zulaita Sullang Binti Abdullah, saya telah mendapati sesuatu yang berguna bagi menyediakan diri pada masa kemudian. Pertama, saya telah menyedari bahawa saya harus mengetahui kepentingan kesantunan berbahasa dalam pergaulan harian. Hal ini kerana sebagai seorang bakal pendidik, saya bukan sahaja perlu bergaul dengan murid tetapi juga dengan ibu bapa murid dan orang masyarakat. Oleh demikian, saya harus memastikan saya dapat menggunakan bahasa yang tepat , bersopan santun, sesuai, mempunyai konteks mata, bahasa badan yang sesuai dan diri pemakaian sendiri yang formal. yang Penampilan ini dapat dan

mencerminkan

seseorang

bertanggungjawab

mempunyai profesian dalam bidang tersebut. Keduanya, saya juga mempelajari bahawa bahasa badan merupakan sesuatu yang penting semasa berkomunikasi. Contohnya, guru yang ingin menyakinkan anak murid boleh menggunakan cara konteks mata dan mengangguk kepala. Tambahan pula, guru juga dapat membuat penilaian kendiri melalui konteks mata dengan anak murid. Contohnya, guru yang mendapati muridnya yang tidak menumpukan perhatian dengan

mengubahsuaikan cara pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik supaya anak murid dapat memberi perhatian dan menunjukkan minat yang besar terhadap subjek dan informasi yang hendak disampaikan.

Saya turut mendapati kelemahan saya melalui ceramah ini iaitu saya tidak dapat memahami dengan teliti apa yang hendak disampaikan daripada guru pensyarah kerana kedudukan saya yang berada di belakang telah menggangu saya untuk menerima maklumat daripada guru pensyarah. Namun begitu, guru pensyarah telah menayangkan dua video sebagai satu rumusan bagi ceramah pada pagi itu. Melalui video yang ditayangkan, saya telah memahami maklumat yang ingin disampaikan dengan jelas. Ini telah memberikan kesedaran kepada saya bahawa sebagai seorang guru, kita bukan sahaja perlu menyediakan power point sahaja tetapi juga harus menggunakan pelbagai cara yang lain seperti menayangkan gambar-gambar yang menarik atau video yang bermakna supaya dapat menarik minat muridmurid untuk menumpukan perhatian. Selain itu, saya juga telah menghadapi cabaran terutamanya dalam mengingati gelaran bagi masyarakat melayu. Hal ini kerana saya berlahir di masyarakat cina dan sentiasa bergaul dengan orang Cina. Oleh demikian, saya patut mempelajari dengan bersungguh-sungguhnya supaya gelaran tersebut dapat digunakan pada masa kemudian. Contohnya, semasa berkomunikasi dengan anak murid melayu, ibu bapa melayu atau di majlis yang formal. Selain itu, saya juga mula memerhatikan pertuturan dan penampilan diri sendiri. Hal ini kerana seseorang guru yang berprofesian haruslah bercakap sopan dan berbudaya. Penampilan yang sopan akan memberi imej yang baik kepada guru-guru yang lain, ibu bapa dan muridmurid. Sekiranya seorang guru yang bercakap kasar akan mempengaruhi minda dan perhatian murid. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan

murid berfikiran condong dan tidak dapat memberi perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang pendidik, saya harus sentiasa memberi senyuman kepada orang yang tidak kenali untuk menunjukkan kemesraan dan menemu sapu dengan mengucapkan Khabar baik. Di samping itu, saya telah mempelajari bertutur dengan nada yang merdu dalam perbualan. Apabila bertemu dengan orang yang lebih tua, saya harus membengkokkan badan serta memberi salam kepada mereka untuk menunjukkan kehormatan. Saya juga telah mempelajari cara komunikasi dengan teliti kerana ia amat diperlukan apabila kami menjadi guru pada suatu hari. Contohnya, kami perlu berkomunikasi dengan ibu bapa, murid-murid dan guru-guru lain. Tuntasnya, saya haruslah mempunyai nilai tolak ansur, hemah tinggi, bertanggungjawab, mempunyai norma-norma yang boleh diterima oleh masyarakat global dan menguasai kemahiran berkomunikasi. Hal ini adalah kerana saya sebagai seorang bakal guru perlu mempunyai kesantunan bahasa dan berkemahiran berbahasa agar dapat diteladani serta dicontohi oleh generasi-generasi yang akan datang.

9.0 PENUTUP Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan bahawa melalui ceramah

Kesantunan Berbahasa dan Kemahiran Mendengar Secara Efektif ini sudah pasti dapat membawa pelbagai faedah dalam pembentukan insan guru yang berakhlak mulia, mempunyai semangat juang yang tinggi, dapat

menyesuaikan diri dalam apa-apa jua keadaaan, dan juga dapat mengatasi sebarang cabaran atau rintangan pada era pasca globalisasi saban hari. Di samping itu, guru pelatih yang mempunyai prinsip kesopanan berbahasa akan menjadi teladan kepada anak murid mereka semasa mereka mengajar di sekolah pada masa yang akan datang nanti. Penggunaan bahasa yang tepat dan sopan dapat menunjukkan kemuliaan seseorang guru dan seterusnya memartabatkan profesionalisme keguruan.

10.0 LAMPIRAN

Gambar 1.1: Persediaan sebelum ceramah dimulakan

Gambar 1.2: Pensyarah sedang memberikan ceramah