Anda di halaman 1dari 5

Amali 1 Ekosistem Tanah - Biota Tanah dan Jaringan Makanan

Pendahuluan

Sesuatu ekosistem terdiri daripada tumbuhan, haiwan (biodiversiti) dan faktor-faktor abiotik yang bekerja bersama untuk menjana, menyimpan dan memindahkan tenaga , nutrien dan air. Sebagai contoh, tumbuhan menjana tenaga dari proses fotosintesis dan tenaga disimpan dalam bentuk karbohidrat dalam tumbuhan atau lemak dan protein dalam haiwan selepas haiwan memakan tumbuhan tersebut. Organisma-organisma tanah menguraikan tisu-tisu tumbuhan dan haiwan dan memindahkan tenaga kepada mereka manakala nutrien balik ke tanah untuk diambil balik oleh tumbuhan. Kebanyakan organisma dalam ekosistem ini menghasilkan fungsi fungsi ekosistem dan menyumbang kepada lebih kepelbagaian dan kestabilan kepada ekosistem itu sendiri. Tanah menyediakan satu contoh kajian ekosistem yang mudah dikaji.

Tugasan:

Mengukur Makrofauna

Makrofauna mempercepatkan kadar pereputan bahan organik. Mereka memecahkan bahan organik menjadi lebih kecil dan menggaulkan bahan organik dengan tanah. Walaupun begitu, bandingan bilangan makrofauna dengan mikrofauna dalam tanah adalah kecil.

1. Kumpul sampel tanah di bawah litupan daun gugur (Lingkungan O) dan tanah permukaan (Lingkungan A tidak melebihi kedalaman 3cm) daripada dua lokasi berbeza. Pilih dari laman, kawasan tumbuhan asli, laman di bawah spesies pokok yang berbeza atau kawasan-kawasan lain. 2. Masukkan sampel-sampel ke dalam beg plastik, dimeteri dan dilabel dengan nama anda dan lokasi kutipan. 3. Pada setiap lokasi, rekodkan jenis tanaman yang terdapat pada lokasi (contoh, hutan, paya, laman dan lain-lain) dan ciri-ciri lokasi dalam jadual di bawah. 4. Kemudian gunakan maklumat yang diperolehi untuk membandingkan habitat tanah dari dua lokasi. Nota: Jika anda tidak mempunyai peralatan yang cukup (contoh: pH kit atau penetrometer), abaikan ciri tersebut.

Jadual 1: Perbandingan Ciri-Ciri Lokasi Sampel Tanah Ciri-ciri Lokasi Jenis tanaman tahap naungan Lokasi 1 Lokasi 2

Kelembapan/Kekeringan Tanah pH Tanah Kemampatan Tanah Tekstur Tanah (pasir, liat dll)

5. Kembali ke makmal dan campurkan sampel lingkungan O dan lingkungan A dari lokasi yang sama.

Prosedur 1 6. Masukkan campuran tanah dari lokasi 1 ke dalam corong Tulgren dalam kuantiti yang diketahui. Biarkan selama 2 hari. 7. Ulang prosedur 6 dan 7 menggunakan campuran tanah dari lokasi kedua. Nota: Anda boleh membandingkan kehadiran makrofauna antara dua lokasi jika isipadu tanah yang dikaji diketahui. 8. Selepas 2 hari, tuangkan kandungan balang pengumpul ke dalam piring petri dan kenalpasti bilangan individu setiap order atau kumpulan fauna kedua-dua lokasi.

Rajah 1: Jenis-jenis corong Tulgren untuk mengekstrak fauna tanah

Prosedur 2 9. Daripada beg-beg sampel , ambil campuran tanah dari lingkungan O dan lingkungan A dalam kuantiti yang diketahui. Periksa sampel tanah dengan menggunakan mikroskop atau kanta tangan. Masukkan sebarang fauna yang dijumpai ke dalam piring petri untuk dikenalpasti. 10. Kenalpasti semua fauna. Kelaskan ke dalam order atau kumpulan fauna yang berlainan.

contoh: Kumpulan A : tiada kaki cacing; dan lain-lain.

kumpulan B ada 8 kaki labah-labah, hama

11. Kira bilangan individu dalam setiap kumpulan. Jika terlalu banyak, anggarkan jumlah yang sepatutnya. 12. Kira jumlah individu setiap kumpulan yang diperolehi daripada prosedur 1 dan 2. Rekodkan ke dalam jadual 2 dan 3. Jadual 2: Makrofauna Besar Order atau Kumpulan Makrofauna Bilangan Individu Lokasi 1 isipadu tanah = ____cm3 Lokasi 2 isipadu tanah = ____ cm3

Jadual 3: Makrofauna Kecil Order atau Kumpulan Makrofauna Bilangan Individu Lokasi 1 isipadu tanah = ____cm3 Lokasi 2 isipadu tanah = ____ cm3

13. Guna keputusan dari Jadual 2 dan 3. Kira bilangan order atau kumpulan bagi seliter tanah dan litupan daun, dan bilangan individu dari setiap order atau kumpulan seliter tanah dan litupan daun.

Jadual 4: Bilangan Makrofauna bagi seliter tanah Makrofauna bilangan Order atau kumpulan seliter tanah/litupan bil. individu kumpulan ___________seliter tanah/litupan bil. individu kumpulan ___________seliter tanah/litupan bil. individu kumpulan ___________seliter tanah/litupan lokasi 1 lokasi 2

Laporan - Menerangkan peranan biota tanah Laporan anda haruslah mengandungi tajuk, pendahuluan yang menerangkan tentang amali tersebut, dan perbincangan (lebih kurang 600 patah perkataan) berdasarkan soalan-soalan berikut. Anda juga dikehendakki memasukkan satu jadual ringkasan yang menunjukkan keputusan anda. Laporan ini ditulis secara soalan dan jawapan tetapi rujukannya hendaklah tepat dan betul.

1. Bagaimanakah kepelbagaian makrofauna tanah dari dua lokasi berbeza? Bolehkah anda cadangkan kenapa terjadinya perbezaan antara mereka. Apakah parameter yang anda ukur yang boleh membantu anda untuk menerangkan perbezaan- perbezaan tersebut?

2. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah tersebut.

3. Pada rajah jaringan makanan yang disediakan, labelkan jenis-jenis biota (contohnya,fungi, nematod dan lain-lain), apa yang mereka lakukan (pemangsa, pemakan daun dll) dan huraikan bagaimana arah aliran tenaga berlaku. Contoh, dimanakah bermulanya pembentukan tanaga dan dimanakah ianya berakhir (puncak rantai makanan).

Apakah akan terjadi kepada tenaga dan nutrien apabila organisma pada puncak rantai makanan mati? Sertakan rajah ini dengan laporan anda.