Anda di halaman 1dari 24

SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102

1.0

PENGENALAN

Kerja Kursus Projek Seni Dalam Pendidikan adalah tugasan yang diwajibkan kepada semua pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Semester Satu. Kerja Kursus Projek ini dilaksanakan dalam kumpulan yang memastikan setiap pelajar bekerjasama menghasilkan satu persembahan drama sebabak yang bersesuaian dengan mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan. Tugasan ini merangkumi aspek seni visual, muzik dan pergerakan untuk menjadikan persembahan lebih menarik dan menghiburkan para audien. Ia juga member manfaat dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah. Tugasan ini juga disusuli dengan laporan setiap individu yang merangkumi maksud drama sebabak, latar belakang, jenis-jenis drama, rumusan atau cadangan serta refleksi. Pelajar hendaklah membuat satu rumusan yang mengkaitkan seni visual, muzik dan pergerakan dalam persembahan drama sebabak tersebut. Setiap hujah dalam laporan ini hendaklah disokong dengan bukti-bukti dan bahan-bahan yang berilmiah. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan ilmiah.

SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102

2.0 2.1

DRAMA SEBABAK Maksud Drama Sebabak

Drama bermaksud komposisi syair atau prosa yang diharapkan dapat menggambarkan kehidupan dan watak melalui tingkah laku (akting) atau dialog yang dipentaskan. Drama juga dapat diterjemahkan kepada cerita atau kisah, terutama yang melibatkan konflik atau emosi, yang khusus disusun untuk pertunjukan teater. Babak pula sebahagian besar dalam suatu drama atau lakonan (terdiri daripada beberapa adegan). Babak turut bermaksud bahagian dari sesuatu keseluruhan proses, kejadian, atau peristiwa yang mana bahagian permainan yang waktunya tertentu. Drama sebabak pula merupakan persembahan secara langsung yang dilakukan di hadapan para penonton yang melibatkan setiap bentuk hiburan, daripada sarkas hinggalah kepada lakonan. Dalam istilah yang lebih tradisional, drama sebabak ialah bentuk seni yang melibatkan para pelakon beraksi berdasarkan skrip. Pelakon, biasanya dengan bantuan seorang pengarah, mentafsirkan watak dan situasi yang dicipta oleh penulis drama. Persembahan dilakukan di hadapan penonton di ruang yang direka bentuk bagi tujuan itu. 2.2 1. 2. Jenis-jenis Drama Sebabak Duodrama Pertunjukan drama yang hanya dimainkan oleh dua orang pemain Melodrama Pergelaran, seperti sandiwara atau filem, dengan lakonan yang mengharukan, daripada kebenaran. lakonan moden yang serius, disebut sebagai drama duka. 3. 4. Monodrama Psikodrama Drama yang dimainkan atau dirancang untuk dimainkan oleh seorang aktor pelakon sahaja. Kaedah yang digunakan dalam penyembuhan penyakit jiwa dengan meminta sekelompok pesakit memainkan
2

sangat

sentimental, Melodrama

mendebarkan, juga

dan

yang lebih mengutamakan ketegangan merupakan tetapi yang belum dapat

SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102

drama utamanya. 5. 6. Sosiodrama Teledrama -

dengan

mereka

sendiri

sebagai

peranan

Drama yang bertujuan memberikan informasi kepada masyarakat tentang masalah sosial politik. Drama jarak jauh yang dapat ditonton melalui layar televisi atau didengar melalui radio.

3.0

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam. Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman. Pelukisan watak itu boleh dilakukan secara langsung atau secara tidak langsung oleh pengarang melalui aksi, tutur kata, atau watak-watak berkenaan. Dalam sesuatu cerita, lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek watak iaitu watak utama, watak sampingan, watak bundar, watak pipih, watak dinamik, watak statik, protagonis dan antagonis. Sifat perwatakan digambarkan melalui tindaktanduknya, cara berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaannya dan ideologi serta gambaran perasaan seseorang atau watak tersebut. Watak utama adalah watak penting yang menggerakkan sesuatu cerita. Pada umumnya, watak utama adalah wira atau wirawati dalam sesuatu karya tersebut. Watak sampingan merupakan watak pembantu atau peranannya lebih kecil daripada watak utama dalam sesuatu karya. Watak bundar ialah watak yang bersifat kompleks dan tidak difokuskan sangat dalam sesuatu karya. Watak pipih lazimnya tidak kompleks, tidak berkembang dan tidak memeranjatkan pembaca atau penonton. Watak dinamik ialah watak yang mengalami pelbagai konflik, persoalan dan permasalahan dari awal hingga akhir. Watak statik atau kaku ialah watak yang tidak mengalami apa-apa perubahan, perkembangan dan tidak bergerak. tampan dan berperikemanusiaan. sebagainya. Watak protagonis dikenali sebagai watak utama dalam sesebuah cereka. Watak ini tidak semestinya orang yang baik, Dia mungkin dictator, koruptor, penjenayah dan Watak antagonis pula merupakan watak atau sekumpulan watak atau
3

SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102

kadang-kala merupakan institusi sesuatu kejadian yang mewakili pembangkang menentang hujah-hujah pihak protagonis. Watak antogonis juga dikenali sebagai watak hitam. Dalam gaya klasik sesebuah cerita di mana aksinya terdiri daripada seorang wira menentang seorang penjahat, kedua-dua mereka boleh diambil kira masingmasing sebagai protagonis dan antagonis. Perwatakan dibahagikan kepada dua iaitu perwatakan yang berupa lahiriah dan jasmaniah. Perwatakan yang berupa lahiriah termasuklah bentuk, paras rupa dan tingkah laku manakala yang berupa jasmaniah, yakni yang berkaitan dengan perasaan, sikap dan pemikiran. Kebiasaannya setiap watak yang diwujudkan, baik watak utama mahupun watak pembantu atau watak sampingan diberi sifat-sifat perwatakan yang berbeza dan malah bertentangan. Hal ini demikian untuk menimbulkan unsur-unsur ketegangan dan konflik sesuai dengan tema dan persoalan yang ingin diketengahkan oleh pengkarya. Contoh perwatakan secara lahiriah ialah tinggi lampai, gemuk gedempol, lemah lembut, lincah dan ikal mayang. Contoh perwatakan jasmaniah pula adalah seperti adil, pemurah, alim, pemarah, jujur, penakut dan tegas. 4.0 LATAR BELAKANG DRAMA

Drama sebabak yang dipersembahkan oleh kumpulan kami ialah drama yang berbentuk pentomen bergenre komedi. Pentomen ialah lakonan yang dipersembahkan melalui gerak badan dan memek muka yang berlebihan untuk menyatakan aksi dan perasaan watak. Manakala drama komedi pula menurut Zakaria M.Z (2007), mengatakan drama atau filem komedi bukanlah drama atau filem yang merapu. Drama atau filem komedi lebih daripada meletakkan adegan-adegan yang mencuit hati khalayak. Drama komedi memerlukan dua unsur iaitu cerita dan plot. Dalam persembahan kami, kami memilih untuk mempersembahkan pentomen tentang Seniman Bujang Lapok. Kumpulan kami akan terus membentangkan plot berdasarkan filem asal Seniman Bujang Lapok iaitu tentang aksi tiga orang pemuda yang tidak faham tentang penggambaran di studio dan merosakkan penggambaran tersebut. Suasana serius telah menjadi kecoh kerana telah diganggu oleh mereka. Terdapat banyak insiden-insiden lucu yang telkah diselitkan yang akan dikupas dari babak ke babak.
4

SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102

Babak 1 Mengisahkan bagaimana bermulanya mereka untuk pergi temuduga untuk menjadi seniman setelah melihat siar raya (iklan) bagi filem terbaru Shaw Brothers Limited, mereka mendapat ilham untuk menjadi seniman. Merekapun bersiap-siap untuk pergi ke studio Jalan Ampas dan berjumpa dengan Manager Che Kemat Hassan, pengurus studio tidak menolak lamaran mereka untuk berkhidmat sebagai seniman dan semasa di studio watak berkenaan menghadiri temuduga di pejabat pengurus. Mereka membuat aksi duduk di atas kerusi sambil hisap rokok dan minum kopi apabila dipelawa oleh pengurus untuk duduk tetapi tidak disediakan kerusi.. Mereka dibawa berjumpa dengan Direktor Ahmad Nisfu untuk discreen test. Babak 2 Ramli, Sudin dan Aziz berada di tempat penggambaran dan telah menimbulkan kekecohan apabila mereka melihat seorang isteri hendak dibunuh oleh suaminya kerana memasak lauk asam tetapi tidak memasukkan belacan ke dalam bumbunya. Disebabkan dialog ini, Sudin telah memarahi pelakon tersebut dan tetap membuat kecoh walaupun telah dimarahi oleh direktor Ahmad Nisfu. Aziz juga masuk campur memarahi direktor Ahmad Nisfu dan telah dileraikan oleh Ramli dengan menerangkan bahawa ini hanyalah lakonan semata. Ketiga-tiga mereka telah dihalau keluar oleh director Ahmad Nisfu. Babak 3 Mereka telah berjaya diberikan watak oleh direktor Ahmad Nisfu dan babak ini telah menunjukkan mereka sedang menghafal dialog di dalam bilik persalinan. Sedang mereka sedang menghafal dialog pekerja direktor Ahmad Nisfu telah memanggil mereka untuk bersedia. Manakala Sudin pula terketar-ketar kerana darah gemuruh dan meminta Ramli bersama Aziz pergi berjumpa direktor Ahmad Nisfu terlebih dahulu. Babak 4
5

SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102

Babak ini adalah mengenai screen test untuk pelakon baru menceburi bidang lakonan. Senario yang berlaku dalam babak ini menunjukkan unsur lucu dan komedi dimana ia berkisarkan pelakonnya yang bernama Aziz sepatutnya menggunakan dialog yang memuja-muja kekasihnya yang menggunakan Ummar iaitu pekerja direktor Ahmad Nisfu untuk menyamar seketika. Tetapi malangnya Aziz terlupa dialog dan berlakon menggunakan dialog ciptaannya sendiri. Akhirnya ia mengundang kemarahan direktor Ahmad Nisfu. Babak 5 Babak ini pula sambungan daripada screen test tetapi pelakon yang diuji pula ialah Sudin. Sudin diberikan watak sebagai Hang Tuah yang berada dalam situasi untuk bersemuka dengan Hang Jebat. Tetapi, Sudin mempunyai darah gemuruh dan semasa diuji oleh direktor Ahmad Nisfu, Sudin dapat mengatakan dialognya dengan tepat. Tetapi disebabkan darah gemuruhnya, Sudin telah menggunakan dialog sendiri dan ini telah menyebabkan direktor Ahmad Nisfu marah tetapi aksi Sudin tetap mendapat pujian daripada Tuan Pengarah Filem. Babak 6 Babak ini pula melibatkan Ramli, Sudin dan Aziz yang juga menggunakan dialog ciptaan sendiri walaupun telah banyak kali ditegur oleh direktor Ahmad Nesfu. Babak ini berkisarkan Sultan bersama Perdana Menteri dan Ahli Nujum dalam membincangkan hal-hal Negara seperti dialog Sultan iaitu Ramli bersama Perdana Menteri iaitu Aziz yang telah tertukar dialog kebun limau menjadi kandang harimau. Manakala dialog antara Sultan dengan Ahli Nujum pula berkaitan dengan tafsiran mimpi Sultan. Dialogdialog yang dicipta telah menimbulkan kemarahan direktor Ahmad Nisfu jatuh pengsan. 5.0 1. JENIS-JENIS DRAMA

Drama Tragedi Merupakan drama yang mempunyai unsur-unsur tentang kemalangan dan kesedihan. Tragedi merupakan genre drama yang menceritakan kisah yang menyedihkan. Di
6

SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102

dalam drama tragedi nin mempunyai kualiti yang baik namun mengalami nasib yang buruk dan menyebabkan dirinya atau kerabatnya mengalami masalah yang buruk dan menyebabkan dirinya atau kerabatnya mengalami masalah. Drama tragedi berasal dari Yunani Kuno yang mana ia dipentaskan dalam festival keagamaan. Ciri-ciri drama tragedi ia lebih mengutamakan tema kesedihan dan watak utama lebih cenderung akan meninggal dunia di akhir cerita setelah menyelesaikan semua konflik. Contoh drama tragedi yang biasa kita ketahui adalah seperti drama Romeo dan Juliet. 2. Drama Komedi Drama komedi lebih mengutarakan kisah-kisah hidup sehari-hari dengan pelbagai kisah-kisah lucu yang boleh menyebabkan penonton ketawa. Komedi juga merupakan sebuah drama lucu ringan dan sebagainya yang berakhir dengan kegembiraan.
3.

Pantomen Drama pantomen adalah sebuah lakonan yang dipersembahkan melalui gerak badan atau bahasa isyarat tanpa pembicaraan dan memek muka yang berlebihan untuk menyatakan aksi dan perasaan watak.

4.

Drama Bangsawan Drama Bangsawan merupakan seni pementasan atau teater lama di Malaysia yang dapat dianggap sebagai teater bangsawan. Drama ini di zaman gemilangnya merupakan seni pertunjukan pentas yang paling terkenal dan amat diminati oleh semua golongan masyarakat. Pementasan drama Bangsawan pada masa dahulu dapat juga dianggap sebagai wayang bergerak. Setiap kumpulan mengadakan persembahannya dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Di mana sahaja persembahan Bangsawan diadakan pada waktu tersebut pasti mendapat sambutan daripada orang ramai. Perkataan Bangsawan dalam istilah Bahasa Malaysia dikatakan berasal dari dua perkataan iaitu bangsa dan wan. Bangsa membawa maksud kumpulan atau segolongan manusia, manakala perkataan wan pula adalah gelaran untuk orangorang berketurunan raja. Jadi perkataan bangsawan adalah cantuman daripada dua perkataan tersebut. Memang pada asalnya, orang-orang daripada keturunan itulah
7

SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102

yang menceburkan diri sebagai pelakon Seni Bangsawan. (Mohd Taib Osman & Wan Kadir Yusoff, 1987). 5. Wayang Kulit Wayang kulit merupakan sejenis hiburan pementasan bayang yang terhasil dari patung yang dibuat daripada belulang iaitu diperbuat daripada kulit lembu, kerbau atau kambing. Terdapat pelbagai jenis wayang kulit bergantung kepada tempat asal mereka. Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang yang akan menjadi narator dialog tokohtokoh wayang. Di dalam pementasan wayang kulit akan diiringi oleh muzik gamelan yang akan dimainkan oleh sekelompok nayaga dan tembang yang dinyanyikan oleh para pesinden. Dalang akan memainkan wayang kulit di balik kelir iaitu layar yang diperbuat daripada kain putih dan di belakangnya akan disuluh dengan lampu elektrik atau lampu minyak. Apabila lampu disuluh di belakang layang, para penonton yang berada di sebelah berlawanan layar akan dapat melihat bayangan wayang yang berada di kelir.

6.0 6.1

SKRIP DRAMA Maksud Skrip Drama

Sebuah skrip drama berbeza daripada novel dan cerpen atau puisi. Bagi novel dan cerpen, pembaca akan dijelaskan secara terperinci tentang sesuatu situasi dan latar bagi sesuatu peristiwa yang berlaku melalui penerangan pengarang, manakala dalam sesebuah naskhah drama, seseorang pembaca hanya akan diberikan gambaran umum (deskripsi) tentang sesuatu situasi, latar atau tempat, dan dialoglah yang akan menyampaikan mesej dan pemikiran pengarang. Hal inilah yang membezakan drama daripada karya sastera yang lain. Sememangnya sifat sesebuah naskhah drama digerakkan oleh dialog. Pemikiran atau gagasan pengarang disampaikan melalui dialog pelakon (watak-watak) yang berinteraksi dalam sesebuah drama. Sebuah naskhah drama yang baik akan dapat memberikan gambaran jelas tentang pemikiran pengarang melalui unsur-unsur dramatik dalam dialog yang dihasilkan. Unsur dramatik bermaksud diksi atau ungkapan yang boleh membangunkan konflik dalam drama seperti dialog yang menimbulkan perasaan marah, gembira, lucu, dan seumpamanya. Sebuah drama
8

SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102

yang baik juga harus mempunyai unsur suspens, ketegangan dan seharusnya mampu membina rasa ingin tahu pembaca atau penonton. 6.2 Skrip/Dialog Drama Sebabak Seniman Bujang Lapok

Babak 1 SINOPSIS : Babak ini adalah mengenai tiga orang sahabat yang datang untuk mencuba nasib menjadi filem star. Senario yang berlaku dalam babak ini menunjukkan unsur lucu, iaitu keadaan duduk tanpa kerusi. Tuan pengurus telah menyoal mereka samada pernah berlakon atau tidak. Akhirnya, tiga sahabat ini memberi jawapan yang melucukan apabila tuan pengurus menyoal sehingga mana mereka bersekolah. Beey Khai Beey Beey Ummar Wanie Jasni Beey ni ha. Khai Beey Khai Beey Wani Beey : : : : : : Ooo saya Nampak, saya Nampak encik,saya Nampak encik, saya nampak cantik ye cantik, cantik Dari mana awak dapat kerusi itu ee dimana dapat konon kerusi ni kan encik yang punya ooo ye tak ye, baru saya ingat, semalam saya beli dari pajak gantung. Emm, Ha sudah la, jangan duduk kerusi itu lagi,kerusi tu dah berlapuk, nanti awak jatuh.
9

: : : : : : : :

Masuk Tuan manager, dua orang ni nak jumpa sama encik. ha, duduk. Aik ! atas apa kamu duduk Atas kerusi encik Aik! Encik tak Nampak ke ini kerusi ni. Ada tilam Siapa tak Nampak, tandanya nak mampus, pendek umur. Ooo Nampak, cantik ye, cantik. Ko Nampak teman. Ko tak nampak.. huu pendek umur. ko nak mampus esok agaknya

SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102

Ummar Beey Ummar Beey Beey Beey Ummar Beey Ummar Beey Jasni Beey Jasni Beey Jasni Beey Jasni : Beey Wani Beey Wani Beey Wani Beey Wani

: : : : : :

yee baik encik Awak bertiga ni, Apa hajat datang ke mari. emm kita bertiga ni nak jadi filem star encik Filem star. Oo..dulu ada pernah berlakon emm pandai encik,, pernah ohh pergi, emm sekolah melayu past darjah lima encik, sekolah orang putih past darjah empat suku encik Dulu pun ada pergi sekolah gak yer baiklah, awak . sekolah past darjah berapa :

Ummar/Wani/Jasni : Ummar/Wani/Jasni :

Empat suku, mengapa pula ada yang suku suku ya tu : Pasal tiga bulan saya masuk belajar, jepun attack Malaya encik

: : :

aaa,, awak macam mana ooo saya atas lagi dari dia encik seni english : : : : Emm no no no,Atas lagi encik Atas yang macam mana pula tu Atas pokok, Atas pokok, ooo saya panjat pokok : : : : : : : : aaa awak macam mana pula Saya, Bawah lagi pada dia encik Bawah pondok Bukan encik, bawah lagi encik Bawah lagi, bawah yang macam mana Bawah tanah encik Bawah tanah Ye encik, Sebab dulu saya ganti kerja tempat bapa saya, gali lubang kubur
10

Yee encik, sebab dari kecil kecil dulu bapa saya selalu suruh

SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102

Beey :

hahhahhahhah Entah macam mana, bila saya lihat awak bertiga ni, saya berkenanla. Haa Baiklah

Babak 2 SINOPSIS : Babak ini mengisahkan pula tentang lakonan screen test yang lakonannya di protes oleh pelakon lain di mana seorang pelakon itu hendak memancung leher perempuan itu gara-gara tidak memasukkan belacan dalam sayur asam. Akibat tindakannya mengasari wanita, mereka menyuruh meminta maaf kepada wanita itu. Akhirnya, Tuan Pengarah menghalau mereka keluar dari pementasan. Khai Janna Khai Janna : : : : Jikalau kanda hendak mengusir dinda dari sini, ke mana lah yang dinda hendak menumpang diri, kanda Ahhh aku tidak peduli apa yang akan terjadi pada diri engkau. : Kalau engkau tidak mahu keluar, akan aku pancung leher kau Sampai hati kanda hendak memancung dinda, sampai hati kanda Sampai hati!, kau juga sampai hati membuat aku begitu. Bukankah kau tahu kesukaan aku adalah belacan. Kenapa kau masak sayur asam tak mau campur belacan. Sekarang akan aku pancung leher kau. Ayu Beey Ayu : : : ehh apa punya lelaki, pasal belacan saja kau nak pancung dia ka syyhhhhh Ehh apa syuhhhh. Kau sememang manusia durjana, sanggup kau menggunakan kekerasan terhadap wanita. Baik kau meminta maaf pada dia.minta maaf!, Kalau kau tak mau minta maaf, lebam biji mata kau Janna Ayu Beey Ayu : : : : Ni apa ni?, gila ke. ehh!, sanggup kau mengatakan aku gila, kau bikin rosak gambar aku ye, huh Ooo kau main kasar ye.

11

SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102

Zack :

Ehh Belum kena sudah jatuh ke? Jangan main bangsat tau. Ooo lawan satu ka, kasi la one by one. Awak pikir awak punya hidung besar saya takut ke

dua

lubang

Sharifah Ayu :

Kau ni bikin sibuk je, kan diorang tengah berlakon filem

Berlakon filem pun berlakon la,apa pulak pasal belacan nak memancung mancung. : Dah cerita nya macam itu apa nak buat ke, cerita ayam ke. cerita ikan berlaga ke, cerita kumbang terbang ke, tak boleh.

Sharifah Ayu :

Ehh cerita macam itu pun nak bikin. bikin la cerita lain, cerita emas

Beey : Bertiga Beey : Babak 3 SINOPSIS :

Engkau tiga ekor, Nampak itu pintu besar tidak? : Nampak encik Nampak yea, dengan perintah aku, get out !. get out!.

Babak ini mengisahkan tentang gelagat pelakon-pelakon yang sedang belajar dialog. Aksi yang melucukan telah berlaku sebelum director memanggil mereka untuk testing lakonan masing-masing. Keadaan Aziz yang melucukan apabila beliau dalam keadaan muka yang putih melepak dan Sudin yang menggigil ketakutan apabila director mahu menguji lakonan mereka. Janna : Sharifah Janna : Sharifah Khai : Berapa banyak bomba yang tuanku,, apa dah : ehh ko tgk aku lawa tak bomba. Lagi lagi bomba : Amacam muka aku engkau Sharifah Khai : : Aku king King apa?
12

Jangan bising lah, orang tengah belajar dialog lah, berapa banyak

Aiseh man Ramli, bukan men lawa kau ni, Aisey, Hai ramli, Siapa

SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102

Sharifah Janna Sharifah Khai P Ramli Khai Sharifah Khai Sharifah Khai Sharifah Khai Zack Zack Sharifah Khai Sharifah Khai Janna Sharifah Janna Sharifah Janna Sharifah Janna Sharifah Khai Sharifah Janna

: : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : :

King kong King kong kepala otak kau, aku tengah belajar dialog, korang bising Ahhhh Hai Ramli, kau tahu aka sapa? Belum tau. Siapa kau? Aku lah keturunan raja Raja mana? Raja kapur Hai Raja Kapur yeee Kenapa muka kau macam tepung gomak Ehh apada gomak saudara. Apa lah sudah jadi? Dialog sudah hafal. Sudah encik Haa Mari, director panggil. Mari ikut saya Hai raja Kapur Yee king kong Director panggil Silakan Hamba rakyat bersedia, dalam kesedapan Apa yang kesedapan, marilah, director dah panggil la Hai ramli, kau tengok, badan aku apa dah jadi dah Ehh kenapa dengan kau ni aku menggeletar la, Rasa macam nak terkencing, hei sudah simpan kertas tu. Director dah tunggu dah grr.. ehh ada ka makan kertas tu Hei lekas lah Lekas lekas Ajis, Ajis ! Ramli,darah gemuruh aku dah datang la, Asyik nak terkencing lagi la. Engkau pergi dulu lah
13

Khai dan Janna:

SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102

Khai

Apa la dia ni.

Babak 4 Sinopsis : Babak ini adalah mengenai screen test untuk pelakon baru menceburi bidang lakonan. Senario yang berlaku dalam babak ini, menunjukkan unsur lucu, yang mana pelakonnya yang bernama Aziz, terlupa dialog dan berlakon menggunakan dialog ciptaannya sendiri. Akhirnya, ia mengundang kemarahan Tuan direktor, dan menyebabkan beliau pengsan melayani karenah pelakon-pelakon. Beey Wai Beey Umar Beey Aziz Beey Aziz Beey Wani Beey Jasni Beey Jasni Beey Wani : : : : : : : : : : : : : : : : Haa..Bagus-bagus! Sekarang kita mulakan. Pergi ambil tempat. Tapi tuan, kasilah saya satu perempuan. Tak ada perempuan, saya tak boleh berlakon, Tuan! Perempuan? Tak payah! Aaa Umar, Umar boleh jadi perempuan, Umar mari sini Baik, Tuan! Duduk. Awak ibaratkan dia perempuan. Baik Tuan! Masa awak berlakon, pejam mata ya. Pejam mata, baik Tuan! Cara-cara awak mengeluarkan perkataan dengan penuh perasaan tau! Baik Tuan! Haa Bagus! Camera! Ready, tuan! Running! Screen test 2, take 1. Action Oh adindaku yang cantik jelita, hidungmu mancung bagai seludang, rambutmu...ahh...rambut apa lagi tadi, oh rambutmu hitam jambul di depan, berbaju bunga, seluar yinki, berkaki ayam, oh adinda, lihatlah muka kanda yang putih Beey : melepak. Eh! apa kau bikin dialog sendiri ya?
14

SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102

Wani

Hei! Siapa tu di sana ah? Ooh, adinda, kanda tahu siapa itu. Itulah perompak yang mahu merompak adinda daripada tangan kekanda. Apa? kau bilang aku perompak? Aku Direktor Ahmad Nisfu! Aah! Hei! Kau jangan coba hendak menyamarkan diri sebagai direktor, walaupun rupamu tidak ku kenal, tetapi lobang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku... Cut! Hahahaha.. Cut! Ini pun bagus, tuan direktor! sungguh tak disangka-sangka, kedua-duanya sama-sama bagus. Ini pun bagus jugak? Sudah, pergi! Panggil syaitan yang penghabisan. Baik Tuan! Haa Encik Sudin, Oh Encik Sudin, mana Encik Sudin....

Beey Wani

: :

Beey Ayu Beey Ayu Beey Sharifah

: : : : : :

Babak 5 Sinopsis : Babak ini adalah sambungan mengenai screen test untuk pelakon baru menceburi bidang lakonan. Senario yang berlaku dalam babak ini, menunjukkan unsur lucu, yang mana pelakonnya yang bernama Sudin,yang terlalu gemuruh dan menyebabkan dia terlupa dialog dan berlakon menggunakan dialog ciptaannya sendiri. Akhirnya, ia mengundang kemarahan Tuan direktor, namun dipuji oleh Tuan Pengarah filem. Zack Ayu Zack Ayu Zack Ayu Zack Ayu Zack Ayu Zack Ayu : : : : : : : : : : : : Baik! Mari ikut aku, berdiri sini, kau lihat apa yang aku bikin. Ya! Hei! Hang Jebat! Hei! Hang Jebat! Hei! tunggulah, aku bikin, kau tengok! Uh. (Sambil angguk kepala) Hei Hang Jebat! lebih baik kau turun menyerah, kalau tidak, aku naik bunuh kau! Hehehe. Senang. Senang? Senang. Boleh? Boleh.
15

SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102

Zack Ayu Zack

: : :

Ambil tempat! Baik Tuan, sini? Nanti! Nanti! Siap! Ready for take, camera Running Test 3, Take 1 Action! He he he hei! Hang Jebat! Lebih baik kau turun. Jikalau kau tak mau turun, kau tunggu di sana sampai aku datang, engkau sudah tahu, yang aku tunggu sama engkau berapa lama dekat sini Jebat!Dan kau sudah tahu yang aku berapa kali terbuang air besar. Ini pun ada rasa macam terkucil nak terkeluar aku tahan Jebat! Ini sudah hamper 7 kali. Cut! Ah! huhuhu.. Apa yang kau merepek ni syaitan? Angin senggugut barangkali ada, tuan! Hahaha, bagus!

Ummar Zack Sudin

: : :

Zack Ayu Khai

: : :

Babak 6 Sinopsis : Babak ini adalah sambungan mengenai screen test untuk pelakon baru menceburi bidang lakonan. Senario yang berlaku dalam babak ini, menunjukkan unsur lucu, yang mana pelakonnya yang bernama Sudin,P.Ramlee, dan Aziz, terlupa dialog dan berlakon menggunakan dialog ciptaannya sendiri. Akhirnya, ia mengundang kemarahan Tuan direktor, Khai Ummar Sudin Aziz Khai Ummar : : Boleh kita ambil gambar sekarang Ya, boleh-boleh Tuan.
16

: :

Bawa camera depan! Kau orang dah hafal dialog semua? Ya, Sudah Tuan!

SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102

Sudin Aziz Khai Beey Khai Beey Khai Ummar Khai Ummar Khai Beey Khai Ummar Jasni Ummar Jasni Khai : : : : : : : : : : : : : : : : On light! Test 1, Camera Running Roll Running, Test one, By one Action! Berapa senang beta punya hati, betalah yang digelarkan Setan Aminur Rashid Cut! Bukan setan, syaitan! Sultan! Maaf, Tuan Direktor. Roll Running, Take two Action! Berapa senang beta punya hati, betalah yang digelarkan Sultan Aminur Rashid. Wahai Dato Perdana Menteri. Ampuan Tuanku! Ada khabar yang baik hari ini? Ada Tuanku! Semalam seorang saudagar telah datang meminta supaya tuanku bukakan kandang harimaunya. Cut! Bukan kandang harimau, sekali rimau ngap kepala kau bilang, kau nak mampus, bukak ladang limaunya.. Bodoh! Ummar Sharifah Jasni Khai Beey Khai Jasni : : : : : : Bahlul! Bodoh ! Bahlul! Baik Tuan! Roll, Running. Take three. Action! Ada Tuanku! Semalam seorang saudagar telah datang ,meminta supaya tuanku merasmikan pembukaan ladang Ummar : limaunya. Bagus-bagus! Bagus Perdana Menteri, bagus! Kalau begitu, esok pagi sebelum subuh beta akan sampai. Khai : Cut!
17

SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102

Sebelum subuh, kau pegi buat apa, orang belum bangun Jasni Sharifah Ummar Khai Beey Ummar Jasni Ummar Jasni Ummar Sharifah Ummar : : : : : : : : : : : tidur, selepas subuh kau pergi, bodoh! Apalah kau! Maaf Roll Running Take Four! Bagus Perdana Menteri, bagus! Kalau begitu esok pagi sesudah subuh beta akan sampai Bagus tuanku! Dato Perdana Menteri boleh pergi. Baik tuanku! Ampun Tuanku! Hei, wahai Dato Ahle Nujum Maran Parku, Kepunden, Parang Siapek! Tuanku! Ermm, semalam beta telah bermimpi setompok tahi lembu jatuh dari langit kelepap melekat ke muka beta, apa itu Tok Sharifah Ummar : : Nujum? Hei, menurut kitab ramalan patik, tuanku akan ditimpa bahaya. Bahaya? Tok Nujum? Tidak, tidak, tapi tahi lembu tu tidak betul-betul melekat di muka beta, hanya sipi-sipi, jatuh kena Sharifah Ummar Sharifah Ummar Sharifah Khai : : : : : : beta, apa itu tok nujum? Ooh, dia kena sipi? Ya.. Jadi kalau kena sipi itu, alamat tuanku kena demam malaria parkova. Er..er.. sipi pun tidak, yang sebenarnya beta ketip kelepak jatuh kena ke muka direktor Ahmad Nisfu. Hai! tu alamat direktor Ahmad Nisfu nak mampus. aah! kenapa , kenapa kepala aku, aku tak ada kena mengena di dalam ini gambar! Arghhhhhh

18

SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102

7.0

RUMUSAN/CADANGAN

Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Kursus ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Kursus ini memberi peluang kepada kita untuk memahami kepentingan seni dan kaitannya dengan keinginan dan keperluan asas kanak-kanak dalam proses pertumbuhan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Justeru, salah satu cara asas untuk memenuhi perasaan ingin tahu dan kehendak kanak-kanak adalah melalui seni yang mampu membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan imaginatif. Kursus ini juga dapat menyedarkan kita tentang kepentingan deria yang dianugerahkan tuhan kepada setiap insan untuk mengetahui, memahami dan mengenalpasti apa yang terdapat disekelilingnya. Dengan menggunakan deria, pelajar akan dapat kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukannya. Untuk itu kefahaman tentang deria adalah penting. Deria terdiri daripada pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual. Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual menjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui penampilan grafik yang
19

SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102

efisyen, pemilihan warna harmoni,dan reka bentuk maujud yang cantik. Dalam kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkreativiti bagi melahirkan insan yang celik seni dan berbudaya. Pendedahan tentang Pendekatan Bertema dalam kursus ini banyak membantu kerana seringkali digunapakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak. pelbagai Program perspektif ini mantap dan efektif dan kerana ia menggabungjalinkan budaya, pengalaman kepakaran

artistik.Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan minat murid dan guru. Ia merupakan kandungan maklumat dan memberi peluang kepada pelajar untuk memindahkan maklumat kepada ilmu melalui proses individu. Tema memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran. Kursus ini membantu kita memahami pendekatan bertema dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan tema serta dapat membantu pelajar untuk meningkatkan tahap kefahaman dan kesedaran untuk lebih mendalami tentang tema-tema yang ada serta dapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik, pergerakan dan seni visual. Terdapat pelbagai cara dan peranan guru dan murid dalam melaksanakan penghubungkaitan tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Penghubungkaitan dan pautan di dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan program-program antara disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia boleh dilakukan dengan beberapa cara seperti :
1. Menghubungkait

Pengetahuan pengetahuan

dalam dalam

Pelbagai pelbagai

Mata mata

Pelajaran. pelajaran

Proses adalah

penghubungkaitan

berfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu proses ini akan berbentuk satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu matlamat.
2. Menghubungkait

Kemahiran

dalam

pelbagai

Mata

Pelajaran.

Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam pelbagai mata pelajaran,

20

SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102

pelajar akan dapat menghubungkait sesuatu yang dipelajari dengan kehidupan yang sebenar. Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsurunsur sosial agar dapat membentuk supaya setiap insan itu akan terus dihormati, menggalakkan sikap kepimpinan yang terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktiviti dan kemahiran serta dapat merangsang setiap pelajar untuk mencapai kecemerlangan dari segala sudut baik akademik mahu pun kokurikulum. Ia secara tidak langsung akan mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah, sains dan teknologi, kajian sosial, bahasa, fizikal dan pembangunan sosial, meletakkan keseluruhan kurikulum ke dalam konteks kehidupan yang sebenar. Setiap pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai bentuk walau pun mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi yang berbeza dan mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu seni visual memainkan peranan yang penting dalam pendidikan keseluruhan dan pembangunan minda pelajar. Sebagai seorang guru, peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran lebih sistematik. Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar. Selain itu guru berperanan memberi motivasi kepada pelajar. Motivasi bermakna seni praktik menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini. Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada sebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara tidak langsung dapat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat penilaian, pandangan, tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

Pengukuhan merupakan satu cara bagi guru untuk merangsang minda pelajar
21

SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102

supaya menyebabkan pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam tingkahlaku yang positif. Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar memperolehi pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktivitiaktiviti yang dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka. Secara kesimpulannya, Seni Dalam Pendidikan dapat memberikan pengalaman yang menyeronokkan dan memcungkil bakat-bakat individu yang terpendam untuk menjadi seseorang yang lebih kreatif dan inovatif. Melalui drama sebabak, kita boleh menganalpasti mereka yang sememangnya berkebolehan dalam seni muzik, seni pergerakan dan seni visual.

22

SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102

8.0

Refleksi

Assalammualaikum w.b.t. Pertama kali saya ingin memanjatkan kesyukuran saya kepada Allah Yang Maha Esa kerana saya dapat berjaya menyiapkan kerja kursus projek subjek Seni Dalam Pendidikan ini dengan sepenuhnya. Saya akui bahawa subjek ini agak sukar untuk disiapkan kerana isi kandungannya yang banyak dan melibatkan pelbagai aspek iaitu seni visual, muzik dan pergerakan. Kerjasama ahli kumpulan saya amat memberangsangkan. Masing-masing menyumbangkan idea yang bernas dalam penghasilan drama sebabak yang meliputi pengguna seni visual, muzik dan pergerakan. Semasa menyempurnakan tugasan ini, saya mengalami sedikit kesukaran untuk mencari sumber rujukan yang sesuai seperti keratan akhbar. Saya juga mengalami masalah kesuntukan masa kerana jadual saya padat dengan kelas dan aktiviti yang terpaksa disertai. Selain itu, saya juga agak terkejar-terkejar untuk menyiapkan kerja kursus pendek ini kerana masih banyak lagi tugasan dan kerja kursus lain yang perlu disiapkan dalam tempoh masa terdekat. Walau bagaimanapun, saya tetap berusaha menyiapkan kerja kursus projek ini dengan bersungguh-sungguh kerana ia adalah tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar dan kerja kursus ini membantu saya untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Tugasan ini banyak membantu saya memahami pelajaran yang terlibat dalam mata pelajaran ini seperti maksud drama, jenis-jenis drama, dan sebagainya. Saya berharap tugasan yang telah saya selesaikan ini memenuhi kehendak dan kriteria yang diingini oleh pihak tuan. Sesungguhnya, yang baik itu datang daripada Allah S.W.T. dan yang buruk itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri. Sekian, terima kasih.

Siti Nurulhidayu binti Sadudi

23

SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102

9.0

RUJUKAN

1. Internet n.d., Seniman Bujang Lapok. diakses pada 20 Mac 2012. http://ms.wikipedia.org/wiki/Seniman_Bujang_Lapok n.d., Alam Sastera Drama.diakses pada 24 Mac 2012. members.tripod.com/alam_sastera/drama.htm n.d. Wikipedia Tragedi. diakses pada 30 Mac 2012. http://id.wikipedia.org/wiki/Tragedi Veltaron.Drama Tragedi. diakses pada 1 April 2012. http://veltaron.wordpress.com/2011/10/08/drama-tragedi/ n.d. kamus online. diakses pada 10 April 2012. http://kateglo.com/index.php? op=1&phrase=drama&lex=&type=r&mod

=dictionary&srch=Cari

Dewan Bahasa dan Pustaka.Bimbingan Berkarya.Menulis Skrip Drama.diakses pada 10 April 2012.http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php? Content =vertsections&SubVertSectionID=893&VertSectionID=25&CurLocation =208&IID=&Page=1 2. Jurnal Khairul Aidil Azlin Abd. Rahman & Nur Afifah Vanitha Abdullah. Idiosyncrasy P.Ramlee dalam Genre Filem Komedi:Sarawak. Diakses pada April 12, 2012,http://wacanaseni.usm.my/WACANA%20SENI%20JOURNAL%20O F%20ARTS%20DISCOURSE/JOURNAL_4%20PDF/ws4_article3.pdf 3. Buku Zakaria M.Z (2007). Panduan Menulis Skrip Drama : Filem.Radio.Televisyen. Kuala Lumpur.Creative Enterprise Sdn. Bhd. Mohd Taib Osman & Wan Kadir Yusoff, (1987). Kajian Budaya dan Masyarakat di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

24

Anda mungkin juga menyukai